22 Februari 2014

DIA NIE EXCO ATAU KETUA CAWANGAN UMNO..STATUS TAHFIZ AMAL PUN DEPA TAK TAU?

Apa nasib pelajar Pusat Tahfiz Amal


ALOR SETAR - Adakah Pusat Tahfiz Amal (PTA) dekat Jalan Yan-Kuala Kedah mempunyai pelajar atau sekadar digunakan untuk melakukan jualan amal di luar sekolah.

Exco Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata, kerajaan negeri tidak pasti sama ada penghuni di situ adalah pelajar atau tidak.

Beliau berkata, sejak operasinya diarah ditutup pada 10 Februari lalu, tiada waris pelajar yang datang berjumpanya untuk mengadu sebarang masalah.

Bagaimanapun, Tajul Urus meminta pihak terbabit menghentikan aktiviti jualan amal dengan menggunakan kanak-kanak berkenaan.

“PTA adalah sekolah yang tidak berdaftar dan kita tidak tahu apa status pelajar di situ. Atau sekadar digunakan untuk melakukan jualan amal di luar sekolah. Itu kita tidak tahu," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Menurutnya, kerajaan negeri memandang serius masalah itu kerana ia membabitkan bidang pendidikan dan kanak-kanak di bawah umur.

“Kalau betul PTA ada pelajar dan memang mereka nak belajar, kita tidak ada masalah untuk membantu menyambung pengajian mereka.

“Kita akan cuba tempatkan mereka di mana-mana maahad tahfiz yang berdaftar supaya dapat belajar seperti rakan lain,” katanya.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) mengarahkan PTA menghentikan operasinya serta-merta.

Menurut laporan itu, notis arahan penutupan operasi dikeluarkan pada 10 Februari lalu atas alasan menjalankan operasi sebagai sekolah Islam tanpa pendaftaran mengikut Seksyen 12 (1) Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Negeri Kedah Tahun 1988.

Jaik juga pernah mengeluarkan notis sama bertarikh 1 Januari 2007 yang mengarahkan supaya operasinya dihentikan.

Peningkatan kadar jenayah, sebuah keluarga ‘lari’ dari rumah setelah enam kali dirompak...

Kalau di kampung buah kelapa,pisang semuanya sudah tidak selamat lagi habis dikebas, paling dahsyat hinggakan gulai dalam periuk pun hilang.....apa nak jadi dengan jenayah.

Paling mengecewakan air ketum dan jualan sabu dijual secara terbuka.....mungkin ketagihanan punca kadar jenayah yang tinggi........

Peningkatan kadar jenayah, sebuah keluarga ‘lari’ dari rumah


Pembahagian tugas polis yang tidak difokus kepada masalah jenayah telah mengundang kritikan ramai pihak. -

Enam kejadian rompakan dan beberapa cubaan rompakan kereta akhirnya memaksa sebuah keluarga tekad meninggalkan rumah yang menjadi tempat tinggal mereka selama 12 tahun di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Menceritakan pengalamannya kepada The Malaysian Insider, pelajar Yeo Kee Jun berkata keluarganya yang mengambil keputusan untuk pindah rumah disebabkan tidak lagi berasa selamat untuk menetap di kawasan itu.

Yeo berkata dalam tempoh 12 tahun, rumah mereka dirompak enam kali, tiga daripadanya berlaku empat bulan lepas.

“Di situlah rumah tempat kami membesar dan berasa selamat sehinggalah rumah kami dipecah masuk. Tidak selamat lagi tinggal di Jalan Klang Lama.”

Yeo melahirkan kekesalannya berhubung masalah itu dan mempersoalkan kerajaan sama ada ia memandang serius masalah jenayah yang dihadapi sebahagian besar rakyat Malaysia.

“Soalan saya kepada kerajaan adalah, apakah yang akan mereka lakukan untuk menyelesaikan masalah ini?

“Kita menghantar tentera apabila askar bersenjata Sulu menceroboh negara. Kita kawal sempadan bagi menghalang abu mayat memasuki negara. Semua ini dilakukan atas nama mempertahankan kedaulatan negara.

"Apa pula yang kita lakukan apabila perompak bersenjata menceroboh rumah dan merampas harta kesayangan kita? Apa yang boleh kerajaan lakukan untuk memperbetulkan keadaan ini demi rakyat Malaysia? " tanyanya dalam surat kepada pengarang The Malaysian Insider.

Statistik polis menunjukkan 4,436 kes keganasan berlaku 9 bulan pertama tahun lalu berbanding 6,624 kes pada 2012.

Sebanyak 15,375 kes rompakan berkumpulan menggunakan senjata dalam tempoh sama pada 2013 dan sebanyak 478 kes bunuh dilaporkan tahun lalu, berbanding 602 kes pada tahun sebelumnya.

Insiden jenayah semakin kerap walaupun statistik polis menunjukkan kadar jenayah telah turun.

Majalah New York Times baru-baru ini melaporkan percambahan syarikat keselamatan berdaftar, iaitu peningkatan tiga kali ganda daripada 200 kepada 712 syarikat, menunjukkan peningkatan kadar jenayah di Malaysia.

Bimbang dengan tahap keselamatan, penduduk di kawasan perumahan kelas pertengahan kini bertindak memagari perumahan.

Ahli politik pembangkang bertegas menolak polis dan Kementerian Dalam Negeri yang menafikan keseriusan perkara itu.

"Apabila rakyat Malaysia menderita masalah jenayah, kerajaan dan polis tidak boleh berterusan mengatakan kadar jenayah berlaku penurunan bagi mengubah persepsi rakyat," kata ahli parlimen DAP Tony Pua.

"Kami menegaskan kadar jenayah di Malaysia sangat tinggi dan adalah jelas statistik polis disyaki dimanipulasi bagi menggambarkan jenayah berada pada paras sederhana," katanya.

Hanya 18% daripada 112,583 anggota polis bertugas di Cawangan Siasatan Jenayah berbanding 50% yang dikerahkan untuk kerja pentadbiran, manakala 34% lagi ditugaskan menjaga keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam.

Sementara itu, Yeo dalam suratnya memberi amaran tidak mustahil akan berlaku pemberontakan sekiranya masalah jenayah diabaikan.

"Saya percaya saya bercakap untuk rakyat hari ini. Rumah kami diceroboh dan kamu ahli politik terus bertengkar.

"Kami tak mahu tahu apa yang kamu mahu apabila hidup kami dalam bahaya. Atasi masalah ini atau saya jamin dalam masa empat tahun, kamu akan kalah dalam pilihan raya," katanya
.

21 Februari 2014

SINDROM KANKUNG MULA MENYERANG AHLI UMNO DI KAJANG

Sindrom kangkung mulai dirasai oleh penyokong umno....dengan kenaikan harga barang, minyak, kadar tarif letrik dan janji BN pru13 maka sah penyokong totok umno sudah tidak yakin lagi janji-janji BN.

Lebih parah timbalan menteri dari hindraf mengatakan najib tidak boleh pakai....satu janji kepada rakyat india miskin tidak ditunaikan.......

Lebih teruk apabila Syabas dan puncak niaga gagal menyediakan air bersih di musim kemarau sekarang....isu air salah satu punca BN kalah teruk di  Selangor pada PRU13...jadi BN masih bermain tarik tali dalam menyerahkan konsensi air kepada negeri ini kesilapan besar BN dalam projek menawan selangor kembali.

Anwar berjaya tarik sokongan ahli Umno di Kajang?


Siri pertemuan Anwar bersama penduduk setempat di sekitar Kajang sentiasa berjaya menarik khalayak yang ramai.

Walaupun kempen rasmi belum bermula, Ketua PKR dan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah mula menembusi pengundi Melayu yang secara tradisinya berpihak kepada Barisan Nasional (BN).

Penyokong Umno semakin ramai yang muncul dalam siri perjumpaan kecil yang dianjurkan pasukan Anwar dengan penduduk setempat seperti di kedai-kedai kopi dan tazkirah.

Kehadiran ramai ahli Umno yang memilih untuk terus mendengar Anwar semasa perjumpaan ini memberi manfaat kepada matlamat PKR bagi mengekalkan kerusi itu, kata seorang daripada pengurus kempen Anwar, Mohd Yahya Saari.

"Kami agak terkejut mereka benar-benar datang dan mereka menunggu hingga akhir bagi mendengar Anwar berucap," kata Yahya, yang juga ketua bilik gerakan PRK Kajang.

Walaupun Kajang dianggap kubu PKR – parti itu memenanginya dengan majoriti 6,000 undi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 – kebanyakan sokongan adalah daripada masyarakat Cina di kawasan ini.

PKR cuba menarik lebih ramai pengundi Melayu yang terdiri daripada pekerja kelas pertengahan yang cukup penting bagi memenangi kuasa di peringkat persekutuan.

Dalam usaha memecahkan pengaruh Umno ke atas jiwa Melayu Islam, ia perlu meyakinkan lebih ramai golongan ini untuk menerima agenda asas yang memenuhi keperluan asas masyarakat berbilang kaum sebagai agenda utama.

Lawatan Anwar ke kampung-kampung Melayu dan kawasan perumahan di Batu 10 Cheras dan Kampung Sungai Kantan di kawasan itu juga sesuai dengan apa yang dimaksudkan Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli dalam satu temu bual lepas.

Pakatan Rakyat (Pakatan) Selangor secara keseluruhannya, perlu mengajak orang Melayu Islam menentang provokasi kaum dan agama semasa penggal kedua memerintah negeri ini.

Sebagai contoh, Umno Selangor melakukan “road show” di seluruh negeri bagi mendapatkan sokongan terhadap pengharaman penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam.

Perhubungan antara aktivis PKR dengan penyokong Umno kata Mohd Yahya, menunjukkan kebimbangan mengenai kecenderungan Umno terhadap parti ultra-konservatif.

"Mereka nampaknya agak terganggu bagaimana Umno boleh berfikiran sempit. Mereka berasa parti itu seolah-olah hanya mengambil berat orang Melayu dan bukan seperti sebelumnya yang dilihat lebih terbuka kepada semua masyarakat," kata Mohd Yahya.

Bagaimanapun, ahli akademik dari Universiti Malaya, Datuk Prof Mohammad Redzuan Othman (gambar) memberi amaran sebaliknya terhadap kehadiran beberapa penyokong Umno di program Anwar sebagai tanda-tanda akan berlaku perubahan terhadap pengundi Melayu Islam di Kajang.

Menurut kaji selidik oleh pasukan penyelidikan Redzuan, sokongan keseluruhan bagi BN dan Pakatan kekal sama sejak pilihan raya umum tahun lepas.

"Mungkin akan ada 2-3% anjakan penyokong tetapi ia bukanlah satu gelombang besar," kata Redzuan yang juga pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel).

Dalam kaji selidik terbaru Umcedel di kawasan Kajang, 69% daripada responden berpendapat kenaikan kos sara hidup akan memacu sokongan terhadap Pakatan.

Bilangan tertinggi pengundi yang menyokong ini terdiri daripada kakitangan kerajaan, dengan 79% mengatakan kenaikan harga barang-barang dan perkhidmatan akan memberi kelebihan undi kepada Pakatan.

Pada masa yang sama 60% pengundi Melayu Islam di Kajang berasa isu Allah tidak akan membawa kepada lebih banyak sokongan kepada BN dan Umno dalam PRK itu.

PRK itu bakal diadakan berikutan perletakan jawatan secara tiba-tiba Adun Kajang, Lee Chin Cheh daripada PKR.

PKR mengaku bahawa peletakan jawatan Lee dan PRK itu adalah satu rancangan teliti yang dikenali "Langkah Kajang" oleh perancangnya bagi membolehkan Anwar memasuki kerajaan Selangor.

Kedua-dua pihak, parti dan Anwar jelas menunjukkan ia bertujuan untuk membolehkan beliau mengambil alih jawatan menteri besar Selangor daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pada pilihan raya umum lepas, Lee mendapat 19,571 undi, menang dengan majoriti 6,824 undi mengalahkan calon MCA daripada BN, Lee Ban Seng yang memperoleh 12,747 undi manakala Mohamad Ismail daripada Berjasa mendapat 1,014 undi.

20 Februari 2014

SLOGAN YANG TERBUKTI...BN MENANG RAKYAT SENANG! HANGPA PAKAT RASA...2,000 DEMO MINTA KERAJAAN NAIKAN HARGA GETAH...

HANGPA TAU DAK KALAU DI THAILAND KERAJAAN BOLEH TUMBANG...KALAU DI KEDAH MUNGKIN POKOK GETAH JE TUMBANG.....KERAJAAN KATA GETAH TURUN KITA TANAM SAWIT KE......KETOM KE.....

2,000 penoreh bantah harga getah jatuh, demonstrasi di Padang Terap

Penoreh getah berdemonstrasi di pekan Naka kerana tidak berpuas hati dengan kejatuhan harga getah.

Hampir 2,000 penoreh getah keluar beramai-ramai di Pekan Naka, Padang Terap, Kedah semalam bagi menuntut kerajaan segera bertindak mengatasi masalah harga getah yang kini jatuh mendadak, himpunan ketiga yang dicatatkan sehingga kini.

Himpunan itu dinamakan sebagai Himpunan Sengsara Penoreh Getah, sebagai menyatakan luahan tekanan ekonomi yang terpaksa ditanggung.

Pelbagai sepanduk turut dibawa termasuk yang bertulis "Harga barang naik, harga getah turun", "BN menang rakyat senang?" dan "Getah turun ape cerita, terima kasih BN".

Mereka mendesak kerajaan menetapkan harga lantai getah kepada RM4 sekilogram bagi meringankan beban penoreh getah, lapor media rasmi PAS, Harakahdaily.

Harga getah kini jatuh sehingga RM2.40 sekilogram di kebanyakan tempat. Sebelum ini, Presiden Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman mencadangkan isu kejatuhan harga getah ini dijadikan modal kempen pilihan raya kecil Kajang.

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat yang turut serta dalam himpunan itu berkata, sebahagian besar penoreh getah kini terpaksa ikat perut kerana pendapatan bulanan mereka terjejas.

Suhaizan berkata, biasanya pendapatan bagi mereka yang mengambil upah menoreh dua relung getah adalah sekitar RM300 hingga RM400 sebulan dan ia masih di bawah paras kemiskinan.

"Itu ketika harga getah tinggi, dan mereka menoreh 6 hari seminggu, jika tidak hujan. Kalau musim hujan atau kemarau, pendapatan mereka kurang daripada itu.

"Pada 1974 harga sekati getah adalah 25 sen, sama dengan harga sekati gula pada waktu itu yang juga 25 sen. Sekarang harga gula RM2.85 sekilogram manakala harga getah sekerap RM2.40.

"Beza harga dengan barangan keperluan itu tinggi, " katanya.

Ketua Pemuda PAS Kedah, Nasir Zakaria, berkata kerajaan perlu segera bertindak segera menangani kemelut harga getah ini.

"Pemuda Kedah mengingatkan bahawa mungkin Demonstrasi Baling 1974 yang berlaku 40 tahun dahulu akan berulang jika kerajaan tidak bertindak segera," katanya
.


GETAH JE TURUN.....

PUSAT TAHFIZ AMAL DIARAH TUTUP



BERITA  YANG GAH DI MEDIA SOSIAL BACA SINI

Budak-budak Pusat Amal Tahfiz ada dimana-mana terutama depan Bank dan stesyen minyak di sekitar daerah di Kedah....

Tengah lepak2 dikedai makan tadi, datang budak kutip derma dari Pusat Tahfiz Amal nie.
Aku ringkaskan cerita, budak2 nie aku suspect kena mandrem.

Aku tanya sepatah jawab sepatah. Aku cuba pujuk dia. Dia lansung tak melawan. Macam orang hisap dadah pun ada aku tengok.

Tiba2 blah macam tu jer. Dia pergi ke meja lain. Aku follow dia, ayat yang sama dia keluarkan.Patutnya kalau aku ikut dia, dia akan rasa tak selesa.

Nie dia lalok semacam jer. Dari meja ke meja aku ikut. Orang pun pelik tengok aku dan dia.

Pastu dia belah masuk lorong gelap. Kalau ikut gila aku, aku tunggu sampai jumpa driver dia dan aku follow. Tapi memandangkan aku ada urusan, aku batalkan niat tersebut.Kesian budak2 nie dipergunakan oleh orang2 tertentu.


Pusat Tahfiz Amal diarah tutup

- Foto Oleh Sinar Harian

ALOR SETAR - Pusat Tahfiz Amal di Km 17, Jalan Kuala Kedah-Yan telah diarah menghentikan operasi melalui notis arahan tutup oleh Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) pada 10 Februari lalu.

Timbalan Pendaftar Sekolah-Sekolah Agama Jaik, Mohd Fadil Ab Rahman berkata pihaknya akan melakukan pemantauan susulan bagi memastikan pengurusan sekolah mematuhi arahan notis tutup itu.

"Mengenai notis tutup ini juga kita sudah laporkan kepada pihak polis dan kita nanti apa tindakan yang boleh kita ambil jika mereka enggan mematuhi notis berkenaan," katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata notis itu telah ditandatangani Pengarah Jaik, Datuk Noh Dahya yang dikeluarkan mengikut Seksyen 12(1) Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Negeri Kedah Tahun 1988.

"Notis berkuat kuasa serta-merta itu dikeluarkan Jaik sebagai susulan kepada notis bertarikh 1 Januari 2007, selepas Jaik mendapati pusat berkenaan masih menjalankan operasi sebagai sekolah Islam tanpa pendaftaran," katanya.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum ini mengesahkan pusat tahfiz tersebut bernaung di bawah ajaran Azhar Wahab atau ajaran Al-Mansur yang difatwakan sesat.

Difahamkan Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan ke-57 yang bersidang pada 10 Jun 2003 membincangkan mengenai ajaran Azhar Wahab dan memutuskan ia bertentangan dengan pegangan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menyeleweng daripada Islam.

Isu mengenai pusat itu yang memperalatkan pelajar mengutip derma menjadi tumpuan apabila beberapa laman web termasuk Facebook mendedahkan beberapa keping gambar individu yang didakwa sebagai pengetuanya sedang berhibur dan hidup mewah hasil kutipan derma yang dilakukan para pelajar. - Bernama

SAH KRONI TUN MAHATHIR ANTARA 10 TERKAYA DI MALAYSIA


Dalam satu kenyataan media hari ini, majalah tersebut menyenaraikan kedua proksi Tun Dr Mahathir Mohamad tersebut masih kekal dalam senarai 'Top 40 Richest Malaysian 2014'.

Ini tujuan tun aktif berpolitik hanya untuk memastikan politik dikuasi oleh BN dan terus menapoli projek-projek besar kerajaan bagi meneruskan KESINAMBUNGAN KRONI DAN MEMBOLOT KEKAYAAN DARI KANTUNG NEGARA........

BACA LAPURAN DARI TMI DIBAWAH.......

Syed Mokhtar, anak Mahathir tersenarai antara 10 terkaya di Malaysia

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary (gambar) dan anak bekas perdana menteri, Datuk Mokhzani Mahathir tersenarai 10 individu terkaya di Malaysia menurut majalah perniagaan, Malaysian Business.

Dalam satu kenyataan media hari ini, majalah tersebut menyenaraikan kedua proksi Tun Dr Mahathir Mohamad tersebut masih kekal dalam senarai 'Top 40 Richest Malaysian 2014'.

Syed Mokhtar berada di tangga keenam, jatuh satu anak tangga dengan jumlah kekayaan mencecah RM11.07 bilion.


"Syed Mokhtar jatuh ke tangga keenam walaupun kekayaannya naik 4.43% berbanding RM10.6 billion tahun lepas," kata Malaysian Business dalam kenyataan media.

Syed Mokhtar merupakan jutawan yang memiliki beberapa pelabuhan melalui MMC Corp Bhd, termasuk Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Johor.

Beliau juga mempunyai kepentingan dan aset dalam syarikat kejuruteraan MMC Corporation dan Malakoff Berhad, iaitu IPP, syarikat pembekalan elektrik dan Gas Malaysia.

Selain itu, Syed Mokhtar juga menguasai komoditi gula dan beras.

Mokhzani pula berada di tangga kesembilan dengan jumlah kekayaan RM4.22 billion, naik empat anak tangga berbanding tahun lepas.

"Datuk Mokhzani Mahathir menerusi syarikatnya, SapuraKencana Petroleum berada pada kedudukan kesembilan dengan aset bernilai RM4.22 billion.

"Beliau berada pada tangga ke-13 tahun lepas, dengan jumlah kekayaan RM2.63 billion," kata majalah tersebut.

Mokhzani merupakan anak bekas perdana menteri paling lama negara serta terlibat secara aktif dalam politik bersama parti pemerintah Umno.

Dalam kenyataan itu lagi, keseluruhan hasil kekayaan 40 individu tersebut meningkat lebih 10% tahun ini, disumbangkan oleh pasaran saham yang baik.

"Jumlah terkumpul keseluruhan bernilai RM217.82 billion setakat 18 Januari 2013, meningkat sebanyak 11.73% berbanding RM194.86 billion setahun lalu," kata majalah tersebut lagi dalam edisi bertarikh 16 Februari 2014.

Majalah tersebut menyifatkan peningkatan kekayaan tersebut disumbangkan oleh pasaran saham dan kadar inflasi yang meningkat pada tahun lalu, susulan beberapa pemotongan subsidi oleh kerajaan pusat.

"Keseluruhan peningkatan kekayaan ini disumbang oleh pasaran saham dan kenaikan inflasi, memandangkan kekayaan mereka berasaskan pegangan saham.

"Ia juga bersangkutan dengan prestasi syarikat dan perkembangan ekonomi Malaysia yang positif sejak 12 tahun lalu," katanya lagi.

Robert Kuok, hartawan Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong serta memiliki rangkaian hotel lima bintang di rantau ini, mengekalkan kedudukannya sebagai individu terkaya di Malaysia dengan aset bernilai RM54.48 billion, naik daripada RM46.1 billion pada tahun lepas.

Beliau disusuli taikun, T Ananda Krishnan, yang memiliki kekayaan bernilai RM33.19 billion menerusi aset yang dipegangnya dalam Usaha Tegas Sdn Bhd.

Senarai itu juga mencatat dua individu terkaya yang kembali berada dalam senarai 40 orang tersebut.

"Dua individu kembali ke dalam senarai tahun ini. Datuk Tony Tiah daripada TA Enterprise berada di tangga ke-38 dengan aset bernilai RM589.14 juta, manakala Tan Sri Rozali Ismail daripada Puncak Niaga berada di tangga 40 terkaya dengan RM543.74 juta," kata majalah itu lagi.

Senarai penuh 40 taikun dan perincian kekayaan masing-masing disiarkan dalam majalah itu.

Seperti tahun-tahun lepas, kekayaan 40 individu dalam senarai itu dinilai berdasarkan pegangan kepentingan masing-masing dalam syarikat tersenarai.

19 Februari 2014

PANAS! NAJIB SEORANG YANG BAHAYA, DIDESAK LETAK JAWATAN KATA DR. JEFFRY

"Najib bukan pemimpin. Sebenarnya dia seorang yang sangat bahaya kerana dia hanya menjaga kepentingan dirinya sahaja.

"Pemimpin adalah orang yang menyelesaikan masalah, bukan mencipta masalah," kata Dr Jeffrey.

Lagi desakan Najib letak jawatan, Ku Li dicadangkan jadi PM


Pengerusi Star Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan (gambar) mendesak Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan sebelum membuat lebih banyak kerosakan, dan mencadangkan agar ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dilantik menggantikan beliau.

"Jika Najib enggan berbuat demikian, Majlis Tertinggi Umno patut bermesyuarat dan memecat beliau sebagai presiden parti dan mencadangkan alternatifnya.

"Dalam keadaan ini, Star Sabah fikirkan tidak ada calon yang lebih baik melainkan Tengku Razaleigh menjadi Perdana Menteri," kata Jeffrey.


Bagi beliau, ahli parlimen Gua Musang itu sepatutnya sudah menjadi perdana menteri pada tahun 1987 jika Mahkamah Tinggi mengambil kira 30 cawangan haram yang menyokong Dr Mahathir, memberikan jawatan itu kepada Tengku Razaleigh.

Jeffrey mengulas desakan bekas timbalan menteri yang meletakkan jawatan, P Waytha Moorthy yang meminta Najib meletakkan jawatan selepas gagal menunaikan janjinya untuk membela masyarakat India.

Pemimpin Hindraf itu mendesak agar Najib mengakui kelemahannya.

Beliau juga berkata, seluruh menteri kabinet sepatutnya malu dengan sikap Najib itu.

Dalam kenyataannya hari ini, Waytha bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, Najib sepatutnya mengakui kelemahannya secara terbuka kepada masyarakat India.

"Najib bukan pemimpin. Sebenarnya dia seorang yang sangat bahaya kerana dia hanya menjaga kepentingan dirinya sahaja.

"Pemimpin adalah orang yang menyelesaikan masalah, bukan mencipta masalah," kata Dr Jeffrey.

Hot! Jepun pun malu bila kerajaannya menindas

TMI

Maka ramailah orang memperleceh Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerana dia percaya imigresen Jepun dipengaruhi oleh anasir pro-BN atau pro-Najib sehingga menyekatnya masuk ke negara itu.

Dia terpaksa balik bodoh sahaja ke tanah air.
Mungkin justeru kes fitnah yang dikenakan kepadanya menyebabkan kerajaan Jepun melarangnya masuk.

Dia ke Jepun untuk bercakap tentang Islam dan demokrasi yang dikendalikan oleh NGO Jepun sendiri.

Sejak dia keluar daripada sekolah Sungai Buloh, sudah beberapa kali dia masuk ke Jepun, tiada apa-apa sekatan.

Sebelum pecah isu Kajang ini pula, dia dilarang masuk, dan kerajaan Jepun gagal memberi alasan.

Apabila dia mengesyaki anasir tertentu dari negara ini mempengaruhi Jepun, ramailah jurubodek Umno dan kerajaan Najib mempelupuh Anwar sebagai orang yang gelojoh mempolitikkan apa saja demi kepentingannya dan politiknya.

Bagi mereka, Anwar adalah orang yang paling tidak berguna, dan logiknya geng anti-Anwar itulah wargenegara kita yang paling berguna, paling benar dan tiada cacat.

Tentulah Jepun ada alasan kukuh untuk melarang Anwar masuk.

Anwar sekadar menyatakan bahawa Jepun tidak pernah antinya dan merasa ajaib apabila tiba-tiba dilarang masuk.

Tentulah pihak tertentu di Jepun terkeliru.

Tiba-tiba datang orang dari Jepun yang berkaitan dengan jemputan ke atas Anwar itu meminta maaf kepada Anwar atas tindakan imigresen Jepun yang dikiranya memalukan Jepun dan rakyat Jepun.

Tindakan kerajaan Jepun itu dibantah oleh orang Jepun.

Lalu mereka menganjurkan satu majlis lain, meminta Anwar jangan serik untuk ke Jepun lagi.

Mereka meminta Anwar memberi jaminan akan hadir juga pada tarikh yang mereka tetapkan itu, dan Anwar pun bersetuju untuk ke Jepun semula.

Apa terjadi kepada tempelak konco anti-Anwar tadi?

Dalam kes di imigresen Jepun ini, Anwar dimalukan dan menjadi mangsa penindasan.

Penindas jelasnya ialah imigresen Jepun.

Masyarakat Jepun malu menjadi pihak yang menindas dan bangun membela sesiapa saja yang dirasakan ditindas dan tidak diberi layanan yang adil.

Dalam kes Anwar ini, rakyat Jepun mengeluarkan belanja datang ke Kuala Lumpur, meminta maaf kepada Anwar.

Habis duit mereka untuk menebus malu itu. Tiada apa ertinya duit dibandingkan rasa malu dan jati diri.

Apakah bagi orang Malaysia, kejadian ke atas rakyatnya bukan satu penindasan dan tidakkah ia sengaja memberi malu kepada rakyat kita?

Jika Malaysia sebuah negara bermaruah dan rakyatnya merdeka dan bermaruah, maka ia tidak akan benarkan sesiapa dengan sesenang itu memalukan rakyatnya.

Jangankan ketua pembangkang di Parlimen dimalukan, hatta seorang Orang Asli yang tidak pernah bersekolah dan tidak tahu memakai kasut pun jika dimalukan, maka bangsa yang bermaruah mesti mengutuk penindasan dan tidak menafikan keadilan.

Itulah bezanya Jepun dengan orang kita yang separuh masak maruahnya. Jepun benci kepada penindasan, sekalipun terhadap orang asing.

Tetapi ada orang di Malaysia bukan sahaja tidak peka kepada keadilan dan penindasan, suka pula Anwar ditindas.

Adalah benar Anwar banyak menyusahkan Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia.

Dia penentang ulung Umno dan BN, tetapi bukankah dia rakyat kita dan ketua pembangkang yang diiktiraf oleh Parlimen?

Ketua pembangkang adalah Perdana Menteri menunggu. Maka suka pula rakyatnya ditindas.

Mungkin kerajaan tidak terasa untuk membelanya, kerana itu adalah masalahnya.

Tetapi janganlah jadi bangsa yang setuju kepada penindasan, sekalipun terhadap orang yang kita benci.

Apa yang terjadi adalah, rakyat Jepun mengajar kerajaannya dan jangan kata ia tidak mengajar maruah rakyat Malaysia yang separuh masak!

PRK KAJANG : CALON BEBAS HERMAN TINO TIDAK DIRESTUI ISTERI

Isteri Rayu Herman Tino Tidak Malukan Diri Tanding DUN Kajang

Herman Tino
Isteri kepada penyanyi Herman Tino iaitu Noraini Ibnu berharap agar suaminya tidak meneruskan hasrat untuk bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac depan.

Noraini yang juga Ketua Unit Penerbitan Radio, RTM berkata, dia tidak bersetuju dengan hasrat Herman memandangkan suaminya itu tidak mempunyai wang untuk bertanding sebaliknya akan dihina dan diketawakan oleh masyarakat.

"Saya terima Herman sebagai suami kerana dia seorang penyanyi, bukannya ahli politik. Dia bukannya ada wang yang banyak untuk 'melayan' perkara-perkara politik macam itu.

"Saya tidak suka dia 'membakar diri' dan menerangi yang lain, sedangkan tuanya nanti tidak ada siapa yang peduli.

"Sebagai isteri, saya tidak senang apabila tindak tanduknya diketawakan dan dihina pula," katanya menerusi kiriman mesej melalui aplikasi 'WhatsApp' kepada mStar Online di sini pada Selasa.

Noraini Ibnu (kanan) bersama Herman Tino. Gambar dari Facebook milik Noraini.

Herman Tino atau nama sebenarnya Masrun Tamsi, 60, menyatakan minat untuk bertanding pada pilihan raya kecil DUN Kajang selepas memperkenalkan hashtag#Herman4Kajang di Twitter miliknya untuk melihat reaksi orang ramai mengenai hasratnya itu.

Penyanyi yang popular dengan lagu Yale Yale dan Pelita Dalam Kabus itu adalah antara lima calon yang setakat ini telah menyatakan minat untuk bertanding di kerusi DUN berkenaan.

Herman sebelum ini pernah mencuba nasibnya bertanding atas tiket Bebas menerusi kerusi Parlimen Tanjong Karang pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) dan tewas di tangan calon Barisan Nasional iaitu Datuk Seri Noh Omar.

Penyanyi itu memperoleh deposit RM10,000 untuk bertanding kerusi tersebut selepas dua rakannya menggadai dua buah kereta.

Sementara itu, Noraini menambah, dia lebih senang jika Herman kekal dengan kerjayanya sebagai seorang penyanyi dan tidak kisah sekiranya pendapatan yang diperoleh sekadar cukup makan sahaja.

"Saya tidak suka tertekan dengan situasi sebegini dan berharap tidak perlu untuk berselisih faham dengan perkara yang saya tidak suka.

"Tolonglah Encik Herman, jangan susahkan orang Kajang dan kawan-kawan," tuturnya.

18 Februari 2014

SKANDAL PENYELEWENGAN TERBESAR AKAN DIDEDAHKAN



Dr Syed Azman

KUALA LUMPUR – Pas Terengganu bakal mendedahkan empat penyelewengan terbesar di Terengganu dalam pertemuan bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Jumaat ini.

Adun Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad berkata, pihaknya telah menerima surat balasan yang menyatakan persetujuan daripada SPRM yang bertarikh 10 Februari lalu.

“Saya telah menerima surat daripada SPRM yang bersetuju dengan cadangan untuk mengadakan temu janji dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

“...untuk bincang soal rasuah di Terengganu, Jumaat ini pada jam 3 petang,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Pas, hari ini.

Menurut beliau, empat isu penyelewengan di Terengganu yang bakal disentuh adalah pembalakan, perlombongan, Tasik Kenyir dan pembinaan Pasar Payang.

“Terengganu negeri yang cukup kaya tapi banyak penyelewengan. Kita dapat lihat kemiskinan dialami rakyat.

“Bajet Terengganu tertinggi di Semenanjung iaitu RM 2.3 bilion tapi rakyat hidup daif,” katanya.

Syed Azman yang juga AJK Pas Pusat bakal ke Ibu Pejabat SPRM bersama beberapa ahli politik Terengganu yang lain.

KISAH PEMBODEK SULTAN DENGAN PENARI GELEK LUBNAN!!!

Gambar sekadar khiasan

Semua sultan ada cerita negatifnya!!


Ada seorang Pembodek Sultan telah menulis di Facebook Kesultanan Johor, bahawa "MUSUH NO 1 SULTAN JOHOR ADALAH LAWYER KAMAL". Saya hendak memberi komen semula namun mereka sudah blocked saya di Facebook mereka (takut agaknya) . Jadi saya hendak menjawap isu itu di sini.

"MEMANG BETUL SAYA ADALAH N0 1, TETAPI SAYA ADALAH ORANG YANG NO 1 YANG SENTIASA MENDOAKAN SULTAN JOHOR BERUBAH MENJADI SULTAN YANG MENGIKUT PERINTAH DAN TAAT KEPADA ALLAH DAN MEMPERTAHANKAN DAN MENYAYANGI RAKYAT TERUTAMA ORANG MELAYU"

Mungkin Pembodek Sultan itu tidak mengetahui bahawa hampir 17 tahun saya bersama mereka selepas dari Pindaan Perlembagaan tahun 1994. Saya mengenali luar dan dalam perjalanan keluarga ini dan apa yang telah dan pernah dilakukan mereka. (Bahasa Mudahnya Banyaklah perkara-perkara Rahsia di dalam simpanan dan Pengetahuan saya)

Berbagai usaha dalaman saya telah dibuat untuk membawa Sultan agar menjadi seorang manusia yang taat kepada ALLAH. Sebagai menerangkan kepada Pembodek Sultan, sayalah yang mula-mula berjaya meminta Sultan dan anaknya mula membayar zakat yang tidak pernah dibuat sebelum itu (Pembodek Sultan boleh semak dengan MAIJ, sekarang masih bayar lagi atau tidak saya tidak tahu dan tidak mahu tahu).

Saya juga telah mengadakan Program Kembara Mahkota Johor dari tahun 2001-2010 bagi mengubah sifat dan perangai Keluarga diraja Johor supaya lebih menyayangi rakyat. Kalau sebelum itu, imej mereka sebagai kaki perempuan , pemabuk , kaki pukul dan lain-lain lagi, itulah yang dikenali rakyat. Saya hanya mahu Rakyat Johor mendapat Hak sebagai Rakyat dan dilayan secara Adil dan Saksama tanpa mengira kaum. Untuk pengetahuan Pembodek Sultan kali terakhir Sultan ke Tanah Suci pada tahun 1981 dan berbagai usaha memujuk agar dia dekat dengan Allah tetapi gagal.

Alhamdulillah, pada tahun 2010 selepas berjaya memujuknya membayar zakat , saya berjaya membawanya ke Mekah. Saya sangat gembira pada awalnya.

Namun sewaktu duduk di Hotel sambil minum petang mengadap Kaabah, seorang Pembodek telah memberi idea agar...." Tuanku Dari Mekah kita pergi Lubnan, kita tengok Perempuan Gelek" Itulah kata-kata Pembodek .

Saya terus menegur " Hey Dato", kalau hendak bawa Tuanku enjoy pun janganlah disebut di hadapan Kaabah, biar Tuanku balik Johor dahulu bertemu Rakyat dan bawa barakh dari Tanah Suci, kita ke sini hendak mohon keampunan Allah dan dekatkan hati dengan NYA"

Saya kecewa kerana Tuanku memilih untuk terus ke Lubnan bagi melihat Perempuan Gelek dari Mekah ....dan Tuanku terus mamanggil Raja Zarith Sofiah sambil berkata ..." Alin, nanti balik Alin naik Comersial Flight kerana Yem nak ke Lubnan dulu ada Meeting" Isteri yang taat hanya akur dan terus masuk ke bilik. Saya masih cuba menggagalkan niat nya dengan berkata " Kalau Tuanku balik terus dari Mekah ke Johor dapatlah Rakyat Tuanku menunggu Tuanku dan mencium tangan Tuanku sambil mendapat barakh Tanah Suci, TETAPI jika Tuanku Pergi ke Lubnan Tuanku hanya akan bawa "barakh" Perempuan Gelek untuk dicium tangan oleh Rakyat"...

Saya hanya manusia biasa dah penat mencuba menjadikan Pemerintahan Beraja Mengikut Landasan Islam seberapa daya dan saya sangat kecewa tetapi tidak pernah putus asa untuk berdoa kehadrat Allah, agar memberi Hidayah dan Petunjuk kepada Sultan Johor. Saya semakin lebih kecewa apabila sebaik sahaja mendapat kuasa "Sultan" ianya menjadi lebih teruk dan sangat menakutkan.

Bacalah Blog saya (dari Msia tukar bahagian belakang dari .com kepada .jp)http://www.peguamkamalmenulis.blogspot.jp/2012/10/dari-baik-jadi-musuh-part-1.html

PANAS! SATU LAGI PILIHANRAYA KECIL AKAN BERLAKU, DIMANA?

Karier ahli politik pembangkang veteran, Karpal Singh bergantung kepada pertuduhan jenayah minggu ini. Apakah Karpal Singah akan bernasib baik untuk kali keempat?



Karpal didakwa kerana mengeluarkan kenyataan menghasut terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. 

Karier ahli politik pembangkang veteran, Karpal Singh bergantung kepada pertuduhan jenayah minggu ini, selepas memenangi tiga pertuduhan sebelum ini dalam masa 40 tahun berkecimpung dalam politik.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan memutuskan pada Jumaat sama ada ahli Parlimen Gelugor itu bersalah kerana menghasut, kesalahan yang boleh menyebabkan denda RM5,000, atau dipenjarakan selama tiga tahun jika didapati bersalah, dalam satu kes melibatkan Sultan Perak.

Mengikut Perlembagaan Persekutuan, seseorang wakil rakyat akan terbatal tugasnya jika didenda melebihi RM2,000 atau dipenjarakan melebihi satu tahun.

“Saya sedar jika didapati bersalah, karier politik saya akan berakhir, tetapi saya sudah lakukan apa yang diharapkan daripada saya.

“Saya tidak pernah menyesal,” peguam veteran berumur 73 tahun itu memberitahu The Malaysian Insider.

Katanya, tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana hukuman “tidak menyebabkan beliau dihukum bunuh.”

Karpal didakwa kerana mengeluarkan kenyataan menghasut terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di firma guamannya di Jalan Pudu Lama, Kuala Lumpur pada 6 Februari, 2009.

Beliau dituduh kerana mengatakan penyingkiran Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak oleh Sultan boleh dipersoalkan di mahkamah.

Hujah pembelaan Karpal adalah beliau hanya memberikan pandangan undang-undang dan tidak memberikan ancaman kepada Sultan yang pernah menjadi Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan.

“Jelas pertuduhan ini serius, akan tetapi kami akan mengemukakan hujah pembelaan terbaik untuk memastikan kes ini diketepikan,” kata peguam itu yang dibantu empat orang anaknya.

Semasa memberikan hujah pembelaan bulan lalu, Gobind mengatakan Karpal tidak mempersoalkan hak Sultan untuk melantik menteri besar, tetapi mengatakan Sultan hanya boleh berbuat demikian jika terdapat kekosongan jawatan tersebut.

“Undang-undang membenarkan Sultan disaman, dan atas sebab itu, Mahkamah Khas ditubuhkan pada 1993,” kata Gobind.

Kumpulan pembelaan Karpal juga mengatakan dakwaan tersebut dilakukan dengan niat tidak baik kerana terdapat pihak lain yang membuat kenyataan berunsur hasutan, tetapi tiada tindakan diambil.

Timbalan Pendakwaraya, Noorin Badaruddin mengatakan Karpal sudahpun mengungkapkan perkataan menghasut dan tidak relevan bagi pihak pendakwa untuk membuktikan niatnya.

“Beliau mempersoalkan hak prerogatif Sultan mengikut Perlembagaan,” katanya, dan menambah kenyataan tersebut dikeluarkan semasa ketegangan krisis politik.

Katanya, ucapan Karpal mempunyai kecenderungan untuk menimbulkan kebencian terhadap Sultan.

Karpal pertama kali dibebaskan tanpa dipanggil membela diri pada Jun 2010.

Pada Januari 2012, Mahkamah Rayuan mengarahkan Karpal untuk membuat pembelaan selepas rayuan pihak pendakwaan dibenarkan.

Kumpulan peguam pengerusi DAP itu dijangka akan cuba meringankan hukuman.

Hakim Azman Abdullah boleh mengenakan denda kurang daripada RM2,000 jika Karpal yang berkerusi roda didapati bersalah, agar beliau dapat terus kekal sebagai ahli politik.

Ini pernah berlaku kepada bekas ketua menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang didenda RM,1800 selepas didapati bersalah dalam kes rasuah.

Karpal mempunyai dua lagi pusingan untuk merayu di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, jika didapati bersalah sehingga menyebabkannya hilang kerusi Parlimen.

Namun, ramai penyokongnya mengharapkan Karpal, yang digelar Harimau Jelutong, akan bernasib baik untuk kali keempat.

Karpal pernah didakwa sebanyak tiga kali pada masa lalu, tetapi tidak pernah menyebabkan beliau hilang kerusi.

Beliau tiada di Parlimen hanya pada 1999, apabila kalah pilihan raya dan apabila digantung daripada menghadiri sidang.


Kalau dirujuk daripada kes Altantuya dan liwat  bagaimana keputusannya....tentu kemungkinan Karpal akan bersalah adalah amat besar..... 

17 Februari 2014

PORT DADAH DISERBU, PORT DADAH BELAMBAK DI KEDAH?

APA NAK JADI DENGAN RAKYAT KEDAH, ANDA PERGI KEMANA-MANA DAERAH BELAMBAK PORT KETUM  DAN DADAH.....

BELAMBAK YANG MENJADI TOKAN DADAH, MUNGKIN MUDAH CARA MENDAPATKAN SUMBER YANG LUMAYAN..... 

Minta sedekah beli dadah


Sebahagian anggota polis mengawal penagih yang ditahan, manakala sebahagian lagi menyerbu penangih yang melarikan diri.

KUALA KEDAH - Seorang lelaki berusia 47 tahun didakwa memperdayakan orang ramai apabila menggunakan wang hasil meminta sedekahnya sebagai modal membeli dadah setiap hari.

Difahamkan, lelaki berkenaan meminta sedekah dari rumah ke rumah di sekitar kawasan Kuala Kedah, sambil membawa bersama dokumen tertentu sebagai bahan meraih wang untuk menampung keperluannya menagih dadah.

Namun, nasibnya tidak selalunya cerah apabila ditahan dalam satu operasi di bawah Jambatan Tok Pasai dekat sini, ketika dalam perjalanan menuju ke lokasi jual beli terbabit.

Serbuan yang dilakukan Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar diketuai Inspektor Muhamad Amin Mat Yassin, bersama seorang pegawai dan 14 anggota Ibu Pejabat Polis (IPK) Kedah dan Balai Polis Kuala Kedah menahan 42 penagih dadah.

Ketika operasi dijalankan, beberapa penagih cuba melarikan diri bagaimanapun tindakan pantas anggota polis menggagalkan usaha tersebut.

Datuk lapan cucu hisap dadah selama 42 tahun

Malah, datuk lapan cucu berusia 62 tahun dikenali dengan panggilan Pak Long nyata terpaksa berputih mata apabila niatnya membeli dadah tidak kesampaian apabila turut ditahan pihak polis dalam serbuan itu.

Dia yang mendakwa pernah bekerja sebagai penasihat undang-undang di Johor Bahru selama dua tahun pernah cuba berhenti menagih, namun usahanya tidak berhasil kerana gagal mengawal ketagihan.

“Pak Long sudah mengambil dadah selama 42 tahun ketika berusia seawal 20 tahun lagi. Semua bekalan diperoleh daripada tokan di kawasan terbabit.

“Kira-kira jam 8 pagi, Pak Long datang ke kawasan ini untuk mendapatkan bekalan diperlukan,” katanya.

Meskipun sedar dirinya melakukan kesalahan, malah pernah dimasukkan ke pusat pemulihan, namun Pak Long mendakwa dirinya tidak ada kekuatan untuk mengawal keinginan kuat di hatinya itu.

“Pak Long tak bekerja, malah hanya tinggal seorang sendiri. Isteri sudah tak ada, anak pula sememangnya tahu Pak Long menghisap dadah,” katanya.

Port dadah diserbu

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisoner Adzaman Mohd Jan berkata, operasi dilakukan bermula kira-kira jam 6 pagi dan berakhir jam 11 tengah hari itu menangkap penagih berusia lingkungan 27 hingga 62 tahun.

Katanya, kebanyakan suspek bekerja sebagai nelayan, malah ada juga bekerja sendiri ditahan ketika sedang melakukan urusan jual beli di kawasan berkenaan.

Menurutnya, kawasan terbabit dipercayai menjadi ‘port’ sejak dua tahun lalu untuk mendapatkan bekalan dadah.

Malah, katanya, penagih dadah kebiasaannya mendail nombor telefon tokan yang jelas terpampang pada dinding bawah jambatan terbabit terlebih dahulu demi mendapatkan bekalan.

“Anggota kami pernah menghubungi nombor terbabit, namun tidak diangkat. Dalam serbuan kali ini, kami menahan turut lelaki berusia 40 tahun yang didapati memiliki dadah jenis heroin yang dianggarkan seberat 0.08 hingga 0.10 gram.

Katanya, hasil saringan air kencing mendapati semunya positif dadah jenis heroin, manakala kes akan disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983 pindaan 1988 kerana disyaki penagih dadah.

HARGA AYAM NAIK LAGI...APA KISAH MAKAN LAUK KANGKUNG PULAK



Menteri kata ikan naik harga makan ayam dan daging
Ayam naik harga makan ikan beku dan sayur terpilih ( yang murah)

APA KISAH KERAJAAN AKAN BANTU DENGAN BR1M........DAN BERBELANJA MURAH DI KEDAI KR1M......


16 Februari 2014

HOT! GAMBAR DAN LAWATAN ANUAR BERKEMPEN DALAM GEREJA MESTI AKAN DIPUTAR BELIT OLEH MEDIA MACAI...

Kebencian dan keganasan kuasai Putrajaya, kata Anwar
Anwar Ibrahim bercakap di Gereja Holy Family Katolik di Kajang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 16 Februari, 2014.


 Kehadiran DSAI di gereja Holy Family Klang pagi tadi bakal di putar belit untuk dijadikan bahan serangan fitnah terhadap diri DSAI......sudah pasti perkara ini dimainkan sepanjang prk Kajang

Putrajaya membenarkan suara kebencian, keganasan dan kemusnahan menenggelamkan mesej cinta keamanan dan keharmonian, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada perhimpunan di gereja hari ini.

Bercakap di Gereja Holy Family di Kajang, Anwar berkata pihak tertentu mengacau konflik agama dan kaum dalam insiden baru-baru ini, sementara penyebab masalah dilepaskan begitu sahaja sementara yang tidak bersalah ditangkap seperti penjenayah.

"Mereka melempar bom ke dalam perkarangan gereja , tidak ada yang ditangkap, mereka menawarkan ganjaran kepada orang ramai untuk menampar orang lain, namun, tiada tindakan diambil oleh pihak polis.‎

"Dan mereka mengancam satu lagi kejadian 13 Mei dan sekali lagi orang-orang ini kebal daripada sebarang tindakan undang-undang," katanya disambut dengan tepukan.

Anwar berkata demikian pada perhimpunan yang dihadiri kira-kira 1,200 orang, bukan sahaja daripada masyarakat Kristian tetapi penganut agama lain termasuk Buddha, Sikh dan Islam.

Sesi bertemu masyarakat dianjurkan Pusat Pembaharuan, Demokrasi dan Inisiatif Masyarakat di bawah kepimpinan Datuk Seri Dr Edmund Santhara, yang juga pemimpin gereja Kajang.

Anwar memetik surah dari Al-Quran, berkata Islam bukan sahaja memerlukan toleransi sebagai standard minimum tetapi lebih daripada itu.

"Ungkapan al-Qur'an 'li ta'arafu' memerlukan standard lebih tinggi yang bermaksud mendekati dan mengenali antara satu sama lain.‎

"Justeru, ia bukan sahaja berkenaan tolak ansur terhadap perbezaan antara satu sama lain tetapi pemahaman dan penghayatan terhadap masyarakat lain," katanya.‎

Anwar juga memuji khutbah oleh pihak berkuasa Islam Jais di Selangor pada Jumaat lepas yang menyeru rakyat mempunyai sikap saling menghormati dan persefahaman dengan masyarakat lain.‎

Bagaimanapun, Anwar tidak setakat memetik ayat daripada Al-Quran malah turut memetik kata-kata daripada Bible dengan membacakan bab 14 daripada Kitab Roman: “You, then, why do you judge your brother or sister? Or why do you treat them with contempt? For we will all stand before God’s judgment seat"‎

"As surely as I live,’ says the Lord, ‘every knee will bow before me ;every tongue will acknowledge God." Anwar membacakannya .

Beliau menambah dengan semua mesej yang disampaikan itu, orang ramai sepatutnya berhenti daripada membuat penghakiman ke atas satu sama lain.

Anwar juga menyebut bahawa beliau melawat Pope Francis pada Oktober tahun lepas, ketika beliau menghadiri dialog antara agama di kalangan orang Islam, Kristian dan ahli-ahli agama lain.

"Pope berkata beliau berdoa untuk keamanan dan untuk kebajikan orang Kristian dan orang Islam di Malaysia dan akan ada keharmonian agama di negara ini," katanya.‎

Menurut beliau, ujian kepimpinan adalah keupayaan untuk mengenepikan kepentingan partisan dan peribadi untuk kebaikan bersama.

Anwar bagaimanapun berkata, di samping menangani masalah sebenar yang dihadapi rakyat, Putrajaya menjalankan kempen media dengan mengatakan harga barangan tidak meningkat.

"Mereka kata ini semua angkara Anwar Ibrahim dan pembangkang, ia sengaja dibesar-besarkan tetapi anda semua pergi ke pasar dan kedai di Kajang dan anda tahu harga telah meningkat," katanya.‎

Beliau juga mengulas penghinaan kerajaan pemerintah yang menasihati rakyat "makan sesuatu jenis sayur-sayuran dan ikan beku", dengan alasan ia adalah alternatif yang lebih murah .

"Maksud saya di sini ialah kita tidak menghina rakyat dengan mengatakan perkara tanpa berfikir; kita berurusan dengan kebajikan rakyat.

"Daripada cuba mengalahkan atau bercakap buruk pihak lain, silalah beri penyelesaian yang mampu meringankan beban rakyat," katanya.

ISU BANTUAN UMNO UNTUK MANGSA BANJIR TENOM, TV3 SAH KANTOI MENIPU

Pautan kekal imej terbenam


Apa nk jadi media Malaysia ni.. TIGA-SUKU betol la...
Nak tipu pun agak-agaklah tahun 2007 punya video pun ko nak sumbatkan kpd penonton... Mcm ni pon boleh ka?.. kah! kah! kah!..

Ada yg kata kesilapan teknikal. Tak kanlah TV3 dah berpuluh tahun pengalaman tak reti2 nak setting TARIKH & MASA. DI MANA tugas EDITOR!!! Makan gaji buta ka!!!


Bila dah terdesak main belasah berita lama....dah 4 hari banjir dan semakin buruk baru nak LAPOR.....

VIDEO TV3  SILA LIHAT SINI


BANJIR BESAR YANG MELANDA DI SABAH INI

Beginilah keadaan banjir yang berlaku di Beaufort. Keadaan ini Juga tidak disiarkan di mana-mana stesen TV . Tidak ada tabung bantuan bencana untuk orang awam menderma sepertimana negeri-negeri lain.

Kejadian banjir ini patut mendapat perhatian daripada pihak-pihak yang berwajib bagi membantu mangsa-mangsa yang terlibat. Mohon dapat disebarkan info ini..




LAPORAN 16 FEB 2014:  Mangsa banjir Sabah berkurangan

KOTA KINABALU: Mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan banjir di daerah Beaufort dan Tenom berkurangan kepada kira-kira 3,000 orang setakat 12 tengah hari ini.

Menurut jurucakap bilik gerakan di kedua-dua daerah, masih terdapat 2,278 mangsa daripada 685 keluarga di enam pusat pemindahan di Beaufort, manakala di Tenom pula 706 mangsa membabitkan 129 keluarga di lima pusat pemindahan.

Sebanyak 17 pusat pemindahan di Tenom telah ditutup sejak tengah malam tadi, kata jurucakap bilik gerakan banjir daerah Tenom ketika dihubungi.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam Daerah Beaufort Mohd Sahid Othman pula memberitahu paras air Sungai Padas masih melebihi paras bahaya pada 9.17 meter.
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman serta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dijangka melawat mangsa banjir di Beaufort hari ini.

HOT ! KAJANG MOVE KALAU GAGAL PUN TAK PA - YANG PENTING JANGAN MASUK PERANGKAP UMNO


Strategi 'Kajang Move' dah terlanggar tembok ke ni?


Jika benar apa yang dilaporkan oleh portal Pro UMNO yang berdasarkan banyak sumber ini.. nampaknya strategi 'Kajang Move' dah terlanggar tembok..

Tembok yang dimaksudkan ialah halangan yang akan menafikan Ketua Umum PKR, DS Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor jika beliau menang dalam PRK DUN Kajang ini..


Cita-cita Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Menteri Besar Selangor menerusi pelan hebatnya mungkin tidak akan kesampaian.

Ia berikutan penyandang jawatan itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim enggan meletak jawatan. Berdasarkan sumber peringkat tertinggi, Abdul Khalid dijadualkan perlu menandatangani surat perletakan jawatan yang disediakan oleh kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Bagaimanapun difahamkan Abdul Khalid enggan berbuat demikian. Surat perletakawan jawatan sulit itu merupakan sebahagian daripada pelan becita-cita tinggi untuk memberi laluan kepada Anwar memimpin Selangor.
Surat itu dipercayai bertarikh 23 Mac iaitu tarikh hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
Surat bertarikh tersebut dibuat dengan jangkaan Anwar akan memenangi PRK Kajang dan menyertai DUN Selangor.
Sumber kerajaan negeri turut memaklumkan The Star bahawa Abdul Khalid menasihatkan Istana Selangor bahawa beliau tidak akan meletak jawatan.
"Beliau rasa seperti dipermain-mainkan oleh Anwar," katanya sumber berkenaan. Abdul Khalid juga dikatakan sudah menerangkan kepada Sultan Selangor mengenai situasi politik di Selangor dalam pertemuan mingguannya pada Rabu lalu.
Difahamkan Sultan Selangor yang mahir mengenai Perlembagaan Negeri, dijangka tidak mengganggu hal politik namun akan mematuhi sepenuhnya semua undang-undang negeri.
Sejak Abdul Khalid menghadap sultan, beliau diperhatikan kini sentiasa berada dalam keadaan 'angin baik' dan selalu tersenyum.
Pemerhati berkata keadaan rambutnya sering dilihat sebagai 'pengukur angin' - kini dilihat sentiada kemas dan rapi serta kelihatan ceria.
Walau bagaimanapun, Abdul Khalid perlu menghadapi 'pertempuran sengit' dalam usaha mengekalkan kedudukannya.
Difahamkan DAP menggesa supaya diadakan mesyuarat khas Pakatan Rakyat pada minggu depan.
Seorang pemimpin senior DAP dikatakan memaklumkan kepada PKR bahawa jika parti itu gagal menguruskan Abdul Khalid, parti itu akan mula memberikan tekanan kepadanya. Abdul Khalid dilaporkan kehilangan sokongan DAP Selangor berikutan isu rampas Bible.
Bagaimanapun tidak semua Adun DAP akan memberi tekanan terhadap Abdul Khalid kerana sekumpulan Adun parti itu yang diketuai oleh pemimpin kuat mereka akan terus memberi sokongan kepadanya.

Itu sebahagian dari apa yang dilaporkan oleh Rakyat News di SINI

Tapi jangan takut... walaupun kelihatan strategi 'Kajang Move' itu kelihatan akan melanggar tembok, namun masih ada jalan penyelesaiannya..

Pilihan pertama akan menyebabkan 'political damage' serta 'image damage' buat yang menjadi tembok..

Pilihan kedua bagi memecahkan tembok itu akan memberikan 'political damage' buat yang melanggar dan dilanggar.

Kedua-dua pilihan yang ada itu, aku harap para pemimpin PKR Selangor sedia maklum, kalau tak tahu juga sila tanya..

Jadi buat yang telah merangka strategi 'Kajang Move' ini.. sila fikirkan betul-betul sebelum melaksanakan langkah seterusnya itu walaupun kita masih ada masa tiga tahun untuk memadam 'political damage' itu..

The Malay Mail juga telah melaporkan perkara yang sama..

BR1M BOLEH BANGKRAPKAN MALAYSIA

Pemberian tunai Najib boleh bangkrapkan Malaysia, kata pakar kepada Dr Mahathir


Inisiatif Najib memberi bantuan wang tunai hanya akan memburukkan ekonomi negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak harus menghentikan pemberian tunai kepada golongan berpendapatan rendah kerana ia akan membangkrapkan Perbendaharaan, selain tidak mengurangkan jurang pendapatan antara orang Melayu dan Cina, kata wartawan veteran.

Bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times, Datuk A Kadir Jasin mengatakan, ini adalah diantara rungutan dibuat kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menasihatkan pengadu supaya “menjerit” mengenai isu dan permasalahan jika mereka berasa Najib dan kerajaan perlu memberikan perhatian.

“Hentikan menjadi Santa Klaus. Duit bukan segala-galanya dan pemberian tunai akan bangkrapkan Perbendaharaan. Cari jalan yang lebih mampan untuk membantu golongan miskin dan merapatkan jurang pendapatan di antara yang miskin dan kaya di kalangan kaum berbeza,” tulis Kadir dalam blognya, The Scribe semalam.
“Sama ada ia kebetulan atau lahir daripada polisinya, program dan proklamasi, jurang pendapatan nominal antara orang Melayu dan Cina semakin melebar sejak 2009 (tahun Mohd Najib menjadi PM), memadamkan keuntungan yang dibuat dalam dekad yang lalu,” tambahnya.

Menurut Kadir, Najib harus menghentikan penggunaan dana awam untuk pemberian tunai dan kenaikan gaji yang tidak membantu produktiviti dan kemampanan.

“Penduduk luar bandar – penyokong kuat Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum 2013 – lebih teruk sekarang berbanding pada 1957 jika dibandingkan dengan penduduk bandar,” katanya dalam tulisan terbaru diblognya.

Kadir mengatakan, Umno harus ingat, kebanyakan daripada 88 kerusi Parlimen dimenangi di Semenanjung tahun lepas adalah di kawasan pedalaman.

Begitu juga kerusi dimenangi BN di Sarawak dan Sabah juga di kawasan pedalaman.

Semasa mengumumkan Bajet 2014, Najib mengatakan isi rumah dengan pendapatan RM3,000 ke bawah layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM650 sementara bagi yang bujang dan berpendapatan tidak lebih daripada RM2,000 akan menerima bantuan sebanyak RM300.

Sejumlah RM4.6 bilion diperuntukkan kepada 7.9 juta rakyat Malaysia menerima BR1M yang Najib mulakan tiga tahun lalu sebagai langkah untuk membantu 40% rakyat Malaysia.

Kadir yang memimpin New Straits Times dari 1988-2000 juga berkata, hanya 10% Bumiputera digajikan di dalam sektor pengurusan dan profesional pada 2012, menurun sedikit dari 2009.

Sejumlah 62% digajikan dalam sektor semi-mahir termasuk pemandu bas, dan selebihnya pekerjaan tidak mahir, katanya dan menambah kadar penggangguran anak muda sangat tinggi.

Bagi kumpulan umur 15 hingga 19, 25.7% adalah India, 15.6% (Melayu), 18.9% (Bumiputera bukan Melayu) dan 9.9% (Cina) yang mengganggur pada 2012.

Bagi kumpulan umur 20-24, 14.1% daripada penggangur adalah India, 9.9% Melayu, 13% Bumiputera bukan Melayu dan 7.1% Cina.

“Ini menjelaskan mengapa pengelibatan masyarakat India dalam jenayah tinggi,” kata Kadir apabila mendedahkan kebanyakan komen datang daripada sesi tidak formal Perjumpaan Kedai Kopi (KKA) dengan ahli politik, ahli politik veteran, ahli ekonomi dan pemberita.

Beliau mendedahkan salah satu daripada sesi ini melibatkan Dr Mahathir di mana tiga ahli ekonomi Melayu “terdesak untuk didengari.”

“Dr Mahathir menasihatkan mereka untuk ‘menjerit” mengenai isu dan masalah yang mereka rasa PM dan kerajaan harus tahu dan ambil perhatian.

“Ini adalah vintage Dr Mahathir. Mesej ‘jerit’ itu adalah benar-benar Mahathir. Apabila kamu tidak mempunyai kuasa untuk bertindak, kamu jerit,” tulis Kadir dalam blognya.

Wartawan veteran itu mengatakan, Dr Mahathir pernah memberitahunya, “apabila beliau di luar Umno dan tidak berkuasa, beliau menjerit untuk didengari”.

“Daripada barisan yang beratur di pejabatnya, di Yayasan Kepimpinan Perdana, Proton dan Yayasan Albukhary, jelaslah walaupun beliau sudah tidak berkuasa, beliau masih lagi berpengaruh, mengadakan pertemuan Kabinet Rakyat dengan pelbagai golongan dalam masyarakat yang mempunyai sesuatu untuk diceritakan, nasihat untuk diminta, dan semangat untuk dikuatkan – seperti pemimpin veteran Wanita Umno yang dihalau di pejabat perdana menteri kerana datang tanpa membuat temujanji,” tambahnya.

Kadir juga mengatakan, persoalan mengenai perubahan dalam kepimpinan politik sudah dibincangkan dalam siri-siri kedai kopi.

“Dalam satu jamuan makan malam makanan Yemen yang mahal, satu soalan timbul: Jika Mohd Najib letak jawatan (atau dipaksa berbuat demikian), siapa yang boleh menggantikannya?

“Jawapan tidak spontan. Saya terpaksa mengambil masa menggaru kepala sebelum mereka menyebut nama Muhyiddin Mohd Yassin. Ini kerana Muhyiddin sudah menyatakan beliau tidak berminat untuk jawatan itu dan sudah letih,” katanya.

Kadir mengatakan mengikut hiraki, Muhyiddin seharusnya menjadi pengganti kerana beliau merupakan timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno.

"Akan tetapi seperti Mohd Najib, beliau tidak dipilih oleh ahli. Beliau hanya disokong untuk Majlis Tertinggi Umno.

“Pemimpin Umno yang paling kanan dan dipilih secara demokratik adalah Ahmad Zahid Hamidi yang menang naib presiden dengan jumlah undi tertinggi dalam pemilihan tahun lepas. Akan tetapi kebanyakan delegasi KKA tidak memikirkan beliau adalah pengganti pilihan.

“Pilihan adalah kepada Hishamuddin Hussein, naib presiden Umno ketiga dan adik saudara Mohd Najib,” katanya