19 Julai 2014

Tragedi MAS: Najib & Kabinet Wajar Letak Jawatan

Tragedi MAS: Najib sudah layak letak jawatan PM


Tragedi menimpa negara apabila pesawat Mas MH17 yang membawa 295 penumpang dan anak kapal ditembak jatuh dan berkecai sesuatu yang tidak mungkin terlupa dan akan tercatat dalam buku sejarah selama-lamanya. Ia akan menjadi trauma kepada setiap orang yang akan terbang melintasi di ruang udara negara yang sedang berkonflik.



Najib perlu ambil risiko
.
Bagi negara pula kemalangan yang berlaku 17 Julai 2014 itu dilihat sebagai kemalangan berganda, kerana empat bulan sebelum ini pesawat MH370 bersama 239 penumpang dan anak kapal hilang tidak dapat dikesan hingga kini.

Kejadian itu adalah rekod dalam sejarah penerbangan dunia belum pernah berlaku dimana-mana dan dialami mana-mana negara tragedi udara bersambungan. Makanya kejadian malang itu memberi signifiken yang sangat penting kepada pemimpin nombor satu negara ini, kerana kebetulan dua kejadian malang mega itu berlaku semasa beliau berkuasa sebagai PM.

Iya, kejadian itu bukan atas pintaan rakyat dan ia dirancang seperti mana kejadian-kejadian berdarah yang melukakan negara sebelum ini seperti Memali, al Maunah, atau pun pencerobohan Lahad Datu ataupun pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Kejadian itu jauh tidak bermoral kepada negara daripada kemalangan dua buah pesawat Mas itu. Tetapi kejadian-kejadian domestik itu tidak menjadi perbualan dan kajian seluruh dunia kerana kejadian seumpama itu adalah kelaziman di mana-mana negara. Ertinya gema kejadian itu tidak melantun jauh ke segenap penjuru alam.


Tengku Razaleigh.
Berbeza dengan apa yang berlaku ke atas dua buah kapal terbang Mas itu, ia menjadi perhatian dan mengejutkan dunia. Semua mata dunia tertumpu kepada Malaysia sambil bertanya apa sudah jadi dengan Malaysia? Orang persoal tahap profesionlisme negara dan integriti pemimpinnya. Justeru sebagai perdana menteri Najib harus mengambil risiko dan tanggungjawab moral dan politik atas apa yang berlaku walaupun di luar kotak fikir dan kudrat tadbirnya.

Najib telah pun membuat tindakan segera ke atas kejadian malang itu. Semalam dia telah mengarahkan agar sidang khas parlimen diadakan untuk mengutuk kejadian itu serta menggesa badan dunia seperti PBB bertindak. Selain itu arahan juga dibuat agar bendera Malaysia dinaikan separuh tiang sebagai belasungkawa kepada mangsa. Apa dilakukan Najib tidak mencukupi.

Tujuan sidang khas parlimen itu boleh dipertikaikan. Siapakah yang hendak dikutuk sedang belum diketahui siapa yang bertanggungjawab. Kutukan tanpa mengetahui si pelakunya samalah dengan budak melastik burung secara rambang ke dalam semak. Ia tidak mengena mana-mana burung hanya terkena ranting kayu. Kutukan akan bermakna kalau Malaysia sudah mengetahui siapa yang bertanggungjawab. Apakah kutukan akan dilakukan kepada dua pihak yang sedang berkonflik, Russia dan Ukraine?



Anwar Ibrahim
Awal-awal Najib sudah mengatakan kerajaan tidak akan menunding jari kepada mana-mana pihak. Ertinya negara tidak ada keyakinan sendiri dan mengharap apa yang akan dikhabarkan oleh orang luar. Di sinilah tahap profesionalisme Malaysia sebuah negara merdeka boleh dipertikaikan.

Bila sidang khas parlimen itu diadakan, bergemercinglah dalam parlimen nanti kutukan demi kutukan dan cacian demi cacian yang tidak tersasar kepada mana-mana pihak. Tentu juga akan keluar berbagai teori dan andaian yang sedikit pun tidak akan cuba memaling kepada diri sendiri. Saya jamin wakil kerajaan akan membela dan melindungi kelemahan negara dan Najib ekoran kejadian itu bagaikan melindungi burung merak yang menjadi species dikawal oleh Perhilitan.

Percayalah tindakan itu tidak memberi apa-apa makna kalau yang kena kutuk tidak diketahui. Sidang khas itu hanya menghabiskan wang sahaja kalau setakat wakil-wakil bangun melindungi kelemahan kerajaan dan pemimpin nombor satu. Jadilah sidang parlimen khas itu sebagai retorik atau siluan Pak Kaduk. Justeru adalah lebih baik sidang itu mencari penyelesaian lebih bermakna apa yang berlaku di sebalik isu berkenaan dengan mengarahkan kepada kelemahan sendiri sebelum menyalahi takdir itu.

Misalnya parlimen boleh membincangkan kreadibiliti perdana menteri dan jemaah kabinetnya. Apakah seorang perdana menteri dan kabinet dalam menghadapi risiko dan musibah sebegitu besar hanya memanggil sidang khas parlimen atau menghantar dua tiga orang penyiasat. Atau cukup merasa prihatin apabila ia dihubungi oleh Ban Ki-Moon dan Vlidimir Putin? Atau pun cukup setakat mengeluarkan keluhan kita marah, kesal dan simpati?

Dalam tragedi itu Najib bukan saja perlu kepada tanggungjawab nasional meredakan kemarahan, kesalahan dan kekecewaan rakyat negara ini atas apa yang berlaku, tetapi juga tanggungjawab antarabangsa kerana tragedi itu melibatkan warga banyak negara. Sebagai pemimpin beliau kena redakan perasaan sedih dan dukacita keluarga mangsa. Mangsa itu bukan saja daripada MH17 tetapi daripada MH370 juga.

Rasa kesal dan sebak rakyat Malaysia berhubung kejadian itu semakin besar. Ia tidak boleh ditutup dengan beberapa helai wang BR1M atau pun wang bayaran saguhati kerana harga getah turun, atau bonus kepada peneroka Felda sebanyak RM200. Kekesalan dan kesedihan angkara tragedi itu dialami seluruh dunia.

Paling penting juga Najib perlu membuat postmortem dan analisa secara politik dan saintifik kenapa pesawat Mas milik Malaysia menjadi sasaran. Kalau ia sengaja ditembak Najib perlu menjelaskan sebab musabab dan motifnya. Kenapa Mas? Kegagalan dalam menjawab persoalan ini sahaja sudah tidak melayakkan Najib untuk terus memimpin negara ini.

Mungkin ada yang persoalkan dimanakah relevannya kalau Najib berundur. Pengunduran Najib tidak akan mengembalikan keadaan. Ia tidak akan dapat menuntas segala masalah. MH370 belum tentu akan kembali terbang ke KLIA, atau pun pihak yang bertanggungjawab menembak MH17 akan muncul membuat pengakuan kalau Najib berundur. Bodoh MSO?

Ia betul. Tetapi emosi manusia akan merasa lega kalau Najib berbuat begitu. Dunia akan melihat pemimpin Malaysia bertanggungjawab atas malapetaka yang berlaku. Setidak-tidaknya mangsa merasakan duka mereka terubat apabila ada sikap kebertanggungjawaban (responsibility) yang ditunjukkan begitu. Psikologisnya begitu. Ini tidak dapat dielakkan kerana Najib adalah PM bukannya Anwar Ibrahim ataupun Muhyiddin Yassin, Tengku Razaleigh Hamzah dan lain-lain. Najib juga perlu memulihkan semangat dan integritinya sebagai pemimpin dengan tindakan itu.

Dengan terus menjadi PM, mengisarkan air liur mengutuk kejadian itu, menyatakan sejuta kekesalahan dan meminta keluarga mangsa bersabar ia tidak memberi apa-apa impak. Malahan dunia akan bertanya apa jadi dengan perdana menteri Malaysia, apakah tidak ada perasaan kesal dan tanggungjawab? Lebih malang lagi orang akan mengaitkan kedegilan atau hati batu (heart of stone) Najib itu dengan perangai dan tabii bangsa Melayu. Dunia akan mengatakan bahawa bangsa Melayu degil dan tidak ada perasaan bertanggungjawab ke atas sesuatu kejadian separah dan seduka tragedi dialami kedua-dua kapal terbang Mas itu.

Najib kena mahasabah perkara ini kerana ia lebih penting kepada maruah bangsa dan negara. Jangan kerana sayang kepada kedudukan dan glamour dengan kedudukan sebagai PM, atas ajakan dan dodoian isteri, maka hal-hal lebih penting begitu tidak dipedulikan. Lupakan kepada agenda diri sebaliknya berilah ruang kepada negara terus sihat dan bermaruah.

Pautan kekal imej terbenam

Apa lagi Najib tunggu.. letaklah jawatan, ambil tanggungjawab atas apa yang berlaku, dan jangan menjadikan bangsa Melayu dan rakyat Malaysia kebas dengan kejadian-kejadian seperti itu (pinjam istilah A Kadir Jasin). Hendaknya dalam sidang khas parlimen perbahasan bukan saja mengutuk kejadian itu tetapi turut sama mendedahkan kelemahan Najib sebagai perdana menteri dan akhirnya sepakat mendesak beliau berundur dengan terhormat kalau pun tidak semua anggota kabinet letak jawatan.

MSO

APA PUNCANYA PERLIMEN BAHAS NAHAS MH17, BIASANYA CUKUP LIAT APABILA DIMINTA PIHAK PEMBANGKANG

Bila Kena Keluarga Sendiri, Bawa Usul Untuk Bahas Di Parlimen...

Parlimen bahas nahas MH17 Rabu ini

KUALA LUMPUR - Sidang Dewan Rakyat Khas untuk membahaskan usul mengenai tragedi nahas pesawat MH17 akan diadakan pada Rabu ini mulai 10 pagi, kata Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Dalam kenyataannya, Pandikar Amin berkata, beliau selaku Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah menerima surat pemakluman memanggil mesyuarat khas Dewan Rakyat yang ditandatangani Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Perkara ini adalah selaras dengan Peraturan 11(3) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

"Sehubungan itu, Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah telah menyusul dengan mengeluarkan pemberitahuan panggilan mesyuarat kepada semua ahli-ahli Dewan mulai hari ini (semalam)," katanya.

Pesawat MH17, yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, dipercayai ditembak jatuh oleh kumpulan pemisah pro-Rusia di wilayah Donetsk, timur Ukraine, kira-kira 50km daripada sempadan Rusia pada Khamis.

Pesawat tersebut berlepas dari Amsterdam pada pukul 12.15 tengah hari waktu tempatan dan dijadual tiba di Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi Jumaat waktu Malaysia. - Bernama



Tan Sri Pandikar Amin Mulia


MH17: Nenek Tiri Najib, Hishammuddin Antara Mangsa Nahas

SEORANG daripada 283 penumpang pesawat malang MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine dikenal pasti sebagai nenek tiri kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Berita sedih itu diketahui Perdana Menteri dan sepupunya yang juga Menteri Pertahanan, lapor sebuah portal berita.

Sumber rapat dengan keluarga pemimpin berkenaan memberitahu, mangsa, Puan Sri Siti Amirah Prawira Kusuma adalah isteri kedua kepada Tan Sri Mohd Noah yang juga datuk Najib dan Hishammuddin.

Mohd Noah adalah bapa kepada ibu Najib, Tun Raha dan ibu Hishammuddin, Tun Suhaila.

Mohd Noah yang juga datuk kepada kedua-dua pemimpin negara itu meninggal dunia pada 1990.

Siti Amirah, 83, dalam perjalanan sendirian ke Jogjakarta, Indonesia untuk menyambut Aidilfitri di kampung halamannya.

"Beliau seorang wanita yang baik hati dan cantik. Beliau juga suri rumah yang menjaga datuk saya dengan baik. Kami memanggilnya 'ibu'," kata jurucakap keluarga itu, Datuk Dr Faridah Abdullah pada Jumaat.

Dr Faridah, yang juga Pengerusi Yayasan Mohammad Noah berkata, Siti bercuti ke Amsterdam bersama anaknya dari perkahwinannya yang pertama.

Tambah beliau lagi, anak Siti sepatutnya bersama ibunya, bagaimanapun gagal mendapat tiket untuk penerbangan sama.

"Beliau ada keluarga sendiri di Amsterdam dan sering berulang alik ke sana dan ada kalanya melawat negara ini kerana menyayangi Malaysia," kata Dr Faridah.
 -mstar


ULASAN GB

Maaflah tajuk yang GB gunakan... keras sedikit.. namun, demikianlah hukum kebenaran dan keadilan berjalan.

Sewaktu tragedi MH370 dahulu apabila diminta supaya kes itu dibahaskan di Parlimen, ianya ditolak mentah oleh kerajaan. Berjurai airmata ahli keluarga mangsa mendengar keputusan kerajaan pada saat itu.

Kini, apabla terkena "batang hidung" dan ahli keluarga sendiri, Najib sendiri menandatangani surat pemakluman memanggil mesyuarat khas Dewan Rakyat untuk membincangkan kes MH17.

Dan ia mendedahkan juga satu hal: terbukti speaker hanya menjadi pak angguk.

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan, sekalipun yang bodoh-bodoh atau yang buta mengenainya cuba menyangkal dan cuba menyembunyikannya.

Namun Allah itu tetap Maha Adil! Airmata anda akan berjurai sepertimana anda juraikan airmata orang lain. Anda akan rasai sendiri apa yang anda telah lakukan terhadap orang lain. 

18 Julai 2014

PUNCA 4 KAWASAN PERAIRAN SABAH KENA PERINTAH BERKURUNG TERBONGKAR!!!


4 kawasan perairan Sabah kena perintah berkurung


Persisiran pantai kini dikawal ketat oleh pasukan keselamatan negara.

Takut bolos lagi, semua penduduk di persisiran pantai Semporna, Lahad Datu, Kudat dan Kota Belud dikenakan perintah berkurung serta merta sejak semalam bagi mengawal dan mengelak kemasukan warga Filipina ke Malaysia secara haram melalui Sabah.

Menurut penduduk Semporna yang dikenali sebagai Junaidi, kemasukan warga Filipina melalui beberapa kawasan perairan di Sabah memang sudah seharusnya dikawal sejak dulu lagi.

"Bukan mencari kelemahan pihak berkuasa tetapi hakikatnya, mereka sebenarnya bebas keluar masuk ke negara ini setiap hari tanpa halangan.

"Kami penduduk di sini hanya memerhatikan sahaja apa lagi sesetengah daripada mereka itu memang mempunyai saudara mara di Sabah," katanya ketika dihubungi pagi tadi.



Katanya, apabila dikenakan perintah berkurung, mereka tidak boleh ke laut untuk mencari rezeki.

"Kami ni semuanya nelayan dan hidup bergantung kepada hasil di laut. Sampai bila kami akan dikenakan perintah berkurung ini pun kami tak tahu.

"Masalahnya, bagaimana kami hendak cari duit kalau kami tidak boleh ke laut? Memang apa yang dilakukan sekarang adalah untuk kebaikan semua pihak tetapi fikirkanlah juga masalah yang kami terpaksa tanggung," jelasnya.

Menurut Junaidi, insiden culik yang semakin kerap berlaku di kawasan perairan Sabah sekarang turut membimbangkan penduduk.

“Sampai sudah ada yang terbunuh, itulah yang paling kami takut. Kawalan keselamatan perlu dipertingkatkan lagi dan jangan sampai ada lagi yang bolos hingga berlaku kes penculikan lagi.

"Kami golongan nelayan laut hanya memerhati sahaja kerana tidak boleh buat apa-apa tetapi yang jelas, jika tidak dikenakan perintah berkurung begini, warga Filipina memang bebas keluar masuk ke negara kita," katanya. - MalaysiaGazette

MH17: 14 Foto dan kronologi pesawat MAS terhempas di Timur Ukraine

Selepas tragedi kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac lalu, kini negara Malaysia digemparkan sekali lagi dengan tragedi yang menimpa pesawat MAS M17.

Ia dilaporkan terhempas di Timur Ukraine dan mengorbankan ratusan penumpang dan krew.

Menurut sumber, pesawat tersebut dilaporkan telah ditembak dengan peluru berpandu secara tidak sengaja oleh kumpulan pemberontak Ukraine kerana disangka MH17 ialah pesawat pengangkut Ukraine yang besar.

Terdahulu, seorang penumpang Belanda, Kor Pan, sempat mengambil gambar sebelum pesawat MH17 terhempas dan dimuatnaik di laman twitter dengan kapsyen "Jika ia hilang, beginilah rupanya."

















Posted & copy by RM

17 Julai 2014

GEMPAR! SEBUAH PESAWAT PENUMPANG MALAYSIA TERHEMPAS DI UKRAINE !!! BERITA VIDEO & GAMBAR


Pesawat Malaysia ditembak jatuh - Penasihat Menteri Dalam Negeri Ukraine



Pautan kekal imej terbenam

Pautan kekal imej terbenam

Agensi berita Reuters melaporkan pesawat #MAS #MH17 membawa 295 penumpang

KIEV: Seramai 280 penumpang, 15 kru maut selepas pesawat ditembak jatuh di Ukraine, kata Penasihat Menteri Dalam Negeri Ukraine yang dipetik Interfax, agensi berita negara itu.

Menurut sumber lain, pesawat itu ialah jenis Boeing 777 yang terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas dekat bandar Donetsk, kubu kuat pemisah pro Russia, Anton Gerashchenko.

Pesawat berkenaan ditembak dengan peluru berpandu dari darat ke udara.

Setakat ini, tiada pengesahan lanjut mengenai laporan berkenaan walaupun pegawai Russia berkata, penduduk tempatan menjumpai bangkai pesawat.

Gerashchenko dipetik sebagai berkata: "Sebuah pesawat awam yang terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh oleh sistem anti-pesawat Buk....280 penumpang dan 15 kru terbunuh." - Reuters

Pautan kekal imej terbenam


Pesawat Malaysia Airlines yang dilaporkan terhempas di Ukraine, sempadan Rusia dipercayai ditembak. - Reuters


Presiden Ukraine berkata pesawat Malaysia Airlines ‪#‎MH17‬ mungkin telah ditembak jatuh, lapor AFP


Sebuah pesawat dari Malaysia dilaporkan terhempas di Ukraine dekat sempadan Rusia, menurut agensi berita lewat malam ini.

Laporan Reuters yang memetik laporan agensi berita Interfax menyebut, pesawat itu membawa 295 penumpang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Laporan Interfax itu memetik sumber industri penerbangan, yang masih belum dapat disahkan buat masa ini. ~MK

[Berita penuh menyusul]






BREAKING Malaysian Airlines Boing777 Shot Down Near Shakhtersk Donetsk oblast Ukraine,July17



Pautan kekal imej terbenam



Pautan kekal imej terbenam

Rebel leader’s FB page from Ukraine, “We warned them not to fly in our sky.”

TERHOT! SKANDAL PJ SENTRAL PUNCA UTAMA PUAK PKR HENDAK SINGKIR MB? LIHAT APA RESPON SPRM



PASMEB lapor SPRM skandal PJ Sentral


Oleh: LIZAWATI MADFA

PUTRAJAYA, 17 JULAI: Pakatan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (PASMEB) membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung skandal PJ Sentral Development (PJ Sentral), di sini.

Pengerusi PASMEB, Mazli Saring, berkata pihaknya turut membuat laporan berhubung dakwaan pecah amanah dana Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) di beberapa pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen.

Katanya, laporan dibuat berdasarkan pendedahan audit MES yang dilaksanakan Kerajaan Negeri. baru-baru ini.



“Kita dapati ada skim yang diberi berjumlah lebih RM30,000 tetapi tiada butiran penerima, tidak tahu ke mana dibelanjakan.

“Bagi kes PJ Sentral, kita merasakan terdapat isu tidak jelas dalam penganugerahan kontrak membabitkan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

“Jadi, di sini kita ada sediakan dokumen beserta bukti lebih 30 muka surat untuk penelitian dan tindakan SPRM,” katanya kepada pemberita di hadapan pejabat SPRM.

Pada pertengahan Jun lalu, Kerajaan Negeri mengarahkan tiga anggota exconya memantau perbelanjaan dana PKNS serta mendapatkan laporan pihak terbabit dalam transaksi projek PJ Sentral.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata langkah itu diambil bagi mendapatkan penjelasan dan laporan daripada salah seorang ahli lembaga pengarah PKNS yang juga berstatus ADUN.


Sementara itu, pada awal bulan ini, Kerajaan Negeri mengarahkan Jabatan Audit Negeri Selangor supaya menjalankan audit terhadap Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri, Pejabat Penyelaras DUN dan Pejabat Ahli Parlimen Selangor bagi memantau penggunaan peruntukan kewangan bagi program kebajikan di bawah MES.

Hasil laporan audit ini akan dihantar kepada Majlis Tindakan Integriti Negeri Selangor untuk dibuat rumusan dan membaiki sebarang kelemahan bagi meningkatkan lagi keberkesanan program kebajikan terbabit.

-NFN-SELANGORKINI


Azmin dan penyokongnya cadang Khalid dipecat daripada jawatan MB Selangor

OLEH THE MALAYSIAN INSIDER

Published: 17 January 2014



Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) hampir hilang pekerjaannya dua malam lalu apabila timbalan presiden parti Azmin Ali dan penyokong mencadangkan beliau disingkirkan daripada kerusi itu.

Ia berlaku rentetan kemarahan penyingkiran Azmin berkenaan penyingkirannya daripada lembaga pengarah PKNS, namun ia diselamatkan oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menolak cadangan itu.

The Malaysian Insider difahamkan cadangan itu hangat dibahaskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada malam Rabu lepas yang dipengerusikan oleh Anwar di ibu pejabat parti.

"Saya tidak menghadiri mesyuarat malam tadi kerana perkara-perkara lain tetapi saya diberitahu perkara itu," kata Exco Selangor Elizabeth Wong yang juga ahli MPP kepada The Malaysian Insider.

Sorang lagi ahli MPP mengesahkan bahawa Azmin membuat cadangan agar Khalid diminta berhenti daripada menjadi menteri besar tetapi Anwar menolaknya.

"Cadangan itu hangat dibincangkan dalam mesyuarat tetapi Anwar akhirnya menolak idea memecat Abdul Khalid,"
satu lagi sumber kepada The Malaysian Insider.

Setiausaha akhbar Khalid, Arfa'eza Aziz memberitahu The Malaysian Insider, mereka juga ada mendengar cadangan yang dibuat pada mesyuarat itu.

Khalid sedang berkhidmat untuk penggal kedua sebagai Menteri Besar walaupun PKR hanya mempunyai 14 kerusi manakala DAP rakan kongsinya dan PAS masing-masing memegang 15 kerusi dalam Dewan Negeri yang mempunyai 56 kerusi itu selepas Pilihan Raya Umum 2013.

Walaupun popular, Khalid tidak memegang sebarang jawatan utama parti sedangkan Azmin juga adalah Pengerusi PKR Selangor. Kedua-duanya dilihat sebagai penyokong Anwar tetapi menjadi pesaing dalam parti yang akan mengadakan pemilihannya pertengahan tahun ini.

Azmin menjadi sorotan baru-baru ini apabila beliau dikatakan telah dipecat daripada lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Sumber berkata, rasa tidak puas hati kerana dipecat itu menjadi sebab utama mengapa beliau mencadangkan agar Abdul Khalid dipecat sebagai MB Selangor.

Anwar dalam sidang medianya semalam menolak cadangan kerajaan negeri untuk memecat Azmin kerana sepatutnya beliau berkhidmat sehingga 2015.

Bagaimanapun, Khalid telah menjelaskan bahawa beliau ataupun Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN atau Exco) tidak pernah membuat keputusan untuk membuang Azmin.

"Ia dibuat oleh Pengurus Besar (GM) PKNS," kata Khalid dalam sidang medianya selepas mesyuarat Exco Selangor semalam.

Anwar dalam sidang medianya hari ini berkata pemecatan Azmin tidak sah kerana hanya MB dan Exco sahaja berkuasa membuat tindakan itu.

Pengurus Besar PKNS Othman Omar bertindak menghantar surat kepada Azmin bagi memaklumkan beliau (Azmin) telah dipecat daripada lembaga pengarah PKNS.

Surat ini berdasarkan kertas Exco yang dihantar balik kepada PKNS yang tidak memasukkan nama Azmin dalam senarai lembaga pengarah dengan hanya dibiarkan kosong.

Exco hanya memutuskan dua nama iaitu Iskandar Samad daripada PAS dan Datuk Teng Chan Khim daripada DAP manakala satu lagi nama tidak diisi.

Berdasarkan kertas ini PKNS mentafsirkan Azmin telah dipecat. Namun pejabat MB mempertikaikan apa hak PKNS membuat tafsiran sendiri dan bertindak tanpa merujuk kepada pengerusi lembaganya yang juga MB Selangor.

Pejabat MB berkata, besar kemungkinan Khalid mahu membuat perbincangan dengan partinya terlebih dahulu sebelum membuat sebarang perlantikan.

Khalid berkata, nasib Azmin akan dibincangkan oleh Exco namun tidak menetapkan tarikhnya. – 17 Januari, 2014.-

ARIJAN OSMAN CALON TIM. KETUA CABANG DIPECAT DARI PKR


Arijan dipecat selepas membuat aduan kepada JPPM meminta pembatalan pemilihan PKR Cabang Kuala Selangor




PETALING JAYA: Pengerusi Lembaga Disiplin KEADILAN, Dato’ Dr. Tan Kee Kwong berkata beliau telah meneliti dan mengadakan siasatan berkenaan beberapa kes berkaitan tatatertib dan disiplin anggota PKR.

“Saudara Arijan Osman dengan ini dipecat dari PKR. Ia adalah keputusan yang dicadangkan Lembaga ini dan telah dipersetujui Biro Politik. Arijan Osman (Cabang Kuala Selangor) telah didapati membuat laporan terhadap parti kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) pada 14 Julai untuk membatalkan pemilihan Cabang Kuala Selangor dan memberi kenyataan media yang disiarkan dalam Utusan Malaysia, Antarapos, dan Sinar Harian,” ulasnya ringkas.

Kes-kes ini telah pun dibentangkan dalam mesyuarat Biro Politik bertarikh 16 Julai 2014 yang dipengerusikan oleh Naib Presiden Sdr. Tian Chua dan dihadiri anggota-anggota Biro Politik yang lain.

16 Julai 2014

POLIS RAMPAS DADAH, KERETA BERNILAI RM8.8 JUTA TERMASUK TUNAI RM4.3 J...HANGPA DOK KALUT LOCK STEERING.... CUBA TENGOK BAGAIMANA DEPA NAK MUSNAH RAKYAT.... TAPI TOKAN DADAH KAYA RAYA !!!!


Polis tumpas sindiket dadah, rampas wang tunai RM4.3 juta



PENGARAH Jabatan Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim (dua dari kanan) menunjukkan wang tunai berjumlah RM4.3 juta bersama dadah yang dirampas dari sindiket memproses dan menjual dadah serta merampas lima kereta mewah pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Pulau Pinang di Georgetown, hari ini.


GEORGETOWN: Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah di negeri ini dan merampas wang tunai berjumlah RM4.3 juta dalam beberapa siri serbuan pada Ahad dan Isnin lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim, berkata dalam serbuan itu pihaknya turut menahan enam individu termasuk empat lelaki dan dua wanita berusia lingkungan 24 hingga 43 tahun dipercayai ahli sindiket berkenaan.

Beliau berkata, selain wang tunai polis juga merampas enam kereta mewah jenis BMW, Mercedes Benz, Volkswagen, Honda Accord dan Honda Civic selain tujuh motosikal termasuk Harley Davidson.

"Kita juga berjaya membongkar kegiatan sebuah unit kondomimium di Sungai Dua yang dijadikan makmal pemprosesan dadah dan merampas peralatan memproses.
"Justeru, dalam serbuan ini kita menyita RM8.8 juta nilai keseluruhan rampasan termasuk wang tunai, kereta mewah dan motosikal.

"Polis masih lagi memburu ketua sindiket yang dipercayai masih bebas. Dengan tangkapan ini kita percaya dapat melumpuhkan operasi pengedaran dadah di negeri ini," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.~BH

PENYANYI TERKENAL RIHANNA SOKONG BEBASKAN PALESTINE

Rihanna ‘tweets then deletes’ #FreePalestine

She reportedly removed it after receiving a mass negative response questioning her apparent support for Hamas. (File photo: AFP)

 Al Arabiya News
Wednesday, 16 July 2014

Rihanna has received a tidal wave of comments after she tweeted the hashtag '#FreePalestine' early on Monday morning before briskly deleting it after only eight minutes of her post.

The hashtag was re-tweeted 7,000 times by her followers before it was removed, according to NY Mag.

She removed it after receiving a mass negative response questioning her apparent support for Hamas, entertainment siteTMZ claimed.


According to the report, she stated that she did not mean to tweet the hashtag and only realized it had been posted after the responses began flooding in.

“She deleted it because it was never meant to be tweeted. She didn't even realize it was a tweet until she started hearing from her fans,” a source close to the singer, speaking to TMZ on condition of anonymity, said.

The report states that Rihanna was reading about the Israel-Gaza conflict, specifically about the three Israeli teens who found were murdered earlier this month and the killing of Mohammed Abu Khdeir, a 16-year-old Palestinian killed in a revenge attack that followed.

The killer of the three teenagers is yet to be caught; however three Jews who were suspected of carrying out the revenge attack where charged for their crimes on Monday.

These events were said to have triggered Rihanna’s tweet, although she still retains the statement it was entirely unintentional.

Menteri UMNO kantoi arah Bank Rakyat beri layanan istimewa kepad kroni.



Skandal Bank Rakyat: Bukti Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan Beri Arahan Selamatkan Deepak
Posted on July 16, 2014

Dua minggu lalu, National Oversight & Whistleblowers Centre (NOW) telah mendapat beberapa dokumen penting yang menjadi bukti campur tangan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dalam hal ehwal pentadbiran Bank Rakyat semata-mata untuk menyelamatkan seorang niagawan yang dilaporkan rapat dengan Perdana Menteri dan isterinya, iaitu Deepak Jaikishen.

Kesemua 13 dokumen yang diserahkan kepada NOW melibatkan surat menyurat rasmi di antara Bank Rakyat dan Menteri terbabit, kertas-kertas Lembaga Pengarah, memo dalaman dan lain-lain.

Setelah meneliti dokumen-dokumen ini, saya berpendapat bahawa ia bukan sahaja menjadi bukti campur tangan Menteri di dalam pengurusan Bank Rakyat, malah memberi gambaran betapa besarnya jumlah hutang Deepak Jaikishin dengan Bank Rakyat dan bagaimana dia telah mendapat layanan istimewa dari Bank Rakyat selama ini.

Bermula dari hari ini, NOW akan mendedahkan dokumen ini satu persatu untuk menjadi bukti terhadap Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Datuk Mustafha Razak, Pengarah Urusan Bank Rakyat kerana saya percaya ada asas yang kukuh telah berlakunya penyelewengan dan pecah amanah.

Bersama-sama ini saya sertakan surat dari Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan kepada Datuk Mustafha Razak yang mengarahkan Bank Rakyat memberi layanan istimewa yang bertentangan dengan amalan biasa pentadbiran pinjaman Bank Rakyat setelah satu pertemuan diadakan di antara menteri, wakil Bank Rakyat dan Deepak Jaikishen pada 30 Januari 2014.


Download (PDF, 38KB)

NOW juga akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap menteri terbabit pada hari Jumaat 18 Julai 2014 jam 11 pagi di ibu pejabat SPRM Putrajaya. Satu laporan terhadap Pengarah Urusan Bank Rakyat pula akan dibuat dengan Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (CCID) pada hari Jumaat, 18 Julai 2014 jam 3 petang di ibu pejabat PDRM, Bukit Aman.

NOW akan mendedahkan dokumen-dokumen ini sepanjang bulan ini sehinggalah tindakan diambil oleh pihak berkuasa terhadap kedua-dua mereka.

RAFIZI RAMLI
Ahli Parlimen Pandan
Pengarah Eksekutif NOW

Putrajaya berdepan kritikan berhubung cadangan penggabungan bank


Adik perdana menteri Datuk Seri Nazir Razak adalah pemimpin tertinggi CIMB dan individu penting dalam penggabungan CIMB dengan Southern Bank Bhd. 

Putrajaya kini berdepan kritikan terhadap cadangan penggabungan CIMB Bank, RHB Bank, dan Malaysian Building Society Bhd (MBSB) apabila kesatuan perbankan nasional, pemimpin Umno dan kerajaan Abu Dhabi membantah pembentukan bank terbesar negara itu.

The Malaysian Insider difahamkan, Abu Dhabi menghantar wakilnya ke Putrajaya untuk menyuarakan bantahan mereka berhubung penggabungan itu, dan berkata kuasa pasaran seharusnya ditentukan pada harga terbaik untuk saham RHB yang mereka miliki sebanyak 21.4%.

Sumber memberitahu, mesej dihantar Abu Dhabi kepada Putrajaya adalah mereka akan mempertimbangkan pelaburan berbilion ringgit untuk projek Rapid Petronas di Pengerang, Johor sekiranya penggabungan bank itu diteruskan tanpa mengambil kira kepentingan negara Timur Tengah itu.

Mereka berkata, Aabar Investment PJS, yang mempunyai saham dalam RHB tidak bersetuju dengan sebarang tawaran di bawah RM12 sesaham kerana ia merupakan kos keseluruhan ditanggung Aabar ketika memperolehi pegangan saham daripada Bank Komersial Abu Dhabi pada 2011.

Negara teluk itu turut tidak gembira dengan tempoh eksklusif 90 hari diberikan kepada CIMB Bank untuk berunding tentang penggabungan yang mana bakal membentuk bank mega dengan aset sejumlah RM613.7 billion, mengatasi bank utama di Malaysia, Maybank Bhd yang memiliki RM578 bilion.

Presiden Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) Tan Eng Hong juga menyuarakan rasa tidak puas hati dengan Bank Negara dan berkata pihaknya tidak dipanggil berunding untuk tujuan itu.

NUBE juga khuatir akan berlaku kehilangan pekerjaan terhadap pekerja kerana situasi itu sering berlaku dalam setiap penggabungan.

Secara politiknya, pemimpin Umno merungut kerana terpaksa berdepan pembangkang yang sering membantah nepotisme, menjelaskan, pemimpin tertinggi dalam CIMB merupakan adik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, iaitu Datuk Seri Nazir Razak.

Nazir turut menjadi individu penting dalam penggabungan CIMB sebelum ini dengan Southern Bank Bhd.

Bank berkenaan baru-baru ini mengumumkan Nazir akan dilantik sebagai pengerusi apabila penggantinya ditemui menjelang September.

Sesetengah pemimpin Umno bagaimanapun pelik kenapa Nazir dilantik untuk menguruskan aset negara, Khazanah Nasional Bhd, atau dibenar meneruskan penggabungan itu, dan berkata, tindakan itu tidak akan memberikan kesan buruk kepada imej Putrajaya sekiranya meminta Maybank bergabung dengan RHB dan MBSB.

Tidak jelas jika Najib sanggup menerima kritikan terhadap bantahan ini, dengan beliau bergantung daripada kebenaran Umno, Abu Dhabi yang merupakan pelabur utama dan juga kesatuan.

Pemindahan pegangan saham yang dilaksanakan Najib tiga tahun lalu antara Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia masih tidak menentu selepas 9 bulan berikutan bantahan daripada kesatuan sekerja MAS.

Lebih ironi lagi, perjanjian MAS-AirAsia itu dibrokerkan oleh sayap dagangan CIMB.

Cadangan penggabungan terbaru CIMB dengan RHB adalah pembaharuan daripada pelan asal pada 2011 yang dibatalkan. Maybank juga ingin membeli RHB namun rancangan itu tidak berlaku.

Penggabungan yang dilihat sebagai pembentukan bank Islam mega oleh pemerhati itu akan membentuk pasaran modal berjumlah RM88.4 bilion berdasarkan kadar pegangan dan keuntungan bersih RM7 bilion, melebihi Maybank yang berjumlah RM6.55 bilion.

Penganalisis berkata, kadar nilai saham RHB dan MBSB masing-masing pada RM11.80 dan 2.55, di bawah sedikit permintaan Aabar pada kadar RM12 untuk setiap pegangan mereka dalam RHB.

Antara pemilik saham utama bank itu adalah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (EPF), pengurusan terbesar pencen negara, yang memiliki 14.5% saham dalam CIMB, 41.3% dalam RHB, menurut data yang dikumpul Bloomberg. Kumpulan itu turut memiliki sejumlah 65% saham dalam MBSB.

- tmi

15 Julai 2014

KISAH HAFIZ TERINAYA DALAM PENJARA!!!



Kisah seorang hafiz yang terpenjara..
kelebihan menghafal al-quran telah menyelamatkan beliau..

Assallamualaikum, saudara-saudaraku sekelian, status budak rohinya (hufaz). Pada 14/07/2014, jam 8.30 pagi saya ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, bahagian lokap, berjumpa dengan Sarjan Mejar Ariffin dan Kopral Sharifah. Mereka memberitahu bahawa memang budak tersebut ditangkap oleh polis dan masukkan di lokap IPD ini. Kes tersebut telah dibawa ke mahkamah pada minggu lepas dan mahkamah menjatuhkan hukuman 6 bulan penjara. Pihak polis kata, mereka tiada maklumat budak itu di penjaran dimana. Jam 9.00pagi saya terus ke Penjara Pengkalan Chepa. Pihak penjara tersebut menyatakan budak tersebut tidak ditahan disitu. Mereka suruh rujuk dengan pihak imigresen, kerana kesalahan budak itu berkaitan berada di Malaysia melebihi tempoh. Jam 10.00 pagi saya terus ke pajabat Imigresen Telipot, Kota Bharu, Bahagian Pendakwaan dan Penguatkuasaan.


Saya berjumpa dengan Ketua Bahagian Penguatkuasaan tersebut iaitu En.Amran. Beliau mengesahkan bahawa budak tersebut di penjarakan di Penjara Machang, Kelantan untuk tempoh 6 bulan (tetapi setelah ditolak hari-hari tertentu tempoh penjaranya menjadi 4 bulan). Saya menceritakan kepada pegawai tersebut hasrat untuk ambil budak itu sebagai anak angkat, dan menanyakan bagaimana prosedur untuk mengeluarkan budak itu dari penjara dengan hanya membayar denda. Pengawai itu menjelaskan kepada saya , sebenarnya budak itu telah mendapat perhatian menteri dalam negeri, KSU dan Ketua Pengarah Imigresen, ekoran rakaman video budak tersebut membaca al Quran. Semalam 13/7/2014, Ketua Pengarah Imigresen Dan KSU telah datang ke penjara tersebut dan telah berjumpa budak tersebut dan mengabil maklumat berkaitan untuk dilaporkan kepada menteri untuk tindakan lanjut. Dilaporkan bahawa waktu anggota polis merakamkan budak tersebut membaca al Quran, katanya mereka sedang memilih imam solat. Didalam penjara tersebut budak itu menjadi imam solat termasuk solat tarawih untuk penghuni penjara. Ramai yang teruja dengan bacaannya sehingga ramai warga penjara hendak menolongnya.




Kata pegawai tersebut, beradanya budak tersebut didalam penjara, beliau telah berjaya menarik minat penghuni penjara kepada al Quran dan Islam. Beliau meletakkan situasi beliau seperti kisah Nabi Yusof a.s. Kata pegawai itu lagi, budak itu hanya berusia lingkungan 16 tahun, anak kacukkan Thailand + Burma.


 Semasa beliau ditangkap polis bilamana gbdicuri orang semasa mengikuti dakwah Jemaah Tabligh di Kota Bharu, semasa beliau keluar bersama rombongan, kawan-kawannya dapati beliau tidak muncul, dan didapati beliau ditangkap polis dan semua dokumennya dicuri.

Beliau terlebih tinggal di Malaysia hanya 5 hari sahaja. Kata pegawai imigresen tersebut sepatutnya beliau didenda RM 30.00 sehari sahaja, beliau tidak tahu kenapa di penjarakan sampai bulan.

 Kita sama-sama doakan agar budak tersebut segera diambil tindakan sewajar oleh menteri dalam masa terdekat. - copy paste.

ISU MB SELANGOR PUAK HANTU RAYA JE BISING DITAMBAH OLEH ASTRO!!!

Mesyuarat Sekretariat PR tidak bangkit isu MB

Abdul Khalid Ibrahim

SHAH ALAM - Sekretariat Pakatan Rakyat hari ini menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah membangkitkan soal calon pengganti kedudukan dan jawatan Menteri Besar Selangor yang kini disandang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Penyelaras Sekretariat Pakatan Rakyat, Shabrimi Sidek menyangkal keras laporan beberapa rencana media mengenai dakwaan sedemikian.

“Isu Menteri Besar Selangor termasuk isu calon pengganti tidak dibincangkan dalam mesyuarat.

“Perkara tersebut telah diserahkan kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat untuk dibincangkan,” katanya menerusi sebuah kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali turut membuat kenyataan yang sama dalam sidang media selepas mesyuarat tersebut berlangsung.

Menurutnya, keputusan akhir mengenai isu Menteri Besar Selangor akan dibincangkan dalam Majlis Presiden.

"Kita mengharapkan sebelum raya akan ada satu mesyuarat Majlis Presiden, dan mungkin salah satu isu yang akan dibincangkan adalah isu MB Selangor," kata Mustafa selepas mesyuarat berlangsung, semalam.

Malah Mustafa menegaskan apa-apa perkara khususnya berhubung kemelut itu mestilah bersama-sama dibincangkan dan diputuskan melalui Majlis Presiden. ~Sinarharian

Halimah: “Mungkin ada sedikit ribut dalam cangkir, itu biasa”


Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 15 JULAI: PAS Pusat masih belum membuat sebarang keputusan berhubung kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang mendapat tekanan daripada sesetengah pihak sejak kebelakangan ini.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, berkata PAS Selangor masih lagi menunggu keputusan pimpinan tertinggi parti itu berhubung perkara berkenaan.



Beliau berkata, kerajaan Selangor sedia ada masih berfungsi seperti biasa waalupun pelbagai spekulasi timbul berkenaan jawatan Abdul Khalid.

“Kita serahkan kepada PAS Pusat untuk membuat keputusan tetapi kerajaan Selangor sedia ada masih berfungsi seperti biasa, mungkin adalah sedikit ribut dalam cangkir tetapi itu biasalah.

“PAS Pusat sudah memanggil Badan Perhubungan Selangor untuk mendengar penerangan berkenaan perkara ini dan sekarang dalam proses keputusan,” katanya ketika mengulas pendirian PAS berhubung jawatan tertinggi pemimpin negeri itu.

Kedudukan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar kini menerima tekanan daripada pihak tertentu apabila terdapat gesaan terbuka supaya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang itu melepaskan jawatan yang disandangnya.



Terbaru, Abdul Khalid didakwa akan menyertai parti Islam itu selepas gambarnya sedang mengadakan perbincangan bersama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dimuat naik di laman Facebooknya.

Bagaimanapun, perkara itu dinafikan Abdul Khalid dan beliau menegaskan turut bergambar bersama beberapa pemimpin daripada pelbagai parti termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN).

STATUS GEOPARK LANGKAWI BAKAL DITARIK BALIK, APAKAH PUNCANYA !!!

The whole of Pulau Langkawi and its surroundings are recognised as a single Geopark. – The Malaysian Insider pic, July 15, 2014.

Unesco beri Langkawi ‘Kad Kuning’, berdepan risiko hilang status Geopark




Kereta kabel di Gunung Mat Chincang antara lokasi menarik di Langkawi dan keseluruhan pulau pelancongan itu mendapat pengiktirafan status Geopark daripada Unesco.

Pulau peranginan terkenal negara, Langkawi dalam bahaya dan berdepan risiko hilang status Geopark daripada Unesco selepas badan dunia itu memberi amaran "Kad Kuning", susulan kegagalan pihak berkuasa mematuhi amalan pemuliharaan dan mapan yang ditetapkan.

Kumpulan sivil, FLAG (Friend of Langkawi Geopark) bertindak mengambil langkah memperbaiki keadaan tersebut sebelum Unesco melakukan pemeriksaan pertengahan tahun depan.

Sekiranya panel Unesco tidak yakin terdapat penambahbaikan yang signifikan, Langkawi akan diberi "Kad Merah" dan bakal menyebabkan hilang status Geopark serta-merta.

Jawatankuasa FLAG Phisol Ishak berkata amat malang jika kerajaan tidak komited memenuhi syarat yang ditetapkan tahun depan.

"Jika mereka tidak komited, ia suatu yang buruk," katanya kepada The Malaysian Insider.

"Ini adalah pengiktirafan pertama untuk Langkawi. Kita perlu ambil perhatian dengan serius," katanya.

Ditubuhkan awal tahun ini, FLAG menjadi nadi utama yang digerakkan penduduk dan operator pelancongan tempatan aktif mengadakan kempen kesedaran mengenai status Geopark tersebut.

Aktiviti terbaru mereka ‘Kempen Tidak Gunakan Plastik’ dijalankan sekitar bazaar Ramadan di Pekan Kuah pada hujung minggu lalu.

Phisol berkata, antara inisiatif lain yang akan diambil ialah merancang pemulihan semula Taman CHOGM di mana pemimpin seluruh negara Komanwel menanam pokok semasa mesyuarat bersejarah Ketua Negara Komanwel pada Oktober 1989.

Katanya, keputusan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju menjadi peneraju FLAG untuk membantu pemulihan Geopark dianggap penting.

Langkawi menerima "Kad Kuning" semasa semakan panel pakar Unesco pada 9 Oktober, 2011.

Status Geopark tersebut pada awalnya diperoleh pada 1 Jun, 2007 dan kemudian disambung sehingga 2015.

Difahamkan, pakar tersebut pada awalnya mahu memberikan "Kad Merah" kepada Langkawi.

Bagaimanapun, Penasihat Saintifik Malaysia bagi Langkawi Global Geopark, Prof Ibrahim Komoo membuat rayuan dan menyakinkan panel penambahbaikan boleh dilakukan dan akhirnya Unesco bertindak memberikan "Kad Kuning".

Keputusan panel tersebut dilakukan berdasarkan laporan pemeriksan dua pegawai rasmi yang melawat tapak tersebut pada Julai 2011.

Laporan tmendedahkan terdapat 27 kawasan yang tidak diselia mengikut ketetapan Unesco.

Secara umumnya, ia termasuk kegagalan untuk melaksanakan langkah pemuliharaan geologi tempatan dan persekitaran, tidak mendidik dan menjaga penduduk tempatan dan orang asal, serta tidak memiliki amalan pelancongan mengikut garis panduan dalam mempromosikan budaya tempatan dan alam sekitar.

Terdapat juga kegagalan dalam pembangunan dan perancangan di mana ia tidak sepatutnya merosakkan alam sekitar dan komuniti.

Difahamkan, agensi yang bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjaga Langkawi adalah Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) yang berada di bawah Kementerian Kewangan.

Ketika ini terdapat 100 geopark di seluruh 30 negara.

Status tersebut diberikan kepada tempat yang memiliki geologi istimewa dan ciri persekitaran yang unik.

Setiap status geopark perlu disemak semula setiap empat tahun sekali.

Langkawi merupakan Geopark Unesco pertama di rantau Asia Tenggara.

Tidak seperti tapak Unesco lain, di mana hanya sebahagian wilayah diberi status tersebut, seluruh pulau Langkawi dan sekitarnya yang meliputi 478 km persegi diberikan status Geopark tunggal

Mahkamah Rayuan malukan Shafee Abdullah apabila diarah tanggal jubah




Peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah hadir di mahkamah untuk merayu bagi keputusan kesalahan melanggar peranan publisiti mengikut Akta Profesion Perundangan. 

Peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dimalukan di Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini apabila diarah menanggalkan jubah peguamnya ketika sesi mahkamah bersidang.

Shafee hadir atas kapasiti peribadi untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi awal tahun ini yang membawa denda RM5,000 kerana melanggar peranan publisiti mengikut Akta Profesion Perundangan.

Peguam yang mewakili dirinya dikehendaki oleh tradisi guaman menanggalkan jubahnya.


Insiden itu berlaku selepas Shafee menyerahkan permohonan meminta Datuk Mah Weng Kwai, salah satu tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diijadualkan mendengar kes itu menarik diri.

Ini kerana Mah merupakan bekas presiden Majlis Peguam dan anggota Lembaga Tatatertib Peguambela dan Peguamcara.

Dua lagi hakim adalah Datuk Mohamad Ariff Mohd Yusof dan Datuk Abang Iskandar Abang Hashim.

"Adakah anda berjubah?" soal Mah kepada Shafee, yang tidak sedar beliau memakai jubah meneruskan hujahnya.

Shafee berkata, beliau meminta Mahn mengundurkan diri kerana Majlis Peguam dituduh melakukan "pendakwaan terpilih" terhadap peguam yang dikenakan tindakan tatatertib.

"Yang Arif, mungkin tidak selesa mendengar rayuan ini kerana pernah menjadi pengerusi Majlis Peguam dan anggota lembaga," katanya.

Mah kemudiannya bersetuju mengundurkan diri daripada mendengar kes Shafee.

Rayuan itu akan didengar pada 14 Oktober oleh satu panel baru.

Pada 10 Januari, Shafee gagal mengetepikan keputusan lembaga yang mengenakan denda terhadapnya berhubung salah laku profesion.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zaleha Yusof menolak rayuan beliau setelah mendapati mahkamah itu tidak patut campur tangan dalam keputusan lembaga berkenaan berkaitan wawancaranya dengan sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris.

Zaleha berkata, mahkamah bersetuju dengan responden (Majlis Peguam) artikel berkenaan mengandungi kata-kata dan kenyataan berbentuk memuji Shafee dan firmanya, yang melampaui skop atau maklumat dibenarkan Akta Profesion Guaman.

"Pada pendapat saya, apa yang penting di sini ialah pandangan Majlis Peguam tentang yang diperuntukkan di bawah Peraturan 15(1)(b) Peraturan-peraturan Publisiti dalam Profesion Guaman 2001.

"Saya berpendapat mahkamah tidak patut campur tangan dalam keputusan Majlis Peguam itu. Oleh itu, saya menolak rayuan ini tanpa perintah membayar kos," katanya.

Shafee memfailkan rayuan terhadap keputusan lembaga itu pada 5 Oktober 2012 yang mendapatinya melanggar Akta Profesion Guaman dan mengenakan denda RM5,000.

Dalam saman pemula yang difailkannya pada 16 November 2012, Shafee mendakwa lembaga itu mendendanya RM5,000 berikutan aduan yang dibuat presiden Majlis Peguam ketika itu K. Ragunath pada 23 September 2010 bahawa beliau membuat publisiti tentang diri dan firmanya dalam satu temu bual dengan The Star.

Dua artikel berkenaan yang bertajuk “Counsel rests his case” dan “Keeping within the letter of the law”, tersiar pada 27 September 2009.

Lembaga itu mendapati beliau membuat publisiti tentang diri dan firma peguam caranya dengan cara yang melanggar Peraturan Publisiti Dalam Profesion Guaman 2001.