04 Februari 2012

REKTOR KUIN ' TUTUP MULUT' MAHASISWA GASAK AZIZAN

KUIN : Mahasiswa Desak Rektor KUIN ‘Buka Mulut’

Alor Setar, 4 Feb : Setelah Menteri Besar Kedah yang juga Pengerusi KUIN, Datuk Seri Azizan dikhabarkan telah diarah ‘tutup mulut’ daripada pihak tertentu dalam parti PAS walaupun terdapat penafian Timbalan Presiden PAS, kini mahasiswa KUIN mendesak Rektor KUIN, Prof Datuk Jamil Osman supaya ‘buka mulut’.

Kumpulan mahasiswa berkenaan yang menggelarkan diri mereka dengan gelaran ‘mahasiswa prihatin’ mendesak agar Rektor KUIN, Prof Datuk Jamil yang dikatakan mempunyai ‘hubungan istimewa’ dengan Menteri Besar Kedah menyatakan dengan terperinci akan kes pergantungan yang melibatkan lima siswa kampus berkenaan.

Rektor KUIN berkenaan juga dikatakan mempunyai hubungan ‘rapat’ dengan beberapa pimpinan UMNO negeri dan kes yang melibatkan lima siswa berkenaan juga dikatakan hasil ‘arahan’ Rektor berkenaan yang mempunyai kuasa penuh untuk menetapkan sebarang keputusan dan tindakan.
Rektor banyak ‘duduk diam’


Berbanding Datuk Seri Azizan yang kelmarin menafikan dengan tegas tidak mahu terlibat dalam pentadbiran KUIN dan menyerahkan urusan itu rektor, Prof. Datuk Jamil dilihat lebih banyak mengambil sikap ‘duduk diam’ dan ‘tersenyum lebar’ setelah kumpulan mahasiswa terutama SMM leka ‘menembak’ Menteri Besar Kedah berkenaan.
“Saya sudah cakap saya tidak campur tangan dalam urusan KUIN, saya hanya pengerusi lembaga pengarah…saya bukan rektor, saya serahkan kepada KUIN,” katanya.
– GZDaily

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...