29 Januari 2013

Panas !Berita Yang Disembunyikan Media utama... Datuk Dr. Afifudin Dilantik Pro Canselor KUIN



Alhamdulillah. KAMPUS KUIN KUALA KETIL SELAMAT DIRASMIKAN TUANKU SULTAN.

 Tuanku as Sultan kelihatan sangat teruja dengan perkembangan luarbiasa kampus ini. Dengan kos RM 330 juta dan tanah seluas 830 ekar adalah mercutanda pembangunan ilmu dan aqal rakyat Kedah.


Pembinaan kampus ini tanpa bantuan dari Kerajaan Persekutuan dan diejek oleh pemimpin Umno.

 DS Ustaz MB dengan perkenan Tuanku melantik Dato Dr Afifuddin mantan Menteri Kewangan sebagai Pro Canselor KUIN. Seorang susuk yang layak walaupun bekas pemimpin Umno. Beliau ialah bekas Ahli Parlimen Padang Terap. Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita semua.




Dewan Kuin dikenali Dewan Permaisuri Hajah Haminah

 Dewan Induk Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang terletak di Kuala Ketil daerah Baling  kini dikenali sebagai 'Dewan Permaisuri Hajah Haminah'.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah mengisytiharkan demikian sempena Perasmian Kampus Kuin dan Istiadat Konvokesyen Khas, pagi tadi.

Dewan yang berkapisiti 5,000 orang itu kini megah di laluan pintu masuk kampus yang berkeluasan 830 ekar yang mampu menempatkan 7,000 pelajar
.

Hadir sama dalam konvokesyen bertemakan 'Penerokaan Ke Arah Kebijaksaan' itu ialah semua Jemaah Pemangku Sultan Negeri Kedah Darul Aman, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Annuar Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Pro Canselor, Datuk Affifudin Omar dan Rektor Kuin, Datuk Wira Dr Jamil Osman
.

Datuk Affifudin Omar


1 ulasan:

Asrul Sani berkata...

Oh My God!!!! What the peep! Kau orang betul-betul kenal ke dengan sosok tubuh sebenar Dr Afifuddin itu.....???? Semoga dipelihara Allah hendaknya........

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...