15 Januari 2012

KELUARGA SHAHRIZAT JUAL DAGING SEPERTI BIASA-NFC

Dalam satu kenyataan hari ini, Pengarah Eksekutif NFC Wan Shahinur Izmir Salleh berkata “operasi perniagaan syarikat berjalan seperti biasa.”“Bekalan daging lembu akan terus dibekalkan kepada semua pelanggan. Tiada sebarang gangguan.

Hanya aset dibeku, operasi NFC berjalan seperti biasa, kata anak Shahrizat



KUALA LUMPUR, 15 Jan – Walaupun aset Pusat Fidlot Nasional (NFC) dibekukan namun operasi projek ternakan lembu berkenaan akan berjalan seperti biasa.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pengarah Eksekutif NFC Wan Shahinur Izmir Salleh berkata “operasi perniagaan syarikat berjalan seperti biasa.”

“Bekalan daging lembu akan terus dibekalkan kepada semua pelanggan. Tiada sebarang gangguan.

“Pelanggan, pekerja dan pembekal tidak perlu risau, operasi syarikat akan terus berjalan walaupun aset dibekukan,” katanya.

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kesemua aset NFC dibekukan, tindakan yang dilihat akan menyelesaikan kontroversi skandal yang menyelubungi projek ternakan lembu berkenaan.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata beliau telah mengadakan perbincangan dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengenai isu NFC dan keputusan Ketua Wanita Umno itu bercuti adalah “keputusan terbaik”.

Wan Shahinur Izmir menegaskan pihaknya akan terus menyediakan bekalan yang mencukupi menambah pembekuan aset tidak akan mempengaruhi operasi syarikat itu.

“Aset kami telah dibekukan sejak Disember 2011 bukan operasi kami yang mana akan meneruskan seperti biasa. Maka saya mahu mengingatkan pelanggan dan pembekal agar bertenang dan terus memberikan khidmat dan sajian terbaik,” katanya.

Projek itu yang mendapat dana RM250 juta daripada kerajaan diuruskan oleh keluarga Shahrizat dengan suaminya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail yang merupakan pengerusi eksekutif NFC.-TMI

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...