07 September 2011

PARTI GERAKAN GUNAKAN LAMBANG SENDIRI PRU13

Gerakan: Jangan terlampau mengasak kami

Cadangan supaya calon Gerakan Melaka bertanding di bawah lambang parti itu sendiri, makin mendapat sokongan.

Naib ketua Pemuda Gerakan pusat, David Ang hari ini turut

menyokong cadangan yang dibuat oleh setiausaha agung parti itu, Teng Chang Yeow.

Dalam satu kenyataan, Ang berkata, semua ahli Gerakan Melaka patut menyokong cadangan Teng supaya bertanding di bawah lambang itu parti itu sendiri dalam pilihan raya yang akan datang.

Beliau berkata, ia tidak seharusnya terhad kepada Gerakan bahagian Bachang sahaja tetapi harus merangkumi "kesemua kawasan lain" di Melaka di mana parti itu merasakan calonnya mempunyai peluang untuk menang.

Sambil mengingatkan pemimpin BN supaya jangan terlampau "mengasak Gerakan", Ang berkata, parti itu "akan melawan balik demi maruahnya".

"Gerakan kini berusia 43 tahun dan kami sudah cukup matang dan berpengalaman untuk menentukan sendiri nasib dan halatuju kami.
"Kami tidak perlukan Umno atau mana-mana pihak lain untuk memberitahu kami di mana kami perlu bertanding.


"Kami akan buat keputusan di mana kita patut bertanding dan kami akan beritahu mereka bila tiba masanya," katanya Ang dalam kenyataan tersebut.

Ang menjawab kenyataan ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam bahawa BN Melaka akan meletakkan 'calon yang boleh menang' sama ada dari Umno atau MCA - bagi menggantikan Gerakan - di DUN Bachang dalam pilihan raya umum akan datang.

Gerakan bertanding kerusi tersebut sejak 1995, tetapi calonnya, Wendy Ngo Kim Hwa tewas kepada Lim Jak Wong dari DAP dalam pilihan raya umum 2008.

Mohd Ali yang juga ketua menteri Melaka, dilaporkan berkata BN memerlukan calon yang boleh menjamin kemenangan di Bachang dan jika Gerakan tidak mempunyai calon sedemikian, maka adalah lebih baik calon Umno yang bertanding di DUN tersebut.

Pakatan sulit untuk menjatuhkan MB Selangor


Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mendakwa pihak-pihak tertentu telah mengadakan pertemuan tertutup membabitkan agensi-agensi agama dan pertubuhan bukan kerajaan Islam (NGO) untuk menjatuhkan kepimpinan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.
Langkah itu didakwa diusahakan ekoran kes serbuan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) dekat Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu ekoran kononnya ada usaha memurtadkan umat Islam.

Khalid, yang juga Yang Dipertua PAS kawasan Shah Alam berkata, pertemuan membabitkan beberapa NGO Islam bersama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa serta wakil dari Pejabat Peguam Negara.

“Mereka membincangkan memorandum untuk dihantar kepada Sultan Selangor, menyerang Menteri Besar berhubung isu Kristianisasi ini. Nampak-nampak gaya satu usaha bersungguh-sungguh ingin menjatuhkan Menteri Besar. Adalah diharapkan tiada Exco dari Pakatan Rakyat, lebih-lebih lagi dari PAS, yang turut serta,” kata beliau dalam entro blognya semalam di bawah tajuk “Coret Minggu Pertama Syawal”.

Kata Khalid, sebelum era Mac 2008, semuan pihak termasuk Jais dan Mais mengambil sikap berdiam diri dengan cara pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN).

“Tetapi di zaman Menteri Besar yang berkebajikan (pimpinan Khalid Ibrahim), bersih dari rasuah dan mementingkan rakyat, apa saja alasan boleh digunakan untuk menempelak Menteri Besar.

“Adalah dikhuatiri akan ada yang mula bertanya, “mengapa dulu diam, sekarang nak bising?” Seterusnya nanti ada pula yang akan menganggap dulu dapat bahagian! Sekarang habuk pun tiada, maka itulah sebabnya bikin kecoh,” katanya.

Dalam entrinya juga, Khalid berkata, Umno terus mengheret pihak istana untuk kepentingan politik parti komponen BN itu.

Katanya, ketika zaman BN memerintah Selangor, jarang sekali kedengaran berita Sultan Selangor kecuali berhubung program adat istiadat tetapi sekarang kerap diketengahkan.

“Itulah perangai Umporno. Bila Umporno sudah tidak laku, mereka ketengahkan Sultan sedangkan dulu mereka sendiri yang mencaci Sultan.

“Yang paling saya khuatir ialah tercemarnya imej pihak Istana dan DYMM Sultan Selangor sekiranya terus diheret sedemikian rupa oleh juak-juak Umporno-BN,” katanya sambil menambah, institusi yang above politics’ atau ‘mengatasi pertimbangan politik’ ini akan tercemar dalam kelicikan politik Umporno yang hanya ingin terus berkuasa walau apa sekalipun berlaku.

“Sanggup mengorbankan rakyat dan negara asalkan mereka kembali memerintah Selangor. Itulah dasar (bekas pemimpin Libya) Muammar Gaddafi, dan itulah yang mencerminkan dasar Umporno sekarang!” kata Khalid lagi.

Mengenai isu tindakan Jais ke atas gereja tersebut, Khalid berkata, beliau sangat kecewa apabila mendengar Jais memohon sebulan lagi untuk menyediakan laporan.

“Ini akan pasti memberikan gambaran negatif terhadap profesionalisme Jais yang bertindak dengan begitu cepat ‘memeriksa’ sebuah Gereja tetapi begitu lambat dalam mengeluarkan laporan mengenainya.

“Saya difahamkan bahawa pihak DUMC telah bertemu dengan rombongan PAS dan secara umumnya menyatakan mereka tidak ada kena-mengena dengan majlis malam tersebut,” katanya ia adalah majlis NGO yang memohon jasa baik mereka untuk membenarkan mereka menggunakan dewan milik gereja dan itu sahaja.

“Laporan ‘memurtadkan orang Islam’ diterima dari pihak yang tidak dikenali dan pihak Jais bertindak tanpa siasatan yang lebih terperinci. Pihak yang tidak dikenali’ yang melaporkannya mungkin berniat jahat dari awal?” katanya lagi.

Dalam pada itu, Menteri Besar Selangor berkata laporan lengkap daripada Jais akan diterima selepas beliau pulang ke tanah air dari lawatan kerja ke Jerman pada 16 September ini.

“Kami masih lagi menunggu laporan lengkap Jais itu dan saya tidak sabar untuk mengetahuinya, Sekembalinya dari Jerman kita jangka akan menerima laporan tersebut,” katanya dipetik Sinar Harian hari ini.-sharpshooter

Umno halang Mohd Sabu jumpa mangsa Bukit Kepong

Pemimpin Umno tempatan tidak berpuas hati dengan kehadiran Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di rumah mangsa tragedi Bukit Kepong.

“Mereka menghalang kami untuk menziarahi Puan Jamilah,” kata Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat dalam satu kenyataan.

Jelasnya, bagi mengelak suasana yang tidak selesa berlaku, beliau telah berbincang dengan Mohamad Sabu untuk keluar daripada kawasan tersebut.

Berikut penjelasan penuh Suhaizan.

Pada 4 September 2011 (Ahad), saya telah memohon Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Pulai, Johor, Saudara Zaba Bin Ibrahim untuk berjumpa Puan Jamilah Binti Abu Bakar, mangsa Peristiwa Bukit Kepong di rumahnya di Skudai Kanan.

Dalam pertemuan tersebut dia (Zaba) telah mendapat persetujuan untuk mengadakan pertemuan dengan Puan Jamilah pada 5 September 2011 dengan disertai bersama oleh Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu sebaik sahaja sidang akhbar di Johor Bahru.

Zaba juga telah mendapat pengesahan dari Puan Jamilah bahawa Mat Indera telah menghalang pihak pemberontak membunuhnya semasa peritiwa Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 yang lalu.

Tujuan utama pertemuan semalam adalah:

1. Untuk mengeratkan silaturahim sempena bulan Syawal yang mulia

2. PAS mahu menawarkan khidmat guaman kepada Puan Jamilah bagi menuntut ganti rugi dari Kerajaan British atas kematian ibu dan adiknya

3. Untuk mendapat maklumat lanjut berhubung kejadian Bukit Kepong.

Zaba telah membuat panggilan terakhir sekitar jam 2 petang semalam untuk mengesahkan kehadirannya di rumah Puan Jamilah manakala saya pula telah membawa Mat Sabu ke rumah Puan Jamilah dengan menggunakan kenderaan saya sendiri.

Setibanya saya di lorong masuk rumah Puan Jamilah kelihatan lebih kurang 10 hingga 20 orang sedang menunggu. Salah seorang daripada mereka telah memberi isyarat menghalau perjalanan kami di lorong tersebut.

Zaba mengesahkan kepada saya bahawa mereka adalah pemimpin Umno tempatan di situ yang tidak berpuas hati dengan kehadiran Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu di rumah Puan Jamilah. Mereka menghalang kami untuk menziarahi Puan Jamilah.

Bagi mengelak suasana yang tidak selesa berlaku, saya telah berbincang dengan Mat Sabu untuk keluar daripada kawasan tersebut. Lagipun masa sudah agak lewat kerana Mat Sabu juga mempunyai jadual yang agak ketat di sebelah petang hari tersebut.

Saya bagi pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Johor merasa cukup kecewa dengan halangan yang dibuat oleh pemimpin dan ahli-ahli Umno di Skudai Kanan dan meminta mereka membaca buku ‘Pengukir Nama Johor’ tulisan Ismail Adnan bertajuk ‘Mat Indera’ pada muka surat 109.

Buku ini diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada tahun 2004. Editor buku ini adalah Prof Datuk Abu Bakar Hamid dan prakatanya ditulis sendiri oleh Dato’ Haji Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor.

Niat PAS yang baik ini telah disambut dengan halangan ala-ala penjajah. Saya tidak sangka setelah 54 tahun Malaysia merdeka dan dan anak-anak muda juga sudah banyak terdedah kepada perkembangan isu-isu semasa melalui saluran media baru, rupa-rupanya masih ada lagi pemimpin Umno yang bertindak seolah-olah di zaman penjajah.

Saya mendesak Menteri Besar Johor yang telah menjadi penaung buku ‘Pengukir Nama Johor’ agar menasihatkan pemimpin Umno Skudai Kanan agar lebih rasional dalam menghadapi isu Mat Indera ini.

Harakahdaily

06 September 2011

TINDAKAN SPR SELEPAS BERSIH 2.0, MUAT TURUN BORANG A ONLINE

Selepas Bersih 2.0, SPR cuma laksanakan memuat turun Borang A secara online,sepatutnya lakukan tindakan drastik pendaftaran secara online oleh individu yang layak ini menunjukan komitmen SPR dan kerajaan tanpa kertas. Ini lebih menjimatkan perbelanjaan pengurusan juga masa rakyat dan kearah demokrasi yang sebenar.

BERITA BERKAITAN: -Sumber Themalaysian insider

SPR: Borang daftar pemilih boleh diperoleh ‘online’



KUALA LUMPUR, 6 Sept — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mulai hari ini menyediakan kemudahan pendaftaran sebagai pemilih secara ‘online’ dengan memuat turun Borang A menerusi laman web www.spr.gov.my.

Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata kemudahan memuat turun Borang A secara ‘online’ itu bertujuan menggalakkan lebih ramai warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas mendaftar sebagai pemilih.

“Kemudahan ini disediakan kepada Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) dan orang ramai, kemudahan ini juga membolehkan semua PPP yang dilantik SPR memuat turun borang A mengikut keperluan mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini dipetik Bernama Online.

Sebelum ini, PPP perlu mengambil borang A yang dikeluarkan oleh pejabat-pejabat Pengarah Pilihan Raya Negeri sahaja, kata Kamaruddin.

Menurutnya, warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belum mendaftar sebagai pemilih boleh memuat turun borang tersebut.

Bagaimanapun, pemohon dihendaki membuat salinan Borang A untuk simpanan mereka sebelum menghantar borang tersebut ke kaunter-kaunter pendaftaran pemilih SPR.

Tatacara pengisian dan prosedur penghantaran Borang A dinyatakan dalam laman web SPR.

Maklumat lanjut mengenai pendafataran secara muat turun Borang A itu boleh diperolehi dengan menghubungi Ibu Pejabat SPR Putrajaya di talian 03-88856500.

LAGI BERITA BERKAITAN SPR: LAGI KELEMAHAN SPR

DAP: Beribu-ribu pengundi tiada data di JPN, SPR

DAP Johor hari ini mendakwa, beribu-ribu pengundi dalam kawasan parlimen Ledang yang bukan sahaja tidak mempunyai data lengkap, malah tidak mempunyai apa-apa rekod dalam pengkalan data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahupun Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Jumlah itu termasuk 417 pengundi dengan nama yang didakwa tidak terdapat dalam pengkalan data JPN.
Masalah ini didedahkan dalam sidang media di Muar hari ini oleh ahli parlimen Bakri, Er Teck Hwa yang ditemani setiausaha DAP Johor, Tan Chen Choon dan ketua pemudanya Ee Chin Li.
Perkara itu dikesan dalam daftar pemilih bagi kawasan Ledang yang mempunyai kira-kira 6,000 pengundi.
Satu jawatankuasa yang dibentuk DAP Johor itu antara lainnya menemui:
• Sejumlah 1,824 pengundi tiada dalam rekod dalam talian SPR dan JPN.
• Seorang pengundi dengan status penduduk tetap dikesan dalam pengkalan data JPN.
• Sejumlah 2,195 pengundi tiada alamat dalam pengkalan data SPR.
• Alamat bagi sejumlah 35,064 atau 59.14 peratus daripada pengundi berkenaan tidak lengkap.
• Sejumlah 417 pengundi hanya disenaraikan dengan nombor MyKad dalam pengkalan data JPN – tanpa nama.
• Sejumlah 6,700 pengundi tidak mempunyai rekod dalam pengkalan data JPN. Mereka hanya disenaraikan dengan kategori "tiada permohonan" atau "nombor tidak sah."

Khabar baru bertiup kencang dalam Umno

Kita tidak perlu menunggu lama sebelum menyaksikan satu perubahan besar dalam arus politik yang bakal melanda Negara kita. Politik dalam UMNo semakin memuncak, seolah menjangkakan pemergian perdana Menteri Najib Razak, ramai yang di dalam UMNO menjangkakan demikian.

Orang yang seterusnya bakal mengantikannya, tak lain tak bukan timbalannya Muhyiddin Yassin. Semua mata tertupu kepada beliau, sama ada beliau akan berjaya mengubah UMNO yang mana gagal ditangani oleh pemimpin-pemimpin sebelumnya.

Rumah terbuka hari raya Muhyddin perlu diberi perhatian. Jumlah kehadiran yang mencapai satu rekod mengesahkan banyak pendapat bahawa beliau semakin Berjaya meraih sokongan, yang makin merosot bagi ketuanya.

Pemilihan UMNO kemudian pilihanraya umum?

Bagi para pemerhati politik, adalah perlu di beri perhatian bahawa antara yang menunggu giliran menjadi TPM ialah President MCA Chua Soi Lek, anaknya Timbalan menteri pertanian dan asas tan Chua Tee Yong dan lain-lain pemimpin BN tempatan. Ada spekulasi yang cukup kuat berkenaan perlarasan bukan sahaja di kalangan ahli-ahli UMNO yang menyokong Muhyddin ,tetapi juga di kalangan parti-parti komponen BN yang lain.

Terdapat juga khabar yang Muhyddin mungkin mengambil alih sebelum pilihanraya umum akan datang.Jika hal tersebut berlaku, ia mungkin bermakna penangguhan tarikh pilihanraya ke tarikh akan datang di suku terakhir 2012, manakala pemilihan UMNO dijangka di bawa ke hadapan ke awal tahun hadapan.

Pada ketika ini, hal ini kelihatan mustahil tetapi melihat dari keadaan dalaman UMNO, tidak mustahil dan mungkin tercapai bagi membolehkan mereka-mereka yang berkenaan berpuas hati dan berdiam diri sebelum pilihanraya umum ke 13. Sesetengah pengkritik berkata perlaihan kuasa dalam UMNO sebelum pilihanray umum ke13 ibarat membunuh diri, tetapi hal ini tidak dipersetujui oleh pemerhati UMNO.

"Tidak semestinya, kerana UMNO hari ini hanya menjaga UMNO. Mereka sedar MC dan MIC sudah tiada harapan.Apa yang mereka mahu pastikan ialah perpaduan melayu antara 3 juta ahli dan pemimpin-pemimpin yang berpengaruh. Dengan cara itu, mereke boleh mempertahankan kerusi yang sedia ada dan mungkin boleh merebut dari PAS, yang mana kita dapat lihat mereka asyik menyerang Mat Sabu tanpa henti dan menuduh Pas sebagai komunis.” Seorang pemerhati UMNO veteran memberitahu Malaysia Chronicle.

Muhyiddin pow-wow dan William Bourdon

Ada ura-ura mengatakan najib mungkin terpaksa membuat pelan peralihan kepada timblannya menjelang pemilihan tertinggi bulan Disember ini.Ini lah yang paling minimum untuk najib dilepaskan, tetapi Muhyddin jelasnya ingin mengukuhkan kuasanya sebelum tarikh pilihanraya umum ke 23 diumumkan

Menurut pihak dalaman parti,salah satu sebab ialah untuk menghalang pertelingkahan sengit dari penyokong najib yang mungkin rasa tidka puas hati jika beliau terpaksa mengundur diri sebelum beliau melengkapkan satu penggal.

Najib,58 tahun telah dikritik hebat akhir-akhir ini dan semakin jelas kebanyakan dari masalah yang dihadapinya berpunca dari rakan-rakan dalam partinya, yang sangat arif tentang kelemahan pucuk pimpinannya terutama semasa rally bersih 9 Julai lepas. Malahan terdapat berita dalam UMNo yang mengatakan Muhyddin yang merancang mesyuarat UMNO memaksa Najib memendekkan percutian nya ke Italy yang dirancang selepas lawatannya ke Vatican.

Rancangan Muhydin juga kebetulan dengan seminar 3 siri William Bourdon,seorang peguam Perancis yang dijadualkan member makluman kepada kumpulan rakyat prihatin berkenaan penglibatan najib dalam pembelian kapalselam scorpene yang bernilai RM7 juta.najib dituduh menambil komisen dan imbuhan dari penjual DCN dan bulan satu yang mengejutkan bila Bourdon telah disuir beberapa jam sebelum menghadiri majlis makan malam serta siding media.

Bagi kebanyakan mereka dalam masyarakat melayu, najib telah menjadi sejarah dan Muhyddin ialah tokoh baru. Walaubagaimana pun,ramai percaya beliau akan Berjaya mengambil alih tampuk presiden UMNo dari najib tapi tidak menjadi Perdana Menteri kerana pilihanraya umum mungkin dimenangi oleh pakatan Rakyat yang diketuai Anwar Ibrahim.

“Saya melihat Muhyddin mampu mengambil alih pucuk pimpinan UMNo. Saya rasa ianya telah berlaku. Teteapi untuk menjadi PM Malaysia, beliau perlu bersaing dengan hebat dan inilah sebab kita perlu beri perhatian dan sentiasa berusaha kea rah reformasi pemilihan.” Kata Timbalan presiden PKR Chua Jui Meng kepada Malaysia Chronicle.

Presiden UMNO tapi mungkin bukan Perdana Menteri

Pada usia 64 tahun,Muhyddin harus cergas dan segera untuk mencapai cita-citanya ke puncak pimpinan sebelum bersara.Seorang yang berusaha,latarbelakang nya jauh berbeza dengan Najib. Beberapa persoalan berkenaan nya termasuklah bagaimana beliau akan meletakkan keadaan seperti sediakala dan meredakan UMNo sebelum pilihanraya ke13? Adakah beliau akan mendapat restu masyarakat? Adakah beliau akan berjaya membaiki keadaan ekonomi dan menjalankan satu pentadbiran yang adil dan saksama? Bolehkan beliau menstabilkan keadaan Negara dalam hal perkauman dan pertelingkahan agama?

Persoalan2 ini adalah adil terutama nya bila mengambil kira komen beliau, 'Malay First, Malaysian next' yang mana ramai percaya beliau tidak layak menjadi PM dimata pengundi bukan melayu.

Bagaimanapun, memandangkan pengundi melayu adalah jumlah yang terbesar dinegara in dan dengan bantuan dari Sabah & Sarawak, penyokong Muhyddin yakin beliau akan Berjaya dengan majority walaupun mereka berhasrat untuk dua pertiga dari 222 kerusi dalam parlimen Malaysia.

“Sekurang-kurangnya masih ada rah untuk UMNO,yang sekarang tidak wujud lagi dibwah najib. Berkenaan ekonomi, agak sukar untuk pemimpin lain berbuat sesuatu yang lebih buruk dari Najib, dan bagi kaum bukan melayu, Muhyiddin pasti tahu bagaimana nak menarik mereka semula apabila beliau memegang kuasa kelak. Bagi beliau, yang penting ialah beliau membuktikan kepada UMNO beliau ialah seorang yang berjuang,berbanding Najib yang kelihatan lemah dan hanya berminat berbelanja dengan lawatan luarnegara untuk diri sendiri, isteri dan kroni-kroni nya,” seorang penyokong Muhyddin memberitahu Malaysia Chronicle.

Pesaingan tidak sihat telah mengambil alih UMNO,
parti dalam keadaan terumbang ambing


Muhyddin berasal dari Johor.beliau menceburi politik dalam tahun 70an, sebelum dipilih sebagai MP Pagoh dalam tahun 1978. Beliau meningkat ke peringkat tinggi dalam UMNO Johor dengan menjadi Ketua UMNO Johor,menjadi Menteri besar dari 1986-1995.beliau dilantik ke cabinet sebgai Menteri belia dan Sukan dan kemudian menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna.Muhyddin juga menjadi Naib presiden pada tahun 200 dan menteri Pertanian (2004-2008) dan kemudian menteri perdagangan antarabangsa dan industry (2008-2010).

Dalam tahun 2008, beliau bertanding dan menang timbalan presiden UMNo dan dilantik Timbalan perdana Menteri dan menteri pendidikan oleh PM Najib razak pada 2009, dengan sokongan dari bekas PM Mahathir Mohamad. Bagaimanapun, beliau berhajat kepada kerusi tertinggi dalam UMNO.

Sebagai menteri pendidikan,Muhyddin menamatkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai pengantara untuk sins dan matematik di sekolah, satu langkah yang menggembirakan segolongan orang melayu tetapi ditentang oleh ibubapa dan tokoh pendidik.sekiranya sudah berada di kerusi tertinggi, beliau perlu belajar skill baru secepat mungkin-samada sebagai Perdana Menteri atau pemimpin pembangkang.

“Selama ini ,semua Perdana Mneteri adalah dari UMNo dan mereka bukan jurucakap bagi pihak diri sendiri atau Negara.Seperti juga Najib,muhyddin perlu melapur kepada UMNO dan beliau harus menyempurnakan kehendak parti. Pendapat parti didahulukan,dan beliau hanyalah menjadi suara parti,” kata Jui Meng.

“Jika beliau bertindak tidak mengikut kehendak parti, karier politiknya akan hancur.parti meletakkan beliau di posisi tinggi dan parti juga yang boleh menjatuhkannya jika beliau tidak menunggu giliran,seperti Najib.dan inilah sebab UMNO perlu perubahan.Pesaingan tidak sihat telah menjadi tiak terkawal dan menjadi barah yang memakan dan memusnahkan parti.”

- Malaysia Chronicle

GEMPAR: FILIPINA SUDAH TAWAN SABAH?

KIBAR BENDERA FILIPINA DI AMBANG MERDEKA?


Ini akibat dasar kerajaan BN yang memberikan KERAYATAN MUDAH kepada pelarian-pelarian Filipina dan indonesia yang kini melebihi penduduk asal Sabah. Kesannya perbuatan melampau mereka akan menggugat kestabilan negara kita.

GAMBAR pertama bertarikh 25 Ogos 2011 saya ambil di Jalan Kepayan, Kota Kinabalu yang menunjukkan bagaimana perangai pemandu bas mini dan ‘penghormatan’ yang diberikan kepada ‘Jalur Gemilang’ yang keadaannya comot dan koyak rabak.

Manakala gambar kedua saya ambil pada 26 Ogos 2011 di Jalan Tuaran- Simpang Jalan Pasir yang menunjukkan pula penghormatan pemandu bas mini kepada bendera Filipina, dengan niat melakukan provokasi di saat kita berada di ambang kemerdekaan. Nampaknya keadaan bendera mereka kelihatan bersih pula.

Kini timbul beberapa persoalan. Bagaimana kita boleh mengambil tindakan terhadap 'penghinaan' yang di berikan ke atas Jalur Gemilang serta sentimen kewarganegaraan? Siapakah sebenarnya pemandu bas mini ini? apakah kerakyatan mereka? Bagaimana mereka boleh mendapat lesen pengangkutan penumpang?

Saya semakin risau kerana merasakan Sabah bukan negeri kita lagi!
cerita ini ditulis oleh sdr.TAPIRUS INDICA dikeluarkan sabahkini.net

BESAN NAJIB JUGA KOMUNIS

Serang Mat Sabu Komunis Untuk Tutup Fakta - Besan Najib Juga Komunis ?

Betul ke nie? baca petikan dari milosuam di bawah;

Siapakah Nursultan Nazarbayev ini?
Sila gunakan khidmat Google untuk membaca sendiri biografi pemimpin komunis ini. Kazakhstanlive mendedahkan bahawa Nursultan Nazarbayev merupakan Setiausaha pertama Parti Komunis Kazakhstan [KazakhstanLive].

PETRONAS PROJECT BETTER THAN ROYALTY?

PETRONAS PROJECT BETTER THAN ROYALTY?



MANY sound thinking people in Sabah have totally rejected the claim by the State assemblyman for Bongawan Datuk Karim Bujang on saying that it is no need to have an increase in the royalty rate on our Sabah oil and gas production from Petronas.

Instead, he said that it is better to have more Petronas projects in Sabah. He further opined that Petronas had done much for the people and the State of Sabah.

Karim concurred that Petronas had contributed significantly to the economy of the state and benefited the livelihood of its people. He added that the Petronas has undoubtedly spent billions of ringgits to implement various projects in Sabah that gives direct benefits to the people including local contractors as well as the economic spin-offs to be enjoyed by locals.

The Kota Kinabalu Member of Parliament Hiew King Cheu viewed Karim’s points as short sighted and narrow. May be Karim did not see the good and the impact on having higher royalty rate from the present 5% to 20% as called for by the Pakatan Rakyat.

The projects put up by the Petronas in Sabah are definitely under the clauses in the agreement set up long time ago, and Sabahan deserved it anyway. It is our right to enjoy all the development and benefit from it. The question is why we did not see all these being put up in the past decades. Is Petronas not aware of these terms in the agreement or is it under their wish and will?

The increase in the rate of Royalty on the oil and gas will definitely increase the revenue of the state and this will surely out beat the project costs in the long run. Just imaging for the past decades, Sabah had just received a total sum of RM5.3 billion from Petronas.

With this small sum on the sharing will there any significant in terms of achieving higher economic growth and more benefits for the people? If the rate is increased to 20%, Sabahan will enjoy an instant injection of state fund into our state coffer, and the state financial status will then be improved.

Can the local people see some instant benefits from the Petronas project here in Sabah? May be a few of the BN contractors and other expatriate contractors can get jobs. How long do we have to wait for a return from these projects, another five or ten years? May be by then our oil fields had already run dry and closed down.

This is especially so when our oil fields are not in the form of a seam layer but pocketed and spread out in the sea. The extraction cost will be much higher and sometimes it is not economical to work on. Some of the oil fields were already closed down. That means to say that Sabah will have to make the best use of the time to gain better royalty rates now or never, and before the oil and gas ran out eventually.

We cannot allow this to go on, and this is the time to let Sabah have some goodies and to help the Sabahan from being poor anymore. We should see what our neighbor Brunei is doing and on how they treat their people. The Brunei people are enjoying the best and pay no income taxes too. Why are we the oil and gas producer state and yet we are the poorest state in Malaysia. We have the highest poverty rate because there are 42% of the nation’s poor is in Sabah.

Are we losing or winning, or should we fight for a higher oil and gas royalty? Vote BN you will not get this, but if you vote Pakatan Rakyat in the coming election there is a chance to be better in the future.

CAMPURTANGAN SHAFEE MELAMPAU -HINA MAHKAMAH

Fitnah II: Karpal Mahu Shafee Abdullah Didakwa Hina Mahkamah

Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh mahu peguam selebriti, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah didakwa menghina mahkamah kerana campur tangan dalam perbicaraan Fitnah II.

Karpal menggesa Hakim Datuk Muhammad Zabidin Mohd Diah memberikan surat tunjuk sebab kepada Shafee untuk menjelaskan “serangan” terhadap Ketua Umum KEADILAN itu yang memilih untuk memberikan keterangan pembelaannya dari kandang saksi.

Karpal kini bertindak selaku ketua pasukan peguam yang membela Anwar yang difitnah meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan, tiga tahun lalu.

“Jika apa yang diucapkan Anwar bersifat menghina mahkamah, ia sepatutnya diputuskan demikian di dalam mahkamah. Biar Hakim Zabidin yang memutuskannya. Tetapi, beliau tidak berbuat demikian.

“Siapa Muhammad Shafee ini untuk mempersoalkan kebijaksanaan hakim?” kata Karpal dalam kenyataan medianya.

Shafee yang merupakan seorang peguam yang penuh kontroversi dilaporkan mengarahkan Peguam Negara campur tangan dengan segera ke dalam proses perbicaraan dan mengheret Anwar atas tuduhan menghina mahkamah.

Karpal menyifatkan hujah Muhammad Shafee agar Peguam Negara masuk campur sebagai sesuatu yang tidak pernah berlaku dan tidak logik.

“Ia sendiri (gesaan) itu bersifat menghina menghina mahkamah kerana ia menghina hakim,” kata Karpal yang juga merupakan Ahli Parlimen Bukit Gelugor.

Muhammad Shafee juga dikecam pengguna internet kerana dakwaan terhadap beliau yang dilaporkan mengganggu liputan berita kes itu dengan mengeluarkan arahan tertentu kepada editor akhbar media perdana dan juga wartawan.

Beliau dipetik akhbar milik Umno – Mingguan Malaysia semalam menyifatkan kenyataan pembelaan Anwar bersifat menghina mahkamah.

05 September 2011

Kisah wartawan dan sukarelawan

Ada member mintak aku komen pasal kematian wartawan Bernama di Somalia. Aku tak pernah kerja sebagai wartawan, tapi setakat sukarelawan. Aku tak mau macam Najib…bila ditanya dia jawab “kalau tak mau jadi wartawan, duduk kat rumah" Hangpa tanya kat orang bengong, dapat la jawapan bengong.

Tugas wartawan lebih hebat dan mencabar dari sukarelawan. Sukarelawan yang tak suka perang..manakala wartawan suka perang sebab depa dapat berita. Sukarelawan buat kerja diam-diam dan tak perlu pengiktirafan. Yang mahukan pengiktirafan dan kemasyhuran ni orang politik. Tu pasai, apa yang berlaku terhadap rakyat kita di Somalia tu pasai keghairahan nak buat publisiti.

Nak buat macam mana? Team yang pegi tu pun pasai kepentingan politik. Jadi, bila Aduka Taruna kata keselamatan Melayu terancam bila diberikan kepada Mamak…aku setuju sebab Mamak Merican ni nak publisiti saja.

Aku banyak belajar tentang keselamatan sukarelawan ini dari seorang kawan aku yang jadi freelance reporter di Bangkok. Dia ni orang Penang tapi menjadikan Bangkok sebagai base sebab tak banyak halangan macam kat Malaysia. Dia pernah melaporkan peristiwa peperangan di Kemboja. Pernah masuk jel di Burma…dan diselamatkan oleh Tunku Abdul Rahman. Pernah kena katok di Ko Samui.

Semasa reformasi 98, dia balik ke Malaysia untuk membuat laporan tentang reformasi.
Nama dia Kim Gooi.Boleh baca disini tentang dia. Jadi stringer untuk Time Magazine, New York Times, the Nations, Bangkok malah pernah berkdimat untuk NHK Japan. Atas sebab keselamtan juga aku tak boleh cerita lebih banyak tentang dia. TV NHK pernah membuat siri “The Drug Trail” dari Golden Triangle..melalui Malaysia dan sampai ke Eropah dan Amerika. Ia hasil Kim Gooi. Aku pernah tengok siri tersebut eksklusif untuk member-member saja. Tak pernah ditayangkan di Malaysia sebab tak dapat kebenaran KDN.

Ini orang yang bukan mencari populariti tapi buat kerja.

Tak ada tempat yang selamat didunia ini. Kat Malaysia pun tak selamat. Cuba hangpa pi Chow Kit dan kacau bapok tengok!! Sat lagi adalah orang mai katok hangpa.
Serupa juga ditempat lain. Kat Somalia tu dah memang merbahaya sebab puak-puak yang bertentangan. Dimana-mana saja tempat yang mengalami kesusahan, ianya merbahaya.
Perkara pertama aku diberitau bila nak ke Calcutta…jangan tunjuk baik atau pemurah. Kalau sampai di Calcutta dan ada orang minta sedekah…jangan layan. Kalau boleh halau depa. Bagi orang yang baru menyertai sukarelawan kemanusaan ini, memang lembut hati. Tapi kelembutan dan sifat pemurah itu membahayakan kita.

Hangpa bagi sorang…lagi sepuluh datang. Hangpa tak bagi..depa katok hangpa. You have to be cruel in order to be kind.
Sesuatu misi itu perlu jelas matlamatnya. Hangpa nak mai tolong orang, atau nak cari publisiti? Kalau nak mai tolong orang, kena buat diam-diam. Boleh buat publisiti kat tempat kita, tapi bila dah sampai tempat orang..jangan nak tunjuk lagak.

Tempat-tempat yang dilanda kemiskinan adalah tempat yang paling bahaya. Cuba masuk kawasan setinggan, mesti ada gangster. Dulu di Perai, Butterworth ada satu kawasan setinggan di Kampung Teluk. Sekarang dah jadi Pacific Megamall. Nak masuk kampong Teluk kena jumpa taiko dia dulu. Kalau tidak tak boleh masuk.
Di Kampung Station di Kuala Kangsar, kena jumpa Geng Mamak dulu. Kalau tidak kereta kena calar.
Apabila team Pemuda Umno pi Somalia, depa bukan saja bawa wartawan…tapi blogger pun depa bawak. Tak salah..tapi berpada-pada la. Jangan ingat orang suka bila kita ambik gambar depa ikut suka hati kita. Dan kebanyakan wartawan bukan ada courtesy nak minta izin sebelum nak ambik gambar. Depa main shoot saja.

Come on brader, sapa-sapa pun boleh mengaku wartawan. Kat Malaysia, press card tu memang laku tapi di negara luar, press card tak ada harga. Cuma ada harga untuk majlis rasmi, tapi kalau nak masuk kawasan kemiskinan, orang tak peduli press card. Dulu, kalau nak International Press Card boleh dapat kat Bangkok. Student Card pun boleh beli. Sekarang kat Malaysia macam-macam boleh buat.

Lagi satu, bendera Malaysia tu lagi bahaya. Hangpa ingat orang Somalia kenai bendera Malaysia ka? Yang depa kenai bendera Amerika. Dan bendera Malaysia serupa macam bendera Amerika. Itu pasai, dalam setiap misi kemanusiaaan, orang pakai logo NGO yang buat kerja. Bukan pakai bendera Malaysia. Kalau pakai bendera Umno pun lagi selamat.
Oleh: MSK

Parti Komunis China Tetamu Kehormat Persidangan Umno

Depan Burukkan Komunis, Belakang Jemput Komunis Ke Persidangan UMNO

Parti Komunis China Tetamu Kehormat Persidangan Umno

Parti DAP Perak menganggap Umno sebagai 'meludah ke langit' apabila mendedahkan perjanjian kerjasama antara parti Melayu itu dengan Parti Komunis China pada Ogos 2010.

Perjanjian itu ditandatangani di Beijing, China oleh Setiausaha Agungnya ketika itu, Datuk Seri Tengku Andan Mansor yang mendapat liputan meluas media tempatan.

Pemimpin Umno sebelum ini termasuk Presidennya yang juga Perdana Menteri, Najib Tun Razak mengecam pemimpin Pakatan Rakyat kononnya mendewakan fahaman Komunis dengan menyifatkan tentera Komunis yang terlibat dalam tragedi Bukit Kepong sebagai pejuang kemerdekaan sebenarnya.

Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu semasa berceramah di Tasek Gelugor di Georgetown, 21 Ogos lalu berkata tentera Parti Komunis Malaya sepatutnya diiktiraf sebagai pejuang merdeka berikutan mereka menentang penjajah yang sebenar di tanah Melayu, iaitu British.

Namun jasa mereka dipadamkan dari sejarah kemerdekaan negara dan dituduh sebagai pengganas.

Umum mengetahui Parti Komunis Malaya (PKM) adalah jaringan kepada Parti Komunis China.

Justeru, Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming menganggap Umno tidak layak untuk mengecam pemimpin Pakatan Rakyat berikutan parti perkauman itu secara jelas menjalinkan kerjasama dengan parti Komunis China.

“Adalah jelas ini terbukti bahawa apabila UMNO mengutuk komunis dan melemparkan segala fitnah terhadap parti Komunis Malaya serta cuba menodai nama baik Mat Sabu, UMNO secara terbuka telah menjalin hubungan intim dengan bapa Komunis Parti Comunist Malaya (PCM), Parti Komunis Cina.

“Bah kata pepatah Melayu, apabila meludah ke langit, akhirnya kena pada muka sendiri. Inilah akibat melakukan dosa fitnah,” katanya menerusi kenyataan medianya.

Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Taiping, menambah hubungan Parti Komunis China dengan Umno sangat erat ekoran parti itu sering dijemput menjadi tetamu kehormat khas setiap kali Perhimpunan Agung Umno diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

“Adalah jelas Parti Komunis Cina sering diundang menjadi tetamu kehormat khas perhimpunan Agong UMNO yang diadakan di PWTC, KL. Apa nak dikata sekarang?,” soalnya.
Munafiknya UMNO, Tuduh Orang Komunis, Walhal Dia Adakan MOU Dengan Komunis

Mengapa Umno adakan MoU dengan Komunis China

Berita berkaitan:

KUALA LUMPUR, 3 Sept: AJK PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, Umno telah mengadakan perjanjian persefahaman (MoU) dengan Parti Komunis China pada 5 Ogos 2011.

Malahan, katanya ada usaha untuk menghantar Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno untuk mempelajari daripada Parti Komunis China.

“Sekiranya MoU ini dibuat oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) atau DAP atau PKR, maka sudah tentu sebelum turun daripada kapalterbang akan disumbat ke Kamunting.

“Apakah Komunis China, berbeza dengan komunis Malaya? Bukankah Parti Komunis Malaya bernaung di bawah Parti Komunis China?” soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Komunis, jelas beliau ideologinya tetap sama tidak kira di mana tempat.

“Kenapa Umno hipokrit?” soalnya lagi.

Menurutnya, jika benar anti komunis kenapa menghantar pulang 11 pejuang Uighurs ke China, walaupun dibantah oleh Suruhjaya Tinggi PBB bagi Orang Pelarian d Kuala Lumpur sedangkan mereka menentang kerajaan komunis China kerana menceroboh wilayah mereka di Xinjiang Julai 2009.

“Inilah sikap hipokrit Umno dalam apa jua isu.

“Isu Palestin Umno tunjuk hero, tetapi dalam masa yang sama, Apco Yahudi dibayar RM77 juta setahun,” katanya.

Beliau berkata, Umno melalui bantuan media mereka yang tidak ada etika kewartawanan dan tidak takut dosa dan pahala dengan sewenang-wenangnya menuduh PAS menyokong komunis.

Katanya, orang pekak dan buta pun tersenyum apabila Umno menuduh PAS menyokong komunis.

Tambahnya, tidak ada rekod PAS berbaik dengan komunis sedangkan Umno menjemput Parti Komunis China menghadiri Persidangan Agung Umno dan yang terbaru mengadakan MoU dengan Parti Komunis China.

Pemimpin Umno juga, ujarnya pernah ditangkap menjadi agen komunis di negara ini walaupun pemimpin Umno pernah menuduh PAS lebih merbahaya daripada komunis.

Namun, katanya kerja-kerja untuk berasmara dana dengan komunis tidak pernah dilakukan oleh PAS.

Jsuteru, kata beliau ucapan Mohamad Sabu hanya untuk menutup tahap kepuasan hati terhadap Najib merudum kepada 59 peratus, daftar pemilih SPR yang kotor dan kenaikan harga barang keperluan harian. -HD

LDP MUNGKIN KELUAR DARI GAGASAN BN!

LDP MULA TUNJUK BELANG SEBENAR

Oleh : JAYANTHI GEETHA SUKUMARAN


PARTI Liberal Demokratik (LDP) kini mula menunjukkan belang sebenar mereka dengan memboikot Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Sabah dan Kabinet Negeri yang diadakan di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu pada 31 Ogos 2011.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Sepanggar, Yakub Khan yang menghubungi Sabahkini.net kesal kerana kesemua Adun, Ahli Parlimen dan pemimpin LDP memboikot Majlis berkenaan; sekaligus menyalakan api permusuhan dengan Ketua Menteri dan Menteri Kabinet yang beragama Islam.

“Tidak ada sebab kenapa mereka tidak boleh hadir walau sesaat kerana mereka sanggup pergi jauh ke Semporna semata-mata untuk menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal,” kata Yakub yang menyifatkan tindakan pemimpin LDP ini seperti sudah terang lagi bersuluh.

Kata Yakub, malah mereka bersama Shafie memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Adun Pantai Manis, Datuk Rahim Ismail; satu-satunya Adun sekutu Shafie Apdal di Sabah; semata-mata untuk menunjukkan bahawa mereka yakin kemimpinan Shafie yang mereka dakwa sebagai ‘Ketua Menteri Dalam Penantian!’

Senario ini kata Yakub menunjukkan pemimpin LDP tidak lagi peka dengan sensitiviti parti komponen BN atau tidak menghormati Semangat Barisan Nasional; kerana semua parti Komponen BN memberikan sokongan padu kepada Ketua Menteri dan Kabinet Negeri Sabah.

“V.K.Liew semakin lupa daratan dan mula mencari dahan rapuh untuk tempat bergantung bagi memanjangkan tali hayat politiknya yang mula membahang kerana bersengketa dengan Umno,” kata Yakub yang tidak menolak kemungkinan LDP akan hilang kesemua kerusi yang mereka tandingi jika terus bersengketa dengan pucuk pimpinan BN Sabah.

Kata Yakub, beliau tidak menolak kemungkinan LDP akan mengikuti jejak langkah Parti Maju Sabah (SAPP) yang keluar dari Gagasan BN kerana tidak percaya kepada Perdana Menteri (Pak Lah); sebagaimana V.K.Liew dan pemimpin LDP yang hilang kepercayaan kepada Ketua Menteri Sabah.

“SAPP lebih bermaruah; LDP memperolehi apa yang mereka tidak patut dapat, tetapi melupakan jasa BN Sabah yang memberi sokongan padu kepada mereka, semata-mata kerana mereka mewarisi dendam kesumat Mantan Presiden LDP, Tan Sri Chong Kah Kiat yang menjadikan Mazu sebagai senjata untuk membalas dendam,” kata Yakub yang meminta LDP segera kembali ke pangkal jalan sebelum disingkirkan atau tersingkir daripada BN.-SK

BERITA BERKAITAN DARI malaysiakini:

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak hairan kenapa pemimpin-pemimpin kanan Parti Liberal Demokratik (LDP) tidak menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dan kabinet negeri di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu baru-baru ini.

Katanya lebih menghairankan apabila pemimpin kanan parti itu dapat pula menghadiri rumah terbuka Aidilfitri di Istana Negeri dan rumah terbuka Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang jauh di Semporna, kemudian bersama-sama ke Papar menghadiri rumah terbuka Adun Pantai Manis Datuk Abdul Rahim Ismail.

"Adakah mereka ini terlalu sibuk dengan komitmen lain atau sengaja boikot acara Ketua Menteri dan kerajaan negeri. Kalaulah sengaja boikot, ia sesuatu yang amat mendukacitakan kerana tidak memberi penghormatan kepada Ketua Menteri dan Kabinet Negeri," katanya.

Ini Punca Jurukamera Bernama TV kena tembak?

Kerajaan Somalia hari ini mengeluarkan laporan lengkap mengenai kematian jurugambar warga Malaysia, Noramfaizul Mohd Nor yang diserang hendap.

Antara yang berada dalam laporan tersebut ialah kekeliruan kumpulan-kumpulan pejuang membezakan bendera Malaysia dengan Amerika Syarikat.

“Kumpulan-kumpulan pejuang di Somalia tidak pernah dengar nama Malaysia. Dan sentimen anti Amerika (Syarikat), sangat tinggi di sini. Kami (kerajaan Somalia) sudah mengeluarkan garis panduan dan amaran mengenai sentimen anti Amerika Syarikat.

Tetapi pihak Malaysia berkeras mahu mempamerkan bendera Malaysia kerana misi ini adalah misi publisiti politik negara mereka.” Jelas jurucakap kerajaan Somalia.

Datuk Zaini Hassan (gambar) menyalahkan pihak penganjur Missi Kemanusiaan Kelab Putera 1 Malaysia

Timbalan Ketua Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan (gambar) menyalahkan pihak penganjur Missi Kemanusiaan Kelab Putera 1 Malaysia ekoran kematian jurukamera BernamaTv, Noramfaizul Mohd. Nor.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan beliau melalui facebooknya, Zaini membandingkan kerja amal luar negara yang dibuat oleh Mercy Malaysia yang tidak pernah kecoh dengan media pun.

"Mercy Malaysia buat kerja amal di luar negara tak kecoh-kecoh pun, tak bawa krew media yang ramai pun, Aalahai...," katanya secara sinis pada laman sesawang FB miliknya semalam.

Kenyataan orang nombor dua media Umno ini dsiarkan oleh Berita Harian.

Berita Harian melaporkan:

Timbalan ketua pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zaini hassan bagaimanapun melahirkan rasa kesal dengan pihak penganjur misi bantuan kemanusiaan yang gagal menyediakan persediaan keselamatan akibat TERLALU MEMENTINGKAN PUBLISITI DARIPADA MEDIA.

"Mercy Malaysia buat kerja amal di luar negara tak kecoh-kecoh pun, tak bawa krew media yang ramai pun, Aalahai...," katanya secara sinis pada laman sesawang FB miliknya semalam.

(Laporan Berita Harian)

Penganjur missi ini adalah Kelab Putera 1 Malaysia yang dipimpin oleh Abdul Azeez Rahim yang juga Ketua Putera Umno.

Missi Kemanusiaan Kelab Putera 1 Malaysia adalah badan yang direstui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Melalui kenyataan Zaini jelas, missi kelab ini bukan sekadar mahu membantu tetapi juga sarat dengan missi politik iaitu untuk publisiti dan kini salah seorang wartawan Malaysia menjadi mangsanya.

Selain Zaini, wartawan kanan Utusan Zulkiflee Bakar, juga mempersalah pihak penganjur kerana gagal membuat kajian terlebih dahulu mengenai sesuatu negara sebelum menghantar bantuan bagi memberikan ruang kepada semua yang terbabit untuk membuat persediaan.

Harakahdaily difahamkan, rombongan ini disertai oleh 54 anggota yang terdiri dari sukarelawan Kelab 1 Malaysia di samping wartawan dari semua media tradisional di samping para blogger Umno.

KELUARGA ALLAHYARHAM MAT INDERA UCAP T.KASIH KEPADA MAT SABU

Assalamualikum... kami bagi pehak keluarga allahyarham Mat Indra mengucapkan berbanyak T Kaseh kpd semua ajk pusat Pas kerana bersusah payah utk membersehkan nama abang saya yang selama ini amat saya tuggu2kan. semoga Allah memberikan segakla kemudahan amin.. Hidup Pas

PEJUANG BANGSA


pesanan ringkas diatas
tanpa suntingan ini
diterima oleh Abang Mat Sabu
pesanan ini dihantar oleh adik Mat Indra
yang bernama Baharum yang tinggal di cheras

DICATAT OLEH TUKAR TIUB

GEMPAR: Najib letak jawatan esok?

GEMPAR: Najib letak jawatan esok?

11:38 PM Dicatat oleh tukanglawan
Label: Gempar, Najib

Tukang lawan dapat satu SMS dari seorang rakan yang mengatakan berita najib akan meletak jawatan mula disampaikan dan sedang hangat disebarkan melalui BBM (sistem pesanan ringkas Blackberry)

Antara lain msg yang disampaikan itu berbunyi seperti berikut.

"BBM aku betalu -talu ni najib resign esok, semua pegawai pm sedang kemas fail."

Kita nantikan apakah berita yang tersebar ini benar, dan jika ini adalah perkara benar esok mungkin akan menjadi satu sejarah. dan apakah wajah lanskap politik malaysia selepas esok...

Adakah BN mampu memperbaiki reputasinya yang semakin tidak diyakini rakyat?

Dan jika benar, atas alasan apakah najib meletak jawatan esok.. ini agak pelik, namun tidak mustahil... mereka harus melakukan sesuatu dan berkorban demi menyelamatkan Umno...

Kerana jika umno tumbang pada PRU13 nanti kesan kepada mereka pasti akan lebih besar dan teruk .. jika difikir logik akal.. tiada perkara mustahil yang akan dilakukan umno untuk terus berkuasa.

sumber:http://tukanglawan.blogspot.com/2011/09/najib-letak-jawatan-esok.html

04 September 2011

Wartawan: Kami tak dibekal jaket kalis peluru, tiada latihan

Oleh Syed Mu’az Syed Putra dan Boo Su-Lyn September 04, 2011


Jurukamera TV3 Agi Saregar (tengah) menunjukkan kecederaan yang dialaminya, selepas tiba di KLIA pagi tadi. — Foto oleh Choo Choy May
SERDANG, 4 Sept — Wartawan Bernama TV Khairulanuar Yahaya yang turut menyertai misi kemanusiaan ke Somalia mendedahkan wakil media tidak dibekalkan dengan jaket kalis peluru sepanjang berada di negara berkonflik itu.
Misi anjuran Kelab Putera 1 Malaysia, yang sepatutnya kembali ke tanah air pada 8 September, terpaksa pulang pagi ini ekoran kematian jurukamera Bernama TV Noramfaizul Mohd Nor, akibat terkena tembakan curi semasa membuat liputan di Mogadishu kelmarin.

Jenazah Noramfaizul dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Universiti Putra Malaysia pada pukul 2.10 petang ini.

Kira-kira 500 orang hadir untuk memberi penghormatan terakhir.

“Kami memang tidak diberikan dengan baju kalis peluru, kalau media negara asing, ada antara mereka yang pakai baju kali peluru (semasa buat liputan).

“Saya tidak tahu mengapa kita tidak dibekalkan, dalam misi-misi sebelum ini juga kami tidak dibekalkan dengan baju kalis peluru,” kata Khairulanuar, yang sudah empat kali menyertai misi kemanusiaan, kepada The Malaysian Insider hari ini.

Jelas beliau, sepanjang berada di Somalia sejak 28 Ogos lalu keadaan di negara itu selamat dan tidak diserang oleh sesiapa.

Bagaimanapun, Khairulanuar yang masih trauma dalam kejadian yang meragutnya nyawa rakannya mengakui terkejut apabila diserang dipercayai kumpulan pengganas.

Katanya, kejadian berlaku dalam sekelip mata dan hanya mengetahui Noramfaizul ditembak selepas seorang wartawan lain menjerit.

“Saya dengar dua das tembakan tapi tidak tahu ditembak ke mana, saya hanya tahu Noramzul ditembak selepas seorang wartawan lain yang turut berada dalam kenderaan menjerit.

“Bunyi tembakan itu sangat dekat... berdesing telinga,” katanya menambah kematian Noramfaizul tidak sia-sia kerana bapa dua anak itu berkhidmat untuk negara.

Sementara itu wartawan Astro Awani Tan Su Lin berkata, mereka tidak diberikan latihan awal untuk berada di zon tidak selamat.

“Kami diberitahu ia sangat bahaya, mengancam nyawa,” katanya kepada pemberita di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang.

“(Tetapi kami tidak dapat) baju kalis peluru... kenderaan kami tidak ditampal dengan tanda media,” katanya.

Wartawan berusia 27 tahun ini berkata misi ke Somalia adalah tugasan pertamanya di zon perang.

“Banyak askar... anda boleh lihat orang membawa AK47 dan anda tidak akan rasa apa-apa. Malam pula anda akan dengar bunyi tembakan,” kata Tan.

Melissa Ong, 27, wartawan NTV7 berkata pasukan misi akan sentiasa diiringi kenderaan bersenjata.

“Sebuah kenderaan akan mengikuti kami dengan M16, AK47. Ada antara kami yang berada dalam kenderaan kalis peluru, kami tukar-tukar,” katanya.

Turut tercedera dalam serangan itu adalah jurukamera TV3 Agi Saregar Mazlan yang cedera di lengan.

Kejadian itu berlaku ketika kru Bernama TV, TV3, Astro Awani dan RTM bergerak dari pusat operasi ke asrama tempat mereka tinggal kira-kira satu kilometer, selepas membuat liputan memberi bantuan kepada mangsa kebuluran di sekitar Mogadishu.

Noramfaizul yang cedera parah di bahu kanan dan paru-paru meninggal dunia pada pukul 11 malam waktu Malaysia selepas menerima rawatan.

Dalam pada itu, laporan Bernama Online menyebut, Bernama akan meneliti semula beberapa prosedur operasi standard (SOP) dalam menghantar wartawan untuk tugasan di luar negara, terutamanya di zon kritikal atau dilanda konflik.

Pengurus Besarnya Datuk Hasnul Hassan berkata selain menyediakan wartawan dengan latihan secukupnya, pertubuhan itu akan turut meneliti aspek keselamatan.

“Kami berkemungkinan perlu melihat bagaimana petugas kami dapat dilindungi dengan sebaik-baiknya. Sekiranya SOP perlu diubah, kami akan mengubahnya selepas berbincang dengan jawatankuasa pengurusan,” katanya.

Hasnul berkata Bernama tidak akan berhenti daripada menghantar wartawan untuk tugasan di luar negara, sambil menambah pertubuhan berkenaan sering menghantar wartawan berpengalaman ke luar negara.

“Ini adalah dasar kami. Bagaimanapun, jika membabitkan keadaan yang sukar, keputusan dibuat atas dasar sukarela,” katanya.

Cadangan SUPP, MCA dan Gerakan keluar BN?

Sebelum ini terdapat desas desus yang menyatakan bahawa pemimpin SUPP telah menemukan rakan sejawat mereka daripada MCA dan Gerakan secara rahsia untuk menentukan sama ada mereka akan dapat membentuk satu gabungan yang baru jika sekiranya ketiga-tiga parti tersebut keluar daripada BN.

Bagaimanapun pertemuan tersebut gagal mencapai sebarang kata sepakat mengenai cadangan keluar BN tersebut kerana masing-masing takut kehilangan kedudukan mereka di dalam kerajaan.

Umno arah parti-parti komponen BN serah kerusi mereka



Sudah ternyata Umno tidak mahu memberi ruang kepada rakan-rakannya di dalam Barisan Nasional (BN) dan kini telah lebih berani menonjolkan kuasa ketuanannya dengan mengarahkan parti-parti komponen BN yang tidak menunjukkan prestasi yang memuaskan pada pilihanraya umum yang lalu agar segera menyerahkan kerusi-kerusi yang diperuntukan itu kepada Umno untuk ditandingi.

Naib-presiden Umno Datuk Mohd Shafie Apdal dengan nada yang keras menyatakan bahawa parti-parti komponen BN perlu rela menyerahkan kesemua peruntukan kerusi-kerusi mereka yang kalah tiga tahun yang lalu dengan alasan bahawa sekiranya Umno bertanding, parti itu akan dapat memenangi kembali kerusi-kerusi tersebut untuk BN.

Selain daripada itu, naib-presiden Umno itu juga menyebut bahawa nasihat beliau kepada parti-parti komponen BN agar menyerahkan kesemua kerusi-kerusi yang kalah dan yang tidak yakin kepada Umno adalah juga berdasarkan semangat perkongsian kuasa di antara satu sama lain di dalam BN.

Nampaknya Umno telah beriah-riah dengan nada bongkaknya menunjukkan kuasa ketuanannya terhadap parti-parti komponen BN dan langsung tidak menghormati kesaksamaan yang sepatutnya ditunjukkan sesama rakan di dalam gabungan BN tersebut.

Jadi apakah gabungan BN ini yang sebenarnya? Hanya Umno yang berkuasa penuh untuk menentukan calon-calon rakan parti-parti komponen BN dan bukannya kepimpinan parti-parti komponen BN itu sendiri.

Sebab itulah kita sering mendengar kenyataan yang dibuat oleh beberapa pemimpin parti komponen BN khususnya daripada MCA, Gerakan, MIC dan PPP yang mengatakan bahawa mereka akan menyerahkan kepada pengerusi BN (selaku presiden Umno) untuk menentukan calon-calon daripada parti mereka.

Nampaknya para pemimpin parti-parti komponen BN langsung tidak mempunyai kuasa penentu di dalam parti masing-masing dan masing-masing dengan mentah-mentah menyerahkan nasib mereka kepada presiden Umno untuk menentukannya.

Pada pilihanraya umum yang lalu, Umno menang 79 kerusi parlimen, sementara Gerakan hanya mendapat 2, LDP 1 kerusi, MCA (15), MIC (3), PBB (14), PBRS (1), PBS (3), PRS (6), SAPP (3), SUPP (6), manakala Upko (3).

Untuk kerusi dewan undangan negeri (DUN) pula, Umno mendapat 239 kerusi, Gerakan (3), LDP (2), MCA (32), MIC (7), PBRS (1), PBS (12), SAPP (5) dan Upko (6). Walaubagaimanapun BN hilang beberapa kerusi parlimen dan DUN apabila SAPP mengambil keputusan nekad untuk keluar daripada BN pada penghujung 2008 yang lalu dengan alasan BN tidak memanfaatkan rakyat jelata di Sabah dan Sarawak.

Sejauh manakah para pemimpin parti-parti komponen BN akan dapat bertahan dengan sikap angkuh dan bongkak yang sering ditunjukkan oleh Umno dan ketuanan mereka terhadap rakan-rakan parti komponen BN ini? Atau mereka ini hanya rela ditindas semata-mata ingin mengekalkan jawatan dan kedudukan mereka di dalam kerajaan?

Krisis dalam Gerakan

Yang paling getir kini adalah presiden Gerakan Dr Koh Tsu Koon yang baru-baru ini menghadapi kritikan yang hebat daripada beberapa bekas pemimpin parti tersebut yang menyatakan kelemahan beliaulah yang telah menyebabkan Gerakan terus ditelan arus perubahan politik sekarang.

Ada di kalangan akar umbi parti tersebut turut menyalahkan Dr Koh dan rakannya di Pulau Pinang, pengerusi jawatankuasa perhubungan negeri Dr Teng Hock Nan atas kekalahan teruk parti di negeri tersebut pada pilihanraya umum yang lalu dan terlalu tunduk kepada desakan serta pelbagai asakan daripada Umno.

Rakan-rakan BN yang lain

Rakan-rakan komponen BN yang lain seperti MCA, MIC, PPP dilihat tidak banyak menghadapi masalah kerana mungkin pemimpin mereka masih kuat dan tidak ada yang berani mencabar ataupun mereka ini telah berjaya mengekang sebarang tentangan yang bakal tercetus di dalam parti masing-masing.

Komponen-komponen BN di Sarawak juga dilihat tidak banyak bermasalah, kecuali PRS dan SPDP yang sering bersaing sesama sendiri, manakala SUPP yang kini dilanda krisis kepimpinan ekoran kekalahan teruk dalam pilihanraya negeri yang lalu bakal mengadakan persidangan perwakilannya tidak lama lagi yang akan melihat kesemua jawatan utama di dalam parti tersebut akan dipertandingkan.

Di Sabah pula, Umno dilihat tidak menghadapi sebarang saingan, kerana komponen BN kedua terbesar PBS masih tunduk kepada kehendak Umno. PBRS and LDP pula adakala menunjukkan ketidak puashati mereka terhadap pucuk pimpinan BN negeri di dalam beberapa isu dan cadangan pengagihan kerusi dan jawatan-jawatan kerajaan.

Sampai bilakah kesemua parti-parti komponen BN ini rela tunduk kepada ketuanan Umno sehinggalah sanggup kehilangan taring dan maruah masing-masih? Terpulanglah kepada diri mereka masing-masing. -mc

PKR kecam hipokrasi Umno-BN dalam isu Mat Sabu, Uighur

KUALA LUMPUR, 4 Sept — PKR mengecam Umno-BN memperlihatkan sikap hipokrit dengan menyerang Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sebagai simpatisan komunis sedangkan Putrajaya telah menghantar 11 pelarian Islam Uighur yang mencari perlindungan pulang ke negara komunis China.

Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad (gambar) berkata, partinya secara keras mengutuk sifat hipokrit Umno-BN dan pelanggaran hak asasi manusia.

“Ketika umat Islam sedang meraikan Hari Raya Aidilfitri dan Utusan Malaysia-milik Umno menyerang Mohamad Sabu sebagai simpatisan-komunis berikutan kenyataannya tentang insiden Bukit Kepong, kerajaan Malaysia telah menghantar 11 pelarian Islam Uighur yang mencari perlindungan pulang ke China,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Etnik Uighur adalah orang Islam dari wilayah Xinjiang di China, katanya sambil menambah, kerajaan Malaysia memberi alasan tindakan diambil memandangkan 11 orang itu terlibat dalam sindiket pemerdagangan manusia.

“Agensi Pelarian PBB (UNHCR) telah menyatakan lima lagi yang masih ditahan telah memohon status pelarian dengan UNHCR dan agensi tersebut telah meminta untuk bertemu dengan kesemua 16 pelarian Uighur tersebut.

“Tetapi permohonan UNHCR tersebut telah ditolak dan UNHCR telah melahirkan kekesalan mereka terhadap keputusan kerajaan Malaysia tersebut,” katanya.

Kata beliau, Human Right Watch (HRW)juga telah mengutuk tindakan kerajaan memulangkan 11 pelarian Uighur tersebut dan mendesak agar kerajaan tidak memulangkan lima orang yang masih lagi ditahan di Malaysia. “Memulangkan mereka kepada kerajaan komunis China mendedahkan mereka kepada risiko serius diseksa.

“Kerajaan China secara berterusan telah menganggap permintaan penggunaan bahasa Uighur serta mengamalkan agama Islam sebagai keganasan, pemberontakan dan penderhakaan. OIC yang turut dianggotai Malaysia telah menyeru agar China mengatasi masalah asas penindasan masyarakat Uighur,” kata beliau.

HRW telah mendedahkan bahawa China telah menekan negara-negara seperti Malaysia, Thailand dan Pakistan untuk memulangkan pelarian Uighur.

“Trend ini bermula di Kemboja pada 2008 ketika negara tersebut dipaksa memulangkan 20 orang Uighur yang dilindungi oleh UNHCR termasuk seorang wanita hamil dan dua anak kecil ke China.

“Di Amerika Syarikat, Perwakilan Republikan Chris Smith dan Senator Demokrat Sherrod Brown, yang mempengerusikan bersama Suruhanjaya Ekskekutif Kongres mengenai China juga telah mengutuk tindakan Malaysia terhadap pelarian Uighur tersebut,” katanya.

Kata Nik Nazmi, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar. mendakwa bahawa pelarian Uighur itu terlibat dalam aktiviti pemerdagangan manusia.

“Namun mengapakah mereka tidak didakwa di bawah Akta Anti Pemerdagangan Manusia tetapi dipulangkan ke China?

“Mengapakah Malaysia membenarkan campur. tangan kerajaan komunis China di dalam isu yang bukan sahaja melibatkan hak asasi manusia tetapi nasib umat Islam yang kononnya diperjuangkan Umno selama ini?” Kata Nik Nazmi sambil berkata, “malang sekali bukti terbaru kelemahan pentadbiran pimpinan Datuk Seri Najib Razak berlaku bukan sahaja ketika umat Islam sedunia sedang meraikan Hari Raya tetapi ketika rakyat Malaysia meraikan Kemerdekaan negara.”

Justeru kata beliau, pihaknya mendesak Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein untuk menjelaskan dengan serta-merta serta menjamin bahawa lima orang pelarian Uighur yang masih ditahan di Malaysia dilayan sebagai pelarian sah mengikut undang-undang dan amalan antarabangsa.

03 September 2011

SEPTEMBER: NAJIB KIAN PANAS...!!

Scorpene-Altantuya: Pendedahan berani dari London bulan ini
votes)

Barisan peguam dari Perancis yang menyisat samada syarikat gergasi DCN membayar sejumlah besar wang dalam bentuk komisen dan imbuhan kepada pegawai atasan Malaysia termasuk PM Najib Razak akan member lapuran terkini berkenaan kes tersebut di London pada akhir bulan Sept ini.
Walaubagaimana pun, masih kurang jelas samada William Bourdon, yang diusir keluar dari Malaysia Julai lepas terlibat dalam pasukan yang menghadirir majlis ‘fundraiser’ yang dianjurkan oleh badan bukan kerajaan Suaram atau Voice of Malaysia, menurut pengarah Cynthia Gabriel, seorang lagi peguam terkenal Perancis iaitu Joseph Breham akan berada di London.

Breham dijangka mengambil alih dari Bourdon yang terpaksa berhenti selepas diusir. Breham nungkin akan mendedahkan secara terperinci rahsia yang diperolehi hasil siasatan kes tersebut. Rakyat Malaysia yang mengikuti kes kompleks tersebut menjangka kan yang pihak peguam akan mengesahkan bahawa pihak ketiga yang terbang bersama Razak Baginda dan Altantuya Sharibu ke Macau dan Hongkong ialah Najib.

Pendedahan tersebut akan meruntuhkan langit politik Najib, yang mana kedudukan rating popularitinya menurun 6% ke 59% dalam tempoh 3 bulan.

“Kejatuhan angka rating tersebut agak serius dan mempunyai kesan kepada UMNo dan BN untuk mengambil perhatian dan membuat tindakan segera. Sebagai pemimpin kerajaan, mereka haruslah menyiasat sebab musabab penurunan ini,kenapa rakyat tidak gembira. Hal ini bukan sesuatu yang hanya perlu untuk kesejahteraan politik mereka tetapi sebagai pemimpin yang bertanggungjawab yang dipilih oleh rakyat untuk menguruskan negara ini.kata Presiden transparency Malaysia,Ramon Navaratnam kepada Malaysia Chronicle.

Langit politik runtuh

Musuh-musuh politik Najib menunggu saat nya sahaja untuk menjatuhkan Najib. Sebarang pengesahan berkaitan Altantuya akan member peluang bagi mereka untuk membuat undi tidak percaya terhadap beliau walau pun beliau telah melafazakn sumpah dihadapan Al Quran yang beliau tidak kenal wanita tersebut.

Wanita jelita 28 tahun itu didakwa sebagai teman rapat kedua najib dan Razak . Wanita itu dibunuh di Malaysia dalam tahun 2006, dan 2 bekas pengawal peribadi najibtelah dihukum gantung sampai mati kerana membunuh wanita itu, walaupun kedua mereka tiada motif untuk bebuat demikian. Pegawai2 US dalam nota diplomatik mereka yang didedahkan di WikiLeaks mensidatkan perbicaraan terhadap kedua pengawal tersebut sebagai berat sebelah.rakyat Malaysia sendiri percaya kedua pengawal tersebut diarahkan untuk membunuh bagi mengelakkan dari wanita itu mendedahkan berkenaan komisen yang diambil oleh DCN.

Kedua –dua Bourdon dan Breham, yang merupakan peguam hak asasi terkemuka Perancis, dilantik oleh Suaram untuk menyiasat jika pembayar cukai telah di tipu secara tidak adil dan berlebihan oleh DCN.dalam proses siasatan tersebut, mereka perlu memeriksa urusaniaga antara baginda dengan DCN dan dipercayai mereka telah Berjaya negesan tiket penerbangan dan dokumentasi perjalanan yang menunjukkan pejalanan yang dibuat oleh Altantuya,Baginda dan lelaki ketiga misteri utnuk menjalankan urusan perniagaan DCN.

Keadaan menjadi kabur di Malaysia

Bourdon yang di usir secara mengejut dari Kuala Lumpur pada akhir Julai,dijadualkan untuk member kenyataan berkenaan pada peringkat kedua ‘ fundraiser’.Pengusiran beliau menimbulkan tandatanya dan berita tersebut tersebar luas.

Ini adalah satu kerajaan,walaupun mereka membelanjakan jutaan ringgit untuk perhubungan media dan perunding pengurusan yang sentiasa silap langkah dan menjerat diri.pengusiran peguam Perancis tersebut ialah contoh terbaru.Sekarang, buat pertama kalinya, semua perkara yang panas berkenaan skandal tersebut, termasuklah model yang di bunuh oleh pengawal peribadi PM-di siarkan dalam Washington Post.Hal ini menambahkan tandatanay kepada masyarakat. Kerajaan apakah yang ada Malaysia ini?Adakah Najib ini sebenar benar seperti yang beliau ingin gambarkan tentang diri beliau? Kata John Malott bekas duta AS ke Malaysia kepada Malaysia Chronicle.

Kementerian pertahanan Malaysia membeli 2 buah kapal selam Scorpene dan sebuah Agosta pada tahun 2002.Najib,menteri pertahanan ketika itu, terlibat dalam urusaniaga terebut yang ditentang hebat oleh pendapat umum kerana kos yang tinggi dan ketidaksesuaian kapal2 tersebut.Sehingga kini, masyarakt mensyaki bahawa kerajaan Malaysia masih melindungi fakta berkenaan kos sebenar urusniaga tersebut, terutamanya kos selenggaraan jangka panjang .
Kos yang paling hebat dipertikaikan ialah RM570 juts selanggaraan sokongan yang ditandatangani dengan Perimekar, sebuah frima berkaitan dengan baginda,yang juag bertindak sebagai perunding dalam hal ehwal jual beli kerajaan.

Kehadiran Rosmah dan rayuan Suaram untuk sumber kewangan

Pendedahan terbaru dari US atau nota diplomatic juga menimbulkan kesangsian terhadap dakwaan bahawa isteri Najib, Rosmah hadir di lokasi pembunuhan bersama dua pengawal tersebut. Bagaimanapun, berita tersbeut tidak menyatakan bahawa beliau bersih dari sebarang pembabitan dan melapurkan rakyat Malaysia tidak mempunyai kepercayaan terhadap integriti badan yang menyiasat kes pembunuhan Altantuya.

Di Perancis, membayar komisen utnuk mendapatkan sesuatu kontrak adalah salah di sisi undang-undangdan inilah sebabnya Suaram telah memulakan satu tindakan guaman terhadap DCN di Paris, selepas gagal mendapatkan kerjasam kerajaan Malaysia dan pihak berkuasa anti rasuh untuk menjalankan siasatan.
Setakat ini, Suaram telah emnganjurkan 3 majlis bagi mengumpul dana bagi membayar yuran guaman ,jamuan makan malam di London ialah majlis yang ke empat.Bagaimanapun, menurut CCynthis, badan bukan kerajaan tersebut masih jauh dari sasaran kutipan dana dan memerlukan lebih dana lagi bagi membolehkan tindakan guaman tersebut berjalan lancar.

POPULARITI NAJIB NAIK MENDADAK 95%

Mesej Aidilfitri: PAS pertikai slot ‘bersejarah’ untuk Rosmah

KUALA LUMPUR, 3 Sept — PAS mempertikaikan slot ucapan Aidilfitri istimewa dan berturut-turut untuk isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menerusi media elektronik sambil menegaskan, perkembangan sedemikian tidak pernah berlaku di Malaysia sebelum ini.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, “sebelum ini, tidak ada mana-mana isteri Perdana Menteri yang mendapat slotnya sendiri untuk memberikan ucapan sempena Hari Raya.”

“Sebelum ini, hanya Perdana Menteri mendapat slot seperti itu,” kata beliau dipetik Harakahdaily.

Pandangan sedemikian juga diketengahkan oleh beberapa pihak termasuk kepimpinan Pakatan Rakyat menerusi ruang media sosial Twitter sejak hari pertama Aidilfitri.

“Rosmah adalah orang pertama dalam sejarah yang mendapat slot khas untuk memberikan ucapan sempena Hari Raya selain Perdana Menteri,” kata Mahfuz lagi.

Ahli Parlimen Pokok Sena ini berkata, ia adalah paling istimewa untuk seorang isteri Perdana Menteri kerana ia tidak pernah berlaku sebelum ini.

Katanya, usaha itu diambil kemungkinan untuk menceriakan kembali tahap penerimaan terhadap Datuk Seri Najib Razak yang merudum teruk.

Hasil kajian Merdeka Center yang dikeluarkan Isnin lalu menunjukkan populariti semasa Najib telah merosot sehingga 59 peratus berbanding 72 peratus Mei 2010.

“Mungkin bila slot ucapan hari raya Najib dan slot yang khusus untuk Rosmah dipaksa berkali-kali kepada mereka yang menonton TV sepanjang Hari Raya, tahap puas hati kepada Najib akan naik 95 peratus,” katanya.

Mahfuz berkata beliau tidak menolak kemungkinan Rosmah sendiri yang memaksa supaya diberikan slot khas untuk dirinya yang disiarkan berturut-turut sejak 1 Syawal.

“Maklumlah kuasanya besar sebagai isteri Perdana Menteri,” kata beliau, dilihat merujuk kepada cakap-cakap bahawa Rosmah lebih berkuasa daripada Najib selaku Perdana Menteri dan Presiden Umno. Najib juga merupakan Pengerusi Barisan Nasional.

Jika benar Rosmah yang memaksa supaya diberikan slot khas itu kepadanya, Mahfuz tidak menolak kemungkinan isteri Perdana Menteri itu menuntut slot sedemikian untuk memuaskan kehendaknya sendiri.

Dengan sinis, Mahfuz juga dipetik berkata, beliau sangat berharap orang ramai tidak merasa loya apabila tidak henti-henti dipaksa menonton slot-slot ucapan mereka.

02 September 2011

Utusan guna propaganda Hitler tutup kemewahan Rosmah

Cincin RM24 juta: Utusan guna propaganda Hitler tutup kemewahan Rosmah

KUALA LUMPUR: Utusan Malaysia meniru corak propaganda Hitler bagi menyebar maklumat berita palsu demi menutup kecurangan pimpinan Umno atau ahli keluarga mereka, kata Penyelaras

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Johor, Ahmad Anwar Asyraf.

Pada kenyataan media, beliau menganggap Utusan meniru pendekatan Joseph Goebbels, seorang Menteri Propaganda Hitler yang terkenal dengan prinsip ‘The Big Lie’.
“Apakah Utusan pengkagum Joseph Goebbels? Prinsip The Big Lie ialah sesuatu fitnah diulang berkali-kali, akhirnya akan dipercayai rakyat jelata?

“Seolah-olah hilang jati diri dalam membentuk fikrah rakyat, khususnya orang Melayu. Lihatlah berapa banyak orang kampung ditipu Utusan Malaysia, katanya.
Beliau merujuk isu Datin Seri Rosmah Mansor membeli cincin RM24 juta, beliau berkata, akhbar kawalan Umno itu membuat laporan menggesa SAMM membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Sedangkan SAMM sudah membuat aduan kepada SPRM pada 13 Julai 2011 tetapi disenyapkan Utusan Malaysia,” katanya.
Bahkan, beliau berkata, Utusan umpama ‘pencuri di siang hari’ apabila melenyapkan berita tuntutan siasatan ke atas Rosmah berkaitan sumber kewangan untuk membeli cincin berkenaan.
Pada 30 Ogos lalu, Utusan melapor kenyataan Anuar Shaari yang mencabar Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shahrin supaya membuat kenyataan bersumpah berhubung pembelian cincin itu.

“Mustahil Utusan tak tahu Chegubard sudah buat laporan kepada SPRM. Utusan tanpa segan silu terus sebar berita tidak benar semata-mata mahu menutup pekung pimpinan pemerintah.
Pada 16 April lalu, Badrul Hisham mendedahkan maklumat berkaitan cincin berlian dikenali sebagai ‘Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond’ dibawa melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Mengikut Chegubard, bukti pembelian cincin diperolehi melalui skrin sistem maklumat Kastam Diraja Malaysia (KDRM) yang tertera nama Rosmah sebagai pengimport.
Padanan yang dibuat SAMM mendapati kebanyakan perhiasan Rosmah adalah dari Jacob & Co, syarikat sama yang ditempah untuk menyiapkan cincin berkenaan.

MB KEDAH MASIH USTAZ AZIZAN

PAS tiada hasrat gugurkan Azizan sebagai MB

PAS menafikan kepimpinan parti itu berhasrat untuk menggurkan Datuk Seri Azizan Abdul Razak

sebagai menteri besar Kedah, sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar The Star, hari ini.

“PAS tiada hasrat untuk menukarkan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, dan dengan ini secara tegas menafikan berita sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar The Star, September 2 dalam satu berita bertajuk Azizan resists PAS leadership's moves to replace him tulisan Joceline Tan.

“Bahkan perkara ini tidak pernah dibincang dalam mana-mana mesyuarat di peringkat tertinggi parti, samada dalam mesyuarat Jawatankuasa Harian atau Mesyuarat Lujnah Politik parti,” kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (kiri) dalam satu kenyataan media.

Dalam laporan itu, akhbar milik MCA tersebut berkata presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang dijadualkan menghadap Sultan Kedah berhubung langkah bagi menggantikan Azizan yang dikatakan tidak sihat akibat serangan sakit jantung, bulan lalu.

Menurut akhbar itu lagi, di sebalik tekanan daripada kepemimpinan pusat PAS, Azizan dikatakan cuba membantah dan mendakwa beliau masih sihat untuk meneruskan tugasnya sebagai menteri besar.

Antara nama-nama yang disebut-sebut oleh The Star sebagai bakal menggantikan Azizan, termasuk tiga ADUN kanan iaitu Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi (Pengkalan Kundor), Datuk Amiruddin Hamzah (Anak Bukit) dan Datuk Mohamad Taulan Mat Rasul (Tokai). Semua mereka adalah juga ahli exco kerajaan negeri.

Mengulas isu berkenaan, Tuan Ibrahim berkata PAS melihat tindakan berkenaan sebagai usaha melaga-lagakan kepimpinan PAS oleh pihak-pihak tertentu kerana melihat perpaduan yang kukuh dalam PAS.

“Menjelang pilihan raya umum akan banyak isu yang sengaja ditimbulkan oleh musuh bahkan akan ada pula perisytiharan keluar parti beramai-ramai sebagai petanda pilihan raya umum bertambah hampir.

“Sekiranya ada perkara penting sebagaimana yang dilaporkan, tentulah ia akan dibawa dalam mesyuarat penting parti,” katanya.

Sehubungan itu, Tuan Ibrahim menyeru seluruh ahli dan penyokong Pakatan Rakyat agar mendapatkan maklumat parti melalui saluran rasmi agar tidak terperangkap dengan mainan musuh.

Azizan pada 1 Ogos lalu dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur untuk menjalani rawatan serta pemeriksaan jantung.

Beliau dilaporkan tidak menjalani sebarang pembedahan tetapi melakukan imbasan MRI (Pengimejan Resonans Magnetik) serta saringan kesihatan yang lain.

Bagaimanapun, pegawai khas beliau, Muzaini Azizan berkata Azizan dikehendaki berehat di IJN bagi menstabilkan tekanan darah tingginya di samping mengawal paras gula dalam kandungan air kencing.-mk

MAMPUKAH PR SABAH MENGAMBIL KESEMPATAN KECELARUAN LDP

V.K.LIEW CUBA NASIB DI KKLW?

Oleh : CITRA MASADI(SK)

POLEMIK antara Parti Liberal Demokratik (LDP) yang berseteru dengan Pengerusi Barisan Nasional Sabah disambut baik oleh Pakatan Rakyat sebagai formula terbaik untuk menawan banyak kerusi LDP dan UMNO pada pilihanraya umum akan datang di Sabah.

Sebelum ini ruang dan peluang tidak tersedia kerana perpaduan erat di kalangan pemimpin BN di Sabah, namun sejak Timbalan Presiden LDP, Datuk Chin Su Phin dan kini Presiden LDP, Datuk Liew Vui Keong bersengketa dengan Pengerusi BN Sabah, maka Pakatan Rakyat mempunyai peluang untuk menggempur BN di setiap sudut; terutama menumpukan serangan kepada LDP dan merampas semua kerusi yang diwakili dan bakal diwakili LDP.

Memang diakui semua pemimpin LDP yang sedia ada pada hari ini ialah Pemimpin Autokratik iaitu yang dilantik oleh pucuk pimpinan terdahulu dan bukan dipilih oleh ahli atau perwakilan parti; sekaligus menunjukkan LDP dipenuhi ahli ‘Hantu’ malah dipimpin oleh Pemimpin ‘Hantu’ yang membelakangkan Perlembagaan Parti.

Peranan LDP sama seperti ditubuhkan iaitu untuk melumpuhkan sokongan masyarakat Cina terhadap Parti Bersatu Sabah; malah kini menjadi pengacau kepada parti komponen yang mewakili masyarakat Cina; tetapi mempunyai serampang dua mata iaitu memastikan Pengerusi BN Sabah tersingkir dan melonjakkan Naib Presiden UMNO, Datuk Shafie Apdal ke tampuk kuasa Kerajaan Negeri.

Buktinya, Chin Su Phin telah memperolehi kontrak lebih RM500 juta daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), bukan untuk LDP tetapi sebagai dana pilihanraya dan upah untuk melancarkan perang saraf dan menggempur Pengerusi BN Sabah dari dalam dengan mencipta pelbagai polemik.

Kejayaan Chin Su Phin ini dicemburui V.K.Liew yang kini mengorak langkah yang sama dan seiiring kerana bimbang jawatannya direbut pada pilihan pucuk pimpinan parti LDP yang masih tertunda sehingga ke hari ini.

V.K.Liew mencuba nasib untuk mendapatkan habuan daripada Shafie Apdal dengan mencipta sengketa dengan Musa Aman; mendapat dana untuk LDP yang semakin kering dan menutup rungutan 26 Bahagian LDP yang semakin tidak puas hati kerana Chin Su Phin dan V.K.Liew hanya menjaga kroni mereka; tetapi membiarkan bahagian tercungap-cungap bagaikan ikan kena tuba.

Mengikut maklumat dalaman LDP, sekurang-kurangnya 16 Bahagian LDP telah memulakan perang dingin menolak kepimpinan V.K.Liew dan Chin Su Phin dan jika hasrat mereka tidak dilayan, kemungkinan besar 16 Bahagian LDP akan dibubar dan mereka akan menyertai Parti Komponen BN lain di Sabah, terutama parti berbilang kaum.

Peluang inilah yang harus dilihat oleh Pakatan Rakyat untuk menggempur BN dan sekurang-kurangnya dapat menawan 15 kerusi DUN dan lapan kerusi Parlimen majoriti Cina untuk mengurangkan dominasi BN di Sabah.

Walaupun berdasarkan rekod, senario ini tidak menjanjikan sebarang peluang kerana segala kemungkinan boleh terjadi terutama politik wang yang berleluasa, pengundi hantu, salah guna kuasa dan adu domba BN; namun membuka ruang yang terbentang luas kepada Pakatan Rakyat untuk menggembleng usaha secara bersepadu; kerana LDP mudah ditumpaskan tanpa sokongan UMNO dan BN.

Chin Su Phin dan V.K.Liew adalah lowongan terbuka bagi Pakatan Rakyat merampas kerusi LDP dan dominan Cina kerana rekod buruk LDP di semua kawasan yang mereka wakili; terutama setelah sengketa dimulakan oleh Mantan Presiden LDP, Tan Sri Chong Kah Kiat dalam isu Patung Dewi Laut Mazu.

Terima kasih LDP, terima kasih Chin Su Phin dan terima kasih V.K.Liew kerana memberi peluang kepada Pakatan Rakyat untuk merampas kerusi berkenaan dan membolehkan Pakatan Rakyat berkhidmat dengan jujur kepada rakyat sebagaimana telah dibuktikan di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan

01 September 2011

`MALAM IRAN` dengan memberi sogokan kepada polis

Malaysia pilihan pelarian Iran, tapi bukan ‘utopia sempurna’ disangka
Oleh Melissa Chi

KUALA LUMPUR, 1 Sept — Beribu-ribu rakyat Iran kini tinggal di Malaysia untuk menghindari kepimpinan keras rejim Tehran dan mula melihat negara ini sebagai utopia bagi mereka. Bagaimanapun menurut mereka, negara pilihan ini juga menyaksikan beberapa kecacatan dan kekurangan.

Semalam, majalah Time melaporkan bahawa Malaysia menjadi lokasi “terkenal untuk terjun dari Iran, demikian menurut kata-kata hos GEM-TV Abed Randamiz.

Katanya, Malaysia merupakan salah satu daripada tiga negara yang memberi visa dengan mudah. Dua negara lain ialah Turki dan Turkmenistan.

GEM-TV, stesen satelit milik persendirian, berpejabat di Dubai, membawa dunia moden ke Iran dari sebuah stesen penyiaran di Malaysia.

Mengikut laporan Time, kira-kira 60 orang rakyat yang berada dalam buangan terlibat dalam stesen yang beroperasi dari Mont Kiara, dekat Kuala Lumpur, mengalih suara program seperti drama lipur lara Brazil, kartun-kartun Jepun dan muzik Amerika ke dalam bahasa Parsi.

Warga Iran masuk dalam kumpulan-kumpulan kecil tetapi mengalami pertumbuhan dengan cepat sejak kebelakangan ini.

Pada masa sekarang terdapat sekitar 60,000 rakyat Iran yang belajar, bekerja atau menunggu mendapatkan visa.

Malah terdapat juga sejumlah kelab yang mengkhususkan satu hari dalam seminggu dengan nama “Malam Iran” — menyajikan deejay dan muzik Iran.

“Rakyat Iran ada pegangan dalam 2,000 bisnes di Malaysia dan memiliki 15,000 tempat di universiti-universiti di Malaysia. Kedatangan pelancong dari Iran meningkat 14.3 peratus kepada 116,000 orang tahun lalu,” lapor Time.

Tambahan pula, perkataan-perkataan asal bahasa Parsi wujud dalam kamus Bahasa Melayu sejak dahulu lagi, antara dewan dan anggur.

“Kebanyakan rakyat Iran di Malaysia selesa dengan hidup, yang bebas daripada tekanan ideologi dan daripada, dalam satu perkataan mereka dalam buangan, memberi sogokan kepada polis setiap jika anda mahu mengadakan majlis keramaian.’ Malaysia menjadi pangkalan kepada kekerapan Disko Malam Parsi dan konsert-konsert menyerlah yang disampaikan oleh penyanyi-penyanyi terkenal — satu pada awal tahun ini termasuk yang menggambarkan perasaan menentang rejim semasa — ketika Tahun Baru Iran pada Mac lalu,” kata majalah itu.

Bagaimanapun Time menekankan kehidupan bagi rakyat Iran tidak bebas daripada halanagn dan kekangan.

Katanya, ramai termasuk Ali Manafi, seorang pengendali kanan sebuah radio yang meninggalkan negaranya dengan penuh risiko baru-baru ini, menyifatkan mereka juga “letih” dengan peraturan-peraturan agama.

“Aspek spiritual adalah (soal) peribadi seseorang,” katanya.

“Di sini ada begitu banyak masjid dan imam. Hanya beberapa sahaja mengalu-alukan Muslim Syiah,” katanya lagi.

Aktivis Iran juga berhadapan dengan layanan kasar ekoran protes politik mereka. Lima pemimpin pelajar Iran ditahan kerana membawa lilin memperingati penunjuk-penunjuk perasaan yang terbunuh di Iran. Pada 2009, protes ke atas pilihan raya Iran di pekarangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berakhir dengan gas pemedih mata. Bagaimanapun kebanyakan aktivis berkata mereka menjauhkan diri daripada perhimpunan Bersih 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu, yang berlangsung pada ulang tahun ke-12 salah satu protes terbesar di Iran.

Beberapa rakyat Iran memberitahu majalah Time, penduduk tempatan memandang serong ke atas mereka, antara lain disebabkan oleh penangkapan 15 warga Iran berhubung kes menyeludup masuk dadah tahun lalu dan beberapa yang lain menyusul.

Bilangan rakyat Iran yang ditangkap berhubung isu dadah mengalami peningkatan ketara sejak itu. Seramai 138 orang ditahan sejak Januari hingga Oktober lalu berbanding 16 orang pada keseluruhan tahun 2009.

“Rakyat Iran berfikiran kotor, mereka datang ke sini untuk minum dan membawa dadah,” keluh seorang pemandu teksi Melayu dipetik Time.

“Sudah pasti prejudis wujud di kedua-dua sebelah,” tulis Time sementara Randamiz mendakwa Malaysia sebuah negara yang muda berbanding Iran yang mempunyai sejarah kebudayaan 2,500 tahun.

Safineh Motlaq, seorang wartawan foto, yang menjelaskan kebudayaan Malaysia kepada rakyat Iran dalam majalah tempatan Monograil, menganggap Malaysia sebagai “utopia paling rapat saya temui.”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...