15 Ogos 2012

Panas! Amaran Tutup Mulut dikeluarkan pada SYABAS

Arahan tutup mulut dikeluarkan pada SYABAS


Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dilarang mengeluarkan sebarang kenyataan media berhubung operasinya tanpa kebenaran daripada kerajaan negeri, kata menteri besar.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, sebarang pengumuman hanya boleh dibuat selepas sesuatu perkara dibincangkan dalam mesyuarat harian antara SYABAS-kerajaan negeri yang akan bermula minggu depan.

"Ini termasuk pengumuman berkaitan catuan atau gangguan bekalan," kata Khalid selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Shah Alam hari ini.

Katanya, kerajaan negeri juga menguatkuasakan sebahagian daripada perjanjian antara kedua-duanya yang membenarkannya memantau operasi SYABAS
.



Situasi Sebenar Air Selangor Akan Diketahui Setiap Hari


SHAH ALAM, 16 OGOS : Rakyat Selangor akan mendapat maklumat terkini tentang situasi bekalan air negeri setiap hari daripada Jawatankuasa Pemantauan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Jawatankuasa tersebut akan mengeluarkan kenyataan akhbar setiap hari selepas selesai mengadakan mesyuarat harian dengan pengurusan Syabas.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata langkah ini bertujuan memaklumkan perkembangan terkini tentang status pembekalan dan perkhidmatan air kepada seluruh rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Cara ini juga membuktikan Kerajaan Selangor sangat telus dalam menangani isu pembekalan air demi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan yang terbaik dan memuaskan setimpal dengan kadar tarif air yang dibayar.”

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas mesyuarat exco di sini hari ini.

Jawatankuasa Pemantauan SYABAS yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohamed Khusrin Munawi betanggungjawab memantau operasi SYABAS bermula 18 Julai lalu.

Ia anggotai pegawai Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Konsortium ABBAS dan bekas kakitangan Perbadanan Urus Air Selangor (PUAS).

Laporan pertama jawatankuasa mendapati keupayaan pengeluaran semua 34 loji ialah 4,807 juta liter sehari (MLD) berbanding keupayaan agihan SYABAS 4,371 MLD.

Ini bermaksud terdapat lebihan 436 MLD yang Syabas tidak mampu agihkan.

Sebelum ini, dilaporkan jawatankuasa tersebut juga mendapati angka peratusan rizab air terawat yang dikeluarkan Syabas sebanyak dua peratus tidak tepat.

Rizab kapasiti pengeluaran sebenar pada masa ini adalah 11 peratus dan akan meningkat kepada 18 peratus selepas Mac 2013 apabila projek mitigasi air siap sepenuhnya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...