18 April 2013

PECAH BERITA ! ROS TAK IKTIRAF CEC DAP...ADAKAH DAP DILARANG BERTANDING...?!!!!


ROS tak iktiraf barisan CEC DAP

Hanya dua hari menjelang penamaan calon, Pendaftar Pertubuhan (ROS) dikatakan telah menghantar surat kepada DAP memaklumkan bahawa ROS tidak mengiktiraf jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) DAP.

DAP mengadakan mesyuarat tergempar hari ini untuk berdepan dengan kesan keputusan ROS itu, dan dijangka memanggil sidang akhbar tidak lama lagi.

Pemimpin DAP, ketika dihubungi Malaysiakini, mengesahkan menerima surat daripada ROS, tetapi tidak menyatakan tentang kandungannya.

Surat tersebut yang bertarikh semalam dan dikatakan dari ROS, sedang beredar di Internet. Bagaimanapun, kesahihannya masih belum disahkan oleh DAP atau ROS.




Jika benar, ini merupakan satu tamparan terhadap persediaan DAP untuk berdepan dengan pilihan raya umum 5 Mei ini.

Sehingga kini, juga tidak jelas sama ada ini akan menjejaskan penggunaan logo DAP pada hari penamaan calon.

DAP disiasat oleh ROS berkaitan "kesilapan teknikal" yang berlaku semasa pemilihan parti Disember tahun lepas, yang mengakibatkan barisan awal CEC parti itu dirombak semula.

Parti itu mendakwa terdapat kesilapan teknikal dalam penjadualan (tabulation) undi tetapi pemimpin DAP menolak gesaan diadakan pemilihan baru walaupun terdapat bantahan dari ahli tertentu parti itu.
-mk


MENYUSUL LAGI....

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...