31 Oktober 2012

Bapa Pengumuman ! Langkawi Geopark kepada " Naturally Langkawi "


PM Lancar Jenama Baru Langkawi

LANGKAWI: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu mengumumkan penjenamaan baharu Langkawi, "Naturally Langkawi" (Langkawi Serba Asli), yang menonjolkan rangkaian pulaunya sebagai kawasan semula jadi serba indah yang menjadi pilihan utama pelancong.

Penjenamaan "Naturally Langkawi" menandakan inisiatif baru Langkawi bagi menjadikan destinasi pelancongan ini antara 10 pulau destinasi utama di dunia menjelang 2015, selaras dengan Pelan Induk Pelancongan Langkawi 2011-2015.

Naturally Langkawi dipilih memandangkan flora dan fauna yang mengelilingi Langkawi seperti pembentukan batuan berusia 550 juta tahun, 99 buah pulau yang membentuk Geopark pertama di rantau ini, pelengkap semula jadi hutan hujan, pantai-pantai, air terjun, paya bakau, keunikan hidupan liar dan serangga seperti 500 spesies dan sub-spesies rama-rama dan lebih daripada 226 spesies burung.

Yang paling utama, sikap ramah mesra penduduk Langkawi merupakan kekuatan dan denyutan nadi Naturally Langkawi.

Langkawi kini berada di ranking pulau keempat terbaik di Asia melalui tinjauan pendapat yang dijalankan Conde Nast Traveller, Langkawi yang bermatlamat menjadikannya sebagai 10 destinasi terbaik eko-destinasi di dunia pada 2015. 

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mcm mana nak naturally kalau masih ramai yg bersikap pengotor dengan buang sampah merata dan ada segelintir pendatang yg diambil jd rakyat Malaysia lg dasyat apabila jam 12 mlm keatas jer dah jd rutin buang sampah dlm laut beramai-ramai mcm pesta. Minta pihak berwajib pantau.. kalau dibiarkan sampai bilapun pulau Langkawi ni x dpt direalisasikan sebagai pulau pelancongan terbaik di dunia dunia kelak..

Tanpa Nama berkata...

Sy jg hairan dgn pihak berwajib berkaitan menjalankan segala projek yg diambil akhirnya terbengkalai spt jambatan Sg Kuah dan lain-lain. Ingat, rakyat menilai segala apa yg diambil dilakukan kerajaan. Minta ambil tindakan sewajarnya.. jgn hanya bak kata pepatah "melepaskan batuk ditangga". Rakyat memerlukan ketelusan dpd kerajaan dan tidak memerlukan penyelewengan dan tidak mahu melihat kantung poket individu tertentu penuh dgn wang sedangkan rakyat terutamanya penduduk dan pelancong dlm dan luar negeri berkata "indah khabar dari rupa dan lupakan sahaja langkawi selepas ini, baik kita ke Bali @ Phuket.. lagi cantik.."

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...