Loading...

29 Februari 2012

UMNO SUDAH PANIK, ADAKAN PERTEMUAN DENGAN PERKASA!!!

Pertemuan Umno- Perkasa, jelas Umno sudah panik


Kita sudah tahu segalanya. Dua orang Islam dari UMNO berketurunan India, Perdana Menteri de-facto Mahathir Mohamad (Malayalee) dan Zainuddin Mydin (Tamil), bertemu secara rahsia di Putrajaya pada hari Isnin dengan 250 orang penyokong kuat Perkasa diketuai oleh si mulut laser Ibrahim Ali.

Mereka juga disertai oleh Sanusi Junid yang berketurunan Tamil, bekas Menteri Besar Kedah yang mendakwa dirinya orang Aceh, dan bekas timbalan menteri persekutuan Khalid Yunus.

Pertemuan yang bersifat rahsia itu menurut Mahathir kepada media, adalah untuk mengelakkan ia dilabelkan sebagai salah satu daripada agenda perkauman. Dia merasa kesal bahawa kini tidak boleh lagi menyebut perkataan Melayu tanpa dilabelkan sebagai rasis. Bagaimanpun, bagi ahli-ahli komuniti berbahasa Melayu di Semenanjung Malaysia - Mahathir umpamanya - bukanlah orang Melayu.

Lingua franca di nusantara ini adalah bahasa Melayu tetapi itu tidak bermakna bahawa bangsa Melayu wujud. Tidak ada pun sejarah menakrifan bangsa itu kecuali dalam Perlembagaan Persekutuan.

Buat sekian kali, Mahathir mengeluh bahawa masyarakat berbahasa Melayu di Semenanjung Malaysia kini berpecah antara tiga parti politik iaitu Umno, PKR dan Pas. Dua yang terakhir adalah sekutu dalam Pakatan Rakyat, pakatan pembangkang, bersama-sama dengan Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Perkasa- satu kegagalan

Secara tertutup, Mahathir terpaksa mengakui realiti bahawa Perkasa, gagal. Perkasa mendapat kontrak bagi mewar-warkan agenda perkauman Umno tetapi mendapati ia sukar untuk mendapat sokongan bagi politik jenis kotor ini.

Walau bagaimanapun, memandangkan pembiayaan disediakan secukupnya, Perkasa akan terus memutar-belitkan setiap isu di Malaysia menjadi isu perkauman dan agama. Ideanya adalah untuk menjadikan Melayu dan bukan Melayu berantakan antara satu sama lain dan menakutkan kedua-dua kumpulan ini untuk bersatu padu di bawah satu platform politik - Umno - supaya golongan elit yang memerintah boleh hidup seperti sheikh di negara kaya dengan minyak dengan wang titi peluh rakyat.

Orang-orang Kristian, menjadi penganut agama ke-2 terbesar di Malaysia dan boleh menjadi sebuah kumpulan kuasa ke-3 yang berpotensi dalam politik, akan menjadi mangsa.

Pertemuan penuh rahsia ini penting bukan kerana apa yang telah dibincangkan secara rasmi tetapi lebih kepada apa yang dibincangkan secara tidak rasmi diluar perjumpaan itu.

Hindraf Makkal Sathi telah dipersetujui akhirnya sebagai satu rahmat tersembunyi kepada UMNO. Lebih banyak Hindraf berkokok mengenai perkauman,lebih ramai orang Melayu akan bersatu di belakang UMNO, ini adalah keputusan dari perjumpaan sampingan.

Taruhan besar dalam politik Umno inilah yang memecah-belahkan rakyat, ”supaya Umno boleh terus memecah dan memerintah seperti apa yang telah dilakukan pihak British”.

Shahrizat, MAS dan Sodomi 2 dibincangkan

Perjumpaan Perkasa yang diadakan adalah di kalangan mereka yang tidak teliti dan keliru. Tiba-tiba, masa depan kelihatan cerah. Ini adalah persetujuan bersama di perjumpaan Perkasa yang dipenuhi pengkomplot kerana ancaman kepada gaya hidup mewah mereka yang sebenarnya bersifat parasit.

Menteri Umno Shahrizat Jalil, yang menjadi dalang kejatuhan NFC RM250mil, menjadi perbualan dalam rundingan, mengikut maklumat dari dalam, ia telah menjadi terlalu bodoh sehingga membahayakan mereka semua, dan menjadikan yang lain menjadi nampak seperti penjahat juga.

Mahathir mengagumi pihak pengurusan yang membatalkan saman RM600 juta terhadap bekas bos Penerbangan Malaysia Tajuddin Ramli, tetapi tidak pula mendesak penarikan balik tuntutan balas Tajudin Ramli yang berjumlah beberapa ratus juta. Ini adalah sebahagian daripada sandiwara berterusan ynag diarah oleh Perbendaharaan negara. Pasti ada habuan untuk semua.

Soalan yang membimbangkan orang kuat Perkasa, secara rasmi dan tidak rasmi, adalah bagaimana untuk mengekalkan kuasa politik demi untuk memudahkan salah kuasa berterusan ke atas Perbendaharaan Negara jika masyarakat Melayu tidak lagi termakan politik tahi Umno, kerana mahu masa depan yang lebih baik.

Harapan tidak banyak yang diletakkan kepada rayuan Peguam Negara untuk kes Liwat 2 sebagai salah satu cara untuk mengoyah dan memusnahkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan mengembalikan ia kepada Umno.

PAS, DAP dan PKR tidak memberi respon yang diharapkan oleh Dr M

Kerajaan Perpaduan dengan Pas mendapat sambutan di luar jangkaan mereka. Itulah kesilapan bodoh yang dibuat oleh Perdana Menteri yang tidak dipilih dan sekadar budak suruhan Mahathir sahaja, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Begitu juga DAP tidak berminat untuk mewakili kaum Cina dalam kerajaan Barisan Nasional (BN) tetapi sebaliknya memilih untuk menjadi kuasa ke-4 dalam politik di negara ini untuk masyarakat berbahasa Melayu, selepas Umno, PKR dan Pas.

Mahathir mahu meyakinkan masyarakat Melayu sekali lagi bahawa mereka perlu buat-buat tak tahu dan masih lagi bodoh dan menyedihkan - "berpura-pura bahawa yang pintar tidak wujud" dan mereka tidak akan ada peluang berbanding India dan Cina - "terlalu pintar untuk tahu apa yang baik" dalam keadaan percuma-untuk-semua. Ringkasnya, India dan Cina memusnahkan masyarakat Melayu.

Jadi, Mahathir masih lagi menyanyikan lagu yang sama dengan tema sama iaitu masyarakat berbahasa Melayu mesti bersatu di bawah satu platform politik iaitu Umno supaya mereka boleh mendapatkan kuasa politik dan merebut semua peluang untuk berkongsi "dikalangan mereka yang munafik ".

Jika terdapat di kalangan masyarakat Melayu yang tidak mempercayai Mahathir, mereka boleh berhijrah ke Australia - kerana ia telah dilakukan orang India dan Cina.

Perkauman, nepotisma, korupsi dan opportunis

Hujah ringkas Mahathir adalah mereka yang bodoh dan rugi termasuk yang munafik melebihi orang lain dalam masyarakat dan perlu menggunakan kekuatan bilangan mereka "untuk memastikan bahawa yang cerdik pandai dan terbaik dari semua kaum India dan Cina, mengikut Mahathir – bukanlah pemimpin buat semua ".

Sudah tentu, peluang rampasan kuasa ini tidak akan jatuh kepada ahli-ahli masyarakat Melayu untuk sebahagian yang besar tetapi hanya pemerintah elit dan anak-anak mereka dan kroni di belakangnya. Nepotisme, rasuah dan pengambil kesempatan yang dikatakan rasis oleh Hindraf Makkal Sakthi - akan menjadi penggubal undang-undang.

Ideologi politik Mahathir menurut Perdana Menteri de facto ini, akan disokong oleh pemimpin-pemimpin kaum lain India, Cina, Dusun dan Dayak yang mempunyai kisah mereka tersendiri. Walau bagaimanapun, pengkhianat-pengkhianat ini tidak akan disia-siakan. Mereka akan mendapat beberapa cebisan habuan dari semasa ke semasa selepas pemimpin-pemimpin mereka (Umno) telah kenyang setelah makan sepuas hati, sendawa, menyahtinja serta muntah itu.

Perkasa cuba menawan ahli lompat parti selepas PRU ke 13

Walau bagaimanapun, pemimpin bukan Melayu ini mesti dikekalkan semiskin yang boleh seperti di Sabah dan Sarawak supaya mereka tidak mampu untuk memikirkan idea mewah seperti kebebasan dari segi kewangan dan membebaskan diri daripada cengkaman zalim pemerintah elit.

Jika semua gagal, Perkasa digunakan oleh Umno untuk menarik dari kalangan yang menang dalam pakatan pembangkang supaya melompat parti selepas Pilihan Raya Umum ke-13. Penekanan akan diberi kepada pemenang yang akan dikenal pasti oleh laporan perisikan kerana mempunyai kelemahan mereka sendiri.

Semua pilihan ada dihadapan mereka.

Pilihan akhir, dalam pemikiran Perkasa, mungkin suatu peristiwa ala 1969 untuk membina BN yang baru, musnahkan pembangkang - selepas ia diluluskan oleh Majlis Gerakan Negara (NOC) yang disokong oleh Majlis Perundingan Negara (NOC) dan Majlis Perundingan Ekonomi Negara (MTEN).

Malaysia Chronicle-Written by John Kashuerin

MP Sabak Bernam didapati bersalah buat tuntutan palsu


Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini mendapati Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri, bersalah atas lapan tuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM80,000.

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwa.

Abdul Rahman, 47, dari Umno dituduh membuat lapan tuntutan palsu dengan nilai RM10,000 setiap satu yang berjumlah RM80,000 daripada peruntukan kawasannya berhubung majlis yang tidak pernah dijalankan.

Dia dituduh membuat tuntutan itu di antara 21 Januari dan 4 Februari 2008 ketika menjadi ADUN Sungai Ayer Tawar.

Kemelut Kedah : Perbincangan Positif, Tunggu Mesyuarat 1 Mac - Salahuddin


PETALING JAYA, 29 FEB : Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, pertemuan beliau dengan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan dua exco kerajaan negeri itu semalam mengenai kemelut yang berlaku di Kedah merupakan suatu perbincangan yang positif.

Beliau bagaimanapun berkata, isu berkenaan akan diperbincangkan Mesyuarat Kas Jawatankuasa Pas Pusat pada 1 Mac ini.

“Perbincangan hari ini sangat positif. Banyak pandangan, cadangan dan pemikiran dalam menyelesaikan isu yang berlaku di kedah.

“Dalam mesyuarat khas itu nanti kita akan membuat keputusan mengenai langkah-langkah untuk memastikan kepimpinan di Kedah berjalan dengan baik,” katanya ketika dihubungi mStar Online, Selasa.

Salahuddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, beliau yakin sesuatu yang positif akan diputuskan selepas mengadakan perbincangan pada Selesa termasuk mesyuarat khas jawatankuasa Pas Pusat.

PAS Pusat pada Isnin memutuskan Salahuddin sebagai pengantara untuk mengadakan pertemuan bagi campur tangan dalam menyelesaikan kemelut di Kedah.

Selain Azizan, dua exco yang ditemui Salahuddin adalah Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatam, Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Datuk Phahrolrazi Zawawi yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah, dan Pengerusi Kesihatan, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pembangunan Insan, Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi negeri, Datuk Dr Ismail Salleh yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kedah.

Keengganan kedua-dua mereka menerima pelantikan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan kepimpinan Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Negeri berhubung pentadbirannya di Kedah.

Lapan anggota exco kerajaan negeri pada Selasa mengangkat sumpah jawatan di hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit, Kedah pada Selasa.

Mereka adalah Datuk Amiruddin Hamzah, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul, Datuk Dr. Hamdan Mohamed Khalib, Lim Soo Nee, Abd Ghani Ahmad, Tan Joon Long @ Tan Chow Kang, Datuk Siti Ashah Ghazali dan S. Manikumar, yang masing-masing menerima tawaran pelantikan semula.

Azizan sebelum ini mengumumkan hanya lapan exco akan mengangkat sumpah jawatan bagi sesi 2012 walaupun lazimnya exco kerajaan negeri dibarisi 10 anggota.
-FMT

PEMBANTU BADRULAMIN DIDAKWA DISOGOK!!!


SEREMBAN, 29 FEB : Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Dr Badrulamin Bahrom mendakwa pembantunya ditawarkan imbuhan lumayan oleh sekumpulan lelaki sebagai dorongan supaya menjadi saksi memburukkannya.

Menurut Badrulamin, pembantunya itu diugut supaya memberi kerjasama dan ditawarkan upah lumayan bagi membantu menjayakan satu rancangan pihak tersebut.

“Ketika saya berada di Kuantan, pembantu saya didatangi enam lelaki dengan nada memujuk dan mengugut meminta supaya memberikan kerjasama.

“Sekiranya dia (pembantu) sanggup berikan kerjasama dengan menceritakan kononnya saya begitu dan begini, dia akan diberikan imbuhan lumayan,” katanya semasa menyampaikan ceramah sulungnya di Ampangan, dekat sini, malam kelmarin.

Bagaimanapun, Badrulamin berkata, pembantunya itu kuat semangat tidak melayan tawaran berkenaan sebelum memaklumkan kepadanya mengenai perkara itu.

Menurutnya, berikutan kejadian itu, dia dan pembantunya bercadang membuat laporan polis dalam masa terdekat ini bagi membersihkan kembali namanya berikutan kejadian ditangkap khalwat lalu.

Sementara itu, Badrulamin juga berkata akan berbincang dengan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah akhbar tabloid berbahasa Melayu serta stesen televisyen tempatan kerana menyiarkan laporan khalwatnya.

Malah, beliau turut memaklumkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Datuk Mohd Ghazali Abdul Aziz kerana mengeluarkan kenyataan dalam kedua-dua media itu.

“Selepas keterangan saya dan wanita terbabit diambil, Jaip mendapati dakwaan saya berdua-duaan adalah tidak benar dan pihak jabatan agama juga menerima sendiri kenyataan itu.

“Dengan itu, kenyataan Mohd Ghazali bahawa saya ditangkap berdua-duaan adalah terbatal, begitu juga laporan media berkenaan bahawa kami ditangkap berkhalwat adalah tidak benar.

“Sehubungan itu, kami akan me ngambil tindakan undang-undang terhadap kedua-duanya,” katanya

UNDI MELAYU PECAH, KERANA UMNO TAK BOLEH HARAP!!!

Bukan Setakat Undi Melayu, Undi Cina Dan India Sudah Lama Pecah!

Debat antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menjamin undi kaum Melayu akan kembali bersatu.

Ini kerana menurut bekas Presiden MCA Ong Tee Keat undi Melayu memang sudah lama pecah sejak zaman kemerdekaan, begitu juga dengan undi kaum Cina dan India.

“Sama ada perpecahan yang bermanfaat atau tidak itu terpulang kepada interpretasi masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas menjadi panel wacana ‘Mengapa Undi Melayu Pecah’ anjuran Sinar Harian di sini semalam.

Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkifli Ahmad berkata sebaliknya debat mampu memberi ruang lebih terbuka kepada rakyat untuk memilih berdasarkan kekuatan hujah yang dibentangkan Anwar dan Najib.

Katanya melalui debat rakyat akan mendapat maklumat yang lebih tepat sekaligus dapat membuat keputusan dengan rasional.

Sekaligus dapat memberi lebih ruang kepada kaum Melayu berfikiran wajar memilih parti yang mampu membela nasib Melayu pelbagai lapisan.

“Kalau tiada debat, media akan 24 jam hentam (pembangkang) dan rakyat tiada akses untuk tahu perkara sebenar,” katanya.

Walau bagaimanapun, Ong menegaskan debat itu nanti perlu mempunyai matlamat yang jelas dan bersifat realistik, bukan hanya debat mempromosikan manifesto masing-masing.

“Kalau sekadar debat tanpa wawasan seperti menyampaikan ceramah politik biasa itu tak kemana,” katanya.

Umno hilang sokongan

Sementara itu, pemimpin PKR Datuk Seri Chua Jui Meng menegaskan perpecahan undi itu hanyalah satu persepsi Umno yang semakin sorot undi kaum Melayu.

Beliau berkata sikap kerajaan yang selama ini merampas ekuiti RM52 bilion Bumiputera turut menjadi punca Umno hilang sokongan.

Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Ruslan Kassim pula menyambut baik debat antara Najib dan Anwar.

Beliau menolak persepsi bahawa Perkasa menjadi kuda tunggangan parti pemerintah tetapi beliau percaya NGO itu kekal menjadi kuasa ketiga yang mempertahankan Perlembagaan.

28 Februari 2012

Phahrolrazi akui ada perbezaan pendapat dengan Azizan


ALOR SETAR - Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kedah Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata beliau enggan dilantik semula sebagai Exco kerajaan negeri Kedah kerana mempunyai perbezaan pendapat yang "kritikal" dengan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam soal pentadbiran kerajaan negeri.

Bagaimanapun, katanya, jika pimpinan Pas Pusat mahu beliau kembali menjadi Exco, beliau bersedia mempertimbangkannya tetapi dengan syarat-syarat tertentu dan pendapatnya diambil kira.

Beliau yang menyifatkan masalah beliau dengan Azizan, yang juga Pesuruhjaya Pas negeri, sebagai masalah peribadi berkata beliau berhak untuk tidak terus menjadi Exco kerana sebagai Exco beliau perlu taat kepada ketua dan jika tidak beliau perlu "keluar".

"Dalam organisasi kita hendaklah setuju dengan pemimpin kita. Kalau ada banyak perkara yang tak setuju kita tak boleh duduk dalam organisasi itu. Sebagai kerajaan kita ada tanggungjawab bersama, kalau tak setuju kena ada cara untuk kita tak susahkan mereka (ketua). Menteri Besar ada pendapat dia sendiri. Pendapat itu perlu dihormati.

"Perbezaan pendapat itu memang biasa. Kalau dalam 10 perkara, perbezaan pendapat hanya satu, dua tak apa tapi kalau dah enam, tujuh, ia tak wajar. Tindakan seperti ini perlu (tidak sambung untuk jadi Exco) adalah supaya organisasi lebih tenang," katanya pada sidang media di kediamannya di sini, hari ini.

Phahrolrazi adalah seorang daripada dua Exco yang menghantar surat kepada Azizan bagi menyatakan keengganan mereka dilantik semula ke jawatan itu. Seorang lagi adalah Datuk Dr Ismail Salleh yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya II Pas negeri.

Hari ini, hanya lapan anggota exco kerajaan negeri mengangkat sumpah jawatan di hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit, di sini. Kelazimannya kerajaan negeri Kedah mempunyai 10 exco.

Phahrolrazi berkata keputusan beliau untuk tidak dilantik semula menjadi exco dan sebabnya ada dimaklumkan kepada Exco yang lain dan empat lagi Exco mempunyai pandangan yang sama dengan beliau.

"Tapi bila hantar surat kepada Menteri Besar (untuk tidak sambung menjadi Exco), hanya saya dan Dr Ismail yang berbuat demikian. Secara peribadi saya merasakan ia tidak serius. Saya ada alasan saya, begitu juga Dr Ismail. Saya telah menjelaskan perkara itu kepada Dewan Ulama Pas Kedah dan mereka bersetuju untuk saya tak sambung. Saya juga sudah memberi penjelasan kepada pimpinan Pas Pusat daripada Presiden sampai ke bawah," katanya.

Mengenai andaian beliau mahu menjatuhkan Menteri Besar, katanya, jika beliau mahu berbuat demikian beliau tidak sepatutnya berhenti menjadi Exco kerana ia lebih mudah.Ditanya sama ada dia masih ada masa untuk menerima pelantikan semula kerana tempoh pelantikannya masih ada sehingga 7 Mac depan, beliau berkata pimpinan Pas Pusat yang melihat perkara itu sebagai serius perlu campur tangan.

Bagaimanapun, Phahrolrazi yang masih bercuti sehingga 1 Mac ini berkata beliau dimaklumkan Menteri Besar telah mempersembahkan senarai nama 10 Exco yang tidak termasuk namanya dan Dr Ismail kepada Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang juga Yang di-Pertuan Agong.

" Di Kedah ni lain, Exco dilantik setiap tahun. Menteri Besar angkat sumpah sekali je (sahaja) lepas pilihan raya," katanya.

Ditanya sama ada masalah beliau dengan Azizan itu boleh diselesaikan melalui perbincangan dengan Menteri Besar itu, beliau berkata perbincangan telah diadakan tetapi masalah perbezaan pendapat itu masih berlaku dan kerana itu memerlukan campur tangan pusat.

Pada sidang media itu, Phahrolrazi turut menafikan masalah itu ada kaitan dengan kumpulan "Erdogan" atau "Anwarinas", serta pertembungan antara kumpulan profesional dan ulama dalam Pas.

"(Dalam hal ini) saya merujuk kepada Dewan Ulama. Tak berlaku pertembungan. Di Kedah sebenarnya tak berlaku perkara itu. Di peringkat nasional mungkin," katanya.

Ditanya adakah tindakan beliau dan Dr Ismail ini akan memberi kesan kepada Pas dan kerajaan negeri memandangkan keputusan itu dibuat ketika pilihan raya umum semakin hampir, katanya, beliau tidak meletakkan jawatan sebelum ini kerana kerajaan negeri belum stabil dan beliau yakin itu tidak menjejaskan Pas.

"Menteri Besar dah cakap kerajaan Kedah teguh dan mendapat sokongan yang baik. Dia boleh lantik orang lain sebagai Exco," kataya.

Mengenai jawatan dalam parti, Phahrolrazi berkata beliau akan memikirkan semula mengenai jawatannya sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kedah. - Bernama

KOMEN KK : Dari segi prinsip tindakan YB Phahrolrazi wazar diambil kira, kita dalam Parti wajar tidak menyokong pendapat dan tindakan yang lari dari Prinsip dan ketelusan dalam pentadbiran sebuah kerajaan

27 Februari 2012

PIHAK NFCorp TERLALU ANGKUH

NFCorp ‘terkejut dan keliru’ dengan kenyataan awal Bukit Aman


KUALA LUMPUR, - NFCorporation (NFCorp) melahirkan rasa terkejut dan keliru dengan kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Syed Ismail Syed Azizan semalam bahawa pengarah-pengarah syarikat itu disyorkan didakwa atas kesalahan pecah amanah.

Sambil menyifatkan kenyataan itu “terlalu awal”, NFCorp mempersoalkan motif di sebaliknya kenyataan itu mendakwa Syed Ismail bertindak di luar bidang kuasa.Dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini, NFCorp berkata, oleh kerana polis sendiri mengatakan siasatan masih dijalankan, kenyataan sedemikian adalah sesuatu yang bersifat tiba-tiba.

“Kedua, nampaknya Ketua Pengarah Jenayah Komersial telah lupa bahawa syarikat-syarikat berkaitan NFCorp di mana dana disalurkan adalah anak-anak syarikat NFCorp,” kata syarikat yang diterajui keluarga Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil.Kata kenyataan itu lagi, Syed Ismail seolah-oleh tidak memahami fakta penting dan undang-undang dalam isu NFCorp.“NFCorp terkejut dan keliru dengan kenyataan yang terlalu awal oleh Syed Ismail walaupun beliau mengaku siasatan masih berjalan dan masih belum lengkap.

“NFCorp mempersoalkan motif di belakang kenyataan itu, dilihat satu percubaan secara tidak adil untuk mempengaruhi keputusan Peguam Negara. Adakah Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial cuba menggunakan kuasa Peguam Negara, jika mengikut undang-undang merupakan kuasa di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk memutuskan jika terdapat satu jenayah atau bukan untuk tujuan pendakwaan,” katanya.

Semalam polis memohon Peguam Negara supaya pengarah NFCorp didakwa atas kesalahan pecah amanah selepas pemimpin pembangkang mendakwa sebahagian daripada RM250 juta pinjaman mudah kerajaan telah digunakan untuk tujuan lain.“Kami mencadangkan Pejabat Peguam Negara supaya semua pengarah NFCorp didakwa atas kesalahan pecah amanah,” kata Syed Ismail.

Hari ini Ketua Publisiti DAP Tony Pua menggesa Putrajaya dengan segera membekukan semua aset NFCorp sama ada di Malaysia atau luar negara.NFCorp, yang dimiliki oleh suami dan tiga anak Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, merupakan syarikat yang bertanggungjawab menguruskan Pusat Fidlot Nasional (NFC).NFC mula menjadi topik hangat setelah syarikat itu tersenarai dalam Laporan Tahunan Ketua Audit Negara 2010.

Shahrizat tetap menegaskan dirinya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan projek berkenaan

NFCorp tak perlu takut kalau tak bersalah

Pihak NFCorporation tidak perlu takut dengan siasatan polis sekiranya mereka tidak bersalah, kata Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee.Beliau percaya bahawa polis telus dalam menjalankan siasatan berhubung dakwaan berlakunya penyelewengan dalam NFCorp.

"Serahkan kepada polis dan Peguam Negara (untuk) dakwa mereka yang terbabit. Kalau tak bersalah, pihak NFCorp tak perlu takut," katanya dalam blog Umno Cheras di sini hari ini.
Semalam, polis mencadangkan agar Peguam Negara mendakwa Pengerusi Eksekutif NFCorp, Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail atas pertuduhan pecah amanah.

Dipetik Bernama, Syed Ali berkata kesungguhan polis menjalankan siasatan berhubung isu kontroversi itu juga membuktikan tiada keistimewaan dalam mana-mana kes walaupun ia melibatkan individu berpengaruh.
"Oleh sebab itu, saya mengalukan-alukan ketegasan polis dan memuji jabatan berkenaan kerana prihatin terhadap pandangan dan kehendak rakyat supaya siasatan dijalankan ke atas NFC," katanya.

Bekas ketua hakim dan peguam Umno diberi kontrak RM2.2 bil, Najib diam saja


Satu kontrak bernilai RM2.2 bilion bagi pembinaan lebuh raya baru-baru ini telah dianugerahkan kepada syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan peguan Umno Hafarizam Harun dan isteri bekas Ketua Hakim Negara Zaki Azmi. Adakah pemberian kontrak yang lumayan kepada Kinrara Lebuhraya-Damansara (Kidex) Emrail Sdn Bhd dan Zabima Engineering Sdn Bhd dijalankan melalui proses tender terbuka?

Berita tentang perjanjian itu juga mencetuskan spekulasi bahawa Zaki dan Hafarizam, dua orang yang penting dalam krisis perlembagaan Perak pada tahun 2009, telah dianugerahkan kontrak lebuh raya sebagai hadiah untuk membantu Barisan Nasional (BN) menjatuhkan Pakatan Rakyat di negeri itu. Hafarizam adalah pengarah di kedua-dua firma manakala isteri Zaki, Toh Puan Nik Sazlina Mohd Zain, adalah pengarah dalam Emrail.

Bukan yang pertama dan terakhir

Sedihnya, amalan korupsi ini bukanlah yang pertama kali berlaku di Malaysia.

Sebagai contoh, bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamed telah memberi projek Westport di Pelabuhan Klang kepada seorang eksekutif pengiklanan yang dinamakan Gnanalingam melalui syarikat yang dikenali sebagai Semakin Ajaib Sdn Bhd sebuah syarikat penghasilan karbon. Europlus, telah dianugerahkan konsesi pembinaan Lebuhraya Pantai Barat (WCE) yang berjumlah RM7.07 bilion selepas proses rundingan semula yang memudahkan Europlus mendapatnya. Apa lagi yang cerita baru dalam UMNO BN?

Skandal NFC masih segar dalam ingatan kami, dengan dakwaan baru bahawa semasa siasatan oleh Jawatankuasa Audit Negara terhadap skandal penternakan lembu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mempengerusikan jawatankuasa yang menganugerahkan RM250 juta projek fidlot kepad Agroscience Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dimiliki oleh suami Menteri Umno , Shahrizat Jalil. Keengganan Pengerusi PAC, Azmi Khalid untuk mendedahkan penemuan jawatankuasa menunjukkan bahawa dia "berada dalam tekanan" untuk melindungi bos BNnya dan pemimpin peringkat tertinggi UMNO yang terlibat dalam projek itu.

Najib mesti jelaskan

Semetara kes lembu masih berada dalam siasatan SPRM, Najib masih boleh meluangkan masa untuk memberi gula-gula kepada kroni-kroni UMNO. Ia bukan soal menjalankan perniagaan, tetapi etika menjalankan perniagaan cara UMNO. Adakah ia wajar untuk menganugerahkan kontrak kepada entiti yang mempunyai hubungan dengan orang-orang yang sangat kontroversi? Hakikat bahawa ia melibatkan seorang peguam dan bekas Ketua Hakim menjadikan pengamal undang-undang mempersoalkannya. Sesuatu yang menjadi tanda tanya adalah adakah kerjasama antara Zaki dan Hafarizam selepas pilihan raya umum pada 2008?

Najib mesti menerangkan mengapa pasangan itu telah diberikan projek berniai RM2.2 bilion bagi pembinaan jalan raya dan juga menerangkan peranan kedua-dua peguam dalam krisis Perak. Sememangnya, ia adalah penting untuk peguam UMNO dan bekas Ketua Hakim Negara membersihkan nama mereka bagi mencerminkan kredibiliti pengamal undang-undang. Di kebanyakan negara-negara maju, hakim , terutamanya ketua hakim tidak digalakkan bergaul dengan peguam kerana mereka tidak mahu dituduh berat sebelah atau menjadikan badan kehakiman dipersolakan. Malah, hakim yang tegas langsung tidak bersosial dengan peguam.

Badan kehakiman dan bisnes besar

Di Malaysia pula, peguam dan ketua hakim tidak berfikir panjang untuk menjadi rakan kongsi perniagaan dan bersama-sama mendapatkan projek-projek kerajaan yang bernilai berbilion-bilion ringgit. Lebih buruk adalah hakikat bahawa Zaki merupakan bekas peguam UMNO yang menjadi Ketua Hakim Negara dan Hafarizam merupakan peguam UMNO yang ada peranan semasa krisis Perak. Ini menunjukkan tahap penglibatan UMNO dalam rasuah besar-besaran dalam badan kehakiman Malaysia. Bukan sahaja UMNO menganugerahkan projek-projek yang dibiayai awam kepada mereka yang telah berkhidmat untuk kepentingan mereka tetapi UMNO menjadi dalang dalam institusi awam yang seharusnya bertindak bebas daripada eksekutif, yang telah bersumpah untuk melindungi hak rakyat.

Adakah sekarang UMNO akan terus menganugerahkan projek kepada mereka yang berada dalam lingkungan elit mereka supaya boleh bersedia untuk kalah pada PRU ke 13? Dengan cara ini, walaupun kalah, UMNO masih dapat merompak wang rakyat dan membiarkan pentadbiran baru sakit kepala.

Malaysia Chronicle

Samseng upahan Umno cuba kasari (tumbuk?) Nurul Izzah

Keadilan Daily-(Fazallah Pit)

PAHANG: Samseng upahan Umno terus mengganas dengan mengganggu ceramah Pakatan Rakyat, kali ini di Felda Lepar Hilir, Gambang malam semalam (26 Februari).

Sekalipun perbuatan liar di Parlimen Sembrong minggu lalu masih segar dalam ingatan rakyat, kejadian yang sebati dengan Umno kebelakangan ini, kian berleluasa.

Kali ini, Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar nyaris menjadi mangsa.

"Budak-budak muda cuba pukul Nurul Izzah di ceramah kami di Felda Lepah Hilir. Saya dan Nurul Izzah diiringi polis keluar untuk elak samseng Umno," katanya.

Menulis di twitter kira-kira jam 11 malam, Nik Nazmi menyifatkan keganasan samseng yang menghalang ceramah Pakatan membuktikan felda bukan lagi kubu kuat Umno BN.

Dalam reaksi awal, Nurul Izzah menyatakan syukur kerana selamat tetapi tidak gentar dengan kejadian itu, sekalipun berdepan gelagat liar samseng berkenaan.

"Bersyukur pulang dgn selamat. Moga teman-teman di Felda Lepar Hilir juga bertahan dan bersemangat walaupun samseng-samseng Umno berlagak liar, ugut fizikal.

"Tangan (penumbuk) hanya beberapa inci dari (wajah) saya ," katanya di twitter jam 1 pagi ini.

Sehubungan itu, Nik Nazmi dan Nurul Izzah akan membuat laporan di balai polis Merchant Square berdekatan ibu pejabat KEADILAN jam 3 petang hari ini.

Mengulas kejadian itu, Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin melabel insiden itu sebagai budaya gangsterisme Umno.

Petang tadi, sekumpulan samseng Umno menaiki pentas acara Himpunan Hijau di Pulau Pinang dan menghambur kata-kata kesat terhadap ketua menteri, Lim Guan Eng.

Minggu lalu, kereta Datuk Seri Anwar Ibrahim dibaling batu dalam ceramah di parlimen Sembrong, menyebabkan cerminnya retak manakala bahagian sisi kenderaan kemek.

Ketua AMK Johor, Mohd Nazri Ismail cedera ketika cuba menghalang samseng upahan Umno dari menghampiri Ketua Pembangkang.

Dalam kejadian itu, samseng yang kebanyakannya berkemaja-T merah dan membawa bendera Barisan Nasional (BN) turut melempar botol, kayu dan telur.

KITA Nafi Zamil Ibrahim Dilantik Ketua Parti


KUALA LUMPUR, -- Parti KITA hari ini menafikan bahawa Zamil Ibrahim telah dilantik sebagai ketua parti yang baru menggantikan presiden Datuk Zaid Ibrahim.

Setiausaha KITA Masrum Dayat berkata "laporan akhbar yang memetik Zamil Ibrahim sebagai ketua parti baru menggantikan Datuk Zaid Ibrahim adalah satu berita lucu, kenyataan yang bebal dan tidak siuman, silap dan sama sekali tidak berasas.

"Ketua parti ini hanya boleh diganti mengikut perlembagaan dan peraturan parti dan bukan ikut sesuka hati sesorang bekas ahli yang dipecat secara sah atau ikut "syok sendiri".

"Mesyuarat yang dikatakan diadakan di Kota Baharu pada 25 Feb baru-baru ini bukan mesyuarat parti ini. Barangkali ia mesyuarat bekas ahli-ahli parti," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat Parti pada 17 Feb lepas, dihadiri 25 daripada 30 ahli anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat, telah bersetuju sebulat suara menolak tawaran Zaid untuk mengundur diri.

Selain itu, beliau berkata parti itu tidak akan dibubar tetapi ahli yang menentang dasar parti untuk menyokong pembangkang akan diambil tindakan disiplin, termasuk memecat keahlian mereka.

"Parti ini akan menjawab surat dan sentiasa memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Pendaftar Pertubuhan berhubung aduan-aduan yang ditimbulkan oleh mereka," katanya.

Parti Kita, yang ditubuhkan setahun lalu telah diberikan surat tunjuk sebab oleh Pendaftar Pertubuhan bertarikh 9 Feb bagi menjelaskan kenapa parti itu tidak boleh dibatalkan pendaftaran selepas didapati melanggar beberapa peruntukan parti dan pertubuhan.

NAJIB AKUI BN BUAT KESILAPAN DI SELANGOR



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengakui kerajaan BN ada membuat sedikit kesilapan pada masa dulu hingga menyebabkan rakyat tidak lagi menyokong mereka.Namun katanya, BN kini sudah insaf daripada kesilapan sebelum ini dan juga memohon maaf kepada rakyat di Selangor.

"Kita akui mungkin kita ada buat sedikit sebanyak kesilapan pada masa dulu sebab itu rakyat tidak menyokong kita. Tapi kita sudah insaf daripada kesilapan dulu dan kita mohon maaf kepada rakyat Selangor kalau ada apa-apa kesilapan."Dan kita berikrar daripada kesilapan itu, atas kesedaran itu, kita akan bangunkan satu kekuatan baru untuk mengubah landskap di Selangor supaya di bawah kepimpinan BN, kita akan menjurus kepada masa depan yang lebih baik lagi," katanya dipetik Bernama pada majlis pelancaran jentera pilihan raya BN Selangor di Pelabuhan Kelang, hari ini.

Sehubungan itu, Najib juga dipetik Bernama sebagai berkata Pakatan Rakyat tidak perlu diberi "tempoh lanjutan" untuk terus memerintah Selangor yang menyaksikan banyak janjinya tidak tertunai malah membebankan rakyat dengan pelbagai masalah.Dakwanya, Selangor selama ini maju kerana dasar-dasar dan prasarana yang dilaksanakan kerajaan BN sebelum ini, dan pihak pembangkang tidak boleh mendapatkan pujian terhadap hasil titik peluh BN itu.

"Sudah cukup empat tahun Selangor di bawah pakatan pembangkang, jangan kita bagi tempoh lanjutan sebab kalau bagi tempoh lanjutan nanti susah nak dapat balik. Inilah peluang terbaik untuk mengembalikan bumi Selangor kepada BN," katanya.Bernama bagaimanapun tidak melaporkan sama ada Najib ada menyatakan kesilapan-kesilapan BN itu dan di bawah Menteri Besar manakah perkara itu berlaku.

Pada ucapan selama setengah jam itu, Najib yang juga Pengerusi BN Selangor berkata sejak dua minggu lepas, beliau telah turun padang ke Perak, Melaka, Kedah dan hari ini di Selangor, dan mendapati suasana dalam negara kini menjurus menyokong BN pada pilihan raya umum kelak.

Sambil memanggil hadirin yang hadir sebagai 'bala tentera BN Selangor', Najib berkata BN boleh merampas kembali Selangor jika bilangan bala tentera itu lebih ramai, lebih berani, pintar dan nekad serta sanggup bekerja lebih keras daripada pihak lain."Semangat dah ada, matlamat sudah dapat dilihat, perancangan sudah ada... semuanya sudah lengkap... ayuh kita turun berjuang habis-habisan," kata Najib.

Menurut beliau, anggota BN perlu akur dengan pucuk pimpinan dalam soal pemilihan calon dan memberi sokongan penuh kepada mereka yang dipilih untuk bertanding pada pilihan raya nanti.

"Jangan sabotaj parti kita sendiri sebab jika kita sabotaj parti, ibarat kita menjaringkan gol sendiri dan bila jaring gol sendiri kita akan kalah dan seterusnya kita akan merana," tegas Perdana Menteri,” katanya.Najib juga mengingatkan calon-calon BN supaya menjaga kepentingan semua kaum dan bukan hanya kaum tertentu kerana ini menjadi asas dalam memastikan kemenangan BN.

Katanya semangat BN menjadi pudar kerana terkena tsunami politik pada pilihan raya umum lalu.

"Tetapi dalam tempoh empat tahun kita telah bina semula jentera BN di Selangor sedikit demi sedikit, semangat kita yang pudar itu, moral kita yang luntur itu hari ini telah bertukar wajah," katanya.

26 Februari 2012

Kedah: PAS minta ahli dapat berita dari sumber sah

KUALA LUMPUR,- Semua ahli dan penyokong PAS diminta bertenang ekoran laporan media tentang apa yang sedang berlaku di Kedah sekarang ini kerana pimpinan PAS memantau sepenuhnya isu ini.

Sebarang berita dan spekulasi itu akan dijawab melalui saluran parti.

Sehubungan itu, Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub meminta semua ahli mendapatkan maklumat dari sumber parti yang sah tentang apa yang sedang berlaku di negeri itu. Media, khasnya yang pro-BN melaporkan pelbagai berita tentang apa yang berlaku di Kedah sekarang termasuk melagakan pimpinan PAS.

Misalnya NST melaporkan seolah-olah berlaku pertembungan antara kumpulan Erdogan dan ulamak di Kedah sekarang.Media melaporkan, dua Exco Kedah tidak bersedia untuk dilantik semula menjadi Exco kerajaan negeri apabila majlis perlantikan dibuat pada 28 Februari ini.

Kumpulan NST pula diarahkan agar menjadikan berita Kedah ini sebagai berita utama termasuk berita muka depan.Kedah melaksanakan dasar Exco kerajaan negeri akan dilantik setahun sekali di mana mereka akan mengangkat sumpah di depan Sultan Kedah.

Sehingga kini tidak ada sebarang kenyataan rasmi yang dibuat berhubung ketidaksediaan kedua-dua exco berkenaan.Exco berkenaan pula tidak mengesahkannya bahkan berkata mereka tidak tahu menahu mengenainya.


-Harakahdaily

HIMPUNAN HIJAU 2.0 BERAKHIR, KERAJAAN DIBERI 24 JAM BATAL PROJEK LYNAS

Himpunan Hijau berakhir, kerajaan diberi 24 jam batal projek Lynas


KUANTAN - Himpunan Hijau 2.0 yang diadakan di sini hari ini berakhir jam 11.30 pagi tadi dengan penganjur memberi masa 24 jam kepada kerajaan agar mengumumkan pendirian tidak akan meneruskan projek nadir bumi Lyans.

Jika kerajaan masih dengan pendirian mahu membenarkan operasi loji itu, penganjur memberi amaran akan mengadakan Himpuanan Hijau 3.0 dalam waktu terdekat.

Dalam pada itu, Suhakam pula menyatakan pihaknya berpuas hati dengan kerjasama polis meluluskan lokasi perhimpunan dan mengawal lalu lintas bagi melancarkan perjalanan Himpunan Hijau.

TERKINI : LEBIH 10,000 HADIRI HIMPUNAN HIJAU 2.0

Kini, sudah lebih 10 RIBU orang sudah membanjiri Padang MPK4 Kuantan bersempena dengan Himpunan Hijau yang baru saja bermula 10 minit lalu.
10 ribu yang hadir tenang mendengar ucapan dan sorakan semangat yang mendesak supaya Lynas ditutup dan dikuburkan buat selama-lamanya!



BANYAK BERITA LAGI PADA BERITA SEBELUM INI

LINTAS LANSUNG:Himpunan Hijau 2.0 di Dataran MPK 4, Kuantan.




9.55 PG - DI PADANG MPK4





9.15 PG- PERARAKAN PERSERTA DARI PADANG MPK1 KE MPK4


9.00 PG- SEKITAR PADANG MPK4

Peserta himpunan kini berada di hadapan Padang MPK 1, tapak asal Himpunan Hijau.






Himpunan Hijau 2.0 yang dijadualkan di padang MPK4 bidang sepanjang Jalan Tanah Putih menunju ke bandar Kuantan akan bermula pada jam 10 pagi ini.

Perhimpunan itu sebagai membantah tindakan Lynas Advanced Material Plant (Lamp) di Gebeng yang mahu membina sebuah loji pemprosesan nadir bumi yang berharga RM700 juta. Syarikat berkenaan awal bulan ini mendapat lesen operasi sementara dan kelulusan daripada Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) untuk memulakan operasi mereka.

Penganjur perhimpunan itu malam tadi, membuat pengumuman mengejutkan pada tengah malam tadi di Facebook dengan mengumumkan bahawa mereka akan berkumpul di padang MPK1 di sepanjang Jalan Mahkota pada jam 9.30 pagi.

Menurut mereka, tindakan berkumpul di padang itu yang terletak kira-kira 1.8km dari padang MPK4 bertujuan "mengelakkan kesesakan lalu lintas".

POLIS: SYARAT2 KPD. PENGANJUR


6.00 PAGI SEKITAR BANDAR KUANTAN

TONY PUA DEDAH DOKUMEN PERJANJIAN PINJAMAN NFC

Oleh : KUEK SER KUANG KENG


AHLI Parllimen Petaling Jaya Utara, MP Tony Pua hari ini mendedahkan kandungan perjanjian pinjaman antara National Feedlot Corporation (NFC) dengan kerajaan, yang mengesahkan persepsi bahawa ia berat sebelah dan pembelian hartanah mewah melanggar perjanjian tersebut.

Dokumen 35 muka surat itu dengan jelas menyatakan bahawa tujuan pinjaman mudah dari kerajaan itu pada kadar faedah tahunan dua peratus adalah semata-mata untuk projek Pusat Fidlot Kebangsaan.

Oleh itu, katanya, kenyataan sebelum ini yang dibuat oleh pengarah NFC bahawa pinjaman itu boleh digunakan untuk pelaburan hartanah, adalah tidak betul sama sekali.Dalam sidang akhbar di ibupejabat DAP di Kuala Lumpur hari ini, Pua turut mengedarkan salinan perjanjian pinjaman itu kepada pemberita.

Beliau juga menyifatkannya sebagai "satu perjanjian pinjaman terburuk yang pernah dilihatnya".
Pua mendakwa bahawa dokumen itu adalah tulen dan yang diberikan oleh sumber yang tidak dinamakan.

Phahrolrazi nafi 'dalangi' guling MB Kedah


ALOR SETAR - Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi menafikan beliau ada menubuhkan gerakan untuk menentang Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

"Gerakan saya, gerakan Pas sahaja. Spekulasi tersebut tak benar dan dakwaan komplot menjatuhkan MB juga tidak benar," katanya ketika ditemui hari ini.Phahrolrazi merupakan antara Exco Kedah yang disebut-sebut telah menghantar surat kepada Azizan bagi menyatakan keengganan dilantik semula ke jawatan itu,Yang dijadual diumumkan Selasa ini.

Ketika ini, beliau memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan, Kerja Raya dan Pertanian.

Phahrolrazi dan Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh dipercayai berbuat demikian kerana kecewa dengan sikap serta kepemimpinan Azizan, yang juga Pesuruhjaya Pas negeri, berhubung pelbagai isu yang melanda pentadbirannya sejak kebelakangan ini, dan beberapa Exco lain juga dijangka berbuat demikian.

Sementara itu, Phahrolrazi yang bercuti sehingga 1 Mac berkata, beliau belum menerima surat jemputan daripada kerajaan negeri untuk menghadiri majlis pelantikan anggota Exco bagi 2012 di Istana Anak Bukit, Selasa ini.Katanya, beliau tidak kecewa atau kecil hati jika tidak dilantik semula memegang jawatan exco kerajaan negeri bagi 2012.

Phahrolrazi berkata, sebagai ahli Pas, perjuangan beliau bukan dengan niat menjadi Exco, sebaliknya jawatan itu dicadangkan ahli parti tersebut yang mahu beliau bertanding sebagai Exco. "Mereka suruh saya bertanding, saya bertandinglah. Kalau tidak, saya boleh jadi pekerja biasa dalam parti, dan tak ada niat (untuk pegang jawatan Exco), itu bukan cara perjuangan kita," katanya.

Mengulas spekulasi yang mendakwa namanya tidak disenaraikan dalam pelantikan semula Exco, beliau berkata, tidak mengetahui hal itu dan mahu membiarkan Menteri Besar sahaja yang membuat kenyataan.

Beliau yang enggan mengulas lebih lanjut berkata ini bagi mengelak berlaku sebarang kekeliruan. - Bernama

SIAPA DIA PENJUAL AGAMA?, KELUHAN LELAKI MISKIN

SIAPA DIA PENJUAL AGAMA?
PENCERAHAN UNTUK SEMUA

Saya seorang penganggur. Sudah 5 tahun menganggur dan sekarang terpaksa bawa isteri dan anak menumpang di rumah mertua. Sangat memalukan. Jadi jika ada sesiapa yang nak menjual agama, saya tak mampu nak beli. Apa yang saya perlukan ialah pekerjaan untuk menyara anak isteri.

Kalau ada orang Kristian atau Hindu atau Buddha atau atheist yang nak menderma wang kepada saya atau membantu saya, saya akan ambil wang itu dan menerima bantuan mereka. Saya tak hirau apa yang Harussani atau Hassan Ali atau Ibrahim Ali atau peninju Muhammad Ali nak cakap.

Mereka ini semua cakap banyak! Sekejap nak jaga Islam lah...nak jaga Melayu lah....nak jaga Raja lah.... ARRRRGHHHHH! BOLEH PERGI BELAH LAH! RAJA DAH KAYA RAYA! BUAT APA NAK JAGA MEREKA????!!! BANGANG BETUL BETUL BANGANG SI HASSAN ALI & HARRUSANI NI!!!! MENGAPA TAK NAK JAGA ORANG MISKIN MACAM SAYA????? Yang penting bagi orang miskin macam saya ialah bagaimana nak pelihara anak bini di rumah. Kalau nak cakap pasal akhirat, kita boleh bincang besok. Yang paling penting bagi saya ialah MASA SEKARANG!!!!!


By Lelaki Miskin on JUAL AGAMA - SDATU PERNIAGAAN PALING TUA

25 Februari 2012

GEMPAR!!! SKANDAL NFC: POLIS SAHKAN ADA KESALAHAN PECAH AMANAH

Polis mahukan pengarah NFCorp didakwa atas kesalahan pecah amanah


KUALA LUMPUR, 25 Feb - Polis telah memohon kepada Peguam Negara supaya pengarah Pusat Fidlot Corporation (NFCorp) didakwa atas kesalahan pecah amanah selepas pemimpin pembangkang mendakwa sebahagian daripada RM250 juta pinjaman mudah kerajaan telah digunakan untuk tujuan lain.

Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Syed Ismail Syed Azizan mengesahkan perkara itu petang tadi kepada beberapa organisasi media.

"Kami mencadangkan Pejabat Peguam Negara supaya semua pengarah NFCorp didakwa atas kesalahan pecah amanah," katanya kepada The Malaysian Insider.

NFCorp, yang dimiliki oleh suami dan tiga anak Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, merupakan syarikat yang bertanggungjawab menguruskan skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC).

NFC , HELAH NAJIB SEBAGAI SENJATA PEMILIHAN UMNO

Putaran tipu muslihat dan rasuah


Malah, terdapat lebih daripada apa yang boleh dilihat dalam keseluruhan skandal NFC ini. Selain dari rasuah terang-terangan, ia adalah paya pergaduhan panglima perang UMNO semua berangan untuk membasuh tangan mereka dari skandal ini dan pada masa yang sama menuding jari di antara satu sama lain dalam usaha untuk lari daripada tanggungjawab ini.

Pemain utama dalam kejatuhan NFC bukan sahaja termasuk Shahrizat dan keluarga, tetapi juga Najib sendiri kerana didakwa mengacau isu dalam usaha untuk menggantikan Shahrizat dengan Raja Nong Chik di kerusi Parlimen Lembah Pantai yang sudah lama dipegang oleh Shahrizat.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang meluluskan projek NFC kepada keluarga Shahrizat pada tahun 2006, bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi dan Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin juga terlibat.

Konflik dalaman Umno

NFC adalah satu projek penternakan lembu yang bertujuan untuk membekalkan daging lembu yang murah harganya kepada negara. Pinjaman lembut kerajaan sebanyak RM250mil telah dilanjutkan untuk melancarkan projek, tetapi Salleh dan keluarga menghabiskan sebahagian besar wang pada kondominium mewah di Singapura dan Bangsar, tanah kediaman, percutian luar negara, bil kad kredit yang besar dan sebagainya.

Malah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz yang dianggap sebagai jurucakap Najib mengakui bahawa terdapat pecah amanah dalam cara pinjaman itu telah digunakan, tetapi sekali lagi tiada tindakan telah diambil.

Ini telah mendorong syak wasangka bahawa Najib sengaja melambatkan tindakan diambil ke atas skandal NFC dan menggunakan kesempatan ini untuk menjatuhkan timbalannya Muhyiddin dan puak Badawi.

UMNO akan menghadapi pilihanraya dalaman lewat tahun ini dan kedudukan Najib sebagai presiden adalah untuk dimenangi. Muhyiddin dijangka untuk mencabar Najib, manakala Badawi sekali lagi mungkin menyokong MB Melaka Ali Rustam.

Bukti pembaziran dan ketidakcekapan

Sementara itu, aduan terbaru ladang satelit yang terbengkalai di Manjung di bawah program Pusat Fidlot Negara telah menekankan pembaziran dan salah urus oleh keluarga Shahrizat.

Timbalan pesuruhjaya PAS Perak Misbahul Munir Masduki memberitahu akhbar bahawa beliau menemui kira-kira 100 ekar tanah ragut telah dibiarkan terbengkalai walaupun kawasan itu telah siap sepenuhnya untuk projek semasa lawatan baru-baru ini. Menurut Misbahul, lembu sepatutnya dibekalkan kepada pelabur di ladang Manjung, yang telah dimulakan empat tahun lalu apabila kawasan itu ditukar menjadi sebuah pusat pengeluaran makanan.

Adalah juga difahamkan bahawa Jabatan Pertanian telah membelanjakan RM6.7 juta untuk membangunkan infrastruktur seperti pembinaan 2 bangsal lembu yang boleh menampung 600 lembu pada satu masa, elektrik dan bekalan air serta pagar.

Walau bagaimanapun, tidak ada satu lembu pun yang disediakan.

"Berjuta-juta ringgit wang rakyat telah dibazirkan dalam projek ini. Kami mahu kerajaan negeri menjelaskannya," kata Misbahul.

PENYENARAIAN FGVH, TAWARAN DURIAN RUNTUH SATU PENIPUAN -ANAK

Anak gesa tarik balik ‘borang durian runtuh’

Oleh: kucoi1

"TEMERLOH, 24 Feb: Presiden Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman memberi kata dua kepada pihak Felda sama ada menarik balik ‘pekeliling durian runtuh’ yang diedarkan kepada peneroka atau laporan polis akan dibuat.

Katanya, ini disebabkan timbul keadaan yang amat mengelirukan dan kegelisahan di kalangan peneroka kerana semua dokumen seperti salinan kad pengenalan, geran ladang, rumah digunakan untuk tujuan tertentu.

“Saya banyak terima aduan dalam seminggu ini tentang edaran borang untuk mendapat ‘durian runtuh’ dengan maklumat penting iaitu fotostat kad pengenalan, geran ladang, rumah, status senarai hitam bank dan pewaris.

“Isinya agak berbeza tetapi membawa implikasi yang sangat besar kerana dokumen-dokumen penting boleh dimanipulasi.

“Jadi saya nak minta satu penjelasan siapa yang keluarkan arahan itu? Saya tak salahkan pengurus-pengurus Felda kerana mereka hanya menjalankan arahan daripada pihak atasan,” katanya dalam sidang media di sini semalam.

Tambah Mazlan, ini berkaitan dengan janji kepada peneroka.

“Ada pengurus yang janji nak bagi duit tunai RM10,000 ada yang janji dalam bentuk saham. Ini satu harapan kepada peneroka dan bila nak bagi duit mereka tak fikir panjang lalu serah semua dokumen,” katanya.

Katanya, ada beberapa tempat seperti di Jengka 18 peneroka disuruh membuat buku akaun dan agen bank sendiri datang ke balai raya.

“Bagi saya ini akan menimbulkan keadaan yang mengelirukan terutama sebenarnya janji durian runtuh itu tidak wujud sama sekali,” jelasnya.

Mazlan juga berpendapat, ini mungkin juga satu helah di mana akhirnya pihak tertentu akan menggunakan semua dokumen tersebut untuk mereka akhirnya menjustifikasikan peneroka Felda secara majoriti setuju dan menyokong penyenaraian FGVH.

Tambahnya, tidak mustahil secara halus atau pintu belakang mereka menggunakan referendum itu untuk meneruskan penyenaraian dengan paksaan tetapi secara halus.

“Sebab itulah saya sudah beritahu peneroka yang menghubungi saya supaya buat laporan polis kerana ada unsur ugutan, penipuan dan salah guna kuasa.

“Jadi oleh kerana isu ini begitu besar dan melibatkan warga Felda seluruh negara, saya minta surat arahan itu ditarik balik serta merta. Saya nak katakan durian runtuh itu satu pembohongan sebab mesyuarat agung khas (EGM) semalam (kelmarin) pun dibatalkan, KPF tiada kaitan dengan penyenaraian jadi nak dapat durian runtuh dari mana.

“Sebab itu saya katakan durian runtuh itu cerita karut dan yakin ada satu agenda halus yang menjurus kepada mereka nak bina satu keyakinan sebenarnya yang hendakkan penyenaraian itu kononnya besar dan yang menolak itu kecil,” tegasnya.

Mazlan tidak menolak usaha itu mungkin ada kaitan dengan kenyataan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad yang mahu Felda disenaraikan juga menggunakan mekanisme yang lain setelah gagal EGM.

Dalam sidang media yang sama, Mazlan mengucapkan syabas kepada Tengku Razaleigh Hamzah yang berani mengeluarkan kenyataan terbuka dan jelas bahawa bahaya bagi Felda jika disenarai di bursa saham kerana beliau seorang yang berpengalaman dalam ekonomi.

Katanya, kenyataan berani tersebut sangat signifikan dalam hala tuju penyenaraian Felda dan itu jugalah sebenarnya kebimbangan warga Felda selama ini justeru minta Perdana Menteri membatalkan saja usaha penyenaraian itu."

Krisis PAS Kedah: Anwar Ibrahim Dan Tuan Guru Hadi Awang Mesti Campur Tangan!

Sumber: Jalan Pulang

Pergolakan terkini krisis PAS Kedah dikatakan sangat meruncing sejak beberapa hari lalu.Menteri Besar, Azizan Abdul Razak dikatakan sudah menghantar senarai Exco baru kepada Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah kelmarin memohon restu di sebalik cerita empat Exco sedia ada tidak mahu menyambung semula perkhidmatan mereka.

Empat Exco terbabit, Ir Pahrolrazi Zawawi, Hamdan Mohamed Khalib, Dr Ismail Salleh dan Mohamed Taulan Mat Rasul.


Kesemua mereka belum meninggalkan pejabat kecuali Pahrolrazi dikatakan sudah mengosongkan pejabat mereka di Wisma Darulaman, Alor Star sebagai tanda protes perlantikan Exco baru yang dijadualkan diadakan dalam masa terdekat.Sumber terbaru mengesahkan bahawa Mursyidul Am, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat sudah berada di negeri itu bagi mendapat gambaran jelas mengenai krisis yang wujud di samping membantu PAS negeri menyelesaikan pertiakian yang wujud.

Sudah menjadi rahsia umum betapa Azizan, dikhabarkan tidak mahu mendengar masalah malah isu yang dibangkitkan sekaligus menjadikan krisis PAS di negeri itu bertambah runcing.Puncanya kerana tindakan Azizan sendiri yang menganugerahkan kontrak penyelenggaraan kepada kroni rapat Umno-APCO bernilai RM1 bilion tanpa mendapat persetujuan Exco apatah lagi PAS negeri.

Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim mengarahkan supaya PKR negeri tidak masuk campur pertikaian tersebut dan menyerahkan kepada PAS sendiri untuk menyelesaiaknnya.Ini membuktikan laporan Utusan Meloya hari ini bohong 100 peratus kununnya Azizan dijadikan mangsa Anwar dalam percaturan politik dalaman PAS Kedah selepas kununnya bekas Exco Selangor, Hasan Ali turut dikaitkan dengan Anwar.

Sedangkan Anwar yang baru pulang dari Tunisia dan kini berada di Kuantan bagi mengetuai pimpinan Pakatan Rakyat dalam demo anti-Lynas esok, hanya baru mendapat khabar mengenai krisis PAS Kedah setakat tengah hari semalam.Anwar tiba di KLIA jam 1.55 tengah hari dari Dubai setelah transit di situ selama dua jam.

Masakan dalam dua jam setelah kepenatan pulang dari ibu negara Tunisia, Tunis, menggunakan pesawat Emirates boleh campur tangan dan mampu memberi nasihat sedangkan ada lebih banyak hal yang perlu diselesaikannya.Justeru, permainan Utusan Meloya amat dikesalkan dan rakyat Kedah diingatkan supaya tidak mendengar khabar angin terutamanya dari Umno-APCO negeri yang diketuai Ahmad Bashah Md Hanipah mengeluarkan kenyataan kununnya kepimpinan PAS negeri sudah berpecah dua.

Namun, Anwar dan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang perlu segera menyelesaikan isu ini sebelum ia menjadi modal jajaan Umno-APCO negeri yang kepingin merampas negeri tersebut ari tangan Pakatan Rakyat.

Perkembangan terkini akan dimaklumkan menerusi blog ini dari masa ke semasa.:JALAN PULANG

Pergaduhan dan pertelingkahan sesama sendiri diambang pilihan raya umum hendak diadakan sesuatu yang tidak elok. Sudah tentu pertelingkahan itu akan memberi kesan kepada kestabilan parti, dan pergeseran itu akan dijadikan isu oleh pihak parti lawan.

Perkembangan politik Pas Kedah seperti mana diperkatakan hari ini sesungguhnya menyedihkan. Kalau ia benar berlaku pertelingkahan itu membahayakan Pas. Mereka yang terlibat dalam pergaduhan itu atau mencetuskan masalah bolehlah dianggap mereka yang tidak peka dan lebih mementingkan kepada diri sendiri. Wajarlah mereka sejukkan kepala.

Sejauh mana apa yang dikatakan itu - Pas Kedah bergolak, tidak dapat dipastikan secara cerat. Tetapi jika dilihat kepada bantuan yang digunakan pakai oleh orang-orang di Kedah sehingga terpaksa memanggil Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat menggambarkan suasanya menggawat. Ia tidak cukup untuk ditangani oleh Kedah saja lagi.

Hari ini Nik Aziz dikatakan terbang ke uatara untuk meninjau pergolakan Pas Kedah. Mungkin pemergian itu bukan semata-mata untuk menyelesaikan apa yang dikatakan bergolak itu, tetapi sudah tentu di samping ada tujuan lain ia akan melihat atau pun diberi tahu mengenai apa yang berlaku.

Katanya lewat petang ini Nik Aziz berjumpa dengan Dewan Ulama Pas Kedah untuk mendapat gambaran apa yang berlaku. Pertemuan diadakan di Mantalon. Mungkin Nik Aziz mendapat gambaran dan latar belakangnya. Selepas itu katanya, Nik Aziz diminta pula berjumpa dengan beberapa Exco Kedah yang dilaporkan bermasalah dengan Azizan Razak.

Hendaknya kedatangan Nik Aziz dan berlangsungnya perjumpaan itu akan dapat memberi ilham untuk menyelesaikan masalah di Kedah. Mungkin bantuan Nik Aziz itu diperlukan bukan saja atas kapasitinya sebagai Mursyidul Am Pas tetapi sebagai tokoh spritual yang dimalui dan dihormati oleh parti.

Tidak dapat dipastikan apa selepas mengadakan pertemuan dengan Dewan Ulama dan beberapa Exco itu, MB Kelantan itu berjumpa pula dengan Azizan Razak? Tetapi kalau mengikut prosudernya begitulah. Nik Aziz juga memerlukan gambaran jelas dari Azizan Razak kenapa sampai desas desus ada Exco tidak mahu disambung kontraknya pada 28 Februari ini.

Berita yang tersebar sebelum ini kononnya empat orang Exco tidak akan menyambung perlantikan semula mereka yang tamat pada 28 Februari ini. Exco itu ialah Fakhrurazi Ghazali, Dr Ismail Salleh, Mohamad Taulan Mat Rasul. Sekiranya benar desas desus ini ia memberi pukulan hebat kepada Azizan Razak.

Kenapa mereka dikatakan tidak bersedia untuk 'bersama' kabient Aizan ialah kerana tidak senang dengan cara Azizan mentadbir kerajaan Kedah yang lebih bersikap autokrasi dan tidak sedia menerima pandangan kawan-kawan pimpinan lain.

Tindakan Azizan melantik beberapa orang Umno untuk memegang jawatan CEO dalam agensi kerajaan juga menjadi punca. Manakala kemuncak kepada kemarahan itu apabila Azizan menggunakan kuasa eksekutifnya untuk memberi kontrak maintaince kepada kroni Umno bernilai hampir RM1 billion.

Tindakan inilah yang menyebabkan kepimpinan Azizan Razak sebagai MB dipertikaian.

Bukan itu saja Azizan juga tidak mahu menerima pandangan dan nasihat daripada pimpinan lain sama sekali dan bertindak mengikut pandanganya.Ada munasabah juga kalau Exco berkenaan hilang sabar dengan tindakan Azizan itu. Untuk apa mereka memegang jawatan, diberi tugas untuk mentadbir negeri kalau pandangan dan nasihat mereka tidak dihiraukan.

Bagaimana pun dalam melihat pergolakan di Kedah ini, semua pihak harus bertindak dengan penuh hati-hati. Jangan terlampau mengikut nafsu apa lagi 'gumbaan' media musuh Pas.

Apa dibimbangkan bukan saja setakat Azizan Razak terlepas jawatan tetapi Pas juga akan kehilangan kerajaan.Mereka yang beriya ingin menendang Azizan hendaklah bersabar dan carilah ketika dan cerlak yang baik dan bertindaklah dengan mengambil kita keperluan lain. Bukan ketika ini kalau Azizan hendak dibuang.

Yang penting semua pihak kena tumpu kepada menghadapi pilihan raya umum ke-13. Selepas Pas menang dan tubuh kerajaan, nah ketika itu nanti kalau hendak bergomol atau memulau Aizan.

Lakulah kalau sudah tidak serasi yang perlu dipastikan Pas menang pilihan raya.Paling tidak diingini sekali ialah gara-gara tindakan tidak fatanah itu menyebabkan Pas akan kalah dalam pilihan raya.

Ingatlah media penjilat buntut UBN akan terus mencari lubang dan celah untuk memburuk dan menjatuhkan Pas. Jangan sesekali pecah lubang kepada mereka.

Percayalah mereka tidak akan support mana-mana dalam hal ini, mereka boleh bersikap baik tetapi jauh dilubuk hati dendam membara untuk menumbangkan Azizan dan bersama Exconya sekali.

10 lagu dangdut haram disiar

JAKARTA- Komisi Penyiaran Daerah Nusa Tenggara Barat (NTB) melarang lembaga penyiaran radio dan televisyen menyiarkan 10 lagu dangdut yang mempunyai lirik mengandungi unsur lucah dan tidak mendidik.

Ketua Komisi Penyiaran Indonesia (KPID) Daerah NTB, Badrun AM semalam berkata di Mataram, pihaknya mengeluarkan larangan penyiaran 10 lagu dangdut itu kerana boleh merosakkan moral masyarakat. Sepuluh lagu yang dilarang daripada disiarkan itu adalah lagu Jupe Paling Suka 69, Mobil Bergoyang, Apa Aja Boleh, Hamil Duluan, Maaf Kamu Hamil Duluan, Satu Jam Saja, Mucikari Cinta, Melanggar Hukum Wanita Lubang Buaya dan Ada Yang Panjang.

Larangan menyiarkan lagu dangdut berkenaan dibuat selepas satu penyelidikan terperinci dilakukan membabitkan segelintir tokoh, termasuk tokoh budayawan, Musbiawan; tokoh media, Bochri Rohman; tokoh akademik, Dr Kadri, pengamal media, Adhar Hakim dan wartawan kanan, Karna Sinoel. Sebelum ini, Bahagian Pengawasan Isi Siaran KPID NTB menerima aduan masyarakat dan beberapa tokoh agama di daerah itu yang berpendapat penyiaran lagu dangdut itu di radio tempatan dan televisyen di Jakarta tidak wajar kerana liriknya tidak bersesuaian dan tidak mendidik masyarakat. “Selama dua minggu mulai 25 Januari hingga 14 Februari lalu, pasukan pemantau melakukan penyelidikan terperinci terhadap 300 lagu dangdut pelbagai versi dan genre, termasuk klasik, pop, koplo, reggae dan house dangdut yang paling diminati dan menjadi pilihan orang ramai,” katanya.

Badrun berkata, pendapat dan kritikan pelbagai tokoh dijadikan rujukan untuk KPID NTB membuat keputusan. Menurut Badrun, hasil analisis menunjukkan lagu Jupe Paling Suka 69 nyanyian artis kontroversi Julia Perez dengan nada suara erotik menggambar hubungan intim penyanyi itu. Lagu itu adalah lagu tema filem lakonan Jupe, Pocong Minta Kawin.

Nelayan tangkap udang karang gergasi



AIMEE HAYDEN-Rodriques memegang udang karang gergasi yang ditangkap oleh Robert Malone pada 17 Februari lalu.

ROCKLAND, Amerika Syarikat - Seekor udang karang gergasi telah ditangkap di luar perairan pantai Maine dekat sini tetapi ia tidak akan dimasak untuk dijadikan makanan.

Pengarah Akuarium Negeri Maine, Aimee Hayden-Rodriques menyatakan seorang nelayan yang menangkap udang, Robert Malone menangkap udang karang gergasi itu pada Jumaat lalu.

Dia kemudian memberikan udang itu kepada Jabatan Sumber Marin untuk dihantar ke Akuarium Negeri Maine.

Udang karang itu sepanjang hampir 101.6 sentimeter dan seberat 12.3 kilogram.

Haiwan itu diberi nama Rocky kerana ia ditangkap di kawasan berbatu.

Namun, menurut Hayden-Rodriques, udang karang tersebut perlu diberi nama petinju Rocky kerana penyepitnya yang besar mencukupi untuk memberikan pukulan.

Dia berkata, udang karang itu akan dilepaskan ke lautan kerana ia akan menjalani kehidupan yang lebih baik dalam habitat liar. - Agensi

24 Februari 2012

TANAH BAYAN MUTIARA: ZAINAL ABIDIN HANYA PUSING CAKAP

Bayan Mutiara: 'Rundingan' hanya alasan Zainal Abidin, kata Guan Eng


PENGERUSI Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman terus didesak supaya meninggalkan arena politik gara-gara gagal mengemukakan bukti mengenai penjualan tanah Bayan Mutiara oleh kerajaan negeri kepada pemaju Ivory Properties Group Berhad tidak dilakukan secara tender terbuka.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata Zainal membangkitkan soal maksud "menerusi rundingan" sebagaimana dipetik pada dokumen Ivory menerusi media arus perdana, semalam, disebabkan beliau tidak mempunyai fakta bagi membela diri.Seorang lagi pemimpin Umno yang didesak melepaskan jawatan adalah Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

"Jika Ivory sendiri menyatakan bahawa proses pembelian (tanah) Bayan Mutiara ini dilakukan secara tender terbuka, hujah apa lagi yang dia (Zainal) ada untuk mengatakan bahawa tiada tender terbuka dilakukan oleh kerajaan negeri (dalam proses menjual tanah Bayan Mutiara).

"Kalau ada maruah, undurlah. Saya rasa dia (Zainal) faham bahasa Inggeris, tetapi buat-buat tak faham maksud 'following negotiation' (dan) 'upon the award' pada dokumen yang dikemukakan oleh Ivory kepada Bursa Saham (Malaysia)," ujarnya pada sidang media di Komtar, George Town.

Seksyen 2.1.7 pada halaman 5 dokumen Ivory tersebut menyebut, "The purchase consideration of RM1,072,203,264 for the Land was arrived at following negotiations (emphasis mine) between Ivory, CMI and PDC, upon the award of acceptance through a tender exercise arising from the request for proposals exercise in respect of the purchase and development of the Land."

[Terjemahan: "Harga RMN1.072 bilion untuk tanah yang dicapai menerusi rundingan di antara Ivory, CMI dan PDC, sebaik sahaja penerimaan award menerusi perjalanan tender dibuat berhubung dengan RPF berkaitan dengan pembelian dan pembangunan tanah."]

Guan Eng berkata Zainal sengaja mengelirukan rakyat mengenai terminologi "following negotiation" dengan tidak diperjelaskan secara penuh bersama-sama maksud "upon the award" pada dokumen Ivory itu."Umno tidak pernah membuat tender terbuka, kerana itu dia (Zainal) tidak mahu menjelaskan perkara yang sebenar pada dokumen itu.

"Kerajaan pusat langsung tidak (mengamalkan) tender terbuka, tiada sesiapa pun (termasuk) Zainal untuk mempersoalkannya (tender tertutup)," ujarnya.

Beliau turut mendedahkan satu lagi salinan dokumen yang dibekalkan dari Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta George Town, Kementerian Kewangan Malaysia bagi membuktikan kerajaan negeri melaksakan tender terbuka dalam penjualan tanah tersebut.

Salinan dokumen tersebut mendedahkan Jabatan Penilaian Tanah pada 14 September 2009 mencadangkan nilai rizab tanah Bayan Mutiara RM65 sekaki persegi. LIHAT DI BAWAH.


Namun, Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 7 September 2010 menetapkan harga rizab tanah tersebut adalah RM200 sekaki persegi dan mesti dilakukan secara tender terbuka.

"Harga rizab yang dikemukakan oleh Jabatan Penilaian Tanah rendah, hanya RM65 sekaki persegi. Kita (kerajaan negeri) ambil langkah berani dengan menetapkan RM200 sekaki persegi bagi tanah itu melalui tender terbuka.

"Tender terbuka bermaksud kita (kerajaan negeri) akan memilih tawaran harga paling tinggi...semua pihak boleh masuk (tender terbuka)...selepas tender diberikan (oleh kerajaan negeri), baru kita runding (dengan pemaju).

"Ivory tawar paling tinggi (iaitu) RM240 sekaki persegi yang dibayar selama 8 tahun, kita (kerajaan negeri) kata: 'kita gembira lah sekiranya tempoh pembayaran dipendekkan kepada 5 tahun sahaja' dan Ivory setuju."Apakah hasil yang menguntungkan rakyat ini dikatakan rundingan (yang mencerminkan) kerajaan negeri tidak melaksanakan tender terbuka," ujarnya.

Terdahulu, Guan Eng dituduh tidak melaksanakan tender terbuka serta menjual 102.3 ekar tanah Bayan Mutiara (termasuk 35 ekar tanah tebusan laut) kepada Ivory kononnya masih dengan harga yang begitu rendah, iaitu RM1.07 bilion.

Bagaimanapun, Guan Eng mencabar Umno menawarkan sebut harga belian yang lebih tinggi berbanding harga yang ditawarkan oleh Ivory sebelum ini.

Zainal dan Abdul Rahman mencabar Guan Eng melepaskan jawatan sekiranya kedua-dua mereka berjaya mengemukakan bukti berwajib.

Guan Eng dalam reaksi spontan menyahut cabaran tersebut dengan mengemukakan bukti-bukti terperinci mengenai proses tender terbuka yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri, turun mencabar kembali kedua-dua pemimpin Umno terdebut meninggalkan arena politik masing-masing jika gagal mengemukakan bukti.

Sepanjang perang media berlangsung selepas itu, Guan Eng dituduh menafikan hak Melayu untuk membeli tanah tersebut dengan memilih Ivory kononnya atas sentimen kecinaan.Guan Eng turut dituduh pro Singapura serta anti Melayu Pulau Pinang kerana melantik firma perunding terbaik bernama HDP Singapura bagi mereka bentuk dan menguruskan proses pembinaan berfasa 11,800 unit rumah mampu milik berkualiti tinggi di Batu Kawan.

RM500 juta diperuntukan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi projek mega di Batu Kawan tersebut adalah sebahagian dari hasil jualan tanah Bayan Mutiara dekat Bayan Lepas secara tender terbuka.Zainal Abidin dan Abdul Rahman dilihat terus dalih dan alasan demi menghadapi desakan berterusan untuk meninggalkan arena politik masing-masing daripada Guan Eng.

TERKINI!! BUDAK-BUDAK UMNO SERANG HQ KEADILAN



Ketika Pakatan Rakyat mengambil sikap berdemonstrasi di hadapan kedutaan US dalam isu bakar Al-Quran, Barisan Nasional pula hadir ke Tropicana kononnya membantah kenyataan Anwar.

Menurut laporan yang diterima, lebih kurang 50 penyokong Umno kini sedang berarak menuju ke HQ PKR. Manakala pihak polis dan FRU tidak bertindak seperti yang diharapkan.


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) membuat laporan polis selepas mendapat maklumat bahawa Pemuda Umno ingin mencetuskan kekecohan di Ibu Pejabat KEADILAN, di Petaling Jaya hari ini.Timbalan Ketua Penerangannya, Rozan Azen Mat Rasep berkata, maklumat itu disebar menerusi kiriman SMS pagi tadi yang menyatakan pihak terbabit mahu mengadakan himpunan membantah kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, meminta polis menyiasat dakwaan berkenaan dan mengawasi keselamatan ibu pejabat KEADILAN serta kakitangannya.“Kita minta polis siasat dulu perkara ini kerana saya bimbang situasi sebagaimana yang berlaku sebelum ini berulang,” katanya ketika ditemui keadilandaily.Ini kerana katanya, beberapa hari sebelum himpunan Bersih pada 9 Julai tahun lalu, Pemuda Umno berhimpun di depan pejabat KEADILAN dan membuat kacau.

“Ahad ini pula pimpinan utama parti akan berada di Kuantan bagi menyertai Himpunan Hijau 2.0.
“Jika himpunan pemuda Umno ini benar berlaku, kita bimbang provokasi melampau seperti ugutan pemuda Umno mahu bakar pejabat parti akan berlaku dan sebab itu kita minta polis siasat,” katanya.

Justeru, tindakan awal polis katanya ditagih bagi mengelakan kejadian tidak diingini berlaku.
“Saya mewakili AMK dan ahli KEADILAN mohon kerjasama polis memberi bantuan keselamatan dan pengawasan di persekitaran premis ibu pejabat parti bermula hari ini, jumaat, 24 Februari 2012.
“Pengawasan ini perlu dibuat seberapa segera dan seterusnya pihak polis mengambil tindakan wajar jika berlaku insiden bertentangan undang-undang seperti berlakunya kerosakan harta benda atau ugutan provokasi melampau,” katanya yang akan memantau perkembangan itu.

PENTADBIRAN ANGKUH NAJIB BURUKAN IMEJ KORUP NEGARA


24 FEB — Perbuatan Pentadbiran PM Najib melepaskan hutang Tan Sri Tajudin Ramli terhadap Danaharta sebanyak RM589 juta adalah kekemuncak keangkuhan kerjaan BN dalam mengurus kewangan negara yang telah pun buruk dengan pelbagai skandal, paling mutakhir NFC.

Pengerusi Transparency International Malaysia (TI-M) sendiri menyifatkan keputusan itu ini sebagai satu penyalahguanaan kuasa oleh kerajaan Najib yang tidak langsung mempedulikan tuntutan rakyat terhadap kebertanggungjawaban dalam urusan kewangan (fiskal) dan ketelusan yang sangat diperlukan oleh kerajaan Najib-BN yang telah terus mengalami kejatuhan dalam ranking Indeks Persepsi Korupsi (CPI), sekaligus membawa kesan buruk negara di kacamata pelabur tempatan mahupun antarabangsa.

Penghapusan dana awam sebanyak RM589 juta, yang merupakan baki pinjaman Tajudin sebanyak RM1.79 bilion oleh sekumpulan peminjam bagi membiyai pembelian 32 peratus kepentingan saham MAS pada tahun 1994 semasa era penswastaan mega di zaman Tun Mahathir.

Tun masih punya pelbagai “tengkorak” atau “skeleton” yang umum masih tuntut pertanggungjawaban. Buku-buku Tun banyak, tetapi tidak banyak hal yang dijelaskan, Malang.

Untuk ingatan semua, seorang analyst Danial Lian dari Morgan Stanley dalam tahun 2004 (April, The Edge) pernah mendedahkan bahawa dalam pentadbiran Tun Mahathir sebanyak US$100 bilion (RM310 bilion) hangus dalam pelbagai keboborkan urus-tadbir kewangan yang tiris dan curang kerana rasuah dan salah guna kuasa dalam era mega penswastaan dan bailout.

Perkara ini juga menimbulkan spekulasi bahawa Tun Mahathir masih lagi berkuasa menentukan banyak hal dalam Pentadbiran Najib ketika kes ini dapat diperap dan dilenyapkan begitu sahaja..

Bayangkan kekecewaan rakyat. Negara ini semacam ditadbir sekumpulan Mafia yang tidak boleh dipertanggungjawabkan!

Tidak layak sama sekali perkara ini dipandang ringan oleh pihak Najib, terutama beliau juga menunjukkan sikap yang culas dan cukup tidak komited dalam menangani skandal perbelanjaan RM250 juta yang tidak dilakukan secara komplian oleh syarikat milik keluarga seorang menteri penuhnya.

Najib wajar diingatkan bahawa isu dakwaan rasuah dan “kickback” pembelian kapal selam Scorpene yang melibatkan beliau dengan dakwaan bayaran “komisyen” RM540 juta atau 114 euro juta masih di mahkamah Perancis.

Rakyat kini mahu tahu dan mendesak supaya bentuk penyelesaian yang dicapai antara bekas pengerusi eksekutif Malaysia Airlines (MAS) Tan Sri Tajudin Ramli dan Pengurusan Danaharta Nasional Bhd yang dimiliki 100 peratus oleh Kementerian Kewangan didedahkan dan tidak dirahsiakan kerana ia melibatkan dana awam.

Mengikut kata Pengerusi TI-M itu lagi, kes ini pasti akan meninggalkan kesan buruk terhadap CPI akan datang sekali lagi akan menjejaskan ranking negara Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang tidak menarik. Sebagai seorang PM merangkap Menteri Kewangan, tidak layak Najib memandang ringan hal ini.

Kali terakhir Transparency International Malaysia (TI-M) mendedahkan rankingnya hujung tahun lalu (2011), Malaysia mencatat ranking terburuk dalam tempoh 10 tahun — jatuh dari tangga 56 kepada tangga 60 dari sejumlah 183 buah negara manakala skor CPI jatuh kepada tahap paling rendah 4.3/10.

Menurut TI-M, dari tempoh sembilan tahun (1995-2003), dalam era Tun Mahathir, kedudukan CPI Malaysia berligar di antara 4.8 pada tahun 2000 hingga 5.32 pada 1996 manakala ranking CPI jatuh 14 anak tangga dari No. 23 tahun 1995 kepada No. 37 pada 2003. (Skor 10 ialah markah paling bersih manakala 0 ialah markah paling korup.)

Dalam tempoh lima tahun pentadbiran Pak Lah pula, ranking TI-M CPI Malaysia jatuh 10 anak tangga lagi dari No. 37 pada 2003 kepada No. 47 pada 2008 manakala skor CPI berligar di antara 5.0 hingga 5.1.

Dalam era Najib kini yang baru melalui tempoh 2½ tahun pentadbirannya mencatatkan TI CPI paling terburuk; jatuh sembilan (9) anak tangga dalam tempoh setahun sahaja dari No. 47 pada 2008 kepada No. 56 pada 2009.

Dalam penilaian paling mutakhir yang dilakukan TI-M di hujung tahun lalu (2011), ranking Malaysia jatuh 13 anak tangga dari No. 47 kepada No. 60 di bawah Najib berbanding ketika Pak Lah, Malaysia jatuh 10 anak tangga dari No. 37 pada 2003 kepada No. 47 pada 2008 dan sembilan tahun di bawah Dr Mahathir, Malaysia jatuh 14 anak tangga dari No. 23 pada 2007 kepada No. 37 tahun 2003.

Antara perhitungan besar pengundi dalam PRU ke-13 ini, adalah memilih kepimpinan dan kerajaan yang boleh mengeluarkan negara dari amalan rasuah, kronisme dan salah-guna kuasa sebagai antara faktor paling besar yang telah menggagalkan negara mencapai kedudukan negara maju dan menghalang rakyat mengecapi kemakmuran dan kemajuan negara sebenarnya.

Kekayaan kini hanya dibolot secara rakus oleh segelintir pemimpin politik dan elit bisnes yang bernama kroni sudah menjadi rahsia umum yang mengaibkan. Pimpinan Umno-BN semacam langsung tidak mengendahkan dan jauh lagi untuk malu dengan kritikan serta herdikan rakyat. Inilah jenayah politik paling besar di negara ini. sekaligus khianat kepada Amanah Allah dan mandat Rakyat!

Kebobrokan urus-tadbir yang sarat “Rasuah dan Ketempangan” ini dalam ketiga-tiga PM Umno-BN ini dan paling buruk di bawah PM Najib sudah cukup memberi maklumat bagaimana rakyat perlu memberi pengajaran kepada kerajaan BN dalam pilihnaraya ke-13 ini.

TERKINI: POLIS BENAR PERHIMPUNAN ANTI-LYNAS DI LOKASI BARU

Polis benar perhimpunan anti-Lynas di lokasi alternatif


Himpunan Hijau 2.0 anti-Lynas Ahad ini akan diadakan di Padang MPK4 - yang terletak di hujung jalan dari tempat asal yang dijadual sebelum ini, di Kuantan.

Menurut ahli jawatankuasa pemandunya, Clement Chin, ia diputuskan selepas perbincangan selama sejam dengan pihak polis Pahang pagi ini.

"Pihak polis bersetuju untuk menyediakan bantuan, kawalan keselamatan dan lalulintas untuk perhimpunan tersebut, mengikut Akta Perhimpunan Awam yang baru," katanya ketika dihubungi.

Semalam, lokasi Himpunan Hijau 2.0 di padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) Ahad ini mula dipagar oleh pihak berkuasa.

Susulan itu, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) - antara NGO menyokong himpunan itu -- dalam kenyataannya berkata, rakyat yang akan hadir tidak mempunyai pilihan dan "akan melimpah" ke seluruh jalan raya di bandar Kuantan

AWAS " PERANGKAP MAUT" LORI KEROPOK LEKOR

Semua orang mengambil mudah benda yang mendatangkan bahaya kepada pengguna jalanraya bertaliarus mennggunakan jalan tersebut, treler rosak dipakir memasuki jalan utama tiada tanda amaran diletakan. Dimana penguatkuasa seperti Majlis bandaran, Polis Trafik & JPJ di Kuantan ?
Treler papan tanda keropok lekor jadi tanda tanya


KUANTAN - Kehadiran sebuah treler diletakkan di tepi jalan dengan papan tanda keropok lekor di Jalan Beserah-Kemaman menimbulkan tanda tanya apabila hampir sebulan di parkir di situ.

Seorang pengguna, Mubin Othman, 45, berkata, dia sering melalui jalan tersebut hairan melihat treler tersebut tidak pernah beralih dari tempat itu.Menurutnya, ia seolah-olah dijadikan sebagai tempat menggantung papan tanda keropok lekor bagi kedai berdekatan.

“Situasi tersebut bukan sahaja menjadi tanda tanya, tetapi lebih penting adalah keselamatan pengguna lain.“Keadaan ini berbahaya terutama pada waktu malam dan pemilik treler terbabit tidak sepatutnya meletakkan kenderaan berat di situ untuk tempoh yang lama,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Beserah Darat, Hasan Stapa berkata, pihaknya tidak dapat mengesan pemilik treler terbabit namun memohon supaya mengalihkannya demi keselamatan orang ramai.

Katanya, ada pihak yang seolah-olah mengambil mudah soal tersebut dengan meletakkan papan tanda keropok lekor.“Ia bukan sesuatu yang relevan jika hendak membuat promosi kepada produk dijual.
“Saya harap, perkara tersebut akan di ambil perhatian oleh pihak berkenaan secepat mungkin,” katanya.

KAMPUNG BUKU DI LANGKAWI " HIDUP" SEMULA

Tahniah MB Kedah hidup semula Kampung Buku


KOTA BHARU, 23 Feb: Ketua Pegawai Operasi Kelantan Trade Canter (KTC), Aziz Desa (gambar) mengucapkan tahniah kepada kerajaan Kedah kerana telah merasmikan 8th International Booktown di Kampung Buku, Langkawi.Menurutnya, pelancaran pada 13 Febuari lalu oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, menggambarkan kerajaan negeri itu mementingkan budaya membaca dan ilmu.

Aziz Desa adalah Setiausaha Akhbar kepada MB Kedah, Datuk Seri Sanusi Junid ketika Kampung Buku dilancarkan di Langkawi dahulu.

Aziz yang juga personaliti TV9 memberitahu, beliau menitis air mata apabila terbaca perkembangan kerajaan Kedah sekarang yang menghidupkan semula ‘Kampung Buku’ yang tidak berjaya sebelum ini walaupun ianya telah cuba dihidupkan oleh Menteri Besar Kedah yang terdahulu.Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily dalam sesi temuramah dengannya di KTC tengahari semalam.

Menurutnya lagi, usaha Azizan menghidupkan semula Kampung Buku yang mampu menarik pelancong dalam dan luar negara itu membuktikan pemimpin tersebut seorang yang cintakan ilmu.“Ianya cukup membuktikan kepada kita beliau seorang yang mementingkan budaya membaca bersesuaian dalam Islam itu sendiri mengutamakan membaca iaitu ‘iqra’ ,”ujarnya.

Menurutnya, kerana kegagalan Kampung Buku yang telah diperkenalkan tahun 1992 di Langkawi, ia telah di bawa ke Melaka walaupun ianya tidak berjaya sepenuhnya.Jelasnya, beliau sendiri tidak terfikir Kampung Buku akan dihidupkan semula oleh kerajaan negeri hari ini.Anak kelahiran Pulau Langkawi itu seterusnya memberitahu Kampung Buku mampu menarik ratusan juta pelancong setiap tahun sekiranya ia diadakan dengan baik sebagaimana yang telah berlaku di negara barat.

“Saya berharap Kelantan sebuah negeri yang mementingkan ilmu Islam juga sewajarnya mengadakan program sebegini kerana banyak manfaat yang akan diperolehi,”ujarnya.

BERITA BERKIATAN, PERASMIAN KAMPUNG BUKU:

Perasmian Kampung Buku oleh Ustaz Azizan baru-baru ini turut dihadiri delagasi luar negara.


ULU MELAKA - Kerajaan Negeri dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) membangunkan semula Kampung Buku Langkawi, sebagai produk pelancongan bagi peminat bahan bacaan seluruh dunia untuk berkumpul.Selepas hampir 15 tahun diwujudkan, ia mengalami zaman suram bertahun lamanya, dan inisiatif ini dilihat tepat pada masanya ekoran pulau ini dikunjungi lebih dua juta pelancong asing setiap tahun.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, dengan pembukaan semula Kampung Buku ini, ia suatu pencapaian membanggakan bukan sahaja kepada Kedah tetapi juga bagi negara ini.“Hanya Langkawi menyertai Badan Gabungan Kampung Buku Antarabangsa (IOB), selain disertai negara-negara Eropah. Kita patut bangga dan seharusnya mengambil peluang ini mempromosi tempat ini dengan lebih berkesan.

“Ini juga adalah sebahagian sejarah negeri ini dan ia cukup bermakna kerana dengan kembalinya peranan Kampung Buku, secara tidak langsung mencetuskan budaya membaca kalangan masyarakat semua golongan,” katanya ketika merasmikan Festival Kampung Buku Antarabangsa 2012.
Menurutnya, kerjasama baik antara IOB ini pasti memberi impak terbaik terutama kepada Langkawi sebagai pulau destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa.

Azizan berkata, budaya masyarakat Eropah yang menjadikan budaya membaca ini sebagai hobi atau amalan harian bagi menambah ilmu wajar dicontohi.“Saya harap kerjasama semua pihak untuk menterjemahkan usaha ini kepada masyarakat mengenai budaya membaca kepada semua supaya diterapkan terutama pada golongan muda.Saya percaya dengan kemuda-han dan kerjasama semua pihak akan memberi pulangan yang berkesan kepada masyarakat, manakala Kampung Buku ini akan dapat memenuhi kehendak pengunjung dan peminat bahan bacaan,” katanya.

Menurutnya, sebagai tarikan, pengurusan Kampung Buku perlu menyediakan bahan bacaan yang berkualiti dari pelbagai bentuk bahan bacaan sama ada bidang akademi atau bukan akademi.
Azizan berkata, Kampung Buku Langkawi ini mempunyai kelebihan tersendiri selain menawarkan suasana nyaman, ia juga berada di kawasan unik yang akan menjadi tarikan utama kepada pelancong tempatan dan antarabangsa.“Saya harap hubungan kerjasama dengan IOB ini akan dapat dipertingkatkan. Secara tidak langsung dengan kerjasama global ini ia akan memberikan kelebihan selain memacu industri pelancongan dan memperkenalkan Malaysia di mata dunia termasuklah Langkawi,” katanya.

Usaha martabatkan semula Kampung Buku

Ketua Pegawai Eksekutif PKNK, Datuk Abd Rahman Ibrahim turut menyatakan komitmen memartabatkan semula Kampung Buku Langkawi agar beroperasi seperti biasa selepas tempat itu dihidupkan.
“Terima kasih kepada semua delegasi antarabangsa dan tempatan yang mengambil bahagian serta IOB kerana memilih Kampung Buku Langkawi sebagai tuan rumah persidangan kali ke lapan,” katanya.

Menurutnya, pihaknya me-ngambil tanggungjawab penuh bagi meningkatkan reputasi lokasi itu sebagai salah satu tempat rujukan dan berkumpulnya peminat buku dunia.Abd Rahman berkata, kerjasama erat bersama IOB umpama suntikan moral kepada pengurusan Kampung Buku Langkawi memainkan pera-nan aktif supaya tempat ini lebih relevan pada masa akan datang.

“Kami optimis sokongan semua pihak terutama Kerajaan Negeri, Kampung Buku akan memberi impak positif pada semua,” katanya.Bermula 13 Februari hingga hari ini, Kampung Buku Langkawi menjalankan pelbagai aktiviti antaranya, seminar, delegasi antarabangsa, pertandingan sajak, demonstrasi silat, pertandingan bercerita peringkat sekolah dan ‘Book Hunt’ selain pame-ran koleksi bacaan daripada peserta.

Antara negara terlibat termasuk Belgium, Norway, Korea Selatan, Croatia, Rusia dan Switzerland selain peserta tempatan.Turut berlangsung, persidangan mesyuarat agong tahunan IOB bagi melantik ahli jawatankuasa baru termasuk Presiden.