07 Jun 2014

DIPAKSA MAKAN BABI....KERANA CINTA NEPAL.....



Kuala Lumpur – Helah untuk menyekolahkan anak-anaknya di sekolah Inggeris bagi mendapatkan dokumen peribadi dan pendaftaran anak-anak membolehkan Nur Sri Rahayu Marimon, 24, keluar dari rumah keluarga mentuanya di Morang, Nepal, sebelum ke Kedutaan Malaysia di Kathmandu.

Menurutnya, dengan helah itu juga, dia nekad melarikan diri pada waktu malam menaiki bas sejauh 500 kilometer ke Kedutaan Malaysia di ibu negara itu pada 28 April lalu dengan hasrat untuk pulang menemui keluarga dan melupakan kesengsaraan lebih empat tahun dijadikan hamba abdi oleh keluarga mentua sendiri.

Tepat jam 6.25 pagi semalam, dia yang mesra dipanggil Ayu bersama dua anaknya, Aiman, 8, dan Azam, 6, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang dan dengan linangan air mata, dia memeluk erat ibunya Jaliah Tamin, 52, dan berkali-kali memohon maaf kepada orang tuanya itu.

Cinta Abang Nepal, Ayu dipaksa makan 'babi'...

Muslim Care Malaysia Society


Ayu akhirnya kembali ke pangkuan keluarga....

Kisah Pn. Ayu mungkin akan disamakan seperti gadis-gadis kita di Lombok, walhal kisah beliau lebih istimewa dan mendesak kerana untuk menyelamatkan akidah beliau serta dua orang anaknya.

Ayu, atau nama penuhnya Nur Sri Rahayu telah melangsungkan perkahwinannya bersama seorang lelaki warga Nepal, pada tahun 2006. Perkahwinan di Malaysia yang mendapat restu dari kedua ibu bapanya pasti akan membayangkan kebahagian rumah tangga yang berkekalan. Tetapi keadaan berubah apabila suaminya mengajak keluarga ini pulang ke kampung halaman suaminya di Nepal.

Apabila pulang ke kampung suaminya, keadaan hidup Ayu dan anak-anaknya berubah setelah suaminya mendapat pekerjaan baru di Dubai. Keluarga suaminya yang bukan beragama Islam tidak memberikan kasih sayang dan layanan yang baik kepada Ayu kerana perbezaan agama.

4 tahun ayu terpaksa bekerja sebagai buruh kasar untuk menyara beliau dan anak2nya. Keluarga suaminya yang mengongkong beliau serta di sisihkan banyak menambahkan penderitaan kepada beliau. Mereka diberi makanan haram seperti babi untuk hidup, ini membuatkan Ayu terpaksa mencari rezeki sendiri demi sesuap rezeki yg Halal.

Perkara ini mendapat perhatian daripada pihak Metro dan Wisma Putra untuk memberi pembelaan kepada keluarga ini. Atas nasihat Wisma Putra, Ayu dinasihatkan untuk datang ke kedutaan Malaysia di Kathmandu. Dengan itu, Ayu terpaksa lari dari keluarga mertuanya sejauh 500km tanpa wang satu sen pun untuk menyelamatkan akidah beliau dan anak-anaknya.

Berbekalkan tawakkal dan doa rakyat Malaysia, Ayu berjaya sampai di Kedutaan Malaysia. Tetapi terpaksa menghadapi kekangan kerana pihak imigresen Nepal tak membenarkan Ayu keluar dan terpaksa membayar denda kerana tinggal melebihi tempoh di Negara itu selama 4 tahun. Sejumlah wang perlu dibayar dimana sini, Muslim Care Malaysia Society telah mengambil inisiatif untuk membantu menyelamatkan Akidah 3 beranak ini.

Roadshow oleh AF Ustaz Norazli Musa, aktivis Muslim Care serta kempen media telah berjaya mengumpul sejumlah wang untuk membiayai kos2 untuk membawa pulang keluarga ini. Alhamdulillah, berkat doa dan sumbangan rakyat Malaysia, serta sumbangan dari kedutaan Malaysia di Nepal sendiri berjaya untuk menyelamatkan akidah 3 beranak ini kembali ke Malaysia.

Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang, Pihak Wisma Putra, Kedutaan Malaysia di Nepal dan akhbar Harian Metro kerana banyak membantu dalam misi menyelamatkan akidah keluarga ini. Semoga usaha dan sumbangan kalian mendapat redha Allah, dan doakan keluarga ini terutamanya anak2 kecil ini menjadi anak yang soleh serta menyumbang untuk agama kelak.

PUTRAJAYA LEMAH PUNCA KERABAT DIRAJA ' MENGEPAK KUASA ' !!!



Perubahan yang ingin dilakukan di Johor tentang penglibatan Sultan Johor dalam pentadbiran negeri mungkin menjadi duluan yang merbahaya bagi Perlembagaan.

"Inisiatif" Sultan Johor supaya terlibat secara langsung dalam pentadbiran kerajaan negeri hanyalah contoh terbaru kerabat diraja menunjukkan kuasa tanpa rasa takut kepada kerajaan pusat, khususnya perdana menteri.

Sebelum ini, beberapa Sultan menggunakan kuasa untuk memilih menteri besar pilihan mereka sendiri dan menolak pilihan yang dikemukakan perdana menteri Barisan Nasional (BN).

Hari ini, perdana menteri dilihat sebagai lemah, tidak mampu membuat keputusan dan tidak berupaya menggunakan bidang kuasa yang ada untuk menghadapi para Sultan tentang keputusan mereka atau pengaruh yang semakin luas dalam pentadbiran negeri sehinggakan undang-undang baru dicadangkan untuk merasmikan kuasa mereka.


Keadaan berbeza semasa era Mahathir. Pada 1993, kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad berusaha mengurangkan kuasa sultan selepas dua insiden serangan.



Selepas hanya dua tahun berkuasa pada 1983, Dr Mahathir meluluskan undang-undang baru di mana Parlimen berhak mengatasi kuasa veto Raja yang mengubah proses pelulusan tiga-tahap di negara ini.

Kesannya, Dr Mahathir berjaya memperjelaskan apa maksudnya Raja Berperlembagaan bagi Malaysia.

Namun selepas dua dekad, kerabat diraja mula bersaing kembali untuk menuntut semula kekuasaan dan pengaruh mereka ke atas pentadbiran negeri.

Perdana menteri paling lama berkhidmat itu memberi pendapat beliau tentang perkara ini semalam, mengatakan bahawa "baru-baru ini adanya kecenderungan untuk mengendahkan Perlembagaan dan cubaan mengubahnya mengikut jalan pintas lain".

"Perlembagaan boleh diubah, tetapi terdapat prosedur untuk melakukannya. Tiada sesiapa yang boleh mengubahnya sendiri. Negeri-negeri tidak boleh mengubahnya, termasuk jugalah pemerintah, tanpa kelulusan Parlimen dan Kerajaan Persekutuan.

"Jika Perlembagaan diabaikan oleh sesiapa, ada yang akan mengikut langkahnya. Perlembagaan merupakan undang-undang asas negara ini. Apabila sesuatu perkara menjadi duluan, ia akan menjadi kebiasaan dan lantas menjadi asas untuk perubahan lain," katanya dalam tulisan blog popularnya Chedet.

Dr Mahathir berkata perubahan Perlembagaan sebegini mungkin membawa kepada penghinaan kepada kerabat diraja dan kaum Melayu mungkin akhirnya akan melepaskan budaya dan sokongan kepada Raja-raja Melayu jika situasi ini tidak terkawal, katanya merujuk secara tidak langsung kepada situasi di Johor.

Ini memang gaya Dr Mahathir, pantas bertindak walaupun selepas sedekad melepaskan jawatannya.

Namun kerajaan memerintah kini senyap, malah menggesa agar rang undang-undang tersebut diluluskan supaya Sultan boleh turut terlibat sama.

Mungkin pemerintah kini tahu BN memerlukan mereka terutamanya saat-saat ini semasa majoriti undi diterima semakin mengecil.

Sedangkan pihak pembangkang juga sudah maju menerima sokongan di Johor, tempat lahirnya Umno.

Oleh itu, BN perlulah memuaskan hati kerabat diraja sementara cuba memenangi sokongan rakyat sekali lagi untuk pilihan raya umum akan datang.

Namun adakah ia akan berhasil hanya selepas kehilangan identiti Malaysia, iaitu sebuah negara Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen?

'Inisiatif' Johor, jika diluluskan, akan mensia-siakan segala usaha pindaan 1983 dan 1993.

Itu juga kerana Putrajaya nampaknya tidak berkuasa untuk menghentikannya.

RM9.6 JUTA KEPADA PEMBERI INFO MH370 TAWARAN DARI KELUARGA MANGSA



SHAH ALAM – Keluarga dan waris penumpang MH370 dari beberapa negara menawarkan ganjaran sebanyak US$3 juta (RM9.6 juta) kepada mana-mana individu atau pihak yang mempunyai maklumat penting yang membawa kepada penemuan MH370.

Sejak Isnin lalu, beberapa negara yang terlibat melancarkan kempen "Reward MH370: The Search for the Truth" bagi mengutip dana untuk dijadikan ganjaran kepada pemberi maklumat tentang kehilangan pesawat MH370.

Seperti yang dilaporkan melalui Astro Awani, antara beberapa negara yang terlibat dalam kutipan dana tersebut ialah dari Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, Perancis dan India.

Kempen tersebut dilancarkan berikutan dengan ketidakpuasan hati para keluarga penumpang MH370 yang tidak diberikan maklumat lengkap dan bukti yang kukuh tentang kehilangan pesawat MAS terbabit.

Daripada jumlah itu, US$3 juta (RM9.6 juta) akan menjadi ganjaran kepada pemberi maklumat tentang kehilangan pesawat itu.

Baki US$2 juta (RM6.4 juta) adalah untuk membiayai penyiasat persendirian yang dapat memberikan maklumat baharu.

Menurut salah seorang waris penumpang, Sarah Bajc, dia yakin bahawa ada pihak atau indidvidu sedang menyembunyikan maklumat penting mengenai kehilangan pesawat terbabit.

"Kami mengambil inisiatif sendiri. Jika terdapat bukti bahawa pesawat itu terhempas di dalam air, atau kusyen tempat duduk, saya akan mengambil pendekatan yang berbeza. Tetapi tiada apa-apa ditemui.

"Tiada kepastian di sini, tetapi kami percaya bahawa kami perlu mencuba sesuatu, jika kita hanya duduk dan membiarkan misi pencarian ini diteruskan, saya fikir ianya tidak akan selesai," katanya menerusi akhbar USA Today.

Setakat ini, jumlah yang disasarkan untuk dikutip ialah US$5 juta (RM16 juta) melalui laman web Indiegogo.

06 Jun 2014

KERANA DYANA SOFYA PUTERI UMNO BERPERANG SAKAN DENGAN PEMUDA......

Kenapa perlu Pemuda UMNO sanjung Dyana Sofya? kata Puteri UMNO......


Hazlinah Mohd. Dani

Apabila Lim Guan Eng menyalahkan Dyana Sofya Mohd Daud kerana tewas pada Pilihan Raya Kecil Teluk Intan baru-baru ini ia dilihat hak Setiausaha Agung DAP itu.
Tetapi dalam masa yang sama wajarkah Pemuda UMNO mempertahankan sambil mempelawa gadis itu menyertai UMNO?


Itu hak Guan Eng sebab Dyana Sofya adalah ahli DAP. Itu cara kerja mereka yang tidak ada orang UMNO pun tahu apa strategi mereka selain membuat pelbagai andaian.
Apa pun jika Dyana Sofya dipersalahkan, itu bukan urusan Pemuda UMNO.


Kenyataan yang dikeluarkan oleh Exco Pemuda UMNO, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi itu seolah-olah mengenepikan kewibawaan Puteri UMNO yang umumnya ramai yang sebaya Dyana Sofya.


Entah kenapa, Dyana Sofya yang sepanjang tempoh berkempen dicaci sebagai pengkhianat bangsa tiba-tiba mendapat perhatian daripada Pemuda UMNO?


Tiba-tiba Dyana dilihat sebagai seorang wanita yang sangat berwibawa dan dan mampu menyumbang idea serta tenaga untuk kepentingan anak muda di negara ini.
Bukan hendak mencari kelemahan Syamsul Baharin tetapi kenapa mesti Dyana Sofya yang nampak di depan mata sedangkan ahli-ahli Puteri juga tidak kurang hebatnya jika dibuat perbandingan.


Apakah tidak ada anggota Puteri UMNO yang boleh diketengahkan untuk menjadi seperti Dyana Sofya pada mata Syamsul Baharin?



Pemuda Umno pelawa Dyana Sofya


Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi

“Kenyataan Syamsul Baharin itu boleh membuatkan kami ahli Puteri UMNO tersinggung sebab dia bercakap seolah-olah Dyana Sofya berada di tahap tinggi berbanding kami.
“Kalau Pemuda UMNO itu kata Dyana Sofya itu berwibawa dan mampu menyumbang idea untuk kepentingan anak muda, apa selama ini Puteri UMNO tidak ada fungsi untuk anak muda?


“Saya tidak nampak kehebatan Dyana Sofya yang terang-terang menyokong pembangkang dan pada masa sama, saya hairan apabila ada Exco Pemuda UMNO yang melihatnya sebagai seorang yang hebat,” kata Bendahari Puteri Bahagian Batu Sapi, Hazlinah Mohd. Dani ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.

Jelasnya, adalah keterluan Pemuda UMNO meletakkan gadis penyokong parti pembangkang itu sebagai hebat demi survival anak-anak muda Melayu jika dia menyertai UMNO.
“Dia nampak hebat sebab dia diketengahkan sebagai calon muda pada PRK dan terus jadi terkenal kerana cantik. Cuba kalau diletakkan Puteri UMNO sebagai calon PRK tempoh hari atau pada masa akan datang, saya rasa mungkin calon Puteri UMNO akan jadi lebih hebat daripada Dyana Sofya.



“Maka saya syor Pemuda UMNO terbabit supaya lebih berhati-hati bila mengeluarkan kenyataan kerana walaupun kami hanya ahli Puteri UMNO namun kami juga boleh jadi jauh lebih baik daripada Dyana Sofya jika diberi peluang,” jelasnya.
Tambah Hazlinah lagi, Syamsul Baharin sepatutnya memikirkan bagaimana hendak melahirkan anak muda seperti Dyana Sofya dalam UMNO jika benar dia dilihat hebat dan bukannya mempelawanya masuk UMNO.

KEBERANIAN ORANG MALAYSIA KETAHAP GILA...EDAR DADAH KAWASAN MAHKAMAH !!


Gambar Sekadar Khiasan

Gagal serah dadah selepas perbicaraan

Klang: Seorang lelaki ditahan ketika cuba menyerahkan bungkusan berisi 37 ketulan mampat dipercayai dadah jenis ganja kepada seorang lagi lelaki yang baru selesai perbicaraan di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi itu, suspek berusia 25 tahun itu ditahan selepas menyerahkan bungkusan berkenaan kepada tertuduh yang pada ketika itu sedang berjalan keluar dari kamar mahkamah dengan diiringi dua polis mahkamah.


Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, suspek berasal dari Raub, Pahang itu langsung tidak mempedulikan kehadiran dua polis mahkamah yang berada di situ ketika menyerahkan bungkusan berkenaan.

"Kejadian itu disedari polis yang bertugas dan terus menahan dan merampas bungkusan berkenaan daripada tertuduh yang baru selesai perbicaraan.




SUSPEK tidak mempedulikan kehadiran dua polis mahkamah ketika menyerahkan bungkusan berkenaan. FOTO Mohd Asri Saifuddin Mamat


"Hasil pemeriksaan polis mendapati bungkusan plastik putih itu berisi 37 ketulan mampat dipercayai dadah ganja seberat kira-kira 160 gram dan suspek direman tujuh hari bermula hari ini untuk disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

BERUNTUNGNYA JADI RAKYAT SELANGOR....BILA TIADA KRONI-KRONI ORANG POLITIK!!!



Sultan Sharafuddin rasmi Menara Worldwide, mercu kebanggaan Selangor

Nilai semasa aset yang memberi pulangan tinggi kepada PKNS itu dianggar bernilai kira-kira RM300 juta.




KUALA LUMPUR, 6 JUN: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah merasmikan Menara Worldwide yang menjadi mercu tanda kebanggan negeri itu, di Jalan Bukit Bintang, di sini, semalam.

Kesudian Sultan Sharafuddin mencemar duli bagi merasmikan bangunan itu mencerminkan keprihatinan baginda terhadap usaha memacu kelestarian ekonomi Selangor keseluruhannya.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata mercu tanda setinggi 25 tingkat yang memiliki pentauliahan Indeks Bangunan Hijau (GBI) yang mampu menarik minat pelabur dalam dan luar negara.


“Lokasi menara ini yang terletak di tengah kota metropolitan Kuala Lumpur menjadikan Menara Worldwide antara edisi bangunan pencakar langit terbaru yang dikelilingi barisan pusat perniagaan dan komersial serta menjadi mercu tanda Bandaraya Kuala Lumpur.

“Menara Worldwide juga mendapat nilai tambahnya apabila menerima status Pusat Siber Malaysia (MSC) sebagai lokasi yang menawarkan infrastruktur bertaraf antarabangsa dan menyediakan persekitaran perniagaan yang kondusif.

“Ini bagi menarik pelabur yang dijangka turut membantu perkembangan industri ICT tempatan,” katanya ketika mempersembahkan ucapan alu-aluan kepada Sultan Sharafuddin di majlis perasmian menara itu.

Katanya, sehingga kini 72 peratus daripada keluasan 275,800 kaki persegi Menara Worldwide sudah dipenuhi penyewa syarikat terkemuka dalam dan luar negara yang dibangunkan anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Worldwide Holdings Bhd dan dimiliki sebuah lagi anak syarikat PKNS, PKNS Real Estate Sdn Bhd.


Abdul Khalid berkata, menara yang menelan belanja RM150 juta itu juga menawarkan kemudahan jalur lebar berkelajuan tinggi dan konsep ‘alfresco’ di ruangan terbuka kawasan podium, manakala nilai semasa aset yang memberi pulangan tinggi kepada PKNS itu dianggar bernilai kira-kira RM300 juta.

Menara itu antara satu lagi pencakar langit di ibu kota Kuala Lumpur yang mula dibina pada 2008 dan siap sepenuhnya pada 2011.

DAGING BABI ADA TANDA HALAL DIJUAL ....INI KERJA SIAPA PULAK!!!!




Daging babi dalam tin 'halal' diseludup ke Sabah, Sarawak


Daging babi dalam tin yang mempunyai 'tanda halal' dipercayai telah diseludup dari China secara tidak sah ke dalam Sabah dan Sarawak.

Menteri Muda Hal Ehwal Islam Sarawak, Datuk Daud Abdul Rahman berkata, siasatan awal mendapati makanan dalam tin itu adalah berasal dari China dan ia hanya dikesan di Sabah dan Sarawak.

Daud berkata, beliau sendiri berasa pelik bagaimana daging babi tersebut boleh memperolehi 'tanda halal' dari China.

"Siasatan awal mendapati mereka yang terlibat adalah orang asing dan mendapat pengesahan 'halal' secara tidak sah sebelum menyeludup makanan dalam tin tersebut ke Malaysia.

"Mereka telah memilih laluan tikus sekali gus mengelakkan pengesanan oleh pihak berkuasa seperti kastam," katanya seperti dipetik Sinchew Daily.

Daud berkata, pasar raya dan kedai runcit telah diarahkan untuk berhenti menjual produk tersebut.



Read more: Sumber

SKIM PINJAMAN MIKRO-I DEPAK?.....TANPA FAEDAH UNTUK PENIAGA...JANGAN LUPA PUJI KERAJAAN...



Pautan kekal imej terbenam


SELEPAS DEPAK DAPAT PINJAMAN TANPA FAEDAH ....KINI PINJAMAN MIKRO BANK RAKYAT PADA PENIAGA...JANGAN LUPA PUJI KERAJAAN.....

PM lancar skim biaya peniaga bulan Ramadan



Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan skim Pembiayaan Mikro-i Bazar Ramadan dengan peruntukan RM45 juta bagi memberi kemudahan pinjaman kepada penjaja dan peniaga kecil sempena bulan Ramadan.

Di majlis pelancaran skim itu di Putrajaya, perdana menteri berkata skim pembiayaan mikro tanpa faedah itu diuruskan Bank Rakyat, memberi pinjaman kepada penjaja dan peniaga kecil sehingga RM3,000 sebagai modal perniagaan.

Beliau berkata penyaluran pinjaman yang diluluskan akan dibuat selewat-lewatnya seminggu sebelum Ramadan.

Tempoh bayaran balik pula ialah 50 peratus dijelaskan sebelum tamat bulan Syawal sementara bakinya sebulan selepas Syawal, katanya.

"Mudah-mudahan skim ini akan mendapat sambutan hangat dan menyediakan peluang perniagaan kepada penjaja dan peniaga kecil, serta memberi kesan positif," katanya.

Najib berkata berdasarkan statistik Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan pihak berkuasa tempatan di Sabah dan Sarawak, terdapat lebih satu juta penjaja dan peniaga kecil berdaftar di seluruh negara sehingga 30 April tahun ini.

"Sektor ini memainkan peranan penting dalam pertumbuhan sosioekonomi negara. Masyarakat bandar mahupun luar bandar banyak bergantung kepada perkhidmatan ditawarkan penjaja dan peniaga kecil dalam menyediakan kepelbagaian termasuk harga berpatutan," katanya.

Perdana menteri berkata bagi penjaja dan peniaga kecil, aktiviti perniagaan yang mereka jalankan adalah untuk jaminan sara hidup dan apabila bulan Ramadan, ia memberi peluang untuk menambah sumber pendapatan mereka.

Bagi golongan profesional dan pekerja separuh masa, bulan Ramadan juga membuka peluang untuk golongan itu memperoleh pendapatan sampingan dengan berniaga di pejabat dan tapak-tapak yang disediakan, katanya.

"Saya harap yang bekerja sepenuh masa janganlah ponteng kerja pula.

"Yang berniaga, tawarlah dengan harga berpatutan. Biarlah rezeki yang kita peroleh itu berkat," katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kebangsaan Datuk Mohamad Mahmod berkata sekiranya skim itu mendapat sambutan yang menggalakkan, kerajaan diharapkan dapat mempertimbang untuk melanjutkannya ke tahun-tahun hadapan.

"Terima kasih kepada kerajaan kerana mengambil berat dan memberi respons terhadap keperluan penjaja dan peniaga kecil," katanya.

Beliau menggesa penjaja dan peniaga kecil segera mengambil peluang memohon skim pembiayaan itu.

Permohonan terbuka kepada semua penjaja dan peniaga kecil melalui
persatuan penjaja dan peniaga kecil di daerah dan negeri di seluruh negara, katanya.

- Bernama

PEGUAM NEGARA KALAH KES PERHIMPUNAN HARAM BERSIH 2008!!!



BERSIH: Mahkamah kekalkan keputusan bebas 21 individu





Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak rayuan Peguam Negara terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya membebaskan 21 individu yang didakwa terbabit dalam perhimpunan haram pada ulang tahun pertama BERSIH.

Pesuruhjaya Kehakiman Choong Siew Khim memutuskan perkara itu dalam kamar semalam selepas mendapati rayuan itu tidak mempunyai merit.

Pada 18 September 2012, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya melepas dan membebaskan 21 individu berkenaan daripada tuduhan menyertai perhimpunan haram serta tidak
mematuhi perintah pegawai polis.

Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap kesemua individu berkenaan dan polis gagal menunjukkan peranan peserta dalam perhimpunan nyalaan lilin bagi menyokong BERSIH pada 2008.

Antara yang didakwa ialah Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, Exco Kerajaan Selangor Ronnie Liu serta peguam S. Ashok Kandiah.

05 Jun 2014

KES PATI MENETAK TEMPOH HARI...INI PENJELASAN PIHAK POLIS

KEJADIAN AMUK YANG BERLAKU DI PASAR UMUM DAERAH KENINGAU SABAH

Merujuk kepada kejadian amuk yang berlaku di pasar umum Daerah Keningau Sabah, pihak polis sedang menjalankan siasatan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan (Merusuh di tempat awam). 

Setakat ini pihak polis telah membuat tangkapan terhadap 3 individu yang disyaki terlibat dalam kes pergaduhan yang berlaku pada 1 Jun 2014 yang lalu. Pihak polis juga masih mengesan individu-individu yang turut terlibat sama dalam kejadian ini bagi membantu siasatan polis.

PDRM Sabah


Merujuk kepada kejadian amuk yang berlaku di pasar umum Daerah Keningau Sabah , pihak polis sedang menjalankan siasatan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan (Merusuh di tempat awam). 

Setakat ini pihak polis telah membuat tangkapan terhadap 3 individu yang disyaki terlibat dalam kes pergaduhan yang berlaku pada 1 Jun 2014 yang lalu. Pihak polis juga masih mengesan individu-individu yang turut terlibat sama dalam kejadian ini bagi membantu siasatan polis.

PECAH BERITA ! TUKAR TIUB DEDAH PEMBERI RASUAH BERBENTUK WANG KEPADA PENGARAH PEMILIHAN JPP !!




INI MUKA
JANTAN INDIA YANG BERI RASUAH MALIK HUSIN




PECAH  BERITA

jantan india yang beri rasuah  pada malik husin

ialah yb xavier jayakumar  adun seri andalas

malik husin telah membalingkan duit rasuah itu dan


berkata 'fuck your boss'

soalannya siapa boss jantan india ini

jeng jeng jeng


Dakwaan rasuah, Chegubard buat aduan bertulis

Kow Kwan Yee | 4:23PM Jun 5

Beliau gesa presiden PKR dan pengerusi Lembaga Disiplin PKR menyiasatnya.
Ahli PKR yang digantung keahliannya, Badrul Hisham Shaharin, yang lebih dikenali sebagai 'Chegubard', telah memfailkan aduan bertulis kepada pihak parti itu berkaitan rasuah yang didakwa melibatkan pemimpin tertinggi dan lembaga rayuan pemilihan parti itu.

Dalam surat yang bertarikh hari ini dan dilihat oleh Malaysiakini, Badrul Hisham membangkitkan satu tuduhan yang telah tersebar luas di internet sejak dua minggu lalu.

PKR top leaders implicated in bribery claim
Kow Kwan Yee | 3:35PM Jun 5 | 4

UPDATED 4.26PM A complaint has been filed with the party, to probe the matter.

PERNAH JADI EXCO
tapi  digugurkan
ada kes beli beg sekolah




Malik Husin ialah pengarah pemilihan
parti keadialn rakyat yang berjalan sdekarang


SUMBER

BERITA PENUH YANG DILAPURKAN MALAYSIAKINI :

Dakwaan rasuah, Chegubard buat aduan bertulis



Ahli PKR yang digantung keahliannya, Badrul Hisham Shaharin, yang lebih dikenali sebagai 'Chegubard', telah memfailkan aduan bertulis kepada pihak parti itu berkaitan rasuah yang didakwa melibatkan pemimpin tertinggi dan lembaga rayuan pemilihan parti itu.

Dalam surat yang bertarikh hari ini dan dilihat oleh Malaysiakini, Badrul Hisham membangkitkan satu tuduhan yang telah tersebar luas di internet sejak dua minggu lalu.


Tuduhan itu mendakwa bahawa pengerusi lembaga rayuan pemilihan
parti, Abd Malek Hussin (kiri) telah menolak rasuah oleh Ketua Cabang Kota Raja Dr Xavier Jayakumar dan "bosnya".

Badrul Hisham juga berkata, berdasarkan khabar angin, "bos" itu boleh jadi Timbalan Presiden Azmin Ali, yang mempertahankan jawatannya menentang Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution.

Sambil menyifatkan khabar angin itu sebagai "memalukan", Badrul Hisham menggesa Presiden PKR, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Dr Tan Kee Kwong supaya menyiasatnya.


Dalam surat itu, Badrul Hisham berkata khabar angin itu mendakwa Abd Malek telah mencampak "sejumlah wang" kepada Dr Xavier (kanan) dan berkata, "Berikan semula wang ini kepada ketua kamu".

Ketika dihubungi, Badrul Hisham, yang digantung keahliannya kerana secara terbuka mendakwa pemilihan parti itu kotor dan tidak telus, berkata adalah penting bagi mereka yang didakwa terlibat memperjelaskan perkara tersebut.

Bagaimanapun, sumber-sumber parti berkata Abd Malek "mencampak wang itu" di hadapan Wan Azizah dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa mesyuarat biro politik PKR dua minggu lalu.

Ketika dihubungi, Abd Malek enggan mengulas manakala Malaysiakini masih menunggu jawapan dari Dr Xavier.

PANAS! MUSIM DURIAN DAH DATANG....GAMBAR PENGUNDI BN BERATUR PANJANG DI PEJABAT GERAKAN T.INTAN?

Pautan kekal imej terbenam

Bukti BN rasuah PRK Teluk Intan!Lebih 500 pengundi mengerumuni pejabat Gerakan menuntut duit & beras.SPRM tidur lagi?

GAMBAR INI DARI KICAUWAN ......TWITER; NGA KOR MING 


SUMBER

DIBAWAH BERITA YANG DILAPURKAN SEBUAH WEB:

Bermula dengan Gerakan, pusat perkhidmatan parti itu di Teluk Intan hari ini diserbu kira-kira 500 orang pengundi yang terdengar khabar angin bahawa Datuk Mah Siew Keong akan mengedarkan RM120 dan beras percuma selepas kemenangannya dalam pilihan raya kecil baru-baru ini.

Keadaan itu menyebabkan petugas di pusat tersebut perlu menghabiskan masa menjelaskan bahawa apa yang disebarkan secara lisan itu sebagai tidak benar.....?


Read more: SINI

GAMBAR-GAMBAR MENARIK PERTEMUAN ARTIS-ARTIS BERSAMA TG NIK ABDUL AZIZ...YANG TAK MASUK ASTRO & TV3....



Sekitar Pertemuan Artis dari Kelab Sukan Artis Malaysia Bersama Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat di Institut Pemikiran Tok Guru hari ini. -4HB. JUN







Artis teruja dapat temui Tok Guru Nik Aziz

KOTA BHARU: Seramai 18 artis yang akan menyertai perlawanan persahabatan bola sepak dengan pasukan Pejabat Menteri Besar mengikuti tazkirah disampaikan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tazkirah ringkas itu diadakan tengah hari tadi ketika mereka mengunjungi Mursyidul Am PAS di Institut Pemikiran Tok Guru di Kota Darulnaim.

Kumpulan artis terbabit diketuai Syed Aiman mewakili Kelab Sukan Artis Malaysia. Hadir sama Sabri Yunus, Fizo Omar, Danny X Factor, Syed Aiman dan Yantzen.

Malam ini pasukan artis akan bertembung dengan pasukan Pejabat Menteri Besar yang akan membariskan beberapa bekas pemain Kelantan termasuk Hashim Mustafa, Salim Mahmood.

Selain itu turut disertai Speaker Dun Kelantan, Datuk Abdullah Yakob, anggota parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan beberapa pemain The Red Warriors.

Perlawanan itu akan diadakan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.

Pada tazkirah terbabit, Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, penglibatan artis dalam medan dakwah menarik perhatian orang ramai terutamanya anak-anak muda.

“Artis memiliki banyak kelebihan termasuk suara baik, rupa paras lawa dan sebagainya seharusnya juga memiliki akhlak yang baik kerana ia akan menjadi ikutan orang ramai.

"Tuan-tuan merupakan tumpuan masyarakat dan perkara yang dilakukan akan menjadi ikutan ramai.

“Dan perlu ingat semua tindak tanduk akan dipersoal di akhirat nanti. Buat perkara baik apabila orang ikut akan mendapat pahala dan begitu sebaliknya," ujar beliau.

Sementara itu Syed Aiman berkata, kunjungan itu dibuat bagi memenuhi hasrat semua artis yang datang ke Kelantan dan mereka amat teruja dapat bertemu Tok Guru. - HD


BANYAK LAGI GAMBAR BOLEH LIHAT DI SINI

Kedahkini

04 Jun 2014

TUANKU TEMENGGONG DIISYTIHAR SEBAGAI PENGERUSI JEMAAH PEMANGKU SULTAN KEDAH


Ucapan penghargaan dan setinggi-tinggi Tahniah kehadapan Yang Teramat Mulia Dato' Seri DiRaja Tan Sri Tunku Sallehhuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Temenggong Kedah di atas pengisytiharan sebagai Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah berkuatkuasa 21 Mei 2014 di atas perkenan KDYMM Tuanku Sultan Kedah. Daulat Tuanku





GAMBAR-GAMBAR NGERI ...PATI MENETAK RAKYAT TEMPATAN DI KENINGAU....


Ngeri.. GAMBAR Rakyat Tempatan Yang Ditetak PATI Di Keningau



Satu status dan video di Facebook tentang kekejaman pendatang asing di Keningau, Sabah ketika melakukan jenayah kini tersebar.


BACA: Video Pergaduhan Di Pasar Ikan Keningau Tersebar



Bersama status tersebut, turut disertakan contoh kes dan gambar mengerikan keadaan mangsa yang ditetak dengan teruk dalam satu kejadian gaduh pada 1 Jun lalu, jam 5.30 petang.

Mengikut laporan polis dibuat mangsa, dia cedera ditetak dengan parang di siku kiri hingga terpaksa menerima lima jahitan di Hospital Keningau.

Saudaranya bernama Analem Tony, 31, dan Manayon Raw Palanok, 39, turut mengalami kecederaan selepas diserang sekumpulan lelaki antara tujuh hingga lapan orang menggunakan senjata tajam termasuk parang, besi dan kayu.


Analem mengalami kecederaan di muka apabila terjatuh di jalan raya semasa melarikan diri manakala Manayon menerima sebelas jahitan di kepala sebelah kiri akibat ditetak dengan parang.

Bagaimanapun, siasatan mendapati insiden ini berpunca daripada masalah peribadi yang bermula di sebuah kedai karaoke selepas mangsa mengambil minuman keras .

Pengadu bersama saudaranya yang berada di kedai karaoke tersebut sejak jam 3 petang bersama empat wanita dipercayai menimbulkan perasaan tidak puas hati seorang suspek yang bertindak memukul saudara pengadu di luar kedai.

Apabila dimaklumkan hal ini, pengadu bersama Analem dan Manayom mengejar suspek yang melarikan diri hingga ke kawasan Pasar Umum. Di sana sudah terdapat antara tujuh hingga lapan lelaki menanti mereka lalu bermulalah insiden gaduh dan tetak menetak.

Jika dilihat, insiden ini bermula daripada pergaduhan peribadi yang tak boleh juga nak disalahkan PATI seratus peratus.

Bagaimanapun apa yang dapat disampaikan menerusi penyebaran status Facebook sebegini adalah, kebanyakan pendatang asing memiliki hati kering dan setakat menetak orang dengan parang adalah perangai biasa mereka apabila bergaduh. - MYNEWSHUB.MY

Oleh: REM RAMZI
Sumber: borneosensasi.blogspot.com

RON95 NAIK 20 SEN LAGI TAHUN INI?

NAK MINYAK MURAH PERGI DUDUK DI BERUNAI.....



Petrol RON95 dijangka naik sebanyak 20 sen pada tahun ini daripada RM2.10 kepada RM2.30 setiap liter.

China Press melaporkan, mengikut rancangan kerajaan, subsidi perlu dikurangkan setiap tahun dan RON95 juga tidak terkecuali.

Sumber memberitahu, Pilihan Raya Umum Ke-13 mendorong kerajaan menundakan rancangan kenaikan harga RON95 kepada 3 September 2013 iaitu daripada RM1.90 kepada RM2.10 satu liter.

"R0N95 dijangka naik sebanyak 20 sen pada tahun ini, ia merupakan sebahagian daripada rancangan rasionalisasi subsidi kerajaan," katanya kepada China Press.

Kerajaan pada 12 Mei 2009 memperkenalkan RON95 menggantikan RON92. Harga RON95 pada masa itu ialah RM1.75 seliter tetapi dinaikkan kepada RM1.80 pada 1 September 2009.

R0N95 dinaikkan dua kali pada 2010 iaitu masing-masing ada 16 Julai dan 1 Disember menjadikan harga dinaikkan kepada RM1.90 seliter.

Harga itu dikekalkan sehingga 3 September 2013 dan dinaikkan sebanyak 20 sen kepada RM2.10 iaitu harga pada masa ini.

RON97 pula dijual dengan RM2.90 setiap liter mengikut harga pasaran.

Read more: sini

PANAS! AHLI PARLIMEN LANGKAWI GELABAH BEWAK APABILA AKAN DISAMAN, BERI ALASANNYA AKAUN FB NYA DIGODAM...BARU ADA AKAI ...

Displaying capture_164.jpg



ALOR SETAR - Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad mendakwa akaun Facebook (FB) miliknya diceroboh oleh individu tidak bertanggungjawab sekali gus memuat naik status yang dikatakan berbaur fitnah terhadap ibu calon DAP PRK Teluk Intan, Yammy Abd Samat, 59.

Nawawi ketika dihubungi berkata, sepanjang minggu lalu beliau berada di China dan tidak mengakses akaun Facebook kerana ia disekat di negara itu.

“Sepanjang 26 Mei hingga 2 Jun saya berada di China, jadi sepanjang tempoh itu juga saya tak buka Facebook. Bila balik semalam (kelmarin)... saya terkejut jugalah sebab gambar profil Facebook saya pun ditukar.

“Sebelum ini saya hanya letak gambar sendiri sebagai gambar profil, tiba-tiba ditukar dengan gambar kerbau.

“Saya tak pasti ini kerja siapa... sebelum itu saya sudah tukar password dan tiada siapa pun tahu password Facebook saya,” katanya.

Dalam pada itu ditanya mengenai tindakan undang-undang yang akan diambil oleh Yammy, beliau enggan memberi sebarang komen kerana akan berbincang perkara itu dengan peguam terlebih dahulu.

Bagaimanapun katanya, nama individu yang tercatat pada status Facebooknya itu dengan nama Yammy adalah dua individu berbeza.

“Nama yang ditulis pada Facebook saya itu Yammy Samat, manakala nama ibu Dyana Yammy Abd Samat,” katanya yang mengikuti rombongan Perdana Menteri ke China baru-baru ini.

Semalam, Sinar Harian melaporkan, Yammy bertegas akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang memfitnahnya.

Beliau menyuarakan hasrat itu selepas tersebar pelbagai maklumat di laman sosial berhubung kontrak, aset dan kekayaan yang didakwa dimilikinya. 


Ibu Dyana akan saman pemfitnah -LIHAT FITNAH-FITNAH DIBAWAH.....




IPOH, 3 JUN: Ibu Dyana Sofya Mohd Daud, Yammy Samat akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang memfitnah beliau berhubung kontrak, aset dan kekayaan yang didakwa dimilikinya.

Yammy, 59, berkata demikian ekoran tersebarnya pelbagai maklumat di laman sosial dan menyifatkan tuduhan itu amat berat serta meminta pihak yang menyebarkan fitnah itu mengemukakan bukti.


Katanya, dakwaan itu disifatkan berniat jahat dan fitnah yang bertujuan menjatuh serta menimbulkan persepsi buruk masyarakat terhadap beliau.


“Kenyataan di laman sosial itu tidak benar. Jika benar, saya cabar kemukakan bukti dan kalau profesional buat aduan mengikut saluran betul bukan membuat tuduhan melulu.
“Saya cabar kemukakan fakta seperti didakwa bukan hanya membuat tuduhan di laman sosial,” katanya yang dipetik daripada Sinar Harian.


Terdahulu, laman Facebook Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad, berkongsi maklumat yang mendakwa Yammy memiliki pelbagai aset dan memperoleh pinjaman kewangan daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Dalam muat naik status terbaharu Nawawi, beliau mendakwa, semua tuduhan itu diterima menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan berkongsi semua maklumat berkenaan.


Maklumat yang dikongsi itu antaranya menyebut Yammy menerima enam permit teksi di Ipoh, memiliki kawasan balak seluas 600 hektar di Kroh, rumah kedai di Pusing dan rumah berkembar di Gopeng, di samping memperoleh pinjaman MARA berjumlah RM750,000.



Selain itu, Yammy juga didakwa mendapat permit mengimport (AP) beras Siam dan pajakan 40 hektar tanah lombong besi di Kinta.

Kos pelajaran tiga anak Yammy juga dikatakan ditanggung Yayasan Menteri Besar Perak sejak mereka berusia tujuh tahun hingga melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Yammy berkata, beliau menyerahkan kepada peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang berkenaan semua tuduhan itu.


“Saya sudah membuat laporan di Balai Polis Kampung Tawas petang semalam (kelmarin),” katanya.


Katanya, dakwaan yang dikongsi Nawawi bahawa beliau memegang jawatan Setiausaha Wanita Umno Bahagian tidak benar kerana Yammy hanya ahli biasa.


-HA..HA...MANA MUNGKIN AKAUN FB DIGODAM.......

JANGAN TERJUN  DI SELAT PANCURK.....DAH LAH......

03 Jun 2014

PANAS! PEMUDA UMNO MERAYU-RAYU PADA DYANA....APA CERITA PULAK NIE!!!!


Pemuda Umno pelawa Dyana Sofya


Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi

IPOH - Pemuda Umno hari ini mempelawa calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud menyertai Umno bagi menyumbang idea dan tenaga untuk kepentingan anak muda di negara ini.

Perkara itu dinyatakan sendiri, Exco Pemuda Umno, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi selepas melihat Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyalahkan Dyana Sofya atas kekalahan mereka mempertahankan kawasan Parlimen Teluk Intan.

"Selepas beberapa hari PRK Parlimen Teluk Intan tamat, masih ramai yang memperkatakan mengenai kehadiran seorang gadis yang tampak biasa tetapi penuh bersemangat sebagai calon yang mewakili DAP.

"Malangnya, Guan Eng dengan angkuh telah memberi pandangan bahawa kekalahan Dyana Sofya adalah disebabkan ciri-ciri dirinya yang masih muda, seorang wanita dan seorang Melayu," katanya dalam satu kenyataan media.

Syamsul Baharin yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Ipoh Barat berkata, dia sendiri tertarik dengan penulisan Dyana Sofya bertajuk 'Satu Jam Bersama Obama', yang menyatakan anak muda harus mencari platform dengan melibatkan diri bersama kumpulan yang menghargai bakat dan usaha.

Katanya, pelawaan itu dibuat agar ciri-ciri yang ada pada Setiausaha Politik Ahli Parlimen Gelang Patah itu dapat digunakan secara optimum demi 'survival' anak-anak muda Malaysia.

"Semangatnya ketika mengharungi cabaran PRK cukup mengagumkan walaupun diperlekehkan oleh kepimpinan dan ahli-ahli DAP umumnya yang berbangsa Cina. Oleh itu silalah meneruskan perjuangan di tempat asalmu dan tempat ayahanda dan bondamu wahai saudari Dyana.

"Kami sentiasa menerimamu dalam Umno Bahagian Ipoh Barat kerana Umno sahajalah parti keramat Melayu yang memperjuangkan nasib bangsa melayu dan bangsa-bangsa lain di Malaysia, melalui BN,"
katanya.

HARGA COKLAT CADBURI JATUH MEREDUM...DISKAUN 90% ? DIJAMIN HALAL OLEH JAKIM


Nampaknya berita dalam coklat jenama Cadbury ada DNA Khinzir membawa rahmat kepada pengemar coklat ... dulu harga sekeping RM8.00 kini sudah jatuh merudum sampai RM1 sahaja... tidak pernah dalam sejarah harga coklat jenama Cadbury dijual sebegini murah.


Siapa yang korup, siapa yang telah di babikan sebenarnya?

KKM mempertahankan keputusan ujian makmal mereka. Jabatan Kimia juga mempertahankan keputusan mereka. Yang pastinya rakyat Malaysia telah mengajikan hasil cukai mereka pada pihak JAKIM yang bodoh kerana mengunakan sample dari kilang. Kenapa tak ambil sample di pasaran? Atau adakah kerana institusi kerajaan ini telah di tekan oleh pihak tertentu yang mana mereka mempunyai saham yang besar bagi industri makanan tersebut. Semacam tidak lojik jika isu sample ini dikaitkan dengan produk yang di cemari. Bagaimana ia boleh cemari jika pembukusan yang digunakan adalah kedap udara.

Yang pastinya rakyat telah di babikan oleh isu ini. Jangan biarkan ianya menjadi darah daging umat islam di negara ini. Pemakanan yang haram dan menjadi darah daging kesannya di bawa generasi ke generasi. Yang rugi umat Islam itu sendiri.

*Bagi gua sebagai admin. Gua dan seluruh keturunan gua tak redho isu ini di manupulasi demi menjaga periuk nasi pemegang saham produk babi ini dan jika sebaliknya pihak kementerian perlu membuat pendedahan yang lebih telus. Begitu juga pihak JAKIM. JAKIM institusi yang di percayai rakyat dalam konteks persijilan halal untuk makanan halal islam. Jangan biarkan rakyat hilang kepercayaan pada anda.

- Tompo -

King Jason telah menambah 5 foto baru.

HARI INI MENTERI UMNO AKAN  AMBIL TINDAKAN TERHADAP KEBOCORAN LAPURAN TERDEDAH DI INTERNET......

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru mengesahkan bahawa pihaknya akan menyiasat individu yang terbabit mendedahkan laporan berwajib selepas kontroversi DNA babi dalam coklay Cadbury tersebar luas di internet.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Hilmi Yahya berkata kepada The Malaysian Insider bahawa laporan awal tersebut tidak tepat dan penyebarannya secara terburu-buru mengakibatkan kekecohan di kalangan masyarakat yang majority beragama Islam di dalam negara.

"Kami akan membuat siasatan dalaman. Mereka terburu-buru mengeluarkan laporan awal itu sebelum siasatan lanjut melibatkan produk tersebut dilakukan semula," katanya kepada media selepas merasmikan Persidangan Persatuan Hospital Swasta Malaysia, pagi ini.

SUBSIDI BERPILIH MINYAK SISTEM BARU ...AKAN UJUDKAN LAMBAKAN PASARAN GELAP !!!


Peraturan baru mulai September dapat menghalang pemilik kenderaan mewah daripada menggunakan petrol bersubsidi. BACA LAGI BERITANYA DISINI


Subsidi baru minyak: Risiko penyelewengan, kenaikan harga barang berganda

Laporan-laporan berita yang mengesahkan bahawa Barisan Nasional sedang memuktamadkan satu sistem subsidi baru petrol dan diesel sudah tentu menimbulkan kegelisahan dan kebimbangan di kalangan rakyat.


Setakat ini, laporan-laporan berita memberi gambaran bahawa sistem subsidi baru petrol dan diesel itu akan beroperasi seperti berikut:

1. Subsidi petrol dan diesel hanya akan diberikan kepada golongan tertentu mengikut kadar pendapatan. Setakat ini, laporan menyebut jumlah pendapatan yang dipertimbangkan ialah RM5,000 ke bawah (bermakna bagi mereka yang berpendapatan RM5,000 ke bawah, mereka masih boleh membeli petrol dan diesel pada harga subsidi);

2. Bagi mereka yang berpendapatan di antara RM5,000 hingga RM10,000, pengguna hanya diberikan kuota bulanan tertentu untuk membeli petrol dan diesel bersubsidi. Sekiranya jumlah penggunaan melebihi kuota bulanan, pengguna perlu membayar harga pasaran;

3. Bagi mereka yang berpendapatan lebih RM10,000 sebulan, pengguna perlu membeli pada harga pasaran.

Saya kerap kali memberi amaran kepada Barisan Nasional supaya sebarang keputusan yang melibatkan kebajikan rakyat perlulah dibincangkan dan mengambil pandangan umum supaya keputusan itu tidak membelakangkan hasrat rakyat.

Rombakan sistem subsidi petrol dan diesel adalah satu keputusan besar yang akan mempunyai kesan mendalam kepada rakyat. Dalam keadaan harga barang terus meningkat dan tangga gaji masih belum berjaya dilonjakkan, sebarang perubahan yang drastik terhadap harga petrol dan diesel sudah tentu akan mempunyai kesan berganda kepada harga barang.

Oleh sebab itu, Barisan Nasional wajar membentangkan cadangan rombakan sistem subsidi petrol dan diesel ini ke Parlimen terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

Rakyat perlu diberikan masa yang secukupnya, sekurang-kurangnya satu tahun untuk memberi pandangan sebelum sistem baru subsidi petrol dan diesel ini berkuatkuasa, mengambil kira kesusahan yang telah pun dialami rakyat akibat kenaikan harga petrol, elektrik, gula dan barang-barang keperluan lain.

Berdasarkan maklumat yang dilaporkan setakat ini, saya khuatir sistem subsidi baru petrol dan diesel ini akan mewujudkan pasaran gelap yang menjual petrol dan diesel seperti berikut:

1. Kumpulan yang dibenarkan membeli petrol dan diesel pada harga subsidi boleh membeli secara kerap dan menyimpan petrol dan diesel ini;

2. Mereka kemudian menjual kepada ejen pasaran gelap yang membeli petrol dan diesel ini pada harga yang lebih tinggi;

3. Ejen pasaran gelap kemudian menjual petrol dan diesel ini pada harga yang lebih rendah dari harga pasaran kepada syarikat, pengusaha atau pun orang persendirian yang mahu mendapatkan harga petrol dan diesel pada harga yang lebih rendah.

Misalnya, jika harga subsidi satu liter petrol adalah RM2.10 dan harga pasaran adalah RM2.80 satu liter, pasaran gelap berikut boleh berlaku:

1. Kumpulan yang dibenarkan membeli petrol dan diesel pada harga subsidi menjualnya pada harga RM2.30 satu liter kepada ejen pasaran gelap;

2. Ejen pasaran gelap menjualnya pada harga RM2.50 satu liter kepada syarikat, pengusaha dan orang persendirian yang membeli dari pasaran gelap.

Jelas bahawa sistem subsidi baru yang dilaporkan mempunyai risiko ketirisan subsidi yang tersendiri, seperti mana sistem sekarang yang sering dipersalahkan oleh Barisan Nasional sebagai punca berlakunya penyeludupan.

Saya khuatir sekiranya sistem baru subsidi ini tidak diperhalusi dan dibincangkan secara terbuka, apabila dilaksanakan kelak ia mewujudkan pasaran gelap petrol dan diesel yang menimbulkan masalah baru yang lebih besar dari masalah penyeludupan sedia ada kerana ia melibatkan lebih ramai orang dan rakyat biasa.

Ini sudah tentu tidak berbaloi apabila dibandingkan dengan kepayahan yang dihadapi oleh rakyat akibat kenaikan harga petrol dan diesel serta kesan kenaikan berganda kepada harga barang, sedangkan ketirisan subsidi petrol dan diesel yang dijadikan alasan untuk menukar sistem makin berleluasa.

Oleh yang demikian, saya menggesa supaya Barisan Nasional membentangkan secepat mungkin segala butiran sistem baru subsidi petrol dan diesel ini serta dibahaskan di Parlimen dalam sidang yang bermula minggu depan, sebelum sebarang keputusan diambil.

Saya akan terus mengeluarkan kenyataan media dan menyemak keputusan Barisan Nasional mengenai rombakan sistem subsidi petrol dan diesel ini bermula hari ini.

Rafizi Ramli
Pengarah Strategi KEADILAN
Ahli Parlimen Pandan