12 Mei 2012

Kenapa Ramai Rakyat Malaysia Tak Kisah Dengan IMR?

Apakah benar lelaki ini Raja?

Kenapa ramai rakyat Malaysia tak kisah dengan IMR?

Untuk sesiapa yang tak tahu apa itu IMR:-
I - Islam
M - Melayu
R - Raja


Islam
Ramai orang sudah muak dengan pelbagai versi agama Islam. Ada yang bernama Sunni, Syiah, Wahabbi, Qadiani, Arqam, Muhammadiyah dan macam-macam lagi. Semua pengikutnya hanya berminat untuk bercakap mengenai perbezaan dan pengharaman.

Ketua-ketua yang menjuarai agama Islam juga tidak diketahui oleh ramai anak-anak muda. Ini bermakna para artis dan para pelakon lebih bertakhta di jiwa mereka.
Dalam tradisi Islam, terdapat seorang yang akan mengetuai umat Islam. Dalam Malaysia Agong dianggap sebagai simbol agama Islam. Paling kelakar ialah isteri Agong tak tutup aurat. Maka benarlah Islam hanya ada pada nama. Tidak diamalkan secara 100%.

Ceramah agama walaupun percuma, ia tidak seramai konsert SNSD (Girls' Generation) atau Justin Bieber yang perlu dibeli tiketnya.

Melayu

Ramai orang Melayu sendiri, sudah muak dengan orang Melayu. Ini dapat dilihat melalui perbezaan kelas dalam masyarakat Melayu.

Hari ini, ada:-
Melayu Elit
Melayu jenis ini suka melaga-lagakan Melayu Reformasi dan Melayu Balaci demi kekuasaan mereka.

Kadang-kala Melayu elit sering menjadikan kaum Cina sebagai hantu kepada Melayu Reformasi dan Melayu Balaci. Kaum Cina dimomokkan Melayu Elit sebagai perompak rakyat yang bersifat perkauman. Padahal Melayu Elit yang merompak orang rakyat jelata. Melayu Elit akan hanya jadi malaikat apabila menjelang pilihanraya umum.

Projek kerajaan hanya berlegar di kalangan mereka dan kroni mereka sahaja. Walaupun mereka tak ada syarikat atau pekerja, mereka macam biasa akan ali-babakan projek. Di mana ia akan menyebabkan kerajaan rugi dan mengalami defisit (kekurangan dana).

Disebabkan Melayu Elit memegang kuasa, polis dan tentera sering diperalatkan oleh mereka. Tak lupa juga golongan agamawan yang diperalatkan untuk mengeluarkan fatwa demi hayat kekuasaan Melayu Elit.

Ada juga Melayu Elit yang menjadi balaci kepada Melayu Elit yang lain. Mereka tidak digelar Melayu Balaci, kerana mereka masih kaya-raya. Mereka terpaksa menjadi boneka hanya kerana diugut dengan skandal seks dan salahgunakuasa yang telah mereka lakukan.

Melayu Reformasi
Melayu jenis ini ialah Melayu baru. Mereka suka bertanya, membantah dan mengubah dasar yang kuno. Mereka terdiri daripada darah Melayu baru yang selalu online di Internet sebagai jalan alternatif untuk menyebarkan maklumat.

Mereka ini sanggup bermandi darah dan dipenjarakan kerana yakin dengan perjuangan mereka walaupun dapat atau tidak dapat sokongan.Ada di antara mereka yang memilih untuk berhijrah ke luar negara untuk bekerja setelah muak dengan sikap Melayu Elit. Ada yang pilih untuk menetap terus di luar negara dan bersuara di Internet.

Melayu Balaci
Melayu jenis ini tidak ada wawasan. Mereka tak tahu siapa yang salah dan siapa yang betul. Mereka kurang membaca dan lebih suka menonton TV yang menyiarkan siaran propaganda kerajaan Melayu Elit.

Disebabkan mereka miskin, mereka tak punya akses kepada Internet. Mereka hanya menggunakan Internet untuk cari lagu MP3, anime dan video lucah. Kandungan Internet yang berbahasa Inggeris gagal dibaca mereka, kerana mereka tak berupaya berbahasa Inggeris apatah lagi berbahasa Arab. Sungguh kasihan.

Mereka juga sering dibayar oleh Melayu Elit untuk menjadi samseng upahan.
Sudah 55 tahun negara ini diperintah oleh Melayu Elit. Namun, nasib rakyat Malaysia ditakuk lama juga. Hari ini, ramai orang Melayu tidak percaya pada Melayu Elit yang sering meletakkan pasir dalam periuk nasi mereka. Mereka lebih selesa bekerjasama dengan orang bukan Melayu walaupun terpaksa ke Singapura dan lain-lain negara maju untuk mengeluarkan pasir dalam periuk nasi mereka.

Raja
Cuba anda tahan anda muda di tepi jalan, anda tanyakan nama Raja yang ada di Malaysia ini. Siapakah nama mereka. Tanyakan! Saya jamin mereka tak dapat jawab. Mungkin mereka akan jawab, "Rajagopal".

Susuk Raja ini ada kaitan dengan:
Lapisan Teratas Melayu Elit
Dalam sejarah Melayu, tak ada Raja Melayu yang miskin dan hidup dalam rumah rakyat miskin. Mereka duduk dalam Istana. Berpengawal dan berprotokol untuk berjumpa. Kereta berharga berjuta ringgit dan anak-anak mereka berfoya-foya di kelab mewah dan sering dibodek susuk Melayu Elit yang lain. Inilah ciri-ciri lapisan teratas Melayu Elit.

Islam
Raja merupakan simbol Islam. Apabila Islam mewajibkan penutupan aurat, maka Raja hari ini tidak lagi dihormati sekiranya mereka melanggar perkara yang diwajibkan pencipta Yang Maha Esa.

Rakyat yang bermaruah hanya akan sokong pemimpin yang berjiwa rakyat dan simbol Islam yang menghormati Islam.

PENYELESAIAN
Laksanakan pendidikan percuma. IMR perlukan pendidikan percuma.

* Islam
Agama Islam boleh diterangkan secara percuma dalam perlaksanaan pendidikan percuma.

* Melayu
Orang Melayu Balaci boleh dikurangkan melalui perlaksanaan pendidikan percuma. Kerana apabila Melayu Balaci jadi bijak melalui pendidikan, mereka akan berubah menjadi Melayu Reformasi. Ini dapat menangani masalah Melayu Elit suka mengambil kesempatan atas kebodohan manusia.

* Raja
Orang yang pegang banyak duit, boleh cuba menjadi orang yang pertama mewujudkan pendidikan percuma. Dengan cara ini, Raja akan menjadi popular seperti Sultan Hassanal Bolkiah.


p/s: Siapa tahu kenapa raja-raja Melayu dahulu kena buang di pulau-pulau?

sumber :http://hanief.blogspot.com/2012/05/kenapa-ramai-rakyat-malaysia-tak-kisah.html

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...