22 Disember 2012

HOT ! TILAM OH TILAM...AMENO .!!!

Lepas BRIM 2.0....ada bagi tilam pulak...pasai apa umno suka tilam hangpa fikirk sendirilah...senjata Mahathir pun guna tilam jugak.... 




HOT ! KEKAYAAN MAHATHIR TERBONGKAR !!!!

KES NAMA HILANG: Adakah Dr M bekas pemimpin kedua terkaya dengan harta $ 44 BILLION?

Perkara yang paling aneh berlaku sehari yang lalu apabila nama bekas perdana menteri Malaysia, Mahathir Mohamad telah dengan misterinya dipadam dari senarai Wikipedia yang memberi maklumat tentang harta yang dimiliki oleh pemimpin semasa dan bersara di negara-negara serata dunia.

Dengan menyebut 53 rujukan, Wikipedia telah menyenaraikan Mahathir sebagai bekas pemimpin negara yang kedua terkaya di dunia selepas Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang memiliki sejumlah sekitar US $40 ke US$ 70 billion.

Walau bagaimanapun, laman Wikipedia yang masih boleh dilayari di Malaysia, nama Mahathir dengan misterinya telah dipadam pada hari Isnin 17 Disember 2012 beberapa minit selepas Malaysia Chronicle menyiarkan berita Mahathir now the world's second richest ex-leader with US$ 44 BILLION? (Mahathir sekarang bekas pemimpin kedua terkaya dengan harta sejumlah US$ 44 Billion?)

(Sila rujuk pada versi bergambar laman web dimana nama Mahathir disenaraikan dengan jelas selepas Mubarak dan bandingkan ia dengan versi seperti di pautan

(http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_heads_of_state_and_government_by_net_worth.)

Harus diingatkan bahawa berita itu ditulis bukan berniat jahat tetapi berdasarkan dakwaan Wikipedia bahawa Mahathir memiliki sejumlah US$ 44 billion. Jika benarlah dakwaan ini, ia pasti ada implikasi buruk bagi Malaysia dan Mahathir kerana bagaimana seorang perdana menteri yang dipilih rakyat memperolehi begitu banyak kekayaan tanpa melibatkan diri dalam aktiviti yang korup.

Sama ada Mahathir benar-benar memiliki harta sejumlah US$ 44 billion atau tidak, tiada siapa yang tahu. Dan seperti namanya yang tiba-tiba hilang dari senarai Wikipedia, konvulsi kompleks yang perlu dirungkai untuk mengetahui sejauh mana kayanya Mahathir dan keluarganya akan memerlukan lebih dari gabungan penyiasat Hercule Poirot dan Miss Marple. Sekumpulan pasukan terdiri daripada akauntan, para audit, pakar kewangan dan perbankan akan diperlukan, tidak kurang daripada itu.



Mengugut Taib dan Jeffrey?



Walaupun begitu, menurut salah satu daripada sumber rujukan Wikipedia, modus operandi Mahathir boleh dijelaskan melalui penjelasan dan pemahaman logik dari apa yang dilakukan oleh Mubarak contohnya dengan melibatkan diri dalam setiap urusan perniagaan di dalam negara dengan adanya monopoli, birokrasi, rasuah, nepotisma dan banyak lagi. http://www.financetwitter.com/2011/02/marcos-mubarak-mahathir-whos-the-richest-man.html

Mahathir mula memegang kuasa pada 1981dan hanya bersara pada 2003. Pada era 1980-an, keadaan politik dan ekonomi Malaysia tidak stabil dan Mahathir bergelut untuk mengekalkan kuasanya dalam parti, keatas lawannya dan juga kerajaan. Wang sentiasa membantu dalam apa jua masalah. Ini merupakan sesuatu yang Mahathir, sekarang berusia 87 tahun telah sedari pada masa itu.

Ada pemerhati politik percaya bahawa dia telah mengukuhkan kedudukannya dengan mengumpul wang untuk membiayai kerjaya politiknya yang lama dengan pada mulanya menjadikan orang kuat Sabah, Jeffrey Kitingan sebagai mangsa dan seterusnya Taib Mahmud di Sarawak. Dan hingga kehari ini, Taib dituduh masih ‘membiayai’ Mahathir untuk membolehkannya terus berkuasa sebagai ketua proksi Putrajaya di Borneo.

Tidak mungkin Taib boleh kekal sebagai Ketua Menteri begitu lama di Sarawak dan langsung tidak dijentik oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) tanpa dia memberi balasan kepada mereka yang berkuasa di Putrajaya, pusat pentadbiran kerajaan persekutuan. Pada masa yang sama, mereka yang berada di Putrajaya menggunakan Taib untuk merompak hasil kekayaan di Sarawak.

Tidak hairanlah jika semua tahu bahawa Mahathir tidak pernah suka pada Taib dan pernah cuba untuk memperkecilkannya sejurus selepas menjadi perdana menteri pada tahun 1981 dengan hanya menyerahkannya jawatan sebagai menteri wilayah persekutuan untuk menunjukkan ketidakpuasan hatinya pada Taib. Mungkin ada sebab disebalik kegilaan ini. Kebencian Mahathir pada Taib mungkin akan menyebabkannya kehilangan sesuatu yang amat berharga. Jadi, dia mesti menundukkan Sarawak dan menjadikannya patuh pada Putrajaya sebagai tabungan.

Jeffrey tidak mahu kehilangan satu sen pun dari Mahathir sebelum ISA



Taib ‘tidak mahu’atau menolak perlantikannya sebagai menteri wilayah persekutuan dan kembali ke Sarawak dengan satu misi. Sejurus selepas Mahathir menjadi Perdana Menteri, dia mahu mengambil alih tugas bapa saudaranya, Abdul Rahman Ya’kub sebagai Ketua Menteri. Pada masa itu, Sarawak United People’s Party (Supp) dibawah Stephen Yong mengugut untuk meninggalkan BN selagi Rahman yang anti bukan Islam menjadi Ketua Menteri.

Jeffrey, sepertimana keadaan politik di Sabah dimana tidak menjadi rahsia, tidak mahu kehilangan walau satu sen pun wang kepada Mahathir dan Mahathir secara kebetulannya, menjatuhkan Jeffrey dengan menahannya dibawah undang-undang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama 2 tahun.

Jeffrey telah dituduh Mahathir merancang mengeluarkan Sabah dari Malaysia secara paksaan dan menjadikan ia sebagai Republik Kristian dengan dirinya sebagai Presiden. Di Sabah, Mahathir telah dipercayai menjadi dalang yang mengaut semua wang yang ada didalam akaun luar negara milik Jeffrey untuk dirinya sendiri dan menjatuhkan Jeffrey hanya sejurus sebelum pilihanraya negeri itu bermula pada tahun 1994.

Kenyataannya, Jeffrey, yang pada suatu masa, begitu kaya sehingga tidak boleh dibayangkan telah tiba-tiba jatuh miskin setelah ditahan di bawah ISA.

Pembela Mahathir mendakwa bahawa ramai pemegang amanah Jeffrey dan penamanya lari bersama jutaan ringgit yang disimpannya di luar negara, urusniaga di Sabah dan di tempat-tempat lain. Ada yang menyebut, jumlah hartanya di Australia adalah sebanyak US$ 700 juta.

Pemegang amanah dan penama ini tidak lagi bersama Jeffrey namun ada diantara mereka telah mengadakan urusan perniagaan bersama parti pemerintah terutamanya permerdagangan balak yang dipercayai untuk membiayai kerjaya politik Jeffrey sekarang mungkin kerana mereka merasa bersalah di atas apa yang telah berlaku dahulu.

Penahanan Jeffrey kerana ‘Republik Kristian’ kebiasaan Dr M mengalih perhatian perebutan wang?



Tidak diketahui jika dan berapa banyak Mahathir dan/atau negeri itu mungkin telah ambil atau denda Jeffrey secara rasmi atau tidak. Tetapi ini tidak memberhentikan cakap-cakap di kedai kopi di Sabah.

Satu petunjuk datang dari US$ 4 bilion yang disebut Mahathir dari laporan Prince Waterhouse ke atas audit yang dijalankan ke atas Yayasan Sabah semasa Parti Bersatu Sabah memimpin kerajaan negeri pada1994 sedang mengalami kejatuhan. Laporan membuat penemuan ada perbezaan ketara antara harga sebenar atau harga pasaran balak dengan harga kontrak jangka panjang yang jauh rendah.

Mahathir mungkin juga telah cuba mengalih perhatian dari dirinya yang sedang mencuri wang Jeffrey dengan cuba membuktikan bahawa wang itu ada tetapi hilang semasa pemerintahannya pada masa dia menerajui Yayasan Sabah.

Jawapan yang telah diberikan Jeffrey apabila isu itu diketengahkan adalah Mahathir berbohong. Menurut Jeffrey, balak tidak boleh dijual mengikut harga tetap. Lebih banyak jumlah yang dibeli, lebih murah harganya dan begitu juga sebaliknya. Lagipun, harganya pada masa hadapan tidak akan sama.

Taib lebih bernasib baik



Walaubagaimanapun, kebenaran mungkin terletak diantara cerita Mahathir dan penerangan Jeffrey. Dalam apa jua keadaan, pemimpin pembangkang Sabah itu tidak pernah didakwa atas tuduhan rasuah.

Tetapi tidak seorang pun akan menafikan bahawa Jeffrey terlalu kaya pada suatu masa dahulu dan sekarang hanya bergantung kepada pencen yang diberi oleh Yayasan Sabah, parlimen dan dewan negeri. Jika kesuntukan wang, dan bekas pembantunya

atau pemegang amanah tidak mampu untuk menyediakan wang secepat mungkin, dia akan menjual tanah ataupun hartanya atau meminta bantuan abangnya, Joseph Pairin Kitingan, Huguansiou ketua kaum kadazan tertinggi di Sabah.



Jika khabar angin itu benar, Mahathir tentunya sudah mendapat begitu banyak kalau bukan dari Taib, tentunya dari Jeffrey untuk mengisi geroboknya namun bekas Perdana Menteri itu masih memastikan pemimpin Sarawak itu menikmati kemewahan agar orang Islam mendominasi negeri majoriti Dayak beragama Kristian itu.

Dalam kes Jeffrey, Mahathir mungkin mahu memufliskannya sama sekali supaya orang Kristian, penduduk asal di Sabah tidak mempunyai modal untuk menentang dari segi politik sekaligus mencabar tindakan Putrajaya untuk meminggirkan dan menyekat mereka melalui pengasingan kaum secara sistematik, prejudis dan opportunisma seperti yang jelas dalam polisi penjajahan dalaman.

US$ 100 billion hilang semasa pemerintahan Dr M



Jeffrey dan Taib mungkin sasaran awal bagi Mahathir, dengan hidangan utama telah dimamahnya sepanjang 22 tahun pemerintahannya sebagai PM.

Dalam buku tulisan Barry Wain, Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times, menunjukkan sekurang-kurangnya US$ 100 billion telah lenyap pada era pemerintahan Mahathir dari tahun 1981 hingga 2003.

Kebanyakkan dari wang yang hilang ini mungkin wang yang diperolehi dari perbezaan kos sebenar prokumen, kontrak, kuota, tender, permit, konsesi, lesen dan banyak lagi jumlah yang merugikan pembayar cukai sebanyak dua kali ganda malah tiga dan sehingga sepuluh ganda wang sebenar.

Baru-baru ini, Automatic Enforcement System atau Sistem Penguatkuasa Otomatik (AES) telah menelan belanja lebih sepuluh kali ganda bagi Perbendaharaan Negara.

Kemudian, berlaku kes kehilangan wang oleh Bank Negara sebanyak RM30 billion di bursa pertukaran asing pada masa pemerintahan Mahathir. Kita juga mengalami kerugian daripada skim pemerolehan pasaran Tin Antarabangsa di London, jumlah yang tidak diketahui untuk menggantikan peranan orang Cina di Malaysia dengan Jepun dibawah polisi perkauman jahat Pandang Ke Timur yang melakukan pembaziran ke atas Perbendaharaan Negara dengan polisi yang sama jahatnya serta berbaur perkauman Belilah Barangan British. Kesemua bukti rompakan wang ini diselindungi oleh semangat patriotik dibawah label Malaysia Boleh.

Mahathir & Co, seperti yang diberitahu oleh bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah di Australia, tidak lama dahulu, mereka membahagi kontrak sesama sendiri. Razaleigh dituduh pentadbiran Mahathir ‘mengkhianati’ Negara dengan memburuk-burukkannya diluar Negara. Nampaknya, Mahathir adalah Malaysia dan Malaysia itu Mahathir.

Mahathir mungkin telah melakukan apa yang dituduh oleh Razaleigh dengan mengambil wang Negara untuk dirinya sendiri melalui jaringan penama, kroni, si tamak sepertinya juga. Jika benar, dia saling tak tumpah seperti Mubarak dan ramai lagi diktator korup di dunia ketiga yang rakus merompak kekayaan Negara sementara menjadikan hutangnya terlalu tinggi pada masa pemerintahannya.

Menarik perhatian CIA?



Mungkin juga, disebalik buku Wain dan senarai Wikipedia, Mahathir telah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada tahun 2003 kerana takut dirinya akan dipertanggungjawabkan atas penyalahgunaan kuasa dan konflik kepentingan semasa pemerintahannya.

Dia telah dituduh mencari jalan untuk meninggalkan jawatannya tetapi masih mengekalkan kuasa dibalik tabir untuk memastikan pihak berkuasa tidak mendakwanya. Persepsi rakyat adalah Majlis Tertinggi Umno berada dibawah telunjuk Mahathir sementara Najib Razak menjadi Perdana Menteri boneka dari belakang isterinya.

Semua masih ingat lagi pada ucapan selamat tinggal Mahathir yang ibarat sandiwara setelah menitiskan air mata di kaca televisyen sambil mengatakan bahawa dirinya telah ‘gagal mengubah pemikiran rakyat’. Benarkah dia peduli dan itu bukanlah misinya!

Ia mungkin satu kebetulan bahawa Wikipedia telah berjaya menyenaraikan apa yang telah diperolehi oleh Mahathir melalui cara haram sehinggalah kepada PRU ke-13. Ini nampaknya seperti kerja Central Intelligence Agency (CIA) sebagai tanda Washington mahu Mahathir dan Barisan Nasional yang memerintah untuk tidak lagi berkuasa. Ini adalah modus operandi biasa kerajaan AS iaitu keluarkan maklumat peribadi kewangan yang merosakkan sesorang kredibiliti individu yang disasarkan mereka untuk musnah.

Mahathir selama ini telah berhati-hati untuk melindungi kekayaannya di Negara yang tidak boleh diperiksa oleh sistem perbankan antarabangsa SWIFT dan IBAN yang dipunyai dan biayai oleh AS untuk menjejaki perolehan haram, pengubahan wang dan pembiayaan pengganas. Jepun dikatakan antara Negara dimana bekas Perdana Menteri itu menyimpan kebanyakkan asetnya.

Mahathir punyai banyak wang untuk melakukan kerosakan



Kesimpulannya, Mahathir dengan hartanya yang melimpah ruah, boleh meneruskan pengaruh dan penguasaannya ke atas politik Melayu di Malaysia ini iaitu bagi komuniti yang berbahasa Melayu dari bangsa Bugis, Jawa, Minang, Acheh dan India Muslim di Semenanjung Malaysia. Dia dilaporkan membiayai Perkasa, persatuan ektrimis yang diketuai bonekanya Ibrahim Ali dan percubaannya untuk campur tangan dalam hal-hal politik Parti PKR dan PAS pimpinan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

Mahathir sememangnya sudah pun mengawal sebahagian besar wang Petronas dari Sabah dan Sarawak. Dia telah dituduh tidak boleh membezakan antara wangnya dan wang Petronas jika dilihat dari berapa yang dimasukkannya dalam Yayasan Kepimpinan Perdana dan bagaimana dia dengan bebasnya menggunakan pesawat koprat dan kapal layar yang dimiliki oleh Syarikat Minyak itu. Gambarnya bercuti di atas kapal layar di Mediterranean. YDP Agong, ketua Malaysia sendiri tidak pernah memiliki keistimewaan itu.

Mahathir juga mempunyai wang untuk campur tangan dalam Negara seperti Palestin dan Bosnia-Herzegovina dan banyak lagi melalui Yayasan Kepimpinan Perdananya-khasnya untuk menyebarkan teori merapunya tentang kepimpinan dan pembinaan misi dan telah disyaki oleh Washington pada masa lalu membiayai senjata di negara-negara ini. Bagi AS, ini perbuatan melampau.
Sumber Sini

Panasss! Sabotaj Calon BN...VCD Seks Libatkan Speaker Dun Disebar...



Gempar VCD 'seks' libatkan Speaker Dun

Timbalan Pengerusi DAP Perak, V Sivakumar IPOH - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak khususnya wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) gempar menerima sampul surat mengandungi dan cakera padat video (VCD) didakwa memaparkan Speakar Dun, Datuk R Ganesan bersama seorang wanita dalam aksi yang mengaibkan.

Adun Tronoh, V. Sivakumar berkata, sampul berkenaan turut mengandungi helaian kertas bertarikh 27 Julai 2012 yang memaparkan laman portal berita berhubung isu skandal seks MIC melibatkan Ganesan.


Menurutnya, sampul surat berkenaan turut diterima Adun Buntong, A. Sivasubramaniam dan ia turut mengandungi VCD serta helaian laman portal yang memaparkan isu skandal seks yang sama.


“Kami agak terkejut setelah menerima sampul surat yang berisi kandungan sedemikian. Apatah lagi, ia diterima ketika sidang dewan sedang berjalan.


“Bagaimanapun, demi menjaga nama baik Dewan yang mulia ini kami daripada pihak pembangkang mengambil keputusan untuk menyerahkan sampul berkenaan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang media hari ini.


Sivakumar dan beberapa barisan pimpinan PR Negeri kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh berhubung perkara berkenaan selepas itu.


Dalam pada itu, Ganesan menafikan terlibat dalam aksi yang didakwa dipaparkan dalam VCD itu.


gambar hanya khiasan


Katanya, dakwaan itu bertujuan mengaibkan kedudukan beliau sebagai Speaker Dun.

21 Disember 2012

Gempar ! Pendapatan Peneroka RM50,000 Sebulan...?

 

 BAKI TUNAI PENDAPATAN PENEROKA RM5.00?

Kejayaan terbesar FGVH, kata Isa Samad ialah mengangkat martabat peneroka kepada kehidupan 'ala jutawan'. Buktinya, ada peneroka baki pendapatan RM50,000 sebulan...eh, bukan, RM5,000....oh tidak....

RM5.00 je......

Barangkali harga diri peneroka tinggal semurah ini!

Panas ! Lagi Tuduhan Salah Laku Pegawai Tinggi Polis


Kumpulan pemerhati jenayah, MyWatch, yang rapat dengan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan mendakwa pegawai polis berpangkat tinggi terlibat dengan penggubahan wang haram, termasuk perjudian haram, pelacuran, mengatur perlawanan bola sepak, malah turut mempunyai hubungan dengan pemimpin kongsi gelap.

Ismail OmarMalah, mereka turut mempersoalkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, yang tidak mengambil tindakan, dan mereka akan mengemukakan bukti kepada pihak berkuasa.

“Kenapa beliau memilih untuk mendiamkan diri ... Adakah beliau tidak boleh bertindak terhadap pegawai yang korup?” soal Pengerusi Malaysian Crime Watch Task Force (MyWatch) R Sri Sanjeevan hari ini.

Jelas Sanjeevan, sekiranya Ismail tidak berjumpa badan NGO tersebut untuk mereka menyerahkan bukti, kumpulannya itu akan mendedahkannya kepada umum.

Jelas beliau, Ismail sebelum ini pernah menolak pertemuan antara mereka.

“Masih lagi tiada jawapan termasuk daripada KPN Tan Sri Ismail Omar, jadi saya rasa bersetuju secara ‘senyap’ terhadap pendedahan kami,” katanya.

Musa HassanMusa, telah dikritik oleh beberapa bekas penjawat awam 

 
daripada pasukan keselamatan tersebut selepas pendedahan yang dilakukannya bersama MyWatch, termasuk daripada bekas Pengarah Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Datuk Ramli Yusuff, bekas penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Tan Sri Robert Phang, termasuk Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim.

“Kebanyakan kes yang kami dedahkan adalah kes lama yang didedahkan Musa. Sesetengahnya telah pun di bawa dan diselesaikan di mahkamah.

“Jadi tidak perlu bercakap berkenaan perkara itu lagi, kecuali kes itu dibuka semula,” tegasnya.

Beliau turut memberi amaran kepada mana-mana pihak yang membuat tuduhan liar kepada mereka, bahawa mereka akan mengambil tindakan undang-undang.

Mereka sebelum ini mendedahkan sedang menyiapkan dokumen untuk mengemukakan saman terhadap Phang kerana mengaitkan mereka dengan kongsi gelap dan juga Pakatan Rakyat (PR).

Phang semalam berkata akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Musa, dan beliau bakal berhadapan saman RM100 juta kerana dakwanya telah menjatuhkan air mukanya ketika beliau masih berada dalam panel SPRM.

Beliau berkata, Musa telah menjatuhkan reputasinya dengan menuduh beliau menyalahgunakan kuasa untuk memindahkan seorang pegawai polis bagi mempercepatkan projek.

“Saya telah hantar surat menuntut RM100 juta kepada Musa Hassan dan beliau telah menerimanya,” katanya lagi.

MyWatch dakwa pegawai polis terlibat kongsi gelap, gesa KPN ambil tindakan


20 Disember 2012

GEMPAK ! EZAD Exist Di Pentas HKR !!!


[Gambar Menarik] Ezad Exist Di Pentas HKR!!



Seorang lagi selebriti bersama dengan Pakatan Rakyat!! Walau apa pun komen yang hadir, walau apa pun reaksi orang ramai, ketika berdirinya artis ini di pentas Pakatan Rakyat, ini bukti keberaniannya berdepan apa jua halangan yang mungkin muncul selepas ini… Terutamanya dalam soal ‘cari makan’ dan pasti beliau percaya rezeki itu bukan dari Umno dan Barisan Nasional!!

HOT ! SADA - SWASTA TAIK KUCIN....!!!!

Admin malas nak komen pasai SADA neh , memang betul kerja depa kalau lepas 3 bulan tak bayak bil ayak wajib potong....jangan ikut musim kena ikut jadual la.....tapi kena semua sama... tak kira pengguna individu ke jabatan ke kena sama rata....baru adil...

Dua minggu lepaih kontraktor SADA nak mai potong bil ayak kedai gua.... aku kata hangpa p balik sebab hangpa tak dak kuasa depa mengaku taliwork anak syarikat SADA....woi hangpa nak tipu orang ulu bolehlah....lepaih tu depa ugut-ugut lepaih nie depa tak kasi can  dah....kalau ada tunggakan depa terus potong meter....mintak exco yang berkenan ambik perhatian....buat keja macam pelaq....yang orang curi ayak dekat loji depa pun tak ambik tindakan ...ini semua jenis tak reti  buat keja....tu sebab NRW sampai 38 %   swasta taik kucin..... 
  

Mie Din sabotaj lagi -CEO SADA

EQ dapat rungutan dari teman-teman kedai kopi tentang ceritera yang bermula kemarin. Menurut teman-teman yang EQ percaya, guru-guru yang mendiami kuaters guru sekitar negeri Kedah hari ni tak boleh nak mandi.

Sebabnya bekalan air kerumah mereka dipotong oleh SADA yang diketuai oleh MD.


Sebelum percaya ceritera kawan-kawan kedai kopi, EQ cuba selidik... Rupa-rupanya JPN (Jabatan Pelajaran Negeri) tidak membuat pembayaran bil air selama 11 bulan kepada SADA.

Sebelum-sebelum ini pun beginilah cara pembayaran JPN iaitu bayaran sekaligus setahun di akhir tahun. Persoalannya kenapa tahun ini SADA mengenakan tindakan 'potong' ayaq keatas perumahan guru-guru ini. Pasai apa sebelum ni hang tak kacau pun, tapi la ni hang duk kacau.????


Rupa-rupanya MD yang jugak bakal calon Dun Sungai Tiang nak menjadikan modal politiknya dihadapan TPM Muhyidin Yassin.

TPM dijangka akan turun ke Kedah, khususnya Dun Sungai Tiang dalam masa terdekat. MD merancang untuk menjadikan modal politik kerajaan negeri tidak perihatin masalah asas rakyat iaitu bekalan air.

Begitu jahatnya niat MD, mempertaruhkan kesusahan rakyat demi modal politik nya. Yang nilah dikatakan politik kotoq UMNO. Itulah ceteknya pemikiran calon BN Sungai Tiang yang dikatakan antara bakal MB jika BN kembali dapat lesen menyamun.-Enggang Qadha

Panas ! Mai Terjah...Ikat Bata Teknik Ameno...Gila Beb....


EDISI LAWAK LAGI..KAH3

Aduhai !! kesian nya aku tengok ketua umno neh
ha ha ha ha



KesiannNNNNN

DULU BOS SEKARANG ANAK BUAHNYA PULA.


Kalau dah namanya uMnoOO mana ada yang betul...

Yang tinggal dalam umno semua yang tengin he he he..

Dulu  Boss  susun bata tak betui le ni anak buah pun tiru gaya Bosnya jugak

Yang syok orang sebelah dia pun keliru dan tengin juga mmng

yang dibelakang semua pakat  ngange mulut mengampu katanya teknik baru untuk sedapkan hati...

ha ha ha

Hangpa tengok gambar jangan gelak....depa rasa depa semua pandai...hangpa tau masa Mahathir jadi PM semua pengerusi JKKK boleh dapat lesen F Kontraktor PKK walaupun lulus darjah 6 tu sebab projek-projek banyak yang hancuk dari segi mutu kerja......

Kalau Kroni menteri dapat projek lagi haru dah harga 300% mahal , belum tentu projek boleh siap ikut jadual....mutu kerja hancurrr....

Aduhai !! kesian nya aku tengok ketua umno neh.......ha ha ha ha

DULU BOS SEKARANG ANAK BUAHNYA PULA.
 Kalau dah namanya uMnoOO mana ada yang betul...
 Yang tinggal dalam umno semua yang tengin he he he..
 Dulu Boss susun bata tak betui le ni anak buah pun tiru gaya Bosnya jugak

Yang syok orang sebelah dia pun keliru dan tengin juga mmng
 yang dibelakang semua pakat ngange mulut mengampu katanya teknik baru untuk sedapkan hati...

ha ha ha


Lepih nie hangpa tengok pulak kontraktor PR.....macam mana depa agih projek kecil....lawak lagi lawak tengah kumpul maklumat....