19 Januari 2013

Panas ! Naib Canselor UUM TERKANTOI Isu program SW1M..!!!


UUM: Universiti Umno Malaysia?

Naib Canselor UUM Prof Datuk Mohamed Mustafa Ishak bolehlah menafikan bahawa Universiti Utara Malaysia (UUM) tidak ada kaitan dengan Umno tetapi anak-anak buahnya bercakap berlainan nada dengan Prof Mustafa Ishak.

UUM yang memang sejak penubuhannya terkenal sebagai Universiti Untuk Mahathir (UUM) tidak dapat mengelak persepsi umum bahawa ianya juga adalah Universiti Umno Malaysia.

Jika tidak kerana tercetusnya fenomena 'Listen.. listen.. listen...' sudah pastinya rakyat tidak menyedari kewujudan 'kilang mencuci minda utama' yang beroperasi memperbodohkan minda anak-anak muda khususnya bangsa Melayu yang menjadi majoriti pelajar di situ sejak sekian lama.


Baca apa kata salah-seorang pensyarah kangkung, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani (gambar) yang mempertahankan hubungan UUM dengan kekuasaan Umno pada program Bicara Minda Tun Dr Mahathir Mohamad bertajuk “Masa Depan Melayu & Islam Selepas PRU13, ~ L. M@RHAEN



 Walaupun wujud persaingan sengit dari PAS-PKR untuk menarik sokongan pengundi Melayu di luar bandar dan bandar, namun hakikatnya undi orang Melayu masih kuat kepada Umno-Barisan Nasional (BN).

Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani dari Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, orang Melayu akan terus mempertahankan Umno kerana tiada parti yang boleh memperjuangkan hak-hak orang Melayu.

Maka ujarnya peringatan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tepat pada waktunya agar orang Melayu tidak salah memilih parti yang akhirnya menghakis hak-hak mereka.

“Tun (Dr) Mahathir melihat kepada survival Umno sebagai parti ulung kepada orang Melayu. Beliau mahu orang Melayu terus mempertahankan Umno kerana tiada parti selain Umno yang boleh mempertahankan atau memperjuangkan hak orang Melayu.

“Beliau tidak yakin parti-parti lain khususnya pembangkang seperti PAS dan PKR boleh memperjuangkan hak orang Melayu selain Umno.

“Undi orang Melayu masih kuat kepada Umno-BN walaupun ada saingan sengit dari PAS yang berperanan menarik sokongan pengundi Melayu luar bandar dan PKR di bandar. PAS,PKR juga bersungguh-sungguh menarik sokongan pengundi baru,” katanya. bla... bla.. bla...

Bawani dakwa pelajar diwajib hadir forum SW1M

Mahasiswa jurusan undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM), Bawani KS menegaskan bahawa pihak kampus itu harus bertanggungjawab terhadap penganjuran forum mahasiswa dan politik yang didakwanya sebagai satu 'brainwash'.

Bercakap dalam temubual dengan Malaysiakini petang semalam, Bawani (kanan) turut mempersoalkan mengapa kehadiran mahasiswa diwajibkan khususnya penghuni Dewan Penginapan Pelajar Proton, sekiranya universiti menyatakan mereka tidak mempunyai kaitan dengan forum itu.


"Kalau tak ada kaitan, ramai pelajar diminta hadir dalam program itu. Kalau tidak hadir, akan dibuang kolej dan sebagainya... Ramai pelajar Proton menyatakan kekecewaan, kerana terpaksa hadir.

"Kalau bukan program universiti, kenapa perlu diwajibkan," kata Bawani sambil menambah ada mendengar bahawa pelajar kolej lain turut diwajibkan hadir tetapi tidak pasti kolej kediaman tersebut.
Bawani mengulas kenyataan Naib Canselor UUM Prof Datuk Mohamed Mustafa Ishak yang dilapor berkata pihaknya hanya menyediakan dewan untuk forum itu melibatkan teguran pengerusi NGO Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin kepada Bawani.

Dalam kenyataan kepada beberapa akhbar berbahasa Cina berkata, Mohamed Mustafa berkata universiti itu tiada kena mengena dengan forum berkenaan selain menyediakan tempat.

Manakala laporan Oriental Daily News pula menyebut, Mustafa kecewa apabila ramai yang menuding jari kepada UUM selepas menonton konfrontasi di antara Bawani dan Sharifah.

Mengulas lanjut Bawani meluahkan kekecewaannya dengan kenyataan Prof Mohamed Mustafa itu memandangkan hanya kampus sahaja berkuasa membenarkan pihak luar mengadakan program dalam kawasan universiti.

Benarkan NGO luar

"Pihak universiti yang membenarkan NGO luar datang sebab (forum) ini berlaku dalam universiti. Jadi kita tak boleh kata, universiti tidak ada kaitan dalam isu (forum) ini sebab ia berlaku dalam pagar universiti kita.

"(Ini) perkara yang mengecewakan saya. Universiti kata, kita pinjam tempat sahaja, kita universiti tak ada kaitan. Kita perlu lihat (bahawa) universiti perlu bebas dan neutral.

"NGO itu orang luar, apa-apa yang kita benarkan, universiti ada autoriti membenarkan pihak luar menjalankan apa-apa (program), di dalam (universiti) ini," katanya.

Hadir ke forum tersebut dengan inisiatif sendiri, Bawani turut mempersoalkan majlis bacaan ikrar yang didakwanya menggesa pelajar supaya tidak terlibat antaranya hadir dalam demonstrasi jalanan.

Sebelum itu Bawani berkata pada mulanya terdapat slot mengenai wanita dan politik dan tetapi secara tiba-tiba, dakwanya, terpapar di skrin antaranya mengenai "perhimpunan kotor" BERSIH 3.0, kenyataan ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berhubung kebebasan beragama dan kecaman terhadap pengerusi BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga.

Beliau yang juga pemegang ijazah sarjana muda psikologi dari Univerisiti Kebangsaan Malaysia berkata beliau tidak pernah berdepan dengan situasi itu sepanjang beliau menghadiri pelbagai forum.

"Ini menunjukkan sesuatu yang salah, ada sesuatu makna yang tersembunyi," katanya yang juga seorang aktivis NGO yang dikaitkan dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM), JERIT.

Sekalipun dalam hati kecilnya ada perasaan marah sewaktu berdepan saat konfrantasi 'listen' dengan Sharifah, namun Bawani berkata beliau mampu mengawal perasaannya dan menghormati kepada Sharifah.

Bagaimanapun apabila beliau cuba meminta keizinan untuk bercakap berkaitan pendidikan percuma menyebabkan suara Sharifah menjadi semakin lantang sehingga dianggapnya boleh menyebabkan tanggapan buruk kepadanya.

"Orang akan lihat, orang besar kata berhenti. Saya sebagai mahasiswa, (hanya) orang kecil... Saya fikir Puan Sharifah sudah bentuk satu suasana untuk menarik penonton bahawa saya, very bad, very rude.

'Kami bersama kamu'

"Tapi saya tunggu, saya ingat Puan Sharifah akan berhenti untuk respons kepada soalan itu, dan akan beri peluang saya bercakap. (Jadi) cara dia jawab... Saya tidak akan mendapat jawapan.

"Saya akan dikutuk teruk. Penonton pula sudah mula tepuk tangan, macam sokong apa pun Puan Sharifah cakap. (Oleh itu) saya kata abaikan. Penonton akan menilainya. Kalau tengok video tu, (perasaan) saya memang kecewa," katanya.

Ditanya mengenai maklumbalas selepas insiden tersebut, Bawani berkata ramai rakan-rakannya marah dan mengutuk susulan tindakannya dalam forum tersebut.

Bagaimanapun selepas menonton video tersebut, mereka memohon maaf kepadanya khususnya di laman sosial Facebook miliknya.

"(Mereka kata) kami tidak dapat bayangkan apa yang kamu nak cakap. Ada orang cakap, (memang) betul kamu rude. Tapi lepas tengok (video) program itu, baru dapat tahu, kenapa kamu bersikap begitu.

"Secara umum ramai kawan sekolah rendah, menengah dan di UKM, mereka cukup gembira dan memuji saya. Mereka kata, saya berani. Dan ramai yang kata, kami bersama kamu, jangan bimbang," katanya. ~ mk

Awas provokasi terbaru UMNO! Strategi terdesak UMNO/BN


Politik kotor dan kolot Umno-Barisan Nasional sejak pemerintahan Mahathir hingga Najib Tun Razak tidak berubah. Politik fitnah dan mengaibkan maruah serta cubaan rasuah tokoh pembangkang menjadi modus operandi utama di dalam mengekang kebangkitan rakyat menyokong perubahan.

Pengalaman pilihanraya 1990 dalam pakatan pembangkang menerusi Angkatan Perpaduan Ummah dan Gagasan Rakyat, Tengku Razaleigh Hamzah dicanang sebagai agen Kristian hanya kerana memakai tengkolok Sabah yang ada corak seakan salib.

Gambar Ku Li memakai tengkolok Salib ini menjadi bahan kempen utama di dalam menjatuhkan kepercayaan rakyat kepada Angkatan Perpaduan Ummah dan Semangat 46.


dari blog MM -Salam Sejahtera…

Aku rasa isu ni panas,, buat kita semua rakyat Malaysia,, ada sesuatu yang tak kena berlanjutan dari isu Kalimah Allah,, ada tangan-tangan syaitan yang tak dikenali cuba menjirus petrol ke api dalam sekam…

Sekejap tadi sapa ada sempat tengok berita tv NTV 7 jam 7 ptg,,, ada kisah cubaan nak menghuru hara keharmonian rakyat di Pulau Pinang…..
Satu laporan Polis dengan isu Kitab Bible diberikan oleh orang yang tak dikenali kepada pelajar melayu Islam…..

Bila aku buka FB sekejap tadi satu lagi kisah yang sama agaknya….


Gerakan memburu dua ekor babi yang menyebarkan dakyah agama Kristian pd pelajar melayu di Sekolah Menengah Kebangsaan Jelutong pd 17-1-2013 jam 12.30 tengah hari kemarin. Tindakan babi-babi ini mengedarkan bible kepada pelajar sekolah menyalahi larangan Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan.
Oleh itu Sheriff Persatuan Muka Buku dengan ini mengistiharkan pemburuan operasi besar-besaran dua ekor babi musuh islam ini.dua ekor babi ini diperlukan hidup-hidup untuk disoal siasat samaada mereka menerima sebarang arahan daripada King of Babi in Penang.
Ley tang ngor…see la ley…pok kai… — bersama Emmy Hazrul Full, HaFeez Gekko, Motor Siber dan 47 yang lain


Sumber Klik Sini

Jangan terkejut, jangan melatah,,, Ingat Yahudi dan musuh Islam melalui agen-agennya dah mula cuba menggnggu gugat keharmonian Umat Islam dengan penduduk bukan islam di Malaysia…

Kenapa bila nak hampir dengan PRU13 bibit-bibit kejadian sebegini boleh berlaku semula… Cukuplah kisah baling tulang babi ke masjid, isu bakar gereja,, rakyat dah tahu ini kerja siapa woii.

Rakyat nak PRU,, nak humban UMNO,,, bukan nak cari pasai bergaduh isu agama woiii……


***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.net/2013/01/18/awas-provokasi-terbaru-umno/

Panas ! Yang mana satu kita hendak percaya?


Yang mana satu kita hendak percaya?


Zaman saya kanak-kanak dan remaja dulu, hidup susah tetapi hati kita umumnya senang. Ada makan, ada pakai dan ada rumah robek cukuplah. Itu zaman penjajah dan zaman awal merdeka.

Alhamdulillah, hasil kemerdekaan hidup menjadi lebih senang. Makan lebih daripada mencukupi. Kita tidak sehelai sepinggang lagi. Rumah robek masih ada, tetapi tidaklah sebanyak zaman dulu. Robek-robek pun rumah kita juga. Yang kita takuti adalah semakin ramai orang kita tidak mampu lagi memiliki sebarang bentuk kediaman — terpaksa menyewa sepanjang usia.

Hari ini, yang nampak lebih ketara adalah ramai orang mengeluh, tidak senang hati, marah dan menyampah. Rasa ketidakberdayaan seperti ini adalah negatif dan berbahaya. Boleh membawa kepada gangguan mental.

Mungkin punca ramai orang celaru adalah maklumat yang terlalu banyak, terlalu pelbagai, terlalu pantas dan disalurkan pula melalui terlalu banyak medium — arus perdana, propemerintah, antipemerintah, propembangkang, antipembangkang, bebas, berkecuali dan macam-macam lagi. Zaman saya hanya ada Radio Malaya, Utusan Melayu, Warta Negara, Straits Times dan Straits Echo.

Kemelut nilai RM

Ambil contoh akhbar arus perdana The Star hari ini. Satu laporan mengatakan harga keperluan perayaan Tahun Baru Cina (TBC) naik kerana kadar tukaran mata wang ringgit.

Antara lain, laporan dari Georgetown itu berkata, harga barangan perayaan TBC yang diimport dari China dan Negeri Thai naik antara 5 peratus dan 10 peratus “kerana perbezaan mata wang”.

Kalaulah laporan itu tepat, kesimpulan yang boleh kita buat adalah harga naik kerana nilai ringgit Malaysia lebih rendah daripada renminbi (yuan) China dan baht Thai.

Tetapi dalam laporan lain bertajuk “Ringgit strengthens and emerges as Asia’s 2nd Best” diberitakan yang RM muncul sebagai mata wang kedua terbaik di Asia sejak permulaan tahun ini.

Awal minggu ini, nilai ringgit mencatat paras tertinggi dalam dagangan harian pada kadar 3.0032 bagi setiap satu dolar, iaitu paras paling tinggi dalam tempoh sembilan bulan sejak 12 Mac lalu.

Kita pun hairanlah sikit apabila Bank Negara kata bagus nilai ringgit naik. Tetapi apabila nilai ringgit merosot, Bank Negara kata bagus juga. Memang betul, sebagai negara perdagangan yang eksport dan import barangan, kita untung. Apabila nilai ringgit naik, kos import turun. Tetapi bagi orang yang import barangan kita, kos import naik dan mereka mungkin kurangkan import.

Lagipun, kalau ringgit naik berbanding dolar saja tidak memadai kerana memang nilai dolar jatuh disebabkan ekonomi Amerika meleset dan kerajaannya pula sedang hadapi masalah belanjawan yang sangat rumit.

Seperkara lagi, kita pun hairan apabila pihak berkuasa berdiam diri mengenai dakwaan kononnya berbilion dolar mengalir keluar dari negara kita secara haram. Peliknya, yang sama apabila masuk ke Singapura atau Hong Kong tidak haram lagi.

Yang saya tahu, harga makanan ikan, burung dan ayam naik. Pelihara ikan dan ayam serta beri makan burung liar adalah kegemaran saya. Jadi, sedikit sebanyak saya tahulah keadaan harga barangan import.

Harga makanan di restoran dan gerai pun sudah banyak naik. Ada yang naik dari segi harga manakala yang lain pula “naik” melalui pengecilan hidangan. Dulu sebungkus nasi lemak sudah kenyang. Sekarang dua bungkus pun tidak sekenyang mana. Roti canai dan hidangan lain pun macam itu juga.

Ramal dan tilik pilihan raya

Tak sah kalau tak cakap sikit fasal politik. Makin hampir pilihan raya umum, makin panas dan makin pelbagai ramalan.

Syirik atau tidak, satu hal. Yang sahih, antara ramalan itu banyak yang karut-marut dan syirik. Anehnya, ramalan karut-marut lebih selamat daripada ramalan berdasarkan simulasi berkomputer. Silap-silap kena buang kerja.

Ada yang kata tengok bintang dan cakerawala. Ada yang suruh tanya tukang tilik. Ada yang kata sami Buddha dan Hindu lagi tahu. Ada yang yakin pembaca daun teh lebih tepat. Ada yang tanya sami wanita dari Burma, Kiai Jawa dan bomoh Siam dari Songkla.

Yang pergi berdoa di Makkah dan Madinah itu biasalah. Tidak mengapa kerana orang Islam digalakkan berdoa. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai ramalan dan tilik nasib, bacalah The Star. ~ AKJ

18 Januari 2013

TERHOT & GEMPAR : MODUS OPERANDI BERI IC KEPADA PENDATANG DI SABAH (PENDEDAHAN RCI )....JUGA BERLAKU DI SELANGOR..???

                  Pendaratan PATI Myanmar di Langkawi pada 15/1/2013 - 4 buah bot 

Wujudkah 'Projek IC' di S'gor, Anwar tanya SPR

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut penjelasan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sama ada modus operandi untuk memberikan kewarganegaraan dan hak mengundi, seperti yang didedahkan dalam siasatan suruhanjaya diraja (RCI) mengenai pendatang di Sabah, juga berlaku di Selangor .

Beliau berkata, kerajaan negeri Selangor telah menjalankan kajiselidik mengenai pengundi baru di negeri itu pada suku keempat tahun 2011, dan terdapat kira-kira 134,000 pengundi baru yang tidak dapat dikesan.

Anwar bertanya adakah mereka ini tergolong di bawah kategori yang sama seperti yang dijelaskan dalam RCI.

"Kita perlu respons segera dari SPR, kerana ia telah berlaku pada masa lalu dan kami mempunyai bukti untuk menyokong hujah tersebut.

"Bolehkah kita mendapatkan jaminan mutlak daripada SPR bahawa ini tidak akan berlaku?" Beliau mempersoalkan semasa sidang akhbar hari ini.


Mungkin pendaratan PATI Myanmar  seolah-olah dirancang terutama di perairan Langkawi pada disember 2012 dan awal  januari 2013 ada 3 Kes yang telah dilapurkan rujuk SINI  dan SINI.

Kemanakah PATI-PATI ini selepas ditangkap...?


Pendaratan PATI dari Myanmar pada 29hb. Disember 2012 


Pendaratan PATI dari Myanmar pada 25hb. Disember 2012 


MUNGKIN CERITA INI ADA KAITAN...............

Skandal IC kepada PATI Burma di stadium Cheras?



Benarkah pendatang asing Burma di beri IC dalam projek memberi kerakyatan dan IC di Stadium KLFA Cheras? Berselindung di sebalik status pelarian United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) ? Jangan korang tanya bagaimana gua tau skandal projek MEMBURMAKAN negara kita,Tapi tanya kenapa semua ni berlaku dan mengapa pemimpin PR tak peduli isue nih?

Himpunan Burma Burma pendatang haram yang di beri kad UNHCR kemudian hari ini mereka bergembira menerima IC !!! ini lah dia tujuan mereka datang berbondong bondong...


BERITA PENUH BACA SINI



Kedahkini

TERKINI ! SPRM PANGGIL DEPAK, ADAKAH UNTUk BERSIHKAN NAJIB ATAU TEKANAN UNTUK PM JADI TEKA-TEKI....???



Deepak dipanggil ke pejabat SPRM, akan dedah semua maklumat




KUALA LUMPUR, 18 Jan — Usahawan karpet Deepak Jaikishan hari ini memberitahu menerima arahan supaya hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Putrajaya (SPRM) bagi memberikan keterangan melibatkan Pengakuan Bersumpah (SD) kedua oleh P Balasubramaniam berkenaan dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006.

Deepak (gambar) memberitahu kepada The Malaysian Insider dalam satu pesanan khidmat ringkas (sms) akan menyerahkan kesemua bukti secara bertulis kepada SPRM apabila bertemu dengan mereka petang ini.



“Ya, SPRM panggil saya berhubung dengan SD kedua Bala,” kata Deepak dalam mesejnya. “Saya akan dedahkan semuanya secara bertulis kepada SPRM hari ini.”

Misteri identiti peguam tersebut timbul sejak SD kedua oleh Bala, ia bertarikh sehari selepas yang pertama pada 3 Julai 2008 melibatkan pembunuhan Altantunya hingga menyebabkan dua anggota elit komando polis telah didakwa dan menghadapi hukuman mati.

Dalam sidang medianya selepas itu, Balasubramaniam, ditemani oleh peguam M. Arulampalam telah menarik balik akuan bersumpah pertamanya dan mengatakan beliau dipaksa untuk menandatanganinya.

Beliau kemudian membuat akuan bersumpah kedua, yang kemudiannya didakwa beliau pada 2008 dilakukan oleh peguam lain tanpa persetujuannya.

Isu pembunuhan Altantunya dan SD Bala ini kembali mendapat perhatian umum selepas Deepak baru-baru ini mengakui beliau terlibat dalam mempengaruhi SD kedua Balasubramaniam.

Beliau juga telah mendedahkan penglibatan seorang “Tan Sri” dalam SD tersebut dan kemudiaannya peguam senior Datuk Zaid Ibrahim juga membuat kenyataan susulan bahawa individu tersebut memegang kedudukan dalam panel Suruhanjaya SPRM. ~ TMI

PANAS ! PEPERANGAN PROKSI TUN DENGAN NAJIB MAKIN HANGAT...BIAR SAMPAI TERBURAI ???


Deepak gesa Najib nyatakan kebenaran mengenai SD2



 
Ahli perniagaan permaidani, Deepak Jaikishan hari ini membalas kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempersoalkan kredibilitinya, dengan menuntut perdana menteri menyatakan kebenaran di sebalik akuan bersumpah (SD) kedua penyiasat persendirian, P Balasubramaniam.

deepak 110113 01
"Nampaknya jawapan anda yang tidak boleh dipercayai, manakala 
apa yang saya telah didedahkan dengan terperinci mengenai kes pembunuhan ini adalah benar," kata Deepak dalam satu kenyataan pagi ini.

"Boleh saya cadangkan anda sebagai perdana menteri sekarang, menjelaskan kebenaran mengenai akuan bersumpah kedua (SD2) kepada rakyat Malaysia dan bukan hanya duduk di atas kerusi PM seperti 'sitting duck'!"

Ahli perniagaan permaidani itu, yang telah membuat beberapa
tuduhan serius terhadap perdana menteri dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, sekali lagi menggesa pasangan itu supaya menjawabnya.


NONEMalam tadi, Najib memecah kebisuannya berhubung dakwaan Deepak bahawa beliau dan keluarganya terlibat dalam operasi menutup SD Balasubramaniam, yang mendakwa perdana menteri mempunyai hubungan dengan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Deepak mendakwa dia telah diminta oleh Najib dan Rosmah supaya meminta Balasubramaniam, yang hidup dalam buangan di India, menarik balik SD asalnya.

"Ianya tidak benar. Yang itu (Deepak) bukan orang yang boleh dipercayai," kata Najib dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur selepas mesyuarat majlis tertinggi BN malam tadi.

TERKINI ! Tentera Algeria Gempur Penculik 30 tebusan terbunuh ( + Video )



LINK VIDEO

Sumber keselamatan melaporkan sekurang-kurangnya 30 tebusan dan 11 penculik yang terbunuh dalam operasi ketenteraan yang berakhir 36 jam selepas ditahan.

Sekurang-kurangnya 30 tebusan dan 11 ahli kumpulan sekutu al-Qaeda terbunuh apabila tentera Algeria menyerbu tumbuhan padang pasir gas untuk membebaskan tawanan, agensi berita Reuters telah memetik sumber keselamatan Algeria sebagai berkata.

Lapan Algeria dan tujuh warga asing, termasuk dua British, dua Jepun dan Perancis negara, adalah antara yang mati, kata sumber itu.

Televisyen negeri Algeria dilaporkan sebelum ini bahawa empat asing telah dibunuh selepas akhir operasi telah diumumkan lewat pada hari Khamis.

Komunikasi Menteri Mohamed Said berkata tentera telah dipaksa untuk bertindak selepas berunding dengan penculik gagal.

Beliau berkata, ramai pejuang telah dibunuh dalam operasi di Dalam medan gas Amenas.

Terdahulu, seorang jurucakap bagi kumpulan itu memegang tebusan berkata 34 tawanan telah dibunuh bersama-sama dengan 15 penculik oleh sebuah helikopter kerajaan menyerang konvoi mengangkut tebusan dan menangkap mereka.

'Pejuang Libya'

Briged Masked berkata pejuang merampas pekerja pada hari Rabu sebagai membalas dendam untuk Algeria membiarkan Perancis menggunakan ruang udara untuk melancarkan operasi menentang pemberontak di utara Mali , tetapi pakar keselamatan berkata serbuan itu muncul juga telah dirancang terlebih dahulu.

Pejuang datang dari Libya, menurut menteri dalaman Algeria.

"Menurut maklumat yang kita ada, kumpulan pengganas yang menyerang Dalam laman Amenas datang dari Libya," Dahou Ould Kablia memberitahu Algeria Arab bahasa harian Echorouk.

Kablia berkata pada Rabu penculik adalah dari rantau ini, menafikan bahawa mereka datang dari Libya atau dari Mali sebagai sebahagian daripada mereka mendakwa.

Reuters memetik sumber keselamatan mengatakan 2 Libya adalah antara pejuang yang terbunuh dalam operasi ketenteraan, bersama-sama dengan Mesir, Tunisia, Perancis dan Mali.
Agensi berita APS rasmi Algeria berkata hampir 600 pekerja Algeria dan empat tebusan asing - dua Briton, Perancis dan Kenya - telah dibebaskan semasa operasi.Kementerian Luar Ireland berkata seorang lelaki Ireland juga telah dibebaskan.

Beberapa negara yang warganegara adalah di kalangan orang-orang tebusan diambil kritikal operasi tentera Algeria untuk membebaskan tawanan.

Jepun menggesa kerajaan Algeria untuk meletakkan "akhir segera" untuk operasi.

Di Washington, White House Setiausaha Akhbar Jay Carney berkata pentadbiran AS telah "bimbang tentang laporan kehilangan nyawa dan sedang mencari kejelasan dari kerajaan Algeria".

Britain telah tidak diberi notis terlebih dahulu daripada operasi kerajaan Algeria untuk melepaskan tebusan dan lebih suka untuk telah dimaklumkan, jurucakap Perdana Menteri, David Cameron berkata.

'Pencerobohan kejam'

Pejuang, berkomunikasi melalui media di negara jiran Mauritania, berkata mereka mempunyai berpuluh-puluh lelaki bersenjatakan dengan mortar dan peluru berpandu anti-pesawat dalam kompaun dan telah rigged dengan bahan letupan.

"Kami berpegang kerajaan Algeria dan kerajaan Perancis dan negara-negara tebusan bertanggungjawab sepenuhnya jika tuntutan kami tidak dipenuhi, dan ia terpulang kepada mereka untuk menghentikan pencerobohan kejam terhadap rakyat kita di Mali," membaca satu kenyataan yang dibawa oleh Mauritanian media .

Dua orang rakyat Britain dan Algeria telah dibunuh pada Rabu, selepas pejuang melancarkan serangan hendap bas yang membawa pekerja dari kilang gas ke lapangan terbang berdekatan.

Dalam bidang gas Amenas bersama dikendalikan oleh British gergasi minyak BP, Norway Statoil dan Sonatrach Algeria.

Perancis melancarkan serangan besar terhadap kumpulan pemberontak Ansar al-Dine di Mali pada 11 Januari untuk menghalang mereka daripada mara pada modal, Bamako.

Algeria telah lama memberi amaran terhadap campur tangan ketenteraan terhadap pemberontak, takut keganasan boleh melimpahi sempadan.


-sumber Aljajeera

PRU13 -Pengundi Kali Pertama Jadi Penentu, 71 % pengguna facebook


Kajian menunjukkan pegundi kali pertama penentu Pilihan Raya 2013

 Pengundi kali pertama sebahagian besarnya berpendidikan tinggi, orang dewasa bekerja, berumur di bawah 40, merasakan kesukaran berurusan dengan kos hidup meningkat, tetapi separuh daripada mereka sudah membuat keputusan tentang siapa mereka akan pilih pada Pilihan Raya 2013, menurut tinjauan pendapat terbaru yang dikeluarkan oleh Merdeka Center.


Tinjauan mengenai “Pendapat Umum Pengundi Kali Pertama” yang dilakukan diantara November dan Disember juga menunjukkan lebih separuh daripada pegundi baru mengakui sinis politik, tetapi dua pertiga merasakan Putrajaya mendengar kepada rakyat di antara pilihan raya, menunjukkan demografi ini melambung tinggi diantara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).

“Walaupun sinis terhadap kerajaan dan politik, majoriti masih merasakan kerajaan mendengar kepada orang awam — menandakan persaingan rapat keadaan politik pasca 2008,” kata Merdeka Center dalam laporan ringkasan eksekutif.

Badan tinjauan bebas itu membuat tinjauan terhadap 826 pengundi baru berdaftar di semenanjung Malaysia berumur 21 keatas dan akan mengundi buat pertama kalinya dalam beberapa bulan akan datang.

Penganalisis dan ahli politik pembangkang yakin PR akan mendapatkan sokongan besar pengundi baru akan tetapi tinjauan menunjukkan sebaliknya, mencadangkan satu pertarungan dekat daripada yang dijangkakan.

Kajian Merdeka Center yang dikongsi kepada The Malaysian Insider semalam, menunjukkan majoriti pengundi kali pertama di semenanjung jatuh kepada kategori pendapatan pertengahan atau pendapatan tinggi, akan tetapi tiga daripada lima responden berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan, menandakan mereka hidup di pinggir garis kemiskinan bandar.

Kaji selidik itu mendapati hampir 90 peratus di bawah umur 40 tahun, secara kebetulan juga menandakan umur akhir untuk keahlian dalam sayap pemuda semua parti politik, kecuali pembangkang PKR — dihadkan kepada 35 tahun.

Lebih daripada separuh responden mempunyai sekurang-kurangnya diploma.

Lebih kurang separuh bekerja dengan sektor swasta. Hanya 15 peratus bekerja dengan sektor awam atau bekerja dengan syarikat berkait kerajaan; dengan selebihnya 34 peratus merangkumi pelajar, suri rumah atau persara.

Kaji selidik itu juga mendapati sementara media arus perdana terutamanya program televisyen kekal sebagai sumber maklumat utama, lebih separuh daripada responden telah beralih kepada internet untuk mendapatkan berita, dan tujuh daripada 10 merupakan pengguna Facebook.

Tiga perempat daripada responden juga berkata mereka bersedia untuk berkongsi maklumat mengenai politik.

“Laman media sosial terutama Facebook muncul sebagai salah satu platform paling penting bagi perkongsian maklumat sebagai 71 peratus pengundi adalah pengguna Facebook, kebanyakannya mengakses laman web tersebut beberapa kali sehari,” menurut pemerhatian Merdeka Center.
“Tidak seperti pengudi lebih tua yang secara umumnya lebih positif terhadap penguasa, mood pengundi baru dilihat terpecah diantara condong kepada status quo dan yang mahukan perubahan,” tambah badan tinjauan tersebut.

Kaji selidik itu juga mendapati pengundi baru tidak akan terpengaruh dengan pendapat politik persekitaran terdekat mereka — kawan-kawan, jiran-jiran dan saudara-mara atau ahli politik, menunjukkan ramai mampu untuk membuat keputusan mereka sendiri.

Pengundi kali pertama yang membentuk 30 peratus daripada 13 juta populasi pengundi, dilihat menjadi penentu kepada keputusan pilihan raya umum ke-13.

Kedua-dua Barisan Nasional dan pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS telah melakukan serangan daya tarikan mensasarkan pengundi demografi muda menjelang pilihan raya yang mesti diadakan sebelum mandat BN tamat pada April.

Parti-parti pembangkang mendapat keuntungan yang signifikan pada pilihan raya umum ke-12, mengawal 82 daripada 222 kerusi Parlimen, selain memegang tiga negeri utama di sepanjang pantai barat semenanjung — Selangor, Pulau Pinang dan Kedah — di samping mengekalkan Kelantan semenjak 22 tahun lalu.

17 Januari 2013

Kantoi ! AKIBAT KAKI FITNAH .. Utusan Kalah Kerana Notis rayuan cacat..!!!

5 Hakim Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Utusan


PUTRAJAYA: Lima orang Hakim Mahkamah Persekutuan hari ini sebulat suara menolak rayuan Utusan Malaysia ke atas keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini yang memihak kepada anggota Parlimen Shah Alam, Haji Khalid Samad.

Dalam keputusannya hari ini Mahkamah Persekutuan memutuskan tidak memberikan kebenaran kepada pihak Utusan untuk merayu sekaligus keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi sebelum ini dikekalkan.

Mahkamah juga memerintahkan Utusan membayar kos sebanyak RM10,000-00.

Lima orang Hakim yang bersidang di dalam rayuan hari ini adalah Hakim Tan Sri Richard Malanjun, Hakim Datuk Bentara Luar Datuk Haji Hashim Bin Datuk Hj. Yusoff, Hakim Datuk Ahmad Bin Hj Maarof, Hakim Datuk Hasan bin Lah dan Hakim Datuk Jeffery Tan Kok Wha.

Mahkamah Rayuan pada 24 Mei 2012 telah menolak dengan kos rayuan Utusan Malaysia ke atas keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkan Utusan membayar gantirugi RM60,000-00 kepada Ahli Parlimen Shah Alam itu.

Pada 21 November 2011 Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Tuan Prasad Sandhosham Abraham telah memutuskan bahawa artikel di muka hadapan Utusan Malaysia bertarikh 10/9/2009 bertajuk ““ZULKIFLI BIDAS ‘PAK JANGGUT’ ” adalah memfitnah ke atas YB Khalid Samad.

Antara lain artikel tersebut menulis:

“Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin membidas individu yang digelarnya ‘Pak Janggut’ yang sanggup memutar belit ayat-ayat al-Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil Hindu di Seskyen 23, Shah Alam yang menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk di kawasan itu.

Menurutnya, ‘Pak Janggut’ turut menyalahkan umat Islam di Seksyen 23 kerana tidak bersikap adil dalam membantah pembinaan kuil di kawasan kediaman mereka.

“Yang paling pelik, ‘Pak Janggut’ ini sanggup memutar belit ayat al-Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil,"katanya.”

Untuk rekod, pada tahun 2010 Khalid Samad telah memfailkan Writ Saman ke atas Utusan melalui Tetuan Mohamed Hanipa & Associates atas dakwaan artikel Utusan tersebut telah memfitnah beliau.

Mahkamah Tinggi memutuskan perkataan 'Pak Janggut' di artikel tersebut adalah merujuk kepada Khalid Samad kerana sebelum artikel tersebut diterbitkan Khalid Samad ada menulis surat kepada penduduk seksyen 23 Shah Alam supaya mereka berlaku adil walaupun ke atas orang bukan Islam dalam isu penempatan semula kuil hindu dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 Shah Alam.

Utusan telah memfailkan rayuan ke atas keputusan Hakim tersebut di mana rayuan tersebut telah didengar di Mahkamah Rayuaan.

Di Mahkamah persekutuan, Mahkamah telah membenarkan permohonan Notis Usul yang difailkan oleh peguam Khalid Samad bagi
membatalkan rayuan Utusan atas alasan Notis Rayuan tersebut cacat kerana pihak Utusan telah gagal mendapatkan kebenaran Mahkamah Rayuan terlebih dahulu sebelum memfailkan rayuan mereka.

Sekaligus rayuan tersebut adalah bercanggah dengan seksyen 68 (1) (a) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 yang memperuntukkan bahawa sebarang rayuan yang kurang dari RM 250,000-00 wajib mendapatkan kebenaran Mahkamah terlebih dahulu.


Mahkamah Rayuan juga memerintahkan Utusan membayar kos sebanyak RM10,000-00 kepada Khalid Samad.

Dengan penolakkan rayuan Utusan oleh Mahkamah Persekutuan hari ini maka usaha Utusan untuk merayu ke atas keputusan yang memihak kepada Khalid Samad berakhir.

Pada pendengaran rayuan hari ini , Khalid Samad diwakili oleh Cik Azhana binti Khairudin dari Tetuan Mohamed Hanipa & Associates manakala Utusan diwakili oleh Encik Mohana Kumar dari Tetuan Shafiee Mohan.

Menurut peguam Hanipa Maidin, Khalid akan memfailkan Notis Taksiran Kos di Mahkamah Tinggi dalam masa terdekat bagi menuntut segala kos perbicaraan di Mahkamah Tinggi yang perlu dibayar oleh Utusan ke atas Khalid.

Panas ! MP Switzerland Setuju Harta Taib Dibekukan dan dikembalikan kpd rakyat

Bekukan Aset-Aset “jenayah” Taib Untuk Dikembalikan Kepada Rakyat Sarawak Kata Para MP Switzerland!


“Seperti keluarga Abacha” – Para MP Switzerland mahu harta Taib dibekukan di bawah undang-undang jenayah.

Para Ahli Parlimen (MP) Kerajaan Persekutuan Switzerland telah bersepakat menyokong usul memohon pihak-pihak berkuasa mereka membekukan aset-aset milik Taib sekeluarga yang didepositkan di negara mereka, supaya harta itu dapat dikembalikan kepada rakyat Sarawak.

Usul itu, yang ditandatangani oleh seramai 22 orang MP, menyamakan Taib dengan Presiden Afrika, Sani Abacha, yang pernah merompak $5 billion dari Nigeria sebelum meninggal dunia akibat lebihan dos Viagra dalam tahun 2011.

Kenyataan mengenai Taib yang dibuat oleh para MP Switzerland itu merumuskan kebencian mereka pada salah-guna kuasa dan perompakan kekayaan milik negerinya sendiri.

“Taib telah menyalahgunakan kuasanya melonggokkan kekayaan untuk dirinya dan keluarganya dan para kroni politiknya menerusi rasuah dan menetapkan beberapa monopoli perniagaan yang dikendalikan oleh ahli-ahli keluarganya dan juga kroni-kroninya. Kajian oleh NGO menunjukkan bahawa keluarga Taib mempunyai pegangan lebih 400 buah syarikat di 25 buah negara dan institusi kewangan luar negara. Aset-aset keluarga Taib dianggarkan melebihi 20 billion Swiss Francs. Sebahagian besar aset haram Taib diperolehi dari pembalakan haram pada hutan Borneo dan kegiatan ekspot haram kayu balak ke luar negara”.[Usul 12.4251 Untuk Membekukan aset-aset Taib di Switzerland - 14/Jan/2013]

Kini terdapat beberapa orang pemimpin kerajaan negerinya yang telah diserang secara terbuka di hadapan umum dengan kritikan-kritikan dari pemimpin-pemimpin kerajaan luar negara dan dokumen ini merumuskan betapa malunya Taib buat negara Malaysia.


Carlo Sommaruga – Ahli Parlimen Switzerland.

Aduan berjenayah

Usul itu, yang difailkan hari ini (Isnin 14hb Januari) telah disertakan dengan aduan jenayah yang rasmi kepada pejabat Peguam Negara Switzerland, dihantar oleh MP Carlo Sommaruga, yang telah selama ini mengetuai kritikan terhadap Taib di Switzerland.

Dalam aduannya itu dia menjelaskan bahawa keluarga Taib sebagai “orang-orang kenamaan dari Malaysia yang bertindak sebagai sebahagian dari organisasi jenayah” dan memerlukan kerajaan untuk mengisytiharkan itu.

Dia menuntut supaya aset-aset mereka disita di bawah Artikel 72 kod yang sama sepertimana yang dilakukan ke atas aset-aset Abacha dibekukan.

Aduan jenayah terhadap Taib dikirimkan oleh MP Carlo Sommaruga kepada Peguam Negara Switzerland.

Bukti

Sebagai bukti terkini mengenai aset-aset Taib sekeluarga di Switzerland, Sommaruga merujuk pada kes perceraian di Kuala Lumpur di antara anak lelaki Ketua Menteri itu dan isteri pertamanya, Shahnaz.

Dalam usul mereka itu, para MP itu menegaskan bahawa “seorang dari keluarga Taib itu telah menyatakan pada bulan Oktober 2012 di bawah akuan bersumpah dalam mahkamah Malaysia bahawa aset-aset keluarga Taib melebihi 100 juta dollar US sedang ditahan di Switzerland atau dalam akaun-akaun luar negara naungan institusi kewangan Switzerland”.

Keterangan Shahnaz, yang turut disokong oleh para penyiasat dan dikemukakan kepada Sarawak Report, adalah:

“Dia memiliki akaun-akaun di Kanada, US, Caribbean, Peranchis, Monaco, Switzerland, Luxembourg, Malaysia, dan Hong Kong,”

“Tuntutan RM100 juta saya dalam bentuk mutaah (pemberian) ini adalah kecil berbanding nilainya yang melebihi RM1 billion. RM100 juta itu bagaikan 10 sen baginya.

“Sebagai contoh, Mahmud mempunyai dua akaun peribadi di Edmond de Rothschild di Luxembourg dengan nilai deposit sebanyak US$25 juta. Dia juga mempunyai dua akaun dalam bank yang sama di Switzerland dengan deposit berjumlah US$31 juta.

“Dua akaun HSBC di Jersey mempunyai nilai simpanan sebanyak US$34 juta, mana kala sebuah akaun HSBC di Hong Kong turut menyimpan US$9.6 juta pada nama Mahmud (Abu Bekir). Kesemua akaun ini mempunyai jumlah simpanan sebanyak US$100 juta.

Shahnaz mengatakan bahawa Mahmud ada lima akaun bank di Bank Pictet and Cie di Bahama, the Caribbean, dengan nilai simpanan sebanyak US$18 juta, dan sebuah lagi akaun di Bank Safra di Bahama dengan nilai simpanan sebanyak US$2 juta.

“Lapan buah akaun peribadi di bawah nama bekas suaminya itu di Bank Safra di Monaco dengan nilai simpanan mencecah US$38.3 juta.

“Di samping itu, Mahmud juga memiliki tujuh buah akaun bank di bawah Bank Union di Switzerland dengan nilai simpanan sebanyak US$27 juta, dan sebuah lagi akaun dalam bank HSBC di Jersey yang mungkin telah dia keluarkan,” katanya.

“Kesemua simpanan ini berjumlah hampir US$159 juta atau bersamaan RM588.67 juta”. [Shahnaz Abdul Majid]




Bapa mertua paling kaya di Asia Tenggara – Shahnaz juga menuntut RM121 juta untuk sokongan selama 2 tahun untuk anak lelakinya. Ini merangkumi dua buah kereta Aston Martin dan RM72,000 dalam bentuk wang saku budak itu yang sedang menuntut di UK.

Ketika memberikan keterangannya, menantu Ketua Menteri itu juga mengesahkan apa yang telah dirumuskan oleh umum, termasuk Sarawak Report. Dia mengatakan Taib sebagai seorang yang terkaya di Malaysia, jika tidak pun di Asia Tenggara, dengan kerakusannya mengeksploitasi sumber asli di Sarawak.

Tuduhan sedemikian tidak terlepas dari pandangan umum di Switzerland yang khuatir bahawa kebanyakan dari aset-aset haram hasil pemusnahan hutan Borneo itu tersimpan dalam sistem perbankan mereka sendiri.

Para MP Switzerland itu berharap jika mereka tidak dapat memperbaiki kemusnahan hutan Sarawak, sekurang-kurangnya keuntungan haram itu dikembalikan untuk membantu rakyat Sarawak memulihkan kesengaraan akibat kerakusan pemimpin mereka selama 30 tahun yang lalu.

Hanya kerana dia telah melarikan wang sebanyak itu tidak bererti Taib boleh melarikannya selama-lamanya.

Isu itu telah dilaporkan dalam akhbar utama di Switzerland, Sonntagszeitung.


Ceritanya terpapar dalam akhbar Sonntagszeitung semalam.


PANAS ! Surat Terbuka Kepada Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin



Oleh Zul Fikri Zamir Mohamad Munir

“Some things you must always be unable to bear. Some things you must never stop refusing to bear. Injustice and outrage and dishonor and shame. No matter how young you are or how old you have got. Not for kudos and not for cash: your picture in the paper nor money in the back either. Just refuse to bear them.”

- William Faulkner, Intruder in the Dust.
SAYA rasa terpanggil untuk menulis kepada Saudari setelah menonton sebuah klip Youtube bertajuk ‘Forum Suara Mahasiswa Part 4’ bertajuk ‘Seiringkah Mahasiswa Berpolitik’ yang telah dimuat naik oleh TvMyMahasiswa pada 9 Januari 2013.

Untuk pengetahuan Saudari, saya adalah mahasiswa pasca-ijazah dalam bidang Pengajian Masa Depan di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Selain terganggu dengan ‘ikrar mahasiswa’ untuk ‘menentang demonstrasi jalanan, anasir luar yang menjadi barah’ dan pelbagai terma pelik yang tidak pernah saya ikrarkan ketika mengambil ijazah sarjana muda dahulu, saya lebih tertarik untuk mengulas mengenai komen Bawani kepada Saudari.

Universiti atau Tadika?

Bawani memulakan komen beliau dengan bertanya kepada Saudari mengenai tuduhan terhadap Ambiga (Pengerusi bersama Bersih) sebagai pencetus anarkis di Malaysia dan Pak Samad sebagai pencetus kepada orang-orang gila yang membuat demonstrasi jalanan. Beliau kemudiannya menjelaskan kepada sidang dewan mengenai pergerakan Bersih yang menurutnya sah di sisi undang-undang serta sebuah gerakan non-partisan.

Perkara pertama yang tidak saya fahami ialah mengapa Saudari perlu turun ke bawah dewan untuk berhadapan dengan Bawani? Adakah sudah menjadi kebiasaan di Universiti Utara Malaysia (UUM, lokasi forum ini diadakan) panelis akan turun dan ‘confront’ audien secara berhadapan? Dalam sebuah forum di negara yang matang saya tidak fikir ‘intimidation’ sebegini perlu.

Kemudian Bawani meneruskan komen beliau dengan memberi contoh negara seperti Argentina, Venezuela dan Brazil yang dikatakan memberi pendidikan percuma kepada rakyatnya bermula dari prasekolah sehingga kepada ijazah pertama. Seterusnya Bawani memperkatakan mengenai keupayaan PTPTN melalui matematik mudahnya iaitu peruntukan sebanyak 10 bilion daripada keseluruhan 200 bilion perbelanjaan Persekutuan dengan memberi contoh Cuba sebagai negara yang pernah melakukannya. Lebih menarik Bawani melakukannya dengan membentangkan tahap literasi Cuba sebagai yang tertinggi di dunia.

Kemudiannya situasi menjadi lebih menarik. Bawani membentangkan GDP Cuba (saya tertanya-tanya apakah jurusan pengajian saudari Bawani?) namun malangnya ketika saya teruja untuk mendengar hujah lanjut Bawani, hujah beliau disambut dengan 10 kali lafaz ‘Listen’ oleh Saudari! Soalan kedua saya ialah, berapa minit komen yang diberikan kepada audien untuk bertanya soalan serta apakah tindakan ini dilakukan semata-mata untuk menutup keupayaan hujah Bawani?

Sebagai ahli akademik saya percaya kepada kebebasan berhujah dan berbeza pendapat. Saya percaya kewibawaan Saudari akan lebih dihormati sekiranya hujah dibalas hujah, bukan hujah dibalas ‘Listen’. Lebih ironi, Saudari kemudiannya mengucapkan ‘Let me speak’ sehingga 7 kali! Saya begitu hairan, dalam bidang pedagogi selalunya perkataan diulang-ulang digunakan hanya untuk anak-anak prasekolah, bukan mahasiswa dengan fakta literasi dan GDP. UUM ini universiti atau tadika?

Hujah vs hujah

Seterusnya saya tidak berminat untuk mengulas mengenai hujah balas Saudari kepada Bawani mengenai ‘When I speak, you listen’, ‘jangan samakan negara lain dengan Malaysia’, ‘apa yang kamu buat di Malaysia, go to Cuba, go to Argentina, go to Libya’ (Libya?), ‘you must understand what is democracy, you must understand – what is perhimpunan lebih dari 3 orang di sesebuah tempat’, ‘animals have problem’, ‘kucing ada masalah’, ‘anjing boleh menggonggong’, ‘lembu kambing ada masalah’, ‘kita manusia lebih rakus daripada ikan’, ‘and you tau tak binatang apa yang paling banyak sekali masalah?’, ‘pernah makanshark finn?’ atau ‘you are very much to go to another university’.

Saya tidak nampak kaitan fakta yang dibentangkan oleh Bawani bermula dari jumlah perbelanjaan negara serta idea untuk pendidikan percuma sehingga kepada GDP negara Cuba dengan jawapan Saudari seperti ‘pernah makan shark finn?’. Saya cuma terkesan apabila Bawani cuba menggunakan bahasa Melayu asas dengan saudari, saudari balas dengan bahasa Melayu rojak.

Saya fikir bukan ini caranya seseorang dengan status ‘degree holder’ seperti Saudari berhadapan dengan mahasiswa seperti Bawani. Saya sendiri tidak berapa setuju dengan hujah Bawani. Faktor sosial, budaya dan georgrafi negara kita sangat berlainan dengan Cuba dan tidak memungkinkan perumpamaan mudah GDP untuk digunakan sebagai hujah.

Walaubagaimanapun saya percaya Malaysia sedang mengalami fasa-fasa menuju kematangan demokrasi. Oleh yang demikian di dalam sebuah universiti yang subur budaya ilmu dengan golongan intelek dan terpelajar, hujah perlu dijawab dengan hujah, bukan dengan ‘When I speak, you listen!’.

Fungsi Mahasiswa

Saya kini dengan rendah diri ingin mengajak Saudari kembali merenung fungsi golongan mahasiswa. Saya percaya ilmu yang terbaik ialah ilmu yang kembali kepada masyarakat. Oleh yang demikian graduan yang paling bermanfaat ialah graduan yang kembali ke masyarakat untuk menyelesaikan 1001 masalah negara.

Dalam Indeks Kebebasan Media, kita berada pada kedudukan 122, di bawah Sudan dan Congo. 10 tahun kebelakang ini berdasarkan Bank Dunia, kenaikan gaji purata rakyat Malaysia hanyalah 2.6% di belakang kadar inflasi iaitu 2.8%. Data Epu/HIS menyatakan jurang pendapatan di kalangan rakyat semakin meningkat dengan 52.8% isi rumah memperoleh pendapat kurang daripada RM 3000 sebulan.

Kedudukan Malaysia di dalam indeks pendidikan antarabangsa seperti PISA dan juga TIMSS juga turun mendadak (PISA 2009, 55 daripada 74 negara; TIMSS 2011 – Matematik daripada 519 kepada 440, Sains daripada 492 kepada 426). Inilah masanya untuk kita gunakan mahasiswa sedia ada dalam bidang masing-masing samada pendidikan, ekonomi mahupun sains sosial untuk berdebat dan berhujah tentang masalah-masalah tersebut.

Sebagaimana yang pernah saya tulis sebelum ini, ketakutan saya ialah apabila mahasiswa yang ada kini sibuk bermain Dota, Facebook, menonton Raja Lawak atau sibuk memuat turun siri kegemaran drama Korea. Graduan harus berfikir lebih jauh daripada kerja, kahwin, beli kereta, rumah dan ‘settle down’.

Fungsi mahasiswa yang sebenar ialah melibatkan diri dengan keputusan kerajaan serta memperkasa masyarakat dengan melengkapkan mereka dengan isu semasa, masalah sosial, isu masyarakat marginal serta golongan tertindas. Golongan terpelajar ini kelak akan memimpin negara, seharusnya asas perjuangan mereka sejak dari awal diletakkan lebih besar dari berkhidmat kepada diri sendiri.

Apa selepas ini?

Saya tidak menulis mewakili Bawani. Jauh sekali mewakili mana-mana gerakan mahasiswa dalam negara. Saya hanya menjalankan tanggungjawab kerana rasa terpanggil akibat status saya sebagai mahasiswa juga. Dan semestinya lorong menggerakkan mahasiswa dan perubahan itu pelbagai. Saya setuju tidak semestinya gerakan mahasiswa itu terdorong untuk berjuang atas ‘politik-merengek’ sahaja, baring-baring atas jalan raya, demonstrasi ataupun berkhemah di Dataran Merdeka.

Tetapi saya juga percaya gerakan yang sama juga tidak akan terbina hanya melalui lawatan ke rumah anak yatim, rumah angkat di kawasan pedalaman (tanpa meremehkan prorgram terbabit) ataupun program-program dalaman universiti ala-ala sambutan tahun baru yang membosankan. Saya percaya asas kepada perjuangan mahasiswa ini ialah ilmu dan sikap. Saya menjemput Saudari untuk membaca karya Ali Shariati khususnya makalah ringan ‘Ideologi Kaum Intelektual’. Namun jika Saudari begitu sibuk dengan persatuan ‘Suara Wanita 1 Malaysia’, saya sedia meminjamkan buku tersebut untuk dibaca oleh saudari.

Saya juga percaya sebenarnya banyak forum-forum sebegini diadakan di seluruh negara namun mereka bijak kerana tidak memuat naik ke atas talian. Malah perkara yang paling sedih dan memalukan ialah sikap mahasiswa di dalam dewan yang bertepuk tangan dan menjerit menyatakan sokongan ketika Sharifah memalukan Bawani dengan serangan peribadi. Berbanding dengan kemarahan warga Internet melalui Twitter dan Facebook; saya melihat jalan ke hadapan mahasiswa untuk berubah masih panjang dan penuh ranjau. Bayangkan dalam dewan dengan 2300 warga mahasiswa, mereka hanya mampu memeluk diri, tersenyum dan menepuk tangan ketika Bawani diperlakukan sedemikian rupa di dalam institusi pengajian tinggi mereka.

Untuk Saudari Sharifah, saya menunggu balasan daripada Saudari. Mungkin jika Saudari berkelapangan saya akan usahakan agar sebuah forum lanjutan dapat diadakan di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya untuk menggalakkan penggunaan akal, etika dan anti korupsi di kalangan mahasiswa 1 Malaysia. Saya akhiri surat ini dengan bait dari Buya Hamka;

Kalau hidup sekadar hidup,

babi di hutan juga hidup.

Kalau bekerja sekadar bekerja,

kera di hutan juga bekerja.

Izinkan saya menyambung sedikit kiasan Buya Hamka di atas;

Kalau mahasiswa setakat belajar,

Lembu di padang juga belajar.

(Selain belajar untuk membuang air, lembu juga belajar untuk membiak)

* Zul Fikri Zamir Mohamad Munir ialah kolumnis di The Malaysian Insider serta Co-Founder Teach For The Needs (TFTN), sebuah gerakan aktivis pendidikan yang boleh dicapai di www.teachfortheneeds.org

16 Januari 2013

Hot! Presiden SW1M Che Pah Listen dah lari lintang pukang... ( +video )






Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) mendakwa presidennya Sharifah Zohra Jabeen diperas ugut berhubung video beliau mencaci seorang pelajar universiti yang kini tersebar luas.

Emalee yang lebih dikenali sebagai “Ratu Naga” yang menguruskan akaun Facebook SW1M menyatakan perkara tersebut apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider.“Mengapa saya tidak pernah meminta beliau untuk mendedahkan dirinya? Seseorang memeras ugutnya.
Jadi saya fikir cara terbaik (adalah) untuk beliau berdiam diri dan saya melakukan semua muatnaik dan penjelasan,” kata anggota majlis tertinggi dan penasihat SW1M. Emalee mengatakan beliau boleh membuat penjelasan oleh kerana turut hadir dalam forum pada 8 Disember di Universiti Utara Malaysia yang dirakamkan dan tersebar luas sebagai sebuah video melebihi 20 minit dan membangkitkan kemarahan di Internet.“Saya menyuruh beliau ke tempat lain yang lebih selamat kerana beliau mempunyai anak. Seseorang cuba memeras ugutnya dan isu ini menjadi bertambah serius,” tambah beliau lagi.

Beliau mengesahkan Sahrifah Zohra tidak menyerahkan kuasa kepadanya untuk sebarang muatnaik di Facebook SW1M sambil menambah presidennya tidak tahu menahu tentang Facebook tersebut.Menurut Emalee, pertubuhan tersebut yang bertujuan untuk memperjuangkan hak wanita dan kanak-kanak ditubuhkan sekitar Januari-Febuari tahun lalu.Beliau berkata SW1M membantu wanita dengan mendengar masalah mereka, termasuk kes-kes penderaan domestik, dimana organisasi tersebut kemudian menyerahkan kepada Perdana Menteri dalam bentuk memorandum.Beliau mengakui bahawa ada yang melihat SW1M sebagai “NGO untuk BN” akan tetapi menekankan organisasi tersebut bebas dan “tidak mewakili mana-mana parti politik”.

Beliau bersetuju bahawa kehadiran slogan “1 Malaysia” dalam nama organisasi mungkin menyebabkan kekeliruan, tetapi berkata bahawa salah satu daripada sebab-sebab ianya dipilih adalah kerana mereka “menghormati” perdana menteri.SW1M telah mempertahankan Sharifah Zohra diatas video yang menunjukkan beliau mencaci pelajar undang-undang Bawani KS dengan kata-kata seperti “apabila ini adalah program kami, kami benarkan anda untuk bercakap “dan” apabila saya bercakap, anda dengar”.Video menunjukkan Bawani bercakap mengenai perhimpunan Bersih untuk pembaharuan pilihan raya dan pendidikan percuma, sebelum ahli panel forum Sharifah Zohra mengganggu serta merampas mikrofon beliau.

Beliau kemudiannya memanggil pengerusi bersama Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan sebagai “anarkis” dan memberitahu pelajar universiti untuk pergi ke negara-negara lain jika mahu membandingkan Malaysia dengan negara luar.Pentadbir organisasi telah berkata Sharifah Zohra tidak tidak perlu meminta maaf kepada Bawani berhubung kenyataannya.Dua pemimpin Barisan Nasional (BN) telah mempertahankan Bawani di Twitter dan berkata bahawa Sharifah Zohra tidak berkaitan dengan gabungan pemerintah itu.Presiden Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) Senator Datuk Syed Ibrahim Kader semalam berkata Sharifah Zohra tidak lagi menjadi ahli parti tersebut, sebelum menuduh beliau mempunyai “sukar mengawal” tingkah laku.

Semalam Emalee berkata politik tidak pernah disebut sepanjang forum dan mendakwa Bawani tidak bercakap semasa sesi soal-jawab tetapi hanya berdiri selepas program berakhir.Beliau berkata bahawa Sharifah Zohra tidak memberi ruang Bawani dan masa untuk bercakap, tetapi mengucapkan perkataan terkenal “dengar, dengar, dengar” garisan apabila pelajar tersebut enggan membiarkan ahli panel bercakap.Beliau berkata forum, yang bertajuk Seiringkah mahasiswa dan politik telah dijalankan?’ anjuran oleh SW1M dengan kerjasama UUM.Bawani, seorang aktivis sosial berumur 27 tahun, memberitahu The Malaysian Insider video menunjukkan bagaimana universiti yang dibiayai oleh negara menggunakan forum pelajar untuk “cuci otak” mereka



Ini semuanya lulusan Akademi SW1M Che Pah Listen kita agaknya...



La ni sapa pun tak mau ngaku Cek Pah Listen ini kawan depa.  KJ kata tak kenal...KIMMA kata dia ni tina gerek luar kawalan.  La ni nak tunggu apa Umno pulak nak kata.....