18 Oktober 2012

Panas ! Ini Dia Kroni PAS Yang Gasak RM2.55 Juta..???



Kerajaan Negeri Kedah diserang isu pernyelewengan di Bahagian Perumahan, rupanya yang terbabit ialah orang kuat UMNO!!!!!!!!

1) Orang ini adalah Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Kuala Kedah (kini dilaporkan melepaskan jawatan) tetapi masih memegang jawatan ad hoc dalam UMNO.

2) Dia merupakan orang kuat bekas MB Kedah Dato' Seri Mahdzir Khalid.

3) Dia adalah KCS yang memegang jawatan penting di bahagian Perumahan Pejabat SUK dan pembuat keputusan dalam banyak perkara penting di bahagian tersebut.

4) Dia adalah orang kanan, rakan rapat dan kroni kepada Dato' Rasli Basir SUK Kedah yang didesak meletakkan jawatan.

5) Dia seorang yang tidak menghormati pihak berkuasa negeri, tidak pernah hadir ke pejabat Exco bila dipanggil oleh Exco berkaitan untuk urusan yang berkaitan dengan tugasannya. Kalau ada urusan Exco kena pi mengadap dia, bukan dia boleh dipanggil mengadap Exco.

6) Dialah orangnya yang bertanggungjawab dengan isu RM2.55 juta kepada 5 kontraktor yang tidak wujud 'melaksanakan projek' Taman Seri Gemilang, Flat seberang Terus, Taman Wira, Flat Alor Malai, Flat Simpang Kuala, Flat Seberang Terus, Flat Tongkang Yard dan Taman Kota Nelayan. (Seperti terkandung dalam laporan Ketua Audit Negara 2011).

7) Akibat dari dakwaan penyelewengan yang dilakukan di atas, dia telah ditahan reman oleh SPRM selama 9 hari dan akan akan didakwa oleh SPRM di mahkamah pada bila-bila masa.

Ini baru muqaddimah... pendedahan berikutnya ialah apa hubungannya dengan Mahdzir Khalid, isu pembinaan Kompleks MPSP, penyelewengan PKB, mengeluar duit tunai GLC untuk dana UMNO/BN dalam PRU12... semuanya akan kita dedahkan selepas ini.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hahahha...xde org nak tgk blog ko wei..bila kiamat makin dkat..fitnah berleluasa.salah satu contoh dari blog ni..

Tanpa Nama berkata...

ini rupa biang nya dalam laporan audit tu. azizan kena tegas lepas ni apa la nak jaga sangat hati org umno dlm kcs tu last last tikam belakang. semoga ALLAH SWT lindungi kita semua.

Tanpa Nama berkata...

ni bukan fitnah tapi hakikatnya....

Man berkata...

Jika benar, tak perlu takut. Bongkarkan siapa yang merompak duit negeri kedah ni. Biar telanjang habis. Tak perlu simpan org sebegini dalam kerajaan.

Tanpa Nama berkata...

Ada lagi pegawai kerajaan yang belot kat negeri lain(bawah PR). PR susah skit nak buang mereka sebab dilantik oleh orang lain. PR tak kerjasama pun tak boleh gak sebab mereka ni jugak pegawai kerajaan(yang sepatutnya membuat kerja mengikut rentak kerajaan negeri). Mereka buat kerja macam lahanat, lembap(buat2)dan yang nampak teruk ialah barisan pemimpin negeri sebab kerja tak jalan. Mereka ni bukan macam orang pr yang bekerja dengan jujur dengan kerajaan persekutuan/bee end. Tak percaya? Cuba pegi sembang dengan pegawai-pegawai kerajaan yang pro PR... Tapi kalau manusia jahat ni,senang pun tak lama.

tariq ziyad berkata...

kita mmerintah orang yang kaut tipu kerana kita bodoh sombong sebagai exco atau mb kedah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...