03 November 2012

Kantoi ! Satu lagi rakaman 'bocor' untuk burukkan Guan Eng

Satu lagi rakaman 'bocor' untuk burukkan Guan Eng



Pejabat ketua menteri Pulau Pinang menjalankan satu siasatan selepas satu laman web pro-MCA, Souminews menerbitkan satu rakaman audio dengan judul provokatif "Mendedahkan rakaman audio rahsia Lim Guan Eng & Cheong Yin Fan (Revealing Lim Guan Eng & Cheong Yin Fan's secret audio recording)".

Bagaimanapun, rakaman berkenaan dikenalpasti sebagai rakaman daripada satu sidang media yang diadakan ketua menteri Pulau Pinang itu pada 18 Julai.

Cheong yang dinamakan dalam rakaman itu berkata, wartawan yang membuat liputan majlis tersebut memiliki rakaman percakapan di antara beliau dan Lim itu.

"Ia adalah mengenai peruntukan untuk pendidikan Cina. Ketua menteri tidak menghadapi apa-apa krisis mengenai (perkara ini)," kata setiausaha akhbar Lim itu dalam satu kenyataan semalam.

Tambahnya, perbualannya dengan Lim pada sidang media tersebut juga bukan rahsia kerana disaksikan oleh semua individu yang hadir termasuk petugas media.

Cheong menjelaskan, sidang media itu berlangsung selepas Lim berucap di satu persidangan anjuran Invest Penang di E&O Hotel pada 18 Julai lalu.

Sidang media berkenaan adalah untuk mematahkan hujah timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa BN "adil" dalam semua peruntukan kepada semua sekolah

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tak habis2 namapak kuman seberag laut...dasar orang nak putus nyawa..docrva

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...