13 September 2014

TERHANGAT....... pilih kroni majukan Plaza Rakyat tanpa tender?



KUALA LUMPUR, 12 SEPT – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) gagal melaksanakan dasar tender terbuka apabila ‘memilih’ syarikat Profit Consortium Sdn Bhd untuk membangunkan semula projek Plaza Rakyat.

Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata, DBKL bertanggungjawab memberi penjelasan berhubung penganugerahan projek ini, kerana dibimbangi wujud unsur rasuah.

“Tindakan DBKL memberikan projek berbilion ringgit di pusat bandar Kuala Lumpur kepada syarikat milik bekas tentera tanpa sebarang tender menyebabkan kita sangsi.

“DBKL perlu memberi penjelasan, demi kepentingan rakyat kenapa perkara sebegini boleh terjadi?, kata Lip Eng dalam satu kenyataan.

Akhbar The Star sebelum ini melaporkan DBKL gagal melakukan penawaran secara terbuka kepada pihak-pihak lain yang berminat sebelum bertindak memberikan projek tersebut kepada Profit Consortium Sdn Bhd.

Tegas Lip Eng, tindakan itu bercanggah dengan dasar Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bahawa semua perolehan kerajaan menggunakan tender terbuka atau pun tender terhad bagi projek tertentu.

“Mesyuarat Kabinet pertama selepas Pilihanraya Umum ke-13 memberikan gambaran indah kepada kita bahawa kerajaan Barisan Nasional menjamin proses pentadbiran yang telus,” kata Lip Eng.

Namun kata Lip Eng DBKL sendiri gagal menerapkan prinsip ‘penyertaan dan ketelusan’ orang ramai seperti yang ditetapkan pihak berkuasa itu dalam perkara Agenda Tempatan 21.

“Saya menuntut supaya Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib supaya segera mengadakan sidang media bagi memberi penjelasan dan membuka ruang soal jawab kepada wartawan mengenai pemberian projek tersebut.

“Sekiranya gagal, ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat Kuala Lumpur pastinya akan membangkitkan hal ini di sidang Parlimen bulan hadapan.

“Datuk Bandar mesti menjelaskan apa sebabnya projek ini dianugerahkan kepada syarikat yang mempunyai hubungan dengan ahli politik kerajaan Barisan Nasional tanpa sebarang tender,” tegasnya.


Sumber

12 September 2014

CALON PAS YAKIN RAMPAS DUN N01 PENGKALAN KUBUR!!!

Peluang Wan Rosdi menang sangat cerah


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar menyifatkan pencalonan Setiausaha PAS Tumpat, Wan Rosdi Wan Ibrahim sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Pengkalan kubor adalah pilihan yang tepat.

Beliau (gambar) berkata, pengalaman selama 20 tahun di dalam PAS dan bergelumang dengan penduduk setempat, calon PAS itu tidak mempunyai masalah untuk berdepan dengan calon Barisan Nasional (BN).

"Beliau merupakan seorang pekerja parti di peringkat kawasan dan Dun, hampir 20 tahun beliau berkhidmat untuk rakyat setempat.

"Dengan sikap dan sifat yang beliau miliki selain dikenali penduduk setempat, saya yakin kita tidak tidak mempunyai masalah untuk mengambil balik kerusi Dun Pengkalan Kubor dari BN," katanya kepada Harakahdaily.

Kamarudin yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu turut berpendapat pengalaman yang dimiliki calon PAS lebih jauh mengatasi calon BN.

"Beliau telah lama berdamping dengan penduduk setempat. Memadai jika kita tanya nama beliau, orang kampung akan mengenali dia.

"Saya yakin peluang untuk PAS dan Pakatan Rakyat menang pada PRK kali ini amat besar," sambung beliau.

Tambah beliau lagi, pergolakan dalaman Umno Pengkalan Kubor yang tidak berpuas hati dengan pencalonan calon BN turut membantu PAS dalam usaha mengambil semula kerusi tersebut.

KISAH U-TURN ANWAR PASAL GST....INI JAWAPANNYA


DSAI JAWAB PERTUDUHAN NAJIB ISU GST YANG CUBA MENGELIRUKAN RAKYAT DAN TIDAK JUJUR.


Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan hari ini semasa menjadi menteri kewangan, beliau tidak bersetuju Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan kecuali beberapa syarat dipatuhi terlebih dulu.

Menjawab dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam, ketua pembangkang itu berkata, disebabkan bantahan yang ditunjukkannya pada waktu itu, GST tidak pernah dilaksanakan semasa beliau dipertanggungjawabkan menjaga kewangan negara.

"Di Parlimen, saya nyatakan dengan jelaskan GST mesti dijalankan dengan cara yang telus dan cekap, maksudnya prasyarat tertentu mesti dipenuhi sebelum ia dilaksanakan.

"Ini termasuk urus tadbir yang sesuai, ketelusan, tiada ketirisan dan pembaziran dan terpelihara daripada amalan rasuah," katanya dalam satu kenyataan hari ini merujuk pendirian yang dibuatnya lebih 20 tahun lepas.

Anwar mendakwa, kenyataan Najib semalam 'tidak jujur dan mengelirukan.'

"Menteri kewangan pertama yang sebut hasrat kerajaan hendak laksanakan GST pada 1992 dalam ucapan bajetnya adalah Anwar," kata Najib merujuk kepada ketua pembangkang yang ketika itu berada dalam Kabinet kerajaan.

"Pada 30 Oktober 1992, Anwar menyebut GST akan dilaksanakan pada tahun depan, tetapi dia buat 'u-turn'," katanya, sambil menambah GST juga pernah diumumkan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Anwar berkata hari ini, sewaktu menerajui kementerian kewangan, beliau juga menekankan yang GST mesti bermula pada kadar rendah.

"Semua syarat tersebut tidak dipenuhi. Sebab itulah GST tidak pernah dilaksanakan semasa saya menjadi menteri kewangan," katanya.

Najib mengumumkan pelaksanaan GST ketika pembentangan Bajet 2013 di Parlimen dengan kadar 6% menggantikan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang kini dikenakan pada kadar 16%.

Ia akan mula dikuatkuasakan April tahun depan.

11 September 2014

Malaysia akan muflis seperti Argentina


Malaysia akan muflis seperti Argentina - Tun Mahathir




Tun Dr. Mahathir secara sinis berkata, 1Malaysia Development (1MDB) berlagak seperti Dana Kekayaan Negara, berbelanja seolah-olah daripada lebihan kewangan negara namun sebaliknya ia berhutang berbilion ringgit.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, Malaysia akan jadi muflis seperti Argentina jika hutang terlalu banyak.

"Berbilion ringgit dihutang yang menambah hutang negara yang tinggi. Hutang negara mesti dibayar. Jika tidak, kita akan muflis seperti Argentina.

"Sebuah negara yang mengalami defisit setiap tahun tidak mungkin bayar hutang sebesar ini," katanya menerusi entri blognya.

Dr. Mahthir berkata, IMDB digunakan untuk membeli tiga buah stesen jana kuasa daripada YTL, Ananda Krishnan dan pemilik Jimah Power di Negeri Sembilan dengan kos tidak lebih RM4 bilion.

IMDB akan memiliki sebahagian daripada saham stesen janakuasa yang akan dibina oleh Tenaga Nasional Berhad dan pihak lain.

Selain itu, IMDB juga akan membangunkan projek Tun Razak Exchange di Jalan Tun Razak. Ini tidak termasuk bantuan pelajaran 1MDB RM250,000 setahun.

Dr. Mahathir berkata, banyak negara pengeluar minyak mewujudkan Dana Kekayaan Negara daripada lebihan hasil minyak setahun, oleh sebab itu Kuwait dan Qatar membeli hotel terkemuka dengan wang tersebut.

Tetapi Malaysia hanya mengeluarkan 650,000 tong sehari dan tidak ada lebihan daripada penjualan minyak Petronas, sebahagian besar keuntungan bersih diserahkan kepada kerajaan, selain dilabur semula.

"Sebenarnya perbelanjaan kerajaan lebih besar daripada pendapatan termasuk sumbangan Petronas.

"Oleh itu bajet kita defisit bukan lebihan," ujarnya.

Beliau berkata, biasanya ketika kerajaan membuat belanjawan, pengurusan kewangan negara perlu mematuhi peraturan termasuk kelulusan had siling hutang Dewan Rakyat.

Tegasnya, untuk pelajaran tidak perlu berhutang kerana kerajaan memberi peruntukan hampir 25 peratus daripada belanjawan untuk pendidikan.

HUTANG 1MDB BERJUMLAH RM30 BILION JADI ANCAMAN BESAR KEPADA NEGARA

Hutang 1MDB ancaman besar kepada negara – Rafizi

KUALA LUMPUR 11 SEPT: Hutang besar yang ditanggung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah satu ancaman besar kepada kestabilan ekonomi negara, kata Naib Presiden KEADILAN, Mohd Rafizi Ramli.
Beliau mengulas krtikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di blognya semalam mengenai dana 1MDB yang dikumpul daripada hutang dan bukan keuntungan yang dijana.



“Tun Mahathir Mohamad juga mempersoalkan kenapa sejumlah besar dana 1MDB disimpan di pusat kewangan luar pesisir pantai (offshore financial centre) iaitu Pulau Cayman yang sudah pasti tidak telus dan menyembunyikan maklumat pengurusan dana.

“Saya selalunya berbeza pendapat dengan Tun Mahathir Mohamad dalam banyak perkara. Namun saya menyokong penuh pendirian dan pendapat Tun Mahathir Mohamad mengenai 1MDB,” ujarnya dalam satu kenyataan media.

Mahathir dalam blognye semalam berkata 1MDB membelanjakan berbilion ringgit untuk membeli stesen janakuasa dari Genting dan Ananda Krishnan dengan harga yang lebih tinggi daripada pasaran.

Beliau juga mengeluh kerana 1MDB banyak berhutang dan terdapat laporan ia kini berhutang kira-kira RM38 bilion selepas 5 tahun beroperasi sebagai dana kekayaan negara.

Menurut Rafizi, laporan dari akhbar kewangan meletakkan jumlah hutang 1MDB melebihi RM30 bilion berdasarkan beberapa siri penerbitan bon.

Jelasnya, jawapan perdana menteri di parlimen menyatakan jumlah hutang 1MDB hanya RM5 bilion iaitu jumlah bon pertama yang diterbitkan oleh syarikat strategi itu.

Manakala jumlah hutang yang lain tidak dijamin oleh Kerajaan Malaysia.

“Saya mempunyai dokumen yang boleh mengesahkan bahawa jawapan Datuk Seri Najib Tun Razak itu adalah tidak tepat dan memberi gambaran salah kepada Parlimen,” ujarnya.

Kerajaan bertanggungjawab sepenuhnya

Menurut Rafizi, siasatannya setakat ini menunjukkan keseluruhan hutang 1MDB berjumlah RM30 bilion adalah tanggungjawab sepenuh Kerajaan Malaysia.

Katanya, ia bermakna sekiranya 1MDB gagal melunaskan hutang-hutang tersebut, kerajaan Malaysia bertanggungjawab melangsaikan hutang itu, dan sudah tentu ia menggunakan wang rakyat.

“Oleh sebab itu, saya berpendirian bahawa hutang 1MDB yang begitu besar adalah satu ancaman besar kepada kestabilan ekonomi negara terutamanya kerana tidak ada tanda-tanda prestasi yang memberangsangkan yang ditunjukkan 1MDB setakat ini,” jelasnya.

Menurut Rafizi, kali terakhir beliau menimbulkan isu dana 1MDB yang disimpan di Pulau Cayman, 1MDB menghantar surat saman untuk mengambil tindakan mahkamah terhadapnya.

“Sekiranya apa yang ditimbulkan oleh Tun Mahathir Mohamad itu tidak betul, maka sewajarnya 1MDB turut menghantar surat saman kepada Tun Mahathir Mohamad dalam masa terdekat ini,” ujarnya.


TULISAN PENUH DARI TUN M :

SSK dengan 1MDB



Written by chedet

1. Saya tertarik dengan tulisan sahabat saya Saleh Said Keruak (SSK) berkenaan 1MDB.

2. Beliau berpendapat 1MDB ialah untuk bantuan dalam bidang pelajaran. Saya akui saya tidak tahu akan kegunaan wang 1MDB untuk pelajaran. Tetapi ada iklan yang menyebut sudah lebih satu juta rakyat dapat bantuan pelajaran dari 1MDB. Bahagi 1 juta dengan 4 tahun ini bermakna 250,000 setahun. Jika benar, Alhamdulillah.

3. Yang saya tahu 1MDB diguna untuk membeli tiga buah stesen janakuasa dari YTL, Ananda Krishnan dan pemilik Jimah power plant di Negeri Sembilan. Harga pembelian lebih tinggi daripada harga pasaran. Kos tidak kurang dari 4 billion Ringgit

4. Baru-baru ini 1MDB akan memiliki sebahagian besar daripada saham stesen janakuasa yang akan dibina oleh Tenaga Nasional dan pihak lain. YTL telah tarik diri. Ramai yang menegur Tenaga kerana projek ini, kerana tidak mengadakan tawaran terbuka.

5. Pembangunan projek Tun Razak Financial Exchange di jalan Tun Razak akan di laksanakan dengan dana 1MDB juga.

6. Selain daripada itu berbillion dollar di urus melalui bank di sebuah Pulau Caribbean.

7. Sahabat saya tentu tahu bahawa dana 1MDB ini berlagak sebagai Sovereign Wealth Fund iaitu dana kekayaan Negara.


SAMBUNG LAGI SINI

PEGUAM NEGARA DIDESAK LETAK JAWATAN!!!

Pautan kekal imej terbenam

Peguam Negara perlu letak jawatan



Gani Patail

Tindakan Jabatan Peguam Negara untuk menilai semula beberapa kes membabitkan individu yang didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 termasuklah pensyarah undang-undang, Prof. Azmi Sharom telah mencemarkan kredibiliti jabatan tersebut.

Fasilitator Gerakan Warganegara Mempertahankan Akta Hasutan 1948, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz berkata, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail seharusnya sentiasa konsisten di dalam setiap pertuduhan yang telah dibuat.

Selain itu, menurut Khairul Azam, kelemahan Peguam Negara di dalam melakukan pendakwaan terhadap kes-kes tertentu seperti hasutan telah menyebabkan timbul persepsi rakyat bahawa hanya golongan tertentu sahaja yang akan dikenakan tindakan biarpun mereka melakukan kesalahan yang sama.

“Kalaupun ada pendakwaan berpilih, isunya bukan kepada akta.

Isunya adalah kepada mereka yang menguatkuasakan undang-undang ini dari segi pendakwaan, ini salah Peguam Negara.

Contohnya dalam kes Prof. Azmi Sharom dari Universiti Malaya, semalam Peguam Negara keluarkan kenyataan media untuk kaji semula beberapa kes termasuk kes Azmi, ini mencemarkan kredibiliti Gani sebagai Peguam Negara sendiri.

Beliau telah mengarahkan pertuduhan, tiba-tiba beliau nak kaji semula, yang perlu ditukar bukan Akta Hasutan 1948 tetapi Peguam Negara,” katanya.Dengan itu, beliau meminta Gani untuk meletakkan jawatan.~MG

10 September 2014

REMAN 11 PEGAWAI KASTAM DILANJUT!!!!

Pautan kekal imej terbenam


SPRM : Reman 11 Pegawai Kastam dilanjut, Seorang Lagi Ditahan

PUTRAJAYA, 10 Sept - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memperoleh kebenaran Mahkamah Majistret Petaling Jaya untuk melanjutkan tempoh reman ke atas 11 pegawai kastam pelbagai pangkat bagi membantu siasatan kes berkaitan penyeludupan barang-barang yang tidak dibayar duti kastam.

Hari ini, mahkamah juga membenarkan tahanan reman selama tujuh hari ke atas seorang lagi pegawai kastam yang ditahan semalam. Dia ditahan di Pejabat SPRM Kuala Lumpur.

Enam daripada 11 pegawai kastam dilanjutkan reman selama tujuh hari termasuk seorang "Datuk" dan empat lagi disambung reman sehingga esok.

Dalam pada itu, seorang lagi pegawai yang juga bergelar "Datuk" disambung reman selama enam hari.

Perintah itu dikeluarkan oleh Majistret Mohd Nazri Omran bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Penggubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2010.

Seramai 12 pegawai kastam ditahan reman selama tujuh hari mulai 4 September lalu. Hari ini SPRM memohon untuk melanjutkan tahanan reman. Mereka ditahan dalam satu operasi khas pada 3 September lalu di Lembah Klang dan Ipoh, Perak.

Seorang lagi pegawai kastam yang ditahan reman sejak 4 September lalu dibebaskan hari ini tanpa syarat.

Kesemua mereka berusia antara 35 hingga 58 tahun dan salah seorang merupakan Pengarah Kastam Negeri.

Pegawai-pegawai yang ditahan itu dibawa ke Kompleks Mahkamah Petaling Jaya pada pukul 10.25 pagi tadi dengan sebuah bas.

Hari ini, SPRM diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Anthony Kevin Morais manakala kesemua pegawai kastam diwakili barisan peguam yang diketuai oleh Gerard Lazarus.~sprm

800 KAKITANGAN BPP ( PINJAMAN PERUMAHAN) MENGELABAH? APAKAH PUNCANYA....

Kakitangan BPP masih tertanya-tanya nasib sebenar mereka


JAMINAN Kementerian Kewangan tiada kakitangan Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) akan dibuang kerja apabila agensi itu dimansuhkan belum cukup untuk melegakan buat 800 orang kakitangan tersebut.

Ini kerana dalam kalangan kakitangan BPP dimaklumkan bahawa hanya 500 orang kakitangan akan diserapkan ke entiti baru dan nasib baki 300 orang lagi belum diketahui menyebabkan mere tertanya-tanya apakah sebenar kedudukan pekerja selepas entiti baru ditubuhkan
.

Menurut kakitangan BPP, ada kakitangan yang bertanya mengenai perkara tersebut kepada ketua-ketua bahagian namun jawapan yang diterima tidak memberangsangkan.

"Moral penjawat awam terutama yang berstatus kontrak sekarang memang jatuh. Banyak sangat maklumat sampai tidak tahu mana yang betul atau tidak.

"Apa salahnya semua kakitangan diberi penjelasan mengenai cadangan pemansuhan BPP dan entiti baru itu.

"Jika penjawat-penjawat awam yang lain tidak puas hati dengan pemansuhan BPP, kami di BPP pula risaukan nasib kami," menurut kakitangan agensi itu kepada MalaysiaGazette.

BPP yang kini mengendalikan kira-kira 1.2 juta pinjaman perumahan penjawat awam bakal digantikan peranan dan tanggungjawabnya dengan sebuah entiti baru bertaraf badan berkanun.

Penubuhan entiti itu disahkan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan sambil mengakui proses itu sedang dilakukan oleh sebuah perunding.

Spekulasi pemansuhan BPP itu didedahkan oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) selepas mendapat maklumat daripada BPP sendiri.


Cuepacs mendakwa kerajaan tidak telus dan berahsia berhubung penubuhan entiti baru itu kerana dibuat tanpa berbincang atau mendapat pandangan kesatuan yang mewakili 1.5 juta penjawat awam.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Kewangan memberitahu, perjumpaan dengan Cuepacs akan dibuat selepas rang undang-undang mengenai entiti itu dipersetujui.

KUMPULAN PEKIDA JITRA BERPARANG DENGAN PEKIDA GURUN GARA-GARA PETAHAN SYARIKAT GORES & MENANG !!!

2 Kumpulan PEKIDA Bergaduh Gara-gara Gores & Menang




Melalui perkongsian gambar-gambar di laman Facebook Daily Traffic Report, melaporkan kejadian pergaduhan di antara dua kumpulan Melayu (Pekida) pada 8 September 2014 lebih kurang 5 petang di Tingkat 1, World One SP Enterprise, Legenda Heights di Sg Petani, Kedah. 

Punca pergaduhan angkara Penipuan Syarikat Peraduan Gores dan Menang didakwa dimiliki oleh seorang lelaki Cina.

Laporan kejadian:

Kumpulan lelaki Melayu yg diketuai oleh mangsa Zulkarnain b. Ibrahim bertindak sbg pelindung kpd Syarikat Gores & Menang telah datang ke alamat diatas selepas dihubungi oleh lelaki Cina. Pada masa itu sekumpulan lelaki Melayu lebih kurang 10 orang yang diketuai oleh Kasturi b. Abd Majid datang mendakwa seorang kawannya ditipu oleh syarikat tersebut.

Semasa perbincangan tiba2 pergaduhan berlaku & 2 lelaki Melayu serta seorang lelaki Cina telah ditetak oleh kumpulan lelaki Melayu.

Mangsa (2)(L)(M) dihantar ke HSAH & (1)(L)(C) dihantar ke Hsptl Pantai terima rawatan di zon merah.

(2)(L)(M) Kecederaan kesan tikaman/hirisan dibhg dada & (1)(L)(C) cedera dibhg kepala. Semua mangsa ditahan diwad utk pemeriksaan lanjut.

Saspek nama Kasturi Abd Majid & kumpulan sedang dikesan untuk dibuat tangkapan.
Mangsa dari Kumpulan Pekida Jitra yang menyerang Pekida dari Gurun.

Motif kejadian adalah penipuan syarikat Gores & Menang. Kumpulan Pekida dari Jitra bersekongkol dengan lelaki Cina menjalankan perniagaan Gores & Menang di Sg Petani. Manakala group Pekida Gurun mewakili mangsa seorg lelaki Melayu yang ditipu oleh syarikat tersebut datang utk menuntut kembali wang yang ditipu.



GB   Sumber

POLIS DIMINTA HENTI ' MAIN WAYANG' SIASAT SEGERA PUNCA KEMATIAN BENG HOCK


SHAH ALAM, 10 SEPT: Teoh Lee Lan, adik mendiang Teoh Beng Hock semalam membuat laporan polis bagi mendesak pihak berkuasa menangkap dan menahan segera individu yang menyebabkan kematian abangnya lima tahun lalu.

Laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada jam empat petang, sebagai susulan kepada keputusan Mahkamah Rayuan yang sebulat suara mengenepikan keputusan Mahkamah Koroner dan Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Lee Lan berkata, beliau hadir ke balai polis untuk memohon tindakan segera agar keadilan untuk keluarganya dapat dikembalikan.

“Sehubungan keputusan Mahkamah Rayuan, saya memohon pihak polis mempercepat dan menyiasat semula kes kematian Teoh Beng Hock terutamanya terhadap anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terlibat menyoal siasat beliau.

“Mahkamah Rayuan telah membuat keputusan bahawa Beng Hock mati dalam tahanan tanpa alasan yang munasabah dan terdapat unsur jenayah.

“Leher beliau didapati mempunyai kesan kecederaan. Selepas pemeriksaan, kecederaan itu adalah pelbagai (multiple injuries),” katanya ketika ditemui di depan IPD Shah Alam selepas laporan dibuat.


Laporan polis ini adalah yang ketiga setakat ini selepas laporan pertama dibuat pada 6 September oleh DAP Perak di IPD Ipoh.

Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo dan Adun Kinrara Ng Sze Han membuat laporan kedua di Balai Polis Serdang mendesak supaya pembunuh Beng Hock segera dikenal pasti.

Semalam, Jabatan Peguam Negara menegaskan pihaknya akan mendakwa individu yang menyebabkan kematian Teoh Beng Hock jika terdapat keterangan yang kukuh untuk berbuat demikian.

Kenyataan Jabatan Peguam Negara menyebut, polis akan membentuk satu pasukan khas bagi menjalankan siasatan lanjut.


Jumaat lalu, Mahkamah Rayuan memutuskan kematian Beng Hock disebabkan tindakan menyalahi undang-undang oleh seorang atau beberapa orang yang tidak dikenali.

Panel tiga hakim berkenaan yang diketuai Datuk Mohamad Ariff Md Yusof memerintahkan agar siasatan lebih terperinci dijalankan, tanpa mengecualikan pegawai SPRM. -Roketkini.com

09 September 2014

HARGA SEWA TAPAK PASAR MENINGKAT 150%..UNTUNGNYA ORANG KEDAH ...BN MENANG KEDAH SENANG!!!




ALOR SETAR - Sebahagian peniaga Pasar Teluk Wanjah, dekat sini, merayu harga sewa tapak diturunkan pada nilai berpatutan bagi mereka.

Difahamkan, harga deposit air berjumlah RM100, deposit elektrik RM100, deposit tiga bulan RM600 dan sewa tapak September (RM200).

Peniaga sayur-sayuran, Khor Seah Meng, 55, berkata, duit sewa tapak naik berbanding hanya sekitar RM80 sebulan sebelum ini.

“Harga baru ditetapkan naik mendadak sehingga RM200 sebulan mengikut kategori perniagaan.

“Jika boleh, kami mohon pihak berkenaan tidak menaikkan harga, sebaliknya mengekalkan nilai lama,” katanya.

Katanya, kebanyakan peniaga ingin harga dikekalkan ataupun ditetapkan pada nilai berpatutan buat mereka.

Mohd Farook Abdul Hamid, 38, berkata, kadar baru ditetapkan dikhuatiri membebankan peniaga, ditambah memulakan perniagaan di tempat baru.

Mohd Farook berkata, mereka dimaklumkan sewa baru berbeza mengikut jenis perniagaan, sebagai contohnya perniagaan daging RM200.

“Kami berharap nilai sewa tapak diseragamkan kepada RM100 tanpa mengira kategori. Selain itu, mana-mana kemudahan kurang memuaskan dibaiki,” katanya.

Menurut peniaga ayam, Cairol Lizam, 35, mereka tidak mampu membayar sekiranya harga ditawarkan terlalu tinggi.

Katanya, sekiranya harga sewa tapak diturunkan, maka harga deposit lebih RM1,000 turut berkurangan.

Sebelum itu, kebanyakan peniaga sudah memindahkan barangan niaga mereka, malah sudah beroperasi selama tiga hari di tapak baru.

Sementara itu, Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Mat Noh Ahmad berkata, pihak Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) akan mengadakan perbincangan dengan peniaga.

Katanya, pihaknya akan membincangkan mengenai harga tapak terbabit bagi melihat kesesuaian nilai ditetapkan melalui sidang itu.


BERSYUKURLAH KEDAH DAH SENANG!!!

GEMPAR! BERITA TSUNAMI BERLAKU DI PANTAI BARAT SEMENANJUNG GAH...BETULKE ..@ HANYA LATIHAN!!!


BERITA YANG TIDAK SAHIH......DI KELUARKAN DI FB PAGI INI.... ADA YANG PANIK DAN KELAM KABUT.......



KEADAAN AIR PASANG YANG TENANG DI PANTAI  LANGKAWI HARI INI.......

KEMUDIAN DINAFIKAN OLEH JABATAN METEOROLOGI 



Kompom.....latihan saja...... status 'Tsunami pd jam 2.30 ptg'.

Ini adalah kerana pihak Jabatan Meteorlogi Malaysia sedang membuat Latih Amal EX-IOWAVE14...








Bahagian Pinjaman Perumahan Kakitangan Awam Dimansuhkan? Bank CIMB Urus Pinjaman Pinjaman Rumah Anda?



Bahagian Pinjaman Perumahan Kakitangan Awam Dimansuhkan? Bank CIMB Urus Pinjaman Pinjaman Rumah Anda? Sekarang ini penjawat awam di Malaysia sudah ada berapa ramai? Secara faktanya terdapat sejumlah 1.5 juta kakitangan awam di Malaysia, satu jumlah yang begitu besar nilainya untuk bank-bank komersial “teroka”. Apa maksudnya Berita Semasa?

Terdapat makluman yang Berita Semasa terima yang mana berita kurang baik seperti ini terhadap penjawat awam sebenarnya telah kedengaran sejak tahun 2012 lagi, tetapi kali ini lebih kencang di mana kemudan dan kelebihan pinjaman perumahan kakitangan awam akan distrukturkan semula apabila Bahagian Pinjaman Perumahan Kakitangan Awam dimansuhkan kelak. Apa? Ya….bakal dimansuhkan. Nantikan.

Secara faktanya Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia adalah satu jabatan di bawah Kemnterian Kewangan


Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia (BPP) bakal dimansuhkan digantikan dengan satu syarikat berkaitan GLC atau intitusi kewangan bagi menguruskan bahagian pinjaman perumahan untuk penjawat awam.

Kelebihan & Faedah Pinjaman Perumahan Kakitangan Awam Ditarikbalik?

Yang merisaukan Cuepacs sebagai badan yang menjadi penjuang dan pembela nasib kalangan 1.5 kakitangan awam adalah :

mereka cukup risau andaikata (kadar faedah 4.0% peratus) yang dinikmati kakitangan awam sebelum ini melibatkan pinjaman rumah akan ditarik balik

dan terpaksa mengikut corak berasaskan keuntungan institusi kewangan lain seperti bank
Cuepacs merasakan cukup kesal kerana setakat ini keistimewaan bergelar penjawat awam hanyalah mendapat pencen dan gratuiti serta pakej pinjaman perumahan yang menarik. 

Jadi Cuepacs merasakan kemudahan dan faedah seperti ini tidak patut ditarik balik!
Bahagian Pinjaman Perumahan Kakitangan Awam (BPP) Diserahkan kepada CIMB


Dan, maklumat yang Berita Semasa terima langsung dari Putrajaya telah memberikan pengesahan yang mana Bahagian Pinjaman perumahan Kakitangan Awam semamangnya akan dimansuhkan dana siapa yang bakal dapat menguruskan Pinjaman perumahan kakitangan Awam selepas ini?

Bank mana lagi, tidak lain dan tidak bukan Bank adik Perdana Menteri Malaysia, CIMB. Ya…CIMB.

CIMB Bank akan ambi alih menjadi satu badan yang akan menguruskan Bahagian Pinjaman perumahan kakitangan awam. Setakat maklumat yang Berita Semasa terima syarat baru kepada kakitangan awam untuk pinjaman perumahan (rumah) selepas ini telah pun ada yang mana nilai downpayment untuk setiap harga rumah naik dan begitu juga kadar faedah pinjaman rumah kakitangan 4% (reducing balance) akan diubah kepada yang lain.

Berita Semasa difahamkan yang mana inilah salah satu cara untuk menghadkan pinjaman kakitangan awam. Yang mana CIMB akan uruskan pinjaman kakitangan kerajaan yang mana pastinya selepas ini akan masuk dalam laporan CCRiS sekaligus andaikata komitmen anda terlalu tinggi, pinjaman rumah sukar untuk diluluskan. Semuanya atas nama mengawal hutang isi rumah yang terus melonjak tinggi.BACA SINI : Hutang Isi rumah di malaysia tertinggi di ASIA


Selain daripada itu, Berita Semasa diberitahu, bank CIMB contohnya ada instrumen untuk “monitor” pembayaran pinjaman rumah anda contohnya. Sebarang tuggakan akan dikejar oleh “kaki-kaki bank” yang “cukup terlatih” mengejar peminjam.

Setuju kakitangan awam sekalian? Apa kata Anda?

P/S : Selepas Lepas Felda menjadi FGV, BPP pula akan menjadi.. ……..??(isi tempat kosong)

RAKYAT M'SIA BOIKOT PRODUK ISRAEL HANYA HANGAT-HANGAT TAIK AYAM...





Dr Hafidzi

SHAH ALAM - Rakyat di negara ini disifatkan tidak konsisten dan hanya hangat-hangat tahi ayam dalam memboikot produk yang ada kaitan dengan Israel.

Pengerusi Aqsa Syarif, Profesor Madya Dr Hafidzi Mohd Noor berkata, penindasan rejim Zionis yang sudah mulai reda di Gaza menyebabkan masyarakat kembali membeli barangan yang telah diboikot dahulu.

“Masyarakat perlu sedar bahawa Israel tidak akan berhenti daripada terus menjajah bumi Palestin dan tindakan masyarakat yang kembali membeli dan menyokong produk Israel adalah satu tindakan yang mengecewakan.

“Untuk membebaskan bumi Palestin, kita memerlukan perjuangan berterusan dalam bentuk sumbangan dan penglibatan dalam kempen boikot," katanya.

Menurutnya, kebanyakan masyarakat tersilap dalam mengaplikasikan kempen boikot menyebabkan mereka tidak mampu meneruskannya secara konsisten.

“Boikot lebih kepada mewujudkan kesedaran serta kesan jangka panjang selain bertujuan supaya syarikat yang menyumbang secara langsung dan tidak langsung kepada Israel mengubah polisi mereka itu.

“Kerana itu, awal-awal lagi kami telah menyeru kepada masyarakat untuk boikot atas dasar kefahaman dan ilmu, bukannya secara emosi. Apabila boikot guna emosi, perkara sebegini yang berlaku. Sesudah berakhirnya serangan, mereka kembali ambil pendirian untuk tidak boikot,” katanya.

Katanya lagi, mereka yang sedar akan tanggungjawab memboikot akan dapat memastikan penindasan rejim Zionis terhadap penduduk Gaza berakhir.~SH


DIBAWAH ANTARA KOMEN-KOMEN MENARIK BERITA DIATAS......

raayat msia nak baikot.prog cakap senang,raayat msia setakat pegang sepanduk tapi kena bayar baru berjalan klau tidak .isu israil kita kena bantu pergi berperang bersama raayat mereka dan tentukan bumi israil kalah dan hilang di peta dunia baru berhasil.setakat baikot barang mereka msia kecil dunia beli tak jadi kudis pun bagi israil.sebab dia dibela olih kuasa besar dunia .maaf prog.

dalam fb banyak tukang komen yang berlantang2 suara.. suruh je dorang pg perang dgn israel tu...

Biar org lain nak kata apa...tapi kami masih boikot....

Dh kena mandrum Zionist

aku dah agak dah rkyat M'sia nie terutamanye melayu... ms boikot b'sungguh2 smpaikan merusuh & rosakan harta benda org tp last2 dia gak akn kmbali guna/beli brgan yg dia boikot 2..... tengok je la McD sekarang nie dah mula penuh semula..............



INI PULAK YANG BERLAKU DI NEGARA EURO......

Lupakan batu tanda "Hollywood". Kini ada "Viva Palestine" luar kota Belfast. Hebat sokongan orang Irish! 

DALAM SEDAR RAKYAT DAN NEGARA MALAYSIA MASIH MENYOKONG PRODUK ISRAEL?......

PANAS, PANAS DI FORUM PasMa....


Di forum PasMa, kemarahan terhadap Hadi Awang membuak




AJK PAS Pusat Datuk Mujahid Yusof Rawa bercakap kepada hadiri di forum anjuran Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia di Kuala Lumpur, malam tadi. 

Forum pertama anjuran Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) malam tadi yang mensasarkan untuk menghalang sebarang kerjasama di antara PAS dan Umno menyaksikan hadirin meluahkan kemarahan terhadap parti Islam itu dan presidennya berhubung peranan mereka dalam krisis menteri besar Selangor.

Persoalan sama ada Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu dikenakan tindakan kerana menentang keputusan parti dalam isu menteri besar Selangor termasuk masa depan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) diajukan kepada ahli panel seperti Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Zawawi, Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari.

“Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipecat PKR kerana enggan menurut keputusan parti, apakah tindakan yang akan dikenakan terhadap Hadi kerana menentang keputusan parti dalam isu MB Selangor?” soal seorang hadirin disambut dengan tepukan gemuruh di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor di Kuala Lumpur malam tadi.

Terdapat juga hadirin yang merungut bagaimana rosaknya imej PAS dalam menguruskan krisis ini sehingga seorang daripada hadirin mempersoalkan Mujahid mengapa beliau dan pemimpin seperti Dr Dzulkefly Ahmad dan Khalid Samad perlu memberikan penjelasan kepada orang ramai berhubung masalah dilakukan pemimpin lain.

Mujahid yang berhati-hati memberikan penjelasan kepada kira-kira 500 hadirin berkata PAS tidak akan bekerjasama dengan Umno dan Hadi tidak dianggap maksum oleh parti Islam itu.

“Saya ingin beritahu di depan semua orang, PAS tidak mempunyai niat untuk bersekutu dengan Umno,” katanya disambut dengan tepukan hadirin pelbagai kaum di forum bertajuk PAS Campur Umno: Ke Mana Hala Tuju itu.

Mujahid berkata, tiada perjuangan dalam parti atau gerakan Islam yang mensucikan pemimpin tertentu dan mereka juga boleh ditegur kerana tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.

AJK PAS Pusat itu berkata, ketaatan kepada pemimpin bukan bersifat mutlak kerana kepatuhan sepenuhnya hanya diberikan kepada perintah Allah dan Nabi Muhammad.

“Kami orang PAS dididik dengan satu hadis Nabi Muhammad, ‘ketaatan manusia sesama manusia adalah ketaatan yang tidak mutlak manakala ketaatan kepada Allah dan rasul itu adalah mutlak’,” katanya.




DERHAKA KEPADA SULTAN BUKAN KESALAHAN JENAYAH, KATA PAKAR PERLEMBAGAAN

http://www.themalaysianinsider.com/

Tindakan PKR dan DAP menghantar 1 nama iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar tidak melakukan sebarang kesalahan walaupun dimurkai Sultan Selangor, kata Dr Abdul Aziz Bari.

Pakar Perlembagaan itu berkata undang-undang di Malaysia tidak menyifatkan derhaka kepada Sultan sebagai satu kesalahan jenayah dan ia tidak seperti yang ditetapkan di negara jiran Thailand.

“Setahu saya tidak ada undang-undang di Malaysia ini yang menjenayahkan apa yang dikatakan derhaka. Derhaka bukan satu kesalahan sebenarnya.

“Tidak seperti di Thailand iaya satu kesalahan. Sesiapa yang dianggap biadap kepada raja boleh dihukum dan sebagainya. Itu undang-undang mereka tetapi di sini tidak ada.

“Itu hak ‘pihak’ berkenaan menderhakakan sesiapa jadi katak atau apa,” katanya ketika berucap di forum PAS Campur Umno: Ke Mana Hala Tuju di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur malam tadi.

Semalam, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah kecewa dengan tindakan PKR dan DAP yang mengingkari arahan baginda supaya mengemukakan lebih 2 nama untuk dipertimbangkan sebagai calon menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pada masa sama, Sultan Selangor juga tidak menolak kemungkinan mempertimbangkan nama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) lain daripada parti Pakatan Rakyat (PR) yang berkelayakan untuk dilantik memimpin negeri terkaya itu.

"Tindakan parti DAP dan PKR ini menggambarkan kebiadapan kepada institusi raja dan merupakan satu perbuatan derhaka kepada Sultan Selangor," titah Sultan Selangor melalui kenyataan yang dikeluarkan setiausaha sulitnya Datuk Mohamad Munir Bani.

Aziz berkata, pihak istana perlu sedar urusan pentadbiran kerajaan negeri digerakkan sebuah kerajaan yang dipilih rakyat dan segala urusan pentadbiran berada di bawah tanggungjawab mereka.

Katanya, konsep demokrasi berparlimen jelas melindungi istana daripada terlibat dengan kancah politik berbeza seperti negara yang mengamalkan lantikan pemimpinnya secara terus.

“Adakah istana sanggup dilibatkan jika kerajaan ini gagal? Jika sistem ekonomi dan prestasinya gagal? Mahu? Jadi macam Brunei atau Saudi. Kerajaan itu lantikan peribadi raja. Apa-apa hal raja tanggung. Jangan komen, jangan kata, jangan kritik.

“Demokrasi berparlimen untuk lindungi istana supaya jangan terlibat dengan politik. Itu tujuannya,” katanya kepada 400 hadirin yang menghadiri forum berkenaan.

Beliau turut membidas kenyataan Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman semalam yang menggesa rakan parti dalam Pakatan Rakyat (PR) supaya akur kepada titah Sultan Selangor dalam kemelut melibatkan nama calon menteri besar yang masih berlarutan.

Katanya, bukan pemimpin PR yang menderhaka kepada institusi diraja sebaliknya perkara berkenaan terdahulu dilakukan oleh Umno dalam krisis pentadbiran sebelumnya.

“Saya dapati setiausaha PAS Selangor agak pelik kerana dia seolah-olah melihat ini satu usaha melawan dengan istana. Tiada siapa yang mahu berlawan dengan istana. Yang menuduh kita melawan istana adalah Umno.

“Dalam demokrasi tiada apa yang dikatakan kuasa mutlak. Dalam Islam pun tidak ada. Kuasa mutlak hanya kepada Allah, raja segala raja,” katanya.

Khairuddin dalam satu kenyataan semalam berkata kedegilan PKR dan DAP dalam kemelut menteri besar Selangor adalah perkara sia-sia kerana ia menyusahkan rakyat Selangor.

"PAS Selangor mohon rakan kita agar akur kepada titah Tuanku Sultan kerana kita tidak akan ke mana-mana apabila menentang institusi raja ini.

"Kita yakin kemelut ini boleh diselesaikan dan kita harap ia diselesaikan segera. Lagi lama kemelut ini berlaku, maka lagi susah rakyat kita.

"Cukuplah. Mari kita fikir pula masalah kebajikan rakyat yang sudah.

- tmi

08 September 2014

TERHANGAT! BUKTI MAS SUDAH BANKRAP?!!!

"Memandangkan syarikat penerbangan itu sudah bankrap dan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) pula 'memberi nyawa' kepada MAS."


Tiga permintaan MASEU kepada Khazanah



Selepas hampir dua minggu pengumuman penstrukturan Malaysia Airline System Berhad, hari ini Kesatuan Kakitangan MAS (MASEU) memberitahu, pihaknya menerima pelan cadangan itu dengan hati terbuka.

Presidennya, Alias Aziz berkata, tidak ada sebab mengapa MASEU mahu menentang memandangkan syarikat penerbangan itu sudah bankrap dan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) pula 'memberi nyawa' kepada MAS.

Menurut beliau, berdasarkan keadaan MAS sekarang, pelan pemulihan yang dicadangkan Khazanah perlu digerakkan segera untuk memastikan syarikat penerbangan kebangsaan itu terus wujud.


Cuma, katanya, MASEU ada membuat tiga permintaan kepada Khazanah untuk dipertimbangkan iaitu tiada paksaan dalam pelaksanaan Skim Persaraan Secara Sukarela (VSS), memohon MAS berunding dengan MASEU dalam perkara-perkara yang membabitkan kakitangan MAS dan mahu satu jaminan bahawa NewCo tidak dikawal oleh mana-mana 'tangan-tangan hitam'.

Mengulas mengenai pelaksanaan VSS kepada 6,000 kakitangan MAS, pihak kesatuan itu meminta syarikat penerbangan berkenaan berunding sehabis baik dengan Khazanah.

Kalau ada kakitangan yang menerima VSS, MASEU mahu jumlah pampasan yang diberikan tidak merugikan sehingga menyebabkan ada pekerja MAS yang hidup melarat atau berada dalam kelompok miskin tegar selepas dua, tiga tahun berhenti kerja.

"Jika ada yang ditempatkan di syarikat-syarikat milik Khazanah pula, MASEU mahu tahu status syarikat berkenaan.

"Ini penting supaya kakitangan MAS tidak diletakkan di syarikat-syarikat bermasalah, yang akhirnya akan menyusahkan pekerja itu sendiri," katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Tambahnya, MAS kini memiliki sejumlah 16,500 kakitangan, tidak termasuk MASwings dan FireFly.

MASEU juga mahu kerajaan menimbang supaya kakitangan MAS yang menerima VSS dikecualikan daripada cukai pendapatan memandangkan pilihan ini terpaksa dibuat disebabkan kedudukan semasa MAS.

Selain itu, kata Alias, MASEU turut meminta Khazanah mengadakan rundingan terus dengan kesatuan itu jika membabitkan isu kakitangan bagi mengelakkan Khazanah daripada tersilap membuat kenyataan yang boleh menguris hati kakitangan, sehingga moral, kualiti dan produktiviti merosot.

Yang terakhir, MASEU mahu Khazanah memastikan pelan penstrukturan kali ini berjaya dilaksanakan termasuk membuat pemilihan tepat dalam pelantikan peneraju dan Lembaga Pengarah MAS.

"Perkara ini jelas dan sudah berkali-kali disuarakan MASEU. MAS perlu peneraju yang betul-betul faham industri penerbangan dan bukan sekadar lantikan bagi memenuhi kerusi kosong sahaja," tegas beliau.

Jelasnya, MASEU sudah melalui pelbagai pelan penstrukturan MAS dan setakat ini semuanya gagal kerana pelaksanaan tidak dilaksanakan mengikut terma dan syarat.

Umpamanya, jika MAS mengurangkan kakitangan sejak dulu lagi, mungkin kali ini jumlah kakitangan yang terlibat dalam VSS lebih kecil atau mungkin tidak ada langsung.

"Tetapi pelan-pelan lalu tidak dilaksanakan dengan cekap menyebabkan masalah-masalah lama timbul semula.

"Sebanyak mana RM6 bilion suntikan daripada Khazanah ke dalam NewCo, setinggi itu juga harapan semua kakitangan untuk melihat MAS pulih dan 'terbang' lebih tinggi," katanya yang berharap formula Khazanah kali ini lebih berjaya.

 Sumber

LIGA ARAB SETUJU SOKONG US DAN PBB UNTUK PERANGI IS

Liga Arab Taati Kemauan AS dan PBB untuk Perangi IS
Sumber


Pemerintahan negara teluk yang tergabung dalam Liga Arab bersepakat pada hari Minggu untuk mengambil semua langkah yang diperlukan untuk menghadapi Negara Islam di Irak dan Suriah (IS) , dan mereka sepakat bekerja sama dengan semua upaya internasional, regional dan nasional untuk memerangi kelompok mujahidin tersebut, menurut laporan Reuters.

Hal ini juga didukung dengan hasil pertemuan di Kairo terkait resolusi Dewan Keamanan PBB bulan lalu yang mengeluarkan seruan agar negara-negara anggota PBB untuk bertindak membendung aliran dukungan logistik, militer dan keuangan untuk Mujahidin IS di Irak dan Suriah.

“Para menteri luar negeri Arab telah sepakat untuk mengambil tindakan yang diperlukan untuk menghadapi kelompok-kelompok teroris termasuk” ISIS, kata Ketua Liga Arab Nabil al-Arabi pada konferensi pers, secara tidak langsung mendukung AS untuk koalisi mendukung serangan udara melawan mujahidin di Irak.

Sebelum resolusi, Ketua Liga Arab , Arabi menyerukan konfrontasi militer dan politik yang komprehensif dengan militan IS dan faksi jihad lainnya.

“Apa yang dibutuhkan adalah keputusan yang jelas untuk konfrontasi yang komprehensif, militer dan politik,” kata Arabi pada pertemuan dengan para menteri luar negeri pemerintahan teluk , sehari setelah ia dan Menteri Luar Negeri AS John Kerry bahas apa bentuk tindakan terhadap kelompok militan yang menguasai sejumlah bagian Irak dan Suriah.

Seorang diplomat Liga Arab mengatakan kepada wartawan bahwa para menteri sedang mempertimbangkan resolusi tentang memerangi IS dengan “berkoordinasi dengan Amerika Serikat untuk menghadapi organisasi teroris ini”.

Pemerintahan Irak sebelumnya menyambut baik rencana Presiden AS Barack Obama untuk koalisi internasional melawan militan sebagai “pesan kuat dari dukungan,” setelah berulang kali pemerintahan Irak menelepon Obama untuk bantuan melawan hadapi IS. (Arby/Dz)

NABI S.A.W SERING HADIR KE MALAYSIA? [ VIDEO ]


NABI S.A.W SERING HADIR KE MALAYSIA?

Saya membaca di Malaysia ada dakwaan kumpulan yang menyatakan Nabi s.a.w sering hadir dalam majlis bacaan maulid mereka sehingga ada yang siap melambai-lambai tangan kepada Nabi s.a.w yang kononnya muncul. Demikian ramai mereka mendakwa Nabi s.a.w itu sering hadir ke majlis maulid di Malaysia terutama yang berprestij yang memakan kos yang SANGAT mahal untuk memanggil ahli-ahli selawat jemputan. Dihadiri pulak oleh ahli-ahli politik yang bersila ataupun duduk di hadapan.


Bersalawat untuk bernasyid itu bukanlah satu kesalahan. Itu satu hiburan yang baik. Cumanya yang menghairankan, al-Quran kitab Allah yang selalu dibaca oleh umat Islam di seluruh dunia, mereka tidak mendakwa Nabi s.a.w itu hadir ketika dibaca al-Quran, tiba-tiba baginda hadir ketika bacaan maulid yang bukunya dikarang oleh tokoh-tokoh penyair dan ilmuwan tertentu. Manakah lebih agung antara kitab Allah dan karya insan?

Kemudian jika Nabi s.a.w itu boleh hadir di zaman ini, baginda pasti akan hadir ke Gaza, Syria, Iraq, Kashmir dan tempat-tempat di mana umat baginda dibunuh secara zalim. Baginda akan memberi semangat membela kanak-kanak, wanita dan para pejuang yang dizalimi. Kehadiran baginda tentu memberi makna yang besar kepada mereka. 


Tiba-tiba baginda hadir di majlis mewah di Malaysia bersama dengan tokoh-tokoh politik dan para ustaz yang mewah bayaran mereka. Ini pun sesuatu yang menghairankan saya juga.

Telah berlaku pertelingkahan getir dalam kalangan sahabat selepas kewafatan baginda Nabi s.a.w yang membabit isteri baginda (Aishah), menantu (Ali) dan para sahabat yang lain sehingga berlaku peperangan. 


Tiada seorang pun dalam kalangan mereka mendakwa Nabi s.a.w muncul menyelesaikan perbezaan pendapat antara mereka.

Apakah istimewanya Malaysia sehingga Nabi s.a.w sering hadir di sana-sini dalam majlis nasyid dan maulid?! Hanya Allah sahaja yang tahu.

TERKINI! DUN SELANGOR BAKAL DIBUBARKAN?

INI RAMALAN DAN BUNGA-BUNGA DARI UMNO/BN.......
DARI SKRIP DAN AYAT-AYAT DAN TINDAKAN PEMIMPIN PR YANG TERKINI MEMANG JELAS PRN TIDAK DAPAT DIELAKKAN.........?

Umno Selangor perlu bersatu untuk menang pilihan raya, kata Muhyidin




Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menggesa pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN) di Selangor untuk bersatu dan mengukuhkan perpaduan sekiranya mahu memenangi negeri itu kembali.

Beliau‎ berkata pemimpin Umno-BN Selangor perlu sedar kesedaran rakyat tentang politik dan seterusnya mengetahui hak mereka dalam Perlembagaan tidak sama seperti zaman di ketika di awal kemerdekaan.

"Kalau dulu saya ingat semasa saya jadi ketua Pemuda Johor Umno ini, orang cakap letak songkok pun rakyat akan undi tapi kini kalau letak calon Umno-BN di Selangor belum tentu kita akan menang.

"Kerana itu, kita mesti bangkit mengukuh perpaduan kalau besok kata ada bubar Dewan Undangan Negeri (DUN), saya tidak boleh ramalkan tapi ia mungkin berlaku jadi adakah kita akan memegang tanggungjawab untuk mendapatkan Sela‎ngor kembali," katanya ketika merasmikan mesyuarat bahagian Umno di Sungai Buloh hari ini.

Beliau juga berkata Umno-BN perlu bangkit dan menebus semula kekalahan sekaligus menebus maruah yang tercalar ketika Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Mengakui bahawa pemerintahan Umno-BN kini melalui fasa yang sukar, beliau menyeru agar pemimpin ‎parti itu tidak lagi berada di takuk lama.

Katanya pemimpin Umno-BN perlu seiring dengan perubahan kematangan tahap politik rakyat di negara ini apabila ia tidak hanya lagi menyentuh tanggungjawab pemerintah untuk menyediakan kemudahan asas.

"Rakyat Malaysia sudah melalui tahap politik matang meskipun kita kini masih lagi mampu mempertahankan kedudukan kita namun ada di beberapa negeri seperti Selangor kita kalah.

"‎Kerana itu sebagai sebuah parti politik paling lama wujud di negara ini kita perlu sedar bahawa kita sedang melalui zaman berbeza dimana rakyatnya kini mengetahui akan hak mereka, lebih berpengetahuan dan mahu diberi pilihan menentukan masa depan mereka," katanya.

Beliau juga berkata tiada guna kerajaan terus memberikan peruntukkan menyediakan kemudahan asas‎ sekiranya undi masih terus merosot.

"Kalau kita sediakan kemudahan namun undinya tidak meningkat bahkan merosot lagi jadi pokoknya pada zaman ini mereka menuntut hak lebih besar daripada itu seperti kesaksamaan, keadilan, kebebasan bersuara, budaya, ekonomi sosialnya.

"‎Dalam PRU lepas ramai orang Cina tidak sokong BN dan sampai hari ini pun saya tidak nampak ada sedikit perubahan ke arah parti ini.

"Meskipun saya sendiri tidak dapat menjawab apa sebenarnya masalah kehilangan sokongan namun saya tahu sedikit sebanyak ia menyentuh perkara pokok yang saya sebutkan tadi tentang hak kesaksamaan, pendidikan, agama, budaya dan itu sebenarnya kita perlu perhalusi semula," katanya.

Pada PRU13, Umno-BN kalah ‎kepada Pakatan Rakyat dengan hanya meraih 12 kerusi daripada 56 kerusi DUN dipertandingkan.

Namun kini, kerajaan negeri Selangor berada di persimpangan apabila PKR cuba menukar menteri besarnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mendapat sokongan PAS.~tmi




MB BEBAS PERTAMA KALI MEMERINTAH NEGERI INI SKRIP SIAPA?

Abdul Khalid tetap bersemangat tadbir negeri walaupun tanpa parti

Sallehin Mukhyi ketika berucap dalam Ijtima Pas Selangor 2014 di Stadium MPSJ, Serdang Jaya, Seri Kembangan..

BIARPUN Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kini bergelar Menteri Besar bebas tanpa parti, namun beliau masih bersemangat menjalankan tugas mengikut perlembagaan negeri, kata Exco Hal Ehwal Islam Permodenan Pertanian Desa, Salihin Mukhyi.

Beliau yang merupakan salah seorang daripada empat Exco Pas yang kekal dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor berkata, keempat-empat Exco Pas akan meneruskan tanggungjawab sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor bersama-sama Abdul Khalid.

"Kalau boleh kita nak selesaikan isu MB ini secara baik dan segera jangan sampai berlaku undi tidak percaya atau bubar DUN , jika berlaku pilihanraya negeri tiada maknanya nanti.

"Kita mahu proses pertukaran MB berlaku secara tertib dan kita dapat jalankan tugas dengan baik dan kerja kerja kerajaan negeri dilaksanakan seperti biasa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Ijtima Pas Selangor 2014 di Stadium MPSJ, Serdang Jaya, Seri Kembangan di sini hari ini yang turut dihadiri Pesuruhjaya Pas Selangor, Ir. Iskandar Abdul Samad hari ini.

Menurut Sallehin, walau apapun orang kata di luar sana, empat exco Pas itu akan terus menjalankan tugas seperti biasa dan mengikut arahan menteri besar selagi beliau memegang jawatan tersebut.

Kesemua Exco Pas itu juga, katanya, akan menurut arahan Pas untuk meneruskan tugas mereka atau sebaliknya sekiranya pengganti Abdul Khalid telah dikenal pasti.

"Selepas Abdul Khalid letak jawatan untuk pelantikan MB yang baharu, maka semua Exco juga dengan sendiri akan letak jawatan masing-masing.

"Selepas itu kita tengok apa arahan kepimpinan Pas,jika arahan pimpinan kata tak payah masuk, tak payahlah, tegasnya.

Justeru, Sallehin turut menyeru para ahli Pas Selangor supaya terus bersabar dan tenang menghadapi situasi semasa. mg

Elak Cukai: Kastam Rampas 16 Kereta Mewah



Sebahagian daripada 16 kereta mewah yang dirampas Kastam di sebuah rumah di Rawang pada Jumaat.

PETALING JAYA: Sebanyak 16 kenderaan mewah keluaran pelbagai syarikat terkemuka dirampas dalam operasi di Bandar Country Homes, Rawang.

Sepasukan pegawai penyiasat Jabatan Kastam Diraja Malaysia bertindak sedemikian dalam menyiasat kes membabitkan perbuatan cubaan mengelak membayar cukai.

Pemeriksaan ke atas rumah dua tingkat pada pukul 3 petang, Jumaat itu menemui kenderaan keluaran syarikat antarabangsa seperti Mazda, Audi dan Honda, termasuk yang memiliki nombor pendaftaran Singapura.


Dipercayai aras bawah kediaman itu digunakan khusus untuk menyimpan kenderaan yang kebanyakannya diubah suai sebelum didaftarkan semula di negara ini.

Sebanyak 12 kenderaan berkenaan dihantar ke Majlis Perbandaran Selayang untuk sementara, manakala bakinya akan menyusul kemudian.

Soal siasat di kalangan jiran mendapati mereka tidak tahu mengenai adanya sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang berlaku di kediaman itu.

Difahamkan, MPS akan mengambil tindakan terhadap pemilik rumah itu kerana mengubahsuai kediaman berkenaan tanpa mematuhi syarat yang ditetapkan.


Penahanan 22 Pegawai Kastam Tak Seharusnya Ganggu Tugas - KP Kastam


Khazali Ahmad

KAJANG: Pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia dinasihatkan supaya tidak menyebabkan penahanan 12 rakan setugas mereka mengganggu tugas yang diamanahkan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, semua pegawainya sudah dimaklumkan supaya melaksanakan tugas dengan berkesan.

"Saya sudah maklumkan semua kakitangan dan pegawai supaya tidak menganggap kejadian itu sesuatu yang bersifat peribadi, sebaliknya mereka perlu terus bekerja dan menghasilkan mutu kerja yang baik," katanya selepas melancarkan pameran bergerak GST di sini, Ahad.

Khazali berkata, susulan penahanan itu juga, pihaknya sedang meneliti prosedur operasi jabatan itu, termasuk fungsi pengarah negeri.

"Kami akan mengkaji dan melaksanakan beberapa perubahan. Saya sedang berbincang mengenai tindakan yang perlu dilakukan dengan pengarah di Selangor dan ibu pejabat," katanya.

Beliau juga memberi jaminan bahawa pihaknya akan terus melaksanakan tugas secara profesional.

"Jangan bimbang, kami akan terus bekerja dengan integriti dan bertanggungjawab. Jabatan memberi jaminan akan menyediakan perkhidmatan berkesan kepada masyarakat," katanya.

Beliau menambah, pihaknya akan bekerjasama rapat dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia serta agensi lain dalam menjalankan siasatan berhubung kes mengelak cukai terbabit.

Dalam operasi besar-besar yang diketuai SPRM baru-baru ini, 24 orang ditahan, termasuk 12 pegawai Kastam di lokasi berbeza sekitar Lembah Klang kerana disyaki terbabit dalam sindiket penyeludupan rokok dan arak.


07 September 2014

CUKAI ROKOK NAIK LAGI? HARGA ROKOK NAIK RM1.00 SEKOTAK


SENARAI JENAMA ROKOK NAIK HARGA LAGI PADA  8 SEPTEMBER 2014




Senarai jenama rokok naik harga lagi mulai 8 September 2014. Jenama rokok tersebut antaranya adalah Dunhill, Kent, Benson & Hedges, Lucky Strikes, Pall Mall, Rothmans dan Peter Stuyvesant yang akan mengalami kenaikan sebanyak RM1.00 berkuatkuasa mulai tarikh yang telah ditetapkan. 


Ini menjadikan harga rokok Dunhill terkini dan beberapa jenama yang tersenarai adalah RM13.00 berbanding RM12.00 sebelum ini. Terdahulu, kali terakhir kenaikan harga rokok terbabit adalah pada 30 September 2013.

Berikut adalah Senarai Jenama Rokok Naik Harga Lagi 8 September 2014


Sumber: Melvister.com