20 Oktober 2012

Panas ! Skandal SUK Kedah Memang Dahsyat..!!!


Isu SUK : Utusan Tembak Peluru Tabur

Kalau UMNO nak pertahan Datuk Rasli, silakan! Kami nak dedahkan salahlakunya sampai UMNO pun akan mampoih sekali

Oleh : MATA KCS

Pada hari (kelmarin) giliran Utusan Malaysia(UM) milik UMNO pula memainkan peranannya mengeksploitasi isu desakan ahli-ahli majlis PBT Kedah supaya Setiausaha Kerajaan, Datuk Rasli Bin Basir meletakkan jawatannya.

UM mencipta isu baru kepada pembaca iaitu PAS lawan KCS.

Tujuan UM mencipta isu baru adalah untuk meraih simpati dikalangan pegawai tadbir negeri (KCS), ahli-ahli politik UMNO/BN maupun rakyat negeri Kedah kepada datuk Rasli. Di samping, rakyat akan menyokong UMNO/BN dalam PRU 13 akan datang. Adakah usahanya berjaya ataupun gagal, UM sendiri tidak pasti. Peranannya ialah menulis dan menyampaikan maklumat mengikut kehendak dan niatnya adalah penting.

Artikel yang ditulis tidak lebih seperti melepaskan tembakan peluru tabur, barangkali bertujuan untuk mengenakan sesiapa yang ada di lapang sasarnya.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Mobilasi Isu Pencabulan Akta 171, Basir Bin Ismail bahawa, sudah sekian lama rakyat tahu UM kerjanya adalah membuat fitnah, membuat laporan tidak tepat, provokatif serta menyelewengkan fakta.

Matlamatnya ialah memesong perhatian rakyat kepada tindakan ahli-ahli majlis, di waktu yang sama cuba menjadi batu api menghasut pegawai tadbir negeri (KCS) supaya bangun mempertahakan datuk Rasli yang semakin lemah dan tidak keruan.

Saya juga terfikir dari mana sumber penulis UM dapat maklumat yang mengatakan Pas lawan KCS. Apa guna Pas nak lawan KCS, sedangkan Pas tahu hampir 80 peratus KCS sokong tindakan ahli-ahli majlis melanyak bos (Setiausaha Kerajaan) mereka. Malah selepas ahli-ahli majlis mengadakan himpunan aman tersebut, ada pegawai tadbir negeri yang menjemput dan membelanja mereka minum di kantin Wisma Darul Aman sebagai tanda kepuasan dan kegembiraan amat sangat kerana bos mereka dilanyak.

Seorang pegawai tadbir negeri berkata, kalau boleh buat tiap-tiap minggu sampai Tok Li tersembang ke bumi. Memang patut buat macam tu, sebab terlalu ramai yang dia telah menginayai pegawai tadbir negeri yang bukan kroninya.

Basir menyelar UM,“kalau sekadar kutip maklumat di tepi longkang busuk ataupun di dalam parit, macam mana berita nak ada kualiti, buang masa pembaca saja. Lebih baik tulis perkara lain yang boleh memberi manfaat kepada para pembacanya”.

Katanya, matlamat ahli-ahli majlis mahu datuk Rasli meletakkan jawatannya. Selagi dia tidak letak jawatan, maka desakan akan kami teruskan dengan apajua cara dan pendekatan”.

Tindakan kami adalah berasas dan tidak perlu dipertikaikan oleh mana-mana pihak termasuk penulis UM. Ahli-ahli majlis PBT Pakatan Rakyat tidak dungu seperti ahli-ahli majlis UMNO/BN Kedah. Kami faham tentang undang-undang PBT, sebab itu kami berani lawan datuk Rasli.

Kini kami telah mendapat pelbagai lagi salah laku datuk Rasli kepada rakyat, pegawai tadbir negeri (KCS) dan kerajaan negeri sejak ia menjawat sebagai SFO (Ketua Pegawai Kewangan) hinggalah menjadi Setiausaha Kerajaan (SS). Kesalahan yang dilakukan perlu dibayar dengan perletakkan jawatannya.

Sesungguhnya rakyat Kedah, KCS tidak akan membiarkan beliau bermaharajalela di dalam kerajaan negeri demi kepentingan peribadi, keluarga, kroni dan UMNO/BN. Di bawah dipaparkan di antara salah laku datuk Rasli yang akan didedahkan kepada umum sedikit masa lagi. Mudah-mudahan pendedahan tersebut akan membantu UM menutup mulut busuknya rapat-rapat dan memberi tumpuan kepada isu lain yang lebih menguntungkan UMNO/BN.

Antara Salah Laku Datuk Rasli Yang Tidak Boleh Dimaafkan Oleh Rakyat Kedah, Pegawai Tadbir Negeri (KCS) Dan Kerajaan Negeri Kedah Ialah :-

(1) Pada tahun 2008 Datuk Rasli terlibat dengan rasuah di dalam projek pembangunan ibu pejabat baru Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP).

Di mana, ketika itu datuk Rasli sebagai Pegawai Kewangan Negeri Kedah telah menyalahgunakan kedudukannya sebagai Pengerusi Perolehan Negeri Kedah dengan menaikkan harga pembinaan Kompleks Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah yang ditawarkan oleh kontraktor dengan harga RM40 juta kepada RM46 juta (kenaikan RM6 juta) tanpa persetujuan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah.

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah ketika meluluskan pelantikan kontraktor pembinaan kompleks tersebut bersetuju dengan jumlah RM40 juta sebagai harga siling.

Tindakan Rasli ini tidak bersandarkan kepada mana-mana peraturan kewangan dan ia dilakukan sebelum projek dimulakan lagi.

Bagi menutup kesnya di siasat oleh SPRM, pada tahun 2010, datuk Rasli telah mengambil tindakannya meletak anak saudaranya, Puan Rozaina Binti Datuk Paduka Mohd Radzi sebagai Yang DiPertua Majlis Perbandaran Sungai Petani bertujuan untuk menghalang fail berkaitan projek pembanguan ibu pejabat Majlis Perbandaran Sungai Petani dari diserahkan kepada pihak SPRM.

Berdasarkan perilaku tersebut SPRM berhak menyiasat dan mendakwa Rasli di atas perbuatan rasuah
.

(2) Datuk Rasli dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah telah bertindak tidak membahagi-bahagikan wang zakat kepada asnaf yang layak selama 3 tahun berturut-turut. Di mana, wang zakat terkumpul sebanyak RM 107 juta seolah-olah dihalang dari diserahkan kepada asnaf yang layak kerana bimbang penerima zakat akan mendapat nikmat di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah.

Walaupun wang zakat tidak agihkan kepada asnaf yang layak, datuk Rasli telah mengambil kesempatan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah 2012 mengeluarkan bonus Hari Raya Aidil Fitri sebanyak RM 1,000 dari wang zakat tersebut kepada setiap AJK Zakat Negeri.

Satu laporan telah disediakan oleh pihak tertentu untuk diserahkan kepada Seri Paduka Yang DiPertuan Agong selepas Baginda Tuanku berangkat pulang dari tanah suci Makkah Al Mukarramah.


(3) Datuk Rasli adalah satu-satunya Setiausaha Kerajaan Negeri yang bertindak menghalang kenaikan pangkat pegawai tinggi tadbir negeri. Di mana, beliau telah menghalang kenaikan pangkat Datuk Pengarah UPEN dan Datuk Ketua Pen. Setiausaha (Pentadbiran) ke Gred JUSA C. Sepatutnya kedua-dua pegawai tadbir negeri tersebut telah menikmati kenaikan pangkat sejak lapan bulan lalu.

Kejahatanya menyebabkan pegawai tadbir negeri yang lain tidak berpeluang naik pangkat dan mengisi gred N54, N52, N48 dan N44. Tindakannya dalah taktiknya untuk memberi peluang kepada anak, keluarga serta kroninya mengisi kekosongan jawatan tersebut apabila pihak yang berkenaan pencen.

Dipahamkan bahawa SPA akan membawa perkara ini ke pengetahuan Seri Paduka baginda DiPertua Agong.

Berdasarkan salah laku di atas, datuk Rasli tidak layak menjawat sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri. Perbuatannya amat memalukan sistem perkhidmatan awam negeri Kedah. Lain-lain salah laku akan dipaparkan di masa yang sesuai.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dato" Seri Menteri Besar diam diri saja ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...