26 Julai 2014

80 TENTERA ZIONIS TERBUNUH, BENJAMIN NETANYAHU & EHUD BARAK SEDANG BERSEMBUNYI DI TEBING BARAT !!!!


Al-Qassam : “Kami Berhasil Tewaskan 80 Tentara Zionis Israel”



Beritapalestina.com - Brigade Izz al-Din al-Qassam, sayap tentera Hamas di Gaza, menyatakan pihaknya berjaya menewaskan 80 tentera dan keselamatan Israel. Di samping itu, melontarkan 1957 roket ke arah wilayah yang diduduki Israel sejak awal pencerobohan Israel di Jalur Gaza 19 hari terakhir.

Dalam kenyataan melalui siaran akhbar hari Jumat malam (25/7/2014) dijelaskan juga bahawa Al-Qassam telah menewaskan 11 tentera Israel dan mencederakan puluhan yang lain dalam kenalan senjata langsung yang terjadi di hari Jumaat siang, sehingga jumlah pasukan Israel yang tewas menjadi 80 orang.



Menurut Al-Qassam, jumlah tentera Israel yang tewas tidak termasuk fakta asal yang disembunyikan oleh Zionis Israel serta kerugian yang dialami akibat bom dan hancurnya puluhan kenderaan perisai dan kereta kebal, akibat melakukan serangan darat ke Jalur Gaza. 

Selain itu, Brigade Al-Qassam juga menyebutkan bahawa sejak awal pencerobohan Israel ke Jalur Gaza, telah melancarkan 216 peluru berpandu (M75 - J80 - R160 - S55 - Fajir5), di mana sebanyak 177 peluru berpandu boleh menembusi iron dome yang dibanggakan Israel, hingga jatuh di bandar Haifa, Tel Aviv dan sekitarnya, Jerusalem, Ben-Gurion dan kawasan sekitar reaktor Dimona. Jumlah roket Al-Qassam yang dilancarkan sejak awalagresi adalah berjumlah 1957 peluru berpandu. 

Al-Qassam juga mengumumkan berjaya menculik tentera Israel bernama AaronShaul, dalam aksi penyerangan di timur Gaza, di samping menewaskan delapan tentara. (MLN)


Aman Palestin

Kerajaan Israel semakin terdesak. Sumber daripada TV Israel: Kabinet Netanyahu memanggil 75,000 tentera simpanan Israel bagi meningkatkan serangan terhadap Gaza. Sedangkan maklumat rasmi daripada Briged Al-Qassam: Kami baru menggunakan 5% daripada kekuatan kami.

TV Israel:
"Hamas mengejutkan kita kali ini dengan serangan terhdap Tel Aviv dan yang lebih jauh kemampuan mereka menyerang jajahan Israel di utara (Al-Quds)."

Sumber: Qassam Media

Dikhabarkan juga roket Al-Qassam ini telah sampai menghampiri parlimen Knesset. Roket HAMAS ini juga telah sampai ke rumah Menteri Luar Israel. Sementara Benjamin Netanyahu dan Ehud Barak pula kini sedang bersembunyi apabila roket yang dilancarkan Briged Al-Qassam banyak mengenai sasaran di Tebing Barat.

Allahu Akbar.

BUKTI ! AMERIKA PUN TAKUT DENGAN PELURU BERPANDU Briged al Qassam !!!





‪#‎GazaUnderAttack‬ | Israel Rayu Amerika Benarkan Kapal Terbang Mereka Mendarat di Israel

Media Israel dan Reuters melaporkan bahawa beberapa orang pegawai tertinggi Israel termasuk PM Benjamin Netanyahu menghubungi para pegawai Amerika untuk merayu supaya kapal terbang US dibenarkan mendarat di lapangan terbang Ben Gurion, Israel selepas Federation of American Airlines (FAA) bertindak menggantung semua penerbangan sekurang-kurangnya 24 jam.

Menteri Pengangkutan Israel, Yisrael Katz berkata, "FAA tidak perlu bertindak demikian dan memberi kemenangan kepada pengganas."

Jurucakap Amerika, Jen Psaki berkata, "Notis tersebut dikeluarkan demi melindungi keselamatan warganegara kami."

"FAA akan meneliti perkembangan semasa dan akan mengeluarkan panduan terkini dalam tempoh 24 jam," lapor Reuters.


"Kami tidak akan bertindak bertentangan dengan notis FAA," ujar seorang pegawai senior Amerika. Notis rasmi FAA itu dikeluarkan selepas sebuah roket dari Gaza jatuh 1.6 km daripada Lapangan Terbang Ben Gurion.

Beberapa syarikat penerbangan - Air France (Perancis), KLM (Belanda) dan Lufthansa (Jerman) turut membekukan penerbangan ke Israel atas alasan keselamatan.




Sumber: Middle East Monitor

Astro Pertahan Tindakan Serah Kontrak Lumayan Kepada Israel




APA MT UMNO BOLEH BUAT......KRONI PUNYA MA....HARAP SEMBANG KENCANG.....

Semalam kami menyiarkan sebuah berita bertajuk; Orang Sibuk Boikot Israel, Tapi Astro Bagi Kontrak Lumayan?

Ia berkaitan dengan kenyataan yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Datuk Dr Asyraf Wajdi menerusi akaun Facebook beliau yang mendedahkan bahawa syarikat televisyen satelit swasta Astro telah menganugerahkan satu kontrak lumayan kepada sebuah syarikat Israel, Amdocs.


Tindakan itu dikatakan kurang sensitif memandangkan sikap Israel yang ganas terhadap masyarakat Islam Palestin.

Melalui kenyataan itu, Astro mempertahankan perbuatan mereka menyerahkan kontrak lumayan tersebut kepada Amdocs.

Berikut adalah kenyataan ringkas yang dikeluarkan Jabatan Komunikasi Koorporat Astro bagi menjawab pertanyaan yang dikemukan Dr Asyraf yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO;


Amdocs merupakan peneraju pasaran global bagi perisian serta perkhidmatan untuk penyedia perkhidmatan dalam industri komunikasi, media dan hiburan.

Ibu pejabat utama syarikat ini terletak di Amerika Syarikat dan ia tersenarai di Bursa Saham NASDAQ.

Ia mempunyai lebih 20,000 kakitangan dan memberikan perkhidmatan kepada pelanggan di lebih daripada 70 negara.

Syarikat tersebut juga mempunyai pejabat dan operasi penyelidikan di seluruh dunia dan seperti kebanyakan syarikat antarabangsa lain, mempunyai anak syarikat di beberapa negara.

Astro melantik Amdocs untuk menyediakan perisian serta perkhidmatan bagi pengurusan perhubungan pelanggan dan sistem bil.

Anak-anak syarikat Amdocs yang dilantik telah diperbadankan di Ireland dan Malaysia. – Astro Corporate Comm Dept. ~MNS

25 Julai 2014

PENYAMUN MOTOR DALAM KEJADIAN TETAK DI PONDOK PENGAWAL KINI DIDAKWA !!!


Rentetan kejadian tetak di pondok pengawal.

KUCHING: Tiga lelaki yang mengaku bersalah dengan sengaja menyebabkan cedera parah kepada dua pelajar dapat menghabiskan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga kerana mereka telah dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu penyampaian penghakiman semalam.

Hakim Mahkamah Sesyen Allaudeen Ismail dibebaskan Ramshah Mohd Ramlan, 23, dari Kampung Tabuan Tengah; Mohamad Sukmarulnizam Ademan, 23, dari Taman Tabuan Park; dan Mohamad Fadilah Jamil, 34, dari Kampung Tabuan Melayu; dan menjatuhkan hukuman ditunda kepada 10 September.

Ketiga-tiga tertuduh menghadapi sehingga 20 tahun di dalam penjara dan juga dikenakan denda dan sebat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Ramshah dibebaskan dengan ikat jamin mahkamah RM6,000, manakala Sukmarulnizam dan Fadilah telah dibebaskan dengan ikat jamin RM4,000 setiap sementara menunggu penghakiman diberikan.


Ketiga-tiga juga dikehendaki melaporkan diri di balai polis yang paling hampir pada minggu ketiga setiap bulan sementara menunggu kes itu.

Pada asalnya, mereka semua menetapkan jumlah jaminan yang sama.

Walau bagaimanapun, semasa mitigasi, Pertahanan Peguam Lim Lian Kee - yang mewakili pertama dan tertuduh ketiga - berkata mereka menyesal dan meminta hukuman ringan.
Beliau juga mencadangkan hukuman mahkamah menangguhkan kerana mereka mahu bersama keluarga mereka pada bulan Ramadan.

Sementara itu, Sukmarulnizam, yang tidak diwakili peguam, juga memberitahu mahkamah dia menyesal dan mahu bersama keluarganya.

Timbalan Pendakwa Raya Stella Augustine Druce memberitahu mahkamah bahawa Ramshah 

- tertuduh pertama - mempunyai lima tangkapan waran untuk lalu lintas dan kesalahan berkaitan dadah, manakala tertuduh kedua - Sukmarulnizam - sebelum ini telah disabitkan dengan menyebabkan kecederaan dan juga mempunyai waran tangkap bagi kesalahan lalu lintas.

"Hukuman yang diperuntukkan di bawah Seksyen 326 itu sendiri mencerminkan keseriusan kesalahan itu.

"Saya menggesa mahkamah mengambil kira kepentingan awam serta kecederaan yang dikenakan ke atas mangsa dan selepas kesan di mana kedua-dua mereka mengalami ketidakupayaan kekal dan tidak boleh melakukan mana-mana kerja yang berat kerana patah tulang pada lengan dan tangan mereka (yang disebabkan) oleh tertuduh, "katanya.

Ketiga-tiga tertuduh, yang menganggur, mengaku melakukan kesalahan itu kira-kira 18:00 di hadapan sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Muara Tabuan pada 6 April tahun ini.
Kedua-dua mangsa - Nicholas Gandik Ningkan dan Casspetra Bawok Aldrin, kedua-dua 19 - cedera parah semasa serangan oleh tiga tertuduh bersama-sama dengan tiga yang lain yang masih bebas ketika cuba untuk menghalang mereka daripada mencuri motosikal milik rakan mereka.

Kedua-dua mangsa hadir di mahkamah. - sumber The Borneo Post

Video : Kejadian Tetak Menetak Berparang Beramai-Ramai Di Kuching --



bangang punya penyamun......

PENYINGKIRAN KHALID IBRAHIM , PAS JADI HALANGAN!!!


Khalid Ibrahim tidak pernah khianat- Hadi Awang


Khalid Ibrahim tidak terlibat dengan skandal, pecah amanah dan salah guna duit Selangor.


MARANG: “Insya-Allah itu sikap saya dan saya harap seluruh pimpinan PAS akan bersama dengan keputusan ini walaupun ada pandangan berbeza,” demikian luah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ini berikutan apabila beliau tetap mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

“Beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat,” ujarnya ringkas.

Menurut Hadi, majoriti di Selangor masih bersetuju Abdul Khalid dikekalkan sebagai menteri besar, namun bergantung kepada perkenan Sultan Selangor.

“Perkhidmatan Abdul Khalid yang cemerlang dalam menerajui Selangor hingga ke tahap yang lebih baik termasuk mempertahankan Selangor pada pilihan raya umum ke-13 tidak boleh dinafikan.

“Alasan pihak yang mahu menukar Menteri Besar Selangor adalah tidak kukuh dan beliau secara peribadi tidak setuju kerana melihat Khalid Ibrahim tidak terlibat dengan skandal, pecah amanah dan salah guna duit Selangor. Jika itu terjadi, ya, itu kita boleh tukar,” katanya.

Tambah beliau, PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat dan menganggap isu berbeza pendapat itu sudah biasa sejak dahulu lagi.

“Ramai yang bertanyakan soalan kepada saya apabila PAS seolah-olah dilihat cuba menghalang Anwar ke Putrajaya, saya ingin jelaskan di sini, perjuangan pakatan pembangkang bukannya perjuangan peribadi tetapi perjuangan untuk rakyat,” katanya.

Ketika ini PAS mempunyai 15 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Selangor manakala PKR (14) dan DAP (15) ~FMT

MH17: BANGKAI TERBESAR BARU DITEMUI DIDALAM HUTAN

Pautan kekal imej terbenam

OSCE says this is the biggest piece of #MH17 found so far. Part of fuselage in a forest. Some windows intact. 

Pakar siasatan berkata ini adalah serpihan terbesar ditemui didalam hutan berhampiran #MH17


Pautan kekal imej terbenam

Pasukan penyiasat di lokasi nahas




Kesan tembakan missile #MH17 pic.twitter.com/09D84e7Y6v



Serpihan trolley makanan milik #MH17

SAHAM McDONALDS JATUH, BETULKE McD MALAYSIA TIDAK TERLIBAT BIAYA DANA UNTUK ISRAEL?





Saham McD Jatuh !

Alhamdulillah... Usaha kita dan seluruh dunia dalam memboikot produk2 Israel membuahkan hasil. Inilah kejayaan yg patut kita raikan bersama dan menadah tangan untuk bersyukur kepada yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.

Kepada mereka yg suka memperlekehkan usaha memboikot ini, sila letak tangan di dahi dan fikirkan kembali.

**SHARE jika anda salah seorang yg memboikot produk Israel.
www.facebook.com/DrAsmadi


McDonalds Malaysia Nafi Biaya Dana Kewangan Untuk Israel



Jika kita perhatikan di mana-mana cawangan rangkaian makanan segera popular, McDonalds di seluruh Malaysia sekarang, kebanyakan lenggang berikutan usaha boikot yang dijalankan masyarakat kita mula mendapat perhatian.

Ini kerana McDonalds sebelum ini diwar-warkan sebagai bersubahat dan bersengkongkol dengan negara Israel yang kini sedang membedil umat Islam di Palestin sejak dua minggu lalu.

Namun, menerusi kenyataan di akhbar, McDonalds Malaysia tampil memberikan penjelasan yang mereka langsung tidak menyumbang kepada dana kewangan kepada mana-mana negara, termasuklah Israel.

“Kami ingin menekankan bahawa McDonalds TIDAK menyalurkan hasil jualan, keuntungan atau royalti daripada restoran-restoran kami untuk menyokong SEBARANG bentuk kempen bersifat politik atau konflik yang berlaku di mana-mana negara di dunia,” memetik kenyataan akhbar mereka.

Menurut mereka, lagi disebabkan perbuatan memboikot McDonalds, mangsa yang sebenar dan terhimpit dengan keadaan ini adalah pekerja mereka yang berusaha mencari rezeki untuk ahli keluarga mereka.

Sekali lagi, McDonalds menegaskan mereka tidak terlibat atau menyokong mana-mana kegiatan politik, keganasan atau penindasan di seluruh dunia.


Selain itu, mereka turut menyampaikan perasaan simpati terhadap mangsa-mangsa yang tidak bersalah dalam mana-mana tragedi kemanusiaan. – MYNEWSHUB.MY

GAMBAR-GAMBAR LAPANGAN TERBANG BEN GURIAN, ISRAEL LUMPUH!!!



Lapangan Terbang Ben Gurion merupakan lapangan terbang Zionis terbesar. Lapangan terbang ini lengang selepas diserang roket-roket dari Gaza semalam.

Ini menyebabkan 80 negara membatalkan penerbangannya ke Israel.


32 syarikat penerbangan menggantung penerbangan mereka ke Lapangan Terbang Ben Gurion, Israel.


24 Julai 2014

PESAWAT AIR ALGERIE DIPERCAYAI TERHEMPAS !!!!

Pihak Berkuasa Algeria juga mengesahkan kpd Reuters pesawat #AH5017 telah terhempas, tapi enggan dedah lokasi nahas.


[BREAKING] Algerian Aviation Officer Says Air Algerie Plane ‎#AH5017‬ Has Crashed




An Air Algerie flight that went missing en route from Burkina Faso to Algiers has crashed, an Algerian aviation official told Reuters on Thursday. "I can confirm that it has crashed," the official said, declining to give details of where the plane was or what caused the accident.

yahoo.com

Air navigation services lost track of Air Algerie Flight AH5017, a Swiftair MD-83 jet, about 50 minutes after takeoff from Ougadougou, the capital of Burkina Faso, at 1:55am GMT (9:55 pm ET on Wednesday night), the official Algerian news agency said. That means Flight 5017 had been missing for hours before the news was made public.


Earlier, The Air Algerie Flight AH5017 Lost Contact With Algeria An Hour Into The Flight To Algiers





Algeria's national airline, Air Algerie, says it has lost contact with one of its planes flying from Burkina Faso.
bbc.com

Algerian aviation authorities have lost contact with an Air Algerie aircraft en route from Ouagadougou in Burkina Faso to Algiers, about 50 minutes after take-off, the APS state news agency reported on Thursday

Pautan kekal imej terbenam

GEMPAR! Pesawat Belanda Yang Membawa Mayat Mangsa Nahas MH17 Telah Terhempas Di Eindhoven?

AP Tersilap Tweet Insiden Nahas MH17 Sehingga Timbulkan Kekecohan

Fikir dahulu sebelum tweet!


Agensi Berita The Associated Press (AP) Pada Rabu, 23 Julai 2014 Melakukan Kesilapan Besar Apabila Tersalah Tweet Sehingga Menimbulkan Kekecohan Di Laman Sosial


Dalam Tweet Berkenaan, AP Memberitahu Bahawa Pesawat Belanda Yang Membawa Mayat Mangsa Nahas MH17 Telah Terhempas Di Eindhoven



Status Twitter itu kemudiannya diulang Tweet (retweet) oleh pengikut laman sosial berkenaan lebih 4,200 kali.

Dalam Kekeliruan Ini, Jelas Sekali Penggunaan Tanda Koma Amat Penting Apabila Mampu Mengubah Struktur Ayat Berkenaan Menjadi Tepat




Sebagai Sebuah Agensi Berita Terkemuka Dunia, Sikap Tidak Profesional Seperti Itu Dipersoal Oleh Segelintir Pengguna Twitter


AP Bagaimanapun Mengeluarkan Kenyataan Terbaru Selepas Itu Dengan Menjelaskan Pesawat Belanda Yang Membawa Mayat Mangsa Nahas MH17 Itu Selamat Mendarat Di Eindhoven

ASTRO PRO ISRAEL?


Kenapa Astro anugerah kontrak kepada Syarikat Israel?


Pada ketika umat Islam seluruh dunia sedang sakit hati dengan Zionis Israel, sebuah kelompok manusia yang merampas dan melakukan kekejaman serta penindasan ke atas masyarakat yang serba-serbi kekurangan...

ASTRO yang dimiliki oleh Ananda Krishnan dan merupakan pemonopoli siaran televisyen kabel yang mengenakan bayaran sesuka hati, mengambil sikap MENENTANG KERAJAAN MALAYSIA, umat Islam di negara ini dan perjuangan rakyat Palestin.

ASTRO yang bersikap seperti maharaja di negara ini telah memutuskan untuk menyalurkan kewangan, bantuan serta dana kepada Zionis untuk terus membunuh rakyat Palestin menerusi perlantikan AMDOCS sebagai 'Subscriber Management System' syarikat media tersebut.

Selama ini, tiada sesiapa pun hatta Menteri Penerangan pun yang dapat menegur ASTRO.

ASTRO tidak pernah terikat atau patuh kepada sesiapa pun, termasuklah kepada SKMM yang semakin nyenyak tidur dan hidup bergelumang dengan timbunan wang yang merupakan UFTI syarikat-syarikat telekomunikasi kepada SKMM.

Selama ni, ASTRO telah menerima pelbagai bentuk kecaman terutama perkhidmatannya yang sangat uzur pada waktu hujan.

ASTRO kemudiannya menaikkan yuran dan pelanggan perlu membayar harga lebih kononnya sebagai penanggung kos perkhidmatan yang telah dipertingkatkan.

Bagaimanapun, perkhidmatan ASTRO tetap di takuk lama. Program-program yang disiarkan adalah program-program lapuk yang diulang-ulang siar berpuluh-puluh kali. Yang dipertingkatkan hanyalah bayaran bil oleh pelanggan.

Sekarang, pendedahan telah dibuat oleh Dr. Asyraf Wajdi Dusuki membabitkan kerjasama ASTRO dengan Zionis Israel.


Pengesahan Amdocs adalah Syarikat milik Israel sila lihat di SINI

Sumber info dari SINI

~ASD

VIDEO: Ngeri.. Pelajar Kolej Kena Tetak Dalam Pondok Pengawal



Satu rakaman kejadian tetak dipercayai berlaku di Kuching, Sarawak pada April lalu kini tersebar di media siber.

Terdapat dua set rakaman kejadian ini yang diperoleh daripada kamera CCTV di luar pondok pengawal dan di dalamnya.

Daripada video yang diperoleh daripada kamera luar, kebanyakan wajah penyerang dan motosikal digunakan mereka kelihatan dirakam dengan jelas.



Manakala rakaman daripada CCTV dalam pondok pengawal menunjukkan suasana cemas apabila dua pemuda diserang dan ditetak dengan pisau dan parang oleh beberapa lelaki yang menyerbu masuk dan sebilangannya pula menetak dari celah tingkap.






Penjahat yang melakukan jenayah ini kelihatan tidak berhati perut apabila tergamak bergilir-gilir menyerang mangsa menggunakan parang hingga mereka dibasahi darah sebelum dapat melarikan diri.

Mengikut satu komen di Facebook, mangsa mengalami kecederaan parah dengan pergelangan tangan hampir putus ekoran kejadian ini.


Kejadian dikatakan berpunca apabila kedua-dua mangsa yang merupakan pelajar kolej menggagalkan usaha penjahat mencuri motosikal mereka.

Oleh sebab tidak puas hati penjahat tersebut memangggil geng pencuri lain lalu terjadilah insiden tetak menetak ini.

Diharapkan dengan bukti rakaman begini jelas setiap penyerang yang terlibat kini sudah dibawa ke muka pengadilan.  SUMBER

23 Julai 2014

GEMPAR !! LAGI NAHAS PESAWAT 51 TERBUNUH, 7 MELECUR -saksikan gambar-gambar


Pautan kekal imej terbenam


Pesawat terhempas di Taiwan: 48 terbunuh, 10 terselamat
AFP |Kemas kini:Julai 24, 2014

Pesawat TransAsia Airways penerbangan GE222 yang terhempas di Pulau Penghu pada petang Rabu. -AFP PHOTO / Apple Daily TAIWAN / HO

TAIPEI: 48 maut dan sepuluh terselamat apabila pesawat TransAsia Airways penerbangan GE222 yang membawa 58 penumpang termasuk anak kapal terhempas di atas sebuah rumah berhampiran lapangan terbang Magong di Pulau Penghu, Taiwan pada Rabu.

Menurut laporan AFP, saksi dan media tempatan berkata pesawat terbabit terhempas ekoran cuaca buruk setelah beberapa kali cuba membuat pendaratan.

Pesawat jenis ATR 72-500 dengan dwi kipas turbo itu sedang dalam perjalanan dari bandar barat daya Kaohsiung menuju ke kepualauan terbabit setelah ditunda kerana cuaca buruk ekoran Taufan Matmo yang membadai Taiwan.

"Kami telah menemui 42 mayat dan beberapa cebisan bahagian badan,” ujar seorang pegawai bernama Tsai dari jabatan bomba daerah terbabit kepada AFP.

"Terdapat 58 orang di dalam pesawat termasuk empat anak kapal, empat kanak-kanak dan sehingga kini, mengikut maklumat yang ada, 12 cedera dan telah dihantar ke hospital manakala 46 masih hilang,” menurut Menteri Pengangkutan Yeh Kuang-shih yang bercakap kepada pemberita pada awal kejadian.

Tambah Yeh, dua warganegara Perancis dilaporkan berada di dalam pesawat dan kedutaan de facto Perancis telah pun dimaklumkan.

Kementerian Luar Perancis mengesahkan dua rakyatnya yang terbunuh adalah pelajar jurusan perubatan.

TransAsia pula dalam satu kenyataan berkata, mereka akan membayar pampasan sebanyak Tw$1 juta (RM105,620) kepada keluarga mangsa yang terbunuh manakala Tw$200,000 (RM21,124) kepada mangsa yang cedera.





Pesawat TransAsia mendarat cemas di Taiwan, 51 Ternunuh dan 7 penumpang melecur

TAIPEI: Sebuah pesawat TransAsia dari Kaohsiung ke Penghu melakukan pendaratan cemas  berhampiran Lapangan Terbang Magong, menyebabkan 51 orang penumpang terbunuh dan tujuh melecur.

Media Taiwan melaporkan pesawat penerbangan domestik itu terhempas membunuh atau mencederakan sekurang-kurangnya 40 penumpang.

Tiada maklumat lain dilaporkan setakat ini.

Xinhua melaporkan kemalangan itu berlaku di wilayah Penghu.




Update: Of 58 onboard, 51 dead & 7 injured in emergency landing of Taiwan's TransAsia Airways plane (file photo)


51 dead, 8 injured in Penghu plane crash: reports


Taiwan News, Staff Writer
2014-07-23 08:13 PM 





Central News Agency

TAIPEI (Taiwan News) – As many as 51 passengers of a TransAsia Airways flight died as it made an emergency landing in Penghu Wednesday evening, officials said.

Over the course of the evening, the number of casualties repeatedly changed, varying also from cable station to cable station. The Penghu Fire Department chief was quoted as saying 51 people died, but later news station TVBS said only one passenger had been confirmed as dead, with eleven saved and the fate of 46 still unclear.

Flight GE 222 was carrying 54 passengers and four crew members on a flight from Kaohsiung to Makung during stormy weather in the wake of Typhoon Matmo.

The ATR-72 aircraft had been scheduled to leave Kaohsiung at 4 p.m. but departed at 5:43 p.m. because of the poor weather. The pilot was reportedly asked to wait until 7:06 p.m. before being allowed to land.

A first attempt at landing reportedly failed, and the pilot then made a request to make a second try, reports said. Shortly later, the control tower lost contact with the flight, reports said.

The plane reportedly smashed hard into the ground in the township of Huhsi, causing a fire involving two homes. Online pictures showed a heavily damaged house and wreckage from the plane.

There was no immediate information about what caused the pilot’s change of plans and how the passengers were injured, though media reports spoke of a fire and of the injured suffering burns. They were taken to the military Tri-Service General Hospital in Makung, reports said, with cable stations reporting that one person showed no signs of life upon arrival.

The pilot was identified by the media as 60-year-old Lee Yi-liang and his co-pilot as Chiang Kuan-hsing, 39, but their fate was not immediately known.

First suspicions hinted that the accident might be linked to Typhoon Matmo, which passed over Taiwan and Penghu earlier in the day, bringing strong winds and heavy rains in its wake.

Online messages posted by residents spoke of a house on fire, with the blaze raging so hard that the rain failed to extinguish it.

Makung Airport was closed down after the incident, while in Taipei, Premier Jiang Yi-huah was preparing a visit to the Civil Aeronautics Administration, reports said.

Over the past 13 years, TransAsia Airways recorded eight accidents, including six with the French-Italian ATR-72, the Chinese-language Apple Daily wrote.

GAMBAR-GAMBAR BAS DUA TINGKAT TERBAKAR !!!

Bas terbakar di Kuala lipis.Bas tersebut di khabarkan menuju ke Kelantan.


Bas rentung, 39 penumpang terselamat

Seramai 39 penumpang dan dua pemandu nyaris maut selepas sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Kota Baru, Kelantan rentung dalam kebakaran tengah hari ini.

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Abdul Razak Hassan berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 1 tengah hari di Km32, Jalan Lipis-Merapoh dekat Kuala Lipis.


"Sebaik menyedari bahagian enjin bas berasap dan terbakar pemandu bas terbabit sempat memberhentikan kenderaan di tepi jalan sebelum segera mengarahkan kesemua penumpang agar turun daripada kenderaan berkenaan.

"Hasil tindakan pantas itu kesemua 39 penumpang dan dua pemandu bas dua tingkat terbabit sempat menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya kepada Bernama di Kuantan hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kebakaran itu berpunca daripada kerosakan pada bahagian enjin bas, bagaimanapun siasatan terperinci sedang dilakukan.