23 Mei 2015

" BARANG BAIK " DARI JANDA BAIK DALANGNYA DAH BOCOR


Drama bersiri UMNO: ‘Barang baik’ di Janda Baik


Pembongkaran klip video ucapan Timbalan Perdana Menteri ‘menghentam’ 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan secara tidak langsung Datuk Seri Najib Razak sebenarnya lebih daripada sekadar kemarahan biasa-biasa.

Berdasarkan kepada penjelasan Menteri Dalam Negeri Datuk Zahid Hamidi, kita sepatutnya boleh menjangkakan betapa bergeloranya parti UMNO ketika ini.

Menurut laman web pro-UMNO, Zahid mengakui ‘dalang’ yang membuat rakaman ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu adalah ahli parti itu sendiri.


Tidak cukup dengan itu, ‘dalang’ itu adalah pemimpin UMNO Segambut. Bukan calang-calang orang. Jika itu tidak cukup meyakinkan, sila lihat fakta ini: Beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian.

Sekarang, pertimbangkan pula fakta ini: Memetik kata-kata Zahid sendiri, individu itu adalah “seorang timbalan ketua bahagian yang tidak sepatutnya hadir.”

Jika itu masih belum meyakinkan – lagi – sila fahami ayat Zahid yang berikut: “Sekretariat (kursus tersebut) tidak tahu menahu.

Persoalan yang boleh ditanyakan tanpa perlu penganalisis berpangkat profesor pun ialah:
- Bagaimana sekretariat kursus boleh “tidak tahu-menahu”? Adakah rakaman itu dibuat dengan kamera rahsia? Tentulah tidak

- Adakah rasa tidak puas hati kepada Najib dan 1MDB itu terhad kepada “timbalan ketua bahagian” itu semata-mata? Tentulah tidak, kerana sorakan penonton sebagai reaksi cuapan Muhyiddin kedengaran ramai. Mungkin ratusan orang


- Dan lebih penting: Bagaimana seorang timbalan ketua bahagian “yang tidak sepatutnya hadir” boleh masuk ke majlis itu, duduk di barisan depan, membuat rakaman (dengan peranti yang bersaiz besar) dan menyebarluaskan klip berkenaan?

Kata Zahid lagi, sebelum ini kursus berkenaan tidak menyediakan slot ucapan perasmian atau penutupan. Isunya ialah: Bagaimana Muhyiddin boleh berdiri di pentas itu dan memberikan ucapan penuh bersemangat itu?

Kata Zahid, Muhyiddin hadir atas kapasiti ketua bahagian Umno.

Jawapan Zahid diakhiri dengan nasihat kepada ahli parti: “Sama2 berusaha utk meredakan keadaan.”

Reda? Ye lah tu!

22 Mei 2015

PERANG TERBUKA UMNO SUDAH BERMULA


Perang terbuka Umno dah meletus, kata Lim



Perang terbuka antara kumpulan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah pun meletus, kata pemimpin popular DAP Lim Kit Siang.

Lim berhujah serangan daripada pemimpin akar umbi daripada kedua-dua belah kem menunjukkan bahawa permainan kuasa politik semakin bercambah dalam parti terbesar di Malaysia itu.

Semalam pemimpin Umno Wilayah Persekutuan Syed Ali Alhabshee menyokong gesaan Muhyiddin supaya anggota lembaga pengarah 1MDB, syarikat cetusan ilham Najib, disiasat.

Sementara Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Puad Zarkashi pula menyelar Muhyddin, sebagai menteri pelajaran, malas turun padang sehingga masih terdapat kerusi amat daif digunakan di sekolah.

“Sebagai propagandis Umno, tiada siapa percaya Puad menyerang terbuka Muhyiddin, tanpa lampu hijau daripada Najib,” kata Lim (atas) dalam kenyataan hari ini.


BERITA BERKAITAN: 

'Perang' dua bekas timbalan menteri


Kecaman bekas Timbalan Menteri Pelajaran. Datuk Puad Zarkashi terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam ditegur Datuk Saifuddin Abdullah hari ini.

Menulis di Twitter, Saifuddin yang juga bekas timbalan menteri berkata, beliau pernah tidak sependapat dengan menterinya namun "tidak tergamak" mengkritik sekeras dilakukan Puad.


Kata Saifuddin (kiri) dia mungkin mempunyai perbezaan pendapat dengan Datuk Seri Noh Omar dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebelum ini.

"Tapi saya tak akan tergamak balin mereka dan tuduh malas dan sebagainya," katanya di Twitter.

Ketika berada dalam kerajaan, Saifuddin pernah berkhidmat sebagai timbalan kepada Noh dan Khaled di Kementerian Pengajian Tinggi.


Noh kini adalah Ahli Parlimen Tanjung Karang, manakala Khaled bertugas sebagai Menteri Besar Johor.

Saifuddin pula kalah dalam pilihan raya umum lalu di Temerloh.

Semalam, Puad memuat naik dua keping gambar menunjukkan keadaan "terlalu daif" sekolah di Keningau, Sabah.

Kata Puad, keadaan itu berlaku kerana pegawai yang bertanggungjawab "tidak turun" padang.

"Kenapa mereka tidak turun ke bawah? Kerana menteri dan timbalan menteri juga malas turun ke bawah," tulisnya.

Kementerian Pelajaran kini diketuai Muhyiddin bersama Datuk Seri Idris Jusoh, manakala timbalannya ialah Datuk Mary Yap Kain Ching dan P Kamalanathan. ~ Malaysiakini

21 Mei 2015

STADIUM BUKIT JALIL TUKAR RUMPUT LAGI


Stadium Bukit Jalil Akhirnya Guna 'Rumput Nasional'
 Paslum, Bermuda dan akhirnya Perbadanan Stadium Nasional (PSM) menggunakan 'Rumput Nasional (National Grass)' sebagai pilihan muktamad bagi mengatasi masalah rumput di Stadium Nasional Bukit Jalil yang berlanjutan sejak 1998.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PSM, Azman Fahmi Osman berkata, rumput baru itu juga berada dalam persediaan terakhir sebelum digunakan pada aksi final Piala FA Sabtu ini.

"Rumput dalam keadaan yang sangat baik dan sedia untuk digunakan bagi perlawanan Kelantan dan Lions XII nanti.

"Rumput baharu ini kita namakan 'National Grass' kerana ia dilahirkan di sini, rumput tempatan," jelasnya ketika pertemuan bersama media di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis.

Menurut Azman, selepas beberapa percubaan menukar rumput yang sesuai dibuat, akhirnya PSM menemui jalan penyelesaian hasil kajian dan perbincangan bersama Profesor Dr Abdul Shukor Juraimi dari Fakuti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM).

"Seperti yang dilaporkan sebelum ini, struktur stadium yang kurang mendapat cahaya matahari menyulitkan kita mencari padanan rumput yang sesuai.

"Namun selepas beberapa percubaan, National Grass ini yang paling tepat digunakan kerana faktor ketahanan.

"Ia amat sesuai dengan faktor cuaca negara kita seperti hujan dan panas, manakala sudut yang tidak mendapat cahaya kami gunakan lampu pencahayaan (grow light).

"Ia dipasang secara automatik empat jam pada waktu pagi manakal empat jam pada sebelah petang. Setakat ini hasil beberapa bulan penggunaan rumput ini amat positif.

"Malah pada minggu lalu, percubaan padang dibuat oleh pemain-pemain dan mereka semua berpuas hati," katanya.

Jelasnya lagi, sebelum membuat keputusan untuk menggunakan rumput ini, beberapa ujian dibuat dengan kerjasama pihak UPM.

"Beberapa pakar datang membuat tinjauan serta menguji kelajuan dan lantunan bola sebelum melihat ketahanan rumput ini."Selepas itu baharulah kita memutuskan padang ini sesuai digunakan untuk perlawanan akhir Piala FA nanti," jelasnya.

Tambah Azman yang berpengalaman dalam bidang pengurusan ini, apa yang penting adalah penyelenggaraan yang berterusan bagin memastikan rumput ini sihat.

"Rumput ini perlukan perhatian supaya tidak dihinggapi bakteria yang boleh memusnahkan strukturnya walaupun padang ini tidak digunakan.

"Sebab itulah kami tidak membenarkan padang ini dipijak sesuka hati, kecuali jika ada perlawanan sahaja.

"Selepas perlawanan ia akan terus diselenggarakan dan memerlukan tempoh rehat bagi mengembalikan kesuburan," jelasnya.

Dalam pada itu, Azman mengakui kos untuk penggunaan rumput baharu dan grow light agak tinggi namun enggan mendedahkan kos sebenar bagi menghormati perjanjian dengan pihak kontraktor.

"Manakala rumput yang digunakan sebelum ini (Bermuda) akan di hantar ke Akademi Bola Sepak Negara di Gambang, Kuantan bagi menggantikan rumput yang rosak di sana.

"Ia tidak akan dibiarkan begitu sahaja kerana di Gambang rumput jenis Bermuda boleh digunakan," katanya.

Isu padang atau rumput di Stadium Nasional Bukit Jalil bukan perkara baharu sebaliknya ia tidak pernah berhenti sejak 1998 kerana rahsia struktur stadium yang tidak diketahui ramai rakyat Malaysia khususnya para jurulatih dan penyokong bola sepak tempatan.

Pelbagai usaha sudah dijalankan bagi mengembalikan kualiti padang itu sejak beberapa tahun lalu malah pada 2013, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengarahkannya stadium ini ditutup untuk pemulihan selepas aduan keadaan padang yang teruk. ~Mstar

20 Mei 2015

NAJIB LANGGAR PRINSIP TANGGUNGJAWAB MENTERI, KENA UNDUR?


'Audit 1MDB, tapi Najib mesti berundur'

Bekas menteri kabinet, Datuk Zaid Ibrahim berkata perdana menteri Datuk Seri Najib Razak perlu meletak jawatan walau apa saja keputusan audit ke atas 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Zaid mengesan bahawa Najib tidak mengemukakan projek 1MDB ke kabinet atau ke parlimen, walhal ia adalah satu projek di luar belanjawan.

Bekas menteri hal ehwal undang-undang itu berkata, tindakan Najib itu bertentangan dengan prinsip tanggungjawab menteri.

“Ini bermakna, Najib perlu meletak jawatan walau apa jua disebut oleh laporan audit,” katanya dalam kenyataan di blog zaid.my.

Beliau merujuk kepada kenyataan Najib yang menyeru semua pihak agar menunggu keputusan audit ke atas 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Selain itu, Najib juga berkata beliau tidak boleh dipaksa meletak jawatan sebelum mandatnya selama lima tahun berakhir.

Mengulas pendirian ini, Zaid berkata, sikap Najib bertentangan dengan sistem Westminster, di mana kerajaan dan menteri bertindak mengikut konvensyen dan etika sistem berparlimen.

“Semua menteri terikat dengan prinsip tanggungjawab peribadi dan kolektif. Maka jika seorang menteri tidak bersetuju dengan keputusan kabinet, dia mesti letak jawatan,” katanya.

Menurutnya, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan membangkitkan masalah 1MDB jika ia dibentangkan dan diluluskan dalam mesyuarat kabinet, katanya.

“Jika (Muhyiddin) tidak bersetuju dengan keputusan ini, beliau sepatutnya sudah lama meletak jawatan.

“Jika ia tidak dibentangkan langsung, maka Najib perlu meletak jawatan kerana mengikut prinsip tanggungjawab peribadi, ini jelas menunjukkan kecuaian tugas,” katanya. ~SUMBER

18 Mei 2015

DR. M CUBAAN MENYERANG -DAKWAAN


Dakwaan Dr Mahathir cubaan menyerang, lapor Berita Harian


Dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad yang Tan Sri Pandikar Amin Mulia meletak jawatan sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat dilihat sebagai satu cubaan menyerang Parlimen dan bertujuan mengheret institusi Parlimen ke dalam agendanya bagi memberi tekanan kepada kerajaan memerintah.

Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyifatkan dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad yang Tan Sri Pandikar Amin Mulia meletak jawatan sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat sebagai satu cubaan menyerang Parlimen, lapor Berita Harian hari ini.

Mereka dilaporkan berkata bekas perdana menteri itu bertujuan mengheret institusi Parlimen ke dalam agendanya bagi memberi tekanan kepada kerajaan memerintah.

Mereka bukan sahaja menganggap tindakan itu tidak wajar, kerana merasakan Dr Mahathir tidak berhak berkata demikian, malah berpendapat ia boleh menimbulkan rasa curiga rakyat terhadap Parlimen.

Akhbar itu memetik Timbalan Speaker Datuk Seri Ronald Kiandee yang berkata, penafian Pandikar sendiri mengenai dakwaan itu membuktikan ia tidak benar sama sekali.

"Hanya Dr Mahathir sahaja yang tahu apa matlamatnya (membuat dakwaan) tetapi bagi kita di Parlimen, suasana seperti biasa.

"Walaupun pada sesi lalu, ada beberapa hari Pandikar tidak mempengerusikan Dewan, tetapi itu adalah normal kerana beliau mengambil cuti," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Johor Baru Tan Sri Shahrir Abdul Samad dipetik Berita Harian menyatakan kekecewaannya terhadap dakwaan bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu.

Beliau berpendapat Dr Mahathir sepatutnya berusaha memperkukuhkan Parlimen dan bukannya menimbulkan curiga kepada Parlimen sambil menyifatkan tindakan itu sebagai memperlekehkan Parlimen.

"Adakah beliau mahu mengapikan-apikan dan menimbulkan curiga kepada Parlimen? Kalau Parlimen diasak begini, ia akan membahayakan negara.

"Kalau beliau mahu menambah tekanan kepada kepimpinan perdana menteri dengan berbuat begini, ia tidak wajar.

"Kerana, kedudukan Yang Dipertua ditentukan melalui undi ahli Parlimen, ini hanya memberi tamparan dan memperlekah Parlimen," beliau dipetik berkata.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kubang Pasu Datuk Mohd Johari Baharum pula menganggap dakwaan itu satu isu yang membantutkan usaha membangunkan negara dan kebajikan rakyat.

Beliau dilaporkan menyeru Dr Mahathir memberi sokongan terhadap Datuk Seri Najib Razak dalam membangunkan negara.

"Sekarang kita beri peluang kepada perdana menteri untuk membangunkan negara, dan saya harap Dr Mahathir dapat memberi sokongan.

"Zaman ini lain dengan zamannya dan beliau harus melihat dengan menyeluruh sebelum membuat teguran yang boleh menjejaskan pentadbiran kerajaan," katanya.

Kelmarin, Dr Mahathir mendakwa Pandikar ada menemuinya dan menyatakan hasrat untuk meletak jawatan sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.


Namun, Pandikar menafikannya dan menegaskan beliau tidak akan meletak jawatan serta akan mempengerusikan Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Ke-13 bermula hari ini.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com