17 Ogos 2014

TERKINI! TS KHALID AKAN MOHON BUBAR DUN?


Tan Sri Khalid mohon masuk menghadap Sultan Selangor..



Saya menerima dengan hati terbuka keputusan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berkenaan status Menteri Besar dan barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor.

Dengan perkembangan terbaharu ini, saya akan memohon menghadap DYMM Sultan Selangor untuk memberi nasihat tentang langkah-langkah seterusnya.

Sehingga DYMM Sultan membuat keputusan muktamad, saya akan meneruskan pentadbiran kerajaan Negeri Selangor bersama 4 ahli MMKN daripada PAS bagi memastikan rakyat tidak terkesan dengan krisis politik ini.

Saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dan semua rakyat Selangor atas sokongan dalam usaha bersama untuk menjayakan agenda reformasi di Selangor.

Saya juga berterima kasih atas kesabaran semua pihak dalam penyelesaian isu dan perkembangan-perkembangan terkini mengikut tatacara yang betul dan berasaskan undang-undang.

Insya'Allah, rakyat Selangor akan terus dipelihara dan diberkati Allah SWT.

YAB TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
17 OGOS 2014

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dulu-dulu .... dah patut di bubarkan . Kami akan turun memberi sokongan pada PAKATAN RAKYAT . TSKI ...... Silakan bubarkan DUN dan adakan PRN . Anda akan tahu tempat anda dimana selepas ini !!!!!

Tanpa Nama berkata...

Tski duit Dan harta banyak.tak jadi mb pun dia boleh mkan 3 keturunan.tak macam kita papa kedana.pampasan dan pencen CEO pnb melambak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...