15 Februari 2014

BANJIR DI SABAH KIAN BURUK



Pautan kekal imej terbenam

Beaufort, Tenom kian buruk

KOTA KINABALU: Keadaan banjir di Beaufort dan Tenom semakin teruk apabila lebih 5,618 mangsa membabitkan 1,325 keluarga kini ditempatkan di 29 pusat pemindahan berikutan hujan berterusan sejak semalam.

Banjir yang masuk hari keempat turut menjejaskan lebih 80 kampung di Beaufort manakala 38 di Tenom.


Pegawai Daerah Beaufort, Mohd Shaid Othman berkata, sehingga 3 petang tadi, 2,000 mangsa banjir membabitkan 613 keluarga ditempatkan di lima pusat pemindahan di Beaufort.

"Hampir keseluruhan jalan di kampung di sekitar daerah Beaufort terjejas dan usaha memindahkan mangsa banjir sedang giat dijalankan dan kemungkinan mangsa banjir di daerah ini akan meningkat.


"Sehingga ini lima pusat pemindahan di buka iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beaufort 3, SMK Gadong, Dewan Baru Beaufort, Dewan Sri Dayang dan Dewan Kukut," katanya ketika dihubungi.


Sehingga ini, katanya, lebih 80 kampung di sekitar kawasan Beaufort terjejas akibat banjir.

Sementara itu, Ketua Unit Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Affendy K Ramin berkata, di Tenom, 3,618 mangsa di pindahkan di 24 pusat pemindahan membabitkan 712 keluarga.

"Tiga puluh lapan kampung terjejas teruk di Tenom manakala mangsa banjir di beberapa kampung di Keningau sudah mula pulang sejak semalam," katanya ketika dihubungi.

Bacaan air di Sungai Padas di Beaufort sehingga jam 12 tengah hari ialah 9.58 meter dari paras bahaya iaitu 8.70m manakala di Tenom ialah 177.15 meter juga melebihi paras bahaya.


NEGARA APA NIE...BERCAKAP BENAR KAMU TERIMA AKIBATNYA....


Mejar Zaidi: Terpaksa bayar harga mahal kerana bercakap benar

Penggunaan dakwat kekal dalam PRU13 menjadi pertikaian apabila dakwat itu mudah dicuci. 


Apabila Mejar Zaidi Ahmad membuat laporan polis selepas dakwat kekal di jarinya hilang sebaik sahaja dibasuh beberapa jam selepas membuang undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sama sekali tidak menyangka beliau bakal berhadapan dengan tindakan mahkamah dan seterusnya dipenjarakan sekurang-kurangnya dua tahun.

Beliau kini dihadapkan di Mahkamah Tentera dengan beberapa tuduhan melanggar perintah Majlis Angkatan Tentera Malaysia, membuat kenyataan kepada media tanpa kebenaran Kementerian Pertahanan, dan menghantar dua kiriman pesanan ringkas (SMS) yang bersifat politik.

Juruterbang jet pejuang berusia 45 tahun yang sudah berkhidmat selama 25 tahun itu terkejut apabila mendapati dirinya bergelut dengan masalah dan bukannya pembekal dakwat serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang seharusnya. dipertanggungjawabkan. ‎


"Saya tahu akan ada kesan tetapi saya terkejut apabila pembekal dan SPR dilepaskan begitu sahaja sedangkan saya sebaliknya," kata Zaidi (gambar) kepada The Malaysian Insider melalui temuramah e-mel.

Beliau didakwa pada 7 Februari di Mahkamah Tentera di Kuala Lumpur. Kes itu akan didengar enam panel anggota pada 8 April.

Di samping itu, beliau juga dibekukan daripada menjalankan tugas sebagai juruterbang dan terpaksa bertugas di jabatan am.

Bagaimanapun, Zaidi berkata sebagai seorang Islam, beliau berasa perlu untuk membuat laporan itu.

"Bagi saya, adalah haram bagi seorang Islam bersubahat dalam hal penipuan. Apatah lagi jika ia melibatkan sesuatu yang penting kerana seperti pilihan raya yang bertujuan bagi memilih para pemimpin tertinggi negara.

"Sebagai seorang kakitangan kerajaan yang gaji datang daripada wang pembayar cukai, saya mempunyai tugas memberitahu rakyat perkara benar bahawa dakwat itu sebenarnya tidak kekal," katanya.‎

“Saya tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana parti politik. Saya hanya bertindak demi kebenaran.”

Isterinya Shafinah Abdul Hamid dan juruteknik TUDM juga membuat laporan polis berhubung dakwat kekal bersama-sama Zaidi.

"Seperti yang saya katakan, sebagai seorang Islam saya perlu bercakap benar walaupun saya akan menghadapi tindakan (daripada pegawai atasan saya). Hukuman di akhirat lebih buruk jika saya berbohong berbanding mana-mana hukuman di dunia ini.

"Saya yakin bahawa Allah akan membantu orang yang benar," katanya.

Kontroversi dakwat kekal yang digunakan buat pertama kali pada PRU13, dikritik selepas ramai pengundi mengadu ia boleh dibasuh dengan mudah.

Pembangkang Pakatan Rakyat (PR) menegaskan kegagalan sistematik dakwat kekal semasa pengundian awal dan hari pengundian menjejaskan hasil pilihan raya itu.

SPR akhirnya mengaku November lalu dakwat kekal digunakan pada PRU13 mempunyai kelemahan; antara lain, ia boleh dibasuh dan mengambil masa yang lama untuk kering dan kerana itu ia meninggalkan kotoran pada kertas undi. Bagaimanapun SPR menegaskan dakwat kekal masih akan digunakan pada pilihan raya umum akan datang.

Zaidi, yang berpangkalan di kem Butterworth di Seberang Prai, Pulau Pinang, adalah seorang daripada 235,826 kakitangan pasukan keselamatan dan pasangan di seluruh negara yang mengundi lebih awal pada 30 April tahun lepas.

Beliau membuat laporan polis pada hari berikutnya selepas mendapati dakwat kekal di jari telunjuk kirinya boleh dibersihkan hanya dalam tempoh dua jam kemudian. Selepas membuat laporan polis, beliau bercakap kepada pemberita di luar balai polis di Kepala Batas.

Tindakannya menyebabkan kekecohan dan dua hari kemudian, beliau diberitahu dipindahkan ke Kuala Lumpur dengan serta merta.

Pemindahan juga bermakna kerjaya sebagai juruterbang turut berakhir.

Zaidi dipindahkan ke pangkalan tentera udara Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur selama sebulan dan apabila kembali ke pangkalan Butterworth, beliau bukan lagi pegawai pemerintah kepada Skuadron 12, jawatan yang dipegang sebelum pilihan raya umum.

"Gaji dan elaun saya masih sama. Begitu juga hubungan dengan rakan-rakan saya. Mereka seperti biasa. Tiada seorang pun yang melayan saya berbeza. Kami tidak ada masalah," katanya.

Masalah Zaidi adalah dakwaan berganda di bawah Seksyen 50 (2) dan Seksyen 51 Angkatan Tentera 1972 terhadapnya di Mahkamah Tentera.

Beliau didakwa mengeluarkan kenyataan media mengenai dakwat kekal tanpa kebenaran Kementerian Pertahanan dan gagal menggunakan saluran tentera yang seharusnya untuk menyuarakan rasa tidak puas hati apabila membuat laporan polis dan bercakap dengan media.

Zaidi juga didakwa menghantar dua SMS bersifat politik atau hasutan semasa bertugas di pangkalan udara Butterworth pada 1 Mei, 2013.

Beliau turut didakwa membuat kenyataan media menyatakan kekecewaan berhubung dakwat kekal, yang sepatutnya disiasat melalui saluran ketenteraan, dan kebocoran dakwat kekal kepada media tanpa mendapat kelulusan Majlis Angkatan Tentera di Taman Bertam Indah, Kepala Batas pada 3 Mei tahun lepas.

Zaidi berkata, beliau akan dipenjarakan dan kehilangan pencen jika didapati bersalah atas tuduhan yang dikenakan.

"Ia akan menjadi beban yang amat berat kepada keluarga saya. Isteri saya seorang suri rumah dan empat anak-anak kami bersekolah dan masih kecil," katanya.

Anak sulungnya berusia 20 tahun dan masih belajar di universiti, sementara yang paling muda berusia tiga tahun.

Zaidi menyerahkan ketentuan nasibnya kepada Allah dan berkata akan menerima keputusan Mahkamah Tentera.

"Sekurang-kurangnya, saya berharap masih mempunyai kesihatan untuk menyara keluarga dengan cara yang betul. Saya berfikir untuk bekerja sebagai juruterbang bagi beberapa syarikat swasta atau menjalankan perniagaan apabila tidak lagi berkhidmat bersama tentera.

"Ada yang mencadangkan supaya saya menyertai politik. Tetapi saya tidak membuat apa-apa keputusan lagi. Saya perlu menunggu keputusan mahkamah terlebih dahulu," katanya.

Zaidi juga mempunyai halaman Facebook yang diberi nama "Sokong Mejar Zaidi TUDM" yang boleh dilawati para pengguna rangkaian sosial itu bagi menunjukkan sokongan dan mengetahui mengenai isu-isu berkaitan ketenteraan.

Bagi Zaidi, menjadi seorang juruterbang pejuang adalah impian zaman kanak-kanak yang menjadi kenyataan.

"Semasa kecil saya memancing di sungai berhampiran kampung saya , Kampung Permatang Tengah di Kota Kuala Muda, Kedah.

"Saya sering melihat jet pejuang terbang di langit semasa memancing. Ia membuatkan saya menyimpan impian untuk menjadi seorang juruterbang," katanya.

Perjalanan kerjayanya termasuklah ditugaskan selama lapan bulan ke Bosnia semasa perang saudara di Balkan pada 1990-an di bawah Perlindungan Tentera Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Zaidi mendapat sokongan daripada sebuah NGO pro PKR, Pahlawan, kumpulan bekas askar yang berkata juruterbang itu menjadi mangsa Putrajaya sebagai contoh bagi menakutkan semua anggota tentera daripada menjalankan hak-hak mereka sebagai warganegara
.

Pahlawan berkata, ia tidak masuk akal apabila menggunakan undang-undang ketenteraan berusia 40 tahun bagi menyalahkan juruterbang berkenaan kerana membuat laporan polis.

Gabungan Pilihanraya Bebas dan Adil (Bersih 2.0) dalam status Facebook baru-baru ini juga menyokong Zaidi dengan menyatakan beliau secara jelas menjadi mangsa tentera dan kerajaan.

Bersih 2.0 mempersoalkan mengapa Zaidi yang menjadi pemberi maklumat dalam kes ini, diambil tindakan mahkamah manakala SPR dibiarkan lepas begitu sahaja.

"Kerajaan jelas berniat untuk menjadikan Mejar Zaidi sebagai contoh bagi menyampaikan mesej kepada orang lain, terutama pasukan bersenjata tentera dan penjawat awam agar tidak bertindak walau dalam apa keadaan sekalipun hatta demi keadilan.

"Apa yang kerajaan tidak sedari ialah Mejar Zaidi sudah pun menjadi contoh – yang patut dicontohi dan bukan elakkan – suatu kejujuran, integriti, dan keberanian
.

14 Februari 2014

PANAS! JAMUAN PARTI UMNO DIBAWAH JAMBATAN...KONON NAK TUNJUK JIMAT....?


Mungkin nak tunjuk depa ada kuasa boleh tutup jalan hanya nak adakan jamuan.......

Mungkin nak memalukan Najib kerana mereka dah tak ada berduit untuk dibuat di dewan Hotel......

HAHAH! Jimat kos, tak payah sewa dewan. Bawah jambatan jadi, redup, tak kena hujan - dinner umno jelutong.

Kesan pada rakyat: jalan ditutup, kena pusing u-turn 3km.

kredit foto : Faizal Mejik

eh, itu hari ada sambutan harijadi menteri buat di hotel 5 bintang, ahli biasa makan bawah jambatan ajer? hahah!  

SUMBER

KERJA GILA ! ABU DAN KANGKUNG JADI MANGSA LAGI




NGO Melayu bantah iklan kangkung McD dengan cili

Berang dengan iklan iklan McDonald yang didakwa mengambil kesempatan mempersendakan pemimpin negara dengan kangkung, 'Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia' mempamerkan burger dengan dihiasi dengan sayur itu berserta dengan cili pada sidang akhbar mereka hari

KANGKUNG PUN HANGPA TAKUT SAH OTAK KANKUNG.........



Seniman pertahan karya dikeluarkan Balai Seni

Karrya itu tidak bercakap tentang Asalkan Bukan Umno (ABU), tetapi ikon kuasa rakyat, menurut Cheng Yengpheng.


13 Februari 2014

HANGAT ! INGAT KANGKUNG JE TURUN HARGA GETAH PUN TURUN SAMA !!!



 Penorah getah mula tertekan dengan turunnya harga getah

Kami dah tak tahan!


BALING - “Kami dah tak tahan, harga getah merudum teruk, tambahan pula dengan musim kemarau, memang tertekan,” luah Asyaari Abdul Rahman, 67, salah seorang penoreh getah yang mengusahakan tanaman itu sejak berusia 15 tahun.


Asyaari dari Kampung Kuala Samak merupakan salah seorang dari ratusan penoreh yang berhimpun secara aman bagi meluahkan perasaan mereka berikutan kejatuhan harga getah.

Perhimpunan aman itu berlangsung di Simpang Tiga Kejai dan turut dihadiri beberapa pemimpin setempat termasuk Adun Kuala Ketil, Md Zuki Yusof.

Asyaari turut pernah terlibat dalam perhimpunan mogok lapar semasa kejatuhan harga getah pada 1974 sehingga mendapat campur tangan kerajaan.

Menurutnya, walaupun harga getah pada masa itu rendah, barang keperluan masih lagi murah berbanding sekarang.

“Dulu harga getah 30 sen, tetapi barang keperluan murah. Sekarang, harga gula dan ikan lagi tinggi dari harga getah sekerap,” katanya.

Kesemua penoreh meluahkan perasaan sama berikutan kejatuhan harga getah sehingga paras RM2.40 dan tempoh penurunan itu antara paling cepat dalam tempoh tiga minggu.

PEMUNGAHAN BALAK DI PEDU KETAHAP KRTIKAL ....BOTAK DAH HUTAN SIMPAN...DULU HANGPA SOKONG SANGAT LA NIE TERIMALAH AKIBATNYA......



Dulu semasa kedah bawah pemerintahan pas umno bt rombongn ke pedu kluar tv3 kluar utusan arwah ust azizan jual balak,.. 

Skrgni bawah pemerintahan KERAJAAN UMNO BARISAN NASIONAL ulang lg skali KERAJAAN UMNO BARISAN NASIONAL lebih menarik di pedu lg hebat makin menjadi jadi jual BALAK APA KES NI,..

 Apa alasan krjaan skg pasal apa x masuk tv3 x masuk utusan MUKRIZ PUN JUAL BALAK,...klu x caya jom kita bt rombongn ke pedu gmbar ni d ambil sndiri cara curi2 kt pedu 11/02/2014,.kwsan ni dikawal oleh polis bantuan,..kwn2 tlg share info ni biar smua org tau apa itu UMNO BARISAN NASIALNAL









LAGI GAMBAR-GAMBAR DILOKASI


MALAYSIA DALAM SENARAI NEGARA KAYA?....JANGAN LUPA PUJI KERAJAAN BN

Negara Terkaya di Dunia 2014 : Negara Jiran Malaysia, (Singapura RM203,527 & Brunei RM180,171 Tersenarai)


Negara Terkaya Di Dunia 2014 : Apabila disebut negara terkaya di dunia pasti ada yang terbayang negara-negara popular seperti Amerika, Britain, Jerman dan lain-lain lagi selain dari negara-negara Timur Tengah.

Tetapi ada juga kalangan negara yang kurang diberikan perhatian oleh “dunia” tetapi masih mampu berada dalam kalangan negara-negara terkaya di dunia :
Senarai Negara Terkaya Di Dunia 2014

#Qatar – KDNK per kapita lebih (~ $102,000 / ~ RM340,323)
#Luxembourg – KDNK per kapita lebih (~ $77,000 / ~ RM256,911)
#Singapore – KDNK per kapita hampir (~ $61,000 / ~ RM203,527)
#Norway – KDNK per kapita (~ $55,000 / ~ RM183,508)
#Brunei – KDNK per kapita sekitar (~ $54,000 / ~ RM180,171)
#United Arab Emirates
#United States
#Hong Kong
#Switzerland
#Netherlands
#Australia
#Austria
#Ireland
#Canada
#Kuwait
Faktor Kedudukan Sesebuah Negara Terkaya Di Dunia 2014 :

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita yang diselaraskan dengan kuasa beli
Kuasa beli yang disesuaikan dengan KDNK telah digunakan oleh pakar ekonomi ketika membuat perbandingan, yang mana mengambil kira faktor perbezaan kos sara hidup dan kadar inflasi

Kedua-dua negara-negara jiran kita Malaysia turut sama tersenarai iaitu, Brunei dan Singapura :

Singapura tiada balak, tiada hasil minyak, pun masih mampu tersenarai dikalangan di negara terkaya di dunia. Mereka lebih bersandarkan status Singapura itu sendiri sebagai hab teknologi, pembuatan dan kewangan.
Brunei ada simpanan minyak seperti Malaysia, tetapi terus mengukuh kedudukan sebagai antara negara terkaya di dunia.

Brunei dan Singapura tidak memerlukan istilah projek super mega tertinggi, terpanjang, tetapi masih mampu tersenarai 5 negara terkaya di dunia

Dua negara – satu pernah sama-sama membentuk Malaysia, dan satu lagi hampir-hampir mahu membentuk Malaysia, sudah tersenarai dalam kalangan negara terkaya di dunia.
Tetapi apa yang membezakan negara ini dengan negara-negara yang lain. Adalah pengurusan. Kedua-dua negara membuktikan kepada dunia, tidak relevan saiz negara menjadi penanda aras membuatkan sesebuah negara tu kaya ataupun miskin.

Bagaimana pemimpin negara tersebut menguruskan kekayaan negara mereka dan dipulangkan semula kepada rakyat untuk sama-sama “merasainya” tanpa merompak untuk kepentingan sendiri, itu yang paling penting sebenarnya.

Harapan Berita Semasa pula, jikalau tidak tersenarai dalam kalangan negara terkaya di dunia sekalipun tidak mengapa tetapi cukuplah Berita Semasa mahu melihat :






Wang yang dibawa ke pasaraya contohnya untuk dibelanjakan bagi keperluan harian “sentiasa mencukupi”. Rakyat tidak perlu merungut dek kerana pendapatan yang mereka perolehi tidak setimpal dengan harga barang yang terus melambung tinggi

Seluruh rakyat Malaysia sekurang-kurangnya mendapat keperluan asas yang mencukupi tidak kira duduk di kawasan bandar mahupun di pedalaman. Mereka adalah rakyat Malaysia. ~BS

PRK DUN BALINGIAN INI KIRA APA TAK MEMBAZIR ...BN JANGAN BUAT BODOH JE...


SPR bersedia untuk PRK DUN Balingian


Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof 


SINDIRAN ANWAR dalam ceramahnya malam tadi, ketua umum PKR itu berkata, tindakan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud melepaskan jawatan beliau ibarat “meludah ke muka sendiri” oleh pemimpin parti kerajaan memandangkan mereka selama ini mengkritiknya disebabkan isu peletakan jawatan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh.

“Itu di Sarawak bukan membazir. Itu menjimatkan.

“Tidak selesai dua minggu mereka kutuk kita, dia (Taib) letak jawatan,” katanya
.

PUTRAJAYA: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pilihan raya kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian akan diadakan jika penyandangnya Tan Sri Abdul Taib Mahmud menggosongkan kerusi itu sebelum 21 Jun ini.

Bagaimanapun jika Taib mengosongkan kerusi itu selepas tarikh berkenaan, SPR tidak lagi perlu mengadakan sebarang pilihan raya kecil bukan sahaja di kawasan berkenaan, tetapi di seluruh Sarawak, katanya kepada Bernama di sini Rabu.

Mengikut Undang-undang Tubuh negeri pilihan raya kecil tidak akan diadakan jika terdapat sebarang kekosongan dalam tempoh dua tahun Dewan Undangan Negeri tamat tempoh.

Tempoh Dewan Undangan Negeri Sarawak tamat pada 20 Jun 2016 dan tempoh dua tahun bermula pada 21 Jun 2014.

Abdul Aziz berkata SPR sentiasa bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan PRK di DUN Balingian.

Abdul Aziz berkata selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, PRK perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas berlaku kekosongan kerusi.

Taib, 77, Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada Rabu mengumumkan meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak yang disandangnya lebih tiga dekad mulai 1981, berkuat kuasa 28 Feb ini.

Beliau bagaimanapun tidak mengumumkan peletakan jawatannya sebagai ADUN Balingian, yang dimenanginya dalam Pilihan Raya negeri Sarawak pada 2001.

Sebelum ini, beliau pernah menjadi ADUN Sebandi yang kemudian ditukar nama kepada Asajaya sejak 1981 sebelum berpindah ke Balingian.


12 Februari 2014

HOT ! PRK KAJANG ORANG LAMA PAS TIBAI ULAMA DAN BUDAK-BUDAK NAGOI.....!!!


PANDANGAN IKHLAS SUBKY LATIF MENGAPA BELIAU TIDAK MAU BERBALAH DENGAN DSAI .

Sekarang Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah ditetapkan sebagai calon Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Kecil DUN Kajang.

Saya tidak mahu jadi macam setengah suku sakat saya – dari budak hingga ulama - mentakwil muslihat wujudnya PRK di Kajang itu. 


Mengapa ADUN-nya meletak jawatan dan gantinya pula Anwar? Lalu ada yang kata tidak akan beri kerjasama pada PRK itu dan macam-macam yang menyerabutkan otak termasuk menyindir politik tinggi Anwar.


Tiba-tiba Mohamad Sabu dan Salahuddin Ayub berkata, kita akan beri kerjasama sepenuhnya pada PRK itu dan mahu tengok kemenangan besarnya.

Apa jadi pada takwil tadi? Apa orang pandang pada politik yang tidak licin dan tidak diurus dengan baik itu? Tidakkah ia menyusahkan diri bagi menghadapi politik besar yang menjanjikan masa depan yang cerah itu?

Itulah saya dari dulu tidak mahu berbalah dengan Anwar. Sebab tidak mahu susah untuk bersama dalam politik besar yang dia pemain pentingnya.

Ketika saya memulakan politik yang aktif, saya dibayangkan kemungkinan Anwar akan menjadi pemimpin PAS bagi menggantikan Datuk Asri. Maka saya mengelak dari sebarang masalah dengannya, kerana payah nanti kalau benar dia jadi ketua parti saya. Tidak selesa berjuang jika berbalah dengan pemimpin sendiri.

Apabila dia jadi Umno, tidak ada apa-apa masalah saya untuk berbalah dengannya. Saya tidak teragak-agak untuk mentakwilnya.

Kita perlu berbalah dengannya ketika itu kerana Umno adalah parti yang menyusahkan rakyat, negara dan kerajaan. Penyertaannya di situ menyusahkan semua, menghalang mendaulatkan Islam dan tidak salah berlawan dengan sesiapa saja memberi nafas kepada Umno.

Lepas itu secara teknikal dia tidak lagi menjadi sebahagian dari Umno. Tetapi dia ialah panglima dan pahlawan. Dengan politik tingginya, dia sudah menjadi kawan. Walaupun kita tidak boleh dapat semua yang kita mahu daripadanya, tapi kita dapat sebahagian dari yang kita mahu.

Kalau boleh kita mahu dia menjadi sebahagian dari kita, tetapi belum tiba masanya. Kalau kita dapat dia jadi sebahagian dari kita, maka ia adalah satu anugerah yang amat berharga. Kalau dia dari mula menjadi sebahagian dari kita, maka tidak mustahil banyak dari yang diperjuangkan itu sudah selesai.

Orang kata keutamaan beliau ialah untuk jadi Perdana Menteri. Adakah itu betul? Pada saya Perdana Menteri itu bukan matlamat. Matlamat sebenar kita adalah bagi mencapai mardatillah (keredaan Allah). Negara keredaan Allah mudah dicapai kalau kita jadi Perdana Menteri. Menjadi Perdana Menteri memudahkan matlamat itu.

Maka dengan perjuangan yang bersih, semasa dia belum cacat dulu, kiranya Perdana Menteri itu sasarannya, maka tidak mustahil Perdana Menteri itu sudah lama tercapai jika dia mulanya bersama kita.

Yang kita tidak boleh capai kejayaan itu dulu kerana kita dapat kerjasama masyarakat bukan Melayu. Jika kita orang politik tinggi dan bersih, tidaklah payah untuk mendapatkan kerjasama semua kaum.

Kalau dengan politik sederhana kita itu sudah mulai disambut oleh semua, tentulah dengan otak poliltik tinggi Anwar itu, banyak yang dapat dibuat bagi mendapatkan sokongan semua.

Tetapi kerana jalan lain yang dipilihnya, kita pun lambat berjaya, dia pun lambat jadi Perdana Menteri.

Apabila dia sudah lebih kuat dari kita menentang Umno, maka dia sudah boleh bersama kita walaupun tidak sekelambu dengan kita. Kita boleh tidur tanpa kelambu dengannya.

Dengan politik tingginya, walaupun dia tidak menjadi pemimpin parti kita, tetapi dia boleh orang paling penting dalam kumpulan kita. Dia tidak menjadi pemimpin PAS dan tidak juga DAP. Tapi dia sudah jadi Ketua Pembangkang.

Adanya dia bersama kita menyebabkan buat pertama kali tembok perkasa Putrajaya itu gegar. Selama 50 tahun kita merdeka, kita jadi macam kancil melawan gajah. Tetapi selepas dia tamat pengalaman di Sungai Buloh, kalau pun kita tidak jadi gajah untuk menggempur Putrajaya, kita sudah macam badak sumbu yang boleh menyondol gajah.

Dengan dia bersama kita atau kita bersama dia, BN tiada kekebalan 2/3 lagi. Bukankah dalam masa tujuh lapan tahun ini BN sudah tidak mustahil direhatkan.

Pada saya masa ini, kalau Anwar tidak mahukan kita dan DAP pun tak mahukan kita, saya kata tetap mahukan DAP dan mahukan Anwar. Kalau Anwar dan DAP tidak mahu datang kepada kita, kita akan pergi kepada Anwar dan DAP. Tiada ruginya ular menyusur akar.

Melihat kepada kemungkinan dan semua potensi itu, saya mengelak seboleh-boleh berbalah dengan Anwar. Sama ada saya suka atau tidak suka kepadanya, dia sudah jadi orang penting dalam Pakatan Rakyat.

Bila dia sudah jadi orang penting, tidak dapat dielak dia sudah jadi salah seorang ketua dalam kumpulan kita. Saya sebagai orang bawah tidak lagi dapat menolak dari berketuakan dia disamping ketua-ketua yang lain.

Kalau saya mahu berperanan dalam perjuangan, maka kita mesti sentiasa selesa dengan sekalian para ketua. Kalau saya tidak boleh disiplinkan diri saya, pilhan saya adalah bersara dari berjuang. Ia bukan pilihan bagi orang yang berjuang dalam Islam yang tiada had usia bersara.

Jika Anwar jadi orang paling penting dalam Pakatan Rakyat, apakah jadi begitu kerana kebetulan? Adakah Pakatan Rakyat terjadi secara "kun faya kun"? Jadilah maka ia pun jadi.

Ia tidak terjadi begitu, bahkan ia terjadi kerana diusahakan. Semua orang mahu adanya muafakat, tetapi muafakat itu terjadi kerana yang mengusahakannya. Boleh dikatakan politik tinggi Anwarlah yang mengambil langkah mengajak menjadikannya. Sebelum ini ia sekadar diseru, tetapi tiada yang berjaya mengadakannya.

Tidaklah apa yang dianjurkan itu terjadi jika tidak disertai orang lain. Tetapi orang lain tidak dapat buat sebelum ini. Pernah ia dicuba oleh Tengku Razaleigh. Tetapi Ku Li tidak dapat satukan semua. Akhirnya tidak jadi apa-apa.

Kita jangan marahkan orang lain kalau kita tidak jadi ketuai Pakatan Rakyat, kerana langkah yang diambilnya menjadikan ia ada dan ia jadi. Kalau kita hendak rungkai pula mungkin boleh, tetapi belum ada yang disepakati boleh menggantikannya. Kita kena terima waqi' (realiti) kiranya kita bersungguh untuk menggantikan BN.

Jika ADUN Kajang itu meletak jawatan untuk memberi laluan kepada Anwar, itu kecerdikan Anwarlah. Datuk Harun Idris juga pernah usahakan MP Ampang Jaya meletak jawatan bagi memberi laluan kepadanya bertanding dalam Pilihan Raya Kecil, tetapi dia kalah.

Jika saya tidak mahu berbalah dengan Anwar, ia adalah saya mahu berkongsi hasil kejayaan politik tingginya dan saya boleh bersama-sama semua orang. Kalau saya berbalah dengannya, kejayaannya tidak dapat dihalang, macam mana saya hendak bersama semua orang.

Lagi pun supaya orang tidak melihat saya tak tahu politik langsung. Mungkin kita tidak dapat jadi pemain politik tinggi, tetapi jangan tunjukkan kita tak tahu politik.

AMAT LAIN SEKALI BILA WARGA LAMA MENGANUT POLITIK REALITI DENGAN MENGAMBIL KIRA KENYATAAN BUKAN KHAYALAN BERBICARA .. TIDAK TERPERANGKAP DENGAN POLITIK SYOK SENDIRI RASA JEMAAH YANG DIDOKONGI SUDAH CUKUP KUAT DAN AMPUH UNTUK RAMPAS PUTRAJAYA SECARA SENDIRIAN.

HOT! TAIB HINA UMNO TAHAP PARIAH APA PUNCANYA....


Taib hina Umno, pemimpin Umno berdiam diri

Apa yang dilaporkan mengenai kenyataan Abdul Taib Mahmud berkenaan Umno, maka ia adalah satu tamparan dan penghinaan yang sangat dahsyat dan tidak patut.



 Wartawan veteran, Datuk Kadir Jasin (gambar) hairan kenapa tuduhan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud bahawa Umno adalah parti rasis tidak dijawab oleh para pemimpin Umno.

Dalam posting terbarunya dalam blognya The Scribe, Kadir menulis apa yang dilaporkan mengenai kenyataan Abdul Taib Mahmud berkenaan Umno, maka ia adalah satu tamparan dan penghinaan yang sangat dahsyat dan tidak patut.

Katanya, media atas talian memetik Abdul Taib sebagai memberi amaran kepada pengganti beliau agar “memastikan politik rasis Umno tidak masuk ke Sarawak”.

Katanya lagi, ada dua perkara pokok di sini. Pertama tidak membenarkan Umno masuk ke Sarawak dan kedua tidak membenarkan “politik rasis” Umno berkembang di Sarawak.


Tambahnya, Umno mungkin tidak berhasrat mengembangkan sayapnya ke Sarawak. Setidak-tidaknya buat masa ini. Jadi kepemimpinan Barisan Nasional (BN) Sarawak tidak perlu khuatir.

“Yang nyata menghina Umno adalah tuduhan Abdul Taib bahawa parti induk BN itu mengamalkan politik perkauman (racist politics),” katanya lagi.

Beliau menambah apakah ini benar dan adakah kepemimpinan Umno di bawah Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak akan berdiam diri menghadapi tuduhan yang sangat berat itu?

Kenyataan Abdul Taib yang dikatakan dibuat pada mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional Sarawak pada 9 Feb. memberi gambaran jelas bahawa penggantinya “harus tegas dan tidak berpaling” apabila berurusan dengan Putrajaya mengenai perkara yang melibatkan kepentingan Sarawak.

Setiausaha Agung BN Sarawak, Datuk Dr Stephen Rundi, berkata Taib mengatakan penggantinya perlu bersungguh-sungguh melindungi hak negeri seperti yang dijanjikan dalam Perjanjian Malaysia 1963.

“Kita mesti berpegang kepada Perjanjian Malaysia dalam melindungi hak negeri ini,” kata Rundi mengenai mesej Taib ketika ditanya apa yang berlaku dalam mesyuarat MT BN negeri selain memberi ketua menteri itu mandat untuk memilih penggantinya.

Rundi berkata, bertegas dengan Putrajaya termasuk menghalang Umno masuk ke Sarawak yang dilihat tidak begitu mengendahkan perjanjian 20 perkara yang menjamin kepentingan dan hak Sarawak dan penduduknya apabila mereka bersetuju membentuk Malaysia bersama Malaya, Sabah dan Singapura.

Kadir yang juga bekas Ketua Pengarang The New Straits Times berkata, dengan pelbagai masalah dan tekanan yang dihadapinya sekarang, membawa Umno ke Sarawak pastinya bukan keutamaan Mohd Najib.

“Secara peribadi saya tidak melihat wujud kewajaran atau kebijaksanaan bagi Umno bertapak di Sarawak,” katanya.

Beliau menyoal jadi apa perlunya Abdul Taib mengeluarkan amaran itu dan melemparkan tuduhan yang sangat berat dan menghina terhadap Umno?

“Apakah ini cara beliau menghantar mesej kepada Putrajaya supaya tidak mengambil kesempatan daripada pengunduran beliau sebagai Ketua Menteri Sarawak? Kalau ia pun, mengapa sampai menuduh Umno rasis?” soalnya lagi.

Katanya, kalau Umno masih berpegang kepada perjuangan kebangsaan Melayu, ia wajib dengan tegas dan terbuka membantah dan menyangkal tuduhan bahawa ia mengamalkan politik rasis.

“Atau apakah Abdul Taib, seperti banyak orang bukan Melayu, turut tidak senang hati dasar Umno memperjuangkan hak dan keistimewaan orang Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan?” soalnya.

Beliau berkata kalau benar Umno rasis kerana memperjuangkan hak orang Melayu, mengapa pula ramai ahli Umno khususnya dan orang Melayu amnya melihat Umno di bawah kepemimpinan Mohd Najib sebagai tidak cukup gigih dan lantang mempertahankan Melayu? Sebaliknya mereka melihat Mohd Najib sebagai terlalu berlembut dengan orang bukan Melayu.

“Jadi apakah masalah Abdul Taib sebenarnya? Adakah cemuhannya terhadap Umno itu satu lagi manifestasi ketidakpuasan dan ketidakmesraan beliau dengan Mohd Najib yang dilihatnya sebagai tidak cukup lantang mempertahankan beliau daripada tuduhan salah guna kuasa dan rasuah sebaliknya mahu beliau berundur cepat?” soal beliau.

Beliau menambah apa pun, Umno tidak ada pilihan melainkan menjawab tuduhan Abdul Taib bahawa ia mengamalkan politik perkauman.

AMARAN bagi wanita gemuk di M’sia:Jangan jalan, cakap atau berambut besar seperti ROSMAH / LO-SI-MA



KUALA LUMPUR - Spekulasi bahawa isteri perdana menteri Najib Razak, Rosmah Mansor merupakan dalang disebalik siasatan penuh kontroversi terhadap video yang menyindir salah urus tadbir ekonomi negara dan juga kehidupan serba mewah mereka apabila rakyat biasa menderita akibat kenaikan mendadak kos sara hidup mungkin benar.

Paling menyedihkan, hakikatnya sekarang, pelakon GEMUK Lim Ching Miau yang berlakon sebagai pakar feng shui dalam video tersebut telah disoal siasat oleh pihak polis.

“Ini tidak patut. Orang yang berkuasa dalam pasukan polis cuba membuat lawak jenaka. Adakah mereka mahu sampaikan mesej bahawa sesiapa sahaja yang cuba meniru mahupun berlakon sebagai Rosmah Mansur akan dipenjarakan?” Ahli Parlimen kawasan Batu, Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.

Sikap perkauman yang nyata terhadap orang Cina serta minoriti lain

Dia merujuk kepada video One-der-ful CNY 2014 yang dihasilkan oleh rakan pembangkangnya, Teresa Kok, yang juga merupakan ahli parlimen kawasan Seputeh.

Dalam video berkenaan, Rosmah yang dikenali sebagai seorang yang bernafsu besar, dan sentiasa tamak akan harta kekayaan dimomokkan sebagai ‘Lo-si-ma’.

Ching Mau, yang memegang watak sebagai wanita gemuk yang gilakan beg tangan mewah serta barangan kemas bernama ‘Mrs Jit’, telah menasihati penonton untuk meletakkan ‘lo-si-ma’ iaitu kuda yang diperbuat daripada paku dan skru dikediaman mereka untuk membawa tuah di tahun kuda ini.

Teresa juga telah dikutuk kerana membuat video oleh NGO Islam pelampau telah yang juga mengadakan protes melampau serta memanggilnya sebagai ayam (selanga lucah bagi menamakan wanita sebagai pelacur) sehinggakan sanggup menawarkan wang sebanyak RM1200 bagi sesiapa yang berjaya menamparnya.

Bukan lagi negara harmoni, aman mahupun stabil

Tawaran mengejutkan yang diwar-warkan kepada awam untuk memukul Teresa tidak dihiraukan oleh pentadbiran Najib, dan diulas sebagai sesuatu yang tidak perlu dihiraukan oleh menteri dalam negeri Zahid Hamidi.

Ini menjadikan NGO Islam yang ganas tadi membuat lebih banyak ancaman manakala pihak polis meneruskan dengan siasatan di pihak Teresa dan juga mereka yang terlibat dengan video itu dengan pekembangan terakhir, Ching Miau telah disoal siasat. Sebuah sitkom bebahasa Cina juga telah digam daripada siarannya di rangkaian television nasional berikutan penglibatan dalam video One-der-ful bagi menyambut kedatangan tahun baru 2014.


Dahulunya sebuah Negara contoh bagi keharmonian dan berbilang kaum, Malaysia sekarang dikenali pula sebagai negara pro ekstrim Melayu dan anti- Cina.

Orang Melayu mewakili 55% daripada 28 juta populasi negara dan menguasai kedua-dua kerajaan dan ekonomi. Manakala, orang Cina yang mewakili 25% daripada populasi Negara telah mendapati diri mereka bersama-sama kaum bukan Melayu yang lain seperti India, Punjabi, Kadazan, Iban dan Dayak diketepikan daripada mendapati hak-hak yang termaktub dalam konstitusi.

Lydia Shum mahupun Lo-si-ma- jangan takut, orang Cina akan terus menentang ketaksuban kaum Umno

Dalam pada itu, menurut Malaysiakini, Ching Miau akan memberi kenyataan pada hari Selasa. Dia mendakwa, dirinya mengajuk mendiang Lydia Shum, pelakon Hong Kong yang diminati kerana sifat keibuaannya, kulit yang cantik dan susuk tubuh gemuk yang agak lucu.

Saya perlu memberi keterangan kepada pihak polis, sebagai saksi dibawah Kod prosedur jenayah 111 pada pukul 2 petang esok.

Saya membawa watak seakan Lydia Shum (mendiang pelakon dan juga artisHong Kong). Saya tidak tahu bagaimana saya boleh dikatakan sebagai Rosmah. Saya ingat saya hanya nampak sepeti Lydia. Saya telah menyaksikan lakonannya sejak dari kecil lagi.

Nampaknya, sesiapa sahaja yang cuba menakutkan kaum bukan Melayu daripada mempermainkan pemimpin tertinggi Umno, mahu menekankan bahawa perbuatan sedemikian akan membawa padah.

Walaupun pihak polis dengan jelas telah menakut-nakutkan rakyat biasa supaya menjadi bodoh, agar dapat mengembirakan bos politik mereka, kebanyakkan orang bukan Melayu di Malaysia mempunyai pendidikan tinggi dan tahu akan hak-hak mereka dari segi undang-undang.

Mereka nampak permainan dan penipuan termasuk cara membuli yang sering digunakan oleh Najib dan Rosmah melalui pihak polis dan ini menjadikan mereka semakin marah.

Menjadi popular sekelip mata, video Lo-si-ma semakin dicari

Dalam pada itu, pakar undang-undang memberitahu Malaysia Chronicle, Ching Miau mungkin akan mendapat populariti segera dan mereka menjangka orang ramai akan semakin berminat terhadap video itu dan juga peranan yang telah dimainkan olehnya.

Sama seperti kartunis Zunar. Najib telah berusaha untuk menyekat karikatur dirinya dan Rosmah dengan rambut besar tetapi tidak berjaya. Sebaliknya, Zunar sekarang terkenal malahan di luar negara sebagai kartunis politik yang sanggup masuk penjara demi kerjanya. Malah, Zunar telah mengadakan sebuah pameran berkenaan Altantuya dan juga Scorpenes di London baru-baru ini,” kata Tian.


Dia merujuk kepada mendiang Altantuya Shariibu, penterjemah Mongolia cantik yang berusia 28 tahun. Dia telah terlibat dalam pembelian kapal selam Scorpenes dan juga didakwa mempunyai hubungan intim dengan Najib.

Kedua-dua PM dan Rosmah yang didakwa mempunyai peranan dalam pembunuhan kejam Altantuya tidak mengaku terlibat - [Translated by Huzainah A Rani] - Malaysia Chronicle

Artikel Penuh: SINI