07 November 2011

MARINA MAHATHIR SELAR TV3

Marina Mahathir selar media, Seksualiti Merdeka bukan promo seks bebas


Ambiga Sreenevasan bercakap kepada media selepas kenyataan diambil polis di pejabat Tenaganita di Jalan Gasing, Petaling Jaya petang ini dengan ditemani (dari kiri) Maria Chin Abdullah, Irene Fernandez, Pang Khee Teik dan Marina Mahathir. ― Foto oleh Jack Ooi
PETALING JAYA, 7 Nov ― Datuk Paduka Marina Mahathir hari ini menyelar laporan-laporan media yang menggambarkan Seksualiti Merdeka seolah-olah sebagai festival seks bebas dan mengancam untuk menyama jika perkara itu tidak diperjelaskan dan diputarbelitkan.
Pada sidang media yang diadakan petang ini, anak bekas perdana menteri itu berkata, tiada perkataan yang dapat digunakan untuk menggambarkan perasaan marah beliau apabila program tersebut difitnah, yang jelas menerusi TV3 malam tadi, dan memberi amaran kepada pemberita dari stesen tersebut akan kesannya jika kenyataannya hari ini disalah petik.

“Saya melihat pada wajah anda dan kami tahu siapa anda,” kata Marina di ibu pejabat Tenaganita di sini.

Marina muncul di pejabat pertubuhan bukan kerajaan itu di Jalan Gasing di sini untuk memberi sokongan kepada empat rakannya yang dipanggil polis hari ini berhubung program itu, yang diadakan setiap tahun sejak 2008 tetapi menjadi kontroversi tahun ini dan diharamkan berkuat kuasa Khamis lalu.

Mereka yang dipanggil polis hari ini ialah pengasas program Seksualiti Merdeka Pang Khee Teik, Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenavasan, Pengarah Tenaganita Irene Fernandez dan ahli jawatankuasa Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah.

“Saya berada di sini sebagai seorang penyokong sebab dua tahun lalu saya telah merasmikan Seksualiti Merdeka tanpa sebarang insiden,” katanya.

Marina menjelaskan program itu bukan bertujuan menggalakkan seks bebas tetapi untuk membantu kumpulan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan traansgender) yang dipinggirkan memahami hak mereka dalam lingkungan undang-undang.

“Ia adalah satu acara untuk menjelaskan dan mendidik tentang hak mereka dalam lingkungan perundangan, dan bukannya di luar lingkungan.

“Saya sangat marah, sangat marah, tiada perkara untuk menggambarkan ke atas sesetengah pihak yang menganggap ini sebagai festival seks bebas. Anda tiada perkara lebih baik untuk dilakukan? Seks bebas memang tidak dibenarkan di sini... adakah anda gila (sehingga) boleh menggambarkan perkara ini?” kata beliau.

Dalam pada itu, menurut Ambiga, kes itu disoal siasat di bawah Seksyen 298 dan 109 Kanun Keseksaan, dan juga di bawah Akta Polis berhubung kesalahan menyinggung sentimen agama seseorang.

Ketika muncul selepas pertemuan selama 45 minit dengan polis, Ambiga mendakwa media membuat fitnah mengenai festival itu dan merujuk kepada TV3 atas kesilapan yang dilakukan.

Bekas presiden Majlis Peguam itu kemudian mencabar stesen swasta itu agar menyiarkan kenyataan beliau hari ini dan tiga rakannya secara verbatim, dan jika tidak akan mengambil tindakan perundangan.

“Saya mencabar TV3 agar melaporkan dengan penuh apa yang diperkatakan oleh Datuk Paduka Marina Mahathir. Saya juga mencabar anda menyiarkan segala apa yang saya katakan sekarang.

“Anda mengelirukan publik. Anda memanggil yang ini sebagai festival seks bebas. Saya mencabar anda membawa setiap yang saya katakan atau tidak saya boleh menjamin anda, anda akan mendengar daripada peguam-peguam saya dalam isu ini,” kata beliau.

“Jaga-jaga, TV3.”

BLOGGERS PRO-UMNO DILIWAT !?

PANAS!! Pihak Mana Yang Meliwat Bloggers?!
Riuh rendah sekarang ni, pihak blogger pro kerajaan (termasuk Mc). Mendakwa, ada pihak yang telah mengaut keuntungan besar hasil daripada penjualan nama-nama blogger.
Maknanya hasil daripada titik peluh blogger yang berjuang, mengorek isu 24 jam sehari + 7 hari seminggu telah diraih oleh pihak lain. Kiranya kes kebas hasil tuaian orang lain.

Lembu punya susu, sapi dapat nama. Orang lain buat kerja penat nak mampus, orang lain pula yang mengaut untung hingga kaya raya. Maklumlah mereka mempunyai akses untuk keluar masuk JPM dan agak rapat dengan pihak berwajib. Mereka mengunakan peluang ini untuk menipu dan mendakwa blogger2 pro kerajaan ni dibawah jagaan mereka.

Mc sendiri pernah di hubungi pihak tertentu yang mendakwa mereka ini dari JPM dan meminta pengenalan diri untuk mengenal pasti kita. Kemudian dengan alasan yang sangat budiman, pihak ini berjanji akan membantu blogger dari segi kemudahan dan juga elaun.

Namun sudah hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun. Apa yang dijanjikan hanyalah mitos kosong yang cuma menyedapkan telinga. Sedangkan hakikat sebenar, habuk pun takdak.

Sudah la apa pun takdak, tiba2 dapat pula berita mengenai ada orang yang menjual nama blogger untuk dapat meraih claim dari JPM. Siapa la yang tak panas?

Harap kepada orang yang tahu mengenai perkara ini dan tahu mengenai individu yang busuk itu. Dedahkan segera!! Jangan sampai nasi menjadi bubur baru nak bertindak, kalau sampai tahap tu, agaknya semua dah terlambat.

Blogger sepatutnya menubuhkan satu pertubuhan khas untuk membela nasib2 blogger yang terainaya dan membela semua blogger yang berdaftar dibawahnya. Jangan harapkan UMNO, kerana UMNO, sememangnya lambat dari segala hal. Biasala kerajaan..

Baru-baru ni ada pihak dari UMNO pusat menghubungi Mc dan menawarkan bantuan dan perkara yang sama seperti diatas. Semuanya masih dalam perbincangan. Namun pengalaman mengajar kita. Alhamdullilah kalau ada yang sudi dan ikhlas (tanpa sebarang agenda) membantu blogger persendirian macam Mc ni.


McTheory:
Duit punya pasal, halal haram pun depa tolak tepi
sumber : http://kedahkekl.blogspot.com/

Saifuddin: Rakyat muak dengan politik tanpa integriti


Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah bimbang ketandusan integriti di kalangan ahli politik akan menambah rasa jelak rakyat terhadap politik negara sehingga mereka memulau pilihanraya umum akan datang.

Jika ini berlaku, katanya, pembangunan Malaysia akan terjejas kerana parti yang menang hanya mendapat mandat rakyat minoriti tetapi ditolak oleh segmen terbesar penduduk yang bertindak menolak proses demokrasi itu.

"Yang saya bimbang nanti, yang mengundi itu adalah minoriti sebab majoriti tidak mengundi dan tidak kisah tentang politik. Kita mungkin akan mencetuskan suasana di mana negara akan berjalan tetapi sistem-sistem tertentu akan bertemu dengan banyak halangan.

“Ini kerana setiap kali kerajaan membuat keputusan, tidak kiralah kerajaan mana atau parti mana memerintah, majoriti rakyat tidak akan bersetuju (dengan keputusan itu),” kata Saifuddin dalam wawancara eksklusif dengan AntaraPos.com.

Adalah dianggarkan hampir empat juta rakyat daripada 15 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi masih belum berdaftar sebagai pengundi dan sebahagian besar daripada mereka adalah generasi belia.

“(Apabila) majoriti rakyat tidak bersetuju, itu akan membantutkan pembangunan," katanya.

Politik melampau

Saifuddin juga membayangkan keadaan sebegitu tidak mustahil akibat politik melampau yang

diamalkan sehingga menebalkan sikap acuh tak acuh rakyat terhadap arena politik negara.

Justeru, menurut beliau, ahli politik mempunyai tanggungjawab mendokong perjuangan yang menzahirkan nilai-nilai murni dan bukan yang menambah rasa sinis rakyat terhadap ahli politik dan parti yang mereka wakili.

"Kalau kita sesama kita boleh tingkatkan integriti, termasuk juga idealisme perjuangan dan kualiti dalam perdebatan di parlimen dan dewan undangan negeri, kalau kita boleh tingkatkan secara bersama, misalnya dalam parlimen, kita (boleh) berdebat dengan bahasa yang indah.

"Barulah kita lihat status parlimen sebagai institusi membuat undang-undang yang tertinggi. Kalau kita berbeza pandangan pun, kita bersetuju untuk berbeza pandangan dengan harmoni. Tidak perlulah sampai jerit menggunakan perkataan yang tidak elok,” katanya.

Menurut Saifuddin, perilaku tidak senonoh dalam parlimen tentunya menyuburkan rasa sinis di kalangan rakyat terhadap politik.

"Dia sinis bukan sahaja kepada pihak tertentu tetapi dia sinis kepada parti politik. Jadi apabila saya melihat kenapa orang muda tidak mahu mendaftar sebagai pemilih, saya bimbang bahawa itu sebab utamanya.

"Dia menjadi putus asa dengan politik dan ini malang kepada masa hadapan negara kalau orang muda sudah menolak politik. Maka kita tidak mahu terjadi yang mengundi dalam pilihanraya itu adalah minoriti," katanya.

Sudah muak

Saifuddin berkata fenomena generasi belia semakin muak dengan aliran politik negara memang wujud, jika “sesi-sesi teh tarik” beliau dengan golongan muda dijadikan sandaran.

Sesi-sesi itu menunjukkan adanya belia yang " tidak percaya politik langsung dan ada yang tidak percaya parti- parti politik tertentu.

"(Bagi mereka) majoriti orang politik sama sahaja. Mereka kata orang politik ini suka cakap sahaja tetapi tidak buat dan selepas itu begitu begini dan sebagainya.

"Jadi bila saya tanya sudah daftar sebagai pemilih? Saya tidak mahu daftar (jawap mereka); ditanya lagi kenapa? Mereka menjawab saya tidak mahu mengundi. Buat apa undi, mereka kata, tidak jadi apa pun. Jadi ini yang saya katakan "sinis" atau skeptik terhadap politik," kata Saifuddin.

Walaupun tidak mempunyai angka lengkap mengenai jumlah golongan yang sinis terhadap politik negara dan tidak mahu mengundi, Saifuddin tetap bimbang.

"Katakanlah setiap bulan saya buat dua sesi pertemuan dan setiap kali itu bertemu dengan 20 orang, maknanya katalah 10 kali bertemu, maka dalam 10 kali bertemu itu, saya jumpa dua orang yang berprinsip begitu, maka angka itu besar ya," katanya-mk

KERAPU KERTANG DIJUAL RM16,000 SEEKOR

Jual seekor ikan kerapu dapat untung RM16,000
SEORANG lelaki memegang ikan kerapu seberat 200 kilogram yang ditangkap di perairan Miri, Sarawak semalam.

IKAN GERGASI. Seorang nelayan tidak menyangka memperoleh wang sebanyak RM16,000 selepas kejayaan menangkap seekor kerapu gergasi semalam.

Ikan seberat 200 kilogram (kg) itu dipercayai ditangkap menggunakan pukat kira-kira tujuh batu nautika dari pantai Miri, Sarawak.

Kejayaan menangkap ikan itu menarik perhatian ramai termasuk seorang pemilik restoran yang membelinya pada harga RM16,000.

Spesies kerapu gergasi yang turut dipanggil sebagai kertang itu mampu membesar sehingga dua meter panjang dengan berat 400 kilogram dan mempunyai nilai pasaran mencecah RM70 sekilogram.

KITA BUANG SAJA PERLEMBAGAAN JADIKAN NEGARA NEGARA DIKTATOR

Aziz Bari: Menteri bias, saya sedia muncul di pentas Umno


KUALA LUMPUR, 6 Nov — Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari menyifatkan Menteri Pengajian Tinggi seolah-olah bertindak bias sambil menegaskan, beliau juga sanggup untuk muncul di pentas Umno jika parti itu bersedia mendengar pandangannya.

Malah tegas Aziz, apa yang diperkatakan beliau selama ini masih “dalam kerangka dan idea” yang sering dibawa timbalannya Datuk Saifuddin Abdullah, yang mengetengahkan pandangan progresif berkenaan pembaharuan politik tetapi tidak diterima banyak pihak dalam Umno sendiri.

Dalam satu kenyataan semalam, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menasihatkan Aziz (gambar) meletakkan jawatan sebagai ahli akademik jika benar-benar mahu bercakap di atas pentas politik.

Khaled berkata, Aziz, yang sedang disiasat oleh tiga pihak termasuk UIA sendiri, tidak perlu menunggu tindakan universiti tersebut.

Tambah Khaled, universiti adalah institusi yang mengutamakan pencapaian akademik dan perlu berada dalam keadaan neutral demi mencapai matlamat menjayakan bidang pendidikan.

Sehubungan itu, Aziz menyoal apa sikap menteri berkenaan dalam kes-kes ada profesor yang menyediakan ucapan dasar presiden Umno.

“Apa sikap menteri ke atas profesor yang secara terbuka menuduh DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) meliwat? Apa sikap menteri kepada profesor yang menjadi penceramah BTN (Biro Tata Negara) dan Islam Hadhari yang kesemuanya adalah dasar dan politik Umno,” kata Aziz dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider hari ini.

Malah Aziz juga berkata, “tidakkah Umno memberi beberapa orang profesor anugerah parti, tidakkah itu bermakna telah mempolitikkan akademik?”

Tambah Aziz, beliau hanya bercakap mengenai dasar-dasar dan politik yang selaras dengan ideal dan tuntutan Perlembagaan Persekutuan.

“Kalau ini dituduh berpolitik, saya fikir kita buang saja Perlembagaan ini dan jadikan negara ini negara diktator atau negara satu parti,” kata pakar perlembagaan ini sambil menegaskan, “saya fikir apa yang saya lakukan masih dalam kerangka dan idea yang sering dibawa oleh timbalan Khaled.”

Aziz menambah, Saifuddin yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno sudah lama membawa idea seumpama.

Dengan merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan awal minggu lalu dalam kes bekas pelajar berkaitan dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971, Aziz berkata, beliau fikir Khaled sedia mengetahui bahawa di sisi undang-undang berpolitik, sebagaimana yang diputuskan oleh mahkamah pada 31 Oktober lalu, dibenarkan dan peruntukan AUKU yang melarang diisytihar tidak sah.

“Kalau mahasiswa boleh berpolitik, takkan pensyarah tidak?” katanya lagi.

Aziz juga berkata, beliau bukan berpolitik secara aktif, sebaliknya hanya memberi pendapat yang kebetulan ada orang mahu dengar dan bersedia untuk muncul di pentas Umno jika sanggup mengaturkan kemudahan sedemikian.

“Saya alu-alukan jika orang Umno mahu dengar,” katanya lagi.

“Walaupun menteri tidak setuju dengan apa yang saya dan mungkin timbalannya Saifuddin, saya rasa apa yang saya kata dibenarkan oleh Perlembagaan dan tidak menyalahi Akta Hasutan,” kata Aziz lagi.

Dalam kenyataannya semalam, Khaled yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang menambah, beliau sedar Aziz memasuki kawasannya dan menyampaikan ceramah di Taman Saujana dekat Johor Baru kelmarin, tetapi yakin penduduk tidak akan termakan dengan perkara yang disampaikan.

Aziz pula menjawab, “saya pun tidak tahu itu adalah kawasan Khaled.”

Aziz berucap pada ceramah anjuran Parti Keadilan Rakyat, komponen Pakatan Rakyat.

Ia bukan kali pertama Aziz menghadiri ceramah dan forum anjuran parti pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan.

Tambah Khaled, antara yang hadir adalah ahli Umno Pasir Gudang sendiri yang mahu mendengar hujah profesor itu yang kini dalam siasatan UIA berikutan kenyataannya mempertikaikan titah Sultan Selangor berhubung pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor ke atas sebuah gereja awal Ogos lalu.

Aziz juga disiasat polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Siasatan polis dan UIA dilaporkan sudah selesai.-TMI

06 November 2011

LEMBU FIDLOT KUT NIE?

AWAS! CIA SEDANG MEMANTAU PENGGUNA TWITTER & FACEBOOK

AWAS! CIA sedang memantau anda

Central Intelligence Agency menyimpan tab malar di Twitter dan Facebook, dan seluar Presiden

Obama pada topik-topik atas tren dan acara hampir setiap hari, laporan AP.

Seolah-olah kita memerlukan apa-apa pengesahan selanjutnya bahawa Big brother, sebenarnya, menonton, laporan Associated Press hari ini bahawa Central Intelligence Agency mempunyai jabatan seluruh menumpukan kepada pemantauan posts Twitter dan Facebook. Di samping itu, CIA seluar Presiden Obama setiap hari tweets top dan popular posts Facebook dan trend.

Tugas yang sukar, yang dijalankan oleh pasukan yang dikenali sebagai "Pustakawan berdendam," termasuk menyaring melalui lebih daripada 5 juta tweets sehari. (. Secara keseluruhan, pengguna 100 juta Twitter menerbitkan kira-kira 140 juta tweets setiap hari) Melakukan sedemikian telah membolehkan CIA untuk melihat bagaimana peristiwa yang berlaku di Amerika Syarikat adalah yang diterima di luar negara - seperti, berkata, yang membunuh Osama bin Laden - serta membenarkan agensi untuk menyimpan tab pada acara-acara antarabangsa, seperti pemberontakan di Mesir pada musim bunga ini.

Pemantauan sosial CIA media, yang adalah dibawa keluar oleh "Beberapa ratus" penganalisis di kemudahan satu di McLean, Virginia, dan di tempat lain di sekitar Amerika Syarikat, telah bermula pada syor Suruhanjaya 9 / 11 itu sebagai cara untuk memperkukuh counterterrorism agensi dan inisiatif counterproliferation.

Sumber-sumber yang dipantau termasuk akhbar-akhbar tradisional dan siaran televisyen, serta media sosial. Fokus di Twitter bermula pada tahun 2009 selepas platform micro-blogging memainkan peranan yang penting dalam Revolusi Hijau Iran.

Kerana tweets tidak sentiasa mempunyai data lokasi yang terikat kepada mereka, Pustakawan pendendam tidak dapat mengesan di mana sama dengan majoriti daripada tweets berasal. Sebaliknya, pasukan perisikan menjejaki tweets bahasa diterbitkan. Sebagai contoh, pasukan itu mahu mengetahui reaksi dunia kematian Osama bin Laden. Ia mendapati bahawa majoriti tweets yang disiarkan dalam sama ada Urdu (bahasa Malaysia), atau Cina kebanyakannya negatif. Tweets Bahasa Arab dan Turki menuduh Obama sebagai pro-Isreal. Tweets dalam bahasa Ibrani fikir ucapan Obama adalah terlalu pro-Arab.

Pasukan CIA telah juga digunakan Twitter memantau laporan peristiwa masa sebenar, dan boleh memberi tumpuan kepada Tweeters beberapa yang menyiarkan laporan yang tepat. Pasukan itu mendapati bahawa, dalam situasi ini, pengguna Twitter yang lain aktif membasmi maklumat yang salah apabila ia dilaporkan, yang membuktikan kegunaan Twitter sebagai sumber utama untuk berita terkini.

Jadi, bagi orang-orang yang anda di luar sana yang lupa bahawa apa yang kamu katakan dalam talian sering boleh dilihat oleh sesiapa sahaja, ingat: dalam bangunan pejabat beberapa tingkap di Timur Laut Virginia, agen CIA boleh menonton

SENATOR ATAU HAPRAK,SAMPAH

DEWAN NEGARA ATAU SENAT adalah dewan tertinggi untuk meluluskan atau menolak undang-undang, akta yang diluluskan oleh DEWAN RENDAH PARLIMEN. Mengikut amalan dinegara lain Senator dipilih oleh rakyat bukan dilantik oleh YD Agung atas nasihat PM selebihnya diwakili negeri masing-masing.

Peranan Utama Dewan Negara atau Senat juga boleh memanggil PM,Menteri dan AP untuk menjawab dan memecat mereka apabila berlakunya salah laku, urus tadbir semasa menjalankan pentadbiran yang dijawat. Jadi apabila PR dapat mengambil alih Pentadbiran kerajaan pusat adalah wajar pertimbangan untuk Ahli Dewan Negara hendaklah diserahkan mandat kepada Rakyat untuk mengangkat
prinsip KETELUSAN.-Admin


Senator atau sampah

Dewan Negara Malaysia terdiri daripada 70 ahli, yang majoritinya (44) dilantik oleh Raja atas nasihat Perdana Menteri. Selebihnya mewakili negeri masing-masing. Peranan asal Senat adalah untuk mengimbangi Parlimen setelah majoriti daripada Ahli Dewan Negara terhutang pelantikan mereka kepada PM. Mereka tidak mungkin akan menolak bil-bil yang diluluskan oleh Parlimen.

Oleh sebab itu, Senat telah menjadi satu jalan bagi BN untuk melantik Menteri daripada golongan ahli politik yang telah ditolak oleh rakyat, seperti Shahrizat Jalil, Presiden Gerakan Koh Tsu Koon dan Ketua MIC G Palanivel.

Ia juga satu cara untuk parti politik BN untuk memuaskan dahaga ahli mereka yang tidak pernah puas dengan kuasa, kedudukan dan wang. Matlamat sebenar Senat seolah-olah telah hilang.

Pantas menawarkan diri sebagai calon untuk PRU-13


Pelantikan KS Nallakaruppan baru-baru ini, yang satu masa dahulu merupakan pengikut Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan kini sudah menjadi pengkritik atas dasar tidak puas hati telah menunjukkan penurunan taraf Senat Malaysia dengan lebih teruk lagi. Tidak diketahui apakah bidang Nallakaruppan mahupun khidmat sosial yang pernah dijalankannya. Partinya, MUIP,hanya mewakili dirinya sendiri.

Nalla dikenali sebagai seorang yang tegar menhadiri ceramah-ceramah pada musim pilihan raya bersama Ummi Hafilda dan melemparkan dakwaan-dakwaan keji terhadap Anwar Ibrahim. Ini akan disertai oleh perisytiharan bahawa dia akan memberikan 'bukti' untuk tuduhan pada masa yang sesuai '. Bilakah masa yang sesuai itu? Anda akan tunggu dengan sia-sia!

Cukup jelas bahawa Nallakaruppan mendapat ganjaran bagi kesediaannya dipergunakan oleh BN untuk memburuk-burukkan Anwar. Dalam keadaan yang serupa, pembelot PKR yang kini sudahpun bergelar Senator, Ezam Mohd Noor, juga mendapat ganjaran senator atas sebab yang sama.

Adalah malang yang Dewan itu kini dibanjiri watak-watak yang meragukan dan keji seperti mereka. Adalah lebih malang bahawa pembayar cukai Malaysia membayar gaji lumayan mereka, elaun mereka, tuntutan mereka dan peruntukkan RM200,000 untuk mereka.

Nallakaruppan mengangkat sumpah hari ini, dan kemudian dengan segera mengisytiharkan bahawa dia bersedia untuk menjadi calon dalam pilihan raya jika Perdana Menteri mengarahkannya untuk berbuat demikian. Sudah tentu Najib tidak mahu perkara itu berlaku kerana Nallakaruppan bukanlah seorang calon yang boleh menang. Dia adalah bahan untuk ditertawakan sahaja.

MIC masih bertelingkah dan tidak berbuat apa-apa untuk kaum India

Pelantikan Nalla juga sudah semestinya menjadi sumber kemarahan MIC kerana mereka suka untuk menggambarkan diri mereka sebagai wakil tunggal kaum India dalam BN. Dewan dipenuhi dengan pegawai dan ahli-ahli politik MIC pada hari Rabu kerana ada orang-orang mereka juga yang mengangkat sumpah sebagai Senator.

Antara mereka ialah K Devamany, yang sudah tentu yang akan digugurkan sebagai calon MIC bagi Cameron Highlands, serta M Saravanan dan P Kamalanathan yang mungkin juga tidak dikekalkan.Perpecahan dan persengketaan yang berterusan MIC adalah berpunca daripada perbalahan GPalanivel dan Samy Vellu .

MIC sudah tentu benci akan hakikat slot untuk Nalla tidak diberi kepada mereka. Walaupun anda

tidak dapat syak perkara itu daripada cara mereka berjabat tangan dan memberi senyuman palsu.

Kita hairan dengan nasib kaum India yang ditimpa kemiskinan di ladang-ladang manakala pemimpin mereka, memakai sut mahal, makan bufet yang sarat di Parlimen sambil merencanakan rancangan jahat dan tipu daya terhadap satu sama lain dalam kumpulan kecil mereka. Sekali sekala mereka akan bangun, tersenyum dan bersalaman dengan ahli-ahli politik lain yang besar kemungkin telah mereka maki hamun. Ini hanyalah kepura-puraan makhluk yang bergelar ahli politik.

Kita hanya boleh berharap bahawa semua ini akan lenyap atau dibuang ke dalam tong sampah sejarah, selepas pilihan raya umum akan datang.-mc

Halang PRU 13 sebelum laksana perubahan

Halang PRU 13 sebelum laksana perubahan

KUALA LUMPUR, 6 Nov: Puluhan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berazam untuk mengambil pelbagai langkah sewajarnya untuk menghalang Pilihan raya Umum (PRU) ke-13 diadakan sebelum perubahan proses pilihanraya dilaksanakan oleh kerajaan BN.

Mereka sebulat suara menegaskan, PRU 13 tidak boleh diadakan selagi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen belum melaksanakan kerjanya dengan berkesan bagi perubahan proses pilihanraya untuk membolehkan pilihanraya yang bersih dan adil dilaksanakan di negara ini.

Presiden Malaysian Civil Leberties Movement (MCLM) atau Pergerakan Kebebasan Awam Malaysia, Haris Ibrahim berkata, pihaknya dan lain-lain NGO yang bergabung dalam organisasi massa tetap bersama keseluruhan rakyat negara ini yang berhasrat untuk melakukan perubahan regim ke Putrajaya melalui pilihanraya yang bersih dan adil.

Menurutnya, rakyat negara ini tidak lagi boleh menerima percubaan Umno BN untuk kekal berkuasa sehingga sanggup melakukan penipuan secara terang-terangan dalam pilihanraya.

Katanya, pihak Umno BN sewajarnya malu kepada rakyat negara ini dan seluruh dunia untuk melakukan penipuan dalam pilihanraya bagi membolehkan mereka kekal berkuasa.

"Namun kami telah menerima maklumat yang boleh dipercayai bahawa Perdana Menteri akan melakukan pembubaran Parlimen pada 11 November ini bagi membolehkan PRU Ke-13 diadakan pada 10 Disember 2011 ini.

"Jika benar, kita lihat ini sebagai satu langkah sekali lagi oleh Umno dan Barisan Nasional untuk memegang kuasa sama ada di peringkat persekutuan dan negeri melalui cara penipuan," katanya pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, di sini, semalam.

Dengan tindakan itu, menurut beliau, Umno dan Kerajaan BN jelas sekali lagi menafikan hak rakyat untuk melakukan perubahan rejim ke Putrajaya melalui pilihanraya yang adil dan bersih.

Katanya, tindakan tersebut jelas bertentangan dengan beberapa ketetapan dan peraturan, tetapi ia tidak mustahil berlaku memandangkan penyelewengan terhadap proses pilihan raya di negara ini telah sekian lama dilakukan oleh kerajaan BN.

"Akibat penyelewengan itu, rakyat telah turun ke jalan raya dengan mengadakan perhimpunan di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu, bagi mengemukakan beberapa tuntutan kepada pihak kerajaan supaya mengadakan pilihanraya dengan bersih dan adil.

"Walaupun dihalang dengan pelbagai cara oleh pihak kerajaan dan polis, rakyat tetap juga turun ke jalan raya pada hari itu dan ini jelas melambangkan kemarahan rakyat terhadap pihak pemerintah," katanya.

Pihak kerajaan, tambahnya, kelihatan seperti mengalah dengan menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen pada awal bulan lalu bagi melaksanakan proses perubahan pilihanraya di negara ini, tetapi perkembangan terbaru tetap mengecewakan rakyat.

Menurutnya, Kerajaan BN tetap melakukan penyelewengan terhadap pilihanraya menerusi beberapa cara termasuk dengan memasukkan 42,051 nama-nama yang tidak sah dalam daftar pemilih seperti yang diakui oleh pihak SPR sendiri baru-baru ini.

"Pengakuan dan perjanjian oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, setelah didesak, untuk membuang nama-nama 220 orang bukan warganegara yang dilakukan di Paya Jaras setelah nama mereka muncul dalam daftar pemilih bagi suku kedua 2011," katanya.

Pendedahan melalui Wikileaks, ujarnya, mendapati 600,000 orang asing telah diberikan kewarganegaraan dan dimasukkan dalam daftar pemilih sebagai pengundi di Sabah pada tahun 90-an, semasa tempoh mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamed.

"Satu lagi pendedahan melalui Wikileaks bahawa bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengakui bahawa pihaknya telah mengeluarkan lebih 60,000 kad pengenalan palsu Malaysia kepada pekerja-pekerja asing di Sabah pada tahun 1990-an atas perintah Umno," katanya.

Satu laporan lain pula, menurut beliau lagi, mengesahkan wujud pada daftar pemilih pengundi klon yang berjumlah kira-kira 10,000 orang.

Katanya, Kerajaan BN juga kini telah mengiktiraf dan memberikan hak kepada kira-kira 700,000 orang pengundi yang dikatakan layak mengundi dan berada di luar negara untuk mengundi melalui pos.

Beliau turut kesal kerana 4 juta orang pengundi muda gagal mendaftarkan diri sebagai pengundi bagi PRU Ke-13, ekoran perubahan terhadap kaedah-kaedah pendaftaran pengundi yang dilakukan oleh SPR.

Turut hadir pada sidang media itu, Pengerusi Kebangsaan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Cikgu Bard; Pengerusi League Unemployed Graduates, Devadas Silvaraju; Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), Dr Rohana Ariffin dan Pengerusi India Justice Party (IJP), PS Jenapala.-hd

05 November 2011

RANG UNDANG2 KEBEBASAN MAKLUMAT(FOI) DILULUSKAN DUN PULAU PINANG

Pulau Pinang luluskan FOI di sebalik tentangan BN

Rang Undang-Undang Kebebasan Maklumat (FOI) diluluskan oleh ahli dewan undangan negeri Pulau Pinang dengan undian 24 yang menyokong berbanding dua yang menentangnya, semalam.

Selebih 14 ADUN lain tidak mengundi kerana tidak berada di dewan apabila rang undang-undang itu dibentangkan dan dibahaskan pada lewat petang.

Rang undang-undang itu dibentangkan oleh Timbalan Ketua Menteri, P Ramasamy (atas) untuk bacaan

kali kedua, setelah disemak untuk kali ketiga selepas tiga pusingan maklum balas dari 20 organisasi, termasuk beberapa parti politik, termasuk Gerakan, MCA dan Parti Cinta Malaysia.

Ia pertama kali dibentangkan pada 14 Oktober tahun lalu tetapi pada 1 November kemudian dewan undangan negeri memutuskan supaya ia dirujuk kepada jawatankuasa terpilih khas yang dipengerusikan oleh Jagdeep Singh Deo (DAP-Datuk Keramat) (dua dari kiri) untuk semakan.

Kedua-dua undi yang menentang Rang Undang-Undang Kebebasan Maklumat itu datang adalah daripada ADUN Umno - Muhammad Farid Saad (BN-Pulau Betong) dan Jasmin Mohamed (BN-Sungai Dua).

POLIS DITUDUH MEROGOL DI BALAI POLIS

Anggota Polis Dituduh Merogol Pelajar Tkn 5 Dalam Balai Polis


Petaling Jaya - Seorang anggota polis berpangkat konstabel diarah membela diri di Mahkamah Sesyen di sini semalam terhadap dua tuduhan merogol dan memaksa seorang gadis berusia 17 tahun melakukan seks oral di Balai Polis Putra Height, Subang Jaya tiga tahun lalu.

Gambar: Jamil diarah membela diri atas tuduh merogol gadis di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya semalam.

Hakim Hayatul Akmal Abd. Aziz memutuskan demikian terhadap tertuduh Jamil Abdul Sah, 30, selepas mahkamah dapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Sehubungan itu, beliau menetapkan 20 Disember depan untuk tertuduh membela diri terhadap tuduhan tersebut.

Mengikut pertuduhan, anggota polis itu didakwa merogol pelajar tingkatan lima itu di antara pukul 6 pagi dan 7 pagi, 18 Jun 2008 di Bilik Maklumat, Balai Polis Putra Height di sini.

Bapa kepada dua orang anak itu turut dituduh memaksa pelajar berkenaan melakukan seks oral di bilik sama dan pada waktu tersebut.

Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 376 (2)(f) Kanun Keseksaan dan Seksyen 377B kanun yang sama, masing-masing memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan 20 tahun juga sebatan jika sabit kesalahan. -kosmo

“Pak Cik kena tunggu awal tahun kerana peruntukan tahun ini terhad, Kerajaan tidak ada budget”.

Pembongkaran Ketua Audit Negara melukakan hati penternak lembu, kambing dan kerbau


Laporan Ketua Audit Negara yang terkini mendedahkan Institut Sukan Negara (NSI) memperoleh 23 ekor kuda bernilai RM5.66mil tanpa kelulusan daripada Kementerian Kewangan. Dan yang melucukan lagi tiada seekor kuda pun yang dibeli layak bertanding dalam dua kejohanan antarabangsa seperti yang disyorkan.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara lagi, yang menambah kehairanan apabila perolehan telah dibuat tanpa apa-apa surat tawaran atau perjanjian yang memerlukan ketetapan yang jelas berhubung tanggungjawab pembekal.

Malah hairan bin ajaib lagi pembayaran kepada Syarikat El Rancho Country Club telah dibuat di bawah atas nama individu.

Sesungguhnya dengan pendedahan audit Negara itu ternyata ia amat melukai hati penternak lembu, kambing dan kerbau di kampong apabila mereka mengetahui wang rakyat dihabiskan dengan membeli kuda tua.

Mereka akan merasa tertipu setiapkali apabila mereka memohon baka lembu, kambing dan kerbau untuk menternak di kampong, mereka sentiasa disajikan dengan jawapan “peruntukan tahun ini sudah habis, Pak Cik kena tunggu peruntukan tahun hadapan” kata pegawai jabatan haiwan daerah.

Dan apabila tiba tahun hadapan tiba, jawapan yang sama disajikan dengan katanya “Pak Cik kena tunggu awal tahun kerana peruntukan tahun ini terhad, Kerajaan tidak ada budget”.

Itu lah hiburan dendangan yang kerap orang kampong dengar, diputar-putar menjadi lagu yang sudah basi sehingga mereka hilang kenyakinan dengan dasar-dasar Kerajaan untuk membantu penternak dan nelayan.

Pendek kata mereka sentiasa ditipu dengan putar belit pegawai-pegawai di bawah dan di peringkat pegawai-pegawai atasan seperti KSU, TKSU dan KP mereka pula membelanjakan wang jutaan ringgit untuk membeli kuda-kuda endurance yang hanya layak ditembak mampus.

Agenda pegawai atasan hanyalah untuk memenuhi citarasa dan kepuasan elitis-elitis kaki kuda yang di atas, agar pangkat dan jawatan mereka sentiasa kekal dan kontrak mereka sebagai KSU sentiasa disambung walaupun mereka itu seperti kuda tua yang sudah tidak mampu bertanding.

Mereka akan kekal sebagai pembodek-pembodek tegar mengejar bintang dan pingat Datuk, Datuk Seri dan macam-macam darjah kebesaran.

Konklusinya. hampir semua pembongkaran Laporan Audit Negara ini menjejaskan rakyat-rakyat marhaen di bawah jika kita perincikan satu persatu.-MR

AZIZ BARI : DAP SALAH SOKONG PILIHAN PPSMI

Pensyarah kontroversi Prof Dr Abdul Aziz Bari berpandangan bahawa sokongan DAP supaya pilihan diberi untuk belajar Sains dan Metematik dalam bahasa Inggeris salah daripada aspek perlembagaan.

Pakar perlembagaan itu berkata, perkara 152 perlembagaan persekutuan menyatakan urusan rasmi mesti dijalan dalam bahawa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan negara ini.

"Tambahan pula ia berjalan sehingga (mantan perdana menteri) Mahathir (Mohamad) secara bersendirian menukarnya (kabinet tidak terliabt membuat keputusan itu)," katanya pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua (bawah) pada 30 Oktober dilaporkan berkata, kementerian pelajaran perlu lebih anjal dan wajar memberi pilihan supaya kedua-dua matapelajaran itu dalam bahasa Inggeris demi mengekalkan bakat terbaik dalam negara.

Katanya, prinsip paling penting harus terima pakai ialah pelajar yang cerdik tidak harus

ketinggalan di belakang hanya kerana ada pelajar yang lemah dalam akademik.

Sehari sebelum itu, timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sistem pendidikan akan kucar-kacir jika kerajaan membenarkan pemilihan bahasa pengantar sama ada bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris.

Dalam kenyataan hari ini, Aziz berkata, tindakan Muhyiddin yang juga menteri pelajaran memansuhkan PPSMI dan meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris sebelum ini adalah betul.

"Bawah perlembagaan dibenarkan belajar bahasa lain; hatta dana awam boleh digunakan untuk tujuan itu. Kenapa pengajaran Matematik dan Sains dijadikan bahan ujikaji?" soalnya.

Beliau berpendapat, walaupun PPSMI tidak disebut antara dasar bersama Pakatan Rakyat, iltizam untuk melindungi dan menegakkan sistem beraja, agama Islam, hak istimewa dan bahasa Melayu, cukup jelas.

"DAP - seperti juga MCA - perlu konsisten berhubung perkara yang melibatkan perlembagaan," katanya.-MK

04 November 2011

Belanja urus T'ganu tertinggi seluruh negara

oleh: Dr Syed Azman Syed Ahmad


Saya berkesempatan meneliti Laporan Ketua Audit Negara yang melibatkan negeri Terengganu bagi tahun 2010.

Laporan yang dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC) itu merangkumi penyata kewangan dan pengurusan kewangan jabatan serta aktiviti jabatan dan pengurusan syarikat kerajaan.

Seperti yang disarankan oleh ketua audit negara, kerajaan negeri perlu merancang perbelanjaan dengan cekap dan berhemah selaras dengan dasar kerajaan negeri tanpa menjejaskan mutu perkhidmatan dan pembangunan ekonomi negeri.

Antara yang perlu diberikan perhatian adalah laporan penyata kewangan yang masih memberi gambaran bertapa tingginya ‘perbelanjaan tahunan’ kepimpinan Datuk Sri Ahmad Said, berbelanja dengan tanggunggan ‘defisit’ (lebihan perbelanjaan) yang masih berada di tahap yang amat tinggi:

i. Perbelanjaan mengurus kerajaan Terengganu pada tahun 2010 antara yang tertinggi di seluruh negara iaitu RM 1,690.22 juta. Jumlah ini jauh lebih tinggi berbanding dengan negeri-negeri maju seperti Selangor, Johor dan Pulau Pinang.

ii. Kedudukan kewangan kerajaan negeri pada tahun 2010 di bawah akaun hasil disatukan mencatitkan surplus sejumlah RM202.73 juta namun baki defisit terkumpul masih berada di tahap yang amat tinggi iaitu RM 496.28 juta.

iii. Kerajaan negeri mengalami penurunan wang tunai sejumlah RM166.79 juta atau 69.4 peratus menjadi RM73.66 pada tahun 2010 berbanding RM240.45 juta pada tahun 2009.

iv. Penyumbang utama hasil kerajaan negeri bagi tahun 2010 masih lagi ‘Terimaan Dana Khas daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM1,600 juta. Ini hasil ‘royalti minyak’ yang disalurkan dalam bentuk bantuan dana khas.

'Pengkhianatan & penyelewengan'

Analisis Audit juga mendapati pada tahun 2010, pejabat menteri besar dan setiausaha kerajaan negeri mencatitkan perbelanjaan paling besar iaitu berjumlah RM845.65 juta.

Ini merupakan peningkatan perbelanjaan sejumlah RM280.31 juta atau 49.6 peratus berbanding tahun 2009 yang berjumlah RM565.34 juta.

Peningkatan ini adalah bagi membiayai perbelanjaan pembangunan seperti berikut:

i. Kompleks Istana Baru di Bukit Chendering Kuala Terengganu berjumlah RM104.02 juta.
ii. Pembinaan jalan dan jambatan dari Jeram ke Kg Tok Kong berjumlah RM80 juta.
iii. Kemudahan prasarana penbangunan serta pembasmian kemiskinan berjumlah RM120 juta.

Begitu juga dengan aktiviti pembalakan di negeri Terengganu. Laporan audit mendapati berlakunya peningkatan aktiviti pengeluaran kayu balak yang amat ketara iaitu sejumlah 255,748 meter padu daripada 304,388 meter padu pada tahun 2009 kepada 560,137 meter padu pada tahun 2010.

Manakala hasil rayolti kayu kayan yang diperolehi oleh kerajaan negeri pada tahun 2010 adalah amat rendah iaitu RM7.07 juta sahaja. Ya, balak-balak ini untuk apa dan untuk siapa?

Laporan audit juga mengesan beberapa kelemahan yang ketara dalam perancangan, perlaksanaan dan pemantauan oleh jabatan/agensi negeri pada tahun 2010.

Antara kelemahan yang ditemui seperti berikut: Kelewatan pengagihan bantuan kepada pelajar,

imbuhan tetap perumahan dan bantuan sara hidup yang masih dibayar kepada pegawai yang menduduki kaurters kerajaan, dokumen teknikal yang tidak dibekalkan, tunggakan bayaran balik pinjaman, tunggakan hasil air, kelewatan menyiapkan pembinaan bangunan dan pambinaan lebuh raya tidak disiapkan mengikut jadual.

Namun ‘pengkhianatan dan penyelewengan’ yang paling ketara adalah program bantuan pakaian dan alatan sekolah antara tahun 2008-10 berjumlah RM28.47 juta.

Kajian audit mendapati bahawa proses rundingan harga tidak mematuhi garis panduan dan kontrak formal antara kerajaan dan pembekal tidak ditandatangani.

Begitu juga dengan proses pengedaran yang tidak sampai kepada sasaran pelajar-pelajar dari keluarga miskin.

Tiada pilihan! Seluruh warga Terengganu yang sayangkan ‘negeri cantik budaya menarik’ ini mesti berusaha keras menolak secara ‘total’ kepimpinan Ahmad Said yang terus berbelanja besar ditengah-tengah kesempitan dan keperitan hidup golongan marhaen yang hanya mengharapkan sesuap nasi bagi menampung keperluan keluarga yang miskin.

TEMBERANG RAIS DI LONDON: JENAYAH SIBER

Jenayah siber: ‘Indah khabar dari rupa’

Pada realitinya jenayah yang dimaksudkan oleh Rais ialah selagi ianya menguntungkan Umno-BN ianya bukanlah satu kesalahan.

PETALING JAYA: Seorang wakil rakyat tidak yakin kerajaan Umno-Barisan Nasional mampu bersikap adil setelah satu mekanisme jaringan antarabangsa dibentuk bagi menangani masalah jenayah siber seperti diumumkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.
“Saya tidak yakin Umno-BN boleh bersikap adil apabila mekanisme jaringan antarabangsa dilaksanakan kelak kerana apa yang berlaku di Malaysia jauh langit dari bumi, seperti apa yang dihasratkan,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri Titi Seorang, Drs Khalil Idham Lim dalam satu kenyataan media hari ini.

Dalam Persidangan London mengenai Ruang Maya di bandar kosmopolitan itu semalam, Rais berkata, persidangan ini berjaya membuka mata dunia supaya menentukan bahawa jenayah siber harus ditangani secara bersekutu sama ada di peringkat nasional, wilayah atau antarabangsa.
Khalis Idham berkata, kenyataan Rais kononnya jenayah siber harus ditangani secara bersekutu sama ada di peringkat nasional, wilayah atau antarabangsa adalah ‘indah khabar dari rupa’ dan merupakan usaha untuk perbodohkan rakyat.

“Bayangkan apabila kumpulan yang memfitnah (Ketua Pembangkang) Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan klip video lucah dengan menyerahkan satu salinan asli kepada pihak polis namun tidak beberapa lama sesudah itu disiarkan dalam blogger pro Umno tanpa henti dan batasan, apa lagi dihalang.
Klip video

“Dari situlah beredarnya klip video dan menjadi tayangan umum di tempat awam dan kursus serta majlis resmi kerajaan termasuk di Kuala Kangsar baru-baru ini,” terang beliau.
Beliau mempertikai ketulusan Rais untuk membanteras jenayah siber di peringkat antarabangsa sedang di negaranya sendiri dalam keadaan porak peranda dan tidak ada tindakan yang serius.
“Apa lagi kita punya bukti bahawa Umno sanggup mengupah sekumpulan blogger dan melakukan berbagai fitnah terhadap pimpinan Pakatan Rakyat serta menghalalkan jenayah siber yang dikatakan,” ujar beliau.

Khalil Idham berkata, Rais nampaknya cuba berbohong kononnya sumbangan Malaysia dalam menangani keganasan dan masalah keselamatan siber turut mendapat perhatian masyarakat antarabangsa sedangkan realiti yang berlaku di Malaysia yang ditangani hanya sebelah pihak sahaja walaupun ianya berasas dan punya fakta.

“Kalaupun berupa fitnah dan rekaan blogger pro Umno demi menjatuhkan dan memburukkan pimpinan Pakatan ianya dibiarkan dan semacam bukan jenayah siber yang dilaungkan.
“Pada realitinya jenayah yang dimaksudkan oleh Rais ialah selagi ianya menguntungkan Umno-BN ianya bukanlah satu kesalahan, tetapi kalau ianya menggugat kuasa dan kedudukan Umno dan pemimpinnya ianya adalah jenayah siber.-FMT

ROYALTI PETROLEUM :Kelantan serah poster ucapan Tun Razak di parlimen


KOTA BHARU, 4 Nov: Pemimpin Kerajaan Kelantan akan ke Parlimen pada 10 November ini untuk membawa poster ucapan pemimpin terdahulu termasuk Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak berhubung royalti petroleum bagi mengingati ulang tahun ucapan allahyarham pada 12 November 1975.

Kunjungan yang akan disertai anggota Exco kerajaan negeri, Adun, anggota Parlimen, Gegar termasuk Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum, Datuk Husam Musa akan menyerahkan himpunan risalah Tun Abdul Razak serta beberapa pemimpin lain kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Husam pada sidang media semalam memberitahu, risalah tersebut mengandungi ucapan bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamad Yaacob, Pengerusi Pertama Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah dan lain-lain agar pimpinan kerajaan Persekutuan hari ini sedar Kelantan berhak mendapat royalti petroleum.

“Memandangkan hari Sabtu Parlimen tidak bersidang, jadi kita memilih hari yang paling hampir dengan tarikh tersebut, iaitu 10 November untuk menyerahkan risalah serta amanat ayahanda kepada Perdana Menteri sekarang berhubung perkara itu,” ujarnya.

Husam berkata, risalah atau poster tersebut akan diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri sekiranya Perdana Menteri tidak hadir.

“Sekiranya kedua-duanya tidak ada, risalah tersebut akan diserahkan kepada mana-mana menteri atau timbalannya,” ujarnya.

Sehubungan itu juga, menurutnya himpunan kata-kata rasmi pimpinan terdahulu yang terkandung dalam risalah itu akan diedarkan kepada orang ramai pada hari berkenaan.

Antara yang terkadung dalam risalah itu ucapan Tun Abdul Razak pada tahun 1975, ketika menjawab pertanyaan Lim Kit Siang dalam sidang Dewan Rakyat ketika itu menyebut mengikut perjanjian, tiap-tiap negeri akan menerima 5 peratus daripada nilai petroleum yang dijumpai sama ada kawasan perairan atau di luar perairan negeri tersebut.

Selain itu, risalah tersebut turut mengisi ucapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Kasitah Gaddam yang menyokong kerajaan berhak mendapat hasil royalti petroleum.-HD

Empat saman UKM harap Kabinet mansuh Seksyen 15 AUKU

(Dari kiri) Woon, Hilman, Ismail dan Azlin Shafina meminta agar keputusan Mahkamah Rayuan pada hari Isnin dihormati.

KUALA LUMPUR, 4 Nov — Empat bekas pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berharap kerajaan pusat akan menghormati keputusan Mahkamah Rayuan awal minggu ini dengan memansuhkan Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang didakwa mengekang hak menyertai politik dengan aktif.
“Kepada penggubal-penggubal perundangan Malaysia, kami menggesa agar mereka berpegang kepada doktrin pengasingan kuasa dan keluhuran undang-undang.

“Kami meminta mereka menghormati keputusan mahkamah dan memansuhkan Seksyen 15(5)(a) AUKU secepat mungkin demi kepentingan belia dan masa depan generasi akan datang di negara ini,” kata pelajar-pelajar itu dalam satu kenyataan. Kabinet dijangka mengambil pendirian mengenai perkara itu hari ini.

Keputusan sama ada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan merayu atau tidak berhubung keputusan Mahkamah Rayuan terhadap peruntukan Seksyen 15 (5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) dijangka diketahui hari ini.

Selama, Menteri berkenaan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata penelitian terhadap keputusan penghakiman sudah dibuat, kini bergantung kepada cadangan serta pendapat Kabinet sama ada wajar atau tidak untuk merayu.

“Buat masa ini, saya tidak ada apa yang nak ditambah mengenai isu AUKU, kita tunggu sahaja keputusan Kabinet esok (hari ini),” katanya.

Malah semalam, tiga Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) termasuk dua timbalan menteri berharap kerajaan tidak akan meneruskan rayuan ke peringkat lebih tinggi, sebaliknya memansuhkan seksyen tersebut.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Naib Presiden MCA Gan Peng Siew yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berpendirian bahawa Seksyen 15 AUKU perlu dimansuhkan selaras dengan program transformasi politik.

Mereka juga menegaskan dengan keputusan Mahkamah Rayuan itu peruntukan 15(5)(a) sudah tidak lagi wujud dan kini mahasiswa bebas untuk berpolitik.

Isnin lalu, Mahkamah Rayuan memutuskan Seksyen 15(5)(a) AUKU yang melarang pelajar menyatakan sokongan dan simpati atau bangkangan kepada mana-mana parti politik dalam dan luar negara, adalah tidak sah dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam keputusan majoriti 2-1, panel tiga hakim yang diketuai Datuk Wira Low Hop Bing memutuskan seksyen tersebut dalam AUKU itu tidak munasabah dan melanggar kebebasan bersuara.

Hakim Datuk Mohd Hishamuddin Mohd Yunus dan Datuk Linton Albert membenarkan rayuan empat penuntut jurusan sains politik UKM yang menghadapi tindakan disiplin kerana didakwa terbabit dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor pada 24 April 2010.

Muhammad Hilman Idham, Woon King Chai, Muhammad Ismail Aminuddin dan Azlin Shafina Mohamad Adza dalam saman pemula mendakwa mereka menerima notis dari UKM untuk menghadiri Lembaga Disiplin UKM bagi menjawab tuduhan melanggar Sesksyen 15(5)(a) Akta AUKU.

Kata mereka, bertolak daripada keputusan Mahkamah Rayuan tempoh hari, masa depan negara terletak pada bahu pelajar generasi masa depan.

“Kami berpegang bahawa hak pelajar untuk melahirkan sokongan, simpati atau bangkangan adalah langkah ke depan dalam melahirkan golongan yang dihormati, kritikal dan progresif, yang mahu membawa negara ini ke tahap lebih tinggi dalam tahun-tahun mendatang, dengan berani mahu mendapatkan kebenaran, mempertahankan keadilan dan mewarisi kebebasan tanpa mengira kaum, agama atau kelas,” kata mereka lagi.

03 November 2011

Polis haramkan Seksualiti Merdeka


Timbalan Ketua inspektor-polis Khalid Abu Bakar telah mengisytiharkan pengharaman semua aktiviti penganjur 'Seksualiti Merdeka'.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Sungai Besi hari ini, Khalid berkata polis akan mengambil tindakan terhadap program yang akan dijadualkan pada 9 hingga 13 November.

Katanya, pihak polis bertanggungjawab untuk mengekalkan ketenteraman awam.

Khalid berkata, apabila terdapat ancaman kepada ketenteraman awam, maka pihak polis perlu mengambil sewajarnya."

Arahan itu tersebut datang dari pihak polis sendiri, tambah Khalid.

Seksualiti Merdeka adalah festival tahunan yang meraikan hak asasi manusia rakyat yang terdiri daripada pelbagai orientasi seksual dan identiti jantina.

Ia dianjurkan oleh sekumpulan gabungan longgar NGO, artis, aktivis dan individu sejak 2008.

Program festival itu, termasuk forum, ceramah, bengkel, pelancaran buku, pameran seni dan persembahan.

Ia dijangka dirasmikan oleh Ketua BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan. [Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan Khalid berkata polis telah
mengenal pasti dan akan memanggil kesemua mereka yang terlibat dalam penganjuran rogram itu termasuk Ambiga untuk dirakam keterangan mereka.

"Polis akan mengambil tindakan di bawah Seksyen 27 A (1) (C) dan juga 298 A kta Polis untuk menghalang sebarang penganjuran majlis itu," katanya.

Beliau berkata undang-undang di negara ini tidak mengiktiraf kegiatan ongsang yang boleh menghancurkan kehidupan beragama di negara ini.

"Polis menerima banyak bantahan dari pihak Badan Bukan Kerajaan termasuk badan Agama Islam dan bukan Islam yang bimbang majlis ini akan menimbulkan suasana tidak harmoni, perasaan permusuhan serta mengganggu ketenteraman awam," katanya- MK

Piket seluruh negara bantah pindaan Akta Kerja bermula

Piket besar-besaran anjuran Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bagi membantah pindaan Akta Kerja 1955 bermula di seluruh negara bermula petang tadi.

Di Kuala Lumpur, kira-kira 150 pekerja daripada pelbagai kesatuan sekerja dan juga parti-parti politik berhimpun di hadapan bangunan KWSP di Jalan Raja Laut.

Sejak kira-kira jam 5 petang, ahli kesatuan mula berhimpun.

Turut hadir, adalah beberapa pemimpin Pakatan dan PSM. Antara mereka ialah ahli parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang, ahli parlimen Sibu Wong Ho Leng dan setiausaha agung PSM S Arutchelvan serta ahli parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Ramli.

Mereka membentangkan hampir 10 kain rentang membantah pindaan akta kerja itu.

Pekerja itu juga membawa plakad yang tertulis "Jangan Gadai Hak Pekerja" dan "Menteri Tipu Pekerja".

Mereka melaungkan "Henti Pindaan", "Turun Menteri", Tarik Balik Pindaan Akta" dan "Hidup MTUC" beberapa kali.

Tindakan itu menarik perhatian orang ramai yang memerhatikan piket itu dari kawasan yang berdekatan-mk

PIKET DI IPOH

'Mat Rempit' Pulau Pinang permulaan anarki Umno yang menjelang PRU-13

Written by Jackson Ng

Apa yang dilabel polis dan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebagai "Mat Rempit"? Jika polis dan BN sedang amnesia, izinkan saya mengingatkan mereka semula -samseng jalan raya.

Pihak polis dan BN telah berkata bahawa orang ramai tidak perlu memuliakan istilah Mat Rempit kerana pembuli jalan ini tiada beza daripada samseng-samseng dan penjenayah. Mereka adalah gangguan dan ancaman kepada keamanan yang dicintai rakyat Malaysia.

Tetapi, apa pula yang berlaku di George Town?

Tidak ada sekatan dibuat ke atas samseng jalan raya yang dibenarkan untuk berkeliaran di jalan-jalan dan membuat tunjuk perasaan terhadap Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang secara haram,(saya kira). Atau adakah mereka mendapat permit polis?

Berbeza dengan perhimpuan aman Bersih 2.0, penunjuk perasaan telah diserang dengan kejam oleh pihak polis. Walaubagaimanapun, ini tidak berlaku kepada samseng jalan raya. Dan apakah tuntutan penunjuk perasaanBersih? Mereka hanya mahu hak-hak sejagat rakyat yang mahukan pilihan raya yang bebas dan adil.

Dalam kes samseng jalan raya, pihak polis hanya berdiri dan menonton, membenarkan mereka mewujudkan kekacauan dan menjerit perkataan-perkataan yang menghina kaum.

Dan adakah anda masih ingat terdapat kecederaan dan kematian yang disebabkan oleh samseng jalan itu, seperti yang didakwa oleh pihak polis pada masa lalu?

Malaysia kini tiada undang-undang

Jadi, apa yang anda ada sekarang di Malaysia? Seperti yang saya telah tulis dan takuti, Malaysia hari ini adalah sebuah negara tanpa undang-undang.

Undang-undang itu digunakan untuk melayani kepentingan BN-Umno dan bukan rakyat.Umno adalah undang-undang, bukan Perlembagaan Persekutuan, polis atau badan kehakiman.

Bagaimana lagi untuk menjelaskan kekurangan tindakan oleh pihak polis terhadap samseng jalan raya? Apabila mereka berkhidmat untuk kepentingan BN-Umno, segalanya ok sahaja. Keselamatan awam boleh dikemudiankan.

Bukan semata mempertahankan samseng jalan raya, saya tidak akan terkejut jika BN-Umno akan bertindak balas seterusnya dengan mengatakan bahawa Mat Rempit adalah sebahagian daripada "budaya" kita. Anda akan percaya pada itu sekiranya anda penyokong tegar BN-Umno.

Dan apakah permintaan tidak masuk akal, samseng jalan raya ini telah buat? Mereka mahu kerajaan negeri menggunakan wang pembayar cukai untuk membina sebuah trek perlumbaan untuk mereka. Saya rasa Pakatan Rakyat (PR) yang menerajui kerajaan negeri buat kali pertamanya perlu menyokong tuntutan BN-Umno untuk samseng jalan raya ini.

Membina trek perlumbaan dan biarkan samseng jalan raya zoom sesuka hati dan membunuh antara satu sama lain dalam kemalangan.

Terhinanya pihak polis

Dalam keadaan yang memalukan, Polis di-Raja Malaysia telah meninggalkan peranan mereka yang paling penting - untuk melindungi rakyat daripada penjenayah, .

Bayangkan apa yang akan terjadi jika di tengah-tengah demonstrasi oleh samseng jalan ini kemalangan teruk pula berlaku? Siapa yang harus dipersalahkan? Samseng jalan raya atau polis?

The Sun melaporkan hari ini (Nov 2, 2011) bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memberitahu Dewan Undangan Negeri (DUN) bahawa dia "sedikit gentar" oleh demonstrasi yang dibuat kira-kira 300 penunggang motosikal ini.

Saya faham mengapa Lim sedikit gentar. Pihak polis telah melepaskan dan membenarkan samseng –samseng ini berkeliaran di jalan-jalan raya. Kami rakyat Malaysia yang cintakan keamanan rupanya kini tidak dapat bergantung kepada pihak polis untuk menyediakan keselamatan awam yang asas

Kerajaan BN-Umno akan mengalami keruntuhan dengan sokongan pihak polis terhadap samseng jalan raya ini.

Anarki Negeri yang disokong untuk terus berkuasa

Perasaan takut kehilangan kuasa politik telah menjadikan mereka paranoid, menggunakan cara yang licik dan tidak beretika untuk memastikan perpecahan kaum dan agama untuk terus berkuasa. Strategi BN-Umno adalah jelas - pecah dan perintah.

Mereka juga telah lupa keperluan untuk menggalakkan persekitaran yang kondusif untuk mengekalkan keyakinan pelabur - untuk tempatan dan asing.

Selagi BN-Umno berupaya mencetuskan kebencian antara kaum dan agama di Malaysia, BN akan mempunyai kelebihan untuk kekal berkuasa, fikir mereka.

Malangnya, itu adalah pemikiran semalam. Hari ini, rakyat Malaysia lebih kaya maklumat dan dididik dalam era digital. Mereka boleh menilai sesuatu isu dengan lebih baik.

BN-Umno, seperti yang banyak telah diperkatakan adalah dinosaur yang kian pupus kerana mereka terus mengasingkan diri daripada majoriti rakyat Malaysia yang cintakan keamanan.

Marilah kita doa agar kewarasan wujud dalam pilihan raya umum akan datang sebelum semuanya hilang -MC

DEMO MAHASISWA :Muhyiddin Yassin yang mengarahkan graduan UPSI "cari kerja lain".

Mahasiswa berdemo tuntut jaminan penempatan


Hampir 1,000 mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan demonstrasi sebagai tanda protes agar kerajaan memberi jaminan penempatan kepada bakal graduan universiti itu seperti yang diberikan kepada Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT).

Piket semalam yang berlangsung selama lebih kurang empat jam itu menyaksikan ucapan-ucapan menuntut hak penempatan guru untuk graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan oleh UPSI.

Polemik isu ini bermula dengan kenyataan timbalan perdana menteri yang merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengarahkan graduan UPSI "cari kerja lain".

Beliau juga mengesahkan kekosongan jawatan guru di sekolah seluruh negara akan diisi oleh 7,000 guru lepasan GSTT

Kenyataan berkenaan telah menimbulkan kemarahan ribuan graduan dan bakal graduan di UPSI dan kampus-kampus lain.

"Mengapa kekosongan tersebut diberikan kepada lepasan GSTT yang pada hemat kami tiada kelayakan sebenar untuk bergelar guru?

"Sepatutnya kekosongan itu diisi oleh graduan ISMP yang ternyata telah dilatih untuk menjadi guru sebenar," kata Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI, Afiq Fikri Mislan.

Menurutnya lagi, pengambilan graduan UPSI akan sekali gus mengurangkan masalah isu guru tidak profesional, berkualiti serta berkelayakan.

Piket tengah hari semalam anjuran Gabungan Bertindak Mahasiswa itu dicetus oleh wakil LMP,sebuah front Solidariti Mahasiswa Malaysia. Ia turut digerakkan bersama wakil Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS), dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), serta front-front mahasiswa UPSI yg lain.

Piket ini kemudian diakhiri dengan penyerahan memorandum tujuh tuntutan oleh Afiq Fikri yang diserahkan kepada timbalan naib canselor, penyelidikan dan inovasi universiti itu.

Antara tuntutan mereka, termasuklah mendesak Muhyiddin menyediakan penempatan yang mencukupi kepada graduan universiti itu, mengurangkan pengambilan guru GSTT serta DPLI, dan memperincikan bajet pendidikan yang lebih telus dalam menyediakan penempatan guru.

Gabungan mahasiswa ini juga berhasrat untuk menyerahkan 10,000 tanda tangan kepada Muhyiddin dalam masa terdekat.

Adun BN Kota Siputeh tak boleh hadir DUN hingga kes selesai

PUTRAJAYA, 2 Nov — Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kota Siputeh Datuk Abu Hassan Sarif akan dihalang daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri Kedah sehingga selesai rayuan terhadap perintah mahkamah mengekalkan kedudukannya sebagai wakil rakyat kawasan itu.

Ini berikutan satu keputusan Mahkamah Rayuan Rabu yang membenarkan permohonan Speaker Dewan Negeri Kedah Dr Abdul Isa Ismail untuk menggantung keputusan Mahkamah Rayuan pada 18 Ogos 2011 bahawa Abu Hassan masih lagi ADUN bagi kerusi Kota Siputeh.

Perintah itu diberikan sementara menunggu selesainya rayuan Abdul Isa bagi kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan, lapor Bernama Online.

Tarikh pendengaran permohonan itu masih belum ditetapkan.

Abdul Isa perlu mendapat kebenaran dari Mahkamah Persekutuan sebelum beliau boleh memfailkan rayuannya.

Panel yang dipengerusikan Datuk Sulaiman Daud, Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad dan Ananatham Kasinather sebulat suara memutuskan bahawa terdapat keadaan khusus untuk membenarkan penangguhan perintah kerana jika Abdul Isa berjaya dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan, sebarang keputusan yang diambil semasa Abu Hassan dalam sidang dewan, ia mungkin mungkin terganggu.

Peguam Edmund Bon yang mewakili Abdul Isa berkata Dewan Negeri yang kini bersidang membahaskan belanjawan, akan bersidang mulai 15 hingga 17 November.

Dalam prosiding hari ini, Edmund memohon satu penangguhan perintah bagi menghalang prosiding atau keputusan dibuat di Dewan Negeri daripada dibatalkan, jika Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Abu Hassan bukan wakil rakyat.

Pada 18 Ogos lepas, Mahkamah Rayuan menetapkan kerusi DUN Kedah kawasan Kota Siputeh tidak kosong dan Abu Hassan daripada Barisan Nasional masih wakil rakyatnya.

Ia menolak keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa kerusi itu kosong dengan alasan Abu Hassan tidak menghadiri dua mesyuarat dewan pada 2009.

Abdul Isa memfailkan semakan kehakiman pada 1 Okt, 2009 selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima sijl sakit Abu Hassan dan menetapkan tidak berlaku kekosongan pada kerusi Kota Siputeh dan bahawa Abu Hassan masih menjadi wakil rakyatnya.

Dalam permohonannya, Abdul Isa mendakwa bahawa Abu Hassan gagal menghadiri dua mesyuarat dewan berturut-turut pada 19 April dan 9 Ogos 2009 tanpa kebenaran Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah.

Abdul Isa diwakili Edmund dan Zulqarnain Lokman manakala peguam Datuk Hafarizam Harun dan Abu Bakar Isa Ramat mewakili Abu Hassan. Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh mewakili SPR.

02 November 2011

IDRIS JALA: MALAYSIA AKAN MUFLIS

Idris Jala: Malaysia masih ada risiko jadi muflis


KUALA LUMPUR, 1 Nov ― Datuk Seri Idris Jala hari ini menegaskan semula bahawa Malaysia masih berhadapan dengan risiko menjadi negara muflis dalam satu dekad lagi jika ia membelanjakan wang yang dipinjam untuk perbelanjaan-perbelanjaan operasi seperti subsidi berbanding menggunakannya bagi tujuan pelaburan.

“Jika ekonomi kita mengalami pertumbuhan kurang empat peratus dan jika kita tidak memotong perbelanjaan operasi kita, jika kita pinjam pada kadar 12.5 peratus, jika hutang tahunan kita meningkat 12.5 peratus dan pulangan kita pula tidak berkembang, maka ia akan berlaku,” kata Jala hari ini selepas mengumumkan perkembangan terkini mengenai pelaburan dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Beliau (gambar) mencetuskan kebimbangan yang sama tahun lalu ketika ramai membicarakan mengenai isu subsidi, yang kemudiannya menjadi kontroversi.

Hutang kebangsaan Malaysia meningkat 12.3 peratus untuk mencecah RM407 bilion tahun lalu, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan minggu lalu.

Meskipun ekonomi mengalami pertumbuhan 7.2 peratus tahun lalu, defisit fiskal tahun lalu mengekalkan hutang awam lebih 50 peratus berbanding kadar KDNK bagi tahun kedua berturut-turut.

Pakar ekonomi juga berkara bahawa pertumbuhan ekonomi negara boleh perlahan ke paras 3.6 peratus tahun depan daripada kadar 4.3 peratus yang dijangkakan tahun ini ekoran risiko kemelesetan berganda global.

Bagaimanapun kata beliau, Malaysia tidak akan melalui kemelesetan tetapi akan melalui perkembangan ekonomi yang perlahan ekoran merebaknya krisis kewangan di Eropah.

Katanya, jangkaan beliau tidak bermakna Putrajaya akan berhenti daripada membuat pinjaman.

“Kita harus membuat pinjaman dengan syarat wang itu digunakan untuk pelaburan berbanding untuk perbelanjaan operasi,” kata beliau lagi.

“Kita harus memastikan pinjaman kita sepadan dengan pelaburan,” katanya lagi.-tmi

Timbalan menteri setuju AUKU dipinda

Selaras dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan Seksyen 15(5) Akta Universiti dan

Kolej Universiti (AUKU) sebagai tidak sah, Timbalan Menteri Pelajaran Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata beliau secara peribadi setuju supaya akta itu dipinda.

Katanya, beliau telah banyak kali menyuarakan perkara itu, antaranya dalam tulisannya di dada akhbar, termasuk membentangkannya dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno sebelum ini.

"Ada orang mahu pinda, ada orang minta mansuh (AUKU). Tetapi kita sebenarnya bercakap perkara yang sama, iaitu tidak suka pada Seksyen 15.

"Kita mahu mahasiswa bebas bersuara dan menyertai politik. Pada saya kita kena pinda Seksyen 15," katanya yang dilihat kerap memberikan pandangan promahasiswa dalam pelbagai isu.

Mahkamah Rayuan pada 30 Oktober memutuskan Seksyen 15(5) AUKU yang membenarkan universiti mengambil tindakan disiplin terhadap pelajarnya sebagai tidak sah dan mencabul kebebasan bersuara.

Ketika diajukan soalan tentang pendiriannya berhubung isu itu dalam forum membincangkan "politik baru" di Kuala Lumpur malam tadi, Saifuddin berkata pindaan perlu dibuat, antaranya demi meningkatkan penyertaan mahasiswa.

Sementara itu, bercakap kepada Malaysiakini dan sebuah saluran televisyen selepas itu, Saifuddin berkata, sebelum dibawa ke kabinet, isu sama ada kerajaan perlu membawa kes itu ke Mahkamah Persekutuan akan dibincangkan di peringkat kementeriannya dahulu.

Katanya, keputusan mahkamah tidak harus dilihat daripada aspek pihak mana yang menang dan pihak mana yang kalah, sebaliknya hendaklah meliputi persoalan moral dan intelektual di sebaliknya.

PPSMI: Jangan ugutan politik

"(Kerana) kita boleh sahaja menang secara legal (undang-undang) tetapi kalah daripada sudut moral," katanya yang juga anggota parlimen Temerloh.

Ditanya tindakannya sekiranya kabinet memutuskan membawa kes itu ke Mahkamah Persekutuan, Saifuddin menjawab perkara beliau terpaksa akur jika keputusan itu dicapai.

Bagaimanapun, tambahnya, masih terlalu awal untuk sampai ke peringkat itu.

"Kita masih boleh bincang perkara tersebut," katanya lagi.

Sementara itu, menyentuh isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang berbangkit semula, Saifuddin berkata ia berpunca akibat tidak cukup perbincangan ketika ia diperkenal dan juga ketika dimansuh.

"Jadi kita terperangkap di tengah-tengah. Yang penting bagaimana menseimbangkan antara pilihan dan perpaduan nasional (dalam pengajian dua subjek itu)," katanya ketika bersoal jawab dengan peserta program itu.

Beliau juga menggambarkan keadaan yang berlaku sekarang antara kumpulan pro dan anti-PPSMI seolah-olah "dua parti politik" berbeza.

"Jangan buat ugutan politik. Ini soal pendidikan. Bawa bincang," katanya kepada pemberita selepas itu.

Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (Page) dengan nada amaran sebelum ini mendesak PPSMI diperkenal semula sebagai ganti kepada kemenangan dua pertiga BN dalam parlimen-mk


AGAK memeranjatkan, apabila sebuah portal berita berpengaruh Indonesia AntaraNews menyiarkan gambar YAB Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak tidur semasa persidangan Ketua Negara-negara komenwel, CHOGM di Perth Australia.

Sungguhpun laporan berita bertajuk "Pengadilan Malaysia menentang larangan berpolitik mahasiswa" itu berkisar tentang keputusan mahkamah baru-baru ini yang menolak akta AUKU, namun gambar Najib yang sedang tidur menghiasi laporan itu.

Penggunaan gambar Perdana Menteri yang sedang tidur itu dilihat seperti memperli atau memperlekehkan beliau. Namun begitu tidak dinyatakan niat sebenar portal berita berkenaan yang seolah-olah menghina Perdana Menteri Malaysia.

Sumber: [Free Malays]
source: http://milosuam.blogspot.com/2011/11/portal-berita-indonesia-siar-gambar.html#ixzz1cVEkIBKV

01 November 2011

PRU13 KEDAH : KITA AKAN BERTANDING 18 KERUSI


Sungai petani: Kita akan bertanding enam kerusi Parlimen dan 12 negeri di Kedah dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Zamil Ibrahim, yang mengetuai parti KITA di Kedah , mendedahkan hari ini pada satu majlis untuk mengumumkan manifesto Kita akan digunakan di negeri ini.

Kerusi perlimen adalah Alor Star, Kuala Kedah, Merbok, Sungai Petani, Padang Serai dan Kulim-Bandar Bahru dan kerusi Dewan Undangan Negeri Derga, Bakar Bata, Kota Darulaman, Gurun, Bukit Selambau, Tanjung Dawai, Pantai Merdeka, Sidam, Bakar Arang , Kuala Ketil, Lunas dan Kulim.
Kedah mempunyai 15 kerusi parlimen dan 36 dun.

Kawasan pilihan raya bahawa Kita telah memilih kawasan kuam bercampur-campur dan tidak kubu kuat tradisi mana-mana pihak, mengikut Zamil. Beliau mendakwa Kita mampu menggantikan PKR dan DAP di Kedah.

"PKR dan DAP menang kali terakhir kerana tsunami politik, bukan kerana kekuatan mereka," katanya. "Mereka tidak pernah mempunyai kehadiran yang kukuh politik di Kedah. Kita mampu mengubah masa depan dan menyelesai banyak perairan masalah. "
Beliau juga mendakwa bahawa Kita telah mengalami lonjakan sokongan tempatan. Di Kedah Kita mempunyai 1,000 ahli.

Zamil berkata Kita telah bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk membentuk kerajaan negeri yang akan datang, tetapi tidak pada perbelanjaan janji-janji pilihan raya.
"Jika kita untuk menyertai kerajaan negeri yang akan datang, kami akan memastikan bahawa janji-janji pilihan raya kami akan dipenuhi dalam tempoh dua tahun. Kita tidak akan berkompromi dalam soal itu. "

Manifesto membawa moto 'sederhana, Demokratik dan liberal "dan berjanji, antara lain, untuk menyediakan elektrik dan air percuma kepada semua rumah-rumah ibadat.

Zamil berkata kepimpinan atas Kita telah bersetuju dengan keputusan untuk bertanding dalam 18 kerusi dan 20 calon telah disenarai pendek walaupun carian untuk calon-calon yang berpotensi adalah berterusan.

Kepimpinan negeri akan mengemukakan antara dua dan enam nama-nama bagi setiap tempat kawasan dipertandingkan kepada pucuk pimpinan.
Zamil berkata Kita tidak mempunyai kuota kaum bagi pencalonan.
"Kami hanya akan membariskan calon-calon winnable," katanya. "Kita mungkin bidang calon-calon Melayu di kerusi yang dipertandingkan oleh calon-calon Cina daripada BN dan Pakatan."
Beliau berkata Kita akan menumpukan kempen di pasar-pasar malam dan melalui sesi dialog dan lawatan pintu ke pintu.

Perebutan jadi calon BN makin tegang

Pertembungan kepala-kepala dalam Umno ni dah lama dah sebab masing-masing hendak jadi calon PRU-13 nanti.


“Mungkin pada permukaan cuma nampak kocakan-kocakan kecil, tetapi di dasarnya sedang bergelora dengan dashyat.”
Demikian perumpamaan yang diberikan oleh anggota Pemuda Umno Kelantan yang mahu dikenali sebagai Adi, 41, ketika cuba memberikan gambaran suasana tegang dalam perebutan kerusi sebagai calon Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) dalam Umno.

Menurut Adi yang juga menjawat jawatan yang tidak kurang penting dalam sayap parti itu di sebuah bahagian di negeri itu, perebutan untuk dipilih sebagai calon itu telah lama berlaku dan semakin tegang semenjak akhir-akhir ini.
“Pertembungan kepala-kepala dalam Umno ni dah lama dah sebab masing-masing hendak jadi calon PRU-13 nanti. Tetapi nampaknya sekarang dah semakin tegang, dah jadi macam semakin tak terkawal lagi dah.

“Bila pemimpin lebih tinggi atau pusat nasihat, masing-masing nampak macam okey sahaja, tetapi di belakang dah tak boleh makan cakap lagi dah sebab mungkin bagi dia orang ni, orang atas pun lebih teruk agaknya.

“Di sini, sampai ada dah bertindak mengaibkan saingan dengan mengeluarkan video pengakuan janda kena rogol pula,” kata beliau ketika dihubungi semalam.
“Tetapi perang sebab berebut nak jadi calon ni bukan berlaku di Kelantan sahaja, di negeri lain macam Selangor pun saya dah dengar banyak cerita berebut kerusi sampaikan saya dengar dah ada buat pelan khusus nak sabotaj kalau tak tercalon,” kata beliau.
Ketika ditanya samada beliau mengetahui kesahihan pengakuan dalam video tersebut, beliau menyarankan pihak yang mendakwa sebagai mangsa rogol agar membuat laporan polis dan bukannya membuat pengakuan di dalam video sahaja.

Mengaib, jatuhkan saingan
“Saya tak boleh nak kata pengakuan tu betul atau tidak, boleh jadi ya atau fitnah, tetapi yang saya nak tanya kenapa sanggup keluar pengakuan di video kalau tidak bertujuan untuk mengaibkan dan menjatuhkan individu tertentu, patutnya buatlah laporan polis.
“Sama juga dengan orang yang didakwa dalam video tu, kalau rasa difitnah cepat-cepatlah buat laporan polis, dia pun bukan tak tahu kewujudan video tu, malah rakan dari bahagian individu itu beritahu saya, dia tahu dalang sebalik rakaman tu.

“Tetapi setahu saya masih belum ada sebarang laporan polis dibuat samada oleh wanita itu atau dari pihak Ketua Bahagian tu,” ujar beliau lagi.
Beliau turut melahirkan rasa kecewa dengan tindak-tanduk segelintir pihak di dalam Umno dan penyokong mereka yang sanggup membuat apa sahaja demi mendapatkan kedudukan dan kuasa.
“Itulah, bila pembangkang kata kita kaki porno, kita marah, tetapi tengoklah sendiri apa yang kita dah buat, sebab itulah dia orang cap kita kaki porno.

“Dahulu pun, masa video Anwar keluar, bukan main seronok lagi kita bersorak, tetapi sekarang cuba awak fikir, video pengakuan janda ini pun gunakan kaedah dan matlamat yang sama juga, cuma kita tak tahu kebenaran video-video ni.
“Nanti rakyat tanya, apa ni? Tak ada isu lain ke? Mula-mula cerita liwat, liwat pun ada satu dan dua pulak tu, lepas tu video sekslah, ramas buah dadalah, sekarang cerita rogol pulak.
“Apa ni? dia orang ingat masyarakat sekarang ni macam tahun 80an, 70an atau sebelum tu lagi dahulu ke? Apa Umno cakap orang terus percaya saja.

“Sekarang ni kalau betul pun, belum tentu orang terus nak percaya bulat-bulat, apa lagi yang nampak sangatlah jelas ada motif politiknya, dah tu banyak sangat yang tak kenanya.
“Jangan sampai akhirnya nanti kita sendiri juga yang terkangkang nanti,” ujar beliau melahirkan rasa kecewanya.
Terdahulu, FMT dalam laporan sebelumnya, melaporkan VCD pengakuan seorang janda yang mendakwa di rogol oleh seorang ketua bahagian Umno Kelantan di sebuah hotel di Golok, Thailand telah disebarkan di negeri terbabit.

MENTERI AKUI PROJEK FEEDLOT SERAH KEPADA KELUARGA SHAHRIZAT


Projek feedlot RM73j diakui milik keluarga Shahrizat

Menteri pertanian dan industri asas tani, Datuk Seri Noh Omar mengakui bahawa projek Pusat Feedlot Kebangsaan bernilai RM73.64 juta yang digambarkan dalam keadaan "kacau-bilau" oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 telah diberikan kepada anggota keluarga seorang menteri kabinet.

Ketika ditanya, Noh mengakui bahawa projek berkenaan telah diberikan kepada anggota keluarga menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Namun, Noh (kanan) menjelaskan bahawa penganugerahan projek berkenaan dibuat tanpa melanggar apa-apa peraturan.

"Ya, apa salahnya kalau dia meniaga dan dia bukan kerja direct nego (rundingan terus)?" soal Noh kembali ketika ditanya mengenai projek yang menurutnya telah dianugerahkan melalui "tender terbuka" itu.

Ditanya lanjut dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini, Noh bagaimanapun bersetuju

bahawa projek berkenaan telah diberikan secara tender terhad.

"Cara pemilihan syarikat yang dipilih untuk program National Feedlot ini bukan diberi secara rundingan terus. Semasa dibuka projek ini, ada enam syarikat buat persembahan kepada pihak jawatankuasa," katanya.

Daripada enam syarikat berkenaan, jawatankuasa kementerian pada 2006 telah memilih Agro Science Industries Sdn Bhd dan sebuah syarikat Australia, Lambert Malaysia Sdn Bhd.

"Lambert dia lari, dia tak sanggup buat. Kalau kita tengok laporan audit kata pagar runtuh itu semua sebab Lambert larilah tu," katanya lagi yang juga ahli parlimen Tanjong Karang dalam ucapan penggulungannya di Dewan Rakyat sebelum itu.

Ditanya dalam sidang media, Noh berkata sukar untuk mengambil tindakan ke atas Lambert kerana kerajaan tidak menandatangani apa-apa perjanjian dengan syarikat berkenaan.

Kementerian juga sedang membincangkan untuk menawarkan tanah pajakan seluas 500 ekar yang ditinggalkan oleh Lambert itu kepada syarikat lain.

Tegasnya, projek feedlot berkenaan bukanlah satu projek gagal kerana syarikat Agro Science telah berjaya membekalkan sejumlah 8,016 ekor lembu sepanjang tempoh 2008 hingga 2010 seperti yang disasarkan.

Bagaimanapun, kerajaan masih belum membayar sejumlah RM6.48 juta daripada jumlah geran sebanyak RM13 juta.
Laporan Audit Negara sebelum ini menyebut badan itu kekurangan 4,000 ekor lembu yang sepatutnya dibekalkan dan tindakan berkenaan menyebabkan program keusahawanan seperti yang disyaratkan oleh kerajaan tidak dapat dijalankan.

NFC juga enggan mengulas dakwaan PKR bahawa projek tersebut hanya memenuhi 0.6 peratus daripada permintaan kerajaan dan jauh ketinggalan daripada sasaran 40 peratus dalam Rancangan Malaysia Kesembilan.-mk
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...