19 Mei 2012
Era monopoli maklumat oleh kerajaan sudah berakhir
Dunia melangkah ke dekad kedua dalam abad ke-21 ini dengan menyaksikan satu krisis yang melanda masyarakat dunia. Saya menggelarnya krisis kerana fenomena ini berlaku dengan terlalu mendadak dan dalam skala yang amat besar serta mampu memusnahkan struktur dan institusi yang sedia ada.
Krisis ini ialah revolusi pemikiran yang simbolnya tentulah Steve Jobs, pengasas dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Apple Inc.
Keberanian individu dan masyarakat
Ciri utama revolusi pemikiran ini ialah keberanian individu dan masyarakat untuk menonjolkan kelainan dalam pemikiran mereka, dalam kata lain, manusia berani mencetus idea-idea di luar kotak tradisi.
Ini antara lain dijana oleh perkembangan mendadak dalam kecapaian maklumat (access to information). Maklumat dicapai dan dikongsi dengan lebih pantas, lebih murah dan pada skala yang lebih besar.
Contohnya, pada setiap jam dan minit, sesebuah syarikat korporat boleh memperoleh data trend atau pun corak kepenggunaan berpuluh-juta pengguna di seluruh dunia, termasuk minat dan kecenderungan mereka terhadap produk atau pun perkhidmatan tertentu.
Data-data ini mudah diperoleh dengan mengumpul corak carian dalam laman Google atau pun corak posting yang disiarkan dalam Facebook.
Revolusi pemikiran ini bukan sahaja menyebabkan pembangunan teknologi yang pesat, contohnya Apple, malah mencetus revolusi politik di tempat-tempat yang tidak dijangka seperti negara-negara bekas Soviet Union, Afrika, Arab dan Asia.
Apabila masyarakat mempunyai lebih banyak maklumat dan berani berfikir di luar pemikiran arus perdana, maka rakyat akan bangkit mempersoalkan tradisi-tradisi sedia ada termasuk aktiviti, dasar dan hala tuju kerajaan.
Dalam aspek ini, kerajaan mesti sedar bahawa ketelusan adalah satu nilai yang tidak dapat ditawar-menawar lagi.
Kerajaan perlu telus
Pada masa dahulu, kerajaan berkuasa melalui monopoli maklumat, termasuk monopoli faktor penyebaran maklumat seperti media massa, radio, surat khabar dan TV. Malah begitu banyak kerajaan termasuk kerajaan Malaysia di peringkat pusat mempunyai undang-undang rahsia rasmi yang menghadkan capaian rakyat ke atas maklumat-maklumat penting.
Selepas krisis revolusi pemikiran, semua ini akan berubah. Sama ada kerajaan memberikan maklumat atau tidak, maklumat akan tetap disebarkan, dikongsi dan dicapai pada skala besar, pantas dam murah.
Dalam sistem demokrasi seperti Malaysia, rakyat akan bangkit menyuarakan pandangan, memberikan idea serta menyokong atau membangkang dengan menggunakan maklumat-maklumat baru tersebut.
Justeru, kerajaan haruslah telus. Kerajaan haruslah berada di baris hadapan menawarkan maklumat operasinya secara berterusan.
Saya ingin menegaskan di sini bahawa dalam krisis revolusi pemikiran ini, sama ada sesebuah kerajaan itu menyiarkan maklumat mereka atau tidak, rakyat akhirnya akan memperolehinya juga.
Bayangkan pada hari ini resit-resit perbelanjaan dan perbualan-perbualan tertutup pun boleh disiarkan dalam Internet.
Pihak kerajaan perlu sedar bahawa kawalan dan monopoli maklumat oleh kerajaan telah pun dimusnahkan oleh krisis ini.Kerajaan yang masih menyimpan rahsia daripada rakyat akan dihukum rakyat. Ketelusan dan bercakap benar bukan lagi pilihan yang kita boleh tolak.
Ketelusan maklumat untuk akar umbi
Sebagai Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), saya menyeru supaya MPSP mengkaji semula pengurusan maklumat Majlis selaras dengan kedudukan Pulau Pinang yang mendahului negeri-negeri lain dari segi ketelusan melalui prinsip pentadbiran cekap, akauntabel dan telus (CAT).
Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang juga dalam proses menggubal enakmen kebebasan maklumat. Justeru, tiada alasan mengapa MPSP tidak boleh menerapkan unsur-unsur ketelusan secara lebih meluas dalam operasi kita.
Di sini izinkan saya memberi tiga cadangan sebagai permulaan:
1. Majlis perlu menambahkan usaha menyebar maklumat tentang mesyuarat biasa Majlis atau pun lebih dikenali sebagai mesyuarat Majlis Penuh kepada orang awam serta mempertingkatkan penglibatan orang awam dalam mesyuarat Majlis Penuh.
Mesyuarat ini merupakan instrumen utama meluluskan dasar kerajaan tempatan, justeru amat penting melibatkan orang awam terutamanya warga Seberang Perai. Dalam aspek ini, saya juga menyeru pihak media untuk bekerjasama memberikan peringkatan setiap bulan sebelum mesyuarat Majlis Penuh pembaca agar orang awam turut menghadiri mesyuarat ini.
2. Membenarkan orang awam untuk mendaftar bagi menyertai mesyuarat jawatankuasa sebagai pemerhati.
Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Seksyen 23) memperuntukkan penyertaan orang awam dalam mesyuarat jawatankuasa. Akta ini juga menekankan prinsip ketelusan dalam mesyuarat pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan memperuntukkan bahawa semua mesyuarat PBT adalah terbuka kepada orang awam, dengan mengambil kira pengecualian-pengecualian tertentu.
3. Penyiaran atau pun penyebaran maklumat dalam laman web MPSP termasuk minit mesyuarat, laporan kemajuan berkala, dokumen berkaitan bajet dan sebagainya.
Oleh Steven Sim
Final Piala FA, GEGAR ROYALTI TURUT BERKEMPEN!
KUALA LUMPUR, 19 Mei: Sempena aksi final Piala FA antara Kelantan dengan Sime Darby malam ini, NGO Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Kelantan (Gegar) mengadakan kempen mengumpul tandatangan di Stadium Bukit Jalil hari ini.
Setiausahanya, Muhammad Hishammuddin Ghazali berkata, kempen tersebut sudah bermula sejak malam tadi dan akan berterusan sehingga malam ini.
"Kita mahu mengumpul sekurang-kurangnya 20,000 tandatangan sebagai sokongan terhadap usaha kerajaan negeri menuntut hak royalti negeri itu," katanya yang dipetik harakahdaily.
Selain tandatangan, pihak Gegar juga katanya akan mengadakan persembahan dikir royalti dan puisi royalti secara spontan di perkarangan stadium tengah hari ini.
Mereka juga turut membuka khemah khas Royalti Minyak sebagai simbolik kempen mereka.
Serentak itu juga, satu lagi NGO bersama mereka iaitu Gerakan Rakyat Boikot Petronas turut menganjurkan kempen serupa.
Gerakan itu antara lain mahu rakyat khususnya Kelantan untuk memboikot Petronas selagi tidak membayar wang royalti kepada Kelantan.
"Kita juga akan edarkan 10,000 pelekat 'huruf R' yang berwarna merah sebagai tanda menuntut royalti dan pelekat boikot Petronas," kata Hishammuddin lagi.
Kempen serupa sebenarnya pernah dibuat Gegar pada aksi final Piala FA 2011 lalu ketika Kelantan bertemu Terengganu di stadium sama.Sebagai kemuncak malam ini, mereka akan menaikkan kain rentang gergasi menuntut royalti.
POLIS PAHANG : 62 ANGGOTA TERLIBAT KES DADAH!!
62 polis terlibat kes dadah, calar imej pasukan
Mohd jasmani (kanan) menyampaikan surat penghargaan kepada salah seorang
anggotanya sempena perhimpunan bulanan IPD itu di sini, semalam.
KUANTAN - Seramai 62 pegawai dan anggota polis dari Kontinjen Pahang ditangkap kerana terlibat dalam pengedaran dan penyalahgunaan dadah sepanjang tempoh kajian dua tahun empat bulan bermula 2010 hingga April 2012.
Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Abdul Ghani berkata, perbuatan segelintir pegawai dan anggota polis dari kontinjen Pahang itu mencalarkan usaha pucuk pimpinan dalam memperjuangkan maruah pasukan.
Menurutnya, masih ada pegawai dan anggota menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan peribadi walaupun tahu bahawa perbuatan itu menyalahi undang-undang.
“Ada juga dalam kalangan warga kontinjen Pahang terlibat dalam kesalahan jenayah sedangkan perkara itu tidak sepatutnya berlaku.,” katanya melalui teks ucapan yang dibacakan Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff sempena perhimpunan bulanan IPD itu di sini, kelmarin.
Sharifuddin berkata, sikap segelintir mereka yang menyalahgunakan kuasa ini menyebabkan pasukan dipandang sinis oleh sesetengah pihak sekali gus memberikan gambaran serong bahawa polis Pahang memiliki integriti yang rendah.
“Penekanan kepada penyeliaan hendaklah sentiasa berterusan dan sentiasa diadakan bagi mengawal gejala ini daripada berleluasa,” katanya.

Pemimpin Umno mengamuk dan isytihar keluar parti
Pekung UMNO Didedah: Selamat Tinggal UMNO Dari Naib Ketua Pemuda Umno Kampar
Naib Ketua Pemuda Umno Kampar keluar parti
BATU GAJAH: Naib Ketua Pemuda Umno Kampar, Zamhuri Md Zin hari ini mengisytiharkan dirinya keluar parti dan tidak mahu lagi dikaitkan lagi dengan parti itu.
Nizar dan Sivakumar hadir semasa Zamhuri (tengah) mengisytiharkan keluar Umno.
Tindakan tersebut adalah disebabkan parti yang telah memerintah lebih 50 tahun itu gagal menjaga orang melayu dan tidak lagi releven.
“Saya hari ini mengisytiharkan keluar Umno setelah lebih 27 tahun bersama parti itu,” katanya kepada Harakahdaily.
Menurutnya, rasuah di dalam pertadbiran Barisan Nasional amat berleluasa dan ditahap yang membimbangkan.
Beliau yang juga seorang pengusaha pasir telah ditipu dan dinafikan haknya setelah membayar cukai dan premium kepada kerajaan.
“Saya bayar cukai RM20,125 seperti prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan tetapi apa yang saya dapat hanya tanah liat, bukannya pasir,” ujarnya.
Ahli Majlis Daerah Kampar itu sangat kesal dengan tindakan kerajaan yang menganiaya serta menindasnya sedangkan beliau adalah ‘orang kuat’ menyokong kerajaan.
“Nak bagi rasuah, ajak makan, pergi karaoke, bagi amoi dari Siam barulah nak bagi luluskan pasir, dan Ketua Umno Bahagian, Datuk Radhi Manan sebentar tadi menelefon dan mengatakan pasir yang dipohon sudah diluluskan<.
“Sudah terlambat, saya tetap dengan pendirian saya akan keluar umno dan saya tidak akan toleh ke belakang.
“Dah lama saya bersabar dan hari ini saya tekad keluar Umno dan bersama-sama Pakatan Rakyat,” ujarnya.
Zamhuri yang juga Ketua Cawangan Umno Changkat Tin menyatakan bahawa lebih 100 ahli di cawangannya akan mengikut jejak langkah beliau.
Sementara itu, mantan Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamaluddin ketika bersama-sama dalam pengisytiharan itu mengalu-alukan hasrat beliau.
Mohammad Nizar menjelaskan, di zaman pemerintahan Pakatan Rakyat selama 11 bulan, Zamhuri pernah memohon pasir dan diluluskan.
“Walaupun dia Umno tetapi Pakatan Rakyat luluskannya kerana itu hak dia sebagai penjual pasir.
“Kalaulah orang kuat Umno pun mereka tidak boleh tolong, inikan lagi orang Pakatan Rakyat.
Justeru, beliau menyeru ahli Umno yang lain turut bersama-sama mengikut jejak langkah Zamhuri dan menyertai perjuangan Pakatan Rakyat.
Hadir sama dalam pengisytiharan tersebut ialah Adun Tronoh, V Sivakumar serta penyokong Pakatan Rakyat.

KASTA-KASTA BLOGGER AMNO...BERPERANG SAKAN!!!
Gua ronda-ronda blog Amno-apco...untuk monitar berita mereka....rupanya tengah berperang sakan?
Hai... apa nak jadi la... Perang antara blogger Elit dengan blogger jalanan masih belum reda... Jika semalam Papa Gomo di dalam blog beliau menyelar sikap kalangan bloggger UMB yang menyerang peribadinya... Malah Papa Gomo mempersoalkan mengapa hanya blogger UMB sahaja yang menyerang beliau, mengapa blogger lain tidak??
eXception tak tahu nak cakap apa... Cuma eXception mintak kalau korang nak gaduh pun, jangan gaduh dalam blog laa... Pergi settle kat luar apa yang tak puas hati... Nak kasi bengkak muka ke... Nak kasi hilang gigi ke... Tak kisah... Janji jangan di bawak pertelagahan ni ke dalam blog... Blogger Pakatan Rakyat tengok, diorang pakat gelak...
Untuk apa perlu ada beza dan permusuhan antara blogger jalanan dengan blogger elit?? Bukankah kita punya matlamat yang sama?? Kita nak pertahankan Barisan Nasional... Bukan nak pertahankan siapa lebih otai atau siapa lebih elit?? eXception juga minta blogger UMB sekelian hentikan pertelagahan ni... Tidak ada untung... Sepatutnya kita perlu UNITE... Kita tak perlu ada sistem kasta dalam dunia blogging ni... Kau blogger jalanan... Kau boleh pergi jahanam... Aku blogger elit... Aku boleh buat apa yang aku suka... Takkan la nak jadi macam ni... Come on laa...!! Kita dah dewasa, bukan budak-budak sekolah rendah lagi...
Shame on you!! Orang lain tengok pakat gelak... Pilihanraya Umum ke 13 makin hampir, tapi kita masih dok bertekak... Masih nak menentukan siapa lebih bagus... Mana lebih handal... Mana lebih hebat... Mana lebih otai...
eXception tak memihak pada mana-mana pihak, baik Papa Gomo, baik UMB... eXception minta korang nak gaduh-gaduh sekalipun jangan gaduh dalam blog... Pergi gaduh kat luar sana... Nak bawak parang ke, kayu ke, pistol ke... Lantak korang...
DARI SUMBER EXCEPTION

18 Mei 2012
DILEMA: TUANKU AZIZ BUAT U-TURN
Beliau telah memilih untuk meninggalkan DAP. Beliau kini melihat kerajaan BN berada di landasan yang betul. Kini kerajaan BN disifatkannya sebagai pemerintah yang mendengar pandangan rakyat, dan justeru, perlu diberi peluang.
“Sejak tahun 2008 rakyat Malaysia sudah mula menyuarakan rintihan mereka. Pada 9 Julai tahun lepas (2011), rakyat telah bangkit dengan aman untuk mencabar kerajaan yang tamak kuasa dan rasuah.”
Itulah kata-kata Senator Tunku Aziz Ibrahim di Konvensyen Pakatan Rakyat Ketiga di pada 14 Januari 2012; hanya empat bulan yang lalu.
Itulah Tunku Aziz yang dikenali ramai sebagai tokoh integriti yang tidak kenal penat dalam menentang rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Malah, atas pendirian itu juga, beliau menyertai DAP selepas pilihan raya umum 2008.
Beliau dilantik sebagai Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, dan kemudian menjadi Senator pertama untuk DAP mewakili negeri Pulau Pinang yang dipimpin oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng.
Selamatkan negara daripada gejala rasuah “Pada hari ini, tanah air kita perlu diselamatkan daripada gejala rasuah, korupsi dan penyelewengan amanah awam.”
Sekali lagi Tunku Aziz mengulangi pendiriannya yang tidak pernah goyang sejak berpuluh tahun menjadi pejuang anti-rasuah, termasuk menjadi pengasas Transparency International Malaysia.
Dari kata-kata beliau sendiri sewaktu konvensyen Pakatan empat bulan lalu:
“Yang lebih mencemaskan, kaji selidik umum telah menunjukkan bahawa rakyat kebanyakan melihat pihak polis dan parti-parti politik sebagai institusi-institusi yang paling korup dalam negara kita.
“Bagaimanakah sesebuah negara itu boleh berfungsi jika rakyatnya tidak mempunyai kepercayaan terhadap institusi-institusi yang sepatutnya melindungi dan menjaga mereka?”
Beliau menambah:
“Kerajaan BN tidak berminat untuk melakukan reformasi institusi. Sebaliknya, mereka sedang mengambil kesempatan ke atas kelemahan-kelemahan yang sedia ada. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai kerajaan yang akan datang untuk memulihkan institusi-institusi awam demi menyelamatkan negara kita.”
Rakyat perlu buat perubahan
Dalam satu majlis berbuka puasa anjuran DAP di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur pada Ogos 2011, Tunku Aziz dengan tegas menyatakan pendiriannya yang mahu rakyat membuat perubahan kerana kerajaan BN terlalu lama memerintah dan enggan melaksanakan perubahan atau reformasi.
“Saya percaya perubahan itu nantu akan menjadi satu perubahan yang sangat bermakna kepada rakyat.”
Selain berpidato dalam persidangan serta di Dewan Negara, Tunku Aziz juga seorang penulis yang tajam pemerhatian dan kritikan beliau. Dalam tulisan bahasa Inggeris untuk The Malaysian Insider pada 26 September 2009, beliau menulis:
“Kerajaan ‘pimpinan UMNO yang mencucuk hidung Barisan Nasional’ sentiasa lebih mementingkan rupa daripada isu. Bagi mereka demokrasi adalah produk yang anda boleh pilih dan ambil pada bila-bila masa yang anda suka, sama seperti membeli sekilo gula di kauntar pasaraya, sama seperti mereka membeli beribu-ribu undi pada setiap pemilihan parti.”
Sepanjang Tunku Aziz bersama DAP, beliau komited berjuang demi rakyat untuk mewujudkan demokrasi yang adil, bersih dan berpeluang saksama tanpa mengira gender, kaum dan agama.
Perjuangan perlu diteruskan
Kini itu semua hanya tinggal kenangan. Beliau telah memilih untuk meninggalkan DAP. Beliau kini melihat kerajaan BN berada di landasan yang betul. Kini kerajaan BN disifatkannya sebagai pemerintah yang mendengar pandangan rakyat, dan justeru, perlu diberi peluang.
Sahabat seperjuangannya Lim Kit Siang berharap Tunku Aziz akan sentiasa berjuang bersama walau sudah tidak bersama lagi kerana matlamat asasnya ialah mewujudkan Malaysia yang bersih yang berpegang kepada integriti, hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang yang adil.
Dengan rasa sedih, Guan Eng selaku Setiausaha Agung DAP pula merakamkan penghargaan parti atas jasa Tunku Aziz selama empat tahun sebagai Naib Pengerusi Kebangsaan.
Samad Said: Bersih 4.0 boleh diadakan jika rakyat mahu
KUALA TERENGGANU - Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk A Samad Said tidak menolak kemungkinan Bersih 4.0 diadakan jika rakyat sekali lagi bersedia untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.
Pendirian Sasterawan Negara itu bagaimanapun dilihat bercanggah dengan kenyataan Datuk S. Ambiga, yang juga Pengerusi Bersama Bersih 2.0, sebelum ini menyatakan beliau tidak bercadang ke arah penganjuran Bersih 4.0.
A Samad berkata, perhimpunan Bersih 4.0 mungkin menjadi kenyataan sekiranya penyokong pembangkang berhajat berbuat demikian dan pihaknya mengambil sikap tunggu dan lihat sebelum membuat keputusan seterusnya.
BUDAYA PUNGGUNG: JANGAN MUDAH LUPA DR.MAHATHIR YANG MULAKAN!
Tayang punggung jihad baru ala-Umno?
Apakah sebabnya Umno menyuburkan budaya kurang ajar di kalangan orang Melayu? Tidak cukup dengan menjerit-jerit serta memaki hamun dengan kata-kata kesat, membuat kecoh dan menayangkan punggung (punggung) ke arah rumah Datuk Ambiga Sreenevasan di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
Lebih memalukan, ada kalangan askar-askar pencen (bekas perajurit) yang menayangkan punggung mereka itu sudah berusia dan ada yang memakai ketayap. Bersenam dalam keadaan menonggeng, menghalakan punggung ke arah rumah Ambiga.
Mereka berbuat demikian kerana mendakwa, Ambiga termasuk dalam golongan anti-Islam, anti-Melayu. Lebih teruk lagi mereka mengecam Ambiga kerana mendukung perjuangan LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual and Transgender).
Kita harus punyai pendirian yang jelas. Kita tidak menyokong Ambiga dalam semua perkara. Kita menyokong perjuangannya di dalam Bersih yang mahukan sistem demokrasi dalam negara dirombak dan diperbaiki. Namun, sejahat manapun Ambiga seperti yang digambarkan media Umno-BN, tidak harus sama sekali Umno, yang mendakwa ia mempunyai ahli berbangsa Melayu dan beragama Islam yang terbesar dalam negara membiarkan individu seperti Ambiga menerima balasan sedemikian rupa.
Menyerang dan memberi tekanan kerana orang yang dibenci Umno, khususnya kebencian yang dipupuk menerusi media Utusan Malaysia, Berita Harian, NST, The Star, TV3, RTM dan Astro, adalah sesuatu yang tidak wajar.
Ambiga bukan Islam. Kita tidak boleh menyekat orang kafir yang berpegang dengan fahaman mereka, kecuali mereka menyerang dan menghina Islam secara terang-terangan. Kecuali jika mereka melakukan perkara yang bertentangan dengan Perlembagaan negara.
Itu Ambiga yang bukan Islam, didakwa menyokong LGBT. Tetapi bagaimana dengan orang Islam yang menyokong LGBT? Datuk Marina Mahathir misalnya. Ada laporan menyatakan, beliau dipetik sebagai berkata: “For the struggle, ask me. I have been defending the LGBT community’s rights for over 20 years now.”
Dengan kata-kata ini, apakah kumpulan NGO yang pro-Umno sedia untuk menayang punggung mereka di hadapan rumah Marina Mahathir yang turut sama menyertai Bersih 3.0 dan juga mendukung perjuangan LGBT?
Apakah kumpulan NGO pro Umno ini dibenar membuka gerai jualan burger di hadapan rumah Marina? Atau pun mereka mengumpulkan beberapa kerat juak fanatik yang bengong berkumpul sambil menjilat ais krim? Atau ada sekelompok yang melakukan senamrobik sambil mengibas-gibaskan punggung macam keldai?
Marina bukan calang-calang orang. Anak bekas Presiden yang paling lama dalam Umno. Bapa dia pun masih hidup lagi. Tidak henti-henti menyerang PAS, KeADILan dan DAP. Menyerang Bersih 3.0 dan sebagainya. Tetapi anak bekas Presiden Umno, sudah berbeza pandangan dengan bapanya dalam hal-hal tertentu.
Mengapa tidak golongan yang berhimpun di hadapan rumah Ambiga, beralih ke rumah Dr Mahathir
Mohamad.Kita hendak tengok apa respon Dr Mahathir jika perlakuan terhadap Ambiga diulangi di hadapan Marina.
Penulis sekadar melontarkan hipotesis. Siapapun Ambiga, siapapun Marina, kita tidak harus sesekali membenarkan mereka menerima ancaman sedemikian rupa.Perbuatan yang tidak bermoral seperti mereka ini, tidak seharus-harus kita izinkan walau atas apa sebab sekalipun. Pertama kerana ia bertentangan dengan akhlak Islam; Kedua, ianya bukan budaya orang-orang Melayu.
Orang Melayu, orang Islam di Malaysia ada budaya dan adat istiadat yang berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.
Justeru, jangan sesekali seseorang individu tersebut dimusuhi, maka diberikan segenap ruang untuk masyarakat fanatik yang rasis melakukan serangan berbentuk fizikal terhadap mana-mana pihak. Sebelum ini, kita dapat menyaksikan, bagaimana sekelompok NGO yang mendukung perjuangan Umno, melakukan provokasi yang amat-amat jijik serta tidak bermoral terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Tidak cukup dengan ancaman hendak memukul beliau secara peribadi, diupah orang menghantar keranda, dihantar kek berupa najis, dikalungkan gambar seperti orang mati terhadap beliau.
Tidakkah ini merupakan perbuatan yang sangat kurang ajar? Apa bangsa pun, sama ada Melayu, Cina, India, Sikh, mahupun golongan mamak di Pulau Pinang, mereka harus memaksikan kehidupan mereka dengan nilai-nilai moral yang amat tinggi.
Supaya, suatu hari nanti, masyarakat dunia akan memandang tinggi tatasusila dan kesopanan seluruh bangsa Malaysia.
Malangnya yang wujud hari ini, akibat kebencian politik yang dipupuk menerusi media Umno-BN,
kesopanan bangsa itu sudah tidak wujud. Bangsa sudah bertukar menjadi bangsat. Golongan bangsat politik, demi untuk mempertahankan kuasa, menyuburkan perlakukan yang amat jijik.
Mana fatwa Mufti Tan Sri Harussani Zakaria? Mana fatwa Ustaz Fathul Bari Mat Jaya terhadap perlakukan sebegini? Apakah perlakukan mereka ini sah dari sisi Islam Umno?
Apakah Islam menggalak ancaman sedemikian dilakukan ke atas Ambiga dan Guan Eng?
Apakah dengan menunjukkan punggung di hadapan rumah orang kafir seperti Ambiga, dianggap suatu jihad mereka mereka memperjuangkan Islam yang menyanggahi LGBT? Keluarkanlah fatwa sebagaimana cabulnya mulut mufti dan ulama Umno mengecam PAS, pagi petang siang dan malam.
Beritahu kepada kami, apakah dengan menayangkan punggung di hadapan rumah orang kafir itu, suatu jihad baru cara Umno? — Mohd Rashidi Hassan/harakahdaily.net

Mahkamah -UUM Diarah Bayar RM3.7 Juta Kepada Syarikat Khidmat Luar
ALOR SETAR: Mahkamah Tinggi di sini Khamis mengarahkan Universiti Utara Malaysia (UUM) membayar kira-kira RM3.7 juta kepada KIC Management Sdn Bhd kerana melanggar perjanjian khidmat luar bagi sebuah program sarjana dengan syarikat itu.
Bagaimanapun, Hakim Datuk Mohd Azman Husin juga mengarahkan KIC Management membayar RM200,000 sebagai tuntutan balas oleh universiti itu.
Jumlah tersebut sebagai tunggakan bayaran atas kegagalan syarikat itu membayar yuran pengajian untuk pensyarah UUM dan royaliti kepada pelajar serta yuran profesional seperti dipersetujui dalam Memorandum Perjanjian (MoA) bertarikh 1 September 2008.
Dalam pernyataan tuntutan pada 8 Ogos 2010, KIC Management mendakwa UUM menamatkan MoA dengan syarikat itu bagi menjalankan program pasca Siswazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) bermula 1 Jun 2009.
Syarikat itu mendakwa mengikut MoA yang ditandatangani dengan UUM pada 1 September 2008, UUM
bersetuju untuk memberi khidmat luar program MBA kepada syarikat itu manakala syarikat itu akan menyediakan prasarana dan peserta program tersebut di satu fakulti yang dimiliki dan disediakan oleh syarikat itu dan/atau wakilnya di Kulim, Kedah.
Mengikut perjanjian itu, UUM bersetuju bahawa KIC Management akan terus mengendalikan program Eksekutif Sarjana Pentabdiran Perniagaan bagi tempoh limatahun bermula 1 September 2008 hingga 31 Ogos 2013.
Bagaimanapun, UUM melalui surat bertarikh 18 Mei 2009 telah menamatkan perjanjian tersebut berkuasa 1 Jun tahun yang sama tanpa mematuhi terma-terma perjanjian tersebut.
KIC Management menyatakan bahawa penamatan kontrak itu adalah pramatang dan melanggar dua klausa perjanjian iaitu MoA boleh ditamatkan oleh mana-mana satu pihak dengan memberi notis bertulis sekurang-kurang enam bulan dan MoA hanya boleh ditamatkan sebaik penyelesaian pengambilan terbaharu pelajar progarm itu.
KIC Management berkata, tindakan UUM itu menyebabkan syarikat itu mengalami kerugian dan kehilangan yang besar iaitu RM424,860 bagi baki yuran pelajar yang masih belum menamatkan pengajian dan RM3.27 juta bagi kehilangan keuntungan/pendapatan untuk baki tempoh perjanjian dari 1 Jun 2009 hingga 31Ogos 2013.
Justeru itu, syarikat itu menuntut RM424,860 bagi kehilangan baki yuran itu, RM3.27 juta bagi kehilangan keuntungan/pendapatan, faedah statutori padakadar lapan peratus setahun atas jumlah dua tuntutan itu dan kos serta lain-lain relief yang diarahkan mahkamah.
KIC Management diwakili peguam C.V. Devan manakala UUM oleh Nadzarin Nordin. -
Ropanya...Perak di bawah Zambri lebih maju dari Selangor dan P.Pinang
Perak makin advance..
Bila aku terbaca saja cerita ni kat suratkhabar Metro yang aku baca free kat kedai Proton Service masa aku tengah dok merepair kereta pagi tadi, aku terpikir rupanya dah semakin maju negeri aku ni, malah lebih maju dari Selangor dan Pulau Pinang. Memang gempak betul la negeri dimana aku bermaustatin sekarang ni. Dulu cerita2 macam ni jarang2 kita dengar malah mungkin langsung tak pernah dengar rasanya kecuali ketika rampasan senjata di Grik dulu oleh kumpulan Al Maunah.
Sungguh dahsyat sekarang ni bila geng ceti haram atau nama glamernya AhLong menyerang orang ramai yang buat hal dengan mereka menggunakan bom. Dah la mereka cukup top dengan kisah keganasan yang mereka buat, la ni pulak siap serang pakai bom pulak. Aku ingat kes Altantuya jer orang serang pakai bom, malah sekarang ni AhLong pun ikut modus operandi kes pembunuhan Altantuya.
Semalam seorang lelaki berusia 35 tahun kena tahan dengan polis sebab disyaki sebagai pembekal bom tangan. Kira hebat la dia ni sebab orang ramai cuma tau pasal supplier lembu dalam kes NFC jer tapi mamat ni siap jadi supplier bom tangan. Dah tentu laris punya sebab tak ada lagi supplier bom tangan kat kedai2 seluruh negara. Dan bekalan bom tangan pulak tu dia bagi kat AhLong. Memang bertambah langsi la geng2 samseng AhLong. Kalau peminjam tak mau bayar hutang, konfom bersepai la badan macam mana Altantuya kena dulu.
Dan sebuah rumah di Taman Bemban Jaya, Batu Gajah menjadi sasaran pertama kumpulan AhLong ni. Mungkin jugak mereka nak test keberkesanan bom tangan yang mereka ada atau mungkin jugak sebagai amaran kepada peminjam2 yang lain yang menjadi pelanggan kumpulan AhLong ni. Konfom pelanggan mereka lepas ni akan bayar hutang secepat mungkin sebelum badan mereka berkecai penangan bom tangan sebab lambat bayar hutang.
Kat negeri2 lain dalam Malaysia ni rasanya tak advance macam negeri Perak atau mungkin geng2 AhLong ni ada rangkaian di seluruh negara cuma dekat Perak jer mereka berani nak main bom, maklum la Menteri Besar Perak pun berkuasa atas lantikan mahkamah. Jadi mereka fikir mungkin mereka boleh deal jika ada sabitan kat mahkamah. Duit banyak, nak upah lawyer paling handal dalam negara pun tak ada masalah. Dan mungkin mereka rasa mahkamah kat Perak ni pun boleh dibeli asalkan disediakan wang yang mencukupi untuk menutup mulut semua orang.-MP

17 Mei 2012
GEMPAR!! ELAUN GURU KAFA 3 BULAN BELUM DIBAYAR BAITUMAL ?
Di mana elaun KAFA yang tidak dibayar?
Saya merupakan salah seorang guru KAFA yang bertugas di wilayah persekutuan ingin menimbulkan isu tentang elaun dari baitulmal yang sepatutnya dibayar setiap bulan telahpun bertangguh pembayarannya selama 2 bulan. Apabila persoalan diajukan pada bahagian pelajaran jawi,dimaklumkan kerana proses pertukaran akaun daripada baitulmal ke akaun jawi,persoalannya mengapa mengambil masa melebihi 2 bulan untuk pembayaran elaun itu?apabila diajukan pula kepada bahagian kewangan dikatakan bahagian pelajaran terlewat memberi baucer untuk diproses pembayaran kerana perlu melalui mesyuarat terlebih dahulu.
Apabila di politikkan isu ini kenapa Jais yang ditadbir pembangkang tiada masalah untuk membayar elaun guru KAFA mereka?Malah dibayar sebagaimana gaji kakitangan awam yang lain menunjukkan mereka menjaga kepentingan guru KAFA yang telahpun berkhidmat bertahun lamanya.
zaman serba moden ini masih bolehkah menyara kehidupan dengan hanya pendapatan RM700.00 yang diberikan oleh Jawi?Apa gunanya pengumuman gaji minimum sektor swasta baru-baru ini jika guru KAFA hanya hidup di bawah paras kemiskinan?Kemana lagi aduan dapat dibuat jika jawapannya bersabar,bersabar dan bersabar.Anda tidak akan mendapat layanan lantaran terikat oleh jawatan kontrak yang tiada statusnya,kerajaan tidak,swasta pun tidak.
Hal ini amatlah menyedihkan bagi kami yang menyara hidup dengan jawatan yang ada.Hampir tiga bulan tiada pembayaran elaun RM500.00 dari bantuan Baitulmal itu?Tetapi mampukah hidup dengan mengikat perut dan mendiamkan diri semata-mata?dimana letaknya nilai agama jika boleh diperlekehkan begitu mudah?
Saya memohon jasa baik agar diketengahkan perkara ini demi kebaikan bersama.Menunggu tanpa jawapan pasti bukanlah kehendak semua orang apatah lagi dalam arus kemodenan ini.
By: dalina
PERINGATAN: AduanRakyat.com.

PETANDA SEBENAR PRU13...RM ASYOK RATUS JUTA?
Tarikh Pilihanraya Umum – Petanda-Petanda Penting
Spekulasi-spekulasi telah berlarutan selama beberapa bulan mengenai bilakah Najib akan memberanikan dirinya untuk mengumumkan tarikh pilihanraya. Ramai yang percaya bahawa tarikhnya adalah hari ini, hari Isnin, dan hari pembuangan undi akan diadakan pada 9hb Jun nanti.
Namun, adakah Najib akan menggunakan peluang sempena penganjuran kempennya ketika dia di Kubah 02 di London? Tetapi kami mengajak pembaca untuk meneliti petanda-petanda lain yang lebih meyakinkan. Tunggu sehingga kesemua kroni perniagaan Taib mula berkunjung ke kediaman rasminya di Demak Jaya yang akan datang berduyun-duyung menjinjing beg-beg berisi wang di dalam kenderaan pacuan 4-roda mereka!
Inilah masanya kita akan tahu bahawa BN sudah bersedia untuk menghadapi pilihanraya!
‘Kami berbaris membawa beg-beg berisi wang yang besar jumlahnya!’
Para pemberi maklumat kami kini sudah tahu benar akan tatacara setiap kali Taib membuat persediaan untuk menghadapi pilihanraya di Sarawak. Ini kerana pada ketika inilah Taib akan meminta berjuta-juta ringgit dari sumber-sumber perniagaannya yang telah diberikannya kontrak-kontrak dan konsesi-konsesi.
Kami difahamkan bahawa Taib sentiasa menghendakkan wang-wang kertas terpakai untuk dibawa dalam beg-beg masuk ke rumahnya! Kebanyakan wang itu kemudiannya akan diterbangkan menggunakan pesawat eksekutifnya ke Singapura, untuk diedar-edarkan kepada rakan-rakan politiknya yang ingin dia sogok. Rakan-rakan politiknya itu biasanya ketua-ketua parti politik yang dia ingin kekalkan dalam pakatan BN!
Pemberi maklumat kami percaya bahawa bos-bos dari syarikat-syarikat yang dipanggilnya menjelang setiap pilihanraya datangnya dari syarikat-syarikat pembalakan, perladangan dan binaan yang terkenal: Rimbunan Hijau, KTS, WTK, Shin Yang, HSL, Samling yang boleh dikategorikan sebagai ‘kontraktor emas’, yang sentiasa diharapkan dapat menyumbangkan jumlah yang banyak untuk mengekalkan status mereka setiap kali pilihanraya selesai.
Seorang pegawai kanan sebuah syarikat telah mengakui bahawa dia pernah membawa RM50 juta wang kertas pada pilihanraya yang lalu, menyerahkan wang itu secara peribadi kepada Taib dalam keadaan yang amat memalukan, “Para peniaga yang lain juga turut berbaris untuk menunggu giliran di belakang saya untuk tujuan yang sama pada hari itu”, katanya, menceritakan betapa malunya dia ketika itu.
Sogokan dan rasuah BN
Kami juga difahamkan bahawa wang yang disumbangkan oleh para kroni-kroni Taib itu bukan hanya untuk menyogok para pengundinya yang miskin, namun sebagai bayaran kesetiaan mereka selaku rakan-rakan politiknya.Apakah dan di manakah letaknya nilai moral para ahli politik kaum Dayak di mana mereka sanggup menjualkan maruah kaum mereka sendiri sebagai balasan pada pangkat dan kedudukan dari Taib, namun mereka juga inginkan sogokan bernilai berjuta-juta ringgit setiap kali musim pilihanraya?
Ahli perniagaan yang telah menceritakan pengalamannya tadi juga percaya bahawa baki yang lebih banyak dari sogokan itu akan disimpan oleh Taib sendiri!
Terlepas dari kawalan
Pada hakikatnya, walaupun perkara-perkara ini dirahsiakan, dan kini diketahui, dan kini mulai dapat kami dengar, adalah merupakan suatu petanda bahawa sistem rasuah Taib telah mencapai tahap hilang kawalannya.
Sahlah selama ini Ketua Menteri itu sememangnya membeli sokongan rakan-rakan politiknya dengan harga yang amat tinggi! Ini adalah suatu petanda bahawa kesetiaan yang ikhlas telah lama diabaikan oleh seorang diktaktor yang semakin tua dan uzur itu.Lagi pun, inilah situa yang pernah berjanji untuk menarik diri menjelang pilihanraya yang lalu, sebagai mana yang pernah dia janjikan dalam tahun-tahun 1990-an dahulu!
Kini jelaslah, Taib telah berpaut pada kekuasaanya dengan menggunakan sogokan yang disumbangkan oleh kroni-kroni tuanya sejak 30 tahun lalu dan juga memerah mereka untuk menyogok rakan-rakan politiknya dan juga merasuah pengundi-pengundi yang miskin.Inilah, pada asalnya, wang yang telah dirompak daripada para pengundinya, menerusi konsesi-konsesi haram dan juga kontrak-kontrak kerajaan yang telalu tinggi. Pentadbiran kerajaan pimpinan Taib telah mengeringkan sumber kekayaan negerinya sendiri menggunakan sogokan dan rasuah.
Maka, perhatikanlah kunjungan orang-orang dalam kenderaan pacuan 4-roda melalui pintu pagarnya. Itu adalah tandanya hari keramat yang anda nantikan untuk menghentikan perbuatan yang telah sekian lama membusuk.
Sumber : SarawakReport
Zahida Rafik Tak Kenal Shafie Apdal? Ye Ke Tak Kenal?
Aktres terkenal tanah air, Zahida Rafik hari ini tampil menjelaskan skandalnya bersama dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang juga Naib Presiden Umno-APCO, Shafie Apdal yang sedang hangat ketika ini.
Zahida yang dikaitkan dengan Shafie Apdal berkata, beliau tidak mengenali menteri itu dan tuduhan terhadapnya oleh bekas pemandu Noor Azman Azemi bohong semata-mata.
"Jadi dia (Noor Azman) menganggap saya sangat kaya? Saya tak kenal Datuk Seri (Shafie). Adakah dia (Noor Azman) menyebut saya mempunyai hubungan dengan Datuk Seri? "Saya mahu tahu siapa lagi dia cuba berbohong mengenai perkara itu lagi. Sudah tentu semua itu tidak benar. Saya tak boleh memberi banyak komen.
"Biarlah peguam saya yang mengendalikannya. Kita tunggu sahajalah," beliau dipetik sebagai berkata oleh Mstar pada Rabu.
Semalam Noor Azman mendakwa pernah menemani Zahida untuk memasukkan duit berjumlah RM1 juta yang didakwa diberikan oleh Shafie - jumlah paling tinggi pernah dibawa untuk dimasukkan dalam akaun. Noor Azman menjadi perhatian selepas membuat laporan polis pada 13 Mac sebagai reaksi atas dakwaan dia melarikan diri dengan wang Zahida sebanyak RM200,000, yang kandungannya kemudian didedahkan oleh Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin.
Zahida dan Shafie bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan akan mengambil tindakan undang-undang di mahkamah.
Zahida menuduh bekas pemandu peribadinya, Noor Azman Ahmad yang juga anak saudara penyanyi popular 80-an, Dayangku Intan sebagai bohong dan dusta tetapi tidak pula memberi dokumen dan fakta yang kukuh bagi menafikan dakwaan Noor Azman.
Sedangkan dalam sidang media di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Petaling Jaya semalam jelas menujukkan bahawa Noor Azman adalah individu yang bertanggungjawab membawa wang tunai sehingga RM1 juta untuk dimasukkan ke dalam akaun Maybank Zahida sendiri!
Zahida juga menafikan dakwaan Noor Azman bahawa dia mempunyai hubungan istimewa dengan Shafie Apdal sejak skandal hubungan mereka didedahkan media hiburan tempatan pada 2010 dengan gossip mengatakan mereka sudah berkahwin di London, United Kingdom.
Sekiranya benar penafian Zahida, mengapa polis menyoal siasat Noor Azman yang direman tiga hari bagi membantu siasatan selepas membuat laporan polis menafikan dakwaan Zahida bahawa dia melarikan wang tunai RM200 ribu milik Zahida yang ingin dimasukkan ke dalam akaun bank.
Mengapa pula dalam soal siasat tersebut, Noor Azman ditanya oleh pegawai polis dari Cawangan Khas dan bukannya pegawai polis yang mengambil kertas siasatan tersebut? Mengapa Noor Azman ditanya, adakah kamu mahu menghancurkan imej dan nama baik menteri (Shafie) yang berjasa kepada rakyat (kununnya)?
Tetapi yang paling menghairankan, mengapa tuntutan saman difailkan ke atas Ketua Wanita PKR,
Zuraida Kamaruddin oleh Zahida melalui peguam Umno-APCO terkenal, Muhammad Shafee Abdullah?
Bukankah Zahida boleh mengupah peguam lain yang tidak ada kaitan dengan Umno-APCO jika benar dia tidak ada hubungan dengan Shafie Apdal?Lagipun, PKR tidak berminat dengan skandal mereka berdua sebaliknya mahu penjelasan dari mana datangnya wang sebanyak itu yang diterima daripada Shafie dan untuk tujuan apa?
Kenyataan Zahida jelas bakal memakan dirinya sendiri!
Calon UMNO macam Kereta Buruk
Wakil rakyat Umno, wakil rakyat lama ,Jika Najib mengekalkan mereka, tranformasi parti sebagaimana dilaung-luangkannya hanya menjadi sia-sia.
PETALING JAYA: Menjelang pilihanraya umum 13, Datuk Seri Najib Tun Razak memimpin ramai senarai menteri serta ahli parlimen yang sudah empat penggal atau hampir 20 tahun memegang jawatan.
Jika Najib mengekalkan mereka, tranformasi parti sebagaimana dilaung-luangkannya hanya menjadi sia-sia.
Mendahului senarai tersebut tidak lain tidak bukan ialah Najib sendiri yang menjadi Menteri Besar Pahang pada usia 32 tahun pada 1982 hingga 1986. Beliau sudah tujuh penggal menajdi wakil rakyat Umno.Manakala Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah lapan penggal sejak ahli Parlimen Pagoh pada 1978.
Tetapi wakil rakyat Umno paling lama yang masih berkhidmat ialah Tengku Razaleigh Hamzah sejak tahun 1969 lagi.Pemimpin kedua paling lama Umno ialah Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang mula menjadi ahli Parlimen Samarahan pada 1970.
Beberapa menteri sekarang juga boleh dianggap cukup lama terutama Datuk Seri Rais Yatim yang menjadi menjadi kabinet semasa Tun Razak Hussein menjadi Perdana Menteri. Selain beliau, termasuk dalam senarai tersebut ialah Datuk Seri Mohd Nazri Aziz (Menteri Jabatan Perdana Menteri), Datuk Seri Mustapa Mohamed (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian), dan Datuk Seri Noh Omar (Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.Tidak terkecuali dengan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakub dan Datuk Ghani Othman, Menteri Besar Johor.
`Kereta Mercedes’
Manakala bekas menteri yang masing menjadi ahli parlimen Umno ialah Tan Sri Syed Hamid Albar (Kota Tinggi), Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad (Kangar), Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) dan Datuk Seri Shahrir Samad (Johor Baru).
Ini tidak termasuk senarai Adun di seluruh negara yang lebih 20 tahun memegang jawatan itu.
Mengulas perkara tersebut, tokoh politik veteran politik Umno, Datuk Tengku Mahmud Mansor berkata, Umno memerlukan 60 hingga 70 muka baru yang berumur bawah 50 tahun bertanding dalam PRU 13.
“Tidak boleh meletakkan orang muda seratus peratus, biar 30 peratus orang lama. Ini gandingan terbaik Umno,” katanya yang menjadi wakil rakyat Umno selama tujuh penggal atau 30 tahun.
Mengenai perlukah Umno terus mencalonkan pemimpin veteran, Tengku Mahmud yang pernah menjadi Timbalan Menteri Perusahaan Utama berkata, pertimbangan perlu dibuat mengikut pertimbangan semasa.
“Jika rakyat masih memerlukan mereka, beliau perlu bertanding. Dalam politik usia tidak menjadi ukuran sebaliknya prestasi dan kemampuan.
“Orang lama itu seperti kereta Mercedes. Walaupun sudah antik tetapi tetap disukai orang,” katanya

16 Mei 2012
Satu Tarian Harimau atau Tarian Tiang akan diadakan di Rumah AMBIGA?
Mungkin selepas ini satu " tarian harimau atau tarian Tiang" akan diadakan di rumah Ambiga oleh pihak kumpulan anti-Bersih bagi mengalihkan isu utama tuntutan 8 perkara dan sambutan rakyat melebihi 200,000 orang yang menyakiti hati kumpulan tersebut.
Lebih teruk lagi dengan kenyataan Timbalan Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang berkata polis tidak akan mengambil tindakan ke atas kumpulan peniaga yang mengadakan demonstrasi pertama di hadapan kediaman Ambiga pada 10 Mei lalu.
Khalid memberi alasan, peniaga berkenaan boleh berhimpun dan berniaga di lokasi tersebut memandangkan tindakan itu dibuat di kawasan awam dan tidak mengganggu ketenteraman. berkumpul dan berniaga ditempat awam tiada menjadi kesalahan
Kediaman pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga menjadi tumpuan lagi hari ini selepas dua demonstrasi dilakukan oleh kumpulan anti-BERSIH di kawasan tersebut sejak dalam tempoh seminggu.
Tinjauan Malaysiakini ke lokasi berkenaan petang ini mendapati sekumpulan 10 orang penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan lima anggota polis hadir ke lokasi berkenaan petang ini untuk membuat kawalan.
Kumpulan penguatkuasa dan anggota polis itu berkawal di satu bahagian jalan, selang beberapa buah rumah daripada kediaman Ambiga.Seorang penguatkuasa DBKL tersebut yang ditemui memberitahu Malaysiakini bahawa mereka mendapat maklumat bahawa sekumpulan individu akan membuka gerai pasar malam di hadapan rumah peguam tersebut.
Bagaimanapun, tinjauan pada kira-kira jam 5 petang ini mendapati tiada sebarang tindakan seperti itu dijalankan oleh mana-mana kumpulan.
Demonstrasi anti-BERSIH di depan rumah Ambiga itu dimulakan oleh sekumpulan peniaga pada 10 Mei lalu yang membuka gerai dan menjaja burger di lokasi tersebut.
Tindakan itu diikuti dengan satu lagi demonstrasi oleh Persatuan Veteran Tentera Melayu semalam yang mengadakan gimik demonstrasi dengan membongkok dan menggoyang-goyangkan punggung mereka ke arah kediaman tersebut.
Menteri deposit RM1 juta ke akaun Zahida, Dakwa Noor Azman!
Purata sebulan empat kali, menteri berkenaan akan masukkan duit secara tunai ke dalam akaun Zahida, dakwa bekas pemandu Noor Azman Azemi.
PETALING JAYA: Seorang bekas pemandu peribadi mendakwa Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar Datuk Seri Mohd Shafie Afdal pernah deposit wang sebanyak RM1 juta ke dalam akaun pelakon wanita, Zahida Mohd Rafik.
Noor Azman Azemi yang pernah berkhidmat sebagai pemandu peribadi Zahida selama tiga tahun mendakwa menteri berkenaan mendeposit wang sejumlah itu ke dalam akaun artis terbabit.
“Angka itu merupakan jumlah yang tertinggi sepanjang beliau berkhidmat dengan Zahida,” katanya dalam sidang media PKR di sini hari ini berhubung dakwaan skandal yang hangat diperkatakan dewasa ini.
Katanya, purata sebulan empat kali Datuk Seri (Shafie) akan masukkan duit secara tunai ke dalam akaun Zahida. Ia untuk menjelaskan bayaran kereta, rumah dan kad kredit milik artis terbabit.
“Baki wang itu akan diguna untuk belanja Zahida. Paling rendah Datuk Seri akan masukkan sebanyak RM100,000 sehingga RM200,000.
“Namun pada tahun lepas saya tersedar saya telah masukkan wang bernilai RM1 juta ke dalam bank,” katanya.
Hubungan Zahida dengan seorang pemuda
Noor Azman menjelaskan beliau cukup tertekan selama berkhidmat dengan Zahida dan mengakui berlaku pergaduhan kecil sebelum beliau membuat keputusan meletakkan jawatan sebagai pemandu peribadi artis terbabit.Beliau turut mendakwa Zahida mempunyai hubungan dengan seorang pemuda dan memaklumkan perkara itu kepada Mohd Shafie.
“Saya cukup tertekan sepanjang tiga tahun bekerja dengan Zahida. Dah tiga tahun saya berlakon dan simpan segala rahsia dan keburukan. Ini juga salah satu sebab saya letak jawatan.
“Sebulan sebelum letak jawatan saya ada bergaduh dengan Zahida. Saya bagi tahu pada Datuk Seri Shafie, Zahida ada kaitan atau hubungan dengan seorang pemuda,” dakwa beliau.
Ujarnya, Mohd Shafie dan Zahida kerap bertemu di sebuah hotel berasingan di ibu negara.
Turut hadir dalam sidang media itu Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamarudin; ahli keluarga Noor Azman, Tengku Intan Tengku Abdul Hamid yang dikenali sebagai Dayangku Intan (ibu saudara); Rosman Yahil (bapa saudara) dan peguam yang mewakilinya, Lateefa Koya.Beliau tampil memberi kenyataan hari ini untuk membersihkan nama dan keluarganya ekoran satu laporan polis yang menuduh beliau melarikan wang bernilai RM200,000 milik bekas majikan.
Keluarga diganggu
Sementara itu, ibu saudara Noor Azman yang juga seorang artis terkenal suatu ketika dulu, mendakwa keluarganya mengalami gangguan daripada individu tidak dikenali sejak anak saudaranya bebas dari tahanan reman. Polis menahan reman Noor Azman pada 13 hingga 16 Mac tahun ini untuk siasatan lanjut berhubung laporan polis yang dibuat ke atas bekas majikannya.
“Rumah kami diganggu kerana alamat kad pengenalan Noor Azman adalah alamat rumah saya. Saya tidak kenal individu yang buat gangguan itu, tapi sedar di antara jam 2.00 – 4.00 pagi mereka ada depan rumah. Tak tahu polis atau siapa,” kata Dayangku Intan.
Menurut Dayangku Intan, mereka sekeluarga tampil untuk membersihkan nama dan maruah bagi pihak kerabat DiRaja Kedah.Zuraida ketika sesi parlimen bulan lalu mempersoalkan pemberian wang tunai sebanyak RM1.5 juta oleh Mohd Shafie kepada artis yang dikenali melalui filem Anak Mami, Zahida hanya dalam tempoh empat bulan sahaja

Skandal Zahida-Shafie Apdal: Bekas Pemandu Zahida Sering Diganggu!!
TERKINI!!
Bekas pemandu peribadi aktres Zahida Rafik hari ini mendakwa bahawa beliau dan ibu saudaranya "diganggu" oleh orang yang tidak dikenali selepas beliau ditahan reman bagi membantu siasatan selepas didakwa melarikan sejumlah wang milik pelakon itu.
Noor Azman Azemi mendakwa gangguan berlaku dalam pelbagai bentuk selepas beliau dilepaskan daripada tahanan reman pada pertengahan Mac lalu.
Beliau sebelum ini membuat laporan polis bagi menafikan dan membersihkan namanya yang dituduh melarikan diri wang milik Zahida bernilai RM200,000 pada 13 Mac lalu.
"Ada orang duduk di hadapan rumah (saya), orang masuk dalam rumah makcik dan barang hilang, ada kereta tunggu depan rumah pukul dua hingga empat pagi," dakwanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR sebentar tadi.
Pengerusi Biro Guaman PKR Latheefa Koya berkata setakat ini pihaknya tidak membuat laporan polis kerana anak guamnya tidak mengenali individu yang dimaksudkan.
Sementara itu, ibu saudara kepada Noor Azman - penyanyi popular 80 dan 90'an, Dayangku Intan - rumahnya turut diganggu oleh individu yang tidak dikenali.
"Mereka datang jerit-jerit. Ia terus ada sehingga jam dua, tiga, empat pagi. Macam kita pelarian, macam orang bersalah," katanya dengan nada kecewa.
Penyanyi terkenal era 80-an itu berkata kad pengenalan Noor Azman menggunakan alamat rumahnya.-JP

Ekstradisi mahkamah Perancis, Malaysia tidak boleh TOLAK!
Tolak ekstradisi Najib, Malaysia bukan negara komunis
Menggulas kenyataan Zahid isu ekstradisi adalah meraggukan, Mahkamah Perancis tak boleh sentuh kita ,Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, mahkamah Perancis tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan rakyat Malaysia membuat pengakuan dalam inkuiri bagi menyiasat urusniaga kapal selam Malaysia-Perancis yang sedang berlangsung.
Rakyat Malaysia tidak tertakluk kepada undung-undang negara itu, katanya dalam sidang media selepas lawatan ketua tentara Thailand di kementeriannya, seperti disiarkan oleh Mob.tv.
Ahmad Zahid diminta mengulas berhubung kenyataan peguam Perancis Joseph Breham yang mewakili
NGO hak asasi Suara Rakyat Malaysia dalam kes sivil di mahkamah negara itu.
Breham sebelum ini berkata, hakim mempunyai kuasa mengeluarkan waran tangkap antarabangsa sekiranya perintah sepina ditolak, termasuk meletakkan "arahan merah" (red alert) bersama polis dunia Interpol
Mana-mana negara yang berdaulat dan demokratik tidak akan melindungi saspek penjenayah antarabangsa dari diheret ke muka pengadilan. Sebab itu, ekstradisi atau proses penyerahan atau pengambilan saspek penjenayah dilakukan secara rasmi membabitkan sekurang-kurangnya dua negara berlaku termasuk di tanah air tercinta ini.
Contoh terbaru pada 22 Februari lepas, Bangkok dilaporkan memohon ekstradisi seorang warganegara Iran bernama Masoud Sedaghat Zadeh, daripada Putrajaya. Saspek ditahan pada 3.30 petang (waktu tempatan) 15 Februari lepas di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang semasa hendak berlepas ke Iran kerana dikaitkan dengan tiga insiden letupan bom di bandar raya Bangkok seminggu sebelum itu.
Menteri Luar Thailand, Thani Thongpakdi dalam satu kenyataan rasmi memohon ekstradisi lelaki berkenaan dan mendapat reaksi positif daripada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. "Saya yang minta pihak berkuasa Thailand buat permohonan itu segera, kalau ada permintaan lebih awal, kita boleh hantar (rakyat Iran itu) lebih awal," kata 'menteri Umno' itu di sesawang Berita Harian Online pada 23 Februari lepas.
Awal tahun ini pun, Malaysia dilaporkan pernah ekstradisi dua saspek penjenayah paling dikehendaki Amerika Syarikat seperti yang dimohon Singapura.
Malaysia bukan negara komunis seperti China atau Korea Utara yang menolak proses ekstradisi negara-negara lain termasuk 'negara demokratik' Amerika Syarikat.
Malaysia adalah negara yang demokratik dan berdaulat. Sebab itu, Malaysia memberi berjasama dengan antarabangsa sebagaimana dalam beberapa ekstradisi yang disebut sebelum ini.
15 Mei lepas, Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, Mahkamah Perancis tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan rakyat Malaysia membuat pengakuan dalam inkuiri bagi menyiasat urus niaga langsung (tender tertutup) dalam pembelian kapal selam Scorpene yang membabitkan Malaysia dan negara tersebut.
Najib semasa menjadi Menteri Pertahanan didakwa "meminta" USD 1 bilion daripada DCNI - anak syarikat pembuat kapal Perancis DCN - melalui syarikat tempatan Perimekar dalam satu pertemuan pada 14 Julai 2001. Adakah kerana Najib presiden Umno, maka Ahmad Zahid menolak ekstradisi seperti yang dimohon oleh Perancis?
Adakah kerana saat ini mendekati musim pilihan raya umum ke-13, maka Ahmad Zahid menolak ekstradisi Najib seperti yang dimohon oleh Perancis?Adakah kerana skandal scorpene ini yang diduga meledak semula kes pembunuhan warga Mongolia Altantuyaa Sharibuu di Mahkamah Perancis kelak mendesak Ahmad Zahid menolak proses ekstradisi Najib seperti yang dimohon oleh negara berkenaan?
Namun, langkah Malaysia yang nyata menolak proses ekstradisi Najib ke Perancis seolah-olah mendekatkan negara ini pada 'negara komunis' China dan Korea Utara.
KENYATAAN TERBARU -Malaysiakini hari ini 12:34PM Mei 16, 2012
'Kuasa Mahkamah Perancis tertakluk semua orang'
Mahkamah Perancis yang menjalankan inkuiri berhubung urusniaga kapal selam Scorpene Malaysia-Perancis mempunyai kuasa memanggil semua pihak untuk membuat pengakuan dalam prosiding di negara itu.
"Mahkamah Perancis mempunyai bidang kuasa terhadap semua orang, tidak kira orang Perancis atau tidak, selagi mereka terlibat dalam perkara melibatkan inkuiri sedia ada.
"Dakwaan sebaliknya salah dan mengelirukan," kata peguam Perancis Joseph Breham.
Breham mewakili NGO hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dalam kes saman sivil itu.

ZIONIS ISRAEL DAN ZIONIS TEMPATAN SAMA SAHAJA ISREAL JUGA ADA ISA
TAHANAN ISA LANCAR MOGOK LAPAR: SUARAM - harakah daily
KUALA LUMPUR, 14 Mei: Sebilangan tahanan ISA yang masih ditahan di Kem Kamunting nekad melancarkan mogok lapar bagi menuntut pembebasan mereka.
Tindakan itu dilakukan memandangkan status mereka sebagai tahanan ISA masih tergantung setelah kerajaan bersetuju memansuhkan akta itu, Mac lalu. Bagaimanapun, jumlah tahanan yang melancarkan mogok itu masih tidak diketahui.
Suara Rakyat Malaysia (Suaram), dalam satu kenyataannya, hari ini berkata pihaknya dimaklumkan tentang tindakan mogok itu daripada ahli keluarga tahanan.Pengarah Eksekutifnya, E. Nalini berkata beliau percaya mogok itu telah dilakukan sejak empat hari lalu.
Sehubungan itu, beliau mendesak Menteri Dalam Negeri turun memastikan keadaan mereka, sekaligus menyatakan pendiriannya terhadap status penahanan mereka atau membicarakan mereka di mahkamah terbuka. Sementara itu, Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh meminta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) turut memastikan keadaan tahanan yang diktakan melancarkan mogok lapar.
"Campur tangan pihak Suhakam juga diperlukan bagi memastikan keadaan tahanan di sana. Tahanan-
tahanan tersebut mungkin kecewa kerana masih tidak dibebaskan, sedangkan ISA sudh dimansuhkan," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
Mengulas lanjut, Syed Ibrahim berkata biarpun akta baru yang menggantikan ISA masih membolehkan penahanan sedia ada, Kementerian Dalam Negeri (KDN) wajar melakukan sesuatu bagi memastikan semua tahanan ISA tahu keadaan status mereka.
"Para tahanan tahu, ISA sudah dimansuhkan. Sudah tentu mereka mengharapkan pembebasan selaras dengan pemansuhan tersebut. Mungkin menteri ad berjanji dengan mereka. Jadi KDN perlu bertindak sewajarnya dalam kes ini," tambah beliau yang menyatakan masih ada 30 hingga 40 orang tahanan ISA yang ditahan di bawah akta itu.
MOGOK LAPAR LAWAN ZIONIS DI GAZA
Beribu-ribu rakyat Palestin telah keluar berdemo menyokong mogok lapar yang sednag dilancarkan oleh lebih dari 2,500 tahanan tanpa bicara. Israel sama seperti Malaysia ada undang-undang ISA
yang boleh memenjara sesiapa sahaja tanpa bicara.
Dua tahan politik Zionis telah mogok lapar selama 77 hari. Keadaan sedang nazak. Demo dijalan raya sedang berterusan demo berlaku di Gaza dan Tebing Barat.
Majlis Fatwa Palestin tidak mengeluarkan fatwa melarang tunjuk perasaan tidak saperti Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia.
Majlis Fatwa Palestin menyokong tunjuk perasaan malah kaum agamawan di Palestin adalah penunjuk jalan untuk rakyat turun berdemo. Kerajaan Mesir telah cuba menjadi orang tengah
untuk menyelesaikan mogok ini.
ANTARA YANG MOGOK LAPAR
Pada 1 May - terdapat 4,635 ISA tahanan tanpa bicara di Isreal. Pada 17 April yang lalu 2,500 tahanan ISA di Isreal telah melancarkan mogok lapar.Ada tahanan ISA Israel yang telah dipenjara lebih dari 10 tahun.
Jika kematian berlaku maka suasana akan meledak di Palestine.Media dunia telah cuba menutup berita ini. Tetapi di dunia Arab berita tahanan ISA Israel mogok lapar ini sedang mengelegak.
15 Mei 2012
RAHSIA BOCOR : MOF ( Kementerian Kewangan ) kini TENAT ?
Dedah: Akaun negara kini berada dalam keadaan tenat?
Sumber: SiasahKini
Semalam 14 hb Mei 2012, Sk menghadiri satu mesyuarat jabatan di Ibu Negara Kuala Lumpur. Kebiasaannya mesyuarat ini di pengerusikan oleh seorang ketua jabatan yang sebelah paginya membincangkan mengenai kerja-kerja teknikal projek itu dan projek ini, projek-projek pembangunan yang dilaksanakan adalah diseluruh negeri tanah air. Suasana mesyuarat berjalan dengan selesa dan baik.
Selesai waktu rehat sekitar jam 1.30 hari disusuli pulak mesyuarat kedua disebelah petang mengenai peruntukan kewangan mengurus negeri. Mesyuarat ini agak panas apabila pengerusi mengajukan pelbagai soalan kepada ahli-ahli mesyuarat mengenai peruntukan yang diberikan tapi masih lagi tidak dibelanjakan. Soalan yang diajukan oleh pengerusi kebanyakan dapat dijawab dan dapat diselesaikan namun ada juga beberapa waran peruntukan yang diberikan masih tidak dibelanjakan oleh negeri masing-masing dan peruntukan tersebut terpaksalah ditarik balik.
Dalam kerancakkan perbincangan dan kehangatan pelbagai isu yang dibangkitkan, tiba-tiba pengerusi ada menyebut :
“tahukah kamu semua, MOF (Kementerian Kewangan) kini tenat” ketika itu semua terdiam seketika.
“Saya bersusah payah turun naik MOF untuk memohon peruntukan yang kamu semua mohon tapi bila dapat kamu tidak belanjakan”.
Untuk makluman semua, peruntukan yang diterima oleh suatu agensi kerajaan perlulah dibelanjakan semaksima yang boleh pada perkara yang perlu. Kepada mereka dikalangan kakitangan kerajaan memang dah maklum perkara ini.
“Kamu semua tahu tak, sekarang ni kerajaan pusat dah tak ada duit untuk belanja. Saya di maklumkan kementerian dah ambil langkah untuk menggadaikan tanah negara semata-semata nak tampung belanja, saya sebenarnya dah takut bila pegawai kementerian bagitau benda ni” ujar pengerusi tersebut.
“Apa yang PM umum untuk bagi tu bagi ni semuanya umum sahaja. Lepas pilihanraya ni kita akan lagi akan teruk sebab kerajaan tak ada duit. Mungkin permohonan bajet kita lepas ni tidak akan dapat sebanyak sekarang, saya dah bocor rahsia hari ni, tapi tak apa lah” sambungnya sambil meneruskan agenda mesyuarat sehingga selesai.
Apa yang di dedahkan oleh ketua jabatan itu sebenarnya memang benar. Kalau sebelum ini sudah banyak kali ahli politik pembangkang mengungkitkan perkara ini di setiap program ceramah-ceramah Pakatan rakyat. Sudah berbuih mulut ahli politik menerangkan tindakan menggadai tanah rizab negara oleh PM Najib selaku Menteri yang bertanggungjawab keatas Kementerian Kewangan sekarang. Kalau rakyat tak nak percaya maklumat yang disampaikan oleh golongan politik tak apa, tapi maklumat yang disampaikan sendiri oleh pegawai berkaitan adakah kita tak nak percaya? Adakah nak tunggu negara kita tergadai dan merempat barulah kita percaya. Nasi sudah menjadi bubur.
Sikap berbelanja boros, penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa menteri yang bertanggungjawab ini adalah faktor utama sehingga menyebabkan akaun negara berada dikedudukan yang amat tenat. Pemberian BR1M, Bonus tahunan atau imbuhan untuk warga FELDA RM15,000.00 yang sepatutnya untuk hujung tahun dan bermacam-macam lagi imbuhan, semua ini adalah umpan cacing yang akan dicangkuk di mata kail.
Walaupun Ketua Jabatan tersebut tidak menceritakan tanah kawasan mana yang menjadi mangsa kerakusan Menteri Kewangan ini dan Jika ditakdirkan kerajaan tidak dapat menebus kembali tanah yang dipajakgadai tersebut, apa akan terjadi seterusnya kepada negara kita?
Pendedahan yang dibuat ini adalah satu peringatan kepada seluruh lapisan masyarakat agar dapat menolak kerajaan BN yang ada sekarang dan digantikan dengan Kerajaan baru iaitu Pakatan Rakyat.
SUMBER: SIASAHKINI/http://mediaperak.com/2012/05/15/dedah-akaun-negara-kini-berada-dalam-keadaan-tenat/
Penyakit ' OTAK LUCAH ' kian parah melanda Malaysia
Pak Samad: Kenyataan polis mungkin galak demo 'biadap'
Pengerusi bersama BERSIH, Datuk A Samad Said berkata kenyataan polis berhubung demonstrasi 10 Mei di hadapan kediaman Datuk S Ambiga mungkin menjadi galakan kepada Persatuan Veteran Tentera Melayu untuk mengadakan demonstrasi "biadap" pagi ini.
Malah, tidak mustahil sekiranya perhimpunan "senaman punggung" di hadapan kediaman Ambiga pagi ini akan turut diadakan di hadapan kediamannya selepas ini, katanya.
"Saya fikir timbalan IGP ada sebut tak salah berdemonstrasi di depan rumah Ambiga. Barangkali ia agak menggalakkan (demonstrasi dibuat)," katanya ketika ditemui Malaysiakini hari ini.Mengulas lanjut kenyataan itu, Samad berkata: "Itu biasalah undang-undang ditafsir oleh orang yang berkuasa. Bukan ditafsir orang yang tak berkuasa."
Katanya lagi, PVTM mempunyai pilihan untuk mengadakan gimik lain tetapi tetap bertindak biadap dengan membongkok dan menggoyang-goyangkan punggung mereka ke arah kediaman Ambiga."Ada cara lain tapi dia memang nak memilih (biadap). Dia sengaja. dia memang nak berbiadap," katanya lagi.
Samad bagaimanapun berpendapat, siri demonstrasi di rumah Ambiga tidak akan menjejaskan momentum BERSIH untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil."Saya tak rasa begitu. Itu sebenarnya intimidasi dan untuk menakut-nakutkan... Tidak mustahil ia akan dibuat di hadapan rumah saya nanti," katanya.
Beliau bagaimanapun tidak melarang sekiranya demonstrasi "menonggeng punggung" seperti itu diadakan di hadapan kediamannya.Namun golongan berkenaan akan berdepan dengan reaksi daripada rakyat sekiranya mereka benar-benar berbuat demikian. "Reaksinya bukan dari saya (tapi) reaksi dari umum. Buatlah," katanya lagi.
Samad mengulas kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar (kiri) yang berkata polis tidak akan mengambil tindakan ke atas kumpulan peniaga yang mengadakan demonstrasi pertama di hadapan kediaman Ambiga pada 10 Mei lalu.
Khalid memberi alasan, peniaga berkenaan boleh berhimpun dan berniaga di lokasi tersebut memandangkan tindakan itu dibuat di kawasan awam dan tidak mengganggu ketenteraman.
BERITA BERKAITAN :
Kelab pesara tentera tolak 'senaman punggung'
Tindakan sekumpulan bekas tentera mengadakan 'senaman punggung' depan rumah pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga dekat ibu negara pagi tidak tidak dikongsi, malah dikritik rakan-rakan mereka dalam pasukan keselamatan.
Kelab Kebajikan Veteran dan Pesara Tentera (KERABAT) menyifatkan senaman aneh di Bukit Damansara pagi tadi bertentangan dengan prinsip kesopanan dan kesusilaan yang diterapkan dalam Rukun Negara.
Presidennya, Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar berkata tindakan itu tidak mencerminkan usia anggota pertubuhan itu yang telah bersara daripada perkhidmatan."Secara peribadi tindakan ini kurang matang," kata ketua NGO pesara tentera yang rapat dengan PAS itu.
Senaman anjuran Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) pagi tadi bertujuan membantah penganjuran perhimpunan BERSIH pada 28 April lalu.Kumpulan 15 orang aktivis PVTM itu melakukan gimik demonstrasi dengan membongkok dan menggoyang-goyangkan punggung mereka ke arah rumah Ambiga.
'Pesara polis tak akan buat begitu'
Sementara itu, Mohd Nazari juga menuduh, tindakan sesetengah persatuan tentera yang dilihat seperti pro-Umno bertujuan bersaing merebut peruntukan kewangan yang disalurkan Menteri Pertahanan melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran Tentera.
"Pecahan fungsi dalam angkatan tentera terlalu banyak jadi masing-masing tubuhkan persatuan," katanya.
Malah, tanpa merujuk langsung kepada PVTM, Mohd Nazari mendakwa, ahli-ahli persatuan tentera yang didakwa terabai dipergunakan oleh pimpinan mereka "yang menjadi kroni kepada pemimpin BN".
Sementara itu, Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia, Shafie Bakri pula ketika dihubungi Malaysiakini menyerahkan tindakan itu untuk dinilai oleh pihak tentera sendiri.Bagaimanapun, katanya, persatuannya sendiri tidak bersetuju dengan himpunan BERSIH tetapi percaya percaya bekas polis akan mencari cara lebih sesuai jika mahu menyatakan bantahan mereka.
"Kita tidak akan ambil tindakan sebegitu," kata Shafie katanya yang enggan merujuk secara langsung kepada kejadian di rumah Ambiga pagi kerana tiada pesara polis terlibat.

Nallakaruppan Luu..mana mau lari ,gagal fail pembelaan kes saman Anwar
KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memberi tempoh sehingga 22 Mei kepada Presiden Parti India Malaysia Senator Datuk S. Nallakaruppan untuk memfail pernyataan pembelaan berhubung saman fitnah RM100 juta oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Vazeer Alam Mydin Meera turut menetapkan tarikh itu sebagai pengurusan kes.Pada 26 Mac, Anwar memfail saman terhadap Nallakaruppan, Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan Ketua Pengarang Kumpulan akhbar berkenaan, Datuk Abdul Aziz Ishak, berhubung perkataan-perkataan beliau (Nallakaruppan) yang mencemar nama baiknya melalui kenyataan yang disiarkan di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 20 Mac.
Nallakaruppan diwakili peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, peguam Norhazira Abu Haiyan mewakili Utusan Melayu manakala Latheefa Koya bagi pihak Anwar.Dalam pernyataan tuntutan, Anwar berkata perkataan fitnah yang terkandung dalam artikel akhbar berkenaan adalah palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan niat jahat.
Anwar mendakwa beliau menghantar surat tuntutan menerusi peguamnya kepada defendan supaya menarik balik perkataan yang berbaur fitnah itu tetapi mereka gagal berbuat demikian.Beliau menuntut ganti rugi am berjumlah RM100 juta, selain ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.
Anwar turut memohon injunksi untuk menghalang defendan dan ejen mereka daripada terus menyatakan atau menyiarkan perkataan yang berbaur fitnah itu.
Perubahan dasar PR harus konsensus
Lim: Perubahan dasar PR harus konsensus
Anwar bersama Abdul Hadi dan Lim Kit Siang pada sidang media hari ini.
MAJLIS Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) menegaskan semula permuafakatan yang kukuh dan kata sepakat di antara mereka dalam polisi umum sebelum atau selepas PRU13 dan apa-apa perubahan dalam polisi PR mestilah melalui satu proses konsensus terlebih dahulu.
Majlis Pimpinan PR hari ini menegaskan semula permuafakatan yang kukuh dan kata sepakat dalam perjanjian oleh tiga komponen parti utama iaitu PKR, Pas dan DAP sama ada sebelum atau selepas PRU13, yang termaktub Kerangka Dasar Bersama PR pada 19 Disember 2009, pengenalan Buku Jingga pada 20 Disember 2010 dan Kenyataan Majlis Pimpinan PR pada 28 September 2011.
Sepertimana yang termaktub dalam Kerangka Dasar Bersama PR yang telah diserap sebulat suara dalam Konvensyen Pertama Pakatan Rakyat di Shah Alam dalam Disember 2009, Pakatan Rakyat komited untuk mendukung semangat dan peruntukan akta dalam Perlembagaan Persekutuan, terutamanya dalam:
1. Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, agama Islam sebagai agama Perlembagaan di samping kebebasan untuk agama yang lain diamalkan mana-mana di negara ini dan melindungi hak-hak istimewa kaum Melayu dan orang asal di mana-mana termasuklah negeri Sabah dan negeri Sarawak, dan kepentingan sah kaum-kaum yang lain berdasarkan peruntukan Artikel 153.
2. Mempertahankan peranan dan kebertanggungjawaban institusi Raja-Raja Berperlembagaan.
3. Mendukung penggunaan Bahasa Melayu berdasarkan Artikel 153 dalam Perlembagaan Persekutuan dan mempromosikan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan (lingua franca) disamping mempertahankan dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda untuk semua kaum.
4. Pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan undang-undang yang lain yang membenarkan penahanan tanpa bicara dan pada masa yang sama mencadangkan pembatalan semua deklarasi darurat yang sedia ada.
5. Memansuhkan atau meminda semua undang-undang yang menindas dan menyalahi hak asasi manusia.
6. Menjamin semangat federalisme dan perhubungan yang saksama di antara negeri-negeri Persekutuan dan negeri-negeri lain seperti Sabah dan Sarawak.
Majlis Pimpinan PR hari ini juga menegaskan bahawa apa-apa perubahan kepada polisi-polisi PR yang telah dipersetujui secara muafakat mestilah melalui satu proses konsensus di antara ketiga-tiga parti komponen PR.
Hukum hudud bukanlah sebahagian daripada Kerangka Dasar Bersama PR di mana parti DAP mempunyai pandangan bahawa pengimplementasian hukum tersebut bercanggah dengan semangat Perlembagaan. Walau bagaimanapun, parti DAP menghormati pandangan parti Pas di atas isu tersebut.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib bahawa pengimplementasian hudud dan pindaan pada Perlembagaan Persekutuan adalah keutamaan parti Pas walaupun ia akan membawa kepada pertukaran “rakan kongsi” dalam Pakatan Rakyat telah dibangkitkan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan PR pagi tadi.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ketua-ketua Pas yang lain memberi jaminan kepada Majlis Pimpinan PR bahawa kepimpinan parti Pas menolak pandangan Harun kerana ia tidak mencerminkan kedudukan Pas tetapi adalah pandangan peribadi Harun.
* Lim Kit Siang, Penasihat DAP dan Ahli Parlimen