02 Mei 2009

PATUT LE KEDAH HAMPIR BENGRAP!!!!


Tatkala cerita berkenaan dengan YB Datuk Syed Sobri Syed Hashim (ADUN-Kuala Nerang) diperkatakan di arena politik negeri Kedah Darul Aman, timbul pulak cerita lain yang mungkin membimbangkan lagi YB Kuala Nerang ini.
Sebelum ini, Syed Sobri sibuk menepis beberapa tuduhan dan penghakiman mengenai status muflisnya. Syed Sobri akan dihimpit lagi dengan kes penyelewengan RM1.7 juta wang syarikat Seri Temin Development Corporation (“STDC”) yang pernah diterajuinya suatu masa dahulu.
Menurut sumber dari Wisma Darulaman, perkara ini telah mendapat perhatian dari awal lagi sejak kerajaan PR mengambil tampuk pentadbiran negeri Kedah Darul Aman. Namun usaha mengumpul bukti memerlukan masa yang secukupnya.

Pihak Kerajaan Negeri Kedah masih membuat penelitian tentang tindakan-tindakan undang-undang dari segi jenayah pecah amanah (“criminal breach of trust”) atau dari segi saman sivil yang boleh dikenakan terhadap Syed Sobri. Apa-apapun berikut adalah fakta kes untuk kita tatapi dan membuat penilaian awalan (“initial evaluation”).
Menurut cabutan minit mesyuarat pengurusan STDC ke-2/2008 yang diadakan pada hari Ahad, 10hb Februari 2008 jam 10:20 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat STDC, pihak pengurusan telah bersetuju untuk mengeluarkan sejumlah wang sebanyak RM1.7 juta bagi tujuan program “Pemimpin Bersama Rakyat” disetiap kawasan Parlimen di negeri Kedah Darul Aman.
Cabutan minit ini telah ditandatangani oleh YB Dato’ Arifin Man (bekas ADUN- Bukit Lada) sebagai Timbalan Pengerusi STDC dan Datuk Syed Sobri Syed Hashim (belum YB lagi ketika itu) sebagai Ketua Pegawai Eksekutif STDC.
Berikut adalah agihan wang yang telah dipersetujui:
Bil
Kawasan Parlimen Jumlah (RM)
1Padang Terap 130,000.00
2Kulim/Bandar Baharu 120,000.00
3Pokok Sena 110,000.00
4Jerlun 110,000.00
5Baling 110,000.00
6Alor Setar 110,000.00
7Kuala Kedah 110,000.00
8 Sik 110,000.00
9.Jerai 110,000.00
10. Sungai Petani 120,000.00
11. Merbok 110,000.00
12. Padang Serai 110,000.00
13.Langkawi 120,000.00
14.Kubang Pasu 110,000.00
15.Pendang 110,000.00
JUMLAH 1,700,000.00

Sumbangan ini diluluskan di dalam mesyuarat pengurusan STDC dan kemudiannya dipanjangkan kepada Lembaga Pengarah STDC untuk diluluskan. Perkara ini telah mendapat kelulusan Ahli Lembaga Pengarah STDC melalui resolusi beredar (“circular resolution”).
Resolusi beredar ini bertajuk “Resolusi Lembaga Pengarah Beredar Yang Dibuat Menurut Artikel No. 91 Tataurusan Syarikat”. Berikut adalah senarai Ahli Lembaga Pengarah STDC yang menandatangani resolusi tersebut:
Bil Nama
1.Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid
2.Dato’ Ariffin Man
3.Datuk Syed Sobri Syed Hashim
4.Encik Zubir Zabidi
5.Encik Mohamad Radzi Ayob
6.Encik Mustafar Ahmad
7.Puan Marlia Abd. Latiff
8.Puan Sharifah Adawiyah Syed Ismail

Persoalannya samada pihak pengurusan STDC mahupun Lembaga Pengarah STDC mempunyai kuasa untuk meluluskan sumbangan yang sebanyak ini. Ini adalah kerana menurut akaun pengurusan STDC, pendapatan syarikat bagi tempoh Januari hingga Mac 2009 adalah RM1,415,888.77 (“actual recorded figures taken from STDC’s Management Account from January 2009-March 2009”).

Oleh itu, dari segi logiknya sumbangan yang jumlahnya melebihi pendapatan dalam tempoh yang sama bolehlah dianggap penting atau “significant” yang mungkin memerlukan kelulusan lebih dari Lembaga Pengarah.
Adakah perkara seumpama ini tidak memerlukan kelulusan pemegang saham (iaitu PKNK) melalui Mesyuarat Agung Luar Biasa (“Extraordinary General Meeting”) atau Mesyuarat Agung Tahunan (“Annual General Meeting”)?
Mari kita menganalisa Akta Syarikat, 1965 (“Companies Act, 1965”). Menurut Bahagian 5(2) (Pengarah & Pegawai Syarikat) Seksyen 132 (Tugas dan Tanggungan Pengarah & Pegawai) Peruntukan 1E (Tanggungjawab Pengarah Lantikan):

“Seseorang pengarah, yang dilantik melalui kedudukannya sebagai seorang pekerja atau; dilantik mewakili pemegang saham, majikan atau pemegang debentur; hendaklah sentiasa bertindak atas kepentingan syarikat tersebut; dan sekiranya wujud percanggahan antara tanggungjawabnya atas kepentingan syarikat dengan tanggungjawabnya atas kepentingan pihak yang melantiknya, maka beliau tidak boleh mendahulukan tanggunjawabnya pihak yang melantiknya dengan tanggungjawabnya terhadap kepentingan syarikat.”
Companies Act, 1965: Part V, Division 2 (Directors & Officers) Section 132 (As to the Duty and Liability of Officers) Clause 1E (Responsibility of a Nominee Director):

“A director, who was appointed by virtue of his position as an employee of a company, or who was appointed by or as a representative of a shareholder, employer or debenture holder, shall act in the best interest of the company and in the event of any conflict between his duty to act in the best interest of the company and his duty to his nominator, he shall not subordinate his duty to act in the best interest of the company to his duty to his nominator.”
Sekiranya Syed Sobri tidak memahami peraturan ini oleh kerana beliau tidak diajar tentang Akta Syarikat, 1965 di Pejabat Pos Malaysia, izinkan saya memperhalusi maksud peraturan ini:
Peraturan ini jelas menyatakan seseorang pengarah yang dilantik hendaklah menjaga kepentingan syarikat pada setiap masa. Oleh kerana Syed Sobri dan pengarah-pengarah lain tidak memegang saham secara langsung dalam syarikat STDC, maka mereka adalah pengarah yang dilantik mewakili pemegang saham (“nominee directors”).Justeru itu, mereka tanggungjawab mereka termaktub di bawah peruntukan yang disebut di atas.
Di dalam peraturan ini juga disebut bahawa tanggungjawab pengarah menjaga kepentingan syarikat mendahului tanggungjawab pengarah itu terhadap pihak yang melantiknya samada pihak itu pemegang saham (dalam kes ini PKNK) atau pihak yang lebih tinggi (dalam kes ini YAB Menteri Besar Kedah Darul Aman ketika itu Dato’ Seri Mahdzir Khalid).
Persoalan yang timbul adalah:
Adakah menyumbang sebanyak RM1.7 juta di ketika pendapatan syarikat semasa hanya RM1.4 juta merupakan satu tindakan yang dianggap menjaga kepentingan syarikat? Is this action considered by the directors as acting in the best interest of the company as stipulated in the article above?
Sama-samalah kita membuat penilaian dan yang lebih penting lagi kita akan biarkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (“SSM”) membuat penilaian apabila perkara ini dilaporkan kepada SSM secara rasminya tidak lama lagi. Harap-harap Syed Sobri dan ahli-ahli lembaga pengarah STDC yang lepas bersedia menghadapi sesi soal-siasat SSM yang mempunyai kuasa mendakwa tersendiri sebagaimana diperuntukan kepadanya di dalam Akta Syarikat, 1965 Bahagian 2, Peruntukan 7-7D.
Dalam pada itu, ahli lembaga pengarah STDC pada ketika itu masih boleh dipanggil oleh PKNK sebagai pemegang saham 100% dalam STDC bagi menerangkan sebab Lembaga Pengarah meluluskan sumbangan RM1.7 juta ini.
Kita yakin bahawa PKNK di bawah YAB Datuk Azizan Abdul Razak serta ahli-ahli perbadanan yang lain akan menggunakan kuasa mereka sebagai pemegang saham STDC untuk menyoal ahli-ahli lembaga pengarah STDC yang meluluskan sumbangan ini apabila semua siasatan mengenai perkara ini selesai.

Adalah dinasihatkan individu-individu yang menandatangani resolusi tersebut menempah tiket kapal terbang untuk ke luar negara segera kerana perkara ini akan dibawa ke tengah.
Nasihat buat YB Datuk Syed Sobri adalah YB mungkin akan dipenjarakan disebabkan jenayah pecah amanah yang dilakukan semasa di STDC. Jadi, tak payahlah risau pasal kehilangan kerusi Dewan Undangan Negeri Kedah (“DUN”). Mungkin YB Datuk patut risau kehilangan kebebasan apabila disumbat ke dalam sistem penjara.

Apa-apapun Syed Sobri adalah umpama beruk yang hilang tuannya ketika ini. Disebabkan Dato’ Seri Mahdzir Khalid, yang telah terpelanting dari senario politik UMNO Kedah walaupun berjaya mendapat tempat di MT UMNO, Syed Sobri terpaksa menerima hakikat yang beliau umpama beruk yang telah kehilangan tuan.
Lebih teruk pula, Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah adalah Datuk Shafie Afdal yang berasal dari Sabah. Justeru itu, beruk-beruk kecil macam Syed Sobri ini tidak mendapat tempat lagi.
Datuk Shafie mungkin lebih minat memelihara orang utan dan babun seperti Bashah Md. Hanipah oleh kerana orang utan mendapat perhatian lebih di negeri di bawah bayu itu. Syed Sobri dahulu menikmati buah-buahan yang banyak apabila tuannya, Det Khalid menjaga ladang dusun buahan-buahan yang besar.
Sekarang ini, tuan tersebut hanyalah umpama pekebun kecil cabai melaka di Pedu. Mungkin Syed Sobri yang lapaq dan buloq ini akan cuba mencari makanan di kebun cabai melaka Det Khalid. Akhirnya, Det Khalid hanya mampu berkata... “Jangan monyet….., jangan…”!!!
ADMIN - KedahLaNie TIME

01 Mei 2009

Perang psikologi Umno di Penanti
Athi Veeranggan | May 1, 09 12:56pm


Calon PKR di Penanti yakin Umno akan meletakkan calonnya di kerusi DUN tersebut dalam pilihanraya kecil yang akan berlangsung hujung bulan ini.

kerusi dun penanti pulau pinang 200409Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini, Mansor Othman berkata Umno malah akan memilih seorang calon yang berwibawa untuk menyukarkan laluannya.

"Bukan gaya Umno tidak bertanding, bukan budaya parti tersebut. Parti itu akan meletakkan calon walaupun ia mendakwa underdog (tidak mudah menang)," katanya.

"Umno sedang menggunakan (taktik) permainan psikologi dengan meletakkan kita (PKR) calon pilihan.

"Kita tidak boleh sambil lewa, terbawa-bawa atau tertipu dengan perang psikologi (Umno) ini. Kita mesti bersatu, berkempen bersungguh-sungguh dan menemui semua pengundi bagi memastikan kemenangan."

Ditanya peluang beliau memenangi pilihanraya kecil ini yang bermula 23 Mei ini, Mansor meletakkan "harapannya 60 peratus".

"Bukan kerana (saya) sombong atau terlalu yakin. Ia kerana Penanti berada dalam kawasan Permatang Pauh - kubu (penasihat PKR Datuk Seri) Anwar (Ibrahim).

"Beliau mempunyai sokongan kuat di kalangan pengundi Penanti," katanya lagi.
Kerajaan Kedah terus pilih Perdana V6 - MB

ALOR SETAR: Kerajaan negeri Kedah akhirnya memilih untuk tetap membeli kereta Perdana V6 Exekutif sebagai kereta rasmi Exco dan pegawai kanannya menggantikan kereta jenama sama yang telah rosak.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, beberapa kereta lama yang digunakan selama enam tahun sebelum ini telah rosak dan perlu digantikan.

Beliau berkata kereta itu akan dibeli tidak lama lagi dan bahagian kewangan negeri kini dalam peringkat rundingan harga dengan pihak Proton.

"Kita mungkin akan beli empat atau lima buah kereta Perdana V6 Eksekutif...kita serah kepada bahagian kewangan negeri untuk beli mengikut peruntukan yang kita ada kerana sebuah kereta ini berharga lebih RM100,000," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup seminar pengurusan perubahan anjuran bahagian sumber manusia kerajan negeri di sini, malam tadi.

Sebelum ini, kerajaan Kedah pernah dilaporkan akan menggantikan kereta Proton Perdana V6 Executive dengan jenama lain sekiranya keadaan kewangan mengizinkan, namun selepas mengadakan rundingan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn. Bhd, Disember lalu, mereka mempertimbangkan untuk terus menggunakan kereta jenama sama.

Katanya sehingga kini kerajaan negeri menggunakan 16 Proton Perdana V6 Executive dan 10 Proton Perdana yang dipakai sejak 2003. BERNAMA

PERUTUSAN HARI PEKERJA

Golongan pekerja merupakan nadi utama yang membina negara Malaysia ini. Mereka bertungkus lumus mencari rezeki dan pada masa yang sama usaha mereka itulah yang menggerakkan negara ini. Setiap cerita kejayaan negara ini yang kita saksi dengan penuh rasa bangga, maka kenanglah setiap titik keringat yang tumpah dari batang tubuh para pekerja yang berkorban untuk hasrat tersebut.

Bila datangnya 1hb Mei setiap tahun, kita mengambil kesempatan itu untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pekerja. Namun tahun ini kita resah mengenangkan muramnya kedudukan ekonomi negara dan betapa ianya memberi kesan buruk kepada semua pekerja. Kegawatan ekonomi yang melanda serta pengurusan ekonomi negara yang tidak berwibawa hanya menimbulkan keresahan terhadap kedudukan para pekerja. Ekonomi negara yang sama-sama dibangunkan, manifestasi dari harapan untuk mencipta masa depan yang lebih baik, hari ini tidak lagi bermanfaat buat mereka. Kadar pengangguran dijangka mencecah 4.5% tahun ini, bermakna hampir 500 000 individu akan kehilangan pekerjaan.

Oleh itu kita tidak boleh berlengah lagi. Perubahan serta langkah pemulihan yang diwar warkan hanya bersifat runcitan demi mencuri masa yang kian suntuk buat kerajaan bn pimpinan umno. Sudah tiba masanya rakyat Malaysia memilih Perubahan yang sebenarnya, yang tuntas memperjuangkan hak setiap dari warganya termasuklah hak golongan pekerja. Para pekerja, ayoh bersatulah demi mencipta Perubahan!

ANWAR IBRAHIM
Bloggers Network lupa darat
oleh: msk

Selalunya aku kutuk UBN…itu wajib. Kadang-kadang aku kutuk PR..itu sunat. Sesekali kena kutuk rakan-rakan blogger..itu harus.
Sebelum ini..sepanjang ingatan aku..belum pernah aku kutuk sesama blogger. Mungkin satu masa dulu ada sedikit perselisihan dengan blogger Perak Kini..tapi dah settle.


Hari ini aku dapat satu komen yang memperli Bloggers Network. Komen ni datang dari sorang bloggers dalam Bloggers Network jugak…tapi tak tau pasai apa dia tukar nama kepada sekotakrokok. Mula-mulanya aku tak tau sapa dia..tapi bila aku trace..rupa-rupanya member jugak!
Dia tulis didalam blognya…http://sekotakrokok.blogspot.com, dan kemudian dia paste postingnya kedalam ruang komen disetiap blog milik member Bloggers Network.


“buat semua bloggers network,masih ingatkah kita dengan deklarasi semasa penamaan calon permatang pauh.dibawah khemah sambil menikmati asap rokok,mee udang dan nasi.Kita sama sama berjanji,untuk membela nasib rakan bloggers yang lain.
Sayang seribu kali sayang,deklarasi berkenaan kita dilupakan.semua semakin hanyut dengan dunia glamour masing masing.Kita mula lupa daratan.menganjurkan berbagai majlis hi-tea dan pelbagai majlis cari glamour yang lain.


Kita mampu menebalkan muka memohon derma simpati untuk tembolok sendiri ketika berjuang ats nama parti.tapi kita lupa rakan sendiri yang kini terkontang kanting memohon simpati dan sokongan moral.
Jika beginilah sikap kita,yang lebih pentingkan tembolok sendiri,majlis hi-tea dan sebagainya..adalah lebih baik,kita para bloggers,pemimpin pakatan rakyat membuat pertunjukan sarkis.menjadi badut di pentas diketuai DSAI.”
Mungkin dia ingat..apabila menggunakan nama lain…orang tak tau. Tapi bila aku trace dia..dia kelam kabut. Akhirnya dia delete blog dia. Sebab apa dia takut?


Bloggers Network pada peringkat permulaanya adalah hasil perbincangan aku dengan Dr. Wahab. Dari situ kami merangka dan merancang..dan apabila Konvensyen Teh Tarik diadakan pada 22/11/2008, seramai hampir 50 orang mendaftar.
Bloggers Network bukan pertubuhan berdaftar. Sapa nak join pun boleh. yang tak ada blog pun boleh join. Sapa yang mendaftar pada Konvensyen tersebut kami terima. Kami percaya kepada semua orang. Itu prinsip kami…we trust anybody..until they proved they cannot be trusted.


Daripada yang mendaftar tu…ada jugak yang cuba mengambil kesempatan. Ada yang mengambil kesempatan nak jumpa Nizar…bila waktu rehat dia terus jumpa Nizar kat meja makan…melobi supaya diberikan jawatan dalam GLC! Lepas tu terus hilang. Bloggers Network dapat nama busuk.
Ada yang datang untuk melihat peluang untuk buat duit! dalam diam-diam..dia pekena sorang VIP…kononnya dia konsultan dalam web design. Dia charge VIP tu untuk buat blog menggunakan blogspot ..RM5,000.00! Lepas tu hilang!! Bloggers Network dapat nama busuk.


Ada blogger yang ciplak posting aku..Kampung Direct Investment, CERIA dan Politikal Innovacione…dijadikan proposal untuk buat bisnis. Guna nama Bloggers Network…dah dapat hilang. Lepas tu kutuk balik aku.
Ada blogger yang minta sumbangan dari ADUN-ADUN Kelantan kononnya untuk Bloggers Network. Kalau tak ada orang pecah rahsia…aku pun tak tau.
Ada blogger…yang cuba pekena member sendiri. Kalau masih ingat…dulu ada sorang blogger..Ofis Boy Tingkat 4. Sekarang apa jadi kat dia? bankrap kerana ditipu oleh member sendiri.
Dan banyak lagi. Kalau aku nak cerita semua..boleh buat tujuh siri. Albanjari boleh buat posting tiga kali malam Jumaat.
Blogger-blogger macam ni yang kena kikis dari Bloggers Network.
Aku tak suka nak meminta..malu. Lebih baik aku merompak macam Robin Hood daripada aku minta sedekah. Itu sebab bila nak buat tabung Bukit Gantang…Albanjari buat tanpa persetujuan aku dulu. Sebab dia tau aku tak akan bersetuju.
“Sumbanglah RM1 seorang untuk Tabung Bloggers..! Maaf cakap, mungkin bloggers lain malu untuk memulakannya, biarlah wak yang bersuara. MSK… hmm, wak faham sangat… susah Wak nak cakap. Dia bukan jenis suka meminta-minta, tapi bagi wak… susahnyer nak cakap… takpa Wak buang malu tu.”


Dan hingga sekarang duit tu masih banyak yang belum digunakan..sebab …apa yang datang dari rakyat perlu kembali kepada rakyat.Aku tak mau duit tu masuk poket blogger. Susah aku nak jawab dah mati nanti.
Dan untuk hidup..kami merancang untuk memulakan sesuatu.Dan untuk mencari modal..itu pasal kami rancang untuk mengadakan Hi-Tea bersama Nizar. Tak kan selama-lamanya minta sedekah. Tak kan setiap kali ada pilihanraya…kena buka tabung! Itu pun ada yang perli..nak kejar glamour.
Dan apa lagi program glamour yang kami buat? Pelancaran buku “Rampasan Kuasa di Perak” oleh Nizar? Betul..kami yang susun. Cyberboron yang bercekang mata tengah malam untuk menyiapkannya…tapi masa pelancaran pasai apa tak ada dari Bloggers Network yang hadir? Kalau dijemput duduk atas pentas sebelah Nizar..boleh tahan jugak..tapi duduk celah pokok pisang dalam gelap. Glamour apa? Tanya Albanjari berapa yang dia dapat? Nak beli sekotak Tricajus pun tak cukup.


Macam kata Topeng Perak..”jadi blogger dapat apa? kena maki.” Tapi tak apa..orang nak maki ka..orang nak kutuk ka. Mampuih pi la. Nak buat macam mana…gatai jadi blogger.

30 April 2009

PAS Bincang Lanjut Isu Letak Calon Di Penanti

KEPONG [2.30 pm] - PAS Pusat akan mengadakan pertemuan dengan PAS Pulau Pinang berhubung usaha PAS Permatang Pauh yang mahu meletakkan calon parti itu bertanding pada pilihan raya kecil Penanti, 31 Mei depan. Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar (foto), berkata PAS Pusat pada asasnya sudah bersetuju dengan calon yang dipilih Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti itu. Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) berkata demikian selepas mengadakan lawatan PAC ke kolam takungan Air Jinjang, di sini, pagi ini.

[Nampaknya, kini bagai sudah ada budaya ugutan pula dalam Pakatan Rakyat. Jika sebelum ini budaya itu dikatakan menular dikalangan UMNO dan Barisan Nasional. Tapi kini segalanya nampak sudah berubah. Apakah ini caranya pemimpin PAS kawasan mahu berpolitik secara ikhlas dan jujur. Keputusan untuk meletakkan calon di DUN Penanti, jelas sekali bakal mengundang padah sebenarnya. Jika tidak diberi, sudah pasti PAS kawasan akan mengarahkan ahlinya tidak keluar mengundi nanti].

29 April 2009

SPR Wajar Arahkan YB ADUN Kuala Nerang Letakkan Jawatan Kerana Pernah Menipu Kononnya Kes “Muflis” Beliau Itu Sudah Selesai !!

Nampaknya, harapan rakyat untuk melihat satu lagi pilihanraya kecil di negeri Jelapang Padi, Kedah Darul Aman masih samar-samar lagi. Ini berikutan tindakan ADUN Kuala Nerang Datuk Syed Sobri Syed Hashim (foto) yang didakwa “muflis” tapi enggan melepaskan jawatannya itu. Agak mengejutkan juga bila seorang wakil rakyat yang jelas telah disabitkan dengan kesalahan itu, enggan mengosongkan kerusi tersebut.

Walhal, dalam peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri jelas membuktikan bahawa mana-mana calon pilihanraya yang didapati muflis tidak layak untuk bertanding. Maka itu apakah alasan lagi untuk membenarkan beliau masih mengekalkan jawatannya. Sepatutnya SPR sendiri perlu menghantar surat tunjuk sebab dan mengarahkan beliau melepaskan jawatan itu. Bayangkan jika ini berlaku kepada ADUN Pakatan Rakyat?. Sudah pasti sepantas kilat surat berkenaan akan dihantar kepada ADUN terbabit. Tapi kenapa ia tidak berlaku kepada Datuk Syed Sobri ini?.

Apa yang menarik, pada 16 November tahun lalu, beliau pernah mengaku sudah menjelaskan semua hutang bank sebanyak RM150,000. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ketika itu juga mengesahkan spekulasi pilihan raya kecil tidak timbul lagi kerana isu itu “kini hanya bersifat akademik kerana sudah ada penyelesaian.” Malah Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya difahamkan soal muflis sudah selesai kerana kedua-dua pihak yang terbabit iaitu Syed Sobri dan bank telah mencari jalan penyelesaian. Pada pilihan raya umum tahun lepas, Datuk Syed Sobri telah menewaskan calon PAS, Zawawi Ahmad dengan majoriti hanya 805 undi sahaja.

[Dengan keputusan terbaru ini, bermakna Datuk Syed Sobri telah secara jelas menipu Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) kononnya beliau sudah menyelesaikan masalah terbabit, walhal ia adalah sebaliknya. Syed Sobri adalah seorang yang kaya sebenarnya. Beliau merupakan Bekas Pengurus Besar Seri Temin iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK). Difahamkan, ketia kerajaan BN memerintah Kedah dulu, banyak projek PKNK telah diserah kan kepada Seri Temin.

Beliau juga cukup dikenali sebagai Syed 10%. Mempunyai beberapa orang isteri termasuk salah seorangnya berbangsa siam. Menurut maklumat, beliau pernah memiliki sebuah kereta Rollsroyce dan mempunyai sebuah kedai minyak Shell di pekan Pokok Sena. Semoga SPR peka dengan apa yang berlaku ini, dan tidak perlu tunggu beliau letak jawatan. Tindakan “muflis” itu membuktikan yang imej beliau sudah tercemar. Bagaimana persepsi rakyat jika orang yang muflis masih berkuasa?

http://pahangdaily.blogspot.co
Mahkamah Persekutuan Tolak Permohonan Zambry
Anna Yusof

PUTRAJAYA, 28 April (SK) : Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Zambry Kadir dari Barisan Nasional untuk mendapatkan perisytiharan bahawa beliau Menteri Besar Perak yang sah.
Zambry mahu merujuk isu dua Menteri Besar negeri itu terus kepada Mahkamah Persekutuan tanpa menunggu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Mahkamah Tinggi kini dalam proses membicarakan isu-isu yang dikemukakan oleh Datuk Seri Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat.
Hakim Mahkamah Persekutuan Alauddin Mohd Sheriff bersetuju dengan bantahan awal peguam Nizar, Sulaiman Abdullah bahawa isu tertentu harus diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.

Alauddin berkata wujud percanggahan jelas dalam keterangan yang dikemukakan oleh Mohd Nizar dan Penasihat Undang-Undang yang mewakili Zambry.
Menurut Alauddin, isu percanggahan fakta itu harus diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.

Selain cuba memintas Mahkamah Tinggi, Zambry telah menggerakkan usaha untuk memanggil sidang Dewan Undangan Negeri pada 7 Mei.
Beliau sebelum ini mendakwa bahawa Sultan dan bukan rakyat yang menentukan pihak mana harus menubuhkan kerajaan negeri.

28 April 2009

PKR pilih Mansor ganti Fairus
Apr 27, 09 6:15pm

PKR akhirnya menemui calon timbalan satu ketua menteri Pulau Pinang bagi menggantikan Mohammad Fairus Khairuddin yang meletakkan jawatan tersebut awal bulan ini. Timbalan ketua perhubungan PKR negeri Dr Mansor Othman - seperti diura-urakan sebelumnya - disebut-sebut terpilih mewakili parti itu dalam pilihanraya kecil Penanti bulan depan.Nama tokoh kanan PKR itu akan diumumkan oleh penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu program di Yayasan Aman di kawasan Permatang Pauh, malam esok.

Pilihanraya kecil kerusi DUN itu dijadual diadakan antara 23 hingga 31 Mei ini susulan kekosongan yang ditinggalkan oleh Mohammad Fairus.Selain timbalan Lim Guan Eng, beliau juga meletakkan jawatan exco pada 8 April lalu dan kemudian melepaskan jawatan ADUN pada 16 April lepas. Kekosongan jawatan kedua penting itu pernah menimbulkan salah faham terbuka antara ketua menteri dan Anwar kira-kira dua minggu lepas berhubung kelewatan mencari pengganti Mohammad Fairus

PENGKHIANAT DIPECAT!!!!

Rombakan pimpinan KeADILanMonday,

27 April 2009 • Kategori: Berita Utama

PARTI KeADILan mengumumkan bebarapa rombakan dalam barisan pimpinannya yang turut melibatkan pemimpin peringkat tertinggi. Rombakan tersebut dimum oleh Ketua Umum Anwar Ibrahim selepas mengadakan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) di ibu pejabat parti 26 April lepas.

Naib Presiden Azmin Ali yang sebelum ini memegang potfolio Pengarah Pilihanraya dilantik mengetuai jawatan kuasa yang baru diujudkan bertujuan memperkasa pimpinan parti, ahli parlimen dan Adun.
Tempat beliau sebagai Pengarah Pilihanraya diganti oleh Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution Ismail. Manakala Tian Chua yang sebelum ini mengetuai Biro Penerangan dilantik sebagai Pengarah Strategik menggantikan tempat Saifuddin.

Biro Penerangan kini dibahagi kepada dua potfolio; Ketua Penerangan yang kini dipimpin oleh Latheefa Koya dan Ketua Komunikasi diisi oleh Jonson Chong.
Sementara itu KeADILan turut melantik Yeop Adlan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Disiplin.
KeADILan juga mengumumkan perlantikan dua orang Timbalan Setiausaha Agung yang baru; Sharifah Shahidah, Paul Gadang dan Adun Batu Uban Pulau Pinang Raveentharan.

16 dipecat

MPT juga mengambil keputusan sebulat suara untuk memecat 16 orang ahli parti berkuatkuasa serta merta.
Menurut Timbalan Presiden KeADILan Syed Husin Ali, tindakan tersebut diambil kerana masalah disiplin terutama ketika pilihanraya kecil baru-baru ini.
“Mereka bertanding sebagai calon menentang calon parti, menyokong calon yang menentang calon parti, mengkritik parti melalui media dan mengisytiharkan diri keluar dari parti dalam ceramah atau melalui media. Mereka melakukan kesalahan-kesalahan tersebut dalam pilihanraya kecil Bukit Selambau dan Batang Ai baru-baru ini,” kata Dr Syed Husin.
Mereka yang dipecat ialah, dari Kedah: Moganakumar a/l Subramaniam (Bahagian Merbok), Jayagopal a/l Andaikalam (Bahagian Pokok Sena), Abdul Hamid Othman dan Roslan A Hamid (Bahagian Padang Serai), Abu Bakar Din (Bahagian Baling), Abdul Wahab Mat Isa dan Mustafa Hassan (Bahagian Sik), Kalai Vanar a/l Bala Sundram dan Deivanai a/p Krishnan (Bahagian Jerai), Abu Bakar Hamid dan Ahmad Ayub (Bahgaian Penaja Pendang) dan Azhar Ahmad ( Bahagian Penaja Jerlun).
Manakala dari sarawak ialah Dr Ambrose Labang, Wong Kee Kai, Rajang Anak Unau dan Kudik Untung, semuanya dari Bahagian Julau