07 Mei 2009
SEJARAH HITAM!!! NEGERIKU
Pada hakikat ada persidangan, kerana perintah awal tidak diikuti maka kami menghormati perintah Speaker.Bagaimana hak Speaker tidak dipatuhi dan dirampas. DUN Perak telah dilacur dengan begitu dasyat dengan kerja yang keji dengan menggunakan orang luar.
Kami menghormati Raja Muda dan saya dititah oleh Tuanku mahu bekerja dengan Pakatan Rakyat, apa yang BN buat usul dalam dewan semua itu tidak laku dan sah kerana telah ditolak sejak semalam lagi.
Apa yang dibuat oleh BN iaitu menidakkan Speaker telah menghina dewan cukup mengaibkan. Kemasukan orang luar satu tindakan yang tidak bertamadun.Saya iringi Tuanku keluar dan Tuanku mengatakan Baginda mahu bekerja dengan Pakatan Rakyat.BN meletakkan orang yang haram jadi Speaker. Sidang hari ini tiada dan tidak sah.Terima kasih kepada semua media yang bekerjasama dengan baik.Kita mahu DUN Perak dibubarkan, kerana kerajaan sekarang tidak sah
Ketika tumpuan seluruh negara terarah ke Perak di mana kemelut politik sedang berada di kemuncak, tiba-tiba dikejutkan pula berita wakil rakyat Barisan Nasional (BN) akan meninggalkan parti mereka di beberapa tempat.
Kalau sebelum ini ramai mempersendakan agenda 16 September 2008, yang berakhir tanpa kenyataan.
Namun situasi yang berlaku sekarang tidak dapat dinafikan begitu sahaja.
Ramai melihat pergolakan rumah tangga Umno menjadi faktor penolak dari dalam. Keadaan menjadi lebih cepat apabila ada faktor penarik pula dari luar Umno.
Krisis keyakinan yang melanda Umno di Terengganu tiada penghujungnya biar pun Dato' Seri Hishamuddin Hussien dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Negeri.
Menurut sumber pelucutan jawatan Dato' Ahmad Said sebagai pengerusi perhubungan sebelum ini dikatakan ada hubungkait dengan peranan dimainkan bekas Menteri Besar, Dato' Seri Idris Jusoh.
"Biar pun Ahmad dilantik sebagai timbalan pengerusi perhubungan namun hakikatnya kuasanya dikurangkan sedikit demi sedikit.
"Tanpa mengambil kira pelantikan Menteri Besar sekarang atas kehendak istana sudah tentu kedudukan Ahmad tidak lagi selamat," katanya di sini.
Namun kata beliau apa yang jelas berlaku di Terengganu sekarang Idris sudah mempunyai ruang untuk bangkit semula dengan pelantikan Hishamuddin.
Bagaimanapun Menteri Besar sekarang tidak akan membiarkan pengaruh Idris menular jauh seperti berlaku insiden pemulauan persidangan Dewan Undangan Negeri di kalangan Adun BN baru-baru ini.
Kata sumber terbabit berdasarkan kepada segala kemungkinan itu Ahmad boleh bertindak lebih jauh dan mungkin ia menyerupai apa yang berlaku di Perak sekarang.
Cuma yang membezakan krisis di Perak berlaku di antara parti yang berlainan, Pakatan Rakyat dan BN, sebaliknya di Terengganu pertembungan berlaku sesama Umno.
Semalam Naib Presiden, Dato' Husam Musa mendedahkan ada Adun BN menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti lama bagi memperkukuhkan Pakatan Rakyat.
"Kita sedang berunding dengan wakil rakyat berkenaan dan setakat ini Alhamdulillah ada reaksi positifnya untuk menyertai PAS. Mereka sudah melihat kemampuan PAS untuk mengganti Umno sebagai tunggak utama orang Melayu dan Islam di negara ini," katanya.
Sumber lain pula menyebut pergolakan dalaman Umno kini sudah merebak ke banyak negeri kerana wujud pertembungan secara senyap di antara kumpulan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Dato' Seri Najib Razak.
Pelantikan Dato' Mustapa Mohamed sebagai pengerusi Perhubungan Umno Kelantan dianggap sebagai proses 'kitar semula' semata-mata bagi melenyapkan pengaruh Abdullah di negeri ini.
"Saya yakin Tan Sri Annuar Musa dan kumpulannya tidak akan duduk diam dan pastinya akan berlaku pertembungan di Kelantan.
"Dan tidak dapat ditolak peristiwa lama di mana Mustapa pernah dipulau ketua-ketua bahagian yang pernah berlaku ketika beliau mengetuai Umno Kelantan akan berulang kembali," ujarnya
Posted by pemuda cheh
| DUN Perak: Nazrin masuk dewan |
| dari malaysiakini |
| Persidangan DUN Perak yang dinanti-nantikan - menentukan hidup mati secara rasmi pentadbiran menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan kestabilan kerajaan pencabarnya Datuk Zambry Abd Kadir - bermula seawal subuh hari ini apabila sekumpulan penyokong PAS mengadakan solat hajat di Manjoi, beberapa kilometer dari pusat bandar Ipoh. Berikut perkembangan terkini di Perak: 3.15pm Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah berangkat masuk ke dewan untuk majlis rasmi pembukaan persidangan DUN. Baginda kemudian bertitah kepada Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin (PAS-Pasir Panjang) dan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Sitiawan). Mohamad Nizar kemudian menyeru semua ADUN Pakatan agar duduk dan mereka semua kembali di tempat masing-masing. 3.13pm V Sivakumar dibawa oleh kumpulan polis dari dalam dewan ke satu tempat yang tidak didedahkan. Hanya isteri beliau dibenarkan berjumpa ADUN DAP itu. 3.12pm Kenderaan rasmi Speaker DUN V Sivakumar jenis Toyota Camry dengan nombor pendaftaran AFD 999 kelihatan keluar dengan seorang penumpang wanita tetapi ADUN DAP itu tidak berada di dalamnya. 3.10pm R Ganesan, speaker baru lantikan BN, memulakan persidangan dewan dengan meminta seorang pegawai DUN membacakan doa. Beliau juga mengarah keluar dua ADUN Pakatan - Chan Ming Kai (PKR-Simpang Pulai) dan Chang Lih Kang (PKR-Teja) - tetapi mereka enggan. Speaker itu kemudian menangguhkan dewan bagi menunggu keberangkatan tiba Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah. 2.55pm Kumpulan "pegawai" mengelilingi tempat duduk Speaker - kini diambil alih oleh R Ganesan - untuk mengawal keadaan. 2.41pm Sekumpulan lelaki berjaket, dengan tag nama "pegawai", yang dilaporkan anggota polis mengheret V Sivakumar dan memaksanya keluar dewan. 2.35pm Usaha pengawal dewan dan kakitangan DUN mengalihkan V Sivakumar dari tempat duduknya dibantah oleh Speaker tersebut dan sekumpulan ADUN Pakatan Rakyat. Sementara sekumpulan ADUN Pakatan yang lain cuba membawa keluar Ganesan, speaker lantikan BN, dari dewan. 2.15pm Persidangan dewan negeri Perak bersambung. Wakil-wakil rakyat Pakatan cuba menghalang R Ganesan, speaker lantikan BN, memasuki dewan. Suasana kelam-kabut dan tidak menentu di dalam bangunan tersebut. Saling tolak-menolak dan tumbuk-menumbuk, beberapa ADUN kelihatan nerdiri di atas meja. Bebarapa pegawai polis masuk ke dalam dewan DUN bagi menenangkan keadaan, dengan disambut jeritan ADUN Pakatan agar mereka meninggalkan dewan. Pada waktu yang sama, wakil-wakil rakyat pula berusaha membuang keluar V Sivakumar dari tempat duduk Speaker - tetapi beliau masih dikelilingi oleh beberapa ADUN Pakatan. 1.10pm Difahamkan Zambry bertemu dengan Raja Nazrin Shah - yang dijadual membuka secara rasmi persidangan DUN Perak pagi ini - di luar dewan. Tiada maklumat lengkap tentang pertemuan dan tujuannya. 12.55pm Enggan meninggalkan dewan R Ganesan, speaker baru lantikan BN, mengumumkan penangguhan sidang dewan DUN Perak selama sejam lagi. Keadaan kembali tenang dengan kedua-dua pihak duduk kembali di tempat masing-masing. 12.45pm Thomas Su, ADUN Pasir Pinji, mengunjukkan sekeping wang RM50 ke arah timbalan Speaker, Hee Yit Foong, sambil menjerit "pergi mampus" dalam dialek Kantonis. ADUN Aulong, Yew Tian Hoe pula kemudian membaling dua keping wang kertas RM1 ke arah Hee, yang juga ADUN Jelapang. Bekas ADUN DAP itu, kini wakil rakyat bebas, mengambil wang itu dan mencarik-carikkannya. Wakil-wakil rakyat BN merakamkan gelagat dua ADUN DAP itu dengan video telefon mereka, sementara tindakan serupa dibuat oleh ADUN Pakatan. 12.37pm Hampir semua ADUN Pakatan Rakyat mengerumuni kawasan tempat duduk ADUN BN bagi meminta R Ganesan - speaker baru lantikan BN yang duduk di situ - meninggalkan dewan. Kumpulan ADUN BN mempertahankan Ganesan, dan berlaku sekali pertengkaran di dalam dewan yang mulia itu. Berlaku sedikit pergelutan seketika antara ADUN BN dan Pakatan tetapi mereka kemudian menghentikannya. Ganesan, bekas ADUN Sungkai dan pemimpin MIC Perak, tetap berdegil dan terus duduk di situ. 12.15pm Speaker asal V Sivakumar mengharamkan R Ganesan, speaker baru yang dilantik BN, meninggalkan dewan. Kemudian beberapa ADUN Pakatan mendekati Ganesan agar berbuat demikian dan mereka bertengkar. Mengejutkan, wakil-wakil rakyat BN hanya duduk dan memerhatikan gelagat tersebut, sambil membuat bising. 11.59am Tidak pasti bila Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah akan masuk ke dewan untuk merasmikan pembukaan persidangan DUN Perak. Kedua-dua kumpulan wakil rakyat BN dan Pakatan sedang menunggu di dalam dewan. Tiada lagi pertikaman lidah seperti sejak dua jam lalu. Mereka sedang menunggu. 11.22am V Sivakumar, speaker Pakatan, memulakan semula persidangan DUN walaupun R Ganesan, speaker BN, menangguhkannya sebentar tadi. Walaupun tanpa mikrofon, Sivakumar tetap meneruskan arahannya yang awal agar tujuh ADUN BN termasuk menteri besar mereka Zambry dan tiga wakil bebas meninggalkan dewan.Jika mereka enggan berbuat demikian, beliau enggan memulakan persidangan tersebut. Kedua-dua pihak bertikam lidah sekali lagi dari tempat duduk masing-masing, tidak seperti tadi. Wakil-wakil rakyat Pakatan berkumpul di sekeliling menteri besar mereka Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan berbincang dengan mereka tindakan selanjutnya. Kedua-dua pihak masih bertegang leher tetapi tidak sehangat tadi. 11.13am Zambry membawa usul agar persidangan dewan ditangguhkan dan ia diluluskan. Persidangan dewan ditangguhkan, kata Ganesan. Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah yang dijadualkan membuka secara rasmi persidangan hari pertama belum boleh memasuki dewan. 11.01am Wakil-wakil BN berdiri mengelilingi timbalan Speaker, Hee Yit Fong dan menteri besar mereka Zambry. Mikrofon Speaker kini dimatikan tetapi mikrofon depan Hee dan Zambry masih berfungsi walaupun telah dimatikan sebelumnya. Dengan perlindungan kumpulan ADUN BN itu, Hee mengumumkan beliau kini sebagai pemangku Speaker dan mengarahkan pengawal keselamatan dewan menghalau V Sivakumar daripada kerusi Speaker. Mereka bagaimanapun tidak bertindak mematuhi arah tersebut. Kemudian Zambry mengusulkan Sivakumar digugurkan sebagai Speaker dengan sokongan tangan semua ADUN BN. Zambry kemudian membawa usul melatikan R Ganesan sebagai Speaker baru. Dengan cepat Ganesan tampil dan menerima pakaian rasmi Speaker, memakainya, mengangkat sumpah dan menandatangani beberapa dokumen berkaitan di tempat ADUN BN. Sivakumar masih duduk bertahan di kerusinya, sambil menjerit "Speaker (Ganesan) ini haram", "selagi Speaker ada di sini, Speaker ini (Ganesan) adalah haram" dan "Perak ada Speaker haram." Ganesan kini cuba mengambil alih perjalanan dewan dan wakil-wakil BN membawa beberapa usul lagi. Sivakumar kemudian bangun semula dan mengumumkan - tanpa mikrofon - semua usul yang dibawa sebentar tadi ditolak oleh beliau sebagai Speaker. ADUN Pakatan bersorak gembira. Kumpulan wakil rakyat BN mengabaikan arahan Sivakumar, dan meneruskan dengan usul bahawa perhimpunan di bawah pokok, pada awal Mac, anjuran Pakatan Rakyat sebagai tidak sah. 10.35am Kedua-dua kumpulan wakil rakyat BN dan Pakatan terus bertegang. Speaker terus mengulangi bahawa usul yang dibawa Zambry untuk menggantikan beliau terbatal dan tidak sah, sementara menteri besar BN itu tetap bertegas Speaker itu telah diganti. Speaker mengarahkan pengawal keselamatan dewan menghalau keluar tujuh wakil rakyat BN, termasuk Zambry, dan tiga bebas. Pengawal bagaimanapun enggan berbuat demikian.Kedua-dua pihak berkerumun di kerusi menteri besar di dalam dewan dan terus bertikam lidah. Setiausaha dewan cuba campur tangan tetapi ADUN Pakatan mengawalnya, sementara Speaker tidak melayannya. Zambry cuba mengumumkan Speaker telah ditukar tetapi tetapi semua mikrofon ADUN telah dimatikan kecuali di depan Speaker. Setiap kali Zambry cuba bersuara, ADUN Pakatan Rakyat membuat bising. Suasana tegang berlanjutan. Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah yang dijadualkan membuka secara rasmi persidangan tersebut belum boleh memasuki dewan akibat ketegangan tersebut. 10.20am Suasana kecoh di dalam dewan apabila kedua-dua kumpulan wakil rakyat BN dan Pakatan Rakyat masing-masing bangun untuk campur tangan keputusan Speaker, V Sivakumar. Sekumpulan ADUN Pakatan menghalang setiausaha dewan Abdullah Antung - yang juga digantung tugasnya - duduk di depan Speaker untuk memulakan persidangan.Mereka menggesa Abdullah agar tidak campur tangan dengan alasan beliau hanya seorang kakitangan kerajaan. Tindakan itu mendorong wakil-wakil rakyat BN bangun dan turut berhujah. Kedua-dua pihak saling bertengkar dan menjerit-jerit. Suasana dewan menjadi tidak tentu hala. Bagaimanapun tiada pergaduhan fizikal berlaku. Menteri besar BN Datuk Zambry Abd Kadir cuba berkata sesuatu tetapi Speaker menjawab bahawa beliau enggan mendengarnya. ADUN-ADUN Pakatan juga cuba menghalang Zambry bercakap. Menteri besar BN cuba membawa usul menggantikan Speaker tetapi ditolak. 10.19am Dua ahli parlimen Pakatan Rakyat ditahan polis berdekatan DUN Perak kerana memasuki kawasan larangan polis 500 meter dari bangunan tersebut. Wakil rakyat PAS bagi Parit Buntar, Mujahid Yusof Rawa dan wakil PSM bagi Sungai Siput, D Jeyakumar antara ADUN dan ahli parlimen pembangkang yang telah ditahan.9.55am Speaker DUN V Sivakumar mengarahkan Menteri besar BN Datuk Zambry Abd Kadir dan enam exconya - yang digantung oleh jawatankuasa khas dewan tersebut - keluar. Beliau enggan memulakan persidangan jika ketujuh-tujuh itu enggan mematuhi arahannya. Wakil-wakil Pakatan Rakyat menepuk meja sebagai tanda sokongan. Tindakan tersebut bermakna Speaker - yang mempunyai kuasa tersendiri dalam cabang legislatif - tidak mengiktiraf keputusan mahkamah yang telah membatalkan penggantungan yang dibuat oleh DUN. Sivakumar, yang mengetuai jawatankuasa hak dan kebebasan DUN Perak, juga mengarahkan tiga ADUN bebas meninggalkan dewan. Ketiga-tiganya dianggap telah meletakkan jawatan awal Februari lalu, sebelum rampasan kuasa BN. Wakil-wakil Pakatan Rakyat menepuk meja dan menjerit "keluar" ke arah 10 ADUN tersebut, tetapi mereka masih berdegil. ADUN Pakatan dan BN masing-masing menjerit ke arah satu sama lain. Speaker DUN terus mengarahkan 10 ADUN itu meninggalkan dewan. Kedua-dua pihak BN dan Pakatan masih saling jerit-menjerit ke arah satu sama lain. 9.45am Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub, yang juga ahli parlimen Kubang Kerian, ditahan polis di belakang bangunan utama pentadbiran Perak - yang menempatkan DUN.9.30am Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah tiba untuk memeriksa perbarisan di luar dewan DUN. Kedatangan baginda disambut dengan rasa hormat semua ADUN Pakatan Rakyat, mereka semua berdiri, tidak seperti sikap mereka terhadap Menteri besar BN Datuk Zambry Abd Kadir yang tidak menerima penghormatan itu. 9.24am Menteri besar BN Datuk Zambry Abd Kadir tiba untuk memeriksa perbarisan di luar dewan DUN sebelum pembukaan rasmi sidang.Beliau berjabat tangan dengan Speaker DUN V Sivakumar, juga seorang ADUN DAP bagi Tronoh. 9.23am Bilangan anggota polis yang kebanyakan berpakaian biasa - dalam vest kuning bertulisan "polis" - semakin ramai di bangunan Umno. Suasana tenang, helikopter kelihatan mengawal dari udara. 9.00am Ahli parlimen PKR-Ampang, Zuraida Kamaruddin [foto, serba hitam] dan ADUN Ayer Keroh (Melaka) Khoo Poay Tiong - yang ditahan - dibawa di dalam trak polis. Mereka menjerit "1Black Malaysia", "bubar DUN" dan "reformasi." 8.50am Sekurang-kurangnya 11 orang ditahan polis, termasuk ahli parlimen PKR-Ampang, Zuraida Kamaruddin, ADUN Teratai (Selangor) Janice Lee [foto, tersenyum] dan ADUN Ayer Keroh (Melaka) Khoo Poay Tiong.8.40am Semua lebih kurang berada di perkarangan lobi bangunan Umno Perak, beberapa kilometer dari bangunan DUN. Sepanduk yang direntang berbunyi, antaranya, "kami anti penderhaka, pertahankan hak rakyat, biarkan DUN bersidang dengan aman." Mereka juga melaungkan "daulat tuanku." 8.35am Mohamad Nizar dan semua ADUN Pakatan masuk ke Bangunan Perak Darul Ridzuan. Semua pengawal peribadi mereka disekat masuk di pintu utama. Pemandu dibenarkan masuk. 8.30am Semua ADUN Barisan Nasional tiba di Bangunan Perak Darul Ridzuan dalam sebuah bas. Mereka disambut oleh sekumpulan penunjuk perasaan yang berpakaian hitam di luar bangunan tersebut - yang menempatkan DUN Perak.Tiga orang ditahan polis, termasuk ADUN Ayer Keroh (Melaka) Khoo Poay Tiong. 7.55am Kira-kira 100 penyokong BN berkumpul di bangunan Umno, beberapa kilometer dari bangunan DUN Perak. 7.45am Kawalan keselamatan ketat di Bangunan Perak Darul Ridzuan - yang menempatkan DUN Perak - bagi menghadapi sebarang kemungkinan pada hari pertama persidangan yang akan dibuka secara rasmi oleh Raja Muda Perak. |
02 Mei 2009
PATUT LE KEDAH HAMPIR BENGRAP!!!!
Oleh :- Ibnu Bakrin.
Tatkala cerita berkenaan dengan YB Datuk Syed Sobri Syed Hashim (ADUN-Kuala Nerang) diperkatakan di arena politik negeri Kedah Darul Aman, timbul pulak cerita lain yang mungkin membimbangkan lagi YB Kuala Nerang ini.
Sebelum ini, Syed Sobri sibuk menepis beberapa tuduhan dan penghakiman mengenai status muflisnya. Syed Sobri akan dihimpit lagi dengan kes penyelewengan RM1.7 juta wang syarikat Seri Temin Development Corporation (“STDC”) yang pernah diterajuinya suatu masa dahulu.
Menurut sumber dari Wisma Darulaman, perkara ini telah mendapat perhatian dari awal lagi sejak kerajaan PR mengambil tampuk pentadbiran negeri Kedah Darul Aman. Namun usaha mengumpul bukti memerlukan masa yang secukupnya.
Pihak Kerajaan Negeri Kedah masih membuat penelitian tentang tindakan-tindakan undang-undang dari segi jenayah pecah amanah (“criminal breach of trust”) atau dari segi saman sivil yang boleh dikenakan terhadap Syed Sobri. Apa-apapun berikut adalah fakta kes untuk kita tatapi dan membuat penilaian awalan (“initial evaluation”).
Menurut cabutan minit mesyuarat pengurusan STDC ke-2/2008 yang diadakan pada hari Ahad, 10hb Februari 2008 jam 10:20 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat STDC, pihak pengurusan telah bersetuju untuk mengeluarkan sejumlah wang sebanyak RM1.7 juta bagi tujuan program “Pemimpin Bersama Rakyat” disetiap kawasan Parlimen di negeri Kedah Darul Aman.
Cabutan minit ini telah ditandatangani oleh YB Dato’ Arifin Man (bekas ADUN- Bukit Lada) sebagai Timbalan Pengerusi STDC dan Datuk Syed Sobri Syed Hashim (belum YB lagi ketika itu) sebagai Ketua Pegawai Eksekutif STDC.
Berikut adalah agihan wang yang telah dipersetujui:
Bil
Kawasan Parlimen Jumlah (RM)
1Padang Terap 130,000.00
2Kulim/Bandar Baharu 120,000.00
3Pokok Sena 110,000.00
4Jerlun 110,000.00
5Baling 110,000.00
6Alor Setar 110,000.00
7Kuala Kedah 110,000.00
8 Sik 110,000.00
9.Jerai 110,000.00
10. Sungai Petani 120,000.00
11. Merbok 110,000.00
12. Padang Serai 110,000.00
13.Langkawi 120,000.00
14.Kubang Pasu 110,000.00
15.Pendang 110,000.00
Sumbangan ini diluluskan di dalam mesyuarat pengurusan STDC dan kemudiannya dipanjangkan kepada Lembaga Pengarah STDC untuk diluluskan. Perkara ini telah mendapat kelulusan Ahli Lembaga Pengarah STDC melalui resolusi beredar (“circular resolution”).
Resolusi beredar ini bertajuk “Resolusi Lembaga Pengarah Beredar Yang Dibuat Menurut Artikel No. 91 Tataurusan Syarikat”. Berikut adalah senarai Ahli Lembaga Pengarah STDC yang menandatangani resolusi tersebut:
Bil Nama
1.Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid
2.Dato’ Ariffin Man
3.Datuk Syed Sobri Syed Hashim
4.Encik Zubir Zabidi
5.Encik Mohamad Radzi Ayob
6.Encik Mustafar Ahmad
7.Puan Marlia Abd. Latiff
8.Puan Sharifah Adawiyah Syed Ismail
Persoalannya samada pihak pengurusan STDC mahupun Lembaga Pengarah STDC mempunyai kuasa untuk meluluskan sumbangan yang sebanyak ini. Ini adalah kerana menurut akaun pengurusan STDC, pendapatan syarikat bagi tempoh Januari hingga Mac 2009 adalah RM1,415,888.77 (“actual recorded figures taken from STDC’s Management Account from January 2009-March 2009”).
Oleh itu, dari segi logiknya sumbangan yang jumlahnya melebihi pendapatan dalam tempoh yang sama bolehlah dianggap penting atau “significant” yang mungkin memerlukan kelulusan lebih dari Lembaga Pengarah.
Adakah perkara seumpama ini tidak memerlukan kelulusan pemegang saham (iaitu PKNK) melalui Mesyuarat Agung Luar Biasa (“Extraordinary General Meeting”) atau Mesyuarat Agung Tahunan (“Annual General Meeting”)?
Mari kita menganalisa Akta Syarikat, 1965 (“Companies Act, 1965”). Menurut Bahagian 5(2) (Pengarah & Pegawai Syarikat) Seksyen 132 (Tugas dan Tanggungan Pengarah & Pegawai) Peruntukan 1E (Tanggungjawab Pengarah Lantikan):
“Seseorang pengarah, yang dilantik melalui kedudukannya sebagai seorang pekerja atau; dilantik mewakili pemegang saham, majikan atau pemegang debentur; hendaklah sentiasa bertindak atas kepentingan syarikat tersebut; dan sekiranya wujud percanggahan antara tanggungjawabnya atas kepentingan syarikat dengan tanggungjawabnya atas kepentingan pihak yang melantiknya, maka beliau tidak boleh mendahulukan tanggunjawabnya pihak yang melantiknya dengan tanggungjawabnya terhadap kepentingan syarikat.”
Companies Act, 1965: Part V, Division 2 (Directors & Officers) Section 132 (As to the Duty and Liability of Officers) Clause 1E (Responsibility of a Nominee Director):
“A director, who was appointed by virtue of his position as an employee of a company, or who was appointed by or as a representative of a shareholder, employer or debenture holder, shall act in the best interest of the company and in the event of any conflict between his duty to act in the best interest of the company and his duty to his nominator, he shall not subordinate his duty to act in the best interest of the company to his duty to his nominator.”
Sekiranya Syed Sobri tidak memahami peraturan ini oleh kerana beliau tidak diajar tentang Akta Syarikat, 1965 di Pejabat Pos Malaysia, izinkan saya memperhalusi maksud peraturan ini:
Peraturan ini jelas menyatakan seseorang pengarah yang dilantik hendaklah menjaga kepentingan syarikat pada setiap masa. Oleh kerana Syed Sobri dan pengarah-pengarah lain tidak memegang saham secara langsung dalam syarikat STDC, maka mereka adalah pengarah yang dilantik mewakili pemegang saham (“nominee directors”).Justeru itu, mereka tanggungjawab mereka termaktub di bawah peruntukan yang disebut di atas.
Di dalam peraturan ini juga disebut bahawa tanggungjawab pengarah menjaga kepentingan syarikat mendahului tanggungjawab pengarah itu terhadap pihak yang melantiknya samada pihak itu pemegang saham (dalam kes ini PKNK) atau pihak yang lebih tinggi (dalam kes ini YAB Menteri Besar Kedah Darul Aman ketika itu Dato’ Seri Mahdzir Khalid).
Persoalan yang timbul adalah:
Adakah menyumbang sebanyak RM1.7 juta di ketika pendapatan syarikat semasa hanya RM1.4 juta merupakan satu tindakan yang dianggap menjaga kepentingan syarikat? Is this action considered by the directors as acting in the best interest of the company as stipulated in the article above?
Sama-samalah kita membuat penilaian dan yang lebih penting lagi kita akan biarkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (“SSM”) membuat penilaian apabila perkara ini dilaporkan kepada SSM secara rasminya tidak lama lagi. Harap-harap Syed Sobri dan ahli-ahli lembaga pengarah STDC yang lepas bersedia menghadapi sesi soal-siasat SSM yang mempunyai kuasa mendakwa tersendiri sebagaimana diperuntukan kepadanya di dalam Akta Syarikat, 1965 Bahagian 2, Peruntukan 7-7D.
Dalam pada itu, ahli lembaga pengarah STDC pada ketika itu masih boleh dipanggil oleh PKNK sebagai pemegang saham 100% dalam STDC bagi menerangkan sebab Lembaga Pengarah meluluskan sumbangan RM1.7 juta ini.
Kita yakin bahawa PKNK di bawah YAB Datuk Azizan Abdul Razak serta ahli-ahli perbadanan yang lain akan menggunakan kuasa mereka sebagai pemegang saham STDC untuk menyoal ahli-ahli lembaga pengarah STDC yang meluluskan sumbangan ini apabila semua siasatan mengenai perkara ini selesai.
Adalah dinasihatkan individu-individu yang menandatangani resolusi tersebut menempah tiket kapal terbang untuk ke luar negara segera kerana perkara ini akan dibawa ke tengah.
Nasihat buat YB Datuk Syed Sobri adalah YB mungkin akan dipenjarakan disebabkan jenayah pecah amanah yang dilakukan semasa di STDC. Jadi, tak payahlah risau pasal kehilangan kerusi Dewan Undangan Negeri Kedah (“DUN”). Mungkin YB Datuk patut risau kehilangan kebebasan apabila disumbat ke dalam sistem penjara.
Apa-apapun Syed Sobri adalah umpama beruk yang hilang tuannya ketika ini. Disebabkan Dato’ Seri Mahdzir Khalid, yang telah terpelanting dari senario politik UMNO Kedah walaupun berjaya mendapat tempat di MT UMNO, Syed Sobri terpaksa menerima hakikat yang beliau umpama beruk yang telah kehilangan tuan.
Lebih teruk pula, Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah adalah Datuk Shafie Afdal yang berasal dari Sabah. Justeru itu, beruk-beruk kecil macam Syed Sobri ini tidak mendapat tempat lagi.
Datuk Shafie mungkin lebih minat memelihara orang utan dan babun seperti Bashah Md. Hanipah oleh kerana orang utan mendapat perhatian lebih di negeri di bawah bayu itu. Syed Sobri dahulu menikmati buah-buahan yang banyak apabila tuannya, Det Khalid menjaga ladang dusun buahan-buahan yang besar.
Sekarang ini, tuan tersebut hanyalah umpama pekebun kecil cabai melaka di Pedu. Mungkin Syed Sobri yang lapaq dan buloq ini akan cuba mencari makanan di kebun cabai melaka Det Khalid. Akhirnya, Det Khalid hanya mampu berkata... “Jangan monyet….., jangan…”!!!
ADMIN - KedahLaNie TIME
01 Mei 2009
| Perang psikologi Umno di Penanti |
| Athi Veeranggan | May 1, 09 12:56pm |
Calon PKR di Penanti yakin Umno akan meletakkan calonnya di kerusi DUN tersebut dalam pilihanraya kecil yang akan berlangsung hujung bulan ini. Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini, Mansor Othman berkata Umno malah akan memilih seorang calon yang berwibawa untuk menyukarkan laluannya."Bukan gaya Umno tidak bertanding, bukan budaya parti tersebut. Parti itu akan meletakkan calon walaupun ia mendakwa underdog (tidak mudah menang)," katanya. "Umno sedang menggunakan (taktik) permainan psikologi dengan meletakkan kita (PKR) calon pilihan. "Kita tidak boleh sambil lewa, terbawa-bawa atau tertipu dengan perang psikologi (Umno) ini. Kita mesti bersatu, berkempen bersungguh-sungguh dan menemui semua pengundi bagi memastikan kemenangan." Ditanya peluang beliau memenangi pilihanraya kecil ini yang bermula 23 Mei ini, Mansor meletakkan "harapannya 60 peratus". "Bukan kerana (saya) sombong atau terlalu yakin. Ia kerana Penanti berada dalam kawasan Permatang Pauh - kubu (penasihat PKR Datuk Seri) Anwar (Ibrahim). "Beliau mempunyai sokongan kuat di kalangan pengundi Penanti," katanya lagi. |
ALOR SETAR: Kerajaan negeri Kedah akhirnya memilih untuk tetap membeli kereta Perdana V6 Exekutif sebagai kereta rasmi Exco dan pegawai kanannya menggantikan kereta jenama sama yang telah rosak.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, beberapa kereta lama yang digunakan selama enam tahun sebelum ini telah rosak dan perlu digantikan.
Beliau berkata kereta itu akan dibeli tidak lama lagi dan bahagian kewangan negeri kini dalam peringkat rundingan harga dengan pihak Proton.
"Kita mungkin akan beli empat atau lima buah kereta Perdana V6 Eksekutif...kita serah kepada bahagian kewangan negeri untuk beli mengikut peruntukan yang kita ada kerana sebuah kereta ini berharga lebih RM100,000," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup seminar pengurusan perubahan anjuran bahagian sumber manusia kerajan negeri di sini, malam tadi.
Sebelum ini, kerajaan Kedah pernah dilaporkan akan menggantikan kereta Proton Perdana V6 Executive dengan jenama lain sekiranya keadaan kewangan mengizinkan, namun selepas mengadakan rundingan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn. Bhd, Disember lalu, mereka mempertimbangkan untuk terus menggunakan kereta jenama sama.
Katanya sehingga kini kerajaan negeri menggunakan 16 Proton Perdana V6 Executive dan 10 Proton Perdana yang dipakai sejak 2003. BERNAMA
Golongan pekerja merupakan nadi utama yang membina negara Malaysia ini. Mereka bertungkus lumus mencari rezeki dan pada masa yang sama usaha mereka itulah yang menggerakkan negara ini. Setiap cerita kejayaan negara ini yang kita saksi dengan penuh rasa bangga, maka kenanglah setiap titik keringat yang tumpah dari batang tubuh para pekerja yang berkorban untuk hasrat tersebut.
Bila datangnya 1hb Mei setiap tahun, kita mengambil kesempatan itu untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pekerja. Namun tahun ini kita resah mengenangkan muramnya kedudukan ekonomi negara dan betapa ianya memberi kesan buruk kepada semua pekerja. Kegawatan ekonomi yang melanda serta pengurusan ekonomi negara yang tidak berwibawa hanya menimbulkan keresahan terhadap kedudukan para pekerja. Ekonomi negara yang sama-sama dibangunkan, manifestasi dari harapan untuk mencipta masa depan yang lebih baik, hari ini tidak lagi bermanfaat buat mereka. Kadar pengangguran dijangka mencecah 4.5% tahun ini, bermakna hampir 500 000 individu akan kehilangan pekerjaan.
Oleh itu kita tidak boleh berlengah lagi. Perubahan serta langkah pemulihan yang diwar warkan hanya bersifat runcitan demi mencuri masa yang kian suntuk buat kerajaan bn pimpinan umno. Sudah tiba masanya rakyat Malaysia memilih Perubahan yang sebenarnya, yang tuntas memperjuangkan hak setiap dari warganya termasuklah hak golongan pekerja. Para pekerja, ayoh bersatulah demi mencipta Perubahan!
ANWAR IBRAHIM
oleh: msk
Selalunya aku kutuk UBN…itu wajib. Kadang-kadang aku kutuk PR..itu sunat. Sesekali kena kutuk rakan-rakan blogger..itu harus.
Sebelum ini..sepanjang ingatan aku..belum pernah aku kutuk sesama blogger. Mungkin satu masa dulu ada sedikit perselisihan dengan blogger Perak Kini..tapi dah settle.
Hari ini aku dapat satu komen yang memperli Bloggers Network. Komen ni datang dari sorang bloggers dalam Bloggers Network jugak…tapi tak tau pasai apa dia tukar nama kepada sekotakrokok. Mula-mulanya aku tak tau sapa dia..tapi bila aku trace..rupa-rupanya member jugak!
Dia tulis didalam blognya…http://sekotakrokok.blogspot.com, dan kemudian dia paste postingnya kedalam ruang komen disetiap blog milik member Bloggers Network.
“buat semua bloggers network,masih ingatkah kita dengan deklarasi semasa penamaan calon permatang pauh.dibawah khemah sambil menikmati asap rokok,mee udang dan nasi.Kita sama sama berjanji,untuk membela nasib rakan bloggers yang lain.
Sayang seribu kali sayang,deklarasi berkenaan kita dilupakan.semua semakin hanyut dengan dunia glamour masing masing.Kita mula lupa daratan.menganjurkan berbagai majlis hi-tea dan pelbagai majlis cari glamour yang lain.
Kita mampu menebalkan muka memohon derma simpati untuk tembolok sendiri ketika berjuang ats nama parti.tapi kita lupa rakan sendiri yang kini terkontang kanting memohon simpati dan sokongan moral.
Jika beginilah sikap kita,yang lebih pentingkan tembolok sendiri,majlis hi-tea dan sebagainya..adalah lebih baik,kita para bloggers,pemimpin pakatan rakyat membuat pertunjukan sarkis.menjadi badut di pentas diketuai DSAI.”
Mungkin dia ingat..apabila menggunakan nama lain…orang tak tau. Tapi bila aku trace dia..dia kelam kabut. Akhirnya dia delete blog dia. Sebab apa dia takut?
Bloggers Network pada peringkat permulaanya adalah hasil perbincangan aku dengan Dr. Wahab. Dari situ kami merangka dan merancang..dan apabila Konvensyen Teh Tarik diadakan pada 22/11/2008, seramai hampir 50 orang mendaftar.
Bloggers Network bukan pertubuhan berdaftar. Sapa nak join pun boleh. yang tak ada blog pun boleh join. Sapa yang mendaftar pada Konvensyen tersebut kami terima. Kami percaya kepada semua orang. Itu prinsip kami…we trust anybody..until they proved they cannot be trusted.
Daripada yang mendaftar tu…ada jugak yang cuba mengambil kesempatan. Ada yang mengambil kesempatan nak jumpa Nizar…bila waktu rehat dia terus jumpa Nizar kat meja makan…melobi supaya diberikan jawatan dalam GLC! Lepas tu terus hilang. Bloggers Network dapat nama busuk.
Ada yang datang untuk melihat peluang untuk buat duit! dalam diam-diam..dia pekena sorang VIP…kononnya dia konsultan dalam web design. Dia charge VIP tu untuk buat blog menggunakan blogspot ..RM5,000.00! Lepas tu hilang!! Bloggers Network dapat nama busuk.
Ada blogger yang ciplak posting aku..Kampung Direct Investment, CERIA dan Politikal Innovacione…dijadikan proposal untuk buat bisnis. Guna nama Bloggers Network…dah dapat hilang. Lepas tu kutuk balik aku.
Ada blogger yang minta sumbangan dari ADUN-ADUN Kelantan kononnya untuk Bloggers Network. Kalau tak ada orang pecah rahsia…aku pun tak tau.
Ada blogger…yang cuba pekena member sendiri. Kalau masih ingat…dulu ada sorang blogger..Ofis Boy Tingkat 4. Sekarang apa jadi kat dia? bankrap kerana ditipu oleh member sendiri.
Dan banyak lagi. Kalau aku nak cerita semua..boleh buat tujuh siri. Albanjari boleh buat posting tiga kali malam Jumaat.
Blogger-blogger macam ni yang kena kikis dari Bloggers Network.
Aku tak suka nak meminta..malu. Lebih baik aku merompak macam Robin Hood daripada aku minta sedekah. Itu sebab bila nak buat tabung Bukit Gantang…Albanjari buat tanpa persetujuan aku dulu. Sebab dia tau aku tak akan bersetuju.
“Sumbanglah RM1 seorang untuk Tabung Bloggers..! Maaf cakap, mungkin bloggers lain malu untuk memulakannya, biarlah wak yang bersuara. MSK… hmm, wak faham sangat… susah Wak nak cakap. Dia bukan jenis suka meminta-minta, tapi bagi wak… susahnyer nak cakap… takpa Wak buang malu tu.”
Dan hingga sekarang duit tu masih banyak yang belum digunakan..sebab …apa yang datang dari rakyat perlu kembali kepada rakyat.Aku tak mau duit tu masuk poket blogger. Susah aku nak jawab dah mati nanti.
Dan untuk hidup..kami merancang untuk memulakan sesuatu.Dan untuk mencari modal..itu pasal kami rancang untuk mengadakan Hi-Tea bersama Nizar. Tak kan selama-lamanya minta sedekah. Tak kan setiap kali ada pilihanraya…kena buka tabung! Itu pun ada yang perli..nak kejar glamour.
Dan apa lagi program glamour yang kami buat? Pelancaran buku “Rampasan Kuasa di Perak” oleh Nizar? Betul..kami yang susun. Cyberboron yang bercekang mata tengah malam untuk menyiapkannya…tapi masa pelancaran pasai apa tak ada dari Bloggers Network yang hadir? Kalau dijemput duduk atas pentas sebelah Nizar..boleh tahan jugak..tapi duduk celah pokok pisang dalam gelap. Glamour apa? Tanya Albanjari berapa yang dia dapat? Nak beli sekotak Tricajus pun tak cukup.
Macam kata Topeng Perak..”jadi blogger dapat apa? kena maki.” Tapi tak apa..orang nak maki ka..orang nak kutuk ka. Mampuih pi la. Nak buat macam mana…gatai jadi blogger.
Walaupun tanpa mikrofon, Sivakumar tetap meneruskan arahannya yang awal agar tujuh ADUN BN termasuk menteri besar mereka Zambry dan tiga wakil bebas meninggalkan dewan.
Speaker mengarahkan pengawal keselamatan dewan menghalau keluar tujuh wakil rakyat BN, termasuk Zambry, dan tiga bebas. Pengawal bagaimanapun enggan berbuat demikian.
Sekumpulan ADUN Pakatan menghalang setiausaha dewan Abdullah Antung - yang juga digantung tugasnya - duduk di depan Speaker untuk memulakan persidangan.
10.19am Dua ahli parlimen Pakatan Rakyat ditahan polis berdekatan DUN Perak kerana memasuki kawasan larangan polis 500 meter dari bangunan tersebut.
Wakil rakyat PAS bagi Parit Buntar, Mujahid Yusof Rawa dan wakil PSM bagi Sungai Siput, D Jeyakumar antara ADUN dan ahli parlimen pembangkang yang telah ditahan.
9.45am Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub, yang juga ahli parlimen Kubang Kerian, ditahan polis di belakang bangunan utama pentadbiran Perak - yang menempatkan DUN.
9.24am Menteri besar BN Datuk Zambry Abd Kadir tiba untuk memeriksa perbarisan di luar dewan DUN sebelum pembukaan rasmi sidang.
8.50am Sekurang-kurangnya 11 orang ditahan polis, termasuk ahli parlimen PKR-Ampang, Zuraida Kamaruddin, ADUN Teratai (Selangor) Janice Lee [foto, tersenyum] dan ADUN Ayer Keroh (Melaka) Khoo Poay Tiong.
8.30am Semua ADUN Barisan Nasional tiba di Bangunan Perak Darul Ridzuan dalam sebuah bas. Mereka disambut oleh sekumpulan penunjuk perasaan yang berpakaian hitam di luar bangunan tersebut - yang menempatkan DUN Perak.
Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini, Mansor Othman berkata Umno malah akan memilih seorang calon yang berwibawa untuk menyukarkan laluannya.