10 September 2013

HOT! BANGLASIA HANTAR KELUAR RM3.30 BILION SETAHUN




Wang Malaysia mengalir ke Bangladesh USD1 bilion setiap tahun


Syarikat kiriman wang Bangladesh, CBL Money Transfer Sdn Bhd mendedahkan transaksi wang dari Malaysia ke Bangladesh mencecah kira-kira USD1 bilion setiap tahun.

Pengerusinya, Aziz Al Kaiser, berkata CBL diwujudkan bagi membolehkan sejuta warga Bangladesh yang bekerja di Malaysia dapat mengirim wang mereka kembali ke kampong halaman menerusi saluran yang betul.

"Kami menyediakan sistem kiriman wang yang mematuhi undang-undang kerana CBL menjalani proses temuduga dengan Bank Negara selama lapan bulan bagi memastikan kewujudan kami di Malaysia mengikut peraturan Malaysia.

"CBL kini menanam modal sebanyak RM2.6 juta dan akan meningkat kepada RM4.1 dalam masa dua minggu.

"Bank Negara menganugerahkan kami lesen cawangan tanpa had dan kini dua cawangan dibuka iaitu di Kuala Lumpur dan Melaka," katanya ketika merasmikan cawangan barunya hari ini.

CBL mensasarkan 25 cawangan akan dibuka di Malaysia dalam masa 2 tahun memandangkan 1.4 juta lagi pekerja Bangladesh akan datang ke negara ini.



Syarikat kiriman wang itu turut dilengkapi dengan sistem anti penggubahan wang haram yang dilengkapi perisian dan peranti yang dapat mengesan aktiviti haram itu.

"Kehadiran kami diharapkan dapat membantu pekerja yang berkhidmat di Bangladesh dengan perkhidmatan yang pantas, tepat dan memberikan kadar yang baik kepada pelanggan.



City Bank Limited Bangladesh (CBL) merupakan bank perdagangan tertua di negara itu dan diasaskankan pada Mac 1983.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...